Showing posts with label Farhan. Show all posts
Showing posts with label Farhan. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Priceless gifts on my Birthday

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt. Alhamdulillah I am 38 now. Syukur atas kesihatan dan segala nikmat yang Allah bagi pada hambaNya ni.  Entry ni aku banyak copy dari FB. Saja aku paste semula senang aku nak baca balik. Thanks a lot for the wishes ya. Mungkin ada yang tak sempat aku nak personally reply. Thank you sangat for your thoughts. Anyways walaupun takde celebration va va voom. Tapi i had such a great birthday. 

Bermula dengan the day before when my husband surprised me with flowers and having Farhan nyanyi Hepi beday mama.Knowing my husband and how he loaths giving flowers as present but still give it anyway because he knows I love it, is a true act of love and kindness. Tq bi. Sukeeee sangat. 

Epi bedey mama..epi bedey mama
Followed by warm wishes and dua by my family and friends selepas tu. Di office pulak dapat surprise birthday cake. Allah I am so touched.

TQ my beloved colleague
The highlight of the day was when i received pictures from my staff that signboard Ms.Husna dah naik di butik!!! Allahu what a perfect gift kan. Rasa nak jerit pon ada nak nangis pon ada but had to contain myself with a big silly grin on my face jelah sebab dekat office masa tu. Ya Allah, what a proud moment for me.
Nangis. Sengih. Nangis. Sengih..
Hihihi

Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.

Lately ni almost every other night aku pegi tgk progress butik. Maklumlah bila mostly buat sendiri macam tulah. Barang semua carik sendiri lepas tu pass kat tukang utk buat. Tempah besi railings, cermin, para, kayu, bracket, wallpaper dan tah apa-apa lagi semua sendiri. Fitam. Itupun aku banyak dibantu mama yg excited benor dengan butik ni. 

Walau tak perfect disebabkan budget yg limited. But I am very happy with the progress and outcome. Pelan-pelan kayuh jelah cekna. Start end of the week dah boleh loading stocks dah. Ya Allah hambaMu mohon agar semuanya dipermudahkan. 

I got a week plus lagi di current office. Can't wait to focus and going all out for the biz. At this age, going out of my comfort zone, leaving my senior post at office, memang mixed feelings. Doakan ye. Aku nervous sebenarnya but insyaAllah all will be well.(keep telling myself that)...
Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang

Thursday, October 1, 2015

Pindah-randah

Assalamualaikum wbh, 

Lama tak menulis di sini. A lot has happened for the past few months. Antaranya aku pindah rumah, kali ni ke rumah sendiri. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan kesempatan ni. Simple je rumah tapi we are very-very happy. Bila pindah rumah baru ni, makin jauh dari  opis. Makin jauh dari supplier untuk business dan sebagainya. Itulah harganya nak duduk rumah sendiri. Rasanya ni rumah ke-7 aku semenjak kahwin dan rasanya bukan yang terakhir hahaha.

Bila pindah rumah baru juga bermakna Farhan pon kena pindah taska baru. Yang ni mula-mula aku risau dan berat hati sangat. Bila tengok taska baru cantik, bersih dan tak ramai sangat budak-budak rasa lega sikit. Cuma Farhan tetapla meraung mula-mula tu. Up till today dah sebulan di situ pon, pagi-pagi masih menangis bila pergi taska. Pandai pulak kadang-kadang tu bila bangun pagi cakap, An cuti, mama. Hahahaha. Love my boy. Cuma yang tak berapa best ialah aku busy sangat tak dapat nak balik awal, dan disebabkan distance dia few time jugak jadik the last to leave. Allah, sedihnya aku bila dia keluar taska dengan muka kelat and said, An tinggal satu je mama. (an tinggal sorang je) Breaks my heart. I'm sorry, baby. 

