Tuesday, July 10, 2012

Back at work

Assalamualaikum wbh, 

Sorrila aku lambat update. Aku balik rumah khamis lepas dah, pastu Jumaat malam tu aku demam dan selsema gara-gara aku sakan kuar gi bank dan beli baju raya maternity. Hahaha. Yelah berbulan-bulan dok memerap dalam rumah jek, once dibenarkan drive jek, terus berpanas kat luar nun, terus demam aku. Tapi demam-demam pon tak menghalang aku pergi wedding cousin aku Sabtu tu, sambil pakai kebaya maternity, hahaha. Hmmm tak pregnant pon tak pakai kebaya, tengah2 pregnant, ko pakai kebaya cenna? Syabas, bette. Tapi kebaya tu memang takde can nak pakai masa raya. Aku rasa by raya tak muat dah kot. So aku akan melaram dengan baju tu gi opis, muahahha.

Semalam first day masuk opis. Start dari Friday, aku dok berdoa, supaya aku boleh tidur malam. Tau jelah problem tak lehtidur aku ni kan. Alhamdulillah, malam sebelum masuk opis tu aku berjaya tidur from 1.30 am dampai 6.40 pagi. Alhamdulillah syukur sangat. 5 jam gitu dah besar sangat rahmat dah. Syukur semuanya dimudahkan, tak jem, dan aku pon rasa ok jek. Bila jalan dari parking ke opis tu, mak aih jauhnya aku rasa. Mengah aku dibuatnya. 

But everything went well onwards. Bila aku on skype dan letak status, Back at work, mulalah penuh dengan orang dok buzz-buzz aku. Ramai gak yang singgah kat bilik sembang-sembang. Alhamdulillah. By petang aku punya selsema tu cam makin teruk balik. Adess. Pastu bahu dan pinggang aku lenguh gila, yelah dah lama tak duduk seharian gitu kan. Normally siang-siang sebelum zohor, aku took a nap. Lepas zohor, aku baca blog sambil baring-baring jek. But I am not complaining. It's good to be back.

Balik rumah jem sikit sebab hujan. Sesampai dekat rumah, aku baring kejap sambil menahan mata dari tidur. Ed arrived at Maghrib gitu and bought Nasi kerabu. Makan kejap, lepas tu solat. Tak lama lepas tu aku lelap. Ed mulanya tak kasik aku tidur, tapi nengok aku dok sok-sek-sok-sek jek, dia biar jelah aku tidur. Punyalah penat aku rasa, so aku tidur, bangun, tidur, bangun at 12 mid night, minum air dan makan ubat, tidur balik at 2 am dan bangun at 6. Bangun-bangun jek, lapar nak mampos, so goreng ler pau sardin yang order dari member opis, dan siap-siap bekal bawak gi opis. Daripada aku lapar dan makan ngarut-ngarut kat opis, baik aku bawak bekal buah-buah sikit. So here are my bekal-bekal.
Buah cherries and starfruit, decaf coffee, prunes dan pau sardin saiz giant. 2 bijik makan pagi, 1 petang

So aku rasa, aku update tak sekerap sebelum ni la kot, sebabnya penat nak gila aku rasa memalam balik dari opis tu. Pastu now aku tak bawak balik notebook pon. Malas nak buat kerja dekat rumah. Tapi kat rumah ada netbook Ed kalau aku nak update. Larat tak larat jelah, maybe after aku dah get the hang of working ni ok kot. Minggu ni aku rasa, asal balik jek sure flat. Hahaha. Memang lembik dan manja aku ni. Aku tau korang pregnant sumer super woman. Aku memang tak la. Hahaha. 

Ok, nanti aku upload gambo aku pakai baju kebaya maternity tu di private blog tu. Tapi lambat sikit kot, sebab nak kena crop bagai. Nampak rumah aku yang super bersepah tu. Malu weiii. Muka aku pon kelakar sebenarnya, lantakla. Pastu yang kasik email tu aku tak add lagi nak kasi permission, nanti ek, pelan2 aku buat. Ala sabo ek, bukannya aku rajen buat update kat blog tu. Sebulan sekali pon tak. Hahhaa. Wokeys friends. Nak buat kerja, ada banyak meeting nanti. Tak prepare mender-mender pon. Owh nanti aku nak buat entry sebok tak perlu-engko-saper? Hahahha. Tunggguuuuu..

14 comments:

  1. oh how time flies.. kejap je cuti ko dah abis..

    btw.. apakah title entri itew? sungguh misteri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe,
      Tulah kan how time flies. Masa aku dok nunggu, aku melepasi 12 weeks, aku rasa masa lambat sangat berjalan. Tetiba jek dah habis 6 bulan and I am back at work now. Entry baru tu sabo yer..

      Delete
  2. okey...
    aku tunggu kat sana nak tgk ko dgn perut.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eii malu plak rasanya. Dah la muka aku cam mintak lempang jek masa tu. Nanti ek. AKu busy sangat sekarang, memalam memanggg flat

      Delete
  3. Aku sure lepas ni cenna dah x der masalah tidor malam dah hehehe..
    Aku dulu asal balik kijer jer melepek, yerla drive balik kl shah alam pun dah makan dekat sejam lebih, seharian duk kat kusi mana x penat kan? Aku doakan ko kuat dan terus kuat utk hadapi the next phae of ur pregnancy period babe, esp dah nak ramadhan kan.

    Cenna, baby dah kick ke belum? Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar,
      Sesunggohnya memang aku takde masalah tidur malam sekarang. Memang balik melepek je ko. Takde harapan nak masak gini hahaha. Penat sangat. Semalam kol 11 kot, terus lelap sampai pagi. Walaupun terjaga2 gak utk gi toilet, senang jek tidur balik. Not a problem. Memang la sebelum ni badan tak penat, otak pon tak penat, tu pasal la payah tidur gamaknya.

      Delete
  4. Ingat x joe, kemain kita bedebar tunggu cenna update entry psl treatment dia ni..and yes, now she already back to work kan? Cepat sungguh mas berlalu..anak aku pun dah nak masuk 6 bln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa, korang yang berdebar ye. Oh ya baby sudah kicking. Lepas makan jek sure itu budak dengan gumbiranya kicking and berguling-guling gamaknya.

      Delete
    2. of kos.. cenna berteka teki ms awal2 tulis MNJ.. conceive ke tak conceive ni?? aku dah x sabar nak lompat bintang ni.. haha.. E doakan aku pulak :P

      Delete
  5. Nak tgk gambar gak... Huhu... Tunggu ada baby esok lagi kurang masa nak ngadap notebook, ngadap baby lagi best huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem, kasik sini email. Nanti I invite. Tulah pasal. Dah ada baby, ngadap baby lagi best kan.

      Delete
  6. Cekna,
    Selamat kembali ke opis! (macam la kita satu opis ye?). Kerja2 jugak tapi jangan lasak bebenor ye.

    Tak sabor nak tunggu model kebaya tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, penat wei masuk kejer balik nih.. dohle seblom ni koi banyok bed rest kan.. terkezut gak badan koi nih. Memang melepek jek bila balik kejer sis.

      Delete
  7. Aku masa 6-7bulan masalah tak leh tdo gak.tp skrg aku letak kepala lelap...mmg letih ko skrg.aku dpt kot cuti 3bulan. Dulu ameer aku dh bsalin.eyman next week.ni aku tgk perut aku tinggi lg. Ko keje lg lah sampai ptg mmg lh mlm flat ek. Aku yg stgh hari ni pun ptg mmg lah tidoooo. Mmg org lain ngandung supermom tapi tak jugak kat aku.

    ReplyDelete