Thursday, July 26, 2012

Post Surgery Follow-up and 23 weeks AN checkup

Assalamualaikum wbh, 

Alhamdulillah hari ni dah hari ke-6 puasa. Ya Allah cepatnya masa berjalan kan. Sekejap jek karang dah seminggu pastu 2 minggu pastu dah nak raya dah. Aku alhamdulillah puasa lagi. Ada hari-hari lembik sikit, cam semalam lepas berbuka, sakit kepala sangat sebab masuk angin kot. Lepas maghrib gitu tidur sambil tenyeh minyak kat kepala. Pastu makan sebab beli kat luar bukannya selera sangat. Geramnya nak memasak korang tau tak. Tak terkata dah ni. Sabarla cekna banyak-banyak. 

Semalam aku ada follow up checkup lepas surgery hari tu kan. Tengahari Ed datang amek aku kat rumah. Lepas Zohor baru keluar. Aku siap bawak kurma siap-siap sebab dok anticipate appointment kol 2.30- dpt jumpa doc maybe kol 4.30 atay 5 ptg, pastu jem giler dari Sunway nak balik Kajang - Ada can berbuka dalam kereta. Anyways, lepas register kena timbang berat dan bp. BP aku normal sekarang ni, alhamdulillah. Weight aku naik dalam 300 g gitulah. Padahal masa 3 hari awal puasa tu aku makan nasik punyalah banyak hahaha. Kemudian check urine utk check for glukose dan protein. Aku kan puasa, nak kumpul urine makan masa sikit, dan urine colour pekat sikit dari usual. Yelah puasa kan.

Lepas tu aku gi amek brochure Parentcraft Class, which surprisingly Ed agreed to go, Yey! Pastu amek nombor tepon untuk 3Dscan, lepas tu masuk untuk scan. Sonographer kali ni orang lain. Tak se'best sonographer yang selalu. Dia check for heartbeat which is 154bpm. Tengok uri which dah naik, ukur kaki baby, berat 632g. Dah naik 200++ gm from last visit. Air ketuban pon cukup. Alhamdulillah, lega sangat sebab bila pasang cerclage or sebab incompetent cervix ni, ada risk or amniotic fluid leak. So kena monitor sangat-sangat. Pastu baby ni dok silang-silang kaki lah, dok tongkat dagulah, nampak jari-jari dok movelah, Ya Allah comel giler. Cara tongkat dagu  dan pipi tu cam gaya Ed tidur, hehehe. Lepas tu sonographer tu tanya aku pakai losyen ke kat perut. Aku cakap jarang-jarang, tapi pakaila jugak bila rasa kering tu. Dia cam impressed giler aku takde stretch mark langsung. Dia kata ramai orang yang sama umur pregnancynya dengan aku dan pakai losyen 2-3 kali sehari pon banyak stretchmark. Hmm entah. Belum lagi kot. Maybe bila baby makin membesar ada la kot, entah. Aku takde stretchmark kat perut, but I have a little on my butt and thighs. Tapi macam stretchmark lama la bukan baru, hahaha.

Aku rasa aku takde stretchmark ni ada few reason. First of all, aku memang bukan kurus kerempeng to begin with. Memang dah stretch dari awal la kan, hahaha. Kedua, aku pernah cakap dekat Ed, kalau aku ikut kulit mama, aku maybe takde stretch mark, sebab org ngurut mama selalu ckp perut dia cantik sbb takde stretch mark. Ketiga, aku awal-awal sampai 4 months dulu kan bukannya ada selera sangt kan, so perut aku tak besar sangat dengan mendadak la kot. And lastly aku sapu anti-stretchmark cream tu agak awal, which is masa 10 weeks kot dan merupakan pregnancy things yg pertama aku beli. Tapi, tak mustahil la lepas ni akan develop the stretchmark sebab baby akan membesar dengan rapidly dalam perut kan. Buat sementara ni, aku leh jadik model pregnancy bump, heheh. 

Tak lama lepas tu dah masuk jumpa doc. Terpinga-pinga aku sebab sekejap sangat menunggunya. Tak dan aku nak bosan. Nurse tu sampai gelak, cepat sangat ye. Hahaha. Anyways, aku risau gak kalau doc nak buat V-scan. Aku kan puasa. Alhamdulillah, doc cuma tekan-tekan perut dan tanya soalan sikit-sikit je. Katanya :

