Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Priceless gifts on my Birthday

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt. Alhamdulillah I am 38 now. Syukur atas kesihatan dan segala nikmat yang Allah bagi pada hambaNya ni.  Entry ni aku banyak copy dari FB. Saja aku paste semula senang aku nak baca balik. Thanks a lot for the wishes ya. Mungkin ada yang tak sempat aku nak personally reply. Thank you sangat for your thoughts. Anyways walaupun takde celebration va va voom. Tapi i had such a great birthday. 

Bermula dengan the day before when my husband surprised me with flowers and having Farhan nyanyi Hepi beday mama.Knowing my husband and how he loaths giving flowers as present but still give it anyway because he knows I love it, is a true act of love and kindness. Tq bi. Sukeeee sangat. 

Epi bedey mama..epi bedey mama
Followed by warm wishes and dua by my family and friends selepas tu. Di office pulak dapat surprise birthday cake. Allah I am so touched.

TQ my beloved colleague
The highlight of the day was when i received pictures from my staff that signboard Ms.Husna dah naik di butik!!! Allahu what a perfect gift kan. Rasa nak jerit pon ada nak nangis pon ada but had to contain myself with a big silly grin on my face jelah sebab dekat office masa tu. Ya Allah, what a proud moment for me.
Nangis. Sengih. Nangis. Sengih..
Hihihi

Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.

Lately ni almost every other night aku pegi tgk progress butik. Maklumlah bila mostly buat sendiri macam tulah. Barang semua carik sendiri lepas tu pass kat tukang utk buat. Tempah besi railings, cermin, para, kayu, bracket, wallpaper dan tah apa-apa lagi semua sendiri. Fitam. Itupun aku banyak dibantu mama yg excited benor dengan butik ni. 

Walau tak perfect disebabkan budget yg limited. But I am very happy with the progress and outcome. Pelan-pelan kayuh jelah cekna. Start end of the week dah boleh loading stocks dah. Ya Allah hambaMu mohon agar semuanya dipermudahkan. 

I got a week plus lagi di current office. Can't wait to focus and going all out for the biz. At this age, going out of my comfort zone, leaving my senior post at office, memang mixed feelings. Doakan ye. Aku nervous sebenarnya but insyaAllah all will be well.(keep telling myself that)...
Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang

Thursday, October 1, 2015

Pindah-randah

Assalamualaikum wbh, 

Lama tak menulis di sini. A lot has happened for the past few months. Antaranya aku pindah rumah, kali ni ke rumah sendiri. Alhamdulillah. Syukur atas nikmat dan kesempatan ni. Simple je rumah tapi we are very-very happy. Bila pindah rumah baru ni, makin jauh dari  opis. Makin jauh dari supplier untuk business dan sebagainya. Itulah harganya nak duduk rumah sendiri. Rasanya ni rumah ke-7 aku semenjak kahwin dan rasanya bukan yang terakhir hahaha.

Bila pindah rumah baru juga bermakna Farhan pon kena pindah taska baru. Yang ni mula-mula aku risau dan berat hati sangat. Bila tengok taska baru cantik, bersih dan tak ramai sangat budak-budak rasa lega sikit. Cuma Farhan tetapla meraung mula-mula tu. Up till today dah sebulan di situ pon, pagi-pagi masih menangis bila pergi taska. Pandai pulak kadang-kadang tu bila bangun pagi cakap, An cuti, mama. Hahahaha. Love my boy. Cuma yang tak berapa best ialah aku busy sangat tak dapat nak balik awal, dan disebabkan distance dia few time jugak jadik the last to leave. Allah, sedihnya aku bila dia keluar taska dengan muka kelat and said, An tinggal satu je mama. (an tinggal sorang je) Breaks my heart. I'm sorry, baby. 

Still trying to get use to the new home. Barang-barang kadang-kadang tak jumpa carik disebabkan faktor susun atur baru. Yang tak seronoknya ialah kawasan rumah baru ni takde unifi dan line phoneku Celcom dan Maxis dua-dua coverage tak berapa bagus kat situ. Tried umobile, same jugak. Not good for my business sebab lambat update, lambat respond dan sebagainya. Ya Allah semoga dipermudahkan. Semalam aku register whoopie broadband. Harap-harap bagusla performancenya seperti mana yang diwar-warkan. 

Banyak perkara yang aku perlu berterima kasih pada Allah. Banyak sangat rezeki dan nikmat yang diberikan pada aku dan keluarga. Thank you Allah. Thank you Allah. 

Ada satu decision besar yang telah diambil juga. But that one aku savekan untuk entry akan datang. Till then. Allahumma robbi tua'ssir wala tua'ssir, 

Saturday, September 6, 2014

Pengalaman pertama pakai contact lense colour

Aku dok terpikir pikir nak try pakai lense. Saja mengada. Few days dok tengok-tengok kat intagram. Tapi tak berani nak beli. 

One day after balik kerja lepas amek farhan aku pergi optometri dekat dengan rumah aku ni. Tanya harga colored contact lense dan gitu gini.  Pastu diorang cakap diorang akan orderkan sebab warna yang aku nak tak ada. Esok boleh ambik.

Esoknya aku pergi optometris tu berangkut dengan farhan again. Diorg tanya aku pernah pakai lense tak. Aku cakap tak pernah so diorg ajar la. Ya ampun susahnya nak masukkan lense tu. Terkedip-kedip mata aku. Haihh. Cemna korang pakai. Pastu yg lagi menambah stress dan kesukaran nak masukkan lense ialah si farhan dok nangis-nangis tepi pintu takmo masuk bilik tu dengan aku. Haihh. Finally dengan bantuan staff situ aku berjaya masukkan the lense. Ke dia yang tolong masukkan tah. Tak selesa gila ya ampun. Berjurai jurai air mata aku. Tambah resah lagi sebab si farhan dok nangis sampai terbatuk batuk cam nak termuntah tu. Sabolah anak.

Dek kerana farhan dok nangis2 hiba aku tak sempat nak try kedua dua belah mata. I just wanna pack and go. Opps kena keluarkan the lense dulu. Ni pon satu cabaran. Aku adalah penakut. Staff tu ckp buka mata dgn tgn kiri dan guna tgn kanan utk pinch the lense.  Tak reti aku. But eventually berjaya juga. Masa tu pikir. Ada yg aku buat tukun je lense ni kang. Gedik sangat. Grrrrr..

Anyway tonight lepas farhan tido, i decided to give it another try. Ya mpun entah berapa lama br berjaya. Dan mata kiri sebab first time pakai. Tak selesa langsung. Pedih. Macam berpasir. Kabur. Memang berjurai jurai air mata. Bukan nangis tp mmg thats the mechanism the eyes are telling the body ada foreign things dlm mata ni kan Please get it out. 

Tapiii... err mata aku jadi bulat dan besar sikit bila pakai lense ni. Kaler gray hokay, dont play2 kahkahkah.

Aku bertahan setengah jam je pakai. Cuba lagi esok2 . Errr kalau tak serik hahahaha. Oklah nak tido. Mata ku penat. Jumpala lagi u olls.

Berair-air mata aku oi..

Sunday, November 24, 2013

Ada ni haa

Salam korang.

Lama aku x up entry. Sibuk sangat seminggu dua ni. Last saturday Ed accident. Head on dgn sebijik Honda City. Teruk gak. Dedua airbag terbukak. Dia ckp masa accident tu car seat farhan sampai melayang ke cermin depan. Alhamdulillah kami tak ikut masa tu. Dia tgh belikan breakfast utk aku. Ya Allah seb baik selamat.

Yang aku ralat sikit ialah dia call aku cam nak gill kat dedua phone aku tak angkat. In fact aku sampai sudah tatau dia accident sampaila dia balik rumah ada org hantar. Sedih. Tp ada hikmahnya sebab aku ni jenis panik2 plus sennng nangis pastu sure kalut dgnnak bawak farhan lagi. Takde yang patah or retak. Cuts and bruises ada lah.

Tp dada ed tu kena impact streng or air bag tu nak terbukak memang bengkak dan lebam. Tak leh angkat berat langsung. Bersin pon sakit angkat farhan apatah lg. So first few days tu aku handle farhan fully. Hantar dan amek taska. Mandikan dan semuanya. Fuhh fenat. Sebab pepagi ed yg mandikan cuci poo sumer. Aku siapkan beg dan siapkan farhan. Terasa woo bila sumer buat sendiri.

Pastu bila aku hantar pepagi. Barulah aku tau farhan menangis teruk benar pepagi. Selama ni ed x citer sangat. Takut aku sedih. Mmg sedih lepas hantar dia. Memang drama air mata. Aku yang sambung nangis dlm keter gi opis. Haihh. Ada hari tu, masa kat rumah lepas mandi pg tu  farhan dok atas dada aku tak kasi aku gerak. Dia pon sanggup tiarap je x gerak2. Takut kena gi hantar taska. Kesian nengoknya. Bila la nak abis phase separation anxiety ni.