Still trying to get use to the new home. Barang-barang kadang-kadang tak jumpa carik disebabkan faktor susun atur baru. Yang tak seronoknya ialah kawasan rumah baru ni takde unifi dan line phoneku Celcom dan Maxis dua-dua coverage tak berapa bagus kat situ. Tried umobile, same jugak. Not good for my business sebab lambat update, lambat respond dan sebagainya. Ya Allah semoga dipermudahkan. Semalam aku register whoopie broadband. Harap-harap bagusla performancenya seperti mana yang diwar-warkan. 

Banyak perkara yang aku perlu berterima kasih pada Allah. Banyak sangat rezeki dan nikmat yang diberikan pada aku dan keluarga. Thank you Allah. Thank you Allah. 

Ada satu decision besar yang telah diambil juga. But that one aku savekan untuk entry akan datang. Till then. Allahumma robbi tua'ssir wala tua'ssir, 

Thursday, August 13, 2015

Raya 2015

Salam semua, 

Lama gila tak update blog. Tak pernah sampai takde satu pon entry puasa aku upload. Entry raya pon takde. Punyalah sibuk dan takde mood, sampai terabai sungguh blog. Now ni menaip dekat opis sekejap, take 10 mins break jap sebab dah pening buat costing. 

Memang banyak sangat perkara yang berlaku puasa lepas. Aku akan cerita pada entry akan datang (kalau adalaa..) mengganggu emosi jugak. Tu yang tak jadi upload entry-entry yang dalam draft  tu. Bisnes pon memang busy sangat bulan puasa. In truth actually, aku rasa ibadat aku masa bulan puasa lepas very minimal. Sebab quite busy dengan bisnes dan busy dengan hal-hal rumah baru. Join bazaar raya lagi. Penat tapi best hehe. Putting all that aside, hari raya kami pada tahun ni disambut meriah. Syukur diberi peluang menyambutnya dengan yang tersayang. 

Tahun ni beraya di Kuantan dahulu. Rumah abang aku. Parents aku, our small family dan family abang aku of course, berkumpul kat sana. Meriah. Before that singgah Jengka dulu tolong mama aku masak-masak. And at 4 pm hari last puasa tu kami gerak ke Kuantan. Berjaya buka puasa bersama-sama. Best gak. Malam tu anak-anak buah main bunga api. Farhan pandang jek dari dalam rumah. Aku tanya takmo main ke? Dia jawab, An tanak main mecun. Panasss. Hahahhaa.  Bagusla taknak main, memang aku tak pujuk dia suruh main. Elokla. 

Dekat rumah abang aku, yang he enjoyed most is main basikal. Dia dah pandai paddle, so punyalah seronok, rumah papalong laman besar. Memang main basikal sampai lencun baju dia.  Siap kayuh basikal sambil carry Ashley kat belakang hehehe. Suka tengok he got the opportunity main-main macam tu. Kalau la laman aku besar cam tu memang best. Malam-malam pon kayuh basikal tu. Memang takde nya sebok nak tgk ABC dekat ipad ke or phone aku. Memang enjoy habis. Aku suka camni.  Let him enjoy being a kid macam ni. Kalau terperuk dalam rumah. Memang ada tendency nak tengok tablet.  Salah mak pak jugakla kan hehehe.  Apart from that, banyak juga ziarah sedara-mara tahun ni. Alhamdulillah.

Raya ketiga pagi, kami dah turun ke Ijok pulak. Beraya belah Ed. Masa sampai di Ijok, hanya ada mak dan makcik je. Adik-beradik Ed yang lain dah balik ke kampong ibu mertua pulak. Kesian jugak mak dan makcik tinggal berdua je. Rumah diorang ni memang ramai sangat tamu. Dari pagi sampai ke malam orang datang ziarah. Kalau takde orang memang kesianla diorang berdua jek, doh hidang air dan basuh cawan semua. Farhan sesampai je, dah cakap nak balik. Sebab takde kawan, hahaha. Selalunya kalau balik Ijok ada abang Uyiz. Boring dia. Tapi he occupy himself main kereta tolak dan whatever mainan Abang Uyiz.  Dan masa pergi ziarah-ziarah pon ok je dia tahun ni. Takde nak meraung-raung dah. Alhamdulillah. Good boy sangat. Dalam kereta kami dah pesan, sampai rumah orang pergi salam cium tangan semua nenek-nenek dan atuk-atuk.  Dan most house dia akan salam dan peluk the atuk, nenek, pakcik or makcik. Most la. Ada jugak rumah yang dia takde mood masa ziarah tu.  Dah penat dan ngantuk. 

