Saturday, December 12, 2015

Goodbye old life. Welcome New life!

Assalamualaikum wbh, 

Lama sangat tak buat proper update di blog ni. Busy sangat. Mungkin ada yang dah tahu that I have opened Butik Ms.Husna di Bangi Sentral. Butik launched pada 28 November lepas. Baru je 2 minggu. Tapi rasa macam dah lama, sebab sebelum tu hari-hari datang butik tengok renovation dan sebagainya. Memang penat sebelum launched butik tu. Masih bekerja full time. Malam-malam datang butik tengok progress. 

13th November, I said goodbye to my fulltime job. Almost 10 years di situ, banyak yang aku belajar. But aku kena fokus. Susah aku nak buat 2 things at a time. I neither excel at both. Because terkejar-kejar. Dan aku rasa tak best sebab cam waktu opis kau kena jawab wassap dan sebagainya. No matter how I justify it, aku rasa tak seronok, bila kena guna waktu kerja untuk buat bisnes, even jawab wassap je. 

Bukan mudah nak ambik keputusan tu. Lama aku pikir-pikirkan. nak keluar dari comfort zone at this age. Ala-ala macam start over kan. Fuhhh risau tau. I asked Ed, dia izinkan tak aku resign. Lama jugak dia senyap. Memikir. Kemudian dia cakap, Go for it. Fuhh memang aku tak pandang belakang dah lepas tu. Jalan terusssss... 

Masa malam sebelulm launching, aku dekat kedai sampai almost 2 pm. Macam-macam perkara yang sedih berlaku. 6 slot yang allocate for vendor, tak dipenuhi sebab diorang pull out last minute Ya Allah, sedihnya. Dah la kosong je nampak butik. Ada 6 railings kosong. So I told Team Ms.Husna untuk keluarkan all our stock dan sangkut whatever we have utk penuhkan tempat kosong. Items for free gift pon, pukul 10 malam baru sampai. Beratus-ratus shawl,  pukul berapa nak siap packing ni.  But despite all that. Grand Opening Ms.Husna berlangsung dengan meriah walaupun simple dan sederhana je. Terima kasih kawan-kawan yang datang support. Ya Allah I am so touched by your presence Tq sangat-sangat. Allah je mampu balas.

Meniaga awal-awal ni memang struggle. Memang tak mudah. Kena doa lebih, kena minta dariNya. Rezeki semua ni kan dari Allah. Ilmu pon kena banyak juga. Zaman sekarang tak boleh harap orang walkin ke kedai je. Kena banyak ilmu untuk tarik orang ke kedai. Kena banyak ilmu supaya orang purchase online. Online memang kena maintain in fact kena gempur lebih lagi. Now that I have more time maybe boleh focus dan pasang strategy marketing yang lebih baik. 

Sekarang tengah selesaikan masalah staffing. InsyaAllah kalau settle ni. Boleh focus utk buat strategy ni. Take one step back, and buat balik business plan, dan marketing strategy.  

My decision to become a full time entrepreneur memang ada kesan not just to me but also to my small family. Now weekends I kerja dan masuk butik. So memang tak leh leisurely lepak-lepak with Ed and Farhan at home. Nak pergi kenduri pon kena lari-lari kejap dan hanya pergi yang dekat-dekat je. Yang jauh-jauh memang kena mintak maaf tak dapat datang. Dahla bulan 12 ni banyak kenduri kan. Memang kena berkorban sikit. Yang bagusnya aku flexi sikit. Pagi-pagi some days  Farhan bangun lambat sikit, gurau-gurau dulu before aku hantar ke taska. Dia balik pon tak lambat sangat.  Weekends, Sabtu dia lepak dengan Ed at home. Ahad dia ikut ke butik. Sometimes Ed pon lepak sini sama. 

Nanti aku cerita lagi pasal my life after becoming a full time entrepreneur. Thank you for reading. 






Friday, November 27, 2015

Grand Opening Butik Ms.Husna

Assalamualaikum wbh,
Saya dengan rendah hati menjemput anda semua datang  ke pembukaan Butik Ms.Husna pada 28 November, Sabtu bermula pada pukul 10 pagi beralamat di 6-23-2, Tingkat 1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral. Belakang Physicon, sebelah Butik Felinna, Tingkat 1, jangan risau ada lif 😊

Ada free goodie bag🎁 utk 150 pelanggan pertama, makan-makan🍴🍲serta diskaun hebat utk semua barangan termasuk koleksi baru. Jemput datang ye, bawak family dan kawan-kawan sekali.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda. 😊😊

Friday, November 6, 2015

Priceless gifts on my Birthday

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt. Alhamdulillah I am 38 now. Syukur atas kesihatan dan segala nikmat yang Allah bagi pada hambaNya ni.  Entry ni aku banyak copy dari FB. Saja aku paste semula senang aku nak baca balik. Thanks a lot for the wishes ya. Mungkin ada yang tak sempat aku nak personally reply. Thank you sangat for your thoughts. Anyways walaupun takde celebration va va voom. Tapi i had such a great birthday. 

Bermula dengan the day before when my husband surprised me with flowers and having Farhan nyanyi Hepi beday mama.Knowing my husband and how he loaths giving flowers as present but still give it anyway because he knows I love it, is a true act of love and kindness. Tq bi. Sukeeee sangat. 

Epi bedey mama..epi bedey mama
Followed by warm wishes and dua by my family and friends selepas tu. Di office pulak dapat surprise birthday cake. Allah I am so touched.

