Monday, January 30, 2012

Kembara Istanbul Day 1 - Part 2

Assalamualaikum wbh.

Sorrilah kalau disclaimer aku kat entry bawah tu keras sikit. Korang memang aku trust takde perasaan gitu. Korang baik-baik, kiut-kiut semuanya. But there are readers lurking yang tatau apa purposenya tapi perangai diorang ni ialah dia meluat tapi dia tetap baca pastu cari peluang nak hentam jek. So kepada readers yang gini, gi ler carik blog lain. Blog aku tak best pon. Kepada yang baik-baik which is the majorities of my readers, korang memanggg best. 

Oklah sambung balik cerita Istanbul ni. Kena tulis cepat-cepat nanti aku lupa. Aku siap kena refer notes lagi sebab dah macam terlupa. I have written this time and time again after all my travel be it for businss or pleasure; rasa macam mimpi je pergi *destinasi tu, nasib baik ada gambar to prove that I have been there. Serius bila balik macam tak caya jek.

Hishh sambung..sambung.. Lepas keluar dari Topkapi Palace, aku dah rasa penat nak mampos. Aku rasa we spent around 2-3 hours berjalan-jalan dalam palace which is now a museum or muzesi. Nampak ada sekumpulan makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari Malaysia pon dah duduk jek dekat ada few seating areas dalam Topkapi tu. Maybe rasa double letih sebab sejuk kot, entah. Keluar jek dari Topkapi, Ed told me to take route lain. Instead of guna jalan masuk tadi. Bila keluar nampak ada kedai jual kopi dan air delima. Terus terjah kedai tu.
Ed ajak duduk kat belah dalam sebab sejuk dekat luar and it was drizzling. Aku tanya pakcik tukang buat air tu sebab masa tu dalam pukul 11.45 pagi gitulah rasanya wether he has any food ready. Sebab semua orang minum kopi jek masa tu. Dia kata dia ada food. Kami pon orderla shish Tavuk (kebab ayam on a plate gitulah) we shared a plate sebab takut portionnya besar. Kang tak habis pulak. Ed ordered black coffee while aku order jus delima tu. Sedap gila jus delima tu. Kaw tak campur air tak campur gula. Aku cakap kat Ed, entah berapa la harga air delima ni, selamba je order, mat salleh kat luar tu order gelas kecik jek. Hahahah. Pinggang aku dah mula sakit sebenarnya masa tu, tapi bearable lagi. Lepas makan, aku nampak bangunan sebelah kedai makan tu. Aku tanya Ed, Ed tanya aku, sebela ni Aya Sofya ke? Hagia Sophia ker? Then we saw the sign board. It was. It was Hagia Sophia or St.Sophia or Aya Sofya as called by the locals.




 Aya Sofya ni ialah sebuah gereja yang dibuat pada tahun 537 by Emperor Justinian. Setelah itu gereja tu melalui banyak kali baikpulih akibat gempa bumi dan sebagainya. The last christian service was done on the 28 May 1453, the day before Mehmed II conquered Constatinople. Sultan Muhammad terus mengubah Hagia Sophia menjadi masjid diraja sebaik sahaja menawan Constantinople. Kemudian dia menambah menara-menara (minarets) untuk menunjukkan macam masjid. Locals memanggilnya Aya Sofya dan Aya Sofya remains a functioning mosque sehingga tahun 1935 dan kemudiannya dijadikan muzium oleh Attaurk. Conversion ofAya Sofya ni simbolik kepada kekuatan kerajaan Umaiyyah pada masa tu. Ada mimbar dan mihrab dalam masjid nih. Boleh baca dengan detail pasal Aya sofya ni dekat Wiki.