Farhan mulanya tak suka pakai baju raya. Nak pakai baju cars dan ironman gak pagi raya tu. Lepas ramai puji-puji hensemla, comeyla, amboih nak pakai baju raya hari-hari pulak. So sepanjang syawal kalau ada open house, he will insist nak pakai baju raya. Siap tengok cermin sambil sikat-sikat rambut, pastu cakap, ma, an dah ensem. An pakai baju raya, hahaha. Paling epik, pakai baju melayu siap sampin pastu pergi playground dengan aki dia. Main gelungsur pakai baju melayu dan sampin, yo. Sayang sangat aku tak sempat amek gambar tu.  Memang lejen. Hahahha. Tapi baju Melayu dia tu material kain cotton t-shirt tu, so ok je nak pakai siang-siang dan selalu-selalu.  Oklah tu je aku nak tulis as memori raya tahun ni, dengan my small family, Ed dan Farhan.  Love u both. Always.

Gambar nanti aku cuba upload dari phone. 

Friday, March 27, 2015

Update caca merba

Korang biasa tak karang blog update dalam kepala, tapi malasnya hoi nak bebetul taip. If only ada converter yg boleh terus convert apa dlm kepala aku ni jadi blog update, mau 5 kali sehari ada update kan, hahaha

Aku bz tu je aku boleh cakap. And aku tenga pursue something yang aku akan share later. Masih di peringkat awal. Dan aku pon a bit nervous about it. So we leave that for another day. 

From the last update masa raya cina baru ni, aku ada pegi cuti2 di afamosa, bukak booth Ms.Husna Hijab di Kuantan, cuti-cuti family gathering pulak di Kuantan, and started a new venture dan started a new journey. Pheww.. Fenat, excited.  Pelan2 nanti aku citer. 

Oklah dah kol 2 pagi. Nak tido. Tak siap pon aku pack tudung untuk booth kawan aku. Harap pg esok diberi kekuatan untuk siapkan. If not hantar jelah yang mana ada tu. 

Jap2 takut x sempat nak update. Nak citer pasal Farhan kejap hehe. Farhan now makin banyak vocab. And he ia is such a sweet and funny boy. 

Jom makan mama.
Jom main mama
Tina kasih mama
Naik atas mama.
Ayah jom mandi ayah. 
Ma, an tanak air koson.
Dengan tone yg sgt sweet. He is toilet trained jat taska. Kat rumah ada hits and misses lagi. We are working on it kan Farhan. Semakin independent. Nak pakai baju, seluar dan pampers sendiri. Dah ada preference baju mana nak pakai. Dah besar anak mama, sobs. Cayang aan. Kurang dah nak mengamuk. Pagi2 memang jenuh kejut dia sebabbbb tido lambat. Memalam sayang benor nak tido. Dah lights off berjam-jam pon cool jek main dalam gelap. Grrrrr.

Anyways, tu jek untuk reference aku. I love this boy. Thank you Allah for giving us this opportunity to become parents. Mama and ayah love you, Farhan. 

Farhan dekat Ana Ikan Bakar
Kengkonon baiki basikal. Dah boleh paddle
Tengah mandi pool dengan Abon Qiryn

Tuesday, February 10, 2015

Home made nugget

Aku ni dah lama tak masak-masak yang luar dari kebiasaan. Selalunya masak yang basic-basic jelah. Nasik dan lauk-lauk biasa. Or spagetti sebab Farhan suka. Masa cuti Taipusam baru ni, aku decided nak buat nugget ayam untuk Farhan. Dah lama terpikir nak buat tapi tak sempat dan tak cukup barang. Disebab kan Farhan tak berapa makan sayur sekarang, aku letak carrot dalam nugget tu dan garlic lebih sikit sebab dia selalu selsema. 

