Thursday, July 25, 2013

Cerita minggu lepas

Semalam aku lambat bsikit sampai taska Farhan. Truth be told, puasa tahun ni aku x balik awal langsung. Office memang ada flexi hour. So blh dtang seawal 7.30 dan balik seawal 4 ptg. But ada few times aku sampai awal but i still have to stay sampai 5.30 or more. So aku pon dtgler shift akhir ke office which is at 9. Balik kol 5.30 ptg. Which means lambat la kan aku amek Farhan.

Sampai taska around 6.30 gitu. Turun kereta aku dengar Farhan tgh nangis. Dia tunggu aku kat luar atas riba kakak taska. Dok nangis. Aku gi kat dia hulur tangan terus dia gi kat aku. Aku dukung. Senyap. Tak yah pujuk pon. Cian cayang mama.
Dalam kereta dia ralit main plastik haper tah. Yg dia suka main now ialah plastik dan hanger. Boleh buat bunyi kot. Tak payahla gatal beli mainan ke haper. 2 minit jek dia main. Pastu dia bosan.

Sampai rumah sebok nak ngikut ke dapur. Last2 masak sambil dukung Farhan. Aku basuh beras dia basuh sama. Sebok dok celup jari. Grrrr. Pastu aku panaskan makanan dia.  Dann bermulala episod meraung-raung. Kenapa sayang mama ni? Siap panaskan makanan, aku tunggu sejuk sikit. Tak lama lepas tu ed pon balik. Ed main main dengan dia. Dia ok sekejap pastu nangis balik. Pastu aku suapkan makanan. Farhan ni bab makan mmg ada hits and miss. Ada hari hari makan banyakkk. Ada hari langsung takmo. Ketap mulut, palingkan muka, or tepis sudu. Paling ekstrim terbalikkan mangkuk. Grrrrr.

Tapi hari tu bila aku suap,memang meluru kat makanan. Makan elok tak tumpah  sikit pon. Tertunduk tunduk nak makan siap tunduk nak makan direct kat mangkuk tu. Celup nak makan sendiri pon ye sebab lapo sangat mama lambat suap. Ya Allah kesiannya anak mama lapar sampai camtu sekali. Memang habis. Lepas makan sambung susu pulak 5 oz. Habis terus tido. 

Dulu pernah gak ckp bagi jek last feeding pukul 6 tu. Kalau ebm habis top up dgn Fm. Kesianlaa lapar sgt cam tu. Hmmmm. Kena pesan semula la nih. Dah tu jek nak bebel. Oh ya aku bg jugak biskut baby sementara tunggu tu tp farhan gigi xde lagi susah dia nak makan. Plus dia selalu nak tercekik makan biskut tu. Camner korang bg biskut aa?
Marah bukan main

Friday, July 19, 2013

Short Getaway

Assalamualaikum wbh, Percutian pendek ni berlaku weekend sebelum puasa baru-baru ni. Mama dan baba ada company trip dengan staff dia, dekat Afamosa. So kami ni menumpang ler apa lagi. I know, I know, boring kan kitorang ni. Asyik gi afamosa jek. Tapi aku suka, sebab ada private pool, pastu leh masak-masak. Kami as always tak amek dengan resort. Amek dari agen, harga murah sikit dan boleh masak2. Kalau dengan resort diorang tak kasik masak. Kami sewa 5 buah banglo. Kami sampai hari Sabtu tengahari. Staff mama sampai a bit later dengan bas. 

Getaway ni free and easy jek. So aktiviti pon rileks jelah. Yang pergi adalah, mama, baba, kitorang sefamily dan my 4 anak-anak buah. Best jek sebut kitorang sefamily, hihi. Oh ya adek aku join jugak. Tapi wife dia tak join sekali sebab tak sihat sangat. This time around, walaupun dengan Farhan aku berjaya mandi pool 2 kali sebab ramai yang nak tengokkan dia. Plus dia pon kasik can kat mama dia, tido lama jugak. 

Here's some pics.

Ed tengah swim. Banglo ni pool tepi rumah dan berpagar



Ni dalam banglo

Bebudak as always seronok having the pool all to themselves

Aku cakap kat baba, ada dusun durian kat luar afamosa ni. Best gak tu makan Musang King. Baba aku ni tak paya iye-iye pujuk. Cakap jek pasal durian, berdesup dia pegi. So dia belilah beberapa bijik dan bawak ke pool area. Pastu kopek durian tu kat situ. Baba cakap kalau kopek dalam rumah berbau rumah nanti dahla fully aircond.
Baba tengok kopek durian. Atas kerusi jek u oll
Dan yang paling best ialah, kuar pool jek makan durian. Perghhhhhh..