Bila masuk jek, memang nampak dengan besar tulisan Allah dan Muhammad dalam Aya Sofya. Aku dan Ed terdiam sekejap dekat pintu besarnya. Trying to take it all in. Masyallah. Semasa di convert jadik masjid semua lukisan-lukisan Holy Mary dan sebagainya dipadamkan. Semenjak jadik muzium banyak kerja-kerja restoration yang dijalankan untuk tunjuk balik the images pada mozek2 lama. Memang unik sangat, where you see pertembungan Islam dan Kristian dalam satu bangunan. Sayang pulak bila tempat ni no longer a mosque sebab kalau ia masih masjid mesti ramai yang mengimarahkan masjid tu. Ed was really happy to be there. Aku ingat dia selalu tulis dekat skype account dia few years back. ~Aya Sofya~. Tak sangka kami sampai ke situ. Syukur Ya Allah.

At the entrance. Most people were pausing.


Look at the dome
Mimbar
 



Mimbar
Mihrab
 Lepas tu kami naik ke tingkat atas melalui laluan tepi. Sempit sangat laluannya dan agak gelap. Terasa macam medieval sangat laluan tu. Nanti aku cuba cari gambar. Mengah weh nak sampai atas tu, memutar-mutar dekat laluan macam ramp tu, maybe 6 -8 kali turn. Lepas tu kami tengok dari atas. Ambik gambar, baca sejarahnya. Aku bengang betul dengan kamera aku. Dekat indoor, gambar memang macam siot. Jenuh tekan-tekan, ubah setting sana sini, tapi hasil tetap mengecewakan. Dahla lampu dekat Aya Sofya ni malap-malap. Ed pulak pakai baju hitam head to toe, memang tak nampak apa. Lepas tu kami turun ke bawah. Ed dok tanya aku macamana nak ke tingkat 2 sebelah kanan bangunan. Entah, aku jawab. Dia insist nak naik jugak. Yelah kan dah sampai situ, dan dah bayar the fee nak masuk. So aku temanle dia naik sekali lagi, ramp yang menyemputkan tu. Kami Bagus jugak kami naik. We catch a glimps of the blue mosque from the Aya Sofya windows. 



Sayup-sayup nampak masjid biru. Nampak tak menara 4 tu?

Pemandangan dari tingkat atas
Keluar dari Aya Sofya, kami walk to the opposite building. The Blue Mosque or Sultanamet Camii (disebut jamik). Masa tu hujan. So aku beliler payung hijau dengan harga 5 Lira. Rasa nak gi toilet sangat, so nasib baik ada toilet or they called it WC di sini. Bay untuk lelaki, Bayan untuk wanita. 1 lira per person, you. Adeh. Oh kalau travel ke Turki tak yah bawak botol air, sumer toilet ada bidet or ada gayung.

Lepas tu kami berjalan ke masjid Biru bebetul opposite Aya Sofya. Masa tu dah pukul 3 ptg. Tourist hanya dibenarkan masuk balik after 3.30 iaitu lepas waktu asar. Ed nak gi solat, so aku tunggu jelah kat luar sebab tak solat. Most masjid kat Istanbul ni ada plastik untuk letak kasut. So kalau perlu bawak masuk kasut tu bawakla, sebab takut hilang lan. Dekat dalam ada lagi rak kasut. Masa tu sejuk gila aku tunggu dekat luar, sebab hujan dan lantainya marmar. Ed pulak ke belakang amek wudhu' aku pegangkan kasut dia, nampak dia mengigigl-gigil masuk masjid lepas tu. Masjid ni dibina oleh Sultan Ahmed pada 1616. Masjid biru ni dipanggil sedemikian sebab tiles yang diguna dalam masjid tu yang banyak berwarna biru. Bukan sebab domenya biru. Masid biru ni ada 6 minaret and a big courtyards. Actually dalam masjid tu takle besar mana menurut Ed.  Sebab Ed nak masuk solat, aku tak le pass kamera aku tu kat dia. Instead, aku passkan BB aku jek, senang dia nak amek gambar. Masa tu dok pikir, alaa apesal la aku tak beli Galaxy note, gambar 8Mp tu. Cantik plak tu. Senang nak amek gambo. Sabo jelah kan. Masjid biru ni sangatla ada rupa Aya Sofya, dan sangat similar dengan Masjid Beyazid, Yeni Camii dan Suleimeni Camii.