TQ my beloved colleague
The highlight of the day was when i received pictures from my staff that signboard Ms.Husna dah naik di butik!!! Allahu what a perfect gift kan. Rasa nak jerit pon ada nak nangis pon ada but had to contain myself with a big silly grin on my face jelah sebab dekat office masa tu. Ya Allah, what a proud moment for me.
Nangis. Sengih. Nangis. Sengih..
Hihihi

Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.

Lately ni almost every other night aku pegi tgk progress butik. Maklumlah bila mostly buat sendiri macam tulah. Barang semua carik sendiri lepas tu pass kat tukang utk buat. Tempah besi railings, cermin, para, kayu, bracket, wallpaper dan tah apa-apa lagi semua sendiri. Fitam. Itupun aku banyak dibantu mama yg excited benor dengan butik ni. 

Walau tak perfect disebabkan budget yg limited. But I am very happy with the progress and outcome. Pelan-pelan kayuh jelah cekna. Start end of the week dah boleh loading stocks dah. Ya Allah hambaMu mohon agar semuanya dipermudahkan. 

I got a week plus lagi di current office. Can't wait to focus and going all out for the biz. At this age, going out of my comfort zone, leaving my senior post at office, memang mixed feelings. Doakan ye. Aku nervous sebenarnya but insyaAllah all will be well.(keep telling myself that)...
Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang

Thursday, October 1, 2015

Pindah-randah

Assalamualaikum wbh, 

Lama tak menulis di sini. A lot has happened for the past few months. Antaranya aku pindah rumah, kali ni ke rumah sendiri. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan kesempatan ni. Simple je rumah tapi we are very-very happy. Bila pindah rumah baru ni, makin jauh dari  opis. Makin jauh dari supplier untuk business dan sebagainya. Itulah harganya nak duduk rumah sendiri. Rasanya ni rumah ke-7 aku semenjak kahwin dan rasanya bukan yang terakhir hahaha.

Bila pindah rumah baru juga bermakna Farhan pon kena pindah taska baru. Yang ni mula-mula aku risau dan berat hati sangat. Bila tengok taska baru cantik, bersih dan tak ramai sangat budak-budak rasa lega sikit. Cuma Farhan tetapla meraung mula-mula tu. Up till today dah sebulan di situ pon, pagi-pagi masih menangis bila pergi taska. Pandai pulak kadang-kadang tu bila bangun pagi cakap, An cuti, mama. Hahahaha. Love my boy. Cuma yang tak berapa best ialah aku busy sangat tak dapat nak balik awal, dan disebabkan distance dia few time jugak jadik the last to leave. Allah, sedihnya aku bila dia keluar taska dengan muka kelat and said, An tinggal satu je mama. (an tinggal sorang je) Breaks my heart. I'm sorry, baby. 

Still trying to get use to the new home. Barang-barang kadang-kadang tak jumpa carik disebabkan faktor susun atur baru. Yang tak seronoknya ialah kawasan rumah baru ni takde unifi dan line phoneku Celcom dan Maxis dua-dua coverage tak berapa bagus kat situ. Tried umobile, same jugak. Not good for my business sebab lambat update, lambat respond dan sebagainya. Ya Allah semoga dipermudahkan. Semalam aku register whoopie broadband. Harap-harap bagusla performancenya seperti mana yang diwar-warkan. 

Banyak perkara yang aku perlu berterima kasih pada Allah. Banyak sangat rezeki dan nikmat yang diberikan pada aku dan keluarga. Thank you Allah. Thank you Allah. 

Ada satu decision besar yang telah diambil juga. But that one aku savekan untuk entry akan datang. Till then. Allahumma robbi tua'ssir wala tua'ssir, 

Thursday, August 13, 2015

Raya 2015

Salam semua, 

Lama gila tak update blog. Tak pernah sampai takde satu pon entry puasa aku upload. Entry raya pon takde. Punyalah sibuk dan takde mood, sampai terabai sungguh blog. Now ni menaip dekat opis sekejap, take 10 mins break jap sebab dah pening buat costing. 

Memang banyak sangat perkara yang berlaku puasa lepas. Aku akan cerita pada entry akan datang (kalau adalaa..) mengganggu emosi jugak. Tu yang tak jadi upload entry-entry yang dalam draft  tu. Bisnes pon memang busy sangat bulan puasa. In truth actually, aku rasa ibadat aku masa bulan puasa lepas very minimal. Sebab quite busy dengan bisnes dan busy dengan hal-hal rumah baru. Join bazaar raya lagi. Penat tapi best hehe. Putting all that aside, hari raya kami pada tahun ni disambut meriah. Syukur diberi peluang menyambutnya dengan yang tersayang. 

Tahun ni beraya di Kuantan dahulu. Rumah abang aku. Parents aku, our small family dan family abang aku of course, berkumpul kat sana. Meriah. Before that singgah Jengka dulu tolong mama aku masak-masak. And at 4 pm hari last puasa tu kami gerak ke Kuantan. Berjaya buka puasa bersama-sama. Best gak. Malam tu anak-anak buah main bunga api. Farhan pandang jek dari dalam rumah. Aku tanya takmo main ke? Dia jawab, An tanak main mecun. Panasss. Hahahhaa.  Bagusla taknak main, memang aku tak pujuk dia suruh main. Elokla. 

