Sunday, January 29, 2012

Kembara Istanbul Day 1 - Part 1

Warning : This entry would be super long. Sila carik masa lapang untuk baca.

21 Jan 2012

Pesawat boeng 777 berlepas ke Istanbul lebih kurang jam 12.30 malam. Berkali-kali aku tengok tarikh tu dan telefon ke MAS customer service nak confirmkan date tu. Sebab 12.30 malam, 21 haribulan. Maksudnya aku check in pukul 10.30 malam 20 hb dan depart tengah malamnyalah. Aku ni risau tersilap jek. Aku pernah sekali silap tengok flight ke Langkawi, habis satu family kena beli ticket baru, sebab aku silap tengok departure time.  Lepas makan late dinner around 2 hours after take off, aku dah siap-siap nak tido. Aku ni kalau dalam flight memang selalu pedih idung. Kering agaknya udara, entah. So nak mengurangkan udara kering tu, aku berkelubung ler dalam selimut cam hantu bungkus. Pesawat 777 ni setting seatnya ialah 2-5-2. Aku dok dekat barisan tengah. Nyesal tak mintak window seat. Mana nak tau seat tepi tu 2 seat jek. Ingatkan cam Boeng 747 yang gi London tu where seatnya ialah 3-4-3 hahaha cam main bola punya formation daaaa. 

Anyways, the flight took 11 hours and 15 minutes!!! Aku ni kan mati-mati dok ingat the flight was around 8 hours gitu jek. Memang kebas bontot. Tambah 2 jam lagi sampai ler ke London, leh jenguk my brothers, hehehe. Walaupun aku tak le rasa nak tido sangat, aku paksa jugak mata aku. So overall I think I had a good sleep. About 3 hours before landing gitu aku dah jaga. Sebab orang depan dan belakang aku dok sembang. Susah nak lelap balik dah. 

Disebabkan aku dok berkelubung maka awning tudung aku benyek beyond repair dah. Damn. Dahla tak bawak banyak tudung. Dan aku bawak 2 of my ugliest tudung pulak tu. kenapaakah? Tak faham. Anyways, akhirnya sampaila kami di bumi Turki after that 11 hours flight. Attaturk Havalimani (Attaturk Airport). Turun je airport, kami terus ke imigresen dan later ke bahagian baggage collection. Jenuh juga menunggu beg. Beg kami senang nak cam, sebab hahahah kami jek beg yang berbalut. Kami balut beg dekat airport. Saje je amek percaution. Sekarang ni orang bukak beg bukan nak curi barang sangat, but more to letakkan barang aka dadah. Or so the police said in the TV. So kami balut ler beg tu. 

Lepas amek beg. Kami keluar ke arrival hall. Aku dan Ed tak bawak walau satu Lira pon (matawang Turki ialah Turki Lira). Most money changer di KL takde carry this currency. Kalau nak jugak kena order, dan ratenya sangat tinggi. Kalau aku tengok dalam internet the rate ia RM1.6-1.7++ per lira. Tapi money changer di KL hatta yang kami biasa pon charge paling murah RM2.8 per lira and ada yang sampai RM3.2 per lira! 2 kali ganda maaa. So after reading and discussing dengan adek aku, aku dan Ed decided to withdraw jek dari ATM. Tapi syaratnya korang kena activatekan kad ATM ko untuk dipakai di oversea. Lepas di compare dan dibelek dekat Maybank2u, aku dapat rate RM1.71 per lira. Rate yang Ed withdraw tu mahal sikit dalamRM1.78 gitu dan hari akhir dia withdraw dalam 1.82 gitu. Ok sangat la kan. Alhamdulillah, Allah lorongkan hati kami untuk withdraw pakai ATM jek. 

Selepas tu kami melilau-lilau carik metro station which is the underground train. Stesennya jauh jugak dari exit tadi. Dan takde seorang pon daripada Malaysian yang naik sama tu berada di stesen tu. Maka kami pun bercakapla macam ayam dan itik dengan pekerja di situ untuk beli tiket or token. Masa tu dalam pukul 7 lebih gitula. Memang takde kauter yang dibuka. Bila nak beli token pulak machine tu tak terima wang kertas 50 lira, sedangkan aku ada tu jek. So Ed withdrawed dekat ATM dekat stesen tu, 80 lira supaya kami dapat wang kecil 20 dan 10 lira. Alhamdulillah berjaya dan kami cubala beli token di mesin Jetonmatik itu. We bought 4 token. 1 token 2 lira. I journey di M1 satu token dan another token lepas tukar dari train M1 ker Tram di Zeytinburnu.