Bahan-bahan senang jek.
2 keping dada ayam
3 bawang putih
1/2 bawang besar (tumis sampai lembut)
1/2 batang carrot
1 cawan breadcrumb
1 bijik telur
garam 
lada sulah

Cara memasak
1. Masukkan semua dalam food processor. 
2. Bentukkan ikut suka
3.  Celup telur, golek2 dlm breadcrumb dan goreng

Kalau takde food processor, boleh guna daging kisar apa-apa brand. Bahan lain masukkan dlm blender kering. lepas tu gaul je pakai sudu. This recipe makes 40 pieces. Lepas shape boleh freezekan untuk makan bila-bila. Ni basic recipe, boleh buat burgers, salmon balls, meatball dengan resepi ni. Boleh tambah herbs atau apa-apa yang u olls suka.
Sebelum di bentuk
Pan fry
Ciap
Untuk mama dan ayah, guna nugget utk buat wrap
Panaskan sikit lepas gulung, ciap!
Makan nugget pakai garpu yo!

Saturday, December 13, 2014

Bersiaran dari Langkawi

As salam semua, 

Ngantuk tapi nak tulis jugak some memories of our short getaway in Langkawi. Dedulu kerap gi Langkawi. The last i came was maybe 2008. Kali ni dtg bertiga dengan Farhan. This is Farhan's second airplane ride. 1st was to KK masa dia 4 bulan. Eh aku belum upload lagi gambar gi KK kan? Hahahahha...

Ok sambung balik. The day before we left tu was a hectic day for me. Pagi tu teman Baba pegi rawatan. Then petang ada meeting dekat opis. Malam tu packing and at 7 am in the morning aku masih dok scan documents to email to the office. Haihh.. Mikir balik no wonder aku penat gila. Aku kononnya buat mobile checkin for the 3 of us. Ingatkan tinggal drop beg jelah sebab dah ada boarding pass. Nah amek ko drop bag pon beratur macam nak mati. Aku rasa even sampai 2 jm sebelum pon ada can terlepas flight. Maybe cuti sekolah kot. Bila officials MAS tgk departure time dia directkan aku ke lane lain sbb katanya boleh terlepas flight camni gaya.  So aku pon beraturla. Farhan dah start tak cooperate masa ni. Nak berlari keliling KLIA tengah ramai ramai org tu. Huuu nangis mak ko tgk nak.  Eventually everything went well jugak walaupun ada situasi where org ni suruh beratur situ and vice versa. But ada staff yg baik hati nampak muka aku dah mula cemas dgn anak kecik pulak tu. 

Dalam flight Farhan ok. Ada penumpang baik hati arrange sendiri tukar seat supaya Ed dpt dok seblah aku. Farhan takmo pakai seat belt sendiri mula-mula tu. He only wore kalau aku share dgn dia. So we were strapped together for one hour flight. Aku consider dia ok. Adala waktu dia gelupur gak. But overall ok. Alhamdulillah syukur dah kat situ.
Enjoyed Artisan Pizza by the beach
Sampai jek kami tunggu beg dan sewa kereta. Sewa Viva RM160 for 3 days 2 nights. Dek kerana awal lagi kami pusing-pusing dulu keliling pulau. Bought Pizza dekat Artisan Pizza Harbour View. Makan kat tepi pantai. Lepas tu dekat pukul 2 kami pergi check.in kat Resorts World formerly known as Awana Porto Malai. Dulu2 pernah stay sini. As expected bilik belum ready lg. Aku dah berlengas dah masa tu. Langkawi memangla panas berkuap. Fengsan. Tp nak marah pon tak guna. We were early. Once dpt masuk bilik mak pak farhan dah fengsan. Farhan dok cargas lagi. Bilik OKlah ada 2 queen size bed. Fit for purpose. Service ok. View, to die for.