Kakak taska ckp sebut mama pon nangis kat taska. Tp by tghr dia ok. Pagi2 memang merempan sikit. By ptg aky amek dia cool jek. Takdelah tgh nangis ke haper. Farhan. .farhan.
Okla aku nak lelap jap. Join farhan. Lesu badan lately. Esok ada event so by 7.30 kena ada kat opis. Moga semunya dimudahkan. Nah gambo budak tido ni.

Oh ya nanti aku announce projek baru aku ye. Take care korang. Thanks for still checking this space.

Wednesday, September 11, 2013

Pindah rumah dan anak beranak x sihat

Last weekend memeang mencabar sikit. Actually bermula dengan Khamis lepas. Khamis malam tu Farhan dah start muntah-muntah. Tapi takdela teruk sangat. Dalam 2 kali gitu. Tapi memandangkan Farhan ni jarang muntah. Aku cuak jugak. Farhan jarang muntah. Luwek-luwek susu pon jarang. So kalau dia start muntah, maknanya dia nak demam or something else. 

Esok pagi pon macam tu, asal masuk susu je muntah. Terus aku cakap dekat Ed, jom bawak gi paed. Bak kata Mawar, anak kecik bawah setahun, sakit jek bawak gi paed cecepat. Anak mahal tu, Cekna. Hehehe. Baik War. Naseb baik tak ramai orang. Dia dah lembik sikit masa tu. Melepek je. Ada hati nak membuas, tapi nak berdiri pon tak larat. Cian sangat. Masuk jek, aku timbang dulu. Laaa baru 8.5kg jek Farhan ni. Ingatkan dah dekat 10kg. 

Bila cakap kat doc dia muntah-muntah, doc terus tanya. Adek ngutip apa ni dek. So doc nak periksa tekak dia. Payah jugak nak cek anak tekak dia, but dapat gakla. So doc ckp ada nanah kat tekak dia. Tu yang asyik muntah tu. Plus perut dia kembung sangat. Doc anticipate jugak yang esok-esok dia akan start cirit once the nanah tu pecah. So dia bagi segala ubat. 

Alhamdulillah, Farhan ni ubat mudah sangat makan. Dia suka ubat. Especially yang sejuk-sejuk. Tapi petang tu makin teruk dia muntah. Aku serabut juga sebab esok tu aku akan pindah rumah. Serabut sangat kepala aku. Barang tak siap kemas. Permit pindah belum settle. Kotak tak cukup. Arghh. Dan yang utama anak sakit. Malam tu entah berapa kali lagi Farhan muntah.  

Esoknya continue pindah jugak. Tapi x dapat siap one shot. Barang banyak, dan yang lebih utama tak siap packing. Ko bayangla serabutnya pindah tp barang tak siap packing. The last time we moved. Mmmg sumer bender dah dlm kotak dan berlabel dan bersusun. Aku dengan Ed both cuti tapi yelah anak tak sihat nak hantar taska pon tak sanggup.  Dekat rumah baru makin teruk Farhan muntah, dicampur dengan cirit pulak. Ya Allah, sampai lembik dibuatnya. Masuk susu jek muntah. muntah cam air paip. keluar ikut mulut dan hidung sekali. Dia hanya tak muntah kalau susu aku je. Jenuhla pam. Dpt 1 0z. dpt 2 oz. Tu jelah yang body dia accept. Nampak sangat istimewanya susu ibu ni kan. 

Masa pindah tu, neni Farhan ada sini so neni urut kaki dia, urut perut dia. Barulah selesa dia tidur walaupun perut lapar. Dia pon trauma nak susu sangat sebab takut muntah. Tapi every time muntah walaupun tahap kuar makanan katbidung, farhan tak nangis. aku yang nangis. Bila dia nampak aku dah nangis tu dia boleh senyum2 lagi tu.
As if macam nak cakap ,rileksla mama. Farhan ok.


Malam tu tengah sedap-sedap tidur, berdentum bunyi. Ya Allah, jatuh katil pulak. Memang meraung sakan. Sian dia. Dahla sakit, jatuh katil pulak. Selalunya aku sedar, tp agaknya aku pon penat, tak sedar haper dah. I am sorry baby. So sorry. 

Esoknya I took matters in my own hand. Dan pegi kedai tukar susu dia. Carik yang soy based. So we bought Similac. Balik test 1 oz. nampak ok. After half an hour bg 2 oz. OK jugak. So kami bagi susu tu selang-selang dengan susu mama. Memang haru biru sebab hari tu kami masih sambung pindah randah lagi. Mana nak kemas barang, jaga baby, pam susu. Serabut otak aku. Dan hari ni pulak, Ed pon start perut tak sedap. Tahap gigil2 dia. Kesian aku nengoknya. Masa tu both tak sihat, aku jek ok

Monday tu, Farhan dah better a bit. Tak muntah dah so dia dah pergi taska. Yang harunya, aku pulak yang diarrhea sampai gigil, macam ed. Serius sakit sangat tak tahan. Pergi klinik pon kena orang hantarkan. Seb baik masa tu Ed dah sihat sikit, so dia yang uruskan Farhan. Memang harulah. 

Up till hari ni, aku tak ok sangat lagi. Masih tak sedap perut. Farhan pulak dah better a bit, tapi doklah nangis je kat taska tak leh kakak taska tinggal kejap. Yelah dia tak sihat sangat kan. Kesian dia kejap jek dah kurus anak mama. Gambar kat entry bawah tu kan pipi dia dah labuh sikit kan. Cian cangat. Mama doakan Farhan, sihat ye sayang dan takmo nangis-nangis kat taska ok. Mama doakan kakak2 taska diberi ilham dan kesabaran untuk jaga Farhan ye. Jap gi mama balik.

Sampai hari ni, barang tak siap unpack lagi. Still living from boxes and luggages. Pelan-pelanlah. Tak larat. alhamdulillah aku dan ed pon sakit tak serentak so ada sorang yang leh jaga Farhan. ok lah laterr.
Dekat Az-Zahra nak jumpa Paed. Melepek je dia
Neni dia urut kaki dan perut. Lena tidor lepas tu. Tak muntah
Main buai pon taknak.

Thursday, June 6, 2013

Aku adalah serabut


Aku sekarang kat klinik. Amek nebulizer untuk kesekian kalinya. Nnk nafas pon x lepas tadi. Batuk tak benti2. Lepas habis kat klinik kena balik rumah amek motor breast pump. Tertinggal pg td. Kalut sangat.

Banyak bender yg buat aku serabut.

1. Patutnya hantar progress master reposrt last week 8000 words. Br semalam perasan. School bg sampai hari ni jek. Aku ada x samapi 3000 words. Mampuih gini. Dahla bukan boleh goreng bab master ni. Sumer kena ada basis.

2. Next week present progreas master kat supervisory committee. Bersedialah untuk kena tiaww.

3. Next week jugak ada audit. Document yg patut review dan hantar sign off ada berlambak lagi. Matiler gue.

4. Next week jugak by end of it ada team building jugak. Compulsory sumer attend. Camner aku nak tinggal si farhan ni. Kalau team building kat hotel xpela. Ni dlm utan. Dok kat dorm. Camner nak pam susu dan simpan sumer. Xde solution lg on the matter.

5. On top of that aku dok carik2 rumah atas tanah dgn serius jugak. Ada deadline di situ. Stress sikit2. Dah few rumah terlepas sbb lambat act on it.

6. Regional event yg tah camana tetiba aku kena handle dan figure out sorang2. Funding sumer nak pikir

7. Tender yang tak abis2 negotiating.  dah delay giler kick off project tu.

8. Mgmt retreat 3 hari 2 malam. Kena pikir gak arrangment farhan. Adeii. Itu belum campur meeting2 dan brainstorming apa2 entah lagi tu.

9. On top of that aku x sihat sangat. Farhan pon sama.

Ya Allah berilah kekuatan fizikal dan emosi pada hambaMu ini. Cepatla habis bulan jun ni. By then byk mender dah settle. Samada setle dgn baik atau tidak jek issuenya. Sabar cekna sabor

Posted via Blogaway

Monday, August 6, 2012

Percayalah, it's never too late..

