Busy giler tak sempat aku nak update. Last week serabut dengan assignment dan training. Memang jiwa kacau. Tapi alhamdulillah tak pening kepala. Cuma penat dan lesu jek rasa badan. Tak abis-abis perkataan letih dan penat kan, dah bertahun-tahun blogging aku rasa that is the most mentioned words in my blog.
Oh ya, Delinn, aku tak berjaya gi library...(dah agak dah...) aku tido jek pastu buat spring cleaning sket kat dapur. Ed semalam outstation ada event sikit. Aku ingat dia balik malam, so when I heard his voice dalam kol 4 petang gitu, berlari aku bukak pintu. Yey! Hahahaha. Bak kata Anne, cam pengantin baru jek. Tapi disebabkan dia balik awal, project spring cleaning aku tak sempat siap. But eventually siap jugak. Impressed jek Ed tu masuk dapur. Berapa kali dia tegur. entah. Muahahahha nampak sangat malas menyental dapur.
Anyways berbalik kepada tajuk asal. Last weekend aku balik Kuantan. Ada wedding. Aku amek leave on Friday. So we went back pagi tu. Rilex driving jek sebab wedding tu hari Sabtu. Pergilah rumah abang aku kat sana. Masa masuk bandar Kuantan tu, aku dengan Ed was amused with signboard kat tepi jalan sekitar Kuantan. Memang unik. Aku sempat amek dua jek. Klik gambar tu untuk baca signboard kalau nampak.
Aku kalau balik Kuantan. Akan cuba pergi makan-makan. Banyak tempat-tempat yang memang aku suka since dari kekecik lagi. Most of it are still operating. Nampak sangat memang ada pelanggan tetap. Petang tu kami pergi Taman Gelora nak makan Rojak ayam dekat gerai Pak Lah. Sekali tutup daaa hari Jumaat. Selalunya either aku makan rojak ayam kat Gerai Pak Lah tu atau nasi ayam kat kedai sebelah Pak Lah. Actually Pak Lah tu pun ada nasi ayam, but I like kedai sebelahnya better.
Mee Kari dari Planet Curry di Kubang Buaya |
Arghhh kuciwanya. Lepas tu teringat pulak, Mee Kari dari Planet Curry di Kubang Buaya. Yeaahh. So off we went to Kubang Buaya, alhamdulillah buka. We ordered the Mee Kari Extra/Special. With extra of everything. Yumm. I think rasanya kurang sikit dari dulu. Or maybe sebab ada sambal dalam tu so extra pedas. Maybe adek aku selalu beli mintak asingkan sambal kot.
Ketam telur masin |
Esoknya as always, aku pesan kat abang aku pegi belikan nasi lemak Zaman. Pehh sedap as always. Roti canai kat situ pon best. Tapi kalau nak makan roti canai. Tak best tapaw. Abang aku cakap beratur cam haper jek kat zaman tu. One thing about Kuantan especially tempat yang ramai orang cam Pak Soh, Marina dan a few places more, mannerism cam haram. Menyampah aku, tak yah la eksyen sangat kan. Benci tau.
Lunch was at the wedding lah kan. Sedap nasi hujan panasnya dan ikan pekasamnya. Tak berbau sangat dan tak masin. Cakap pasal ikan pekasam, anak buah aku cakap "busuknya, nenek goreng apa tu, bau macam ta*k" muahahhahahhaha. Aku gelak sakit perut masa tu. Lepak-lepak dengan cousin aku. Lama gile aku tak balik Kuantan. About 8 months kot.
After that, emmm pegi mana ek? Aaaa dah kenyang-kenyang tu, aku dengen Ed dan ayah aku pegi ke Tanjung Lumpur again. sebab nak beli kuih. Mula-mula berhenti dekat Pak Soh beli keropok lekor dan sata. Otak-otak dah habis. Hmmm keropoknya dah tak sesedap dulu dah. Then we went to another stall, dekat juga dengan Marina tu untuk beli temosa. Alaa karipap yang inti sambal kelapa tu. Karipap biasa pon asda gak. Beli sekali ikan dan udang celup tepung. Oh ya aku lupa sebenarnya sebelum sampai Tanjung Lumpur kami pergi beli puding raja dekat Restoran Arfa dekat dengan Sri Malaysia. Puding raja ni resepi diraja Kerabat Diraja Pahang. Yummmm.. So giler banyak makanan dan makan sampai ke dinner ulang-ulang. Oh ya makanan ni tak ler untuk aku dengan Ed dua orang je. Giler jinke hantu raya diorang ni kan? Ada ramai ler jugak dekat rumah my bro tu.
