MALAYSIA AIRLINES TENGAH ADA TRAVEL FAIR SAMPAI 18 FEB 2012. APA LAGI, PEGILA BERANGAN. Aku tengok tiket ke Istanbul lagi, caye tak?
Hahaha, tak abis-abis lagi ye tajuk Istanbul ni. Sorryla kalau korang dah muak baca. Lepas ni aku buat update masak-masak semenjak balik dari Istanbul ye. Hmm sedapnya bau Nasi Lemak Zaman kat dapur tu. Hahaha. Mana ada Nasi Lemak Zaman, inspired by Nasi Lemak Zaman adala. Tengok tu, dok sorang-sorang kat rumah pon boleh buat nasi lemak, ko paham tak? Macamana la tak jadi beruang kan. Yang pelik aku timbang macam turun pulak weight, tapi rupa ku macam aku dah tak sanggup nak tengok kat cermin dah. Hahahha
Hahaha, tak abis-abis lagi ye tajuk Istanbul ni. Sorryla kalau korang dah muak baca. Lepas ni aku buat update masak-masak semenjak balik dari Istanbul ye. Hmm sedapnya bau Nasi Lemak Zaman kat dapur tu. Hahaha. Mana ada Nasi Lemak Zaman, inspired by Nasi Lemak Zaman adala. Tengok tu, dok sorang-sorang kat rumah pon boleh buat nasi lemak, ko paham tak? Macamana la tak jadi beruang kan. Yang pelik aku timbang macam turun pulak weight, tapi rupa ku macam aku dah tak sanggup nak tengok kat cermin dah. Hahahha
Ok sebelum aku melalut meh aku buat some rumusan. Some of it juga ada lah untuk ingatan aku kalau aku travel lagi in the future (berangan jangan tak berangan)
- Makanan dekat area Sultanahmet or surrounding Aya Sofya dan Masjid Biru tu mahal sikit. Kebab pon kadang-kadang sampai 8 LT. Makanan dekat area menghala ke Spice Bazaar tu murah-murah sikit. Dalam 3.5 TL untuk kebab gitulah. Bukan dekat Spice Bazaar betul-betul. Ada cam restoran untuk tapaw kebab gitulah. Turun dekat station Sirkeci and walk to Spice Bazaar akan jumpa kedai makan yang murah sikit. Kat sini banyak gak jaket cantik2.
- Hahaha, sila bawak sos cili or tomato paket-paket tu. Kebab diorang ni kering, takde sos apa-apa, so ada masa-masanya tak lalu dah makan sebab takde sos.
- Kalau nak beli barang di Grand Bazaar kena tawar-tawar sebab aku rasa harganya amcam mahal sikit
- Untuk jaket dan boot lawa-lawa go to Eminonu or Aksaray Underpass. Atau ada satu lagi, dekat Station Laleli ada jaket cantik2 macam dalam kedai 4 tingkat gitu.
- Take at least 1 tours, e.g Bosphorus tours and ask your hotel to arrange it. Selamat sikit. Kalau pergi tour, at least ada orang yang explain itu ini pada kita. Lepas tu dah boleh gi jalan sendiri.
- Utilise the Tram. Kalau boleh cuba elak naik teksi sebab banyak sangat kes orang Malaysia kena tipu naik teksi. Kalau duduk sana more than 3 days and bawak family, boleh mintak hotel arrangekan pickup. Negotiate with them
- Hotel kami bukan betul-betul kat Sultanahment. Dekat area Sirkeci. So Sultanahmet di kanan (where Aya Sofya, Blue Mosque are) and Sirkeci dan Eminonu di kiri (where Golden Horn, Spice Bazaar, Galata Bridge are), lokasi sangat best tapi bilik hotel kecik sikit.
- Belajarla sikit-sikit Bahasa Turki. Ni kadar?Tasakur Ederim, Giris, Cikis, Camii. Alaa basic2 jek. Diorang appreciate if we know some Turkish and membantu untuk tau kat mana exit dari satu-satu tempat tu.