So masukle kami ke train. Disebabkan Attaturk Havalimani tu stesen pertama, dapatla kami duduk. Kena dengar hati-hati jugak announcement dalam train tu sebab errr sebutan tak sama dengan ejaan hahaha. Di Zeytinburnu, kami tukar ke naik Tram pulak ke Gulhane. Tram ni sesak gila, kami berdiri masa tu. Kami sampai sabtu pagi, tapi train tu penuh gila macam sardin. Pastu semua orang pakai jaket hitamm jek. Memang takde warna lain. Nasibla diorang ni cerah-cerah, lawa-lawa dan hensem-hensem ..eh..
Dekat Zeytinburnu station
Jauh gila la dari Zeytinburnu tu nak ke Gulhane station. 15 stesen kalau tak silap. Dalam perjalanan tu banyak masjid-masjid yang kami nampak. Aku dengan ed dok cakap, tu ke masjid biru? tu ker aya sofya? Banyak gila masjid design pulak akan-akan sama. Turun jek dari Gulhane, kami tanya dekat staff kat situ lokasi hotel kami. Dia pun tunjukkan arahnya. 2 minit jek jalan dari Tram station. Yey!
So kami pun tarikla beg ke Raymond Hotel. Hotel ni aku carik thru Hotelclub dan Agoda. baca review dekat TripAdvisor dan akhirnya book melalui Agoda. Sesampai jek, kami ingat nak letak je beg dekat receptionist, sebab awal sangat lagi, guna toilet, salin baju dan terus keluar jalan-jalan. The receptionist explain all other tours yang mereka boleh arrange dan harganya. Lepas tu dia cakap, "Normally, you can check in at 2 pm. But since we have room available now, you can check in now. Here's your key," ternganga aku sekejap. Alhamdulillah, happy-happy-happy. Dia siap offer kami pergi breakfast kat bawah lagi, sedangkan kami sebenarnya entitled untuk breakfast starting esoknya. A very good impression already. Kami dapat bilik di 4th floor. ni biliknya. 




Biliknya err kecik sikit. Memang depan katil tu terus almari dan dinding. Nak letak beg pon macam takde tempat. Setakat 2 orang oklah, tapi kalau besar sikit memang perfect. Bilik and shower is very clean. Diorang bersihkan bilik hari-hari. The heater working ada aircond tapi tak pernah pakai, the reception very helpful. Ada kettle dan mug dalam bilik and a small fridge. Fit for purpose. Dan yang paling penting, lokasinya sangat-sangat-sangat bagus. 2 minits to Gulhane Tram station. Ada kedai dekat depan dan belakang hotel. Spice bazar less than 10 minutes casual walking sama jugak ke Golden Horn. Topkapi palace 5 minute dan Blue Mosque dan Aya Sofya dalam 10-15 minute walking. 

Lepas dapat masuk bilik jek, aku terus unpack barang. Bawak keluar thermal wear, jackets, toilettaries dan simpan the passport dalam safe dan mandi. Lepas mandi pakai lotion from head to toe, sebab sejuk semacam jek dekat luar tu dan pakai thermal wear. Weather was dalam 8C gitulah dan hujan. Thermal wear aku tu punyalah ketat, so was Ed's. So bila pakai jek, aku gelakkan dia, dia gelakkan aku cam nak giler hahaha. Dan pakailer the jeans dan t-shirt kat luar and later, the jackets. Ed mulanya malas nak pakai thermal wear tu. Tapi aku persuade jugak sebab tau kami akan banyak berada di outdor yang sejuk tu, and very minimal berada di indoor yang ada heater. Aku baring 5 minit luruskan belakang and at 9.++ gitu kami terus keluar. Masa tu letih dan jetlag ada gak rasa sikit-sikit tapi sebab kami tidur dalam flight, kami larat nak jalan. Lagipun the shower helped. And of course, sebab baru sampai kan, semangat meluap-luap nak berjalan.

Keluar jek kami ke destinasi pertama, Topkapi Palace (Disebut Topkape kalau tak silap rhyme with kelape or mane) Kami masuk melaui pintu di tepi Gulhane Park. Mendaki bukit sikit, sebab Topkapi Palace ni atas bukit and overlooking the Golden Horn Straits. Topkapi ni besar kompleksnya. Bukan sahaja istana sultan but pada satu-satu masa up to 5000 people stays inside it. The sultan dan keluarga, pembesar-pembesar dan askar-askar. Basically ia ialah pusat pentadbiran. Selepas Sultan Muhammand Fatih or they called the Mehmed II menawan constantinople, Topkapi dibina sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Uthmaniyah yang ketiga selepas Bursa dan Edirne. 

Masa kami datang seksyen kitchen ditutup. Hmm frust sikit sebab kata orang seksyen tu yang best. Kami ambik juga additional tour to Harem. Menurut pembacaan ia ialah kompleks where trainings of dayang-dayang dan err gundik-gundik. It's a self sufficient complex. Ada courtyard sendiri, dapur sendiri dan sebagainya. Gelap jek kawasan Harem ni. Sejuk pulak tu. Satu heater pon takde dalam ni. Hanya ada pendiang-pendiang asal yang tak dinyalakan. Brrrrrr.

Kemudian kami keluar, tengok semua ukiran-ukiran di pintu dan ceiling. Memang detail dan cantik. Walaupun dah beratus tahun usianya, you will still marvel at its beauty. Imagine at it's heyday, sure dasyat.. Ada banyak kawasan di sekeliling Topkapi Palace yang macam kawasan untuk ambik wudhu' indoor and outdoor. Bila makin ke belakang lebih banyak bangunan baru yang dah influenced by western architecture. Maybe it was added later dan ada beberapa courtyard. Topkapi palace remains the administration building selama beratus-ratus tahun(1465-1856) sehinggalah pada 1856 bila berpindah ke Dolmabahce Palace.  


