Sunday, April 29, 2012

Tolooong....

Assalamualaikum wbh, 

Pasal checkup semalam, aku tulis lepas ni ye. Pasal panjang sikit. Its a roller coaster ride, and we have come to terms and accept it yesterday. Don't worry it's still ok. The baby is healthy with strong heartbeat. Yey!  Nantila aku update.

Hari ni aku ada appointment dekat Ampang Putri pulak. Actually aku tak suka sangat appointment on Saturdays. Ramai sangat orang. Tapi apa nak buat, the doc reschedule the appointment sebab dia ada urusan lain, so Sabtu it is la. Lepas subuh aku as always tak leh tido dah, despite tido dalam kol 2.30 am the night before dan bangun every 1-2 hours sebab nak gi toilet. Bangun jek perut aku lapar. Aku rasa maybe aku lapar sebab aku tidor lambat perut rasa cam gastric gitu. So kol 7 lebih gitu aku buat cucoq bilis. Ed pon tak tidor jugak. 

Lepas tu dalam 9.30 kami gerak ke hospital. Tersilap lak amek jalan in town KL sebab jalan banyak ditutup sebab Bersih tu grrrrrrrrrr. Sampai jek ke hospital aku patient ke-15 dan doctor belum mula klinik sebab dia sedang buat prosedur. So aku budget sure lambat gile lagi sampai turn. So we went for a drink, beli paper pastu Ed dok bengkek pasal the wireless tak leh access. Owh Ampang Putri tolong do something about the wireless, boleh kurangkan orang restless ok. Dekat Sunway, Ed was always cool jek walaupun tunggu lama giler, sebab dia ada distraction. Aku sampai tetridur while waiting for my turn. Sakit bontot ler dok menunggu gitu. Jumpa Doc, and he said that my asthma is improving, and only has to come and see him in 2 months. Aku tanya jugak, ada tak possibility my baby ada asthma jugak sebab i have it. He said, there's always a chance 20-30% tapi tak semestinya. Hmm risau pulak. Katanya, just control it during pregnancy ni jelah. Lepas jumpa doc, kena nunggu sekian lama la pulak, for the meds, adoila. Overall aku spent 5 hours dekat Ampang Putri. Sapa cakap tunggu dekat hospital swasta ni sekejap. Lama okeh, cuma tempat nunggu selesa, dan staff sumer friendly and efficientlah. 

Lepas tu kami lapar, so aku ajak Ed pergi Al-Abraj sebab aku nak makan Shish Tawook dengan ada special bread nih.Shish tawook tu cam grilled chicken gitula makan dengan roti.  Ed ni layan jelah. Dia order nasik, so order dia cepat sampai. Jenuh aku tunggu my bread finally came, and then I saw my order the Shih Tawook went to another table, dan orang tu terus ngap jek. Adehh. Lepas tu waiter tu datang apologise cakap dia salah hantar food ke meja sana, dan bila dia nak amek, orang tu dah makan dah. Grrrrrr. He said dia boleh buat a new one, but it will take some time. Aku cakap tak yahla. Nanti lambat sangat dahler aku tak solat Zohor lagi. Kang terlepas lak, sebab nak tunggu the order. 

Ed masa tu dah pandang aku, tanya nak order benda lain tak. Dia amek ayam dari nasik dia dan letak kat pinggan aku so that aku ada lauk untuk makan dengan roti tu. Sweet kan pakcik ni. Padahal selalunya dia akan makan sekali ngap jek nasi zurbian dia tu. Cam tau-tau ayam aku tak sampai. Aku punyalah nak makan roti dengan shish tawook tu, sampai berair mata aku frust. Ya Allah, am I gonna cry about it? Malunya. Another waiter came and apologize again. Aku angguk jelah. Aku rasa mata aku dah berair masa tu. ya Allah malunya. I know I am being so unreasonable. So aku bukak mata luas-luas pandang atas, usik-usik tudung and kept on eating. Lepas tu soh Ed bayar cepat-cepat walaupun asalnya kau nak belanja dia. Aku risau kot kalau aku gi kat kaunter, bebudak tu apologize again, karang terburai nangis kat situ, owhh that is so embarassing. Muahahah. 