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Hari ni dah hari ke 17 puasa kan. Sekejap jek dah nak habis dua pertiga  Ramadhan. Aku alhamdulillah, dalam melepek-lepek ni, berpuasa lagi. Tolak sehari hari tulah kan. Syukur sangat. Weight aku turun la pulak dalam sekilo dua gaks. Kalau dulu memang melompat la kalau turun weight kan, now risau pulak. Maybe bila berbuka tu banyak minum jek dari makan, entahla. Harap-harap baby sihat. Baby sehari dua ni macam tak aktif sangat. Dia kicking jugak, tapi tak sekuat sebelum Ramadhan bebaru ni. So aku pon countla the movement, alhamdulillah cukupla kiraan tu. Risau lebih mama kamu ni, baby. 

Aku sekarang dok tadarus dengan Ed. Dokle tadarus benor. Kami akan sambung-sambung baca Quran. Oklah tahun ni, not bad, bergerak agak lajulah jugak mengaji tu. Idokle sehari sejuzuk, memang takde can boleh qatam by habis Ramadhan, but insyallah kalau consistent, before aku deliver, patutnya boleh qatam. Patutnyalah. Harap-harap lepas Ramadhan, semangat tetap membara. Sebelum Ramadhan ada mengaji gak, but baca surah-surah tertentu jek like Yassin, Maryam, Yusuf, Yunus, At-Taubah, Luqman and the likes. Bulan Ramadhan ni, start from Al-Baqarah balik.

Aku rasa faktor penyumbang kepada the speed that Ed and I recites the Quran ialah improvement from my side. Okeh terlebih dahulu, ini bukan entry riak, nauzubillah, ini ialah sharing of my journey dalam memperbaiki bacaan Al-Quran. Aku pon tengah belajar lagi ni, korang. Moga yang merangkak-rangkak baca Quran cam aku akan inspired jugak untuk take some actions to improve kan. 

Aku rasa banyak kali kot pernah aku cerita, masa mula-mula kawen dulu antara perkara pertama Ed buat ialah suruh aku baca Al-Fatihah. Katanya dah jadi tanggungjawab dia untuk dengar dan betulkan bacaan Quran aku, apatah lagi Fatihah tu bacaan wajib dalam solat. Lepas tu adala aku mengaji sikit-sikit. Aku selama ni ingat bacaan aku ok, sebab aku rasa cam lancar jek. Sekali lepas baca, Ed cakap, Com kena carik cikgu ajar mengaji. Kalau nak boleh belajar dengan mak. Pengsan. Idokle aku nak belajar mengaji dengan mak mertua aku kan, walaupun dia ustazah. Memang mengajar mengaji pon kat kampung. Aku taknak, malu. Malu tak bertempat gitula aku nih, masa tu.

Lepas-lepas tu aku makin nervous nak ngaji depan Ed. Bila nervous lagi merangkak-rangkak membacanya. Pastu Ed ni kalau mengajar ngaji err garang sikit. Bergenang air mata gakla, hahahha. So aku selalu baca pelan-pelan jek kalau dia ada, sbb sure kena tegur punya, hahaha. Patutnya amekla kesempatan belajar kan, tapi aku put-off sikit sbb dia cam tegas giler bila ngajar. Aku kan manja, uwekk.. Hahhaha. 

Start 2010, ada offer kelas Tajwid dekat office. Waktu kelas is at lunch hour on Tuesdays or Thursdays, bergantung kepada kelapangan Ustaz. Aku dengan kengkawan register. Memula company sponsor, lepas tu kami chip in bayar sendiri. Memang banyak sangat aku belajar dekat kelas tu. Serius banyak sangat. Bila dah tua-tua ni, aku dok wonder gak, apsal la susah sangat aku nak paham dan tangkap tajwid ni especially yang basic-basic tu dulu-dulu.  Sebab sekarang yang basic-basic tu adalah senang. Dan mudah nak incorporate dalam bacaan. Maybe bila dah berumur sikit ni makin cerdik, or makin alert or makin mudah make sense out of things, or sebab memang minat nak belajar, mudah faham. Ustaz tu pulak best sangat. Banyak hint, dan tips yang membantu dalam pembacaan, yang tak pernah aku tahu. Dan very encouraging. Walaupun salah, walaupun merangkak, dia sabar sangat, dan tak pernah buat remarks yang membuat kita rasa give up or malu. Syukurnya Ya Allah kami dipertemukan dengan ustaz ni. 

Memang aku look forward sangat kat kelas tu. Kalau tak dpt pergi tu rasa sayang sangat. Siap salin nota dengan kawan dan mintak kawan terangkan sikit. Next kelas datang awal sikit untuk clarify dengan ustaz. Bila balik rumah pulak sembang-sembang dengan Ed pasal kelas dan ala-ala buat revision sekali. Ed ni sumer pon dia ingat, yang basic yang advance, alhamdulillah bolehla aku refer-refer kat dia. 

Awal tahun ni masa aku mula bercuti tu, aku masih datang office sebab sayangkan kelas ni. Masa tu kami dah habis makhraj(ustaz ajar makhraj kemudian, dia ajar hukum tajwid semua dulu) dan baru mula basic bahasa Arab. Bestnya korang. Sebab dapat basic-basic bahasa Arab, dan boleh la agak-agak ayat tu tentang apa. Dan yang penting jugak, membantu kita pilih tampat untuk berhentikan ayat dengan maksudnya intact. Idokle berhenti tah mana-mana, pastu sambung sesedap rasa makna habis ke laut kan. Tapi aku sempat kejap jek sebab lepas tu aku dah pregnant dan dah tak drive dah. So, kelas aku terhenti di situ. Sedih ko. Bila nengok email, kengkawan cakap pasal kelas, rasa cam rindu gila nak kelas. 

Bebaru ni jugak rasanya, sebelum puasa, aku tengah baca Yassin. Ed masa tu baru lepas mandi, dia baring sebelah aku dengar aku baca. Kalau dedulu nervous breakdown, ko dia buat camtu. Masa tu aku continue jek baca. Masa aku baca tu dia gosok-gosok belakang aku. Bila habis jek, dia cakap, pandaila mama baca Quran sekarang. Dah banyak improvement. Ada sikit-sikit lagi kena jelaskan bacaan especially huruf ha, kho, ain dan hamzah. Yang lelain banyak dah ok sikit. Suka sangat aku masa tu. Bukan suka, bangga. Entah rasa lega sangat that my bacaan dah improve. Rasa takdelah baca dengan sia-sia sebab dok salah je. Sebab kita memang kena belajar untuk baca Quran dengan betul, kan. 

Ok aku tau I am far from perfecting my Quran recital. Banyak lagi kena belajar. Ada masa-masa mengaji tu selak-selak jugak notes sebab nak confirmkan tajwid tu kan. Tapi aku sendiri rasa banyak improvement, siap tengah-tengah baca tu, boleh betulkan sendiri bacaan. Ustaz pon cakap mmg ada improvement. Lega sangat rasanya. Syukur Ya Allah, atas kesempatan untuk belajar dan mendapat ilmu ini. Syukur sebab dibukakan hati untuk belajar dan terus belajar. Alhamdulillah.Pastu semenjak baca dah imrove sikit, dan belajar sikit-sikit bahasa Arab tu, semangat untuk baca tafsir tu tinggi sikit. Curiosity untuk tahu makna-makna ayat tu jadik tinggi.

So sebab tu aku rasa kami punya mengaji sekarang ni cepat sikit, sebab aku makin lancar membaca dan confident sikit. Dan rasa best sikit sebab aku tau aku bukan main taram dan langgar jek tajwid bila baca tu. Bila habis few juzuk rasa aku dah baca dengan baik as compared to dulu. Bukan sekejap belajar tajwid sebab kelas kami sejam jek dan sekali seminggu jek. Dah lebih 2 tahun kelas tu berlangsung. Aku bersyukur dikelilingi kawan-kawan yang gigih pergi kelas ni, tak jemu ajak geng lain join sama. Memang dah ramai jugak yang half way belajar, sebab kekangan kerja dan sebagainya. Tapi aku happy sebab kawan-kawan yang dekat-dekat masih continue mengaji lagi. 

Bulan puasa ni ada tadarus dekat office. Rindu jugak nak tadarus sesama dengan kawan-kawan. Last year masa tadarus pon dah lain sikit approach tau. Bukan takat dengar jek kawan baca. Memang boleh betulkan sesama sendiri kalau silap, dan confident nak betulkan. So bestla kan, bila tadarus tu dengan bacaan yang betul kan. 