Masjid Biru
Oppositenya ialah Aya Sofya. Ada batu bata merah sikit

Tempat amek wudhu'

Dalam masjid biru




Besarnya tiang


Cantik gile kan tiles tu. Ada kain kot kat gambar ni.

Masuk ke masjid ni takde la dikenakan bayaran, cuma sesiapa yang nak derma dialu-alukanla. Tourist boleh masuk, tapi bukan waktu solat. Ada timingnya. Lepas tu ada pekerja dekat masjid tu cakap pergilah ke Arasta Bazaar, sebelah masjid tu. Kami pon pergilah. Dia macam laluan kecil ada orang jual barang-barang yang unik untuk Istanbul. Kebanyakan jalan-jalan dekat Istanbul ni memang cobbled stone gitu. So janganla mengada nak pakai heels, memang terkehel la kat celah batu-batu tu. Tak beli langsung apa-apa kat situ. Yelah baru sampai. Tengok-tengok jelah dulu kan.






Comel giler lampu ni, geram nak beli





Tiles design yang famous from Iznik
Kasut leather kanak-kanak kecik kenot. Comel nak mampos
 

Kucing gemok ada di mana-mana di Istanbul ni
Lepas ke Arasta Bazaar, kami memutar-koknar cari jalan keluar dan masuk balik ke courtyard masjid melalui jalan belakang. In between masjid dan Aya Sofya ni macam ada dataran. Dulunya ini adalah tapak Hippodrome pada zaman roman where there is a chariot race gitu. Yang tinggal hanya tugu batu sebagai tanda sahaja.



Lepas tu kami pusing-pusing dan minum dan makan roti haper entah. Memang order satu coffee and satu toast jek. (penjual tu kata toast..entah) memang share jek. Nampak few cute shops dan kami lalu kat situ nak ambik gambar. Area Sultanahmet ni (boleh naik tram ke kawasan ni, stesyen Sultanahmet) memang penuh dengan tourist. So makanan pon agak mahal. Penuh dengan orang jual jus delima, buah berangan, nanti aku tunjuk gambo.

Tengah-tengah memusing tu aku nampak Yarebatan Sarnici(Sunken Cistern) or Basilica Cistern. Tempat ni ialah kawasan tadahan air under ground yang dahulunya ialah tapi church. Emperor Justinian menyambung initiation of this cistern by Emperor Constantin. Cistern ni membekalkan air pada Topkapi Palace kemudiannya. Kami turun ke bawah tanah dan tengok kawasan tadahan air ni. Actually aku baru baca bahawa air kat sini di bawa melalui Valens Aquaduct yang kami jumpa secara tak sengaja di Fatih. Jauh tu. Anyways, gambar kat bawah ni is such a dissapointment, pastu aku pulak dah letih sangat nak adjust the camera. Aku amek mana yang boleh jek. Ed pon tak larat nak cuba lagi. Sebab kami pon dah amek beratus-ratus gambar by then.
 

Tengah turun tangga ke bhg bawah tanah

Gambar gegar

More gambar gegar


 Dekat bawah ni ada macam sesi fotografi. Ada professional photographer yg boleh amek gambar ko solo or berdua or in a group pakai pakaian traditional turki. Aku ajak Ed. Dia maleh nak layan aku, hahaha. Ala 5 Euro jek. Aku tau bukan masalah duit tu, masalah kena salin baju bagai yang buat dia rasa malas. Dekat cistern ni banyak ikan. Besar-besar la jugak. Pastu duit syiling pon banyak dalam ni. Agaknya sebab dulu cistern ni tapak basilica kot, tu yang ada orang campak duit tu.  Sekarang ni katanya, tempat ni jadik tapak classical konsert.

Lepas keluar dari cistern, kami pon berjalan balik. Aku tanya Ed nak kena naik tram ker? Aku nak patah tulang belakang dah masa tu. Ed cakap tak payah kot, dekat je rasanya. So kami jalanlah menghala ke hotel. Berhenti makan kejap dekat satu restoran ni, hmm mahal nak mampos. Tapi sebab dah sejuk, dan nak duduk punya pasal masuk le jugak. Takdela posh pon restauran tu.

