Tuesday, July 31, 2012

Mee kari Chinese Style

Assalamualaikum wbh, 

Note : Psssstt aku dah upload gambo pregnancy dekat blog sana. For those who have access, gi ler nengok. Hehehe. 

Dah 11 hari kan kita puasa. Kalau tahun-tahun lepas, dah banyak dah menu berbuka aku update kan. Tapi dek kerna aku ni condition gini, memang tak masak sangatla. Masa last week berbuka kat rumah sendiri memang beli jek, semua mender tak sedap rasanya. Memang tak selera sangat makan aku masa tu. Siap turun 2 kg lagi sabo jelah. 

Sekarang ni dekat rumah mama. Seleralah sikit makan sebab baba aku masak.  Semalam dia masak laksa Pahang. Baba ni jenis don't mind keluar gi kedai 3-4 kali, janji cukup barang masak tu. So semalam dia dah buat semua, tinggal aku naikkan kuah jek. 5 minit jelah aku berdiri naikkan kuah. 

Hari ni pulak aku terasa nak makan mee kari ala chinese. Pernah makan tak? Dekat Planet Curry kat Kuantan, gitulah mee kari dia. Masa sekolah rendah dulu pon best mee kari kat kantin tu. Kuah dia cair jek, takde rasa rempah sangat. Yang buat aku lagi bersemangat nak carik resepi dan masak mee kari ni ialah aku bengkek sangat makan mee kari kat satu cafe ni yang aku tapaw untuk sahur. Harga dahla RM7.50, kuah karinya pekat dan gelap cam kari makan dengan nasik tu. Ada udang 2 ekor kecik dan kecut, 2 keping fish cake dan taugeh. Pastu tak sedap langsung. Grrrr. Macam tu pon bole jual. Yang heran tu ramai lak orang kat cafe tu. 

So aku pon surfla the net for mee kari ala cina. And I found 3-4 sites yang consistently used this recipe. So I think perhaps, ok la kot. So pagi-pagi, aku bagi list barang pada baba dan baba pergila beli barang. Dia ada tolong aku prepare jugak. Aku tweak sikit je kot resepinya. Hasilnya? Yess! Berjaya dapat the taste that I want. Suka sangat. Ikutkan hati nak makan bermangkuk-mangkuk, tapi sebab gusi aku tengah bengkak and I have trouble chewing, semangkuk jelah. Ed makan bertambah-tambah dan dia komen dah nak macam planet kari dah. Yippie. So I have another, recipe that I am proud of in my cooking rapporteur. 


Punyalah banyak lauk-lauk sampau tak nampak mee nya


Resepi Mee Kari Ala Cina

Bahan kisar 
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai
5-6 sudu cili kering blend
1 inci belacan

3 sudu kecil serbuk ketumbar
Santan dari sebijik kelapa
Udang dikopek kulit dan rendam kulit dan kepalanya dalam air panas (malas nak buat stok)
Semangkuk kerang
12 bijik tahu kering
Fish ball dan fish cake jika suka
Daun kari
2 sudu chicken stock (opt)
2 keping asam keping

Dimakan bersama
Mee atau bihun
Taugeh dicelur
Kacang panjang dicelur
Telur rebus
Limau kasturi

Sambal
5- 6 sudu besar cili kering blend
Sebijik bawang putih dilenyek
2-3 sudu minyak masak
Garam + gula

Cara-cara 
1. Tumis dengan minyak yang agak banyak bahan kisar dan serbuk ketumbar, sehingga pecah minyak dan daun kari.. 
2. Masukkan udang
3. Masukkan santan, air yang direndam bersama udang (jgn masukkan kulit tu sekali ye) dan  chicken stock, 
4. Kacau sehingga mendidih, dan masukkan tahu kering, fish ball, fish cake, kerang dan asam keping
5. Masukkan garam dan gula. 
6. Siap untuk dhidang with bahan-bahan sampingan
7. Untuk masak sambal, tumis bahan-bahan dengan api perlahan sampai pecah minyak

Aku suka sangat. See, resepi ni takde rempah kari, takde letak cengkih or what. I like! Mee karinya tak pedas sangat, kalau nak pedas makan dengan sambal. Or boleh tambah cili blend masa buat kuah. Aku tak sempat nak buat bawang goreng, dan potong daun bawang. Letih dah masa tu. Long, ada berani mau try? Ker susah nak carik barang? Makan ngan spaghetti pon sedap gak. Tak muak.

Esok tak masak dah kot, tapi adek aku dah order Oriental Chicken Chop dah. Aku dok tepi mengarah dia jelah. Soh dia buat, hahahha.