Aku cakap kan tadi, aku bukan nak riak bila tulis pasal ni. Lama aku pikirkan, whether nak tulis ke tak. Bak kata Irfa again, hehehhe hanya penulis tu je yang tau niat sebenar dia tulis tu. Niat aku sebenarnya cam ni. It's never too late to learn. Jangan malu dan jangan segan sebab the reward tu Masyallah memang best sangat. Cuba ajak kawan-kawan opis anjurkan kelas. Bayar ustaz or ustazah datang opis untuk mengajar. Ala bayar sikit je, beli kasut dan baju mahal-mahal boleh, kan( ni aku ler nih..). Nak join kelas-kelas dekat luar pon boleh, surau-surau dan masjid ada jek kelas-kelas ni. Kalau diorang dah mula pon takpe join jek. Kami memang gigih pergi yg kat opis ni sebab tau, namanya nak pergi sendiri memalam or on weekends macam tak je kan. So tu yang gigih pertahankan kelas tu. Ada masa-masa memang tak cukup korum, 4 oranglah, 6 oranglah, but the class must go on. 

Sure boleh punya belajar. Nanti anak-anak boleh le ajar sikit-sikit sendiri dan tak lepaskan 100% pada ustaz diorang yang ngajar kan. Alangkan aku yang sangat sikit ilmu di dada pasal Al-Quran ni pon, boleh paham, dan pelan-pelan praktikkan, sure takde masalah utk korang. Yang dah terer, boleh belajar Arab lak kan, punyalah best kalau kita faham makna semua bacaan kita tu kan. Ya Allah jadikanlah kami semua ahli Al-Quran. Semoga kita semua gigih untuk memperdalamkan ilmu tentang Al-Quran.

Wednesday, February 29, 2012

Azan bersahut-sahut dan solat.

Aku pernah cakap azan dekat Istanbul tu bersahut-sahut kan. (tak abis-abis pasal Istanbul). Tapi aku ada mention tak, from tingkat 13 belas rumah aku dekat Kajang/Bangi ni pon boleh dengar azan bersahut-sahut gitu. Setiap waktu boleh dengar. 

Yang sangat obvious is of course masa Maghrib dan Isyak kan. Sebab dah selalu sangat dengar, aku selalu macam take it for granted jek. Malam ni aku dok diam dan hayati sikit. TV tak bukak, lagilah jelas kan. Kadang-kadang tak perasan sebab TV bukak. Memang aku rasa ada la dalam 10 azan boleh didengar. 3-4 yang sangat jelas. Dan selebihnya macam dekat belah background. You know that it's azan, cuma tak jelaslah. 

Sebenarnya tak yah jauh-jauh nak ada perasaan macam tu. Banyak sangat contoh dan kejadian-kejadian harian yang depan mata kita menunjukkan kebesaran Allah. Up to kita jek, nak bukakakn hati atau tak jek. 

Sometimes aku wonder jugak, memang belah kiri area apartment aku ni Bangi, which is kawasan muslim ramai kan, dan masjid pon memang banyak. Belah kanan aku dah area Sg.Chua yang banyak non-muslim, dan tak banyak sangat lah nampak di mata aku surau-surau semua ni. Tapi tetap jelas dan nyata aku dengar azan bersahut-sahutan ni. Kalau malam tu dekat-dekat 15 minit baru habis semua azan. I love it. 

Tapi kan, suka sangat dengar azan macam tu, diikuti dengan tindakan ke tak Cekna? Lepas tu terus solat awal waktu ke? Bak kata Ed, azan dah memanggil bersahut-sahut, pergi solat jemaah kat masjid/suraunya tak. He is referring to both of us. Sebelum ni, Ed giat gila jugak ke surau kat ground floor apartment ni for Maghrib or Isyak. Semenjak balik lambat dari kerja ni, sangat kurang berkesempatan solat jemaah dekat Surau ni. Tapi kaaaannn, orang lelaki ni, kat surau kat opis pon diorang jemaah kan? Dekat shopping complex pon jemaah Ed kata. Kita ni yang sangat kurang berjemaah. Dah la tak gi solat Jumaat kan. Pastu dalam sebulan ada seminggu lak takleh solat kan. So memang sikit dah pahala solat kat situ kan.

Aku kalau bulan puasa rajen gak solat jemaah dengan Ed. Maghrib dan subuh dekat rumah. Isyak kat masjidlah terus sambung Terawikh kan. itupun alhamdulillah dapat husband yang rajen gak ke masjid. Agaknya kalau dia pon liat, aku lagilerrr liat. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan Ed. 

Aku masa baru kawen dulu, bila Ed tegur suruh solat awal or what, bukan main marah lagi aku. Suka sangat nak menjawab, taulaa, sekejapla, jap gi org semayanglaa, aku jawab. Keji gila. Takleh tegur langsung padahal, tegur ke arah kebaikan tu. Sensitip tak pepasal. Sekarang kalau dia kejut subuh, terus jek aku bangun. hahahha takut kena marah. Kalau tak dok mengeliang-geliut lagi atas katil tu, hmmm. Tak solat ialah perkara yg dia tidak tolerate, which is sebenarnya bagusss sangat untuk aku yang suka bertangguh-tangguh dan kadang-kadang termiss solat. Kalau siblings or anak buah tak solat pon dia tanya dan tegur gak, but lembut sikitla. Takdela cam dia tegur aku, hahaha. Tiang agama kan, rukun Islam tu. Memang perintah Allah. 

Aku ni bukanla baik sangat. Tapi aku aspire nak jadi lebih baik. Aku bersyukur juga pada Allah, sebab kawan-kawan di sekeliling aku pon  banyak yang jenis tak tinggal solat. Kawan sedepartment memang tak tinggal solat, dan rajen tanya, cekna dah solat? pegi solat dulu nak? Or jom kawan-kawan kita solat. Ya Allah bestnya kawan-kawan cam tu. Cara ajak pon lembut je. Tak terbukak hati nak solat gak tataulah. 

Aku tengok my sis in law, kakak Ed, gigih gila suruh anak solat. Kalau anak dah tertidur belum Isyak, dia akan kejutkan sampai bangun. Most of the time, diorang akan solat jemaah anak beranak. Anak-anak yang kecik semua dah tau masbuk semua, sebab kekadang bapak dia tak daya nak tunggu semua dah siap ambik wudhu' baru nak start solat. Same goes masa Subuh, nak bergegar rumah, dengar kakak ipar aku kejutkan anak dia solat. Sampai aku pon kelam-kabut bangun, takut, hahahha. Respectla aku tengok. Pastu anak-anak dia memang rajen ke masjid. Petang-petang diorang jemaah asar kat masjid on weekends, lepas tu main bola kat perkarangan masjid. The AJK masjid memang galakkan diorang main bola kat situ, dengan syarat datang solat jemaah kat masjid dulu, then baru main bola. Bagus kan. Sebelum tu, diorang take turns utk laungkan azan Asar. Senyum jek aku dengar masa azan tu suara budak-budak. Hebatnya,tak tahulah camana aku nak didik anak solat one day kan.  Hehehe optimis kan aku.

Korang yang anak-anak dah start sekolah, camner didik diorang solat? Start umur berapa?  And what are the challanges? Saja je nak tau. Aku suka dengar cerita-cerita muslim parenting ni. Mana tau kan, sampai nanti rezeki aku. Dah tau apa nak buat kan, Amin. Share eh kawan-kawan.

Saturday, February 4, 2012

It's our 9th Anniversary

Assalamualaikum, 

Kami menghentikan siaran Kembara Istanbul seketika bagi menyiarkan satu pengumuman. Hahaha cam announcement kat Radio or TV je ye. Hahaha. 

1st February lepas was our 9th Anniversary. Aku, buat tahun keduanya hampir-hampir lupa. Kalau aku lupa, ed lagiiiilaaa lupa. Muahahaha. Aku teringat pon on the day itself. Pagi anniversary tu, baru teringat and he sent me to the airport. Sebab aku nak balik Kuantan. So tak dapatla nak celebrate anniversary. But from previous years pon, mana ada celebrate apa sangat pon. Every day is a celebration, what.

First 3 years of our marriage aku rasa mencabar. Maybe all marriages are like that. Orang panggil tempoh penyesuaian. So masa ni banyakla gaduh dan sentap bodo-bodo (We still do this kadang-kadang hahaha). Alhamdulillah, we got past this. The next 4-6 years was the year we got complacent or rather take each other for granted. Hahaha. Dah confident sangat memasing. Balik rumah buat hal sendiri jek memasing. Kekadang aku kat living room, dia kat bilik, buat hal sendiri sampai le memasing masuk tidor. Ada masa-masa terasa gak jauh from each other walaupun berada dalam 1 bilik.

The next 7 years till now, ialah tahun appreciating each other more. We come to terms of what we have and what we don't have. And for what we have we are forever grateful, and for what we don't, we accept that Allah has better plan for us or will bestow us when the best time arrives. I thank Allah for lending me Ed, which I hope for my entire lifetime and hereafter.  He helped me to become a better person, a better wife, a better daughter and most importantly a better muslimah.  Thanks babe.