Ikan dan udang celup tepung |
Sata |
Karipap dan temosa |
Puding Raja |
The afternoon tea spread. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri |
Oh malam tu, aku dan anak-anak buah buit kuih bom. Actually kuih bom ni macam cucur badak la cuma intinya sardin la.. Bebudak tu rajen menolong dan suka. Dah memalam sikit diorang mintak aku buatkan omelette. Si abang kata, omelette cekna jarang tak sedap. Pandai jek nak ngampu aku.
Sunday morning, aku dan bapak aku ke Tanjung Api pulak. Aku nak beli lauk-lauk basah sikit. This is one activity that I like to do with my dad. My mum tak pernah ikut beli lauk. Ed pon tak ikut selalunya. Kalau aku tak pergi, bapak aku pergi sorang jek. Tanjung Api ni, macam kuala la, tempat the boat naikkan hasil tangkapan. Dekat situ boleh beli ais, gabus ice box macam-macam saiz nak isi lauk-lauk. Complete. Aku beli ketam 3 ekor, ikan kerisi 3 ekor, ikan bawal hitam 3 ekor, udang XL dan sedang sekilo each (kongsi dgn bapak aku), sotong bapak besar 2 ekor. Bapak aku aku cakap ikan kerisi dan bawal laut cina selatan ni isi nya lain sikit. Putih dan sedap sangat. I agree with him. Lauknya tuh tak abis lagi sampai hari ni. Tapi rasa masih lagi fresh, walaupun dah seminggu.
Lepas dah pack lauk-lauk dan beli ais, kami ronda-ronda dekat restoran-restoran dekat-dekat situ. Yey, jumpa nasi minyak gulai ayam favorite aku. So aku beli nasi minyak, dan roti canai untuk anak-anak buah aku. Bapak aku pulak pergi beli nasi dagang kat gerai lain. Bila aku sampai situ nampak ada laksam, dan laksa jugak/ So belikan laksa 2 bungkus. Best2. This is breakfast Kuantan style. Ada satu gerai dekat Kubang Buaya tu, dia actually ala-ala agen la niagakan makanan yang orang-orang hantar. Selalunya mesti ada nasi lemak, nasi minyak, nasi dagang, nasi impit kuah kacang, nasi impit dengan sambal, karipap, temosa, laksa, takde la gerai-gerai camtu kat KL ni. 1 gerai berlambak choice gitu kan.
Tu bapak aku tengah order nasi dagang |
Nasi dagang dan laksa |
Nasi dagang |
Kuah nasi minyak yang sangat sedap. Bila dah tuang kat nasik, tak sempat nak amek gambar dah. Yumm |
Laksa yang laksanya tu handmade |
So tu jelah update makan-makan. Giler naik 2 kg gamaknya selepas balik dari Kuantan. Tak sempat pon nak gi Pantai. Lagipun cam ngeri sket nak gi nengok Pantai lepas tsunami bebaru ni kan. Ombak kat taman gelora hari tu pon kan main bergulung-gulung lagi. Ngeri aku nengoknya.
Ok, so kalau gi Kuantan jgn lupa makan-makan kat tempat yang aku mentioned tu. The following are few other places yang aku akan frequent kalau balik Kuantan.
Ok people, hope you enjoyed my updates. Maybe leh buat panduan kalau datang Kuantan. Lambat lagi kot update. Ada 4 slides nak kena buat, dan macam2 lagi. Study progress pon tak buat lagi ni. Next week busy sangat. Tapi ada hati nak keluar jugak nih. hehehe. Take care people.
Note : Pesal la ada ruang kosong kat atas tu. Puas aku edit tak leh gak. Geram..
- Clear tomyam at Patani. Kaler nya clear jek, tak ler kaler oren or kemerahan. Sila try nasi papriknya jugak, very different from nasi paprik yang dimakan di KL nih.
- Chicken Chop John di TC
- Laksa Penang dekat pasar
- Mini murtabak dekat Pasar Malam Bandar
- Nasi dengan lauk-pauk Maria. Dulu dekat bus stand now depan TNB
- Nasi dan ikan patin tak ingat nama kedainya apa, di Bukit Sekilau
- Otak-otak, sata, colek-colek dan kuih-muih di Tanjung Lumpur. Antara location, Pak Soh, Mok Na dan few more other places. But Pak Soh's quality of keropok dan otak cam decline sket la lately. Abang aku cakap ada tempat lain yang lagi sedap.