Panas ceng-ceng masa ni but the view is breathtaking kan
View from our room.
Anyways malam tu kuar ke Kuah. Masa tu dah lapor gila kot. Carik restoran Wan Thai tak jumpa-jumpa terus ckp kat Ed malan kat thai restaurant ni lah. Dekat dgn Haji Ismail punya kedai. Oklah food semer ok. Service cepat dan makanan sedap. Harga emm bolehla tahan. Yg tak berapa ok is Farhan xmo makan dan tak mau langsung duduk. Nak main2 kat luar. Kejar cat. Main gendong2 belakang dengan aku,  kejar2 keliling tiang. We took turns makan. Lepas tu gi shop jap HIG. Masa ni Ed dah dukung Farhan sebab banyak brg kaca kan. Dan ya ampunn ramainya org. Risau kan. So dukungla Farhan yang saiz tak berapa nak baby tu. Tak byk pon beli. Habis je beli kat situ. Kami pusing-pusing pekan Kuah jap dan balik ke hotel.
Resorts World Hotel - ada 2 katil queen super nice view
Esok pagi kami turun utk breakfast. Masa ni mencabar betul. Pertama org ramai sampai xde seat. Kena tunggu org bangun dulu. Food ok. Banyak choice dan hotel staff cepat replenish food. Kedua, Farhan tak mau makan dan tak mau duduk langsug . Grrrr.. nak berlari kat deck tgh panas gila tu dan nak tgk laut. Seram aku budak ni. 

After that kami terus keluar pergi ke duty free shop sebelah underwater world. Tak beli apa pun. Lepas tu terus beli ticket kat underwater world. Oh berbaloi sangat bawak Farhan dtg sini. H enjoyed watching the seal and penguins. Memabg dia bersila tengok those two. Ikan2 dia tak heran sangat. Worth it sangat. 
FarGuin hehehe
Lepas tu kami pergi makan laksa dekat dengan airport. Laksa ikan sekoq. Aku amek pasemboq dan minum air kelapa. Laksa tu sedap. Pasemboq biasa2 jek. Farhan again langsung tak makan. Tapi dia leka dok main pasir. Aku dgn ed dok perati jelah. Jgn ada taik kucing sudah. Once dah siap makan dan penuh pasir atas kepala farhan. Kami balik. Now dah reti jadik mak pak yg cool. Gasakla nak. Explore lah jangan bahayakan diri sudah. 
Laksa ikan sekoq enjoyed by the sea under the shade. Priceless.
Pastu kami blk hotel jap sebab Ed nak gi solat Jumaat dan aku pon rasa a bit unwell masa tu. So elokla dpt rest jap. Ptg sikit we head to oriental village sbb nak naik duck tours. Ala boat amphibian tu yg boleh jalan atas darat dan air kan. 

Sebab we just missed one trip. The next one is in 45 mins. So kami jalan2 dlm oriental village tu. Nak naik cable car, rasa Farhan ok dlm cable car. Cuma aku  tak berani nak jamin yang dia tak akan buat aksi2 mendebarkan kat atas platform high up tu. Aku pegi beli tshirt jap while Ed bawak Farhan main kat playground. 
Dah bawak gi playground. Mana dia nak balik. NAK MAIN! NAK MAIN! Meronta ronta sampai Ed kena dukung dia keluar dan aku cakap pegi belikan dia air. Aku gi toilet kejap. Keluar toilet nampak Farhan tgh dok dengan baiknya sambil minum air. Naik jek duck tours. Dia rileks jek enjoying the rides, masuk je air maybe sebab terkejut bunyi dan air terpercik Farhan started to cry. Nak naik ma. Nak aik. Situ....situ..situ.. Sudahnya dia dok atas ayah and kejap-kejap atas aku macam anak koala bear sambil kejap-kejap menangis hiba. Hahaha. But the last 15 minutes to dia ok dah. 
Baru lepas nangis

