Day 3
Kami turun breakfast dekat cafe kat hotel jugak. Malas nak keluar dan patah balik ke BF ni. Boleh tahan jauh. Hari ni hari cuti sempena Malaysia menang bola. Terima kasih boys. Sampai dapat cuti kita semua kan. Makan dengan tenang. Tak rushing. Ed tanya ada nak pegi mana-mana lagi ker? Aku jawab takde dah. Semalam tu lepas pergi Muzium Perang, sebenarnya kami melencong kejap ke area Bukit Bendera. Kereta kabel tiu tengah selenggaralah pulak. Tapi ada 4WD yang boleh bawa penumpang naik ke B.Bendera tu. Rm100 untuk 4 orang. Malas la pulak. naik cable car yang bestnya. Kalau dpt naik cable car ke bukit Bendera ni, memang completelah tour kami ke Penang ni.
Naik balik ke bilik, tengok TV kejap, kemas-kemas dan check out at 12 noon. Check out tu cam kelam kabut sikit. Tapi overall our stay at Hydro Hotel was a nice one. Kami intend nak balik menggunakan feri. Yelah masa datang dah naik jambatan. Masa datang hari tu hujan, risau sikit nak naik feri. Hari ni cam cuaca baik sikit. So kami pun menuju ke Port Weld untuk naik feri.
Lepas masuk queue tu, petugas tu suruh kami naik ke bahagian atas, untuk later masuk ke bahagian atas feri. Tak lama sangat menunggu pun, dah boleh masuk feri. Tak bayar pon, sebab kira bayar sekali jek masa masuk Penang kat Jambatan ari tu RM7. Lepas park angkat handbreak dan matikan enjin, kami dok kat luar. Menikmati pemandangan kat jeti, laut dan suasana berangin tuh. Memang best. Nampakle jambatan Pulau Pinang tu.
Masa tu teringat nak amek handphone dan nak on GPS. Selalunya GPS tu track kita kat atas jambatan kan. Aku nak nengok apa rupanya bila kami kat atas laut nih. Hahahha. Ni rupanya. 
Keluar je kat Butterworth, kami terus masuk ke highway. Kami nak singgah di Juru nak makan mee ketam, hahahha. Masa tu GPS tu tak dapat cari alamat yang aku nak tu, so aku as navigator tak bertauliah depend pada map yang aku print dari blog orangkecilorangbesar seperti di bawah.
Masa dah sampai Juru tu, orang tengah nak gi solat Jumaat. Ed cakap timing tak kena nak gi makan. Although bermusafir dan boleh jamak, Ed rasa tak best nak gi makan time tu. So aku drop lah dia dekat satu masjid tu and masa tu lah aku SMS si Oren ni, kalau-kalau nak jumpa. Aku ni tak sure jauh tak rumah dia dengan McD Juru tu. Aku pikir kalau jauh tak yah pon takpe, yelah kan dia dengan budak-budak cam horror jelah nak jumpa aku tu kan. Memang pon takde rezeki kitorang jumpa. Aku ada limited time dan Oren of course tengah jadik Supermom kat rumah tu.
Aku pusing kejap sampai ke arah kedai yang dituju, so that bila Ed habis solat jek, kami boleh terus tuju ke ke lokasi, tak yah tercari-cari. Memang dalam kampung betul kawasannya. Kalau takde peta tu mamang haram tatau dan tak confident. Sebab macam dalam jugak nak masuk, bukan tepi jalan besarlah. Tapi tak la susah nak carik. The map was very accurate. Terima kasihla pada the blog owner yang rajen lukiskan map.
Ada 2 kedai jalan tu. Satu tu Warung Pak Su satu lagi tu Warung Jamu Selera. We decided untuk ke Warung Jamu Selera. Aku ordered mee udang+ ketam (hahaha tamak giler) dan air teh cina, ed ordered nasi goreng ketam dan air limau suam. Kami tambah seekor ikan bawal goreng cili. Actually menu nya nasi putih ikan bawal, tapi tak mohla nasiknya. Nak ikan jek additional.
Ada monyet kat seberang jalan yang posing utk my camera haha |
mee udang dan ketam |
Ikan bawal maka cili kot namanya |
Nasi goreng |
Ketam untuk nasi goreng tadi |
Habis dah |
Overall, sedap. Kuahnya pekat. Udang takdela menimbun tapi cukup banyakla. Ketamnya comel-comel, tapi yang ed punya cam besar sikit. Nasi goreng Ed tu cam nasi tomato, mild jek rasanya. Kuah ketam Ed tu sama cam kuah mee ketam aku. I like the ikan bawal, sebab fresh sangat. Rasa cam order seekor lagi jek. Tapi cam tamak sangat pulak. Suasana nya pun best. Masa aku pergi tu ada satu jek group of customer. Sebab dah petang sikit kot. Pastu sebab dalam kampung tak banyak kereta lalu lalang, hari cuti pulak tu kan. Memang berangin, banyak pokok-pokok. Kedai tu bersambung dengan rumah ownernya. Memang tenang jek rasanya. Masa nak bayar, total RM23 pastu aku tambah kuih peneram (yang punyalah sedap walaupun berminyak gila) dan kerepek jadik RM25. Superb.
So the mee dan nasi goreng ketam was the last agenda on our Penang - 3 hari 2 malam : The Tourist Route Trip. Tak masuk satu shopping complex pon. So proud of myself. Alhamdulillah, perjalanan kami Allah mudahkan. Kebanyakan yang kami plan dan tempat yang kami nak pergi, serta apa yang kami nak makan, dapat dipenuhi. Ada jugak food yang tak sempat nak pegi sebab dah kenyang sangat. Memang tak leh makan 2 jam sekali laaa, kenyang giler.
Anyways, we had a great time. Glad we chose the Tourist Route, sebab kalau tak, banyak sangat tempat-tempat menarik dalam negara yang kita tak akan pergi. Asyik gi shopping jek kita nih.. Err I mean aku. Memang intentionnya nak gi melawat tempat-tempat sejarah, so that kind of trip memang boleh pergi kalau pergi berdua jek. Kalau ramai-ramai karang ada yang minat, ada yang tak. Alhamdulillah minat aku dengan Ed setakat ni ok, compatible nak kata sama sangat tu taklah. Kalau dia ajak aku gi Taman Ular ke apa ke, tak moh aku. Ed tanya aku, kat mana pulak kita nak buat The Tourist Route lepas ni? Wah ada minat baru nampaknya kami nih, hhahaha. Banyak nak kena simpan duit tu, babe!