Thursday, April 5, 2012

MNJ9 : Embryo Transfer

4 Mac 2012

Hari ni ialah hari embryo transfer atau dipanggil ET. Patutnya at 10 am, tapi ditunda ke pukul 12 tengahari. Kena sampai sana for prep at 11 am.  Aku tak perlu puasa sebelum ET ni.  Before pergi Sunway kami pergi breakfast dulu kat Bangi, lepas tu we head straight to Sunfert Lab. 

Doctor Wong ada jumpa kami sekejap dan explain the result pada kami. Katanya :

Lepas the egg collections, some of the eggs are not that good.Sebab ada yang belum mature.(adeh berdebar)

And the sperm provided pon oklah, (adeh berdebar lagi)

But the embryos are all very-very beautiful. You see the scoring here markah paling tinggi ialah 10, and you have lots of 10s and 9s. (wwhhaaaatt??!!.. Alhamdulillah)

Kami pun tengok list tersebut. Doktor cadangkan untuk masukkan 3 good embryos and freezekan the rest 5 embryos. Aku pandang Ed, Ed cakap we follow your recommendation, Doctor. Doctor cakap, bila letak 3 embryos, it will increasekan the percentage for pregnancy tp 55% but there’s 5% chance that you will be carrying triplets. Ed cakap proceed jelah. 

Dalam pukul 11.30 gitu, the nurse tanya dah full bladder ke belum, aku ckp, tak sangat dan dia bagi aku minum segelas warm water. Untuk buat ET ni kena full bladder. Dalam 15 minutes later, nurse bawak aku masuk ke recovery room bagi hosp gown tu dan later ke kami OT Room.  Bila diorang scan, macam bladder aku belum cukup penuh lagi, dan diorang suruh aku baring dulu dekat recovery room. So I waited there about half an hour dan kemudian masuk la ke OT semula. Memula nurse cakap masih belum cukup air kat bladder. Tapi later doctor cakap, dah sufficient. Nurse pon cakap the embryos very beautiful. Aku pandang jugak dekat screen tu, macamana yang dikatakan embryo yang cantik nih. Kata dia bila ada 8 cells dan very evenly sized. 

Untuk ET ni memang takde masukkan pain killer or any ubat bius. Memang kita akan fully awake jelah dia akan masukkan embryos tu ke rahim. Masa nak start katil tu akan tilt sikit, dan the lights are off except for some lights dekat doc tu. Masa dia buat semua ni, mata aku dok pandang screen jek, sambil meleleh-leleh air mata menahan sakit. Kadang-kadang the nurse gosok-gosok kaki aku, bila aku dah sakit sangat. Doa apa semua tak terkeluar dah, yang terkeluar hanya Ya Allah, Ya Allah. Tetiba pintu sebelah lab which is the embryologist lab terbukak dan nampakla embryologist tu bawakkan catheter berisi embryo kami. Maaakkkk panjangnya, menyesal aku ternampak. Makes me more nervous. Actually masa masukkan the embryo itself using the catheter tu tak sakit dah, tapi masa masukkan ubat dan speculum tu, ya Allah. After 5 minutes of excruciating  pain, it’s over and I can see in the screen, 3 dots in my uterus. Alhamdulillah. Kata doctor sakit sikit sebab my rahim ni ke depan sikit so doctor kena turn the speculum about 90 degrees untuk sampai ke rahim. Tak pernah pun tahu sebelum ni. 

After that, I was wheeled out by the good doctor himself. 

Aku : Wah special ni, I am being wheeled out by the the doctor himself
Doc Wong : Yelah, semua orang pon mau balik cepat maaa. Kalau doctor tak tolong nanti takde orang mau datang hari Ahad lagi.
Aku : Hahaha. 

I was the last patient for that day. Kesian Doc Wong hari Ahad by 1 gitu, dia dah buat 3 OPU, 2 ET dan 1 Caesar! Dasyat. Jadik doctor fertility macam nilah kan, dia kena ikut patient punya cycle. Kadang-kadang tak leh elak daripada buat procedure on Sundays. Sabtu pun ada procedures. 

Aku balik ke recovery room.  Baring tapi mata tak mau lelap. SMS Ed kejap kat luar. Masa baring tu pon katil tu tilt sikit, where kaki aku ditinggikan. Nurse cakap akan bagi aku at least 1 hour untuk baring. Bila aku dah baring tu aku baca doa-doa yang first dan second as follows.

credit to : pening-pala.blogspot.com

Diikuti dengan zikir Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim sambil gosok-gosok perut.

Naseb baik aku bawak buku cerita. So aku bacala buku dalam 10 minit, tapi sebab buku tu tak best, aku terlelap lepas tu.  Lepas sejam suku gitu, nurse suruh aku bersiap-siap sebab dah boleh balik. Sebelum tu, ada ubat-ubat yang perlu aku makan, insert dan 3 jab proluton yang super sakit kena ambik. Nurse tu bagitau buah2 apa yang tak leh makan dalam 2 minggu ni. 4 fruits yang tak leh makan ialah pisang, tembikai, nenas dan betik. Katanya buah-buah tu boleh menyebabkan contractions, takut ganggu embryos implantation.  Aku ambik semua ubat tu. The nurse asked Ed to go and pay kat bawah sebab hari Ahad kaunter bayaran tingkat atas tutup, while aku terus tunggu Ed kat kereta. 