Lepas tu kami ke Pantai Kok, Ed nak bawak Farhan mandi pantai. Laut tenang jek takde ombak langsung. Farhan ni pulak, dia associate mandi mesti kena bogel. Adeh nak bojel-bojel lak masuk laut tu. We managed to persuade him pakai his shorts and mandi. Memula dia terselam kejap dan nangis. Lepas tu dah seronok main air dah sampai taknak balik. Macam-macam tau Farhan ni. 


Malam tu aku dah rasa tak sedap badan. Dan aku dah tak daya berkejor dengan Farhan. Masa makan dan masa kat airport dia tak cooperate sangat. So malam tu dinner cam orang kaya order room service. Memula dapat chicken wing kurang masak. I called back and informed them. The hotel staff datang and replace them with new ones. Quite cepat service diorang ni. Walaupun orang super ramai. 

Esoknya after breakfast kami dah nak gerak balik sebab flight pukul 11.30 pagi. Takut perkara sama berulang kami pergi check in awal-awal. Tapi bila check in awal cabarannya ialah Farhan wants to run dalam tu. Kan aku mentioned td dua keadaan doa tak cooperates sangat is masa makan dan dekat airport. Tapi berjaya buy time dalam 45 mins minum-minum dekat MarryBrown sambil Farhan tengok video ABC dia. 

Alhamdulillah, dah pun balik. Overall Farhan okay jek. Mak pak nya jelah lelah. Dah tualah katakan hahaha. Activities pon tak pack sangat dan pergi tempat yang dia akan enjoy jek. Memang takde can nak pegi makan-makan sangat sebab dia tak minat makan especially kat luar. Bayangkanlah 3 hari 2 malam dia cuma makan semangkuk kecik whipped potato dan 3 keping biskut. Selebihnya susu jek. Balik rumah baru makan nasik. Sabar jelah anakku. Bila ada anak pace berjalan dan activities memang dah lain kan. Tengahari kami akan balik bilik kejap for his nap time. Lepas tu br sambung jalan. But we enjoyed ourselves nonetheless. Seronok. But at the moment plan nak travel kena tunggu dia besar sikit lah. He will enjoy it more, dan kami pon perhaps takle semput mengejor dia jek. But who knows tau jelah aku ni kan. Tetiba je gi book ticketlah haperlah. 

Wah dah lama tak mengarang panjang macam ni. Kikiki. Teringat zaman dolu-dolu berblog. See u later peeps.

On our back. We heart Malaysia Airlines
Fav word Farhan - Yeay dah syampai

Wednesday, December 10, 2014

Bukak booth

Assalamualaikum wbh, 

Pukul 1 suku pagi now. Td aku tukarkan diapers si Farhan. Dia ni lately memang kerap bocor pampers. Tau2 aku dah tido atas air kencing dia. Kekadang ngantuk sangat aku amek kain batik alas. Aku sambung tido. Esok jelah aku uruskan. Hahaha. Mana tak bocor, susu 9 oz dia habiskan in 2 minutes pastu dia ckp nak agii.. hehe.

Last week aku bukak booth Ms.Husna Hijab kat Putrajaya. Ya Allah lupa langsung nak war-warkan kat blog. Walaupun xdelah ramai reader tp announce jelah kan. If not merasa la kita jumpa ye tak. Kahkahkah..ko ingat ko retis cekna? 

Ni kali kedua bukak booth. And i think i am getting better at it. Kurang segan nak approach dan attend customer. Dok demo tudung jek kejernya. Unconciously aku picks up and practice what i observe at some big Hijab outlets. Org tgk or usik jek terus attend. Bila tanya jek terus bukak dari hanger dan offer them to try or demo to them. Walaupun i havent mastered the art yet. Tapi kalau customer service bagus, more than 70% of enquiry that day turned into sales. Alhamdulillah thank you Allah for the rezeki, peluand dan ilmu yg aku dpt masa bukak booth ni. Seronok pulak. Sales was OK syukur sangat. Idokla meletul-letup. But OK. Following the bazaar the online sales was ok too. So alhamdulillah.