Dekat rumah abang aku, yang he enjoyed most is main basikal. Dia dah pandai paddle, so punyalah seronok, rumah papalong laman besar. Memang main basikal sampai lencun baju dia.  Siap kayuh basikal sambil carry Ashley kat belakang hehehe. Suka tengok he got the opportunity main-main macam tu. Kalau la laman aku besar cam tu memang best. Malam-malam pon kayuh basikal tu. Memang takde nya sebok nak tgk ABC dekat ipad ke or phone aku. Memang enjoy habis. Aku suka camni.  Let him enjoy being a kid macam ni. Kalau terperuk dalam rumah. Memang ada tendency nak tengok tablet.  Salah mak pak jugakla kan hehehe.  Apart from that, banyak juga ziarah sedara-mara tahun ni. Alhamdulillah.

Raya ketiga pagi, kami dah turun ke Ijok pulak. Beraya belah Ed. Masa sampai di Ijok, hanya ada mak dan makcik je. Adik-beradik Ed yang lain dah balik ke kampong ibu mertua pulak. Kesian jugak mak dan makcik tinggal berdua je. Rumah diorang ni memang ramai sangat tamu. Dari pagi sampai ke malam orang datang ziarah. Kalau takde orang memang kesianla diorang berdua jek, doh hidang air dan basuh cawan semua. Farhan sesampai je, dah cakap nak balik. Sebab takde kawan, hahaha. Selalunya kalau balik Ijok ada abang Uyiz. Boring dia. Tapi he occupy himself main kereta tolak dan whatever mainan Abang Uyiz.  Dan masa pergi ziarah-ziarah pon ok je dia tahun ni. Takde nak meraung-raung dah. Alhamdulillah. Good boy sangat. Dalam kereta kami dah pesan, sampai rumah orang pergi salam cium tangan semua nenek-nenek dan atuk-atuk.  Dan most house dia akan salam dan peluk the atuk, nenek, pakcik or makcik. Most la. Ada jugak rumah yang dia takde mood masa ziarah tu.  Dah penat dan ngantuk. 

Farhan mulanya tak suka pakai baju raya. Nak pakai baju cars dan ironman gak pagi raya tu. Lepas ramai puji-puji hensemla, comeyla, amboih nak pakai baju raya hari-hari pulak. So sepanjang syawal kalau ada open house, he will insist nak pakai baju raya. Siap tengok cermin sambil sikat-sikat rambut, pastu cakap, ma, an dah ensem. An pakai baju raya, hahaha. Paling epik, pakai baju melayu siap sampin pastu pergi playground dengan aki dia. Main gelungsur pakai baju melayu dan sampin, yo. Sayang sangat aku tak sempat amek gambar tu.  Memang lejen. Hahahha. Tapi baju Melayu dia tu material kain cotton t-shirt tu, so ok je nak pakai siang-siang dan selalu-selalu.  Oklah tu je aku nak tulis as memori raya tahun ni, dengan my small family, Ed dan Farhan.  Love u both. Always.

Gambar nanti aku cuba upload dari phone. 

Sunday, May 10, 2015

Sayang mama ketat-ketat

Dari tadi aku dok buka Blogger. Trying to write. Bila dah buka new post, idea tu hilang. Blank. Tak tau macamana nak mula. Tak pandai nak mengarang ayat-ayat cantik dan indah. Memang tak pandai.

Aku nak tulis entry untuk Mama. Sempena Hari Ibu. Tapi payah. Apa lagi kalau nak tulis ayat-ayat puitis. Pasal relationship kami bukan macam tu. Kami memang rock. Dulu aku rasa mama aku jenis tak ekspresif.  Lagi-lagi masa kecik sampai remaja. Tipikal mak-mak melayu agaknya. Takdenya nak peluk kami or cakap sayang pada kami masa tu. Masa tu cakap apa yang perlu je. Mama dan baba sibuk kerja while i was growing up. Hence, the gap. So apa-apa hal memang tak de cerita sangat pada mama. Fasa tu lebih rapat dengan kawan.  Tapi mak kan mestila sayang anak. Cuma memang style dia la tak reti nak tunjuk.

I grew close dengan mama masa di uni. Masa tu aku antara few students yang bawak kereta. Kancil aje pon. Mama aku punyalah risau aku drive. Tiap kali cuti semester, she will take a flight from Kuantan ke Subang then dari Subang ke Kepala Batas. I will fetch her from Kepala Batas and she will drive us to KL. Di KL we will sometimes be met by Baba dan adek. Stayed there a night or two then kami balik ke Kuantan. Begitulah setiap kali cuti sem sampai aku habis matrix. For the trip back to KL aku akan belikan kaset-kaset kat pasar malam supaya we can sing our hearts out sampai KL. Radio masa tu tak jelas sangat dan ada channel apa je pon.

Adek cakap kalau aku dekat U kadang-kadang mama akan masuk bilik aku just stand there quitely tak cakap apa-apa. Tu lah cara dia miss aku. She never told  me, of course. Tapi kalau aku balik, mesti mama akan masak makanan favorite aku sepanjang minggu tu. Baba pon akan keluar carik seafood yang sedap-sedao as well as buah-buah yangs sedap bila aku balik. I saw the same reaction masa adek aku fly pegi UK. Lepas adek salam dan  masuk kat boarding hall. Mama jalan sorang-sorang dalam airport tu. She was not crying, though. But she didnt say much, just layan perasaan dia kejap. Its just her way of dealing with sadness to be parted with her youngest i guessed.  We let her be. Later dia masuk kereta, dah macam biasa balik, takde nak muka sentap ke haper ke hahaha such a strong lady she is.

