13 March 2012
Hari ni bangun tidur, lepas subuh, guling-guling kejap tunggu pukul 8, kejutkan Ed pergi kerja. Kang terbabas lak, sebab Ed tidur lepas subuh. Bila Ed left for work, aku tidur kejap. Woke up again at 9.30 gitulah dan bersiap-siap nak makan breakfast gitu. Reheatkan nasi goreng and goreng bergedil. Roti yang buat semalam pun ada lagi.
After breakfast, aku gi toilet. Aku semenjak OPU lagi memang pakai panty liner or pad sebab tak selesa sikit. Aku kena pakai ubat insert cyclogest tu, so after pakai normally ada discharge. Macamanalah kalau tengah kerja nak pakai ek, pukul 11 pagi dan 11 malam tu. Anyways, aku pon dah nak get ready sebab kejap lagi nak pakai cyclogest yang pukul 11 pagi punya. Bila aku pergi toilet tu, aku nampak aku ada bleeding sikit ! Omigod! No!
Air mata aku terus berjurai-jurai masa tu. Macam empangan pecah punya. Lepas keluar toilet, aku amek cyclogest, insertkan and called Ed.
Aku : Bang, boleh cakap?
Ed : Boleh, naper?
Aku : Tadi masa gi toilet, bleeding sikit, kena kat pad (masa ni nangis tak hengat dah)
Ed : (tersenyap kejap) takde apa-apa kot. Banyak sangat ke?
Aku : Tak. Macam sejengkal of blood on the pad gitulah. (masih nangis gile lagi)
Ed : Dah jangan nangis, takde apa-apa tu. Pergi telefon hospital, tanya apa nak buat.
I continued crying. I cannot explain how heartbroken I was. Even masa nak menaip ni pon rasa nak nangis balik. Disebabkan aku tengah pakai the cyclogest, aku continue baring. Aku terus SMS Amy. Thanks Amy, for the word of encouragement. Later I smsed my collegue yang baru jek sejam dua lepas, asked me how am I doing. Aku baru jek jawab so far so good. Ya Allah, tak tahu macamana nak explain perasaan aku tadi. Aku nangis, nangis dan nangis. Mulut tak habis-habis sebut Ya Allah, Ya Rohman, Ya Rohim, lindungilah anak dalam kandungan hambaMu ini Ya Allah. Kuatkanlah hati ku menghadapi dugaan ini, dan kuatkan lah janin dalam kandungan ini. Amin. Bukan nangis teresak-esak dah, memang nangis beria-ia. Aku belum telefon klinik, sebab aku susah nak bercakap, nangis belum reda.
Tak lama aku dengar pintu rumah aku dibuka. Ed dah sampai rumah. Oh man, it took him less than 15 minutes to arrive home dari Cyberjaya. Tataulah berapa laju dia bawak. Alhamdulillah, at least I have him with me now. Bila peluk je dia, lagila nangis. I know its hard for him to comfort me, because aku tahu dia pon mengharap sangat sama macam aku.
Ed : Com, dah call hosp?
Aku : Belum.
Ed : Call la. Takde apa-apa kot.
With him by my side, I brave it and give the hosp a ring. Aku explain lebih kurang, dan diorang tanya bila last aku amek jab Proluton tu. After that they inform, that they will call me back. What’s good about Sunfert ni, every time I called about something, when they inform they will call u back. They will do it, within the hour.
They informed me, to take it easy, rest and if the bleeding persist, I have to come to the clinic tomorrow for another jab of Proluton. Lepas cakap pada Ed, dia suruh aku rest, and I spent my time reading forums in the internet. Naseb ada iPad, boleh la baca forum, sambil baring.
Ed : Maybe it’s just one of the embryos which did not made it. Ada lagi 2 kan. So jangala susah hati sangat ye com.
God, I love this man. Thank you Allah. Ed temankan aku kejap and later he went back to his office.
Masa solat zohor tadi, aku rasa aku nangis dari awal sampaila habis solat. Kemudian continue menangis masa berdoa. Ya Allah, kami serahkan kepadaMu Ya Allah. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik bagi kami. Kami yakin Ya Allah, bahawa Engkaulah Yang Maha Bijaksana yang akan memberi nikmat dan rezeki yang terbaik pada kami pada waktu yang terbaik. Amin.
From my reading it is quite normal to bleed a little after embryo transfer. As long as the bleeding does not continue and not like fresh blood, or heavy like menstrual bleed, normally it should be okay. Bak kata Amy, please don’t think the worst yet. Ya Allah I am trying to remain positive ni, mencabarnyalah.
To tell you the truth. As of today. My IVF ride was a pretty smooth one. I got a lot to be thankful for. Antaranya :
- Ada kelapangan masa. Aku dapat apply cuti (with reduced salary of course) for this treatment
- The money suddenly is ready for the treatment (which the bulk of it loaned from my mom, thank you mama)
- Ed is able to take me on all checkups and procedure and dia dah tak banyak outstation
- Kami datang pada hari yang tepat where Dr terus boleh mulakan treatment on the spot
- Doctor dan staff yang bagus
- Waiting time yang reasonable di Sunfert for every appointment, walaupun doktornya seorang saja
- My body responded well to the stimulation drugs
- OPU was successful with 20 eggs collected (though only around 10 is mature and can be used further)
- Fairly good sperm is collected as well
- 8 very good embryos made it and 3 good ones were transferred
- 3 embryos were successfully transferred, even though doctor said it was quite challenging because my uterus is almost 90 degrees forward ke upward tak pasti term yang tepat
- Only mild cramping, acne and no bleeding after the embryo transfer
Until today. So sebenarnya dah banyak perkara yang Allah dah mudahkan. The clinic pon said its not over yet, so aku kenala kuatkan hati dan banyakkan doa yang semuanya akan ok. I got a lot already to be grateful kan. Sesetangah orang does not respond to the meds, ada yang OPU ok tapi embryos tak berapa cantik. But I had everything ok. Cuma ni jek minor setback sikit, and from my reading its fairly normal. I guess I was panicking tak hengat tadi. Oklah, I hope everything will turn out ok. Lagi 2 more days to go before Beta HCG Blood test for pregnancy test tu. Berdebarnya. Ya Allah bantulah hambaMu Ya Allah.
15 March 2012
Hari ni, takde bleeding dah. I felt ok. Dah puas nangis kelmarin, air mata pon takde dah. Esok ialah hari Beta HCG Blood test for pregnancy tes. Berdebar dan takut jangan cakapla. Macam-macam bermain dalam fikiran aku. Semalam aku pesan dekat Ed belikan mango. Mango yang kulit ijau isinya oren tu. Sedapnyalah. Alhamdulillah, dia belikan.
Sepanjang 2ww ni, aku memang take it easylah. Tapi tidaklah fully bed rest. Adala aku bangun jugak, buat sikit-sikit kerja rumah like basuh pinggan sikit-sikit, masak lunch(simple2 je) gitulah. Kalau tak masak kebulurla aku. Takkan nak soh Ed balik every lunch hour, jenuh gitu. So aku cubalah sedaya upaya tak menyusahkan dia sangat. I gave him list of what to buy, nanti dia belikanla. So aku bolehla masak simple-simple for breakfast and lunch. Ada jugak jemur kain sikit-sikit, Ed akan angkatkan bakul berisi baju tu daripada machine ke balcony, dan aku jemurle pelan-pelan. Bakul tu letak atas bangku, so that aku takyah tunduk-tunduk sangat masa nak ambik baju dari bakul dan kemudian jemur.
Ada jugak tukar cadar hari tu. Aku ni, rumah bersepah takpe lagi, tapi cadar kena kerap jugak tukar. Sebelum ET tu dah tukar rasanya. Tapi aku slow and steady jek masa tukar cadar tu. Malam sebelumnya, aku tukar dulu sarung bantal tu 4 biji. Esoknya or lusanya baru tukar cadar. Tapi aku langsung tak lift la tilam tu, aku selit-selit je lebih kurang. Pastu every time aku nak bangun dan baring, aku takkan guna muscle perut utk bangun, instead I use the fireman roll tu. Alaa, yang ko turn to your side dan gunakan your elbow to push u up tu. Memang camtulah tiap kali bangun, memang senget2 la sikit. That’s also the way physio dekat hosp cakap kat bapak aku masa lepas dia surgery dulu. Use your elbow tp push u up.
Malam tadi Ed cakap, takut jugak com. Tapi kita kita redah jelah com. Kita redah sama-sama. Macam biasa. Kita dah buat all humanly possible effort dah. Allah tau apa yang terbaik untuk kita.
Aku angguk-angguk je. Ya Allah berilah kami kekuatan.