Kucing kat Istanbul yang gemok-gemok

One of the enterence


Sebelah dah dibaipulih


Tiles dari Iznik

Courtyard dalam Harem

Tempat amek wudhu'

Crown Prince Room kot kalau tak silap




Golden Horn yang bertemu dengan Laut Bosphorus

Byzantine walls yang boleh dilihat dari Topkapi. Salah satu kubu yang banyak sangat di sekeliling istanbul

Ada seksyen pameran yang kami tak boleh ambik gambar where there is pedang para sahabat rasululullah serta dikatakan tapak kaki dan janggut rasulullah. Ada juga satu bilik where recitation of Quran has not stopped for 400 years. Ada orang akan take turn baca Quran di bilik tu even when we came. Topkapi ni memang lokasinya strategik sebab overlooking the Golden Horn and Bosphorus and we can see the Byzantine wall dari palace tu. 


Memang besar Topkapi Palace ni, tak habis rasanya aku dan Ed jalan. Main-main building yang boleh masuk, kami masuklah. Sampai dah tak ingat dah, ni building apa? ni bilik apa, Ed tanya aku. Entah. Masa tu kami tak ambik guided tour. Additional 10 lira rasanya per person. Kalau ada masa, boleh ambik guided tour where the guide akan terangkan setiap area. Sewa headphone tu pon ok jugak. 


Ok aku dah ngantuk. Dah pukul 2.45 pagi dah ni. Patutnya entry ni pukul 12 tadi dah siap tapiiiii tah kenapa gambar ni takleh nak resize laks. Access permission tak ada. Aku sendiri takde permission. Hampeh tol. Jenuh aku godek-godek baru berjaya. OK ini baru satu tempat, we visited few more places on the first day ni. So aku kena buat few parts ye. Sabar ek kawan-kawan. Lagi panjang lagi best kan..kan..kan.. hahahha. 

Bersambung....


Disclaimer : Entry ni bukan entry menunjuk-nunjuk or whatever. Just nak share dengan kawan-kawan yang nak tau jek. Yang menyampah nak tau dan baca dan rasa aku nak show off, boleh blah dari sini. Takde orang letak pistol kat leher ko dan paksa ko soh baca ok. Pastu aku bukan pakar sejarah, yang aku tulis is based on apa aku baca dekat buku, dekat wiki dan dekat travel guide and brochure je. Maklumat yang aku baca tu, aku tak verify pon. So kalau ada silap or tak accurate mintak maaf, silalah carik more info sendiri ye.

8 comments:

  1. Aku tak pernah rasa ko menunjuk2 pun che na..i think semua readers ko pun rasa camtu..sapa la yg ckp tu. Geram lak aku. I'm always impressed with you sbb aku malas gila nak buat2 research and itinerary. Sbb tu berjalan2 pun setahun sekali je kut. Jadi dgn adanya org macam kau ni, bleh la dijadikan bahan rujukan hehe. And aku jealous ko dpt jenjalan dgn Ed travel2 obersea :). Eyy cepatlah sambung..tak sabar nak baca

    ReplyDelete
  2. Itulah, memang niat utk ingatan aku dan jadik bahan rujukan orang lain. So korang tak yahler macam nak rak baca cam aku kan. Takpe, majoriti readers adalah baik2 macam ko, hehehe. Tak kenapa ter'emo pulak.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah


    brutal tul ayat peringatan di bawah entry nie




    seronok baca sebab banyak dpt info's


    thanx Che Na

    ReplyDelete
  4. Kak PB,

    Hahahah brutal ker kak? Iyer kenalah keras sikit. Malas aahh nak dpt komen2 menyakitkan hati. org penat2 tulis pastu ada serang hendap lak. tak suka tau.. wokesys kak, more to come..

    ReplyDelete
  5. Arena,
    Wah! Bestnye! Suke tengok bangunan yang penuh dengan details gitu. Suke suke suke! And all of the photos are amazing beb!

    So maknanye selama kat sana withdraw duit dari ATM la ek? Bagus gak kan? Tak yah nak bawak duit banyak sekaligus.

    400 tahun recite Al-Quran non stop? Sungguh kagum!

    Abaikan jek sesapa yang rasa awok show off tu. Sharing is caring pe. Kalo tak mo baca, tutup. Senang cerita.

    ReplyDelete
  6. Sis PP,

    Tulah bangunannya semua detail2 gitu. Tapi camera laks tak berjaya capture the moment. Bukan masalah kamera, masalah koi tak reti adjust setting.

    Memang koi withdraw duit dari ATM jek, rate pon bagus. Tapi koi ada bawak few hundred Euros la just in case tak leh wat kuar kat ATM ada gak backup.

    Tu la kan, tanak baca pangkah jek dok senang je.

    ReplyDelete
  7. i like your story telling..

    ReplyDelete
  8. Sy nk tny..no.digit utk pasword..6 digit bile nk kuar duit dr atm...kt sn..6 digit jugak ke

    ReplyDelete