- Sebenarnya ok jugak kalau nak shopping dekat Turki ni, sebab dia banyak mender-mener yang unik cam lampu-lampu tu, baju belly dancing (ahaks), kasut kulit, jaket, shawl, carpet, table runner dan sebagainya. Yang ok sebab exchange ratenya not bad. Dalam RM 1.7-1.8 per lira. Takdelah macam gi Europe or UK kan. Walaupun matawang diorang tengah jatuh sekarang, still hampir RM 4 and RM5 per euro or per GBP.
- Tapi kalau nak dapat rate murah jangan tukar di Malaysia. Withdraw jek dari ATM sana. Keluar je departure hall, ada ATM HSBC rasanya withdraw dari situ. Rate dia bagi bagus. Ed withdraw dari Bank Turki ratenya mahal seposen.
- Haa ni penting gak, kalau boleh cuba wear bright colours. Especially kalau pegi musim sejuk gitu. Cuaca kan cam gloomy jek, so gambar sumer suram jek. Contohnya si Ed, pakai jaket hitam, seluar hitam, topi kaler gelap, memang tak nampak apa. Frust jek. yelah aku pahamla orang laki takkanla nak pakai jaket pink or merah, but try to incorporate some colours. Kalau belum beli jaket, carik yang kaler cerah or at least ada line2 terang dekat jaket. Yang pompuan pakailer tudung cerah2 or shawl kat leher nak kasi gambar naik sikit. Aku ada gambar dengan sorang budak ni, dia pakai jaket merah, ceria jek gambar tu.
- Ni pon satu hal lagi. Kalau korang ada kamera DSLR and compact. Bawakla dua-dua sekali. Kamera DSLR or system camera ke memang best, gambar lawa, crisp, sharp, vibrant colours tapiiiiii kalau ko ada masa nak duduk godek-godek. Pastu walaupun camera aku tu tak berat sangat, tapi kalau dah sangkut kat leher seharian, tak bengkok leher? Lagi-lagi kalau DSLR yang bagak2 tu. Bila letak dalam beg je, kelam kabut nak keluarkan bila ada scene cantik. Beza masa aku bawak compact camera dulu. Bila ada scene best jek, amek bawak keluar on-snap. Letak dalam handbag jek, tak yah bawak additional camera bag. Pastu camera aku la kan, dalam coaster ari tu, dia tak boleh amek gambar sebab dia tak berjaya focus. It refuses to snap. Dah aku kena duduk, tukar setting ke manual focus, anti-gegar dan anti glare dan sebagainya. OKay I admit it, memang sebab aku tak pandai pakai sangat, tapi kita tengah travel kan bukan nak gi buat photoshoot, bukan nak amek gambar yang artsy-fartsy sangat. Ni dalam low light, macam haram, kalau moving pon fail. Ed pon naik nyampah nak snap. Kalau pakai compact Lumix aku tuh, gambar may not be crips and sharp macam the bulky camera but at least, garenti jadik punya. Tapi kalau korang memang terer dan sabar nak test 10-20 gambar before taking the actual pic memang best la guna DSLR. Tapi kalau cam aku, on the move memanjang, compressed activity dan takde stay at one point lama-lama dan dengan Ed yang aku tak rasa sabar nak tunggu aku setting dan test-test snap sebelum the taking the real photos, kenala bawak ur compact camera. Aku tak bawak, nasib baik BB punya camera not bad. Tapi kalo korang ada phone yang 8Mp punya camera pon sufficient. nak2 cam camera kat galaxy note tuh, perrghh..
- Bawakla ubat yang korang perlu, sebab kat farmasi, pharmacist tak cakap omputeh dan semua ubat pon labeled in Turkish.