Aku pon dah makin cool sekarang. I pon dah seldom nag. We accepted each other for what we are. Dia pon dah makin kurang moody. Dah tua-tua ni moody buruk benor kan. Aku pon dah kurang merajuk bodo-bodo. So more good traits revealed in both of us, instead of more bad traits. Alhamdulillah. Another good thing that we learned along the way was not to have unrealistic or too idealistic expectations of each other which if not fulfilled makes us feel disappointed, Communication pon lebih baik. We found a way to argue constructively or put off  to discuss things at a better time instead of masa tengah berapi-api tu. But we are far from perfect ada masa-masanya sentap jugak. Nama pon manusia kan. Tapi tak de lah sentap lama-lama.

Aku doakan kami berdua dikuatkan dan dipanjangkan jodoh. Moga jodoh kekal hingga ke sana. Moga kami diberikan kesabaran untuk menghadapi cabaran berumahtangga ni. Dan moga Allah akan berikan yang terbaik untuk kami. Amin. Buat korang yang mengikuti kisah aku dan Ed sejak tahun 2005 lagi dan sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kami, thank you all.

Nota : Aku rasa sangat appreciate the time Allah has given me with Ed bila aku baca blog ni. She lost her husband in December 2010. Boleh baca, bersedialah untuk menangis. Boleh baca di sini http://meenyusuf.blogspot.com/ sedih sangat. But elok untuk kita wife-wife yang kekadang banyak je nak rasa tak puas hati dengan our husbands.

Nota 2 : Jalan-jalan pergi Istanbul tu kira hadiah anniversary in advance aci la kan..hehehe.

Wednesday, January 18, 2012

Hidup baru

Kata hidup baru kan, kenala ada aktiviti baru. Aku start gi gym balik. Kelmaren exactly. Punyalah berkurun tak bersenam, sampai nak gym pon rasa segan. hahaha. Lepas register balik, diorang pon cakaplah, ok kak dah boleh guna the gym. 

Aku pon pegila dekat treadmill. Dek kerana dah lama tak senam, aku pon warm up la dulu. Stretching sikit-sikit, bukan apa mudah sangat nak tergeliat aku ni karang kalau tak stretching. Sekali masa tengah stretching tu, aku dah rasa cam pulled muscle dekat peha tu. Damn. Belum apa-apa dah nak tergeliat. Ya Allah malunya, macamana ni. Stretching pon tergeliat. Kalau kat rumah aku dah duduk sapu minyak dah. Tapi sebab err malu, aku stretch lagi sikit dan gosok-gosok peha aku sikit. Ramai orang, ko. Padahal who gives a damn ada makcik ni tergeliat kaki kan. Lepas tu aku naik je treadmill tu, muahahahha. Abiskan 25 minit. Rasa nak mati sikit-sikit. Hahahha.

Lepas tu buat weights kaki tangan, toning dan ada mesin haper kebender tatau. Tapi aku daya buat mesin tu 5 minit jek, kaki aku dah rasa macam ada orang letak batu-bata kat situ punyalah berat. Overall camupur semua ada la 1 hour 15 minutes senam kelmaren. 

Hari ni pergi gym lagi. Pergi pagi pulak. Bestnya pegi gym masa orang kerja ni, kosong jek gym tu. Ada satu couple chinese ni gamaknya 60-70++ kot umur diorang. Cool jek gi gym berdua, senam sebelah-sebelah. Fit ko diorang tu. Aku dok atas treadmill lagi, kali ni tambah intensity sikit. Owh nak pecah jantung aku tau tak. Pastu buat weight and toning, dan hari ni aku berjaya tambah 10 more minutes dekat mesin-haper-ke-bender tah tu. Sakit bontot guna mesin tu. Butt toning kah? Hahhaha. 

Gila best tak kerja pastu buat aktiviti sihat. Pastu best jugak sebab boleh buat blog update kerap-kerap hahahha. Cuma tang duit jek tak berapa best. Okla korang aku nak gi opis kejap. Ada meeting. Cuti-cuti gak, sesekali kena masuk jugak. Karang kena buang kerja, tak pepasal jek aku kena dok rumah sampai bila-bila. Eii seram.

Monday, January 16, 2012

Clearing back log..

Actually aku memang dah pun mulakan hidup baru ni. Tapi, tak terasa sangat sebab last week busy balik Kuantan dan busy dengan exam. Makanya walaupun aku dah mula cuti, aku tetap bangun awal dan pegi office sebab nak study. Tapi besok dan mula kehidupan yang baru berserta aktiviti-aktiviti yang baru. 

Ya, aku memang cuti panjang. Bukan seminggu, bukan dua minggu tapi 6 bulan. Ye, korang tak salah tengok 6 bulan. Banyak perkara yang aku nak uruskan, nak habiskan belajar aku dan of course some of you may have already guessed ada urusan peribadi yang nak dibuat. I will blog about it when I am ready. As of now, aku simpan sendiri dulu. 

Sebelum aku menulis entry yang dok berlegar-legar dalam kepala aku ni. Baik aku buat updates on what's happening supaya takde backlog. 
  1. Baba masih di hospital, keluar sehari lepas tu masuk balik sebab ada kuman baru dijumpai dan the docs wants to treat that jangkitan. Jangkitan tu sangat bahaya, kalau tak treat betul-betul boleh merosakkan organ-organ dalaman yang lain. Remember, that he had to remove his gall bladder hari tu. In fact masa kuman tu mengganas, memang organ-organ lain pon terkena juga. Alhamdulillah, boleh kawal lagi. 
  2. Sem 2 pengajian master aku dah habis. So sekarang ni cuti sem lah. Lepas ni aku balik on research mode. Aku target nak habiskan hujung tahun ni. Boleh ke ni? macam banyak sangat program jek. So aku kena buat study plan sikit, karang leka,  tak abis-abis study aku, nauzubillah. 
  3. Aku masih masuk opis sekali-sekala. In fact aku akan masuk setiap hari Khamis untuk ada satu kelas ni di office. Walaupun cuti, aku ada deliverables yang aku perlu siapkan dan hantar. Aku bukan cuti gaji penuh. Tapi errr.. ada la arrangement nya. Memang kurang la sikit duit starting February onwards. Nervous jugak tapi kena yakin rezeki dari Allah bukan dari company aku tu. Insyallah I will be alright. 
  4. Aku terpikir bestnyalah kalau dalam cuti ni aku boleh gi umrah dengan Ed dan my parents. Best sangat-sangat-sangat-sangat. Mana tau ada rezeki aku kan. Should keep this options open.
  5. I will be going somewhere, for a few days starting Friday night sampai err next week. Will blog about that later as well. Si Joe Perantau dok tanya aku tak guilty ke gi jalan-jalan masa baba aku dok sepital lagi? Guilty nak mampos tahu tak?! Nasib baiklah he is already doing better, kalau macam masa mula-mula keluar ICU dulu, memang aku cancel je kot. But I still feel guilty ok. Risau gila, dahla adek-beradek aku yang lain takde kat sini. 
  6. Tangan aku dah mula sakit balik. Tangan aku ni prone sangat nak tergeliat. Masa balik kuantan baru ni, horror jugak sebab aku sorang jek jaga baba. Kena keluar bawak kereta, beli makanan, amek dobi semua. Nak nangis aku masa angkut dobi tu, sakit sangat tangan aku masa tu. berapa kali berhenti-henti. Sedih taw, bila sakit tangan ni. Macam-macam benda tak leh nak buat. Terasa nikmat yang Allah bagi tu ditarik sedikit. Nak pakai baju pun susah. Masa exam lagi haru sebab nak menulis kan. Memang torture. Nak kena buat treatment balik kot. 
  7. Masa hari last aku dekat office last week, aku buat roti sikit untuk kawan-kawan dan boss. Simple-simple jek, buat home made garlic roll dan fresh mushroom soup jek for breakfast. Habis semuanya, syukur sangat.Risau jugak sebab button mushroom takde, pakai shitake dan oyster mushroom jek. Seb baik hasilnya ok. Psstt kalau nak roll tu takde renggang2 dalam bulatan tu  kena susun rapat-rapat dan banyak-banyak sikit eh, bagi dia berlaga-laga gitu? tolong jawab sape terer..
Garlic roll. Lembut walaupun dah sejuk. Tapi renggang sikit.