Lepas makan, kami head back ke hotel. Ya Allah penat giler I tell you. Yelah pagi tadi baru sampai terus ke Topkapi, Aya Sofya, Masjid Biru, Arasta Bazaar, Cistern dan spend berjam-jam jugak dekat satu-satu tempat. Gila punya penat. Kami sampai hotel dah maghrib dalam pukul 5.45 petang cam tu. Ed sampai hotel jek, mandi, solat  dan terus tido. Pukul 6.30 ptg dah tidur. Aku lak, mandi, transfer gambar, charge camera, siap-siapkan baju untuk esoknya, pastu terus tido gak, dalam pukul 7.30 malam. Ed selamba je terus tido sampai pagi hahaha, aku ni surela terjaga kol 12.30 malam gitu. Bila terjaga jek aku teringat aku nak book tours esok. So aku bangunler dan call front desk. Aku jugak mintak plug dengan diorang sebab plug kita tak sama dengan diorang untuk charge laptop. Dekat Turki pakai 2 pin jek.

Habis jugak day 1. Baru day 1 kan. Penat kan, korang baca. Aku menulis pon penat ni. Tapi aku seronok tulis detail-detail nanti aku boleh ingat balik. Oh hari pertama ni banyak pakai duit sebab semuanya berbayar. Let me do a list. Price is per person ya.

Topkapi palace : 20 TL 
Additional Harem section : 15 TL (takyah la amek tak best pon)
AyaSofya : 20 TL
Yarebatan Sirnici : 10TL
Blue mosque : Free. Donation is appreciated
Transport : 4 TL from airport to Hotel. After that - on foot.

Ok aku nak upload gambar ni. Hisshh dah pukul 2.34 am!!

18 comments:

  1. aku skip baca cerita, byk tgk gambar..

    yg paling best, aku rasa aku tergolong dlm readers yg baik..

    eheh...

    ReplyDelete
  2. **dusyumm..dusyumm** mode aksi tinju hindustan kat readers yg kaco ko muehehe

    arc

    ReplyDelete
  3. Oren,

    hahah betullah kan.. korang la readers yang baik2. Yang supportive yang in real life boleh buat kawan kan..kan..kan..

    Arc,
    owh kaulah silent reader yg baik jugak. siap tlg dusyum lagi. ok jgn sesapa berani kaco aku. aku banyak bouncer..kekekek..

    ReplyDelete
  4. kita kwn as blogger dah lama ar beb.. blog nije yg baru.. so org baru yg hentam2 ko tu pls la ok..

    tayah la nak jd haters kat sini..pegi la hate yg famos2 tu..(really got ppl hentam ko ke?)

    anyway.. aku suke sangat baca (sbb ish dah tido).. every line.. pastu aku pikir bole ke heret ish tempat camni... hmmmmmmmmm...

    suka kasut kids tu siap zoom and pilih 3 pasang haha!!

    ReplyDelete
  5. Joe,

    Tuler, yang sibuk nak hentam tu pon hmm tak yah ler. rentikan je ye tak. Kalau blog famous pon hentam wat per ye tak. nampak ngat dengki tak pepasal tuh hahaha.

    hahaha kalau dia gi sana dia akan geram kat kucing gemok2 tu. nanti aku letak yg lagi gemok. Sebab majoriti bebudak dok kejar kucing jek kat sana. Street cat tapi gemok, gebu dan bersih. Sapa tak geram kan.

    Wei siap pilih 3 pasang! hahaha aku dok pikir nak beli kat saperla nih, tapi tatau size pulak hmm so tengok jelah..

    ReplyDelete
  6. Jojoe,

    wei come to think of it kan, that super cute shoes kalau matching2 dengan your kids clothing line mesti best kan. Ok so kena buat trip ke turki, business trip tuh penting hahaha.. justify jangan tak justify.

    ReplyDelete
  7. cute sungguh kasut kanak kanak tu .....


    Kalau Adam pakai , lagi comel.
    He he he ...


    Line to line tu kak pB baca ...

    ReplyDelete
  8. mmg cute...and plain je.. aku suka plain. leather pulak tu. kat sini kasut plain n leather gitu designer label beratus la pulak.. pakai kejap je dah x muat. beli bubble gummers manjang ada kartun n tampal2..

