Tuesday, February 25, 2014

Happy Anniversary to Mak Pak Farhan

1st Feb 2014 marked our 11th anniversary. Punyala sibuk dengan kenduri dan Ed balik kg jaga MIL, sampai terlupa our 11th Anniversary ni, aku ingat pon dah malam, hahahaha. Kalua aku lupa, Ed lagiiiiiiila lupe. Hahaha. Tapi dah tetua ni cool jek, takde nak merajuk ke haper sebab aku pon lupa jugak hihi. Masa teringat tu aku whatsapp Ed dan kitorang sembang-sembang kejap. That was it. Bila sampai jek dr kg, we grouped hugged. Pastu esoknya pegi makan sushi berdua, ehemmm sambil sembang-sembang. That was it. Tapi meaningful sangat. 

Last year we went to Kota Kinabalu. Celebrate 10th Anniversary. Nak gi jauhla kononnya. Farhan masa tu 4 bulan. Aku rasa aku tak buat update trip KK tu bebetul lagi. Sebab tah, tak transfer gambarla. Malasla. Tah haper tah lagi. Dah setahun dah. So here's some note on that trip, 1 year late. Ahahaha.

Kami pergi naik flight MAS, pagi tu kami breakfast dekat KFC KLIA dan. Farhan lepak-lepak dalam stroller jek. Bila board the flight, the stewardess was really nice mintak passanger yang sebelah kami untuk duduk dekat seat lain so that Farhan ada ruang nak baring. He was ok for the first half hour sampaila kami makan. Lepas tu, start dah. Nangis tak benti-benti. nd he only stopped bila Ed berdiri dekat isle. So for the rest of the trip, mme Ed berdiri dukung dia. Actually aku rasa xdela horror sangat dia nangis. Kami jek yang panik lebih hahaha. 

Sampai sana kami checked in dekat Le Meridien. Kena gi lunch dan ronda-ronda dulu, sebab bilik tak ready lagi. Aku register jadik member terus. Once dah balik dari lunch the room was ready. And kami dpt bilik Starwood Prefered Guest sbb member. Luas biliknya. dannnn diorang bagi complimentary gift sempena anniversary kitorang sebab aku mentioned that masa buat booking. Suker. 

Breakfast was superb. Spread was huge. Meja untuk roti dan croissant jek dah bermacam-macam jenis. Jem pon macam-macam. Belum campur mender2 lain lagi. So we ate lepak-lepak sampai habis time breakfast. Lepas tu kami sewa kereta dan ke kaki Gunung Kinabalu. Keluar sikit dari KK. Farhan masa ni behave jek. We took several pics there. Ed ckp kat Farhan, Dek nanti adek 10 tahun kita panjat Gunung Kinabalu sama-sama ok. By that time bapak Farhan dah 45. Boleh ke agak-agak? Hahaha.

Nantilah aku sambung. Bz plak. Oh ya got this ed sorok kat almari hehe.. Comel kan. Thank you dear. 


Wednesday, February 19, 2014

Terganggu fikiran

Assalamualaikum wbh, 

Hmmm aku terganggu sikitla emosi dan fikiran. 
Lately teruk pulak menangis si Farhan nak gi taska.
Meronta-ronta. 
Bila tah nak abis separation anxiety dia ni.  
Dia setahun 3 bulan sekarang ni.
By petang aku gi amek, dia ok jek. 
Kesian sangat, pepagi dia bangun, mood happy jek.
Gurau-gurau. Sengih-sengih jek.
Main sorang-sorang dulu semantara kitorang siap-siap.
Bila ayah nak amek jek, dah start nangis. 
Dia associate kalau pagi-pagi ayah amek mesti kena gi taska.
Kalau dah siap mandi masa aku siap-siapkan tu, masih ok lagi, walaupun dah tak mau senyum dah. 
Pastu dia jeling-jeling ayah tengah siap-siap. Dia baring balik atas katil la.
Minum susula buat-buat tidola. Dengan harapan tak yah gi taska.
Cerdik anak mama ni.
Pastu bila ayah amek jek, bermulalah tangisan yang meruntun jiwa. 
Meronta-ronta kadang tu.
Sedihla.
Tak tahan kekadang.
Orang dok ckp this phase shall pass.
Bila tu? Sampai bila ni?
Aku nak tukar taska lain, takut lagi teruk pulak.
Babysitter, aku tak jumpa lagi.
Maid, hmm risau jugak tinggal anak dekat maid.
Solution yang aku nampak ialah, benti kerja jaga anak sepenuh masa.
Memang aku contemplating this seriously ok.
Tak tahan aku as a mom tgk dia cam tu day in day out.
Bila weekend jek, bak kata mama aku, tak dengar nangis langsung si Farhan ni. 
Nak tido pon, bila penat dia tido sendiri. 
Tapi kalau tak kenal orang, atau gi taska, Allah je yang tahu kesian sangat tengok dia macam tu. 
Tahla aku memang takde solution lagi masalah ni.
Kat opis ni teringat-ingat dan terdengar-dengar dia nangis tadi. 
Ya Allah permudah dan tenangkanlah anak kami Ya Allah.
Berilah ilham kepada kami dan penjaga dia bagaimana menguruskan dia. 
Jauhkalah Farhan dari kecelakaan.
Jadikanlah anak kami anak yang sabar, tenang, gembira dan soleh. 
Please take care of him Ya Allah. 
Hanya padaMu kami bermohon Ya Allah.