Fuhh

Masa makan durian tu treringat jugak kat abang aku nun kat UK. Pasal dia hantu durian. Adek aku langsung tak usik durian sebab tak suka, dan anak buah aku, shasha dan abang jek yang makan. Tapi takpe long, awok nok balik doh minggu depan, leh pulun makan durian, hahahaha. 

Malam tu my parents and their staff pergi cruise dkt Bandar Melaka dan kemudiannya ke Jonker Walk. Kitorang, adek dan Qiryn tak ikut. Malasla aku. Farhan tu pukul 8 nak tido. Kang dia cranky jek. Baik tak yah gi.

Esok masak-masak sikit, terjun pool seround lagi, pastu.... balikkkk..

OKla nanti aku upload gambo lagi.

Ok.... dah berjaya upload. Gambar Farhan la apa lagi. Hehe. Farhan tak mandi kat pool sebab masa kami pergi tu, kuat sangat bau klorin. Pedih kulit dan mata. Farhan kan kulit sensitif, lagila aku tak kasi mandi kat pool. Main menan yang aki beli ni jelah.



Farhan dapat menan baru. Ke main lagi dia. Dapat jek mesti rasa dulu menan tu hehe.
Atas tu cheese and mix nuts brownies order dr Angah. Yang lain2 masak sendiri termasuk baked pasta tu. hehe.

Thursday, July 18, 2013

Promosi Ephyra

Assalamualaikum wbh,

Ini adalah entry sticky post. Untuk entry baru sila tengok entry bawah entry ni. 

Aku patut dah up kan promo ni lama dah. Tapi stok belum sampai aku tak berani nak offer. Now that barang dah sampai, bolehla aku promote. Haa memana yang nak kulit halus-mulus sempena raya ni, sempat lagi kalau mula minum Ephyra sekarang,hehehe.

Pertama, Sekarang beli sekotak Ephyra come with shaker tau. Ni while stock last  yek. Tapi untuk batch ni, each box memang dapat shaker.  Dan as always dapat woven bag tu. So silalah order. 
 
Gambar kredit to Angah
 Kedua, harga baru kalau beli 2 kotak ialah RM390. Promo yang 2 for RM380 tu dah habis. Tapiiiii, kalau korang beli 2 dapat 2 shaker, woven bag tu dannnnn dapat handbag organizer. Haa best tak? Best tak?
Gambar credit to OceanLife

Ketiga, aku ada place order trial pack so sesapa nak trial pack sila place order cepat sebab stock is very-very limited. Harga trial pack is RM68.

Pastuuu, haaa yang keempat. Offer untuk blog reader kesayangan cekna ni, kalau place order, akan dapat diskaun RM5, sila quote atau masukkan kod ni masa place order MHFJUL010713 haaa korang dapat diskaun RM5. So kalau yang beli sekotak dapat harga RM197, Kalau yang beli 2 kotak dapat harga RM385. Pastu returning customer akan dapat diskaun RM5 pastu kalau pakai voucher ni another RM5 wahhhhh harga tinggal RM187 saja atau 380!!! Baik korang cepat-cepat grab while stock last. Kalau stok Ephyra belum habis pon sila beli sekarang sementara ada offer ni kan. Tapi yang order trial pack tak dapat shaker dan tak dapat diskaun. Sori ek. Memang gitu aturannya. Aku follow jek.

Semua harga ni termasuk caj penghantaran tau. 


Last week aku dapat stok.3 hari jek habis. Nak spare untuk aku pon tak dan. Macam ada satu kedai Nasi Ayam kat Negeri Sembilan tu. Motto dia "Lotak-lotak, abih," hahahahha. 


Ok sila place order thru email arenaephyra[at]gmail[dot]com
atau sms/whatsapp aku at 0133650048
Harap korang tak call, sebab aku super bz siang2. Sms or whatsapp jek nanti aku balas. Email pon ok jek. 

Pada korang-korang yang dah order dengan aku sebelum ni. Terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa place order lagi tau.

Friday, July 12, 2013

Review Parenthood Expo 2013

Aku br balik dari Parenthood Expo 2013. Oklah berlambak gak aku beli. Adeh. Tapi kena tau hargalah jugak. Sebab bukan sumer bender murah. Sebab kat luar ada jek yg lagi murah. 

Aku sampai pukul 10.30 pagi. Aku dok doa dia jek dimudahkan perjalanan dan dapat parking baik dan dekat. Alhamdulillah parking dekat C Tiang A 29 adalah dkt dgn lif dan lif tu ialah nearest to the expo enterence. Masa tu dah ramai org jugak. Memula nak amek goodie bag. Tapi line nya panjang ya ampun. Kalau panjang moving takpe jugak. Ni aku tengok after 15 minutes line langsung tak gerak tak yahla.