Ok people, hope you enjoyed my updates. Maybe leh buat panduan kalau datang Kuantan. Lambat lagi kot update. Ada 4 slides nak kena buat, dan macam2 lagi. Study progress pon tak buat lagi ni. Next week busy sangat. Tapi ada hati nak keluar jugak nih. hehehe. Take care people.
Note : Pesal la ada ruang kosong kat atas tu. Puas aku edit tak leh gak. Geram..
panjang giler entry nie
ReplyDeleteHahhaha boleh celen tak entry Penang hari tu kak? Cepatnya akak komen saya tak habis edit lagi entry nih..
ReplyDeleteCadangan papan tanda seterusnya. Lokasi 50m dari simpang.
ReplyDeleteTak reti bagi signal ke??
Pape entri food pun aku suka. lagi2 yg ori from daerah camni. I likes!
Joe,
ReplyDeleteAku suka gak papan tanda ko tuh. Hmmm rasanya ada yang cam gitu cuma bahasa dia lembut sketlaa..
Iyer, gambar makanannn jek. Nanti ler aku buat tempat2 menarik utk dilawati di Kuantan. muahahhaha..
nasi lemak zaman! i like! err kind of tempat dating jugak hee
ReplyDeletepower tak duk KT dating kuantan? :p
Yo,
ReplyDeleteSangatla power ok. Tapi kan cemana nak dating sambil makan breakfast? Memangler tak seswai nak berkasih sayang kat zaman tu kan hahahah
arghhhh lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku pantang bab makan ni .. pantang nampak kekekekeke
ReplyDeleteYen,
ReplyDeleteKalau camtu aku pon pantang gaks..pantang sangat..hahahah
cmne nk pegi planet kari kt kubang buaya tuh? dlu penah p tym mlm,, tp skg xegt jln la..huhuuu
ReplyDeleteAs-Salam Anon,
ReplyDeleteJalan nak ke planet kari ye. Okay, here goes, menghala ke teluk chempedak. Bila sampai ke simpang ke kubang buaya and pantai selamat supermarket is on your right, masuk kiri. drive straight sampai ke simpang empat masuk kanan, kemudian nampak gerai2 kat sebelah kiri jalan, kat situlah planet kari.
wow...giler sedap...i nnt nak try explore laa..i baru kene transfer ke ktn 1.10 ritu...so xtaw lg tmpt yg sdp2...so byk giler list kedai yg u bg..nnt blk keje i nk pegilaa...thanks...^_^
ReplyDeleteI've read a few excellent stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I wonder how so much effort you place to create the sort of excellent informative site.
ReplyDeleteHere is my site : direct download movies
Why users still use to read news papers when in this technological globe all is available on web?
ReplyDeleteFeel free to visit my web blog ... golden virginia
I was very happy to uncover this page. I need to
ReplyDeleteto thank you for your time just for this wonderful read!!
I definitely appreciated every part of it and I have you book marked to see new
stuff on your site.
Also visit my site - borkum riff cherry
Hello friends, how is all, and what you desire to say
ReplyDeleteabout this post, in my view its really awesome in favor of me.
my website: drum rolling tobacco
Keep on writing, great job!
ReplyDeleteAlso see my webpage > samson tobacco
Hello there! Do you use Twitter? I'd like to follow you if that would be okay. I'm undoubtedly enjoying your blog and look forward to new posts.
ReplyDeleteFeel free to visit my blog mac baren cube
Hello I am so thrilled I found your webpage, I really
ReplyDeletefound you by mistake, while I was researching on Askjeeve for something else, Anyways I am here now and would just like to say kudos for a marvelous
post and a all round thrilling blog (I also love the
theme/design), I don't have time to look over it all at the minute but I have saved it and also added in your RSS feeds, so when I have time I will be back to read much more, Please do keep up the superb work.
Also visit my blog post Real estate Bodrum
This is very attention-grabbing, You are a very skilled blogger.
ReplyDeleteI've joined your feed and stay up for in quest of more of your excellent post. Also, I have shared your web site in my social networks
Here is my weblog : http://hiremytech.com/groups/facial-scars-to-be-taken-off-by-easy-methods