Banyak sangat aku nak cerita kalau pasal mama ni. But let me fast forward to the present day, panjang sangat nanti. Kalau any of us 3 siblings, yang ada exam, interviews, sales pitch ke haper ke, she will ask us pukul berapa event tersebut and she will on the prayer mat buat solat hajat followed by bacaan yassin. Masa aku buat treatment IVF dulu macam tulah. Every step every milestone dalam treatment tu, you can bet where she was at the time. No, not beside me. Tapi atas sejadah mendoakan aku. Kalau any of us tak sihat, atau cucu-cucunya tak sihat, yeah you guessed it, she will be on the prayer mat, solat hajat, baca yassin, dan buat air yassin. Esoknya if her schedule permits, she will come and visit us bawak air zamzam dan air yassin. Apa lagi as anak yang aku nak? Selain doa ibu? Ya Allah, syukurnya aku masih ada doa ibu.

Semenjak dia accident dan patah tangan dan kaki di beberapa bahagian, mama dah tak memandu. But she and baba hired a driver so that they are mobile.  Mama jenis tak kisah dan berkira  langsung to come down to KL or turun Kuantan and visit us the children (she lives in Jengka now by the way) kalau kami tak sempat balik.

Yang ni kelakar, mama ni selalu cakap takpe tak payah gifts. But she actually adore gifts hahaha. Kalau dapat hadiah, buat-buat muka tak excited padahal suka sangat. Kahkahkah. Lagi satu best kalau pergi shopping dengan mama. Tak ada orang nak larang aku shopping. Lagi dia galakkan aku lagi adala. " Beli jelah kakok. Bila lagi nak datang sini. Jauh nak datang. Pastu tengah sale ni. Beli jek. Tak cukup duit mama tambah "  macamlah jauh sangat. Padahal Sogo jek. Hahahah. Pastu mama kalau beli baju habis semua anak, menantu, cucu semua dapat.  Jangan cakap baju, handphone pon sama ok. Phone aku dan phone Ed was bought by my mama. Aku rasa both my brothers pon sama. Jangan tatau, mama aku gila gadget jugak. And normally she buys the phones way below market price. Tech savvy ok mama aku. Walaupun kekadang tu tah haper-haper dia sebut nama gadget tu. Haaa that one I have to save for another post. Hahaha. 

On my own hijab label Ms.Husna Hijab, memula mama macam sceptical jugak. Mama cakap dia tak rasa lama aku akan buat bisnes ni. Dia cakap sure aku boring. But I think, i have proved her wrong. Expanding lagi ada. Albeit slowly. Boleh klik banner kat sebelah kanan to browse my own label at Zalora.  Mama tak pernah invest dr segi duit untuk bisnes aku. Tp dia support me in terms of time, and feedbacks. Macamana tu? Dia suruh driver dia bawakkan kami beli kain, bali manik atau teman aku hantar kain ke kilang. Dia komen kalau design aki buat tu nampak darat atau tak cantik.  Sometimes she  offerred to pickup the orders dekat kilang sebab aku tak sempat nak ambik and she was on the way to KL.

I call her almost everyday. And now that Allah has given me the chance to become  a mother, lagi aku appreciate dan sayang mama.  Aku akan cakap je kat dia, bila nak hang up the phone, ok ma thank you so much. Love u ma. Or sayang mama. Jangan minum teh tarik dah malam ni. Doesn't matter that she always jawab OK saja. Sebab aku tau dia sayang sangat kami and would do anything for us. Look at what she did for me in all aspects in my life.

Thank you mama for every single thing that you did for me. Tak akan mampu kakok balas. Ya Allah lindungilah mama, berilah kesihatan yang baik padanya and please surround her with good people. Please take good care of her ya Allah, I still need her. Will always need her.

Sayang mama ketat-ketat.

Friday, May 8, 2015

Can't help it

Assalamualaikum wbh, 


Can't help it, I have to write another post now. Ahahaha. Wah, hebat jugak penangan #blogreviveday. Ramai yang terpanggil nak update blog. Jenuh aku update blogs dekat blogroll tapi tak mampu nak update semualah. Sebab members dekat Sentraal Station saja pon dah 200++ sekarang. Kalau half of them update their blog pon dah seratus blog nak diletak dekat blog roll kan. So I just can't update all. Apart from what's announced at Sentraal Station, bila google #blogreviveday pon dah berjela keluar updated blogs. Yeehooo.. So I have spent the past few days, reading and commenting blogs. Nostalgia sekejap. 

Tapi semenjak ada smartphone ni, at night aku dah jarang sangat on laptop. Maka, aku akan baca blog melalui phone. Sometimes masuk sentraal station, dan klik link yang diberikan dekat situ. Yang tak best font adalah kecik, mataku tak nampak sangat. Sometimes phone tak support zooming, and sometimes yang tak best juga ialah nak komen tu hazab sikit. Kena reloginlah, kalau dekat Wordpress kena masukkan nama dan email lah. Menyebabkan adakalanya a bit discouraged nak tinggalkan komen. Tapi, selagi terdaya tinggallah jejak jugak, sebab banyak post yang menarik dan sebagai tanda support dan memberi semangat supaya all this blogger continue to write dan this blog revival will not just become a one time event. 

