Saturday, March 31, 2012

MNJ6 : Preparation towards OPU

27 Feb –Monday

Pagi ni appointment kami di Sunfert is at 8 am. Pukul 7 Ed dah jab aku. Lepas tu kami terus bergerak ke Sunfert. Selalunya lepas jab aku akan baring kejap, tapi kali ni memang lepas jab jek terus masuk kereta pergi hospital. Dalam kereta rasa berdenyut-denyut sikit perut. Ed suruh aku baringkan kerusi dan tidur. Aku tryla rest sikit. 

Traffic was really bad dari Kajang tu. Memula jem kat Sg.Ramal, lepas tu jem kat Sg.Besi, lepas tu jem kat KESAS, lepas tu jem dekat Sunway toll. Adehla. Kalau korang perhatikan semua jalan-jalan tadi adalah jalan yang ada tol ok. Dah bayar pon jem lagi. Naik highway turun highway tu. Semuanya jem. Akhirnya kami sampaila hospital dalam 8.30 pagi. So dah ada 3-4 orang sebelum aku. Tak dapat jugak jadik orang pertama. 

Lepas tu bila sampai turn aku, doc scan. Ada 8 egg follicle belah kanan and 10 eggs follicles belah kiri. Yang kanan nampak macam dah mature sikit, tapi yang kiri masih kecik-kecik.  Doctor pon postpone sehari for the egg collections or they called it Oocyte Pick Up (OPU) dan aku kena tambah jab lagi sehari. Aku jugak kena gi lab, dan tambah dosage jab on the spot. 

Lepas tu kami pergi ke lab. Ed did the shots for me. This time aku rilek jek berdiri and he did the shot. Lepas tu kami di brief on segala-mala preparation before the OPU. So basically, aku akan ambik 2 shots yang biasa tu pagi. Kemudian ada additional shot Ovidril kot at 10.30 pm sharp 2 days before the OPU. On the 29th which is the day before aku kena consume antiobiotics pagi dan malam.  Lepas mid night dah tak boleh eat and drink. 

Hari ni bayar RM2000 pulak. Fuhh. Up till today dah lebih RM10,000 berhabis. Memang bukan murah buat IVF atau ICSI ni. Tapi kenalah usaha selagi mampu. So bayar jelah apa nak buat kan. 

On the OPU day itself nanti, kami kena sampai hospital at 9.30 am. Pada hari tu, aku shower tak leh pakai sabun, no lotion, no make up and perfume. Au Naturalle gitu. At 10.30 am OPU procedure akan dibuat. Eii takutnya. 

29/2/2012

Esok ialah hari OPU atau egg collection. Suspen jugak. Semalam masa Ed did the shots ada some slight bleed. Selalunya takde bleed langsung. Agaknya dekat exact same spot kot. Yelah Ed bukannya nurse kan. Bukannya professional. OKla jugak dia tak seram to do the shots. Kalau tak aku kena buat sendiri tak ke haru.  Total number of days for the shots is 11 days. Tak semua orang sama. Bergantung kepada number of follicles dan  how mature they are. 

Aku dah mula amek ubat antibiotic. So hari ni dah tak de shots dah. Malam karang at 11 pm kena makan ubat. Aku saspen sebenarnya. Saje je buat-buat berani. Hati ni bersedia terhadap pelbagai kemungkinan. Samada menyebelahi kami or not. Bukan nak berfikiran negative, tapi cuma nak prepare my mind jek. 

After 11 days of shots, aku rasa cam mengalami PMS lak. Kulit muka kering dan and ber’acne. Perut rasa bloated gila dan my breast macam sore gitu. Start hari ke-5 onwards tu dah mula rasa tak selesa. Tapi aku ignore jek, malas nak layan. Nanti aku melepek jek kerjanya. Pastu aku rasa panas jek memanjang. Takdelah over sangat but aircond kat bilik tu memanjang berpasang. Jenuh la bayar bil nanti tu. Mood swing tu adala sikit-sakit tapi sebab aku tak kerja kan, so takdelah teruk noo nak mengamuk ke ape ker. 

Owh, kelmarin  Ed spring cleaning bilik tengah. Aku biarkan jek. Tak tolong sangat. Nanti dia nak apa-apa aku tolonglah. Dia kalau tengah ngemas, janganlah be in his way. Aku masa tu tengah perisikan ikan. Aku nak bawak laksa pergi office. Gigih gila buat kuah laksa dan makan dengan kawan-kawan dekat office. Boring jugak dok rumah ni. Makan, tido , blog walk, itu jek. Opps ada lagi satu main game bodo2 dekat iPad yang addictive tu. Pffftt. 