Gambar mushroom sup takde, ni gambar lama















8. Aku suka sangat masak nasik sekarang ni, yang telah mengakibatkan aku dan Ed jadik sepasang beruang comel. Arrghhh..Ni start dengan makan singgang hari tula. Dah 3 kali aku repeat tau tak singgang tu dengan pelbagai ikan. Pastu baru ni sebab aku tengok resepi kari ikan sapa buat tah  pakai halba, aku try pulak. Sedap-sedap.  Adoilaa..Masa tu tempted jugak nak buat sambal belacan. Tapi tak buat, sebab takut bersin.
Kali ni ada bendi dekat kari tu. Abaikan peha ayam gemok-gemok hampir rentung tu. Orang pantai timur memang suka makan nasik ada keropok, yang sirap selasih cam orang nak bukak pose tu, aku pon tak faham

NI breakfast esoknya makan the kari dengan lempeng pulak. Perghhh kari ni kalau lepas semalaman lagi best. Hahaha.
9. Masa balik Kuantan baru ni, anak buah aku Bulat ikut sama. Memang bergumpal la aku dengan dia dari KL ni sampai Kuantan and back to KL again. Siap tidur dekat hospital ramai-ramai kau faham tak? Hahhaa. Gi makan sate dengan dia, which dia tak makan, cuma makan nasi impit jek 3 piring! Hahahha. Banyak gile dialog kelakar dengan mamat tu. Nantilah bila-bila aku buat entry pasal Sembang with Bulat ni.


Oklah aku rasa dah habis backlog, dan apa yang aku nak cerita. Dek kerana aku ada dekat rumah, maybe ada banyak blog update. Tapi yang aku herannya, makin aku cuti, makin banyak aktiviti dan appointmentnya. Makin sibuk pulak tiba-tiba. Ya Allah permudahkan urusanku. Berilah yang terbaik kepada hambaMu ini. Sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah dan terbatas pengetahuannya serta tidak tahu apa yang terbaik baginya. Oleh itu, bantulah hambaMu ini yang sangat-sangat mengharapkan bantuan dan keredhaanMu Ya Allah.

Saturday, January 7, 2012

Nisan? Manisan? Batu Nisan? Nissan Sentra?

Salam kawan-kawan, 

Hahaha nak tergelak, entry singgang pon banyak orang komen. Korang memang best! Memang versatile la singgang ni kan masing-masing ada version sendiri. Anyways, MummyRizq, ko ada mintak resepi kan. Mentang-mentang ko dah buat update yer, berani ko mintak update dalam bentuk resepi dari aku, hahahha. 

Okla, okla ko punya pasal aku tulisla resepi singgang ni. 
Singgang versi mama cekna

2 ekor ikan (tongkol, tenggiri, kerisi, merah kalau ikan besar2 2 slice cukup)
3 ulas bawang putih (dihiris)
4 ulas bawang merah dihiris
1 -2 inci lengkuas diketuk (tak reti nak bagi anggaran)
4-5 asam keping
Air 
Garam 
Gula/nisan (optional)
4-5 kacang bendi
Serbuk perasa kalau pakai

1. Rebus bawang putih, bawang merah, lengkuas dan asam keping, air jangan banyak sangat. Agak boleh tenggelam ikan sudah.
2. Masukkan garam, gula perasa.
3. Masukkan ikan 
4. Masukkan kacang bendi.

Settle. Aku takde nisan aku pakai gula merah tu. Gula biasa pon ok. Bukan letak banyak just nak balancekan masam tu jek. Maybe sesudu kecik jek or less than that.  

Hahaha aku dah agak dah sure ada yang tak tau nisan tu apa. I guess its singkatan for Manisan. Orang Kelantan panggil Nise. Mama ku orang kelantan and baba orang Pahang. So aku memang ler through and through orang pantai timur. Cakap loghat Pahang, terengganu dan Kelantan sumer boleh. Cuma slang kelantan aku sangat rusty, kalau pergi pasar siti Khadijah or my mom called it "Atah pasar (atas pasar)" memang mak aku soh dok diam2 jek, dan biarkan dia jek tawar-menawar. Gila I tell u skill mama aku ni menawar barang. Terkedu aku dan Ed menengoknya. Aku dan ed cuma tunjuk2 jek cam orang bisu muahahhaha. Fail. 

Anyways, nisan tu ghopernyer adalah as below :
Sarung nisan guna daun nipah

Pakcik yang buat nisan secara old school kat Terengganu

Rupa nisan, yang aku amek dari blog sue-hasue

Kalau korang nak baca more pasal nisan tu, sila pergi link pada watermark gambar2 tu. Nisan nih, masa kecik2 bila mama masak, aku akan mintak sikit, makan cam gula-gula. Sedap. Hahaha. Nisan ni kalau buat agar-agar santan gula melaka pon best. Tapi kena tapis sikit lepas masak tu. Nanti termasuk daun nipah tu. Bagi aku agar-agar gula melaka/nise tu lagi sedap dari agar-gar pandan yang hijau tu sebab gula melaka/nise ni ada rasa lemak-lemak sikit as compare to gula biasa.

Okeh bersedialah untuk mendapat banyak update dari aku selepas ni. Heheheh berani tu janji gitu. Aku dah mula cuti. Panjaaangggg. Panjang mana? Setakat ni Joe jek tau. Bukan Jojoe, tapi Joe Perantau tu. Dia tu cam pandai jek mengorek info dari aku. Subtle jek caranya tapi mudah jek aku tercerita. Hampesla, Pernah kejer dengan FBI ker? Hahhaha. Takpe nanti korang tau gak. Tungggguuu. Aku banyak entry2 terkumpul yang belum publish. Kasik aku habiskan backlog ok. 

Later.


Thursday, December 15, 2011

Of warded and hospitals

Assalamualaikum wbh, 

Alhamdulillah, condition baba aku semakin baik. Masih di ICU tapi banyak dah improvementnya. Syukur sangat. Terima kasih for all your kind words. Weekend lepas aku balik ke Kuantan. Hujan tak henti-henti. Reminds me of musim tengkujuh masa sekolah dulu-dulu je. Sejuk dan lenjun jek baju sebab nak tak nak kena redah gak hujan nak beli foodlah apalah. Pakai payung pon, tetap akan lenjun, sebab banyak lopak air dan hujan sangatla lebat. Tapi apa-apa pun, kami sekeluarga sangat bersyukur yang conditionnya semakin baik.


Masa aku duduk di hospital sepanjang minggu lepas tu, it reminds me a lot of few times aku di admit. Takdelah aku sakit teruk sangat macam baba tu. Tapi adalah few times aku admitted. Masa tahun 2003-2004, aku rasa ada 4-5 kali aku admitted rasanya. Yang paling lama was 10 days.


Tapi yang aku teringat semalam, was the time masa aku diadmit di SJMC. Masa tu remove appendix. Eh betul ke eja tu? Sama macam eja appendix-lampiran tu ker aaa? Anyways, what I was reminiscing about the stint, not so much about the surgery, but more about money. Or the lack of it. Masa tu baru setahun kahwin rasanya. Ed pon baru pakai kereta. Baru-baru pakai dua kereta kot. Money was a bit tight.

Masa tu Ed akan ulang-alik ke hospital. Tiap-tiap malam dia tidur di hospital, without fail. Pagi-pagi dia akan siap-siap terus pergi pejabat. Malam, dia balik rumah, mandi dan kemas baju opis untuk esoknya dan pergi hospital. Sayang dia. Aku lepas operate tu sibuk nak makan shakeys Pizza, sebab dok nampak dari tingkap wad tu. Tapi masa tu, errr duit tak berapa nak ada. Nak pinjam dengan mak aku Ed tak berapa bagi sangat sebab segan kan. So I think we both survive dengan hospital food. Me and Ed. Masa lunch aku akan simpan, the fruits and dessert untuk Ed. Same goes with dinner. Masa tu bulan puasa, so dinner aku ialah makanan berbuka Ed. Segala biskut dan roti semua aku simpan, supaya dia boleh makan dan tak payah spend duit lain. Hari-hari aku dok jeling Shakeys Pizza tu, tapi tak tergamak nak mintak.

Masa dah duduk dalam 3 atau 4 hari gitu, banyak la jugak orang yang datang melawat. Tiba-tiba ada pulak yang bagi duit. Lepas jek pelawat tu keluar wad, aku pandang Ed, nah amek gi beli pizza. Muahahhhaah. Ed pon terus la pegi beli pizza. Aku iye-iye jek nak makan, sampai timenya, aku boleh makan tak sampai sekeping jek, sebab aku sakit perut gastrik ke haper entah. Penyudahnya Ed jelah makan semua pizza tu.


With duit-duit orang bagi masa melawat tu(memang orang bagi duit ke kalau ziarah ni?) bolehla kami survive to our next salary. Alhamdulillah, company covered fully masa kat hospital tu, so takdelah hospital bills yang perlu dibayar.  Memang zaman-zaman tu, lepas dapat gaji jek, aku dan ed ada 100-200 jek nak idup sampai gaji yang seterusnya. Kalau pikirkan sekarang, cemanalah boleh survive, but somehow Allah Maha Berkuasa, we managed.


