Ada update kat blog sana gak.Eyyzza i have sent invites.
Assalamualaikum wbh kawan-kawan,
Assalamualaikum wbh kawan-kawan,
Dah lama aku nak tulis entry ni, tapi hari-hari aku dok hesitate jek. Aku dah cakap pada KV dah agak lama untuk tulis entry ni. Tapi entahla, aku jadik risau nak tulis. macam yang aku pernah baca dekat blog Irfa kalau tak silap, hanya penulis tu sendiri je yang tahu niat sebenar dia menulis, maka aku tulis la jugak.
Entry ni sebenarnya nak share apa yang aku buat sebelum aku start treatment ICSI dan di awal-awal treatment tersebut. Aku kan ke dah pernah buat few treatments sebelum ni, aku cuma nak share what I did this time around, and what I did differently. Aku jadik risau nak tulis, sebab aku rasa cam ada unsur-unsur cam nak kata what I did was the right thing to do, sebab tu aku leh pregnant. Tak sama sekali ok, nauzubillah. Aku pregnant, sebab Allah izinkan. Tu jek. Noktah. Apa sahaja usaha aku dan Ed takde maknanya, kalau Allah tak izinkan. Cuma aku nak share jek apa aku buat.
Oh ya, I read at other blog jugak, yang mengatakan, ladies who has been trying to conceive (TTC) ni and finally conceived kekadang ter'riak dan terlupa perasaan orang yang masih TTC, when they flaunt their pregnancy. Aku harap korang tak rasa aku flaunt my pregnancy, especially to those who are still trying, sebab tu bukan niat aku. Aku excited. Itu jek. Dan as a first timer, aku banyak sangat mender nak tanya pendapat ibu-ibu hebat kat sini on their experience. And of course aku nak log my pregnancy experience, setelah menunggu sekian lama. Takkan la aku dah lupa, perasaan orang TTC nih, 9 tahun lebih aku TTC ok. 9 tahun, bukan sekejap-sekejap. Berapa banyak penderaan emosi yang aku dah lalu. Dan aku nak flaunt buat apa pon kan, jauh lagi perjalanan pregnancy aku ni. Dahla aku nih banyak sangat episod bleeding la spottingla, yang masih merisaukan aku. ( I still have this on and off, tatau nak buat apa dah except berdoa jek) Nak tau risau tak risaula, aku sampai la nih tak letak pregnancy ticker kat atas blog ni walaupun hati aku meronta-ronta nak letak. Sebab apa? Aku masih risaukan pregnancy aku nih.
Ok back to the original post, aku terpanggil nak tulis entry ni, sebab dapat tau kawan KV telah tak berjaya dalam 1st cycle IVF mereka. Ya Allah, I think I know how heartbroken they felt. Aku cerita pada Ed, Ed pon cakap, sedihnya, Com. Yes, sedih sangat. Aku rasala kan, sebenarnya sedih sangat tu, bukan sebab all the money, and time spent. Dan juga bukan sebab all the physical pain that has to be endured, but ended up with a negative result. Tapi sedih sangat, sebab all the hope that has been dashed. Memang pedih. Sebab kita mengharap sangat kan. So here's what I wanna share. Maybe ada yang dah dibuat, maybe belum, but kita boleh share sesama, dan elok juga untuk aku kenang-kenang balik what Ed and I had done earlier, supaya kami continue istiqamah dalam berdoa.