- Aku rasa Istanbul maybe sangat cantik in Spring and Summer. Sebab masa aku pegi baru ni, masih lagi winter, pokok sumer togel jek, tinggal ranting. Tulips pon baru nak start tanam balik. Gambar pon bosan jek without much colors. But on the bright side, hotel harga murah sikit dan tak ramai sangat orang. Nak masuk mana-mana tempat tak yah queue pon. Dengar citer masa summer especially, beratur cam lingkaran ubat nyamuk nak masuk satu-satu tempat tu.
- Tengok ramalan weather average berapa celcius and boleh prepare accordingly. Kali ni boleh berjalan sakan sebab well prepared. Masa gi Paris dulu, memang tak prepare kaki rasa sakit sangat sebab sejuk sangat dan hanya pakai socks pendek dan nipis dan kasut lak tapaknya kan main nipis lagi. So tak daya nak jalan.
Oklah tu jelah nak update. Habis dah episod Kembara Istanbul dan Bursa ni. Turki ni is a place that I think I don't mind coming again. Banyak sangat tempat menarik nak pegi. Istanbul itself pon banyak lagi tempat tak pergi. City Walls, Yildiz Palace dan ada 3-4 palace lagi tak pergi. Istanbul nak banyak tinggalan sejarah sebab selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah mereka tak diserang kan. Kalau cam Syria, Iraq dah banyak musnah dek perang jek. Sama juga dekat Andalucia, sebab kerajaan Kristian yang menakluk balik Andalusia selepas Islam bertapak di sana beberapa ratus tahun. So masjid-masjid yang diconvert jadik church la pulak kan. Ok. sekian pendidikan Sejarah Islam untuk hari ni. Hope you enjoyed it.
Oh ya, sebenarnya aku ada nak pergi tempat ni masa awalnya instead of Bursa, tapi sebab jauh dan mahal, cancel la. Mana tau kalau next time boleh gi situ heheh. Berangan lagi. Ice Palace ada orang panggil ke apa entah..lupa..
**clap..clap..clap** u made me want soo much nak g Turki. Thank you for sharing.
ReplyDeleteArc,
ReplyDeleteThank you.. thank you. Memangh best, Tadi tengok harga flight ke Turki RM2643, masa takde offer sampai dekat RM4k hari tu. Fuhh kena kumpul duit balik ni. hahahha..
hui, double tu flight tix...tua tua esok baru meraso nak gi turki gamaknya aku nih...thn ni sebb beranak kecik so plan nak travel yg dekat dekat dah ler hehehe..tumpang baca ko nyer exp dulu ler buat sementara waktu ni
ReplyDeleteSalam Arena,
ReplyDeletetq so much 4 sharing..best bc pdidikan sejarah ni...sgt best :)
turki- masuk list to go aa kan..pegi nya bila thn xtahu lah..heheh
eyyza@hotmail
Oit aku pun tingin jadinya nak pi Turki
ReplyDeleteMawar,
ReplyDeletetakpe berangan dulu. Or ikut program umrah dan ziarah tu. Ada yang ziarah istanbul kan. best tu..
Eyyza,
Sila masukkan dalam to-go list. Insyallah ada la tuh rezeki nak ke sana.. Thanks for reading,
Delinn,
ReplyDeleteBila nak jumpa ko nih. Dalam next week khamis ok tak kat school, hahahha. Nak kasik gift yang tak seberapa tu.. hehehe.
roger2 la aku. bukan tentu jugak aku nih hehehe. basically i'll be at school lah
ReplyDeletehabis sudah ;)
ReplyDeletekawan2 aku pegi ni diorang kata naj tengok tulip.harap2 ada la
bila baca aku teringin lak nak gi sana..sblum ni tak berminat pun.tp entah bila
Delinn,
ReplyDeleteNanti aku call dulu okeh..
Irfa,
Finally habis gak. Tulah kalau dalam April dah start ada kot.. March emm tak pasti, hopefully ada. Soh kawan2 ko amek gambo banyak2.. Nanti tunjuk kat aku..
Irfa, gi la sis.. Best. Tunggu baby besar sikit..