Showing posts with label ephyra. Show all posts
Showing posts with label ephyra. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Promosi Ephyra dapat sehelai instant shawl?

Assalamualaikum wbh, 

Rasanya ramai yang dah tahu pasal Ephyra. Aku sendiri dah consume Ephyra ni dah setahun lebih sejak umur Farhan 4 bulan. Masa tu agaknya hormon belum stabil, kulit kering dan muka cam bercapuk-capuk gitu. Lepas pakai seminggu eh, rasa kulit cam lembab dan supple je, rambut kurang gugur, dan muka jadik radiant. Taklah pucat sangat. Tona kulit jadik sekata.  Dan err lawas hehehe. So aku maintain consume Ephyra sampai sekarang. Bila dah dapat produk bagus macam tu, tu yang terus jadik agen tu. 

Antara kelebihan Ephyra ialah :
  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
Kandungannya pulak boleh baca dekat sini  
 
Kepada kawan-kawan yang nak beli Ephyra, kali ni aku buat promotion.

Beli sekotak harga RM197 dapat sehelai tudung instant Laila/Dalila
Beli 2 kotak pada harga diskaun RM 375   dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila
Beli 3 kotak pada harga diskaun RM 535  dan dapat sehelai tudung
instant Laila/Dalila

Tudung instant Laila dan Dalila ni dari brand Ms.Husna Hijab brand keluaran aku sendiri. Boleh browse FB Page Ms.Husna Hijab untuk koleksi penuh. Banyak tudung-tudung custom made cantik-cantik dekat situ.
Haih dah teritalic pulak semua font tak mo tegak dah. Grrrr..


 


Tudung ni, sarung jek dan pin. Cantik jek jatuhanya. Labuh depan belakang jangan risau. Boleh dipakai nampak inner, atau boleh pin di dahu untuk kelepet di tepi. Comel kan.  Tapi design tak boleh pilihla ye. Promosi berlangsung selagi stok masih ada. Kalau dah habis, mintak maaf ye.  Okla korang, kalau minat nak beli sila SMS/whatsapp 0133650048 ye. Take care korang. 
 

Monday, June 9, 2014

Promosi Ephyra Kembali!

As Salam, 

Orang lain dah lama update pasal promosi Ephyra ni, aku baru terhegeh-hegeh nak buat. Busy sangatla. Plus, Ephyra ni memang ada steady stream loyal customernya, so aku tak perlu promo sangat, every month memang ada jek regular customer yang akan order. So sempena ulangtahun kedua Ephyra, harga sekotak Ephyra ialah RM180!! Sebelum ni discounted price memang hanya dapat kalau beli more than one box. HQ memangb tetapkan tak boleh jual less than RM197. So nilah peluang yang rugi untuk dilepaskan kalau nak cuba Ephyra. 

Pastu aku nak mintak maaf sangat-sangat pada yang email aku cakap nak jadik reseller Ephyra tu. So..so sorry. Aku terlepas pandang few emails. Yang masuk kat spam box pon ada. Jadi kalau masih berminta nak niaga kecil-kecilan tu boleh email aku again at arenaephyra@gmail.com atau lagi cepat dan efisien kalau sms/whatsapp aku di 0133650048. Kalau yang nak beli 2 atau tiga dan nak dapatkan best price silalah whatsapp aku juga. Insyallah aku bagi best price ye. Aku tak dapatla nak bg free gift. Tak sempat nak prepare. Tapi insyaAllah diskaun yang best aku boleh bagi. Terpulang pada u all ok. 

Oklah nak gi amek Farhan. Take care people. Selamat berEphyra.

Friday, October 25, 2013

Promosi Ephyra lagi!!

Assalamualaikum wbh, 

Hehe bersempena dengan birthday aku dan birthday Farhan yang bakal menjelang. Aku nak buat promosi Ephyra, hehehe. 

Kali ni beli 1 pon dapat diskaun ok. Tapi kerana menjaga hati seller2 lain, pada yang nak beli 1 jek dan nak dapat harga diskaun, sila sms/whatsapp atau email aku. At the moment, stok memang ada kat tangan. Tak perlu tunggu lama.

Malas citer banyak tengok harga, sudah..

  • Harga sekotak - Sila  sms/whatsapp atau email aku
  • Harga 2 kotak - RM360 
  • Harga 3 kotak - RM525
Gilerr punya diskaun. Jangan lupa beli 1 pon ada diskaun ok. Sila pm aku. Promosi berlangsung sampai birthday Farhan on the 3rd Nov. Cepat, tunggu apa lagi tu. 

Oh ya, aku juga nak let go just 2 more box of trial pack. Memang aku tak restock dah. Harga jualan ialah RM60. Semua harga adalah including shipping ok.  

sms/whatsapp : 013-3650048
email : arenaephyra[at]gmail[dot]com

Thursday, July 18, 2013

Promosi Ephyra

Assalamualaikum wbh,

Ini adalah entry sticky post. Untuk entry baru sila tengok entry bawah entry ni. 

Aku patut dah up kan promo ni lama dah. Tapi stok belum sampai aku tak berani nak offer. Now that barang dah sampai, bolehla aku promote. Haa memana yang nak kulit halus-mulus sempena raya ni, sempat lagi kalau mula minum Ephyra sekarang,hehehe.

Pertama, Sekarang beli sekotak Ephyra come with shaker tau. Ni while stock last  yek. Tapi untuk batch ni, each box memang dapat shaker.  Dan as always dapat woven bag tu. So silalah order. 
 
Gambar kredit to Angah
 Kedua, harga baru kalau beli 2 kotak ialah RM390. Promo yang 2 for RM380 tu dah habis. Tapiiiii, kalau korang beli 2 dapat 2 shaker, woven bag tu dannnnn dapat handbag organizer. Haa best tak? Best tak?
Gambar credit to OceanLife

Ketiga, aku ada place order trial pack so sesapa nak trial pack sila place order cepat sebab stock is very-very limited. Harga trial pack is RM68.

Pastuuu, haaa yang keempat. Offer untuk blog reader kesayangan cekna ni, kalau place order, akan dapat diskaun RM5, sila quote atau masukkan kod ni masa place order MHFJUL010713 haaa korang dapat diskaun RM5. So kalau yang beli sekotak dapat harga RM197, Kalau yang beli 2 kotak dapat harga RM385. Pastu returning customer akan dapat diskaun RM5 pastu kalau pakai voucher ni another RM5 wahhhhh harga tinggal RM187 saja atau 380!!! Baik korang cepat-cepat grab while stock last. Kalau stok Ephyra belum habis pon sila beli sekarang sementara ada offer ni kan. Tapi yang order trial pack tak dapat shaker dan tak dapat diskaun. Sori ek. Memang gitu aturannya. Aku follow jek.

Semua harga ni termasuk caj penghantaran tau. 


Last week aku dapat stok.3 hari jek habis. Nak spare untuk aku pon tak dan. Macam ada satu kedai Nasi Ayam kat Negeri Sembilan tu. Motto dia "Lotak-lotak, abih," hahahahha. 


Ok sila place order thru email arenaephyra[at]gmail[dot]com
atau sms/whatsapp aku at 0133650048
Harap korang tak call, sebab aku super bz siang2. Sms or whatsapp jek nanti aku balas. Email pon ok jek. 

Pada korang-korang yang dah order dengan aku sebelum ni. Terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa place order lagi tau.

Thursday, July 11, 2013

Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbh

Selamat berpuasa kawan-kawan. Alhamdulillah selamat kita puasa semalam kan. Sekarang ni kol 6.20 am. Tgh pam susu untuk Farhan bawak gi taska. Susu cam merosot sikit. Tapi I am at fault for this sbb x disiplin sangat mengepam. Camnerpun aku tetap syukur yang Allah masih kurniakan aku breastmilk untuk diberi pada Farhan.

Tahun ni ialah the 10th year aku dan Ed puasa as husband and wife. Dah paham sgt style Ed puasa. Home cooking and moderation. Tahun ni puasa kami diserikan dengan kehadiran Farhan. Semalam masa berbuka sebok jek nak berlegar legar dekat kitorang, hehe. Dining area now jadik sempit sikit sebab nak menangkan plat area for Farhan. Tapi biasalah kat tempat sempit tulah dia sebok nak crawl kan. Masa kami makan time tulah sebok nak masuk bawah kerusi dan meja makan tu kan.

Aku first day puasa semalam, ok kek up til 5 pm. Start pukul 5 ptg tu mulalah sakit kepala tak terkata. First day kot. Aku doa2 that hari ni onwards ok dan tak pening dah. Fiechik ko ok tak hehehe.

Teringat last year puasa dekat rumah mama. Masa tu baru lepas pasang cerclage kot. So kena banyak bedrest. So I stayed at mamas. Best jek puasa dan berbuka ramai2 gitu. My brother ada balik. And my niece stayed there jugak. I was 5 months plus pregnant kot.

Towards the end of puasa tu jugak my parents met with a terrible accident. Where baba patah tangan. And mama pulak suffered patah dan fractured di tangan dan kaki which left her unable to walk unassisted until now. Sedih giler ok. Tapi my parents ni kuat semangat dan Terima Kasih Allah kerana surround them witj wonderful people.

Oklah tu jek buat sementara ni. Oh ya jangan lupa offer Ephyra still open. Cepat grab! Janfan lupa quote diskaun kod tu tau.

Akhur kata Selamat Berpuasa dan mintak maaf salah silap. Moga Ramadhan tahun ni adalah ramadhan terbaik untuk kita. Take care people  *hugs.

Sunday, June 16, 2013

Update pasal stok Ephyra dan lagi review.

Salam all, 

Nak update sikit pasal Ephyra. Stok Ephyra memang habis, aku call HQ pon diorang ckp minggu depan baru ada. So sabarla sikit mana-mana yang order tu. Untuk aku minum sendiri pon tinggal beberapa peket jek. Pepehal order korang aku dahulukanla.  Aku mintak maaf sangat-sangat sebab last week, aku busy sikit so email enquiry pasal Ephyra ni lambat sikit aku jawab. 

Tapi memana yang nak order sila tanya stok dulu ok. Aku ni nak amek banyak2 stok, nak nyimpannya tu, semak sikit. Plus, bila aku ada banyak stok, slownya lah move stock tu. Bila stok dah nyawa-nyawa ikan, punyalah banyak order masuk sampai aku kena buat prioriti saper bayar dulu dapat dulu, gitu.

Anyways, memana yang returning customer jangan lupa mention ok sebab korang dapat harga returning customer. Aku ni karang tak perasan korang ni customer lama, kang still quote harga sama. Memana yang amek dua kotak aku bagi harga promo RM380. Diskaun sampai RM14 tu! Rugi kalau tak grab. Takla forever harga promo tu. So silalah grab sementara aku masih offer ni. 

Untuk customer aku, nanti sms or email la aku camana korang rasa lepas pakai. Ada yang kata tetiba naik jerawat pon ada. Aku pon gitu gak rasanya. Tapi aku maintain jek minum tak lama lepas tu jerawat surut, parut pon takde, yo. 

Sepanjang 2 minggu lepas, kan ker aku busy benar plus tido tak cukup. Kekdang tido dulu pastu bangun kol 2.30 pagi siapkan dokumen opis, or bangun tengah malam melayan Farhan. Ada gak days yang aku bangun tengah malam siapkan progress Master aku ni. Yea, aku memang over sumer mender nak buat. Kalau tak kerana aku consume Ephyra, eye bag aku teruk giler kot. But sebab still maintain minum walaupun kekadang tak sempat, eye-bag aku tak jelas sangat. Muka penat nak mampos tu pon takla ketara sangat.

Takdela Ephyra ni miracle benor. Cuma setakat ni serasi la dengan aku.

Oklah korang, aku nak tido. Jaga diri bebaik. Memana yang dah beli Ephyra tu. Selamat Ber'Ephyra. Yang belum tu, bila nak cuba? Nanti aku tanya HQ kalau diorang still kuarkan lagi yang trial pack tu, sebab hari tu diorang ckp tak keluarkan dah. Memana yang nak beli, boleh email aku kat email belah kanan tu. TQ korang.

Wednesday, June 5, 2013

Update pasal Ephyra

Salam korang. 

Aku ni slow betul update blog sekarang ni. Camanalah nak meniaga. Tapi dalam-dalam slow tu, aku dah habis kan first and second batch order Ephyra. Tak la susah sangat nak jual. Barang elok kot, senanng nak jual. Pastu yang menyumbang kepada sales aku ni ialah returning customer. More than 50 percent customer aku adalah returning customer. Meaning kebanyakan pembeli-pembeli Ephyra ni serasi dengan diorang maka diorang maintain beli lagi. 

Aku lupa nak cakap salah satu kesan minum Ephyra pada aku ialah lawas buang air. Hahaha. So kalau ada yang bermasalah on this boleh cuba makan.Kulit jadik cantik, pastu masalah pembuangan pon insyallah settle. Takdelah sampai kena pergi toilet sampai 10 kali sehari. Hari2 pergi toilet jelah. Heheheh. 

Satu lagi menyumbang pada returning customer ni ialah, rasanya kot. Sesetangah minuman supplement, rasanya Ya Ampun. Macamana nak maintain minum, kan. Nak habiskan sekotak pon nangis. Tapi Ephyra sedapla bagi aku. Setakat ni, Kak Izawani sorang jek yang cakap tak sedap rasanya dan tak dapat diterima dek tekak. Hehehe. Yang lelain minum ok jek. 

Collagen dalam Ephyra ni adalah dari ikan laut dalam. Bukan rumpai laut. Yelah kan, hari tu dah ada kecoh-kecoh yang rumpai laut tidak mengandungi collagen. Tapi still rumpai laut tu banyak khasiatnya. Sabarr, jengan hentam aku dulu. Hehehe. Elok jek kalau amek rumpai laut kan.  Even my mom amek, dan amek Ephyra jugak. 

Oklah, kalau nak beli boleh contact aku, thru email sebelah ni. Insyallah aku masih maintain, masuk duit pagi ni, esok barang sampai. Aku cuba sedaya upaya ok. Kalau korang beli dua, harganya ialah RM380. Banyak gak tu diskaun. Aku takde free gift kalau beli 2 kotak. AKu bagi diskaun siap2. So pakat2la dengan kawan-kawan, beli 2 kotak terus. Returning customer pon akan dapat diskaun gak. Take care korang. Selamat ber'Ephyra.

Wednesday, April 17, 2013

Lagi pasal Ephyra

AS-salam, 

Sorryla tak abis-abis entry Ephyra ni.Ada soalan-soalan so aku jawab la kat sini jelah sekali harung. Ephyra ni minuman kecantikan yang mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidralisis yang digabung dengan 8 antioksida lain untuk increase penyerapan optimumkan hasil. Ephyra ni sesuai untuk :
  • Umur 20 ke atas
  • Kulit kering & kedut
  • Kulit kusam dan kendur
  • Pigmentasi dan kulit bermasalah
  • proses pemulihan lambat
  • mudah rasa penat
Ni amongst why orang guna Ephyra. Ada lagi benefit lain. Owh aku lupa nak cakap kan, aku punya eye bag sebelum ni horror. Yelah ada anak kecik memang kerap berjaga malam kan, so memang mata panda la sebelum pakai Ephyra. Sejak pakai Ephyra, memang fade dah lebam bawah mata tu. Aku kena korek jap, ada tak gambar mata panda tu. Rugi pulak tak amek gambar, boleh tunjuk differencenya. Anyways, korang boleh tengok kat website Ephyra  for more testimoni. Kebanyakan yang jadik model tu semua bermula sebagai user tau. Siapa lagi ek, oh ye blogger Angah pon ada buat review pasal Ephyra ni. Dia ada tepek gambar sekali. Pegi tengok laju-laju. Heheheh. Boleh place order kat aku or kat Angah. 

Oh ya Ephyra ni ada sijil Halal Jakim, sijil GMP dan dari Kementerian Kesihatan sekali. Sijilnya, nantilah aku tepek. Tak sempat. So kalau nak order boleh email aku dekat arenaephyra[at]gmail.com . Kalau order 2 aku bagi freegift hehehe. Harga untuk sebulan ialah RM197. Trial pack pulak RM75. Selamat ber'Ephyra.

Monday, April 15, 2013

Menjawab soalan Ephyra

Assalamualaikum wbh, 

Hahahha, Kak Izawani kata blog aku ni dah jadik blog Farhan. Apa nak buat, semenjak ada Farhan invasion ni, kehidupan kami memang dipenuhi dengan Farhan jek. Phone aku sampai beratus-ratus gambar Farhan. Sampai nak kena beli memori kad sebab dah tak muat phone tu, hehehe. 

Anyways sebenarnya nak citer pasal mender lain, citer gak pasal my sayang si Farhan. Aku nak sambung pasal Ephyra tu. Kak Izawani tanya hari tu kan, cemana rasanya. Rasanya macam oren TANG tu atau sesetengah orang cakap macam air asam boi. Kesimpulannya, sedap macam si Angah kata. 

Actually aku start minum Ephyra pon sebab terpengaruh dengan blogger  Angah. Dia ada share gambar, tak pakai bedak masa tu, mak aihh flawless dan nampak supple jek kulit. Tak leh jadik, kena try jugak. Macam aku cakap hasilnya tak menghampakan. Ada kuar 1 jerawat hari tu, lepas baik, parut dalam seminggu fade terus. Kagum fuhh. 

Penyediaan pon senanng, 
Aku campur dengan air sejuk, minum first thing in the morning masa perut kosong supaya penyerapan tinggi. Kat bawah ni ada tulis kelebihannya. Boleh klik untuk baca kalau kecik sangat.

Orang breastfeeding pon boleh amek. Ada mommies cakap susu diorang bertambah minum Ephyra. Aku takdela pulak. Sama jek, bertambah pon tak berkurang pon tak. 

Kalau tak confident boleh amek trial pack dulu 10 peket, RM75 insyallah kalau sesuai dah nampak kesan masa tu. Yang trial ni dah tak banyak sangat tinggal. Aku pon tak tambah stock for this. Kalau untuk sebulan masih lagi harga RM197 termasuk postage. Apa-apa boleh email ke arenaephyra@gmail.com

Wednesday, April 3, 2013

Review dan mari beli Ephyra



As-Salam korang, 

Aku just nak announce aku dah jadi agen Ephyra sekarang. Kalau korang nak beli boleh email dekat aku dekat email address ni arenaephyra[at]gmail.com Aku suka email add tu, hehehe.  It rhymes. 

Kenapa aku jadik agen? Sebab aku trust the product.  Aku ni bukan rajin nak jadik agen-agen ni, unless aku trust dan aku sendiri akan pakai for long term. Lepas bersalin muka aku memang kering. Tak kira berapa banyak krim or moisturizer aku pakai, muka aku  still kering. Minum banyak air pon tak membantu sangat.  Muka aku tetappp kering. Bila kering mulalah, mudah naik jerawat, dan yang paling tak best bila kering, pakai mekap/bedak terus muka aku jadik bercapuk-capuk cam tu.  Kering, gelupas-gelupas sikit. Warna macam tak sekata. Pastu muka aku tak bermaya jek selalu. Pucat lesi.


Aku dah lama consider nak try Ephyra, tapi sebab harganya, aku ada some reservation. Tapi lepas 4 bulan bersalin, muka aku masih camtu memang tak bermaya dan bercapuk gitu. I decided to give it a try. Lepas  seminggu gitu, I can see the difference. Yang obvious is muka aku jadik lembab, supple jek rasa. Dan radiant. Pipi jadik merah-merah, natural blush gitu.  Dari segi energy mula-mula aku tak perasan sangat. Sebab aku tetap letih bila balik kerja, but I noticed, aku takla pengsan seawal pukul 9 malam hari-hari. Aku boleh jek buat kerja rumah sikit malam-malam and sleep at  11-12 at night. So sebenarnya, aku makin bertenaga sikitla. Tidakla aku jadik rabbit energizer tu kan, but adala improvement. 

Another thing is rambut kurang gugur. By bulan keempat lepas bersalin, rambut gugur nak gilerr wei. Sampai rimas aku nengok gugur dekat lantai, dekat bilik air, tak larat nak vacuum. So lepas consume Ephyra, kurang sikit gugur. Takla significant kurang, sebab post partum hair loss bukan boleh buat apa sangat. Tunggu jelah hormone tu stable balik.
So kalau korang nak cuba boleh email aku dekat email add di atas. Tolong jangan spam aku. Tak larat la. Email add ni specifically untuk yang nak beli ephyra sahaja. Yang nak tanya pasal IVF dan sebagainya guna email yang satu lagi. 

Okay harga untuk sekotak Ephyra yang mengandungi 30 sachets ialah RM198 termasuk kos penghantaran. Sebelum ni harga RM228 tau. So dah less RM30 . Kalau yang nak cuba trial pack aku ada few jek left harga RM79 termasuk postage. Trial pack ni ada 10 sachets. Kalau serasi, Insyallah lepas 10 sachets ko dah nampak perbezaannya. 

Oh ya, kalau ada yang nak try jadik dealer kecil-kecilan. Boleh email aku. Yelah kalau nak jadik agen, banyak jugak modal yang korang kena upfront sebab korang kena beli certain amount untuk jadik agen. Tapi kalau korang nak try jek, see macamana market dan nak cuba-cuba berniaga boleh amek dengan aku. Aku akan bagi harga dealer tapi minimum kena amek 5 kotak. Dan postal korang kena tanggung.  Bila korang dah confident , dah ada customer base, dan cukup modal bolehla apply jadik agen pulak.  Actually aku memang akan less profit bila bagi harga dealer, baik aku jual sendiri tapi takpelah, kita sama-sama carik rezki. Rezki secubit, kita kongsi sama-sama, moga-moga tinggi berkatnya.   

Apa-apa hal boleh email me at arenaephyra[at]gmail.com . Entry lainla baru aku tulis benefits Ephyra ni. Take care peeps.