Wednesday, March 21, 2012

Entry torture : Oriental chicken chop

Hahaha. entry ni hanya torture adek aku jek. Korang sure takde rasa tortured pon, hehehe. Okey, growing up in Kuantan, kami selalu gak makan chicken chop ni. Masa tu semua chicken chop di Kuantan baik di John's, Swans or E&E dan mana entah lagi, memang oriental chicken chop, yang kuahnya merah-merah or oren-oren tu. So i thought that chicken chop ni memang defaultnya begitu. 

So bila pergi KL dan later gi belajar kat UUM, chicken chop nih memanjang dengan kuah blackpapper, mushroom sauce or brown sauce. Hey pesal ni? Masa tu aku hanya boleh accept kalau steak yang pakai sos-sos cam tu or grilled chicken. Tapi kalau deep fried chicken in batter, rasa tak best langsung kalau pakai those sauces. So every time kami balik Kuantan mesti gi carik gak chicken chop ni. Tapi tulah kadang-kadang balik sekejap so tak sempat, plus dah malas nak gi kat John, sebab kedainya ce ye nun alip. Kat KL pernah makan Oreiental Chicken Chop dekat The Ship (looong time ago) and Cozy Corner Ampang. Dan ada juga tempat-tempat lain kalau chicken chop ni ialah yang dihidang without gravy. makan jek ngan sos cili gitu.

Anyways, kelmaren aku terasa nak makan chicken chop tu, so I made it at home. Ayam pon ada dan barang-barang semuanya complete lak tu. Rupa chicken chopnya cam ni. 

Sorryla, aku takde pinggan cantik dan takde fries. Kuahnya kalau John's takde sayur-sayur gitu. Tapi sebab aku nak increasekan sayur intake aku tambahla sayur-sayur dalam kuah tu. Camner dek, terliur dok. Muahahaha. Kejam giler kakok dia nih. Hahhaha. 

Oriental Chicken Chop

Ayam 
Boleh beli chicken chop yang dah siap pack frozen tu or
Marinate chicken with salt and papper.
Dip in tepung jagung 
Dip in telur and 
Dip in tepung jagung balik (boleh gak guna tepung kentucky ke yang berempah kalau suka)

Gravy (ni sesuai untuk 3-4 orang makan)
2 bijik bawang putih ( dimayang halus)
1/2 bijik bawang besar (didadu)
1/2 cili (dimayang halus)
Sedikit capsicum (didadu)
Sedikit butter
Satu sudu kecil tepung gandum
2-3 cawan air
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu stok ayam
2 sudu besar krim/susu (opt)
Carrot and mushroom (kalau suka)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak campur butter sikit. Guna api kecik
2. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu
3. masukkan Cili, 
4. Masukkan tepung gandum dan gaul rata
5. Masukkan air, kacau dan kuah akan memekat sikit.
6. Masukkan carrot, muchroom and capsicum
7. Masukkan sos tomato, sos cili dan stok ayam. Didihkan sekejap
8. Masukkan krim (kalau nak rasanya creamy. Takde pon takpe)

Siap.

Kalau untuk chicken stock aku selalu guna brand maggi yang cecair ni.

Kalau ikut labelnya takde MSG dan ada logo Halal Jakim. Susah sikit nak carik, tapi senang gile nak masak apa2 kalau ada. Buat gravy is a breeze. Nak masak nasi ayam, letak 2-3 sudu besar, campak halia dan simpulkan daun pandan, settle. Nak buat sup-sup pon senang. Tapi kalau korang rajen buat sendiri chicken stock lagi bagusla.

7 comments:

  1. U mention cozy corner. kat situ je yg aku makan chicken chop sbb tuje benchmark yg paling lazat for me. kat tempat lain, style lain mmg tak suka. over the years mebi ada sket2 lari kot rasa kuah dia.. tapi masih range2 terdekat. dulu hainan roasted chic rice dorg laris sgt.. tp skrg dah lain.. i guess tukang masak pun tukar2..

    chic stock tu date due pendek.. bout 3 months je kot x silap? sbb aku penah beli pastu simpan2 tgk2 dah overdue. but very convenient.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni wajib cari la stok ayam tu :) thanks cekna.. Nk buat bubur bebudak pun senang.. Hmm idea nasi ayam campak2 tu pun bagus gak .. Yay!!!!

    ReplyDelete
  3. owh sunggoh kijam ini kakok.. ala mok John ke Swans ke E&E ke same je ca ya nun alip gok hehehe tp John nye tetap plg best.. gravy die tu yg best.. balek nnt awok buat ye haha

    ReplyDelete
  4. Semalam jumpa drumstick dah siap deboned amat mudah nak buat chick chop hanya tinggal marinate. Mmg sesuailah entry nih!

    ReplyDelete
  5. Joe,
    Tulah, ada rasa gak nasi ayam kat cozy late last year kot, biasa jek rasanya. Sedap lagi aku buat muahahaha. Tapi chicken chopnya masih lg ok walau tak sesedap dulu

    Zue,buatnasi bubur, sup mmg senang gila. Nasi ayam pin senang. Tak yah le nak amek air rebusan ayam kan. So save time sikit. I bought it at giant. Memang worth it buat. Kalau masak nasi beriani, tambah dua sudu stok ni, perghh lagi sedap

    ReplyDelete
  6. Adek,

    Hahaha tortured tak? Kijam gila kan hahaha. Takpe nanti awok balik, kakok buat ler.. Tak lama dah awok nak balik tu.

    ReplyDelete
  7. Dong,

    Deoned drumstick is the best cut for chicken chop. Bolehler cuba.

    ReplyDelete