Sebab smartphone jugalah FB semakin mengambil alih blog kan. Convenient sangat. Download the apps, one time login and there.. you have all your friends around the world at your finger tips. Nak baca gossip, berita, nak shopping semua through FB jek. I myself, takde FB account for quite some time. I refuse to have it. Tak suka orang stalk aku. Kononnya. Cam la glamer sangat ko tu cekna, hahaha. But i had to create one, sebab nak shopping barang baby, and later because aku sendiri nak gunakan platform FB untuk Ms.Husna Hijab. FB ni memang user friendly sangat kan. Sebab tu makin lama, blog makin dilupakan. On another note, have you read comments on FB, kalau ada issue apa-apa. Bahasa diorang ni kasar sangat dan emm lucah. Ramai pulak tu yang macam tu. Buat aku rasa seram tentang manusia sekeliling kita dan anak-anak kita ni. Full of sick people. Tak larat aku baca, aku dah hide dan unfollow groups yang sepatutnya cerita pasal bisnes and so on, tapi dok asyik share berita-berita panas gossip artis. Amender ni wei. Mencik!

For me, personally reason yang menyebabkan aku kurang berblog ialah, kawan-kawan yang selalu komen dan sama-sama sembang di blog dah jadik kawan in real life. Dok berwhatsap and later migrated to Telegram jek kerjanya. Hari-hari sembang. Hahahha. Memang hari-hari. Mereka ni banyak support aku, especially masa lepas we had Farhan. Anak first blur tatau apa nak buat. Walaupun umur aku dan Ed dah late thirties, still Farhan tu anak first kan. So diorang la talian hayat aku. Lepas tu, bila kadang-kadang rasa nak cerita apa-apa di blog, eh aku dah citer ni tadi kat diorang. Padahal, dlm group Lovelies tu 9 orang je, ahahhaa.  Ada lagi reader lain, sebenarnya. Eh ada ke? Muakakakkaka.

Aku harap kawan-kawan yang dah kembali menulis, akan terus menulis. Seronok sangat baca. Senyum sorang-sorang aku dibuatnya. Dan ada banyak lagi aku nak baca pulak tu. Suka..suka..suka.. Oklah, nak buat slides pulak. Eii boringnya. Take care peeps, and keep em coming.

Note : Pakpin, the hospital date with Ed series will have to wait till next week :)
Note 2 : Here's my miracle baby, Farhan. Dah besar dah :)

Wednesday, May 6, 2015

It's today!! #blogreviveday

Assalamualaikum kawan-kawan semua, 

I don't know how many people will be reading this. But numbers has never concerned me much while blogging. Tapi tipula tak senyum sampai ke telinga  kalau tiba-tiba dapat komen sampai 40 ke 50 comments tu. Hahahaha. 

First of all I would like to thank Sis Ailin dan Kak Teh Zaharah for giving birth to this idea. Aku tukang bagi date je. Sebelum tu pernah juga sembang-sembang dengan Amy, yang rasa bosan dengan FB. Takde soul, katanya. Hahaha.. Kemain, kan. Macam-macam aku plan dalam kepala. Nak tukar layout. Nak buang links yang tak berkenaan. Sesambil sibuk dok harass orang suruh buat entry. Siap buat countdown lagi, ahahahha. Sebok jek.  Last-last aku sendiri yang tak siap entry untuk #blogreviveday ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh menaip dalam gelap, atas katil, bawah selimut ahahaha. How blogging scene have changed, kan. 

Semenjak Kak Teh buat closed group Sentraal Station tu,  phone tak berhenti beeping sebab dapat notification. Ya Allah seronok sangat baca dan reconnected dengan bloggers who have touched my life few years back. Bila tengok their nick terus senyum-senyum sendiri. Happy. 

Aku sendiri started blogging in 2005. Ya ampun masa zaman gila blogging tu tiap-tiap hari ada update. Siap sempat tulis telenovela lagi. Banyaknyalah masa kan. Tapi seronok masa tu, follow life kawan-kawan yang seangkatan, dan juga follow the life of people who inspire me and wiser than me. Banyak sangat belajar dari situ. Masa tu aku sedar Ya Allah ramainya manusia hebat-hebat sekeliling kita ni kan. 

Later I made my blog private. And I blogged privately until 2010. After that the lure of wanting to have more interactions with people made me created  this new blog. One journey that I am so thankful that I blogged was having my miracle baby, Farhan. Kadang-kadang bila aku geram dengan perangai 'comel dia tu. Aku baca balik what i have gone through to have him. Terus tak jadi marah dan rasa sangat-sangat bersyukur.   Nasib baikla aku blog agak detail, best bila baca balik. That's the thing about blog kan. Tak kisahla ada follower ke takde yang penting you can go back to whichever significant moment in your life and read again how you were feeling back then. Sebab selalunya, cara kita tulis tu captured our feelings at the time. 

Because of the IVF entries, I got a lot of email from people who were facing the same situation but are inspired to undergo IVF treatment because of my stories. I am so happy that I can inspire people. Hanya orang yang pernah melaluinya saja yang faham. Go for it! It is so worth it. 

Aku plan macam-macam nak tulis, nak tulis bahasa cantik-cantik. Malu jek kat blogger2 tersohor tulis macam ni karang. But Pak Pin told me, just be yourself. So here I am being myself. In real life memang aku cakap campur-campur English Malay macam ni.  Dan in real life memang aku suka cakap lompat-lompat topik ikut apa yang terlintas jek. I have 5 to 6 entries still in drafts. Maybe, I will start publishing it next week. One by one. Oit pasal apa tu? Tungguu... 