Masuk jek kereta, terus aku nangis. Muahahah. Aku cakap kat Ed, owh susahnya. I sooo cannot control my emotion. Mender bodoh pon tak pepasal nak nangis. Ed dok gelak-gelak kat sebelah. Dia cakap, Alaa com you are not like that normally. Pregnant ni je kot. Tapi tetapla dia gelak-gelak. Argghh korang, what is happening to me? Tiada logika sungguhla. I soo don't wanna cry over silly things especially not in public like that. Malu taww. Dekat rumah jangan cakapla tengok iklan pon nangis, muahahhaa. Aku cuba tak nak ikut sangat hati, tu pasal la aku continued jek makan, takdela aku sentap sampai lari masuk kereta kan, tu lagi over-dramatic. Muahahha. 

Is it gonna improve as the pregnancy progress? Or am I gonna be in emotional wreck sampai deliver? Yikess! Kesian si Ed nanti. Letih ler dok layan aku. The thing is, aku sedar tau yang aku sungguh emo dan tah haper-haper tapi tak boleh control la. Senang sangat nak sentap. The only good thing, is I can laugh about it quite fast. Tak ler seharian sentap. Owhh have to increase on the wirid la aku rasa so that aku tak ler emo sangat. Kasi tenang sikit.

Malamnya kami pergi makan satay.Aku cakap dekat Ed nak makan satay ayam. Bila order je, the waitress cakap, daging habis, ayam je tinggal. So we ordered ayam. Bila waitress tu blah jek, Ed kata, nasib baik yang habis tu bukan ayam. Pheww. Muahahhaa, aku gelak.

24 comments:

  1. Memang la Cekna. Masa peknen Azra dulu pun mmg mencabar nak kawal emosi. Haha! Ingatkan mmg ai dah tua makin sensitif tapi sib baik boleh kembali normal. Hehe....tapi amat manis tau momen peknen ni semua kena catat dalam diary.

    ReplyDelete
  2. Aaku adalah senyum masa baca entry ni sebab aku teringat masa aku peknen with all my kids. Camtu la cekna..mmg camtu. Hormon rollercoaster temanya. Especially bab2 makan ni. Yang sebelum ni aku cool je masa peknen sensitif abis..i remembered nak makan satay ata this particular stall tapi pakcik tu tak niaga. Aku nangis hahaha..padahal bukan takde gerai lain. Laki aku nk bawak tempat lain pun aku taknak..nangis sampai rumah. So silly kan..but we cannot help it laaa...

    Pssttt...masa ni la nak manja sket and hubby pun macam magic boleh jek layan..kalau tak peknen mau kena sergah haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Are you saying that this is permanent? muahahha. Sampai deliver?

      Delete
  3. haha. aku tayah komen la bab emo tu. mmg sangat lagi2 masa 1st trimester.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Joe,

      Ko memang tulis detail masa ko pregnant dulu. (aku kan dah baca sumer muahahha) takde logika sungguh kan.

      Delete
  4. memang biasa da.. aku tak dapat mee rebus (stulang) pun nangis... peh tu nak makan nasik lemak singgit malaysia, kat singapore nasik lemak dia lain, tu pun boleh frust.

    aku lawak bila ed kata "nasib baik yang habis tu bukan ayammm" hahahaha exactly kelegaan macam somi aku la tu bila apa yang aku nak ada... kalau tak, dia tak tahan tengok orang pregnant throw tantrum ekekeke....nanti dah ke 2nd trimester ke 3rd trimester akan ok sket... tapi ko tu first time pregnant, jangan la rasa bersalah nak ngada2....(tapi bukan ngada2 pun, semua tu natural, Allah yang kasik gitu... ada sebabnya insyaAllah..) uols waited so long kan... enjoy your pregnancy, makan apa yang you nak. insyaAllah baby akan gumuks!! hehehe makcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukanla mengidam sangat pon kan. Cuma bila pergi, tetiba takde makanan yang kita nak tu, punyala frust. Muahahha.

      Iyer, dia punyalah lega, that I got the satay kakaka. Owh nanti akan better yek. Like u say bukan purposely nak ngade2. Susah nak control jek. Takleh ngade2 sangat, kang baby pon ngade2 cam aku hahahha.

      Delete
  5. Dong,
    Aku rasa kalau muda lagila sensitip. Alangkan dah berumur sikit cam aku ni and a lot wiser pon tak leh control.