Kalau org yg kenal aku tau sangat aku ni bukannya friendly sangat. It's a big effort for me nak menjual. Nak promote. 1st time dulu segan gila. This time around kena proactive. This is my business. Duit sewa tapak tak lepas lagi ni, duit nak bayar kat crew, modal lagi. So kena sungguh2. Semangat kena tinggi. But I enjoyed it. Totally pengalaman berbeza dr apa yg aku experience kat tempat kerja aku sekarang. Penat. But something different. Best.
Farhan dan Ed along with my MIL dtg visit us at the booth jugak. Kejap jek they came. Berlari si Farhan sana sini. Berpeluh ketiak aku mengejornya. Pastu si Farhan  cukai aku beg lion satu. 

Oh ya sekarang Farhan dah pandai count 1 to 10. Dan kenal nombor2 sekali.  One. .Two..Twi..Four...Fai..Six..LION..Eight..Nine..Ten... ahahhaha.. gasakla dek. Dekat dah bunyinya tu. 

Oklah ngantuk sangat dah aku. Asyik silap taip jek. Later u ollls.
I leave you with my sayang's pic. 

Sunday, November 9, 2014

Farhan is 2

Last 3rd November Farhan turned 2. Ya Allah cepat sangat masa berlalu. Memula aku nak buat some small celebration. Tapi busy sangat. Makin hujung tahun makin banyak hal pulak.  Dengan bz study, bz beli rumah pulak. Ya ampun mahal giler kan rumah sekarang ni. I save this our headache nak beli rumah ni for another entry. Entah bila la aku update tu kan. Ahahhaa. Plus Farhan pon kecik lagi bukan dia faham pon, kang mak dia jek yang gedik lebih tu. Yang ni memang confirm.

But walau tak celebrate beria aku tetap nak mark this date that my much loved son, Farhan turned 2. Ed went and bought him the cake. Lupa plak nak pesan beli la kek katun-katun sikit barula semangat si Farhan nak potong. Ed pula sebab nak kejar masa bought the cake kat Secret Recipe, takde hiasan-hiasan. Farhan pon  jenis tak suka orang kerumun-kerumun dan attention lelebih kat dia, mulalah nak nangis bila orang nyanyi happy birthday kat dia. Haa pasal ni jugak aku malas nak buat Birthday bash ke haper, kang orang ramai2 nyanyi and wish dia, dia bantai selok nangih pulak. Tak daya aku nak layan. Tunggula besar sikit ok dek. Anyway another factor yang nangis sampai genyeh mata tu is sbb ada lilin. Dia cakap, anasssshhh.. Hahhahaa. Lepas mama dia tiup lilin baru dia cool sikit nak potong, kahkahkah. So after that he happily potong kek untuk semorang.

Farhan is 2!
Takde gambo posing sebab member dah sentap, hahaha.
Ni esoknya happy jek
Tengaj tulis cek.  Meja study ni hadiah dr aki dan neni. He loves it so much.
Balik taska jek terus duduk sini. Baca, makan semer kat sini
Ni menan block papalong bagi. TQ papalong! Sambil tunjuk gigi
Alhamdulillah. Thank you Allah for this wonderful boy. Tiap-tiap hari when we watched him sleeps, Ed and I will always say, besar dah anak kita. Baik sangat Farhan ni. Syukurnya that we have him as our son. Surreal tu kadang-kadang datang jugak. Ya Allah 9 years of waiting, and you lend us this boy, absolutely and undoubtedly worth the wait.