Alhamdulillah, it went well.  So sekarang ni ialah the nervous wait before the blood test for pregnancy test.  Memang nervous breakdown weh the 2 weeks wait nih (2ww)
 
Note : So oren, embryo masuk 3 saje, so kembar 4 tu dah out of the questionlah heheh.

22 comments:

  1. berdebar rasa..apid baca ni..:)

    ReplyDelete
  2. Bestnyer baca. Been following ur journey actually. Kiter lebih kurg sekapal rupanyer tp i xdelaaa kena wat procedure mcm u buat. Huhu. Plg2 kena IUI tp hubby lak x setuju. So xwat ape2 pon give up. Tau2 conceive plak, syukur sgt.

    Tlg la pdate cepat, hrp ade goood news amin. Bikin saspen tul :p

    ReplyDelete
  3. Dup dab dup dab plak aku ni...:)

    ReplyDelete
  4. Salam Arena,

    cecepat update...nebes nih..hehe

    eyyza

    ReplyDelete
  5. triplets..insyaAllah..amin :)

    ReplyDelete
  6. Insya Allah, I hope semua berjaya...

    ReplyDelete
  7. Boleh dak nak call ko nanya pregnant ke dak? Hahahaha. Kidding!

    ReplyDelete
  8. Berair mata aku baca this post..so much that u have to go thru but dlm sms ko citer cam biasa je..big hugs for you for being so strong!

    ReplyDelete
  9. ish..sedih lah bab-bab prosedur yg sakit tu... :(((

    semoga Allah izinkan impian zuriat kawanku ni tercapai.

    aku pun rs nak sms dari aritu lagi. tapi must give u privacy.. so gripping ajelah mcm yg lelain ni.

    ReplyDelete
  10. Tula, sedeykan, some ppl ssh dpt anak, mcm2 usaha. Tp ade yg senan dpt buang2 anak plak :((((

    ReplyDelete
  11. Thank u all for kind words and please pray for me ye. Aku demam sikit, so maybe lambat sikit update. Dont worry belum sampai result lagi. Ada 2-3 entry lagi b4 the result. Haaa jangan ngade2 nak tepon or sms ok hahaha.. Gua tak layan kakaka. So silalah berdebar sepanjang weekend sehingga aku update ye..

    ReplyDelete
  12. arena..
    bergenang aku baca en3 ni
    aku ni kan 'manja kedekek'sikit.
    benda2 mcm ni buat aku tersentuh sgt.
    aku tumpang doa moga semuanya berjalan lancar yer..

    ReplyDelete
  13. insyaallah


    dpt kembar tiga terus lepas ni.
    Kembar 2 boys dan 1 girl


    hi hi hi

    ReplyDelete
  14. Bile la hapdet, sesilap dpt triplets :D

    ReplyDelete
  15. Sakit jantung semua kat sini tunggu update ko che na! Moga cepat baik demam (dan cepat update hehe)

    ReplyDelete
  16. Cenna, triplets ? :) insya allah... Tiap2 hari check sini kut2 dah update. U take goodcare of yrself dear

    ReplyDelete
  17. Apid,
    Sabar ye. Nanti akak wat update

    LF,
    Oh ye ker. Syukurlah tak perlu buat treatment tapi boleh conceive. Kuasa Allah kan.

    KLM, Eyzza,
    Sabar ek.

    ReplyDelete
  18. Mawar,
    Uishh triplets hehehe.

    MA,
    Insyallah. Thanks MA

    Delinn,
    NNNNooooooooooo... hehehhe sabor ok ..

    ReplyDelete
  19. Amy,
    I think it's not as bad as what you read. Tapi masa aku tulis ni memang betul2 lepas buat all the procedures, tu yang kekadang detail dan descriptive sikit.

    Joe,
    Grip jangan tak grip hahhaha. Thanks for your du'a babe.

    ReplyDelete
  20. Irfa,
    Bergenang air mata ke sis? Tak de sedih pon la hehehe.

    Kak PB,
    Hahaha, triplets tu. Kita tengok la ye, apa yang Allah berikan pada saya nanti.

    Zue
    Thanks dear. Nanti pelan2 aku update ok.

    ReplyDelete
  21. Alamak, meleleh air mata sy baca entry nih. Huhu. Awk sgt kuat, Arena. Semoga sy punya kekuatan mcm awk bila sampai masa sy nnt :)

    ReplyDelete
  22. Ily, bila sampai masanya. tiba2 je kita kuat sis. Allah beri kita kekuatan tu. Sbelum ni bila tengok orang lain rasa jugak macam tu. Insyallah you'll be strong or even stronger when the time comes.

    ReplyDelete