Oklah aku nak tidur. Eh belum solat lagi. Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Berikanlah yang terbaik untuk kami. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk kami. Bantulah kami yang lemah ini Ya Allah.

Friday, March 30, 2012

MNJ5 : Polyp?

25 Feb 2012

Hari ni ada checkup dekat Sunfert. Appointment pukul 8.15 tapi kami sampai dalam pukul 9 jugak. Lepas amek jab pukul 8 pagi gitu, kami pon bergerak ke hospital. Traffic oklah not bad. Sebab hari Sabtu gamaknya.  Hari ni aku kena scan dengan full bladder, sebab doctor nak tengok saiz polyp tu. Sampai jek hospital, aku minum air banyak-banyak. Dalam pukul berapa entah, aku dah tak tahan nak gi toilet dah, aku tanya nurse lambat lagi tak, sebab aku memang tak leh hold dah. Nurse kata doc sedang buat procedure. Aku pon pergile toilet dulu. Lepas tu start minum semula. 

Dekat pukul 10.30 gitu aku ckp kat Ed, aku kena gi toilet lagi sekali sebab aku tak tahan dah. My toes pon dah curl, nak duduk tegak pon takleh. So pergi lagi sekali.  Lepas tu aku mintak Ed belikan air mineral sebotol and start drinking again. And the nurse pon datang ler lepas tu ckp my turn dah tak lama dah. Masuk je ke examination room and lie down gitu, adeh aku memang nak terkencing sangat dah. Sejuk pulak tu. Doctor pon takes time jugak masuk. 

Kemudian doc buat ultrasound, and confirm memang aku ada polyp dekat rahim. Tak besar sangat. Itu yang dia kata, rahim tak nampak cantik sangat tu. Aku dah rasa nak nangis masa tu. Lepas tu doc suruh pergi toilet sebab nak scan the eggs pulak. Doctor cakap, ada both ovaries ada good number of eggs. Cuma belah kiri tu the eggs are still a bit small. Yang belah kanan dah mulai mature jugak. Lepas habis scan, I dressed and the doctor consult us. 

Considering that aku ada polyp, the doctor bagi 2 options

Pertama : Kami continue with the treatment and doctor will do the embryo transfer with the not the best quality of embryos. The good one he will freeze and will be used in the future if needed be or if the polyp mengganggu the embryo  untuk melekat di rahim.

Kedua : Stop the treatment (read : rugi jugak sebab dah amek jab semua for 8 days dah, which cost thousands!) and do IUI(which is cheaper). Later do a polyp removal surgery and start again. 

Doctor suggest options yang pertama, sebab dia kata polyp aku ni kecik and it is not uncommon  for people to have polyp dekat rahim.  Ed terus jek cakap kami follow Dr’s recommendation. Aku tanya jugak, would he suggest for us to remove the polyp first. Doc, cakap boleh but rugilah all the med and jabs yang dah diambik. Aku cakap jugak yang IUI is not so suitable for us in our case so the second options is not relevant dah. So we opt for the first option. 
Additional jab yg kena campurkan serbuk dan liquid before masuk picagari

Yang ni tak pakai pen, pakai picagari

All the supplies
Jangan ngeri tengok jab tu. It aint that bad, as long as bukan korang yang buat sendiri hehehe. Ubat masa masuk tu bukan rasa sangat pon. As aku cakap, bila kepala dah ready nak buat IVF ni, ko dah pasrah dah come what may, redah jek. Alhamdulillah, Allah bg aku kekuatan. Ko ingat aku berani sangat. Tatau datang mana, tiba-tiba jek rileks je kena jab hari-hari. But i don't like at the needles dan aku tak tengok masa Ed bancuh the ubat whatsoever. Bila dia masuk bilik bawak jarum tu aku tutup mata. Lepas tu Bismillahirrahnirrohim. Yg kelakar lepas jab aku tidur balik. Yesss. Tu yang best bila treatment masa tengah cuti nih.

After that, we went to take more supplies of jabs. So aku kena tambah jab yang kiri kanan tu lagi 2 hari. Kami kena datang hospital lagi on Monday pulak. Hari ni tak lama sangat the appointment. Dalam pukul 11 gitu dah keluar dari hospital dah. Ya Allah opermudahkanlah urusan kami. Lorongkanlah hati kami dan hati doctor untuk mengambil tindakan yang tepat.