25 comments:

  1. ceknaa.. nak laa pwd blog sanaa... huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nanti cekna ko nih, pertimbangkan okeh.

      Delete
  2. Sedapnnye cenna terliur aku tgk. Psl entry bwh tu, aku rs kite kena staypositif. Kalo Dia nak amik, anytime Dia amik, tak kira dlm perut or dh besar. Kiter pasrah je cenna. Hrp2 bb kiter oklaaa ade rezki kite jadi parents. Kurg2 kalo diberi didikan yg betl, dpt bb doakan kiter nnt bile kiter pergi. Ko ake care ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btw aku nk tgk pic preggie ko :(

      Delete
    2. Lf, aku dah invite kan?

      Delete
    3. Oh aku xleh masuk pon? Btw aku dh wat review psl bantal tu huhu

      Delete
    4. Oh ye ker tak leh masuk, kasi email again. Aku invite balik. Wokeys, i ll check ou the review jap gi okeh.

      Delete
  3. ha'ah memula aku pun pelik kalo curry chinese style x pakai rempah kari..tapi bila buat ok je pulak..bagusla kalo nak meniaga.. skip satu bahan hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meniaga mee kari aku rasa untung giler, sbb bahannya tak mahal. Kalau mmg sedap leh caj mahal sikit kan. Ala baper sangat harga kerang, fish cake dan fish ball kan. Aku suka resepi ni. Adek akundahntry, dia pon kata sedap dan boleh buat lg. kitorg mmg gini, buat nasi tomato pon kurangkan rempah kayu kayan sumer. Best.

      Delete
  4. Omg..nampak sedap. Aku teringin nak cuba. Sgttt suka tauhu kembang ituu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubala babe. Leh letak tahu kembang tu banyak2. Bahan2 yg aku buat nih utk sekilo me. Kalau ko nak makan dgn zul jek, half kan lah ingredient tu. kalau udang takde,mganti ayam

      Delete
    2. Budusla ipad ni, asal komen jek nak terpublish sebelum aku siap tulis. Boleh jek ganti udang dgn ayam.

      Delete
  5. memula klik kat blog nih, nampak jek disclaimer atas kaler merah, tutup balik blog nih..hahahaha..

    rajen ko eh..aku hari tu buat sup..dh kuah byk, esoknya celoq kue teow ngn bihun jek la..hahaha..kata nak buat kari ka, mee kuah ka, tak smpai roh rajen lagik..

    selamat ber-chicken oriental yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahaha, disclaimer tu memang menarik sikit kan hehehe. Tulah tekak ni terasa-rasa nak makan. Kalau ikutkan hati aku macam2 nak masak, tapi apa kan daya. Yang cepat2 dan mudah jelah aku buat. SUpaya aku tak yah berdiri lama.

      Oklah tu masak simple2 pon sure lagi best dari beli kot.

      Delete
  6. HU hu hu.. MEE KARI!! Kak ha dah serun tengok blog you ni.. dia kata sah lepaih ni kena menerai hehehe.. (ada ke dia kata takyah tengok la blog you ari ni.. lagilah aku nak tengok, rupa2 nya my fav, emmm alahai) Sejak posa 19 hours ni macam2 la benda rasa nak sumbat.. apa pun kat sini takde krang.. muscle adalah.. tak sedap letak kupang.. hisshhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahha. Entah kak Ha ni, lagi larang lagilah nak tengok kan..kan..kan hahaha. Takde kerang tak kick la. Tapi kalau dah terpaksa boleh je kot, tanpa kerang tu. MUscle ke mussel? hahhaa. Tapi kupang mana sedap, liat woo letak dalam mee kari.

      Delete
  7. gigih aku salin sbb xleh copy paste
    nak buat nya entah bila ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceqna,,
      no 7 yang ko tulis 'tumis bahan-bahan dgn api perlahan sampai pecah minyak' tu sambal ker?

      Delete
    2. Hahah, nasib baik ko tegur, aku dah betulkan dah. No 7 tu memang masak sambal hehe.

      Delete
  8. nampak cam sedap.. bley cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba sis. Insyallah sedap rasanya.

      Delete
  9. Aku sejak kat depan ni ada makcik jual mee rebus dan mee kari sedap mmg plg koman seminggu sekali beli...nak masakkkk? Kim salam hahaha dasar sunguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ada yang sedap, wat per nak masak babe. Beli jek senang. Aku ni sebab tak jumpa yang sedap, dan ramai nak makan. So berbaloila. Tapi actuallynya, kalau aku berdua dengan Ed pon jalan jek projek masak ni. Dasar tekak nak makan spesifik, tu yg kena masak sendiri tu.

      Delete