- Sebelum treatment, maybe few months before I started the treatment, bila aku dapat tau jek my cousin is going for umrah, aku kirimkan doa mintak Allah kurniakan kami zuriat. Sebelum ni tak terbukak hati aku nak kirimkan doa gitu. Segan sangat rasanya. Nak, nak cousin aku ni takdela rapat dengan aku. Bila aku cakap jek, terus dia peluk aku sambil nangis, dan dia cakap dia akan doakan depan Kaabah nanti. Aku perasan, this time around kami informed more people dan mintak mereka sama-sama doakan kami, not like before where kami senyap-senyap jek gi buat treatment, kononnya sebab tak nak pressure, ramai orang tau. Kali ni, entah maybe kami fikir, selama ni Allah belum makbulkan lagi, maybe ada doa-doa orang lain yang Allah boleh perkenankan. We need all the prayers we can get. So every step of the treatment, memang kami inform, all family members, and few of our close friends. Later, masa tu dah pregnant a few weeks, bakal adek ipar pergi umrah, aku kirimkan jugak doa. Selain dari doa from my Ed, aku jugak memang harap sangat doa dari my mama. Doa ibu. So every step of the way memang mintak mama doakan. Mama masa aku tengah buat OPU dan ET memang dia atas sejadah la buat solat hajat untuk aku. Luv u mama.
- Aku dan Ed takdelah plan sangat, tapi nak jadikan cerita we got to travel right before our treatment. Memang everything just fall into place jek dengan izin Allah. So 2 weeks sebelum start treatment, aku dan Ed ke Turki, and had the time of our life. Aku rasa tu percutian yang paling best kami lalui selama ni. Memang lapang kepala, dan seronok sangat. Balik je dari bercuti, aku sambung research dekat mana nak buat treatment dan, 2 weeks ++ later we started our ICSI treatment. Elok juga sebelum treatment tu gi bercuti, tak semestinya gi jauh-jauh. Dekat-dekat pon takpe, janji different environment, where you can enjoy being with each other. Kalau boleh gi berdua jek, tak yah gi ramai-ramai. Cam 2nd honeymoon gitu.
- Sebelum start treatment, aku dah makan acid folic, dan kami eat a good diet masa tu.(Dah pregnant, tak makan healthy langsung aku nih, grrr). Kurangkan pengambilan caffein and exercise. Aku sign up kat gym, cuma sempat gi beberapa kali jek sebab lepas tu dah start treatment. Lost a few kilos before starting the treatment. Lost dalam 2-4 kilo gitula kot. Not that much, but at least berjaya gak turun weight sikit. Ni more to persiapan fizikal lah.
- On the day we started the treatment tu, aku dah mula buat solat sunat Taubat, Hajat, Dhuha baca surat At-Taubah dan surah Yunus. Mohon ampun atas keterlanjuran silam, kerana mungkin juga Allah duga kami takde zuriat lagi sebelum ni sebab dosa-dosa yang kami pernah lakukan. Manusia ni kan suka sangat menzalimi diri sendiri. So it's good to make a clean start. Moga dengan bermulanya episod baru dalam kehidupan kami ini, kami become a better person and a better muslim. Kemudian kami mula baca doa-doa yang pernah aku letak dekat blog ni sebelum ni. Baca surah Al-Insyirah. Once dah tau pregnant, kami mula baca selawat Tafrijiyah (boleh amal dari sekarang, not just for those yang TTC. Banyak fadhilatnya), baca nama-nama Allah, Surah Maryam, Surah Luqman dan some doa's yang aku dapat from buku amalan semasa hamil.
- Selain daripada buat solat sunat, penting jugak untuk ada the right state of mind. Perasaan negative or iri bila nengok orang lain senang jek pregnant, tu kena buang jauh-jauh. Kena berlapang dada. Bukan senang woo nak buat ni. As manusia yang lemah, memang hati kita mudah terusik apatah lagi, bila ada jek kata-kata yang tak best dilontarkan pada kita. Macamla kita ni sengaja taknak pregnant kan. But, instead of meroyan every time things like this happen (which is soo often), kita kena tenang jek dan anggap tu ujian bahagian kita. Orang lain macam lain lak diuji kan. Sebab tu kekadang aku tak tulis sangat bila sindirian or kata-kata pedih orang cakap pada aku dekat blog, adala tulis sikit-sikit but setahun dua kebelakangan ni dah kurang, pasal aku malas nak surround dan remind myself of mender-mender negative nih, buang karan jek. Orang baca pon penat kan. Pastu kalau orang dok sebok cerita pasal anak or pregnancy tak yahla terasa hati sangat. Be happy for them, insyallah hati kita pon tenang takdelah rasa cam nak angkat kaki jek bila orang cerita-cerita. Mana nak lari wei keliling kita ni penuh dengan orang yang dah berkeluarga. So kena accept, dan cubalah be genuinely happy for them.