Oklah  I am signing of  now on 6th May. Please excuse the formatting as I am typing using the Blogger for Android with limited functionalities. Hopefully today is the spark and start of the #blogreviveday. Let's #bringthesexyback 

P/s - sis ailin no photos at all, okayyy.. haha

Friday, April 24, 2015

Ms.Husna Hijab is Offically in Zalora



Alhamdulillah, bersyukur atas ilham dan dorongan hati dari Allah, kini Ms.Husna Hijab dah bersiaran di Zalora. Anda boleh layari http://marketplace.zalora.com.my/ms-husna-hijab/ untuk melihat koleksi kami. Zalora ni ada sediakan opsyen COD tau, so tak perlu bank in duit dulu, dapat barang baru bayar. Haaa best tak? Best tak?

Kami baru jek bersiaran di Zalora tak sampai seminggu, sambutan sangat-sangat menggalakkan. Hari-hari ada je order masuk. Bangun tido pon tetiba ada dapat notification ada orders masuk. Sampai kecut-kecut perut sebab risau stok tak cukup.  Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 




Gambar kat atas ni ialah list of boutiques. Nanti akan nampak Ms.Husna Hijab amongst the boutique. Eiiii sukerrr!! Ni link utk tengok senarai butik. Banyak butik dekat situ dan Ms.Husna Hijab pon baru jek tak sampai seminggu di situ. So tak nampakla di mukasurat pertama. Unless kalau you all sort by Latest Arrival.  Boleh ke link ni http://marketplace.zalora.com.my/boutiques/ untuk tengok senarai butik di Zalora ye.

You all masih boleh layari FB page mshusna hijab dan IG ms.husna_hijab untuk tengok koleksi Ms.Husna Hijab. Kalau nampak yang berkenan dan nak buat order direct boleh SMS atau whatsapp ke 013-3650048 ok. Nombor ni strictly for business ye. Kadang-kadang aku sendiri jaga kadang-kadang staff lain. Kalau nak tanya pasal mender lain bole email aku di cekna70s@gmail.com

Pada semua #mhlovelies yang banyak memberi support dari segi pembelian dan sokongan moral. Terima kasih banyak-banyak. Jasamu ku kenang. Jua Vendimia Studio dan model tak rasmi kami Ikeen yang telah bantu push Ms.Husna Hijab to a new level.  Doakan Ms.Husna Hijab terus maju ye. Mana tau leh jemput korang kenduri doa selamat kat pelancaran butik baru nanti, weehoo.. berangan jangan tak berangan. Berangan kan free.. Hehehe. Take care you all. Sayang korang ketat-ketat.

Friday, March 27, 2015

Update caca merba

Korang biasa tak karang blog update dalam kepala, tapi malasnya hoi nak bebetul taip. If only ada converter yg boleh terus convert apa dlm kepala aku ni jadi blog update, mau 5 kali sehari ada update kan, hahaha

Aku bz tu je aku boleh cakap. And aku tenga pursue something yang aku akan share later. Masih di peringkat awal. Dan aku pon a bit nervous about it. So we leave that for another day. 

From the last update masa raya cina baru ni, aku ada pegi cuti2 di afamosa, bukak booth Ms.Husna Hijab di Kuantan, cuti-cuti family gathering pulak di Kuantan, and started a new venture dan started a new journey. Pheww.. Fenat, excited.  Pelan2 nanti aku citer. 

Oklah dah kol 2 pagi. Nak tido. Tak siap pon aku pack tudung untuk booth kawan aku. Harap pg esok diberi kekuatan untuk siapkan. If not hantar jelah yang mana ada tu. 

Jap2 takut x sempat nak update. Nak citer pasal Farhan kejap hehe. Farhan now makin banyak vocab. And he ia is such a sweet and funny boy. 

Jom makan mama.
Jom main mama
Tina kasih mama
Naik atas mama.
Ayah jom mandi ayah. 
Ma, an tanak air koson.
Dengan tone yg sgt sweet. He is toilet trained jat taska. Kat rumah ada hits and misses lagi. We are working on it kan Farhan. Semakin independent. Nak pakai baju, seluar dan pampers sendiri. Dah ada preference baju mana nak pakai. Dah besar anak mama, sobs. Cayang aan. Kurang dah nak mengamuk. Pagi2 memang jenuh kejut dia sebabbbb tido lambat. Memalam sayang benor nak tido. Dah lights off berjam-jam pon cool jek main dalam gelap. Grrrrr.

Anyways, tu jek untuk reference aku. I love this boy. Thank you Allah for giving us this opportunity to become parents. Mama and ayah love you, Farhan. 

Farhan dekat Ana Ikan Bakar
Kengkonon baiki basikal. Dah boleh paddle
Tengah mandi pool dengan Abon Qiryn

Tuesday, March 3, 2015

Cuti-cuti KL - Short getaway 1





Cuti TahunBaru Cina yang lepas kami memula takde plan sangat. Plan asal nak ke Kuantan, tah macamana tak jadi. So pagi CNY tu aku try my luck book hotel sekitar KL melalui Agoda. Alhamdulillah, bilik available. Harga hotel sekitar KL pon murah sikit dari biasa. Harga luar KL jangan cakaplah. Maybe dah sold out, so yang tinggal yang harga ribu-riban jek. Tak kose lah. So lepas buat laundry, pack barang, dalam pukul 1.30 tengahari  gitu kami gerak ke KL. Lokasinya ialah Pacific Regency Hotel and Suites. Berdekatan Menara KL. 