    ReplyDelete
  9. Thanks kak PB,

    Kalau en Adam pakai memang lagi comel. Jahit tangan pulak kasut tu, macam tak jumpa dah dekat bazzar lain kasut kiut2 tu.

    Joe,
    Itulah dia cam adult punya tapi kiut kan. hand sewn gitu. Takde renda2 takde sticker2. smart sangat. kaler combination pon takle cam kekanak sangat cam light blue or pinky2 or purple. Leather gituler maner der sangat nak kaler2 lembut payah nak dye kan. ok gi buat proposal kat en Z utk ke Turki. Matta Fair bulan March ni sila scout for tickets. Business trip maaa..hahahha

    ReplyDelete
  10. bestnya cekna, kalaulah akak yang pergi turki, akak cerita macam ni gak kat blog, bukan nak menunjuk tapi nanti bila dah tua-tua boleh tengok blog tu balik atau boleh jadi panduan kat orang lain yang nak pergi tempat tu jugak

    macam-macam manusia ni kan, macam currency tu kalau tak tau main pakai tukar aje, tapi bila dah tau so boleh jadi panduan hehehe

    akak suka kasut budak tu

    akak selalu dengar yang turki ni ada tudung lawa-lawa, tudung yang jenis shawl, ada jumpa tak? lawa tak? akak dengar orang cakaplah hehehe

    ReplyDelete
  11. Kak Ummi,

    Betul memang untuk ingatan saya dan maybe boleh jadi guide untuk sesiapa yang nal pegi.

    Tulah pasal currency tu, alhamdulillah Allah tunjukkan jalan, kalau tak memang rugi gile kak.

    Shawl? Lawa la jugak, tapi saya rasa designnya common. Kat Malaysia pon banyak cam tu. Tapi saya ada jumpa yang unik, bile dah pusing second time tak jumpa pulak dah.

    ReplyDelete
  12. terimkasih bebanyak....!!! best..best!! 11/3 saya akan turkey..very informative. Akan saya pakai tips yg di bagi ni..thanks so much!!

    kong
    johari@prubsnadviosr.com.my

    ReplyDelete
  13. Ya Allah!!! cekna!! bestnye!!!! doakan aku pun leh pegi 1 day yer....

    ReplyDelete
  14. Arena,
    Memang cantik-cantik belaka gambo kat muzium dan masjid tu. Best tengok!

    So sempat rembat tak lampu comel tu? :D

    ReplyDelete
  15. Kong,
    u nak pergi Turkey this March. Tak lama dah tu. Tengok weather forecast ye. Minggu ni dan lepas Istanbul salji tebal. Sampai flights suspended tu. Alhamdulillah kami dah balik. Tapi rugi gak, termiss it hehehe. Pergi Istanbul ker or ada pergi state lain jugak. Turki ni banyak tempat2 menarik. Ok sila guna tips yang berguna. Hope it helps.

    Fina,
    Insyallah ada la tu rezeki sis. Mula2 kena berangan, lepas tu dah kena start berangan with a target, tengok harga flight, pakej, hotel.. insyallah jalannya akan ada.

    ReplyDelete
  16. Sis Aida,

    Kome tak beli lampu tu. Ed kata nanti pecah.. eiii kalau koi gi ngan mama koi sure dah beli tu. pandaila koi mempackingnya ye dok? Ala gambo tak lawo sangat sis. Koi malas nak godek2 plus, banyak sangat tempat nak pegi masa tu, takde masa nak dok kat tepi2 dan carik seting plg mantap, hehehe.

    ReplyDelete
  17. Salam Arena,

    Your blogging reporting style is excellent. Keep up the excellent work...moga Allah swt memberi keberkatan dan kerahmatan atas usaha yang baik ini.

    Salam Ukhuwwah

    ReplyDelete
  18. Thanks for sharing Arena! Going to Istanbul soon. Gigih ni kumpul info. Nak dapat imagination which & which places boleh gi in one day. Thanks again!

    ReplyDelete