- As a wife, kita ni senang sangat nak tak sengaja or sengaje (hehehe) buat dosa dengan husband kita. Aku ni kenal lama sangat dengan Ed, almost 17 years, kekadang terlebih rock dengan dia. So, aku mintakla maaf dengan dia and mintak dia redha semuanya selama kami kahwin ni, dan mintak sangat dia doakan dipermudahkan semua urusan dan agar kami dikurniakan zuriat.
- Support dari husband sangat penting masa buat treatment ni. Bila kawan aku nak buat treatment ni, tapi dia kata husband dia tak supportive, aku cakap, ko pikirla dalam-dalam, sebab memang ko kena banyak support dari husband, physically, mentally and spiritually. Aku tak dapat bayangkan, kalau aku gi checkup dan buat procedure tu sorang2, or like i have read, kena jab sendiri kat perut every day, mmg tak sanggup. So husbands, please be supportive. Hantar checkup, tolong buat kerja rumah, paham perasaan isteri yang sensitif, tolong inject ubat, remind wife utk makan ubat, belikan makanan, dan yang paling penting sentiasa doakan isteri. Ala tak susahla mender-mender tu, bukan korang pon yang kena cucuk sana, cucuk sini, seluk sana-korek sini. Pastu later carry the baby for the next 9 months. So tolonglah supportive, your wife really needs you. I am lucky because semua yang aku mentioned ni semuanya Ed buat and more. Alhamdulillah. Thank you Allah.
Macam banyak sangat nak share, once dah start tulis tak ingat dah. Banyak dah kot. Anyways, kalau aku teringat mender-mender lain nanti aku tambah lagi. Dan untuk mereka yang masih TTC ni, aku doakan korang berjaya dan tabah dan tak putus harap. Allah tau apa yang terbaik untuk kita, dan masa yang terbaik untuk diberi pada kita. Allah sentiasa ada dengan orang-orang yang sabar. Keep on praying. Jaga diri baik-baik. Oh ya, harap takde yang kata entry ni macam aku bajet bagus ke apa ye. I still have a long way to go. Doakan aku kawan-kawan.
Semoga perjalanan pregnancy ko dipermudahkan. Dikurniakan anak yang soleh/solehah insyaAllah. Takpe cenna, ko log lah pengalaman ko buat treatment ni..biar jadi panduan pada orang lain jugak.
ReplyDeleteye agree bnyk info.
DeleteThanks Ngah. Insyallah. Aku rasa habis detail dah aku log semua ICSI treatment aku tuh. Hopefully boleh jadik guidance kalau sesapa nak start treatment kan.
Deleteche na, aku pun doakan yg terbaik buatmu dan baby. Insaallah semuanya selamat.
ReplyDeleteThanks mawar. Insyallah. Appreciate it.
DeleteSemoga semuanya selamat. Akak tengok arena happy jer masa tak ada anak. Mungkin somi jadi 'penyelamat'. Macam akak... tau tau jer la kan ? So, sampai anak dah 4 masa tu, bila dengar pengalaman orang lambat dapat baby ada masalah dengan anak ker apa ker... akak sangatttttttt sensitif... buleh nangis bagi pihak mereka. Tah hapa hapa kan ?
ReplyDeletePerjalanan arena masih panjang... memacam lagi nak kena tempuh... so, akak doakan semoga semuanya baik baik saja.
Percayalah... nanti lepas dapat baby nih... ada la mulut yang gatai tanya ... 'bila nak bagi adik' atau seumpama dgnnya... prepare jer la...
Alhamdulillah, sepanjang 9 tahun sebelum ni tak dikurniakan zuriat, saya dan Ed happy jek. Bak kata Angah, choose to be happy. Sesekali rasa down gak, sebab kita ni manusia, terusik jugak hati kan, but I was not down for long. I have a good life, alhamdulillah. Banyak nikmat Allah bg pada saya.
DeleteTulah yek, bila dah selamat deliver, sure ada orang tanya yer. Pengsannn..
aku sokong point ko pasal acid folic tu once nak plan jer start makan. tak perlu tunggu da pregnant baru makan. ini nasihat gynae aku. dari kkh singapore dr sheila loh. insyaAllah aku dah tunaikan hajat ko. aku ada doakan di masjid nabawi dan depan multazam..insyaAllah dengan izinNya selamat hingga kelahiran baby dan sihat walfaiat dedua ibu n baby....Amin...makcik
ReplyDeleteMakcikk!!
DeleteYou are back. Alhamdulillah, ko dah balik dengan selamatnya. Masa aku tau ko dah berlepas tu aku pon doakan ko dimudahkan urusan, dan dapat beribadat di semua tempat2 yang mustajab berdoa. Terima kasih sebab doakan aku. Tuan punya badan belum sampai, doa dah sampai dulu ye. Alhamdulillah. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Moga semua doa dan amalan ko semasa di sana diterima Allah. Insyallah. HUgs.
Masih mencari right state of mind. Lidah aku jadi kelu bila keliling bercerita anak, aku tak tau nak masuk celah mana nak menyampuk. Habis2 aku tanya2 jer ah...pastu aku senyap balik. Tapi mmg ada staff yg ermm tahu tu kekurangan aku dan menggunakannya to put me down. Jadi utk org camni, aku lebih selesa angkat kaki..
ReplyDeleteMemang bukan senang sis. Aku kalau memang geng2 rapat. Geng opis yang rapat dan umur older and baya aku, aku rilex jek sembang pasal anak diorang ni. Bila bebudak yang baru married sembang sesama dia about pregnancy, haaa masa tu rasa tak selesa sikit. Kalau aku tak leh handle aku blah, most of the time aku rilex jek. Siap hapal semua nama anak2 diorang lagi, umur baper semua.
Deletebaca entry panjang ko nih, betapalah aku kena sujud syukur byk2..sbb ada anak2 aku kategori baby eksiden..tak plan tapi tup2 ada..huhuhuuhuu....
DeleteTulah babe, lain orang lain ujiannya. Ko maybe senang nak pregnant, tapi allah duga macam lain pulak kan.
DeleteNyampahnya bila jawab komen pakai ipad nih. Tak habis tulis lagi dah kena publish grrrr. Anyways, aku nak cakap, kalau apa yang aku share makes you appreciate your kids more dan mensyukuri sela nikmat yang allah bg, alhamdulillah, bagus sangat dah tu.
Deleteassalamualaikum...
ReplyDeletehari ni, 1st time singgah sini after dpt satu komen dari readers blog saya supaya ke blog awk kat entry saya: http://inaachik.blogspot.com/2012/06/wordlesswednesday-13jun2012-sekadar.html
Alhamdulillah... saya menumpang gembira atas rezeki termahal Allah utk awk dan suami. saya dah ambil rawatan dan insyaAllah, akan ada perkhabaran gembira nanti... :)
Waalaikumsalam, wahh entry ni dimentioned di blog u. Terharu nya dan segan pon ye heheh. Anyways, dah mula treatment yer, semoga semuanya dipermudahkan ye, dan semoga Allah kurniakan anugah yang tak ternilai ni.
DeleteGeramnya tak habis taip dah publish, ape kena nih? Banyakkan berdoa, semoga all good things come your way. Nanti jgn lupa update resulnya ye. Take care ok. Jangan lasak2. Tengah fragile tu.
DeleteCeqna..
ReplyDeleteterharu nama ku di sebut.huhu
ko beruntung sbb di kelilingi oleh orang2 yg positif
dulu sebelum kenal dunia blog aku adalah org yg sgt tak yakin pada diri.selalu rasa 'kenapa aku tak macam org lain?kenapa aku itu?begini begitu..aku je ke yg susah?sbb aku tgk org lain senang je'tp kenal dunia blog aku baca mcm2 kisah orang.so aku tahu..kalau aku susah,ada lg org lebih susah.so aku bersyukur.alhamdulillah..aku lebih tenang dan terima hidup aku seadanya..
aku ikhlas cakap,aku suka baca blog ko..rasa ada keikhlasan dalam setiap baris yg ko tulis.rasa macam dah kenal lama..w,pun kita x kenal dan tak penah jumpa
Allah je tahu apa ada dalam hati kita
senyum ye ;)
Irfa,
DeleteHehehe mestilah quote kat mana aku baca, kan. Yelah ko ada tulis, pasal orang yang tulis jek tau niat dia, which is so right. Kita ni Allah dah bagi bahagian masing2 kan. So lebih kat sini kurang kat sini. Allah kan adil. So kita ni patutnya berbanyak syukur dan tengok banyak lagi orang2 lain yang diuji dengan lebih hebat kan.
Aku ni tulis apa yang terlintas je babe. Kekadang tak check pon spelling dan susunan ayat, exactly apa dalam kepala aku jek. Agaknya kalau jumpa aku di reallife gitulah gaya aku bercakap rasanya, hahaha.
Salam Arena,
ReplyDeletehappy2 sokmo hendaknya..keep positif aura sentiasa tau..
dh rajin ckp2 ngan bb?
btw, still xdpt view personal blog..bila klik link kat email..
sy je ke yg ada problem camni yek..
eyyza
Blog Invitation Error
We could not find the invitation you requested. Please confirm that you copied the exact URL that was sent to you by email.
If you continue to have problems responding to invitations, please contact Blogger Support.
Help Centre | Terms of Service | Privacy | Content Policy | Developers
Copyright © 1999 – 2012 Google
Sis,
DeleteDah mula bercakap dengan baby dari last month kot, heheh. Aik ada error pulak. Nanti I'll try send invitation semula. Sabar sikit ek, takde access to my notebook now. Esok2 okeh.
Assalamualaikum, Alhamdulillah segala puji dan syukur pada ALLAH. Ter'clik' dan terbaca blog awak juga adalah atas izin ALLAH jua. Saya juga menunggu lama kelahiran anak sulung saya. 5 tahun... tempoh ini amat terlalu lama bagi saya yang dah set mind kalau boleh nak baby soon se-awal bunting pelamin. itu kehendak kita, tapi kehendak DIA yang penuh sejuta hikmahnya, kami dikurnia baby setelah 5tahun menunggu. Teringin berkongsi tapi malu. Saya pernah hamil pada usia 9 bulan perkahwinan, tapi qada' dan qadar ALLAH menetapkan sikecil itu tidak lama di rahim saya. cuma 2 bulan. begitulah ketentuan ALLAH. Yang 2nd, berjaya setelah 2nd iui. tapi juga tidak lama... 12 minggu, di dijemput kembali kepangkuan Yang Maha Mencipta .. dan setelah itu, ALLAH uji lagi kami dengan PJJ. Kami terpaksa berjauhan. Kami berada di negeri yang dipisahkan oleh lautan. untuk berjumpa, hanya setelah menempuh 2 kali pesawat. Tapi masa PJJ ini lah DIA beri kami nikmat.. saya hamil ke3 spontaneously... bertapa ALLAH Maha Kuasa atas segala2nya... dan baby itu sekarang sudah pun 9 bulan... sungguh comel girl itu.. comel itu ALLAH jua yang Menciptakannya.... Maka selayak2nya pujian itu hanya untuk ALLAH.... 'nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan'.....
ReplyDeletesaya berdoa agar Awak dan baby sentiasa dilindungi ALLAH. Doa dengan sungguh2... kita satu hapa pun tak boleh... hatta nak bernafas pun kita tidak mampu, semua dengan kasih sayang dan rahmat ALLAH. maka mintalah pada ALLAH pada setiap detik kehidupan kita. ALLAH Maha pemurah.
ex-TTCier
You all will get the best ICSI treatment in India only from the our clinic. So if you want it then make your appointment now and get the successful treatment at low costs.
ReplyDelete