Lengang gila KL. Ni kat Jalan Bukit Bintang tau
Lengang gila KL. Best gila drive pusing-pusing kat KL masa tu. Bila sampai jek kat hotel dan tgk dari luarannya, I was a bit dissapointed. Sebab aku ada choice of this hotel and Le Meridien dan Ramada dan few others. Harga lebih kurang. But I choose this hotel sebab bilik nya size besar sikit. Nampak dari luar macam hotel lama. Bila masuk parking dan pergi ke reception lagi aku dissapointed. Sebab kecik jek reception counter dan kena beratur and only 2 personnel manning the checking in and out. So memang kena beratur quite a bit.And the lobby was really small. Macam gi hotel 2 bintang jek. Kecewa dah aku. Farhan nak lari-lari pon takde ruang. Masa tu aku dok terpikir, if only I booked somewhere else. 

But then, bila masuk bilik at level 13, wahhhh ternganga jap aku dan Ed. I was pleasantly surprise. Luas gila . Katil King size, bathrooms with huge bathtub, ada coffee table overlooking the skyscrapers, ada study table, ada small kitchen; best! Farhan pon jakun jap lari sana-lari sini. Bilik memang cantik dan luas. Kalau bawak anak ramai boleh request extra bed 2 bijik lagi. Memang luas. Dan dapat free wifi pulak tu. So quite happy with the room.
 
Our suite
Disebabkan percutian ni free and easy jek, kitorang takde rushing nak pegi mana-mana. Lepak-lepak tengok TV kejap sambil minum-minum. 
Tempat berendam. Tapiii main bathroom door tak leh kunci
Besar bathroomnya ada separate shower and bathtub. Tapiiiii main door bathroom takleh kunci. Grrrr.. dua kali si farhan bukak masa aku dlm tu. Seb la anak kecik. Dah pesan kat Ed masa tu tengok-tengokkan Farhan. Tapi biasalah anak lagi laju dari mak pak dia kan.
Ada coffee table dan study  table.
Also a small kitchenette lengkap dengan periuk belanga and electric stove
Bangun-bangun tido je, maa nak nacik. Nak kopok. Adei. Nasib baik ada
Main lorry dia kat tepi tingkap. Seriau mama
Ko rasa tak seram ke camni? Tapii nak main kat sini jek.
By 4.30 macam tu kot, kami pergi ke menara KL. Keluar je dari lobby hotel, lintas jalan, sampaila menara KL. Amek free shuttle utk naik ke menara tu. Beli tiket dan queue untuk naik lif. Orang boleh tahan ramai sebab public holiday kan. Sampai jek atas, Farhan dah mula boring pegang tangan jek dengan mama dan ayah. Memang kejernya berlari jek. Entah berapa round dia lari menara tu. Memang sempat tengaok kat teropong tu kejap jek, selebihnya mengejar anak bujang. Ed le yang mengejor Lepas tu turun bawah, kononnya nak masuk mini zoo, tapi Farhan tengah excited bebenor, Ed cakap lain kalilah, tak larat kejor. Aku terus beratur beli drinks, sebab normally kalau nak calms Farhan down bagi dia air. Dapat air, memang dia terus duduk diam. Sementara air habis jelah. nak start berlari balik ler tu. Adei atlet sungguh anak aku ni. 
Balik hotel jelah kami lepas tu. Tunggu shuttle kejap, seb baik tak lama. and then kami terus turun ke dropping point dan lintas jalan balik ke hotel. Ada orang jual aiskrim colek kat bawah tu. Bought them dan naik ke bilik.  Balik jek, kasi budak ni main air pulak, aku dok lepak tepi dia. Syok betul dia. Bila bawak keluar nangis 2 minit, pakaikan baju, nangis 1 minit, sumbat susu. Nangis balik baring atas mama, dan ZZzzzzzzzzzz sampai esoknya. Pheww.. We ordered room service sebab si bujang dah tido payah nak keluar, so makan lah kami sambil borak-borak and enjoying the night view. Best jek sembang-sembang, memasing letak phone kat tepi and just talk. Believe me, di zaman-zaman smartphone ni, dapat sembang without one of us jeling phone is a rare occurance, hahaha.
Balik dari KL tower main air pulak
Pagi-pagi esok around 7.45 dah pegi mandi pool

Hotel ni mengadap KL Tower
Esoknya pagi-pagi lagi sebelum panas sangat, kami naik ke roof top untuk mandi pool. Si Farhan ni agaknya sebab dia tido awal, sebok nak nasik pasti nak kopok. Aku buatkan susu sikit, pastu ajak naik mandi pool dulu, sebelum makan breakfast. So happy sangat si Farhan, kali ni main pool besar pulak. One downside is pool ni takde kids pool, so end up Farhan dok peluk-peluk dengan ayah jelah dalam pool. Masa  ni, Farhan tak nak sangat aku, nak dukung ayah jek. Yey! Rasa secure sikit kot. Lepas tu kami salin baju, dan turun ke bilik kami. Err one more thing, again bilik persalinan ni semua takde lock. Kenapa ek?  Saspen aku nak shower dan salin baju. Haihh..
Our Big Breakfast.
Balik tu ordered breakfast, sebab kami tak ambik buffet breakfast. Memang sengaja tak ambik sebab dah kena few times. Tak sempat nak makan sangat, si Farhan dah sebok exploring and berlari dalam restaurant. Rugi jek. Ok jek order 1 big breakfast dan share, sebab the portion is huge. Alhamdulillah kenyang. 