Yang aku rasa bebetul murah adalah Avent. TT Fiffy dan Pigeon. Drypers still rm32. Cuma kalau ko beli 4 dpt jusco voucher rm10 atau ko boleh diskaun terus dr harga Drypers dan dapat tshirts. Susu frisolac diorg hanya bawak rang yang langkah 3 dan 4 jek. Demm. Pureen, aku boleh dpt harganya lagi murah di Manjaku atau Kasih ibu for certain things. Ada yg samm jek kat luar. So yg sama jek aku belilah. Senang sekali harung. Cuma dia bg byk free gifta jelah. So ni barang2 yg aku beli 

Kebanyakan yang dibeli adalah keperluan. Consumables. So takla rasa guilty or what. Tapi ada la jugak pembelian gedik. Aku beli play mat. Gediknya lah. Macam la Farhan suka sangat dok atas tu. Pastu sebenarnya duit aku melayang beli 2 pembelian gedik ni.
 

Baju Melayu Farhan dan Baju Peplum Raya Cousine Mia, Hiihihi.

Kalau korang nak carik stroller or car seat bg aku harga sama jek or lagi mahal dari kedai kat luar. Kena compare.

Pastu dek kerana ada orang tanya aku bill my next baby due. Sambil tengok perut aku. Demm. Terus aku beli ni. Hahahaha. 
 
Akhirnya terlepas la kempunan aku nak gi baby expo. Masa pregnnnt kan tak leh jalan2 sangat. Anak dah besor baru nak gi. Tobatt tak gi dah lain kali. Beli jelah barang2 kat kedai or online.
Ok dah fenat. Chiow.

Thursday, July 11, 2013

Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbh

Selamat berpuasa kawan-kawan. Alhamdulillah selamat kita puasa semalam kan. Sekarang ni kol 6.20 am. Tgh pam susu untuk Farhan bawak gi taska. Susu cam merosot sikit. Tapi I am at fault for this sbb x disiplin sangat mengepam. Camnerpun aku tetap syukur yang Allah masih kurniakan aku breastmilk untuk diberi pada Farhan.

Tahun ni ialah the 10th year aku dan Ed puasa as husband and wife. Dah paham sgt style Ed puasa. Home cooking and moderation. Tahun ni puasa kami diserikan dengan kehadiran Farhan. Semalam masa berbuka sebok jek nak berlegar legar dekat kitorang, hehe. Dining area now jadik sempit sikit sebab nak menangkan plat area for Farhan. Tapi biasalah kat tempat sempit tulah dia sebok nak crawl kan. Masa kami makan time tulah sebok nak masuk bawah kerusi dan meja makan tu kan.

Aku first day puasa semalam, ok kek up til 5 pm. Start pukul 5 ptg tu mulalah sakit kepala tak terkata. First day kot. Aku doa2 that hari ni onwards ok dan tak pening dah. Fiechik ko ok tak hehehe.

Teringat last year puasa dekat rumah mama. Masa tu baru lepas pasang cerclage kot. So kena banyak bedrest. So I stayed at mamas. Best jek puasa dan berbuka ramai2 gitu. My brother ada balik. And my niece stayed there jugak. I was 5 months plus pregnant kot.

Towards the end of puasa tu jugak my parents met with a terrible accident. Where baba patah tangan. And mama pulak suffered patah dan fractured di tangan dan kaki which left her unable to walk unassisted until now. Sedih giler ok. Tapi my parents ni kuat semangat dan Terima Kasih Allah kerana surround them witj wonderful people.

Oklah tu jek buat sementara ni. Oh ya jangan lupa offer Ephyra still open. Cepat grab! Janfan lupa quote diskaun kod tu tau.

Akhur kata Selamat Berpuasa dan mintak maaf salah silap. Moga Ramadhan tahun ni adalah ramadhan terbaik untuk kita. Take care people  *hugs.

Monday, July 1, 2013

Farhan dah 7 bulan

Actually lusa dah masuk 8 bulan pon. Mama dia super bz tak dan nak updat blog. Oh ya, aku tak tutupla blog walaupun x ramai baca, hehe. Kat sinila aku log pasal perkembangan kesayangan kami, si Farhan ni. Dah besar nanti bolehla baca, what we went through nak dapatkan kamu ye, Farhan. Permata hati mama dan ayah ni. Ok, Ok dah dah nak citer perkembangan kan. 

Gambar di bawah ialah masa dia 6 bulan seminggu gitula. Berderau darah mama, dek bila adek berdiri macam tu. Macam, errr bukan Farhan kecik lagi ke, nak diri kat playpen cam tu? Bahaya gila kan, eii buatnya dia buat aksi terjun tiruk ke haper ke kan. Seram wei. 