Thursday, March 29, 2012

MNJ4 : ICSI and Shots

Sebelum aku sambung aku nak tulis sikit. Aku tau now dah nak end March dah. Dah, dah jangan sms, emel  or call aku tanya result dah keluar ke belum ok, muahahha. Aku tau ada yang tempted dan tak sabar tu hahaha. Tunggu jelah bila aku habis cerita ok. Kalau korang dah tau result, mesti tak baca dah journeynya. Anggapla result belum keluar ok. As I said, I will share with all of you when I am ready.

  
22/02/12

Entah bilalah aku akan update ni dekat blog. Aku tulis dekat word jek dulu. Nantilah bila sampai kekuatan dan aku rasa sedia aku uploadla dekat blog.  Hari ni ialah hari ke-5 aku amek Gonal F jab. Setakat ni takde rasa apa-apa side effect.  Kadang-kadang ada rasa senak sikit-sikit jek, but not too bad. So far so good. Hari-hari Ed akan jab aku at 8, di belah kiri kemudian alternate ke belah kanan pusat. Hari ni jugak ada checkup dekat Sunfert untuk tengok perkembangan eggs. 

Appointment is at 9 am. Pukul 7 lebih gitu Ed kejut aku. Dia cakap dia akan jab aku pukul 8 dan suruh aku siap-siap. Dia turun sekejap belikan breakfast sementara aku bersiap. Kali ni aku amek jab sambil berdiri jek. Hari ni rasa sakit sikit bila kena jab especially bila masuk ubat tu. Alhamdulilllah, perjalanan dimudahkan. Ada jem sikit jek dekat Tol Sunway, but not too bad lah. Parking pon kosong lagi. Takdelah macam Sabtu, parking pon nak penuh dah by the time kami sampai. 

Kami register, dan tunggu turn sampai. Ada beberapa orang sebelum kami, tapi Dr.Wong gamaknya tengah buat procedure. Nampak couple ni, the husband tengah tunggu kat luar dengan the mom, probably wifenya tengah buat egg retrieval or embryo transfer. Dalam pukul 9.30 gitu the nurse suruh aku pergi urinate dulu, and later they called me for a scan. Lama jugak aku tunggu atas katil tu, dahler sejuk, dah nak terlelap dah. From the scan Dr dapati bahawa aku ada 7 and 8 eggs in my left and right ovaries. Which is good dan menunjukkan my body is responding to the jab. The not so wonderful news is, the uterus nampak tak cantik sangat. When I asked apa maksudnya, Dr, kata tak conclusive, sepatutnya ada line yang jelas, tapi tak nampak masa scan tu. Maybe ada polyps tapi mungkin jugak tak ada apa-apa. Dia akan scan sekali lagi lagi 3 hari. 

Lepas tu, kami ke lab where the nurse explain that I need to add another jab. Kali ni cam complicated sikit. Sebab kena gaulkan dulu dalam botol camana entah. Sekali lagi aku suruh Ed jek tengok dan fahamkan baik-baik, sebab dia akan administer the jab. Tomorrow onwards, aku akan mula amek dua jab di kiri dan kanan my belly button. Adeh. The new jab ialah supaya the eggs tu tak mature terlalu cepat kot, gitulah. 

Lepas dah ambik semua jab, kami diminta buat blood test for HIV and Hepatitis. Boleh jek buat kat lab lain.  Ed cakap buat kat Sunway Med tu jugakla. So the nurse preparekan the blood test form and we prepare to pay the ICSI payment. Lepas tu pergi bayar, RM5,500 for the overall ICSI. Kemudian additional RM95 each for blood test for both of us. Lepas bayar (gulp!!) kami pergi buat blood test.  

At this point, the needle poking and and emm scan(vagina scan) does not bother me much yet. Aku buat bodo jek, walaupun masa scan tu senak nak mampus. Malas nak gabra or risau sangat. Aku pasrah jek.  Syukur Allah beri kekuatan pada aku dan Ed. Aku harap sangat that the polyps tu takde apa2 sangat. Aku ada baca2 jugak pasal polyps ni. Ada polyps yang mungkin ganggu nak pregnant, ada yang tak. So aku trust Dr.Wong punya judgement jelah. Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk kami.

MNJ 3 : IVF atau ICSI

18 Feb 2012
Setelah aku pertimbangkan dengan sedalam-dalamnya, cari segala-mala maklumat yang available, berserta sembang dengan orang yang pernah buat IVF, aku telah ambil keputusan untuk buat treatment tersebut dekat Sunfert di Sunway Medical Center. Antara yang agak dekat dengan Bangi dan success rate juga agak tinggi.  Aku jugak happy dengan maklumat yang aku boleh dapat dari hospital tu dari reception dan nurses yang attend to my enquiry. Aku baca pasal doctor Wong Pak Seng yang bakal aku jumpa, banyak maklumbalas positif yang aku dapat. Dia pon dulunya daripada TMC jugak. 

I remembered when I was talking to a relative yang buat IVF jugak. Katanya antara factor selain succees rate dan distance tu, factor doctor tu sangat penting. Sebab you tak nak stress dan sebagainya dan the doctor must be reassuring dan punya good bedside manners so that you’ll feel comfortable.  So aku pilihla dekat Sunfert di Sunway Medical Center ni. 

Hari ni kami ada appointment at 11.30 am, tapi kami disuruh sampai awal untuk registration dan buat one tests.  Aku happy jugak that SMC ni takde issue parking. Lega dah satu bab. Aku menyampah kalau nak gi hospital appointment pastu terpusing-pusing entah berapa lama nak carik parking je kan.  Lepas register, tak lama kemudian, klinik panggil dan banyak details kami yang diambil. Lepas tu kami ke bahagian lab, sebab Ed kena kasik sample untuk test. hehe. Lepas the test, nurse tu kata pergila jalan-jalan dulu and she will call me, dalam half an hour sebelum my turn to do consultation with the doctor came. 

Aku dan Ed pergilah ke Sunway Pyramid dan makan-makan, kemudian pusing-pusing. Kami bukannya kaki shpopping, so tatau nak buat apa dah. Actually aku kaki shopping, but I’m not when I am with Ed, muahahhaha. Bila nampak ada tempat main archery dekat tingkat atas, we decided to give it a shot to kill time. Aku sempat shoot 3 atau 4 arrow, lepas tu aku sakit tangan. Menggigil-gigil tangan aku pegang bow tu. Hmm, so aku passed to Ed lak semua arrows aku untuk dia habiskan. Sekejap jek main tu. Dalam dekat-dekat pukul 2 petang gitu kami pon geraklah pelan-pelan ke Sunfert balik. Pukul 3 gitu baru sampai turn kami consult with the doctor. Test result dah sampai masa tu, dan doctor explain semua resultnya. Kemudian came the dreaded ultrasound, arghhh.  External and vaginal scan. Adeh, dahla aku tengah period 2nd day masa tu, ko imaginela. Berapa kali aku cakap kat doctor dan nurse, you are aware right, that I am on my 2nd day of menses. Very heavy. Kata doctor, it’s ok we normally do the scan on 2nd day. This is normal. Adehhh. Nak nangis kalau aku ingat balik. 

After that, doctor terangkanla pasal IVF dan ICSI dan doctor cadangkan kami buat ICSI, sebab yang tu lebih tinggi success rate. Kalau IVF, the sperm and the egg akan diletak dalam dish, and the sperm had to swim sendiri untuk enter the egg. Kalau ICSI, one single sperm akan diambil dan terus diinject direct to the egg.  Sebab memang ada jugak cases where the sperm not strong enough to swim or penetrate or the egg punya membrane tebal or resist the sperm. So to increase the chance Dr.Wong suggest ICSI. Berdasarkan cost dekat Sunfert tu, IVF dan ICSI tu sama jek harganya kalau tak silap.

Aku pandang Ed, Ed cakap ICSI it is lah. Doctor kata boleh start on Day 2 period, you can go back and think when you wanna start the treatment. Aku terus tanya, kalau Day 2 boleh start, emm well,  today is Day 2 of my period so boleh start ker? Yes. Ed cakap terus jelah start kalau kena dah right timing nya kan.  So Dr.Wong terangkan starting dari hari ni, aku kena amek jab Gonal F to stimulate and produce more eggs.  And dia dah bagi next checkup, egg retrieval dan Embryo Transfer date. Memang dia dah bagi jadual upfront, so that we know what to expect and also so that we can plan our cuti and so on. Mungkin juga ada additional jab kena ambik bergantung kepada keperluanlah. 2-3 embryos akan ditransfer untuk increase chances of conceiving. Kalau ada lebih embryos, mereka boleh freezekan, untuk future usage. Doktor cakap after the transfer dia akan bagi seminggu MC, which aku cakap aku dah pun cuti 6 months for this. That’s very good, dia kata. Stress free is important. So by mid March, kami akan tahu whether aku pregnant or not.  Fuhhh. Selepas tu, doc minta the nurse to brief us on quite a few things jugak. All the required dates to come and what is expected, the fee – how much to pay, when to pay, what not to eat and the risks. 

Lepas tu the nurse ajar macamana nak jab the Gonal F jab tu. Setiap pagi kena ambik, dan suntik sendiri di perut. Dia suruh suntik kiri kanan 2 jari dari pusat. Aku cakap suruh Ed tengok, pasal dia yang akan jab aku. So the first jab was made by the nurse. Seram jugak tengok jarum tu, tapi masa dia jab aku tak tengok sangat, so takpelah. Not too bad.  So tomorrow morning onwards, Ed akan jab aku selama 5 hari, lepas tu datang ke klinik untuk tengok how many eggs yang dah ada. Kalau tak cukup, the will up the dosage or ada additional jab kalau tak silap. Tengokla nanti. 
Cooler bag

Gonal F shots
 
Kami diberi cooler bag untuk isi semua ubat-ubat dan injections tu. Kena ensure semunya keep cool. Cooler bag tu kena bayar deposit 150 dan refundable bila dah habis treatment dan kita pulangkan dalam keadaan elok. Every time datang checkup kena bawak sebab diorang akan top up ubat baru.
Lepas tu, kami turun bawah dan bayar. Untuk first check ni, the cost is RM329.  Lepas tu kami pon balik. Ed dok pegang tangan aku. 

Ed :  nanti kita jadik parents eh com.
Aku : Insyallah sampai rezeki kita, by next month 16 hb kita dah tau.
Ed : Insyallah..Insyallah. Yang kita nak pergi umrah tu, camana?
Aku : Insyallah kalau diizinkan Allah, dari segi masa dan duitnya, kita pergi jugak, com.
Sampai je rumah, aku terus tido. Ed kata macam orang pengsan, aku tido. Dahle tak leh solat, memang tidur dari petang sampai malam gitu.  Side effect ubat ker, entah. Ed ada tanya, ada side effect ker jab ni? The nurse kata, mungkin wife akan mood swing sikit, so kena pay attention, jaga lebih dan sayang lebihla pada wife. Beli hadiah ker, barang kemas ke. Aku dah gelak masa tu. So we’ll see lah macamana. 

Overall based on first impression, setakat ni aku puas hati la jugak dengan the service. Everything dekat situ jek, I mean the lab and consultation room, dekat-dekat jek. Takdelah kena pegi block lain or floor lain untuk buat test tu kan. Or kena pergi lab dekat luar dan sebagainya. Lepas tu semua penjelasan yang diberi, jelas. Schedule of payment dan stages yang akan dilalui pon diberi. So setakat ni, takde yang vague lah. Cuma ramainyalah orang. Doktornya seorang saja kan. Tapi menurut sedara aku tu, dia kata doctor IVF mana-mana pon memang sibuk dan ramai gila patient. Sebab tak ramai yang ada expertise tu kan. Aku sampai hospital pukul 10 pagi, dan hanya selesai semuanya pukul 4.30 petang.  6 jam lebih ko. Berapa banyak mineral water, majalah dan paper kami beli tadi. Next time memang bawak iPad la cam tu. Aku siap terlelap masa tunggu tu. Heheh aku memang kaki tido. Tak silap aku first appointment ni je lama, sebab tunggu results tu kan. Appointment berikutnya ok jek waiting timenya. 

Rasa macam surreal pon iye jugak, sebab dah cakap lama pasal treatment ni kan, tetiba terus jek start. We can put it off lagi, but why kan. Bak kata Ed, dah 9 tahun tunggu, nak tunggu apa lagi? Dah keadaan, masa dan kewangan dah mencukupi, terus jelah. Aku ikut jek, Ed kata start aku start jek, kalau dia kata postpone, aku ikut jek. Ada hikmahnya aku tak dapat training job minggu satu lagi tu, sebab kalau tak sure kena postpone treatment sebab aku outstation seminggu. Aku takut nak jab sendiri tu.  Oklah aku berdoa agar Allah mudahkan urusan kami dan kabulkan permintaan kami untuk punyai zuriat. Kami berharap sangat untuk menjadi parents Ya Allah. Ampunkan dosa kami, dan tindakan-tindakan kami yang melampau batas serta merugikan diri kami sendiri, bantulah kami Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah, berilah yang terbaik untuk kami Ya Allah. Hanya pada Mu sahaja tempat kami meminta pertolongan ya Allah. Dan hanya Engkaulah sahaja yang boleh membantu kami Ya Allah. Amin Ya Robbal A’lamin.

Wednesday, March 28, 2012

MNJ 2: Episod baru bakal bermula

Ini entry backdate. Sila tengok tarikhnya. 
 
15 Januari 2012

Aku berbelah bagi samada nak reveal all or not dekat blog. Baik yang public, mahupun yang private. Bukan apa, aku malas nak add pressure on myself. Aku ambik cuti ni sebab nak tak nak pressure dekat office semua, tapi aku update dekat blog yang mana aku sendiri yang boleh create that pressure. Bila aku tanya dekat Ed, Ed pon cakap maybe tak yah cerita dulu. So aku tak cerita la buat sementara waktu. Aku tak tau bila aku akan publish entry ni. Aku simpan jelah dulu buat ingatan aku. 

Aku amek cuti ni 6 months. Sampai 9 Julai. Banyak perkara yang aku nak buat dalam cuti ni. Antara yang utama, ialah aku nak buat treatment. Aku nak undergo IVF. Keduanya ialah nak habiskan study aku. Setelah bincang panjang lebar dengan Ed dan family aku, akhirnya aku nekad tahun 2012 aku kena buat IVF. Tahun ni aku masuk 35 tahun. Kalau ikutkan dah agak lambat, tapi nak buat macamana situasi masa dan kewangan sebelum ni tak mengizinkan sangat. Tahun ni aku keraskan hati aku apply cuti jugak, sebab boss macam keberatan sikit, walaupun dia faham. Syukur kawan-kawan semuanya memberi semangat dan push me to not think about work sangat. They of course can survive without me, bukan penting sangat aku ni pon kan. 

I have also decided that 2012 is not a career year for me. I am mentally prepared if my career stalled while semua orang dah ke depan dari aku. Aku ni bukanla ambitious sangat. But whatever was given to me, aku buat sungguh-sungguh tu jek and whatever opportunity comes my way I grabbed it. So aku dah pikirkan aspek ni. 

Banyak preparation aku sebelum aku start my treatment ni. Masa bulan 12, which is the last month I am on full salary, aku shopping sakan. I bought 3 quite expensive blouses and 3 quite expensive shoes. Aku pikir nanti aku adala baju baru bila aku tak bergaji or bergaji minimal nanti. Takdela rasa deprived sangat. I also signed to a gym. Sebelum pergi Turki adala aku pegi few times. Just to get fitter and shed some kilos.  Aku dan Ed sama-sama start minum teh hijau to replace our coffe and not long after that, the urge to have coffee, slowly subsided. Aku juga dah start makan asid folic daily. Walaupun belum start apa-apa treatment.

Anyways, hari ni hari ahad. Hari yang Lee Chong Wei menang final kat Malaysia Open tu. Mulanya aku ingat nak pegi, tapi sebab lawan Tago tu, hmm tak jadikla. Kalau lawan Lin Dan, aku nak la pegi.  Anyways, aku dan Ed keluar lambat sikit hari ni sebab aku tak sihat sangat. Perut tak sedap. Lepas pergi IOI, aku ajak Ed carik Tropicana Medical Center.Sebab the TMC Fertility Center tu dekat situ. Aku tengah evaluate dekat mana aku nak buat the IVF. Aku dah shortlist TMC Fertility Center Damansara, Hospital Pantai, Bukit Pantai dan Sunway hospital. Hmmm semuanya jauh-jauh dari Bangi. Pfffttt. Dalam 3 hospital ni, TMC punya success rate paling tinggi diikuti oleh Sunway dan Hospital Pantai. Tapi TMC tu la paling jauh dan paling jem nak pegi. Damn. Tapi dia very specialize dan dah lama juga in the business. Teringat Dr. Hamid Arsyat cakap kalau nak cari tempat nak buat IVF, make sure tempat tu betul2 specialise dan the doctors hanya buat IVF sahaja dan bukan doctor sakit puan or doctor yang deliver baby. So sebab tu ler aku shortlist 3 tu. Yang lelain,err lagi jauh dari Bangi. 

So berbekalkan google map dekat telefon, kami pon mencarilah the TMC Fertility center dekat Tropicana tu. Masyallah dah nak sampai Sungai Buluh dah, nama jek Tropicana. Mula-mula kami ikut Kelana Jaya, boleh tahan jem bila sampai area the Curve tu. So Ed cadangkan jalan lain. Lepas cuba2 ingat jalan yang patut aku lalu, esok aku akan buat appointment untuk pergi dapatkan info dan sebagainya from them. Satu episode baru bermula dalam hidup aku. Ya Allah permudahkanlah semuanya.

Tuesday, March 27, 2012

MNJ 1: My New Journey

Salam kawan-kawan sorry sebab lama tak update. Bukan busy sangat tapi occupied sikit. Anyways, aku dah decide nak cerita dekat korang pasal my new journey. Eh tak, bukan aku gi jalan-jalan la. Setelah aku fikirkan masak-masak, aku rasa baik aku share, sebab aku pon banyak dapat info dan semangat daripada baca pengalaman orang lain yang undergone fertility treatment ni. So Insyallah aku akan buat upload update every 2-3 days. Most of them are backdated entries from last few months yang aku dah tulis dalam word, cuma menunggu masa yang sesuai untuk update jek. 

Before that, aku mintak sangat-sangat that you all keep an open mind on the entries. Entry-entry yang berlabel My New Journey or MNJ is all about treatment ni. Kalau rasa boring ataupun tak relevant or if you are a guy who does not wanna read about err cerita-cerita orang pompuan, you can skip entry-entry yang ada label MNJ kat tajuknya tu. Satu lagi, entry-entry akan datang ni sangat personal. Aku alu-alukan sangat kalau orang nak tanya but please don’t ask soalan-soalan yang terlalu personal, such as what is my cause of infertility or apa result of this and that? Aaa itu memang a no-no. Tapi kalau nak tanya, experience aku, bolehla. Oklah let me give you some background. 

Background. 

I have been married since 2003 to my wonderful husband Ed. 01-02-03 cantik giler date kan. I have never been pregnant, ever before. No miscarry, no ectopic pregnancy no nothing. Memula tu cam planning kejap. Dalam 6 months gitu. Lepas tu dah tak plan dah. 

2006 after 3 years of marriage, aku ada jumpa doctor, and since I was still young, the doc ask me to just take chlomid. Was on chlomid for few cycles. Never got pregnant, never got to see the 2 lines on the Urine Pregnancy Test(UPT). Some of the doctors said that I have endometriosis, and some said that I have PCOS. Macamana diorang boleh diagnose gitu pon aku tatau sebab they never asked me to do any test. 

In 2008, we went to Klinik Umra in Shah Alam. We did some tests. And this was the first time we were informed by the doctor that the only way we can have a baby is by doing IVF! Don’t ask me why. That’s too personal. We were devastated. But the clinik gave us some meds and put me on Chlomid again, and no I did not get pregnant. 

2009 kami ke Klinik Dr.Hamid Arsyat pulak. When he saw us, he asked me to do HSG test to check wether there is blockage or not dekat my fallopian tube. Sakit nak mampos la buat HSG ni. Dah ler kena buat dua kali, sebab gambar 1st tak jadik. HSG ni ialah a test untuk tengok ada blockage ke tak dekat Fallopian tube. Bila siap gambar we brought it to Dr Hamid, untuk explain it to us. Dia kata tak de blockage cuma sempit sikit, but should be ok. Kadang-kadang orang become pregnant after HSG sebab the procedure cam flush sikit the tube. 

Few months after that, we did IUI. Walaupun Dr kat Umra cakap, the only way is by IVF. We still wanna try. So we did IUI on 2009 with Dr.Hamid Arsyat. Masa hari nak buat tu, based on the condition Dr dah cakap chances macam rendah sikit but let’s try and doa-doa lah.  Boleh tahan sakit buat IUI ni tapi aku rasa HSG lagi sakit. Apsal orang cakap HSG tak sakit ek? Sakit nak mampos. Anyways, you know the result, I was still not pregnant. After that, aku dah tak buat treatment apa-apa lagi. Aku jadik malas, penat dan nak buat IVF kami memang tak mampu lagi masa tu. 

We did everything dah masa tu. Kalau suruh berurut, aku pergi. Apa jek supplement yang orang soh makan aku makan, lepas tu aku diet sebab maybe leh increase the chance kalau aku slim down. Aku turun sampai 6-7 kg. Still no sign. 

Emotionally, ada masa-masa aku rasa aku dah immune dah dgn soalan-soalan orang. But walau camana immune pon of course it still hurts. Cuma aku ni jenis malas nak dwell sangat. Furthermore, tahun 2010 dan 2011 aku busy sangat dengan kerja. Banyak travelling jugak. Memang tak sempat pon kalau nak buat treatment. Aku ingat lagi lepas buat HSG dan IUI esoknya terus aku gi kerja sebab entah, susah nak cuti dan kerja banyak. So aku pikir kalaula aku nak buat treatment akan datang aku nak buat betul-betul. Focus. Maybe amek leave from work. Bila aku sibuk sangat dengan kerja ada jugak yg cakap aku dengan Ed taknak anak sebab kitorang sibuk. Benci tau selamba jek cakap macam tu. Lempang karang. Ko tak tahu what we have gone through. Sedap-sedap jek cakap gitu. Hate this kind of comments. Ah malas nak ingat dah. 

Bila bebudak opis yang baru kawen terus pregnant, or dpt berita Ed’s cousins yang every year pregnant I am always happy for them. Tapi aku tak daya kadang-kadang, orang-orang lain cam pandang aku, cam kesian gila.  Cam diorang serba salah nak cerita sebab aku ada dekat situ takut aku kecik ati. Aku pon tatau nak cakap macamana. Aku sendiri pon kadang-kadang torn between Just-tell-me-I-am-totally-happy-for-them or please-don’t-tell-me-I-don’t-wanna-know.  

Ed ada cakap to me one day, baru je lagi rasanya. Dia kata tiga perkara yang boleh dibawa mati. Sedekah jariah, which kita boleh usahan. Ilmu yang bermanfaat, insyallah masih sempat kita sebarkan. Doa anak-anak yang soleh? Haa yang ni kita takde ni, com. Siapa nak doakan kita,com?  Sedih gila aku masa dia cakap tu. Betullah kan. Ed never force me to do anything. Kami tak pernah bergaduh pasal takde anak ni sebelum ni. Tak pernah. Kami sama-sama diam je masa tu layan perasaan.  

Laa ingat nak tulis background jek, tertulis sekali luahan perasaan hahahha. Ok so next entry is all backdated entry starting January tahun ni.

Wednesday, March 21, 2012

Entry torture : Oriental chicken chop

Hahaha. entry ni hanya torture adek aku jek. Korang sure takde rasa tortured pon, hehehe. Okey, growing up in Kuantan, kami selalu gak makan chicken chop ni. Masa tu semua chicken chop di Kuantan baik di John's, Swans or E&E dan mana entah lagi, memang oriental chicken chop, yang kuahnya merah-merah or oren-oren tu. So i thought that chicken chop ni memang defaultnya begitu. 

So bila pergi KL dan later gi belajar kat UUM, chicken chop nih memanjang dengan kuah blackpapper, mushroom sauce or brown sauce. Hey pesal ni? Masa tu aku hanya boleh accept kalau steak yang pakai sos-sos cam tu or grilled chicken. Tapi kalau deep fried chicken in batter, rasa tak best langsung kalau pakai those sauces. So every time kami balik Kuantan mesti gi carik gak chicken chop ni. Tapi tulah kadang-kadang balik sekejap so tak sempat, plus dah malas nak gi kat John, sebab kedainya ce ye nun alip. Kat KL pernah makan Oreiental Chicken Chop dekat The Ship (looong time ago) and Cozy Corner Ampang. Dan ada juga tempat-tempat lain kalau chicken chop ni ialah yang dihidang without gravy. makan jek ngan sos cili gitu.

Anyways, kelmaren aku terasa nak makan chicken chop tu, so I made it at home. Ayam pon ada dan barang-barang semuanya complete lak tu. Rupa chicken chopnya cam ni. 

Sorryla, aku takde pinggan cantik dan takde fries. Kuahnya kalau John's takde sayur-sayur gitu. Tapi sebab aku nak increasekan sayur intake aku tambahla sayur-sayur dalam kuah tu. Camner dek, terliur dok. Muahahaha. Kejam giler kakok dia nih. Hahhaha. 

Oriental Chicken Chop

Ayam 
Boleh beli chicken chop yang dah siap pack frozen tu or
Marinate chicken with salt and papper.
Dip in tepung jagung 
Dip in telur and 
Dip in tepung jagung balik (boleh gak guna