Lepas tu lepak-lepak, Farhan sambung mandi sekali lagi kat bathtub, while aku tido hahhaha. Ed kasi can aku rest. Best betul tido. Hahahha. Sesekali percutian santai camnni memang best. Takde rushing-rushing pegi mana-mana. Sebab kadang-kadang balik bercuti, lagi penat ada la kan. Hahaha. Tapi camner-camner pon cuti-cuti adalah best. Farhan tu dapat mandi dalam tub pon dah happy. Bawak bekal mainan dia, dia dok main kereta-kereta dia keliling bilik.  Ed cakap sekali sekala oklah. Kalau selalu, kopak oi. 

Tapi kan aku selalu pikir belanjalah sikit what you have, enjoy life while you can dan sementara sihat ni. You'll never know whats in store for you in the future. Whether you will live long enough to enjoy the fruit of your labour.  

Monday, February 16, 2015

Photoshoot yang tak jadi

Hari ni nak shoot gambar tudung design  baru. So terpaksalah hantar farhan gi taska sekejap. Pepagi buta dah gosok jubah dan tudung utk photoshoot kejap lagi. 

Semalam penat sangat tudung yg baru sampai pon belum QA satu-satu lagi. Td br gosok 1 design. Nampak ok. Berdebar nak bukak plastik untuk 2 design lagi. Selalu QA kat kilang. Anyways, tengah tunggu ayah Farhan belikan breakfast. Lepas makan br leh kejer keras hehe. Actually menunggu natural light yg sesuai hehe. 

Oh at the same time hari ni weekend maid datang. Yehooo.  Cekap dan cergas nampaknya diorang. So aku kena siap lipat 4 bakul kain ni sementara diorg naik atas untuk kemas atas pulak. Hehehe.

Payoh2. Banyak sangat nak kemas end up tak sempat nak shoot. Grrrr. Sebab by the time the maids siap kemas aku pon dah penat. Amek kesempatan untuk buang-buang barang sikit. Fuhh lega sikit aku tengok rumah aku. Furthermore lighting pon tak cun sangat hari ni. Ada yang aku angkut semer tudung ni pegi studio karang. 

Anyways aku dah beli tupper cabinet untuk organizekan stok tudung-tudung aku ni. Rimas tau tak, semak walaupun dah letak dalam tong toyogo tu. Aku beli tupper cabinet yang 16 pintu tu. Nanti dah label bagai, senang sikit nak carik barang kan.  Dan idokla aku sakit belakang bila nak sort orders, dok angkat letak tong toyogo tu. Ok nanti dah siap kemas aku tayang ok. Errrr tah bila lah tu kennnn.. Tupper cabinet yang aku beli tu camni. Later peeps.

Saturday, February 14, 2015

AlFatihah


Assalamualailum, 

Walau dah 2 hari berlalu, air mata tetap deras menuruni pipi. Terasa sangat kehilangan walau tak pernah bersua. Allahuakbar, setelah pemergiannya Allah muliakan dia dengan membuka semua kebaikan dia.

Tetiba sekarang ni keluar semua pesanan2 dan ajaran2 dia sebelum ni kan. Allahu. Tu semua ilmu2 dia yang bermanfaat yang ditinggalkan pada kita dan bekalan dia kat sana. Kita macamana?  Damailah di sana wahai murobbi. Kami kirimkan doa dan Alfatihah semoga mengiringi perjalanan mu ke taman syurga InsyaAllah.

Tuesday, February 10, 2015

Home made nugget

Aku ni dah lama tak masak-masak yang luar dari kebiasaan. Selalunya masak yang basic-basic jelah. Nasik dan lauk-lauk biasa. Or spagetti sebab Farhan suka. Masa cuti Taipusam baru ni, aku decided nak buat nugget ayam untuk Farhan. Dah lama terpikir nak buat tapi tak sempat dan tak cukup barang. Disebab kan Farhan tak berapa makan sayur sekarang, aku letak carrot dalam nugget tu dan garlic lebih sikit sebab dia selalu selsema. 

Bahan-bahan senang jek.
2 keping dada ayam
3 bawang putih
1/2 bawang besar (tumis sampai lembut)
1/2 batang carrot
1 cawan breadcrumb
1 bijik telur
garam 
lada sulah

Cara memasak
1. Masukkan semua dalam food processor. 
2. Bentukkan ikut suka
3.  Celup telur, golek2 dlm breadcrumb dan goreng

Kalau takde food processor, boleh guna daging kisar apa-apa brand. Bahan lain masukkan dlm blender kering. lepas tu gaul je pakai sudu. This recipe makes 40 pieces. Lepas shape boleh freezekan untuk makan bila-bila. Ni basic recipe, boleh buat burgers, salmon balls, meatball dengan resepi ni. Boleh tambah herbs atau apa-apa yang u olls suka.
Sebelum di bentuk
Pan fry
Ciap
Untuk mama dan ayah, guna nugget utk buat wrap
Panaskan sikit lepas gulung, ciap!
Makan nugget pakai garpu yo!