Doc : perut dah soften, so takde tanda ada contraction ke apa. Ada bleeding ?
Aku : Ada sikit-sikit. If I stand lama sikit, akan ada bleeding sikit. 
Doc : Bleeding tu sebab the tangkai polyp is till there. Takde problem unless kalau tiba-tiba banyak sangat bleeding.
Aku : OK. 
Doc : Tangkai polyp is still in there. We cannot remove it sampai ke tangkainya, sebab takut when we pull it, akan caused bleeding banyak sangat. So ada tendency that the polyp will grow back again especially during this pregnancy sebab dia sangat active masa pregnant because of the hormone. (dia show some diagram yang menunjukkan kedudukan polyp tu). Masa kita nak pasang the cerclage tu, terkena je polyp tu memang terus bleeding so we had to cut it. (tunjuk saiz polyp tu sebesar ibu jari, besar gak weh)
Aku : Masa deliver nanti ada possibility that the polyp will be there again ke doc. 
Doc : Takpe masa delivery, it's different story already sebab masa tu your cervix expand and situation dah lain. 
Aku : Expect untuk bukak cerclage bila doc?
Doc : Kalau everything goes well, at 36 weeks kita bukak. Normally one week after you akan deliver. 
Aku : I kalau boleh nak deliver normal doc. Sebab I ada intention to do next    FET cycle. Kalau caesar lama kena tunggu for next cycle. 
Doc : Actually tak juga tau. Kalau caesar pon, now the technique heals very fast. After 2 months you will be 80% healed. Then you can start the next cycle after 6 months. But of course we will try for a normal delivery lah. Unless kalau baby breech, or you ada high blood pressure or diabetes, then we will schedule a caesar sekali dengan bukak the cerclage. We'll see. Ada any history of diabetes? 
Aku : Yes, both my parents have it. 
Doc : So next checkup kena buat the glukose test. So kena puasalah. Eh you sekarang pon puasa kan?
Aku : Yes.
Doc : Takpelah we'll do it after raya then. Next checkup datang dulu for ANC. We have to monitor the cerclage. Kena monitor your air ketuban, and infection. Sebab you ada benda foreign dalam you. Ada tendency kena infection. So you kena monitor selalu the discharge.
Aku : So if discharge becomes smelly or caused itchiness kena datangla doc?
Doc : Yup, we have to do a swab. Hmmm eventful betul your pregnancy ni. 
Aku : Heheh tulah drama betul. Hopefully takde drama dah onwards. 
Doc : Do you have any other question?
Ed : If we wanna do the 3D scan when is the best time?
Doc : Between 26-32 weeks. Sekarang kalau buat, baby belum fully develop lagi so nanti features dia belum cantik lagi. Maybe next checkup you can do it.
Ed : One more thing about our frozen embryos, sepatutnya dah kena bayar maintenance kan. Dah over the 3 months free storage period kan. Nanti tak bayar, kena buang pulak our embryos. 
Doc : Eh mana boleh buang. Those are beautiful embryos. i ingat lagi. ( dia pon check file). Jangan, ada baby situ. Oh, yelah dah over 3 months, so you want to freeze? 
Ed : Yes. Of course.
Doc : Okey I'll ask my staff outside to bill you.

Tulah antara our conversation dengan Dr.Wong. Puas hati sangat dapat tanya-tanya soalan dengan dia. Tunggu macamana punya lama pon, bila jumpa dia terus lega. And he never rushed you. Walau dia sibuk macamana pon. Tu yang aku suka sangat. Jawapan dia pon best. Lepas tu Ed keluarla untuk bayar annual storage punya fee for our frozen embryos. Ada 5 lagi kot kalau tak silap. Lupa pulak nak tanya doc. Annual fee is RM900.

Lepas tu kami pon balik. Balik tu dok teringat-ingat imej baby to dok tongkat pipi dan jari-jari dia dok kuis-kuis apa entah. Comelnya. Tak sabar nak jumpa baby. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,  permudahkanlah pregnancy ni dan kelahiran baby ini nanti Ya Allah.

14 comments:

  1. Semoga baby comel selamat lahir... seronok baca entry cenggini...

    Kalau misi tu tengok perut akak, lagi impress agaknya... dah peknen tiga kali, masih suci... hahahaha.... cuma ada kesan bedah tu jer la slek skit...

    So, jangan la sedih kalau perut tak cantik lepas ni tau !!! Asalkan baby sihat sudah !

    ReplyDelete
  2. Amin.

    Betul kak. Janji baby dan mummy selamat sudah.

    Wahh memang impressed giler la misi tu kak kalau tengok. Sure dia tanya akak pakai petua apa, hehehe.

    ReplyDelete
  3. Perut aku pun ok tp peha aku ngam tepi2 montot aku cam buruk pecah2.aku doakan ko n bb sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah aku ada gak stretch mark, but i think its old one kot bukan baru. Kalau baru sure merah2 kan,

      Delete
  4. Alhamdulillah baby sihat..eh bila due date? X sabar nak tgkkkkk heeee excited jugak ni babe.
    Nanti jadi kawan yayan dobot tu ok

    Masa first two pregnancy bila gi check pun doc cakap perut aku x pecah byk haaha
    Yerla masa ngandungkan arwh alisa perut kecik, baby pun kecik,tujuh bulan dah deliver..
    Sekarang ni hoh, buruk bonar, yang kat tepi pinggang ni x daya nak tgk kulit pecah dan berselulit tu. Malas pulak na pakai cream padahal ada 2 jenis haaaa..dasar pemalas.

    Dee, bila bersalin eh? Moga selamat semenya ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Due date lambat lg, 23 nov tapi end of oct dah bukak cerclage so baby might come earlier, wallahualam.

      Delete
    2. Nyampah akusuka sangat terpost sebelum habis balas. Owh stretch mark banyak kat pinggang ek. Kene belek gak nih,

      Delete
    3. Dee anytime jek dah kan, moga selamatlah semuanya dee. Aku pulak yg seram sejuk.

      Delete
  5. aku pun x sabar nak tgk pic baby hehe poyolak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pic baby? Maksudnya lepas deliver kah? Uish lambat lagi tu. banyak bulan lagi mama dia ni nak kecut perut hahaha.

      Delete
  6. Replies
    1. Alhamdulillah kak, syukur sangat2.

      Delete
  7. membacanya pon, dh nampak comel..kuar nnti, lagi lag comel..best..best..

    ko amik gambar tgh preggy nih CheNa, post kat sini..teringin nak tgk lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, baby sumer comel kan. Aku balik rumah dok terbayang bayang, baby dok kuis kuis ape entah dengan jari dia tu. ya allah comelnya. Senyum2 jek aku dgn ed. Masyallah besarnya rahmat dan hadiah allah nih.

      Aku ada amek few gambor pregnant, nanti aku upload kat blog sanalah. Entah bila lah tu hahaha.

      Delete