Bila teringat cerita tu, rasa bersyukur sangat yang rezeki sangat baik sekarang ni. Rasa nak makan apa-apa jek, anytime boleh makan. Takdelah loaded ke ape ker, tapi teringat dulu-dulu memang tak pernah dinner di luar sebab tak cukup budget. Hari-hari masak, walaupun simple. Sekarang ni sebab kekangan masa dengan kerja dan belajar ni, kerap jugalah beli makanan di luar. Tidaklah makan mewah-mewah sangat, tapi gitulah Allah bagi kan. Masa susah dulu, ada banyak kelapangan untuk pergi pasar dan masak sendiri hari-hari. Bila dah senang sikit, masa pulak takde. You can't have it all. Bawak-bawakla bersyukur.

Tuesday, December 6, 2011

Of course, I care! Takkanlah aku tak care.

Just got a call from my mom. Katanya besok bapak aku mungkin undergo surgery untuk keluarkan batu di hempedu. Ahad lepas aku memang tau yang mak nak hantar bapak admitted di hospital di Kuantan. Dah bapak aku biasa di sana, dia nak masuk wad pon di sanalah. Memang kerapla jugak aku telefon tanya apa cerita, doktor cakap apa dan sebagainya. 

Masa bapak aku call siang tadi, memang dia cakap yang the doctors are doing further test, tapi dia feeling much better. Suara pon ceria jek. Pastu mak aku ada call minta uruskan cek gaji pekerja dia. Memang bercakap banyak kali la jugak dengan dia hari ni. 
Petang tadi aku testing kat office  sampai pukul 7 lebih malam, rush pergi solat, kemudiannya pergi kelas. Habis kelas je aku telefon mak aku, nak tau perkembangan hari ni. Mak ceritalah, bakal besan mak aku ada kat sana, makcik dan pakcik aku pon ada sama, dan katanya ramai dah la yang melawat. Pastu dia cam distracted agaknya sebab nak layan visitors kan, so aku hung upla dulu.
 
Sampai rumah, aku makan dinner yang Ed beli dan makan ubat selsema. Memang aku masuk tidur awal la sikit, sebab aku dah selsema teruk sikit hari ni. Bersin2 dan hidung gatal gila. Pukul 11.30 malam gitu mak aku call. Aku dah lelap kot. So aku angkatla telefon.
Dia tanya aku busy tak besok. Aku cakap busy lah jugak, kenapa ma? Mak aku cakaplah, ramai visitors yang datang tanya aku tak melawat ke? Aku dah tak sedap ati masa tu. Kemudian mak aku cakapla bapak aku mungkin ada surgery esok. Aku cakapla, kenapa tak cakap, memang Ed ada tanya nak balik tak? Bapak aku early this morning cakap datang weekend nanti. Sebab gamaknya lama lagi dia kat hospital tu. Siap suruh bawak cucu lagi.

Sebenarnya yang lebih memilukan sebab mak aku cakap brother aku yang kat UK 2 orang tu boleh call every few hours, dan aku ni yang dekat ni tak balik pon. Kecik ati aku dia cakap macam tu. Every time aku call jek, dia cakap sebok banyak visitors, so aku pon tak nak la kacau dia, dan kemudiannya menyebabkan aku tak tau condition bapak aku sebenar.  Now, as if aku ni, anak yang dekat, tapi tak peduli sangat bapak aku nak operate esok. My parents both tau bapak nak surgery esok since petang tadi lagi, pukul 11.30 malam baru aku tau. Memang orang lain semua tau dulu.

Tak pernah mak aku compare kan aku dengan my brothers. Tapi today dia cakap aku macam tak care. Yang my 2 brothers walaupun jauh lebih ambik berat.  Aku tak tau macamana lagi nak demonstrate aku care. Mana aku nak tau bapak aku nak ada surgery besok. Dekat 10 kali aku call hari ni, not once ada mention about it.

Dahla, baik aku pergi solat dan doakan diorang. Maybe I am just tired hari ni dan kurang sihat sikit. Pasal tu aku emo sikit. Tak baik kan, aku pulak yang nak kecik ati. I know, I know, takpelah I think being parents sayulah kot di hati diorang anak-anak jauh. I understand. And sebenarnya I am worried about my dad. So esok pagi, whether Ed can follow or not, I'll be heading to Kuantan. Ya Allah lindungilah kedua ibu bapaku. Permudahkanlah perjalananku.

Thursday, December 1, 2011

Terkurang rezeki di situ..

Assalamualaikum wbh kawan kawan,

Sihat korang? Aku sakit tekak sikit hari ni. Isnin lepas cuti kan,  tapi aku ada kelas. Memula tu liat betul nak bangun. Malasnya, rasanya macam best benar nak bermalas-malasan atas katil tu. Tapi sebab aku dah ada missed kelas sekali, so aku pergilah jugak. Nasib baik aku pergi, siap ada short assigment, sebab lecturer nak kasik marks for those who made an effort to come. Alhamdulillah. 

Balik dari kelas, aku pergi beli mee rebus dekat satu stall ni. The last time makan kat situ, punyalah sedap. So belilah untuk aku dan Ed. On the way balik, aku nak singgah dekat Maybank. Nak bank in deposit untuk Afamosa (again! hahaha). Nak masuk ke maybank tu, aku kena lalu kawasan perumahan dulu.

Tiba-tiba tak semena-mena ada motor yang entah datang dari keluar dari simpang belah kiri, dan makan jalan aku. Kelam-kabut aku mengelak dari motor tu. Gedegang! Arrghh kena jugak. pakcik tu dah tergolek-golek atas jalan. Adusss. Aku terus je berhenti kereta. Tengok diadah tergolek tapi bangun jugak. Pastu bising-bising  marah aku cakap aku masuk jalan dia. Aku terdiam kejap aku pandang balik simpang yang dia keluar. Eh dia yang dok lane salah. Siap makan jalan aku lagi. Owh aku pon bukan main la lagi cakap, Uncle, you yang salah masuk jalan. Jalan you belah sana. You patut berhenti. Pastu dia kelam-kabut lari terhencot-hencot panggil sapa tah? Masa tu aku tak sempat fikir pon, buatnya dia panggil ramai kawan-kawan bangla mampus aku.

Kemudian keluarla two guys from the the houses nearby I presumed, dan tanya aku what happened. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati diorang keluar, sebab uncle bangla tu bawak kawan dia lepas tu. And the guys cakapla, yang uncle tu salah, kalau aku laju memang dia boleh termasuk bawah kereta, boleh mati tau. Anyways, to cut the long story short. Aku blah jek, takde buat report polis ke apa ke, nak mintak ganti rugi pon tak guna. So esoknya si Ed bawakkan le ke bengkel untuk ketuk dan spray balik bumper yang kemek nak jatuh sikit dan tepi lampu yang kemik. Nasib baik lampu tak pecah. Melayang RM500. Bukan rezeki aku la tuh.

My friend cakap jugak, kita ni baik sangat. Kalau orang dekat oversea, kalau imgrants ni buat salah, memang sampai lubang cacing diorang kejar. Yelah dahla pendatang more often than not illegal immigrants, pastu siap langgar kereta orang, kata aku plak yang salah when terang-terang ko tak faham undang-undang. Tapi as always, aku malas nak panjang-panjang cerita, I wanna go home makan mee rebus(hahaha), so aku blah jek, dengan bumper dah tercabut dari tempatnya sebelah. Grrrrr..

Friday, November 25, 2011

Keterbatasan

Assalamualaikum wbh
Amacam korang? Aku busy gilerla. Tapi malam ni aku nak update jugak tak kira. Aku menyampah tengok blog ni, apsal la ada dua jek entry kat main page. Tak tau mana dah nak godek. Hmmm. So aku nak ler tulis update yang panjang sikit.

Alhamdulillah, banyak jugak mender settle minggu ni. Tapi event yang aku present tu belum habis. Esok baru habis. Event tu kat Korea, aku present dekat sini. Kahkahkah. Pening kepala aku. Ada jugak sesekali terlost connection, tapi all in all oklah. Stabil jugak connection tu. Ikutkan semalam aku nak hangin jugak, sebab slides sampai sudah diorang tak kasi kat aku. Ada sorang tu, aku balik malam from kelas baru nampak email dia. Bagi dalam bentuk report, so kena extractla. Tapi yelah aku saper nak marah-marah, so aku buat jelah apa yang boleh dan review the slides sampai pukul berapa pagi, dan hari ni aku pasrah jelah present. Respond was great. Alhamdulillah syukur. Presenting remotely ni yang bagus, aku boleh baca jek slides tu tak yah aku berie-ie present kat depan. So bila camtu, aku tak yah ler berie pikirkan opening yang canggih2 or what not.