    Angah,
    Iyer, i consider myself a sensible person, kalau takat makan2 ni takde nyer nak sentap2. Tapi macam kau cakap tak leh control la.Betul ko cakap, Ed pon rilex je layan. Magic betul. He is normally a cool guy. But he is super cool now, hahah alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. tu kan, kalo ko cakap kt budak waiter tu yg ko preggy n mengidam sgt nak mkn roti tu, mesti depa buat cepat2..plus akan bagi extra sebab ko preggy..betull..try this next visit okeh..

    ko jgn risau..benda nih mmg bkn mengada..it is something yg ko hnya akan dpt masa preggy dan org takkan kata apa kat ko..cek kalo cam aku nih, tetiba ngamuk, siap nanges semua sbb nak mkn sate daging jugak (pdhal dh habes), mau kena luku sekali..ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, seganla pulak nak cakap. Tapi memang lambat that order, tu yang malas nak tunggu. Tapi memang serius berair mata dah masa tu. Malu siotz. Kalau aku tak pregnant nak nangis tak dpt makan something memang kena luku la. hahahah

      Delete
  7. nak gelak dulu lah ...
    hi hi hi ....


    Jangan risau , biasalah tu..
    Perubahan hormon dalam badan....

    Insyaallah , ada orang kejab jer.
    Ada orang sampai deliver ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cam tu eh kak. Saya harap masuk second trimester, dah kurang la emo2 nih. Letih tau. Sebab tau diri tu tak reasonable tapi tak leh kawal la kak. mudah sangat nak mengalir air mata. Kilang air mata aktif betul la. Pssttt kak, dah gi joli katak ker? hehhehehe

      Delete
    2. joli ???

      hik hik hik


      yang penting bayar dulu hutang ...
      pas tu menabung kat tabung haji ..

      yang lebih tu baru buleh fikir untuk jula-juli ....

      Delete
  8. hahahaha..ingat x dulu entry aku kecik hati sebab nasi lemak tu kan?
    hanya kerana nasik lemak pun leh merajuk rajuk dgn laki sendiri sampai boleh bawak diri pi makan sendiri ler..mmg cannot control lerrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar,

      Owh aku ingat entry nasi lemak tu. Hahhaha. Tolonglah. Luar kawalan ek.

      Delete
  9. ceqna
    aku baca sambil mata berair.huhu
    aku paham perasaan ko.masih igt masa pknen si kakak (anak pertama la).
    aku nak sgt buah laici..gara2 ari duk tgk kapal cina bawak laici fresh dalam kotak..aku cakap la ngan cik abe nak laici ada daun
    merata dia cari tak..last2 mil jumpa kat chow kit..dia bawak balik tapo laici tu xde daun..aku tanya 'mana daun laici ni?'mil kata 'mama dah buang la.berat je bawak balik daun tu'..uwaaaaaaaaaaaaaa aku dah mengalir air mata makan laici xde daun..kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, terburai aku gelak tadi. Muahahhaha. Mana daunnya? OMG! Memang takde logika kan? Adeh.. Tapi serius kelakar, merata carik tu, bila dahn jumpa tanya mana daunnya? Hahahaha. Tolooong.

      Delete
    2. lagi kelakar bila cik abe buat lawak..beli laici dalam tin je baby nak tak?aku cakap 'baby cakap dia nak laici ada daun jugak'igt balik macam tah hape2 je..

      Delete
  10. Arena, what's ur mail add? Nk invite ke private blog. Bole share2 cite. I ade cite kes i bleeding masa 7w dlm tu, p dun worry, bb dah stable skang

    ReplyDelete
  11. LF,

    my email is gemarena70s[at]yahoo[dot]com[dot]my
    jgn lupa dot my tu ye.

    ReplyDelete
  12. Sabtu lepas ? ampang putri doktor mana? suspen wife pun pergi lama gak tunggu siap makan nasi dalam pukul 11 kat cafe dia tu(ok gak makananan dia wife bg tau). Biasalah emosi ni kadang-kdang dari baby,maybe girl? -pembaca baru-

    ReplyDelete
  13. Salam pembaca baru.

    Saya jumpa Dr.Wahab for asthma. Memang lama sangat la kalau pergi Ampang Putri especially hari Sabtu. Your wife pergi hosp sendiri?

    ReplyDelete
  14. Ooooo untuk sakit asthma, ingatkan untuk check baby . Tak delah lupa nak tulis memang pergi sekali bawa orang umah. Ohya baru baca rupanya mengandung kembar tapi takde rezeki . Yelah setiap yang berlaku memang dah di tentukan oleh NYA. Kena banyak bersabar dan berdoa ,moga-moga dapatlah baby nanti .Memang menarik bila baca kisah trilogi susahnya nak dapat baby seperti yang lain-lain pernah bagi komen supaya yang dah ada anak ni jagalah mereka supaya menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Alamak sorry terulas panjang plak. - P baru -

    ReplyDelete