So malam tu jugak, Ed turunkan playpen dia. Sebab risaukan keselamatan dia. Lagipun Farhan ni tido, ya ampunn buasnya. Kalau tido atas katil dengan kitorang, memang tak lena sangat sebab ada jek celah mana dia nak terjun tu kan. So turunkanla playpen. Kesian gak kat dia. Ed kata, cian dia cam kena kurung jek.
 
Comel kan bantal yang ada nama Farhan tu. Aunty Amy bagi. Tq Aunty Amy. Cayang aunty. Selalu support mama saya masa mama saya buat treatment dulu. Macam budak besar jek aku nampak Farhan dalam playpen ni. Panjang semacam. Memula tu kesian gak, sebab dia nak berdiri-berdiri, tapi takde tempat nak paut gitu kan. Ada net jek. So susah sikit nak berdiri. So the first 2 days tu dia cam frustrated sikit sebab dia susah nak manjat. But not for long. 

 
Tadaaa. Dua hari lepas tu, dah berjaya berdiri dah. Gigih sangat berusaha. Intai aku lah. Intai ayah dia lah. Kekadang dia susun dan berdiri  atas bantal dia nak kasi tinggi sikit. Pandainya kan. Maybe tak sengaja dia susun. But memang dia stand on the pillow or bolster nak dptkan height tu. Now dah meniti keliling play pen ikut kat mana kitorang berada. Kekadang dia panjat dan hulur tangan tepuk-tepuk pipi aku soh bangun. Kekadang pulak, kol 4 atau 5 pagi aku pusing pandang dia, dia dah sengih-sengih berdiri dalam play pen dia. Pastu buat muka kiut suruh aku amek dia. Abaikan sepah-sepah dekat belakang tu.


Farhan ni memang morning person. Kalau nak main-main dengan dia. Atau nak amek gambar dia, the best time is in the morning. Memang good mood sangat. Dia ni kan dah ada schedule sendiri. Tido awal dalam kol 8 gitu. Kol 5.30 gitu bangun. Budak gi taska gitulah kan. Kalau nak dengar dia gelak2 memang pagilah timenya. Agah sikit jek, dah gelak-gelak. Kalau time aku balik kerja. Penat jek ko agak dia. Masam jek muka. Dah ngantuk. Dia senyum masa first time nampak aku kat taska tu jek. Lepas tu dah x leh senyum dah.  Ataupun dia beriya gelak, pastu sambung nangis plak in one breath macam gambar kat entry bawah sana.

 Mainan yang orang bagi memang aku dah bukak semuanya. Sebab dia dah pandai main. Plus sebab dia dah pandai berdiri tu, dia sukala bergantung dkat meja-meja mainan dia tu. SUka jugak ketuk-ketuk, hantuk-hantuk dan gesel kepala dekat sliding door dan dinding. Tak sakit ke Farhan. Dia suka that he can make some sound kot. Dah mula dah ada perasaan separation anxiety. Tak leh hilang kat mata kejap, punyalah menangis. Bila aku gi dapur kejap, memang crawl sambil meraung-raung la ke dapur tu. Hahaha. Tak berani tinggal dia sekejap pon sebab dia dah cepat sangat mencapai mender-mender. Tu pon Ed dah 80% baby proof the house dah.  Kalau tak lagi penat dok angkat dia. 

Apa lagi ek :
  • Makan ikut mood. Ada hari makan banyak. Ada hari menyembur jek. Ni nanti aku citer lain
  • Merangkak dah laju. Dia ada teknik crawl kalau dia crawl jauh supaya x sakit lutut. Kiut sangat tapi aku x dapat capture
  • Semakin pandai panggil mama
  • Menyusu kuat sangat sekarang ni. 
  • Kalau main kena teman dia. Takde nyer boleh main sendiri-sendiri. In your dream, mama.
  •  Dah pandai nak ngikut kalau orang pakai smart-smart. Hari tu sebok nak ikut aki dia. Sabo jelah, Farhan
  • Makin bergelut nak pakai baju dan diapers lepas mandi sekarang ni. Kadang tu aku rasa aku pegang dia agak kasar sebab nak pakaikan dia diapers tu. Nak pakai minyak-minyak, losen or krim tu. Memang payahla one shot masa lepas mandi tu. 
  • Selalu jaga at 4 or 5 am. Pastu nangis2. Rupanya rimas pampers penuh. Dah tukar pakai mami poko pon sama jek. 
  • Kalau tido ngan kitorang jarang bangun kol 4 pg tu. Elok jek tidor sampai subuh. 
  • Kalau budak lain riuh sembang2 kan. Farhan ni diam jek kecuali nak marah.  Jenis pendiam cam ayah ke, Farhan?
  • Menjerit-jerit kalau kena gomoi dengan ayah dia. Memang kelakar. 
Oklah enjoy the pics.   Ok..OK, I will hug and kiss Farhan for u guys.