Actually starting last one month memang haru biru life aku. Kerja makin nak hujung tahun makin macam nak gila. Semua mender-mender yang tak relate directly dengan kerja hakiki aku sebenarnya. Tapi yelah aku tak leh cerita detail sangat pasal kerja ni sebab ada collegue yang baca kan. hahaha. Tapi selalunya walau kerja nya banyak camna pon, normally I can handle the work, its the people that I cannot handle hahhaa.

Talking about keterbatasan menulis, memang aku akui, blog aku yang super public ni is limiting my writing. Eyzza kot komen yang penulisan aku berbeza sangat as compared to my writings dulu2 and dekat private blog. So adala malam2 yang aku penat sangat sampai tak boleh tido tu, aku pergi baca balik entry-entry lama tu. I admit, memang gaya penulisannya lain. I open up a lot. I write from the heart and aku ada masa nak guna bahasa yang cantik sikit dan apa yang tulis tu senang difahami. 

Sekarang memang aku menulis ikut dan jek. Asal boleh je kadang-kadang tu, sebab waktu yang sangat terbatas. Another thing is, of course aku risau colleague, friends or families or extended families  yang membaca entry-entry aku nih. Dulu-dulu back in 2005 mana ada ramai sangat orang ada blog, now semua orang ada blog kan. Hop-hop sikit dah jumpa schoolmates, or jiran or collegue, hishhh ngeri aku. 

Siang tadi masa aku sembang dengan si JoePerantau tu pon sama. Aku cakap, aku limited sangat nak tulis, aku pon sampai bosan nak tulis. Dia kata lama-lama orang pon bosanla nak baca kan. Apa nak buat. Memang aku punya scope of writing dah limited to me, a little bit of my cooking and very surfaced about work. Especially about work, where I work in a place where everybody is an expert about computing and the internet, senang2 jek diorang boleh kantoikan aku.

I guessed that's why ramai orang privatekan blog, supaya bebas nak meluah perasaan hari-hari, nak marah tu, nak marah ni, nak geramkan husband..eh.. hahahaha. Aku ada private blog, tapi aku still jugak suka blog in public, where i can make new friends as well. Lagipun kekadang orang malas nak login kan. 

Bila aku tengok entry-entry lama aku wonder jugak, macamana I can open up macam tu pada perfect strangers? Tapi aku perasan jugak dalam entry2 lama tu, I was stressed all the time. Muda lagi gamaknya, berangin jek hari-hari. Ada jek mender yang tak kena kan. Now, I don't take myself too seriously. I laugh at myself a lot. Macam ada si HanaKirana ni cakap (sis aku quote from ur blog ok hanakirana.com

Kadang-kadang, aku rasa salah satu elemen paling penting dalam hidup adalah kebolehan untuk mentertawakan:
  1. Diri sendiri
  2. Nasib diri sendiri
  3. Hidup diri sendiri
Ya semuanya berkenaan mentertawakan diri sendiri.
In a way, strangely, it will keep you going. Higher and higher.

I think as you get older, it takes more to get us upset. Lah apsal font italic lak ni, tak leh tukar pulak tu grrr.. Yelah dah banyak sangat mender dah yang kita lalu, takkan asyik nak sentaaappp memanjang. Hahahah.Pastu gamaknya aku dah jumpa, activity yang mengurangkan stress aku; masak dan baking! so aku ada channel nak relieve kan stress tu. Takdelah asyik nak meroyan je kat blog. 

Lerrr tak abis2 lagi font italic nih. Bencinya. Tapi macamana-macamana pon aku rasa korang bosan ke tak ker, aku akan tetap blogging cam ni. Tak sebebas dulu, nak buat camana kan, take it or leave it jelah yer korang. 

Ya Allah, dah rupa cam ni pulak fontnya. Malas nak layan. Grrrr.. Ok aku nak tido. Nanti aku upload gambar masak-masak. Hahhaha. Sapa cakap hari tu, cekna ni dia cakap busylah, stresslah, tup-tup keluar gambar masak-masak kan. hahhaha. Tapi seminggu dia ni memang aku sangat minimal masak dekat rumah. Busy giler ko, rumah jangan cakaplah camana rupanya. Nasibla si Ed tu ada ability buat-buat tak nampak jek keadaan rumah tu. hahaha OKlah, chow people. Korang cuti panjang kan? Aku ada kelas korang tau tak Isnin tu?!!! Tensionnya!** Hentak-hentak kaki.. 

Sunday, October 30, 2011

Gi baca buku tuh..

Assalamualaikum wbh kawan-kawan

Actaully aku super-duler busy sekarang ni. Tapi aku notice, bila makin busy makin kerap pulak buat blog update. Korang paham tak apa penyakitnya kalau gitu? Tegar sungguh. 

Esok aku ada exam, so sepatutnya dari semalam aku study la kan. Yelah weekend, bukannya ada mender-mender sangat. Tak ingat hape ke bender yang aku buat semalam (sabtu), selain daripada laundry dan kerja-kerja rumah skit. Malamnya gi tengok Johnny English, bodo nak mampos ceritanya. Gelak sakit ati pon ada, gelak sebab lawak pon ada. Owh aku jugak berjaya menghabiskan duit beli kasut kerja, eii lawanya kasut aku, muahahah. Aku jugak beli bedak dan err maskara. Kenapa aku beli aku pon tataw. Maskara aku beli tak pernahnya habis. Kering gitu jek, yang currently aku ada, aku dah toss it in the garbage sebab pedih gila mata aku masa pakai bebaru ni. Tapi sebenarnyaaaaa, aku sangat jarang pakai. Semalam aku test pakai, wahh memang menjadi sangat panjang bulu mata, macam pakai bulu mata palsu, muahahhha, cuma ia tidak menambahkan volume jek, tu yang kurang best. 

Orang beli popcorn sebelum masuk wayang kan, aku beli lepas keluar wayang. Beli cappucino panas untuk Ed, pastu makan popcorn rebut-rebut dalam kereta. Buruknya perangai. Sampai rumah dek kerana rasa guilty, aku studylaa 5-6 helai, lepas tu tido.
Hari ni, bangun memang layan laundry jugak. Duduk dua orang pon laundry menimbun-nimbun, heran aku. Basuh baju almost hari-hari lak tuh. Tak paham. Korang yang anak 3-4 orang ni, memang aku tabikla, sure menggunung baju kan. Kalau ada mesin lipat kain sure korang yang first beli kan? Lepas dah buat breakfast, aku lagi sekali konon-konon study. Habis. separuh chapter, aku buat sit uplah leg liftslah, habis satu chapter, aku gi buat kulit karipap! Ko paham ke tabiat cam tu? Ada 5 chapter semua. By the time aku habis 5 chapter tah berapa dish siap aku tataula. 

Lepas dah siap buat inti karipap tu, i went out sebab nak potong rambut. Selalunya Ed jek, my hairdresser. Potong jek straight sudah. Tapi kali ni terasa nak buat layered sikit, so memusing-musingla aku sekeliling Bangi mencari salon rambut yang sesuai untuk muslimah seperti aku ni awww..Arghh susah gila nak carik, dah jumpa kena queue. So, aku pergi beli barang sikit dan patah balik ke salon tu. Finally sampai gak turn aku. Dan akhirnya aku balik, ada sikit moyok sampai malam, sebab aku soh dia layered, dia gi potong pendek rambut aku. Geramnyaaaaa!!!  

So, aku masih lagi tak baca buku. Inti karipap dah memanggil untuk aku buat kulitnya. Tapi aku nak cuba bertahan baca satu bab lagi. Habis satu bab, gi buat kulit dan siapkan karipap. Lepas tu baca balik. Hmmm aku ada cukup bahan-bahan untuk buat Portuguese Egg Tart, Spinach and mushroom Quiche, Prawn Creole, dan Oreo Cheesecake. Korang tengok jelah apa aku masak lepas habis chapter tu ok. 

Update at 12.30 am
Lepas habis baca 2 chapter. Karipap paling sedap di dunia ikut resepi mak aku
Dapat 32 bijik. Dekat 10 bijik dah masuk perut aku dan Ed. Supper konon2 nak sambung study lepas ni. Errr, iyer..saya akan sambung study.Sungguh..



Note : Aku ada exam esok, doakan aku eh. Takutt..
Note : Eh aku tak cerita kan, balik dari wayang semalam, Ed kasik aku a belated birthday card. Yehaaaa. Another great surprise. Suka..Suka..Suka..Berapa lama daaa tak dapat kad dari mamat nih. Tersengih-sengih aku. Tergelak dia tengok aku kejap-kejap gi depan baca balik kad dia bagi ulang-ulang. I am so easy to please. Haaa korang dengki tak? Dengki tak? Tak ngaku? Eleh, masa birthday korang dapat lagi best dari tuh? Hehehe. Iyolahh..