Dah banyak vocab dah dia sebut, dan boleh buat simple sentence. Kenal few abjad. Kalau dengar Fatihah, dia boleh sambung hujung-hujung and of course, sebut Amin. Sangat suka main the blocks, dan mesti kemas lepas main. Siap marah lagi kalau aku cakap, mama kemas later, jom naik. Takdenyer ok. Kena kemas semua mainan di tempatnya. Blocks jangan campur-campur. Tah perangai sapa la diikutnya organize sangat tu hahhaha. Mak dia serabut dan serabai sokmo. 

Oh rumah kami ada slides. Neni farhan belikan dulu. Kalau cousin2 farhan datang memang serbu slides ni. Farhan still plays them bila datang mood dia. Maybe sebab ada slides kat rumah dia tak heran sangat bila pegi playground. Dia lagi minat berlari keliling taman tu daripada main.  

Muhammad Harith Farhan, mama doakan Farhan sentiasa dalam lindungan Allah, disayangi dan disenangi semua orang. Ya Allah, jadikanlah anak kami ini anak yang soleh, anak yang menunaikan solat, anak yang sukakan Al-Quran.  Jadikanlah anak kami, anak yang bijak dan berbakti pada agama dan keluarga. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan jadikanlah anak kami lebih baik dari kami. Berilah kami ilham dan petunjuk bagaimana untuk menjadik ibu bapa yang baik pada Farhan. 

Muhammad Harith Farhan, mama and ayah love u, always.

Friday, October 3, 2014

Makan tengah malam and Farhan's update

Konon2 tak nak makan dinner tadi. Kenyanglah, haperla, mengada sangat. Sekali Farhan dah lelap mulalah gelupur lapor. So aku turun dan buat instant noodle. Hahaha. Lama gila dah kot tak makan. Tahun ni ada makan maggi dok? Macam xde jek. Maggi goreng kt mamak pon tak dek. Sebab mana der aku lepak mamak dengan His Royal Highness Farhan tu kan. 

Well, sesambil nak suap mee segera tu banyak gak doa2 takut sakit perut. Perut aku ni sensitip sikit. Tak leh salah makan langsung. 

Anyways, memandangkan semua dah tido. Dapatlah some  Me Time.  Makan dengan aman sambil tengok reruns Fashion Star. Serius dah lama tak tgk citer2 x berfaedah gitu. Best hoih. I dont watch much tv nowadays. Not just nowadays. But since the arrival of His Royal Highness tu hehe. I love watching The Good Wife and Downton Abbey but seriously dah lama sgt tak tgk. Bila ada free time sikit aku gi kelebet kain and packing tudung utk pos pulak. Photoshoot tudunglah hahaha. Busy benor kan gayanya. 

Anyways, nak citer pasal Farhan pulak. Hihi mestilah kan mana boleh tak citer pasal kesayangan mama tu. Last week dia tak sihat sangat. And Ed was not around for 4 days 3 nights masa Farhan tak sihat tu. Oh fenatnya rasa. And budak ni kan asal demam kejap jek susut badan dia kan. Kesian dia kurus. But he is better now. Alhamdulillah.  Bila ayah balik nak berkepit dengan ayah jek. Ye nak, silalah berkepit dgn ayah tu ye. 

Dia dah start bercakap more than 1 word now. Macam nak try construct a sentence. Maa nak air. Maa nak aik atas. Bila dia main getah paip dan jirus aku dia cakap, asahhhh mama. Yer dek. Basah udah2 la menjirus mama ni. He still tak sebut hurup U sngat. Jatuh is jatih. Takut is takit. Tapi dia boleh cakap tumpah. Air bertakung lepas hujan pon air tumpahhh. Hahaha. And now kalau nak susu dia akan ckp nak ssiu.. ssiu.. so boleh paham sikitla. 

Betul macam mama aku cakap, once he starts talking, and we understand him better he will throw less tantrum. Tapi dah pandai cakap bossy la pulak kan. Maaa nak aik...atass...aikkkk atassss!!!!!
Hahaha i love this boy.  Nah amek gambo dia 2 keping. 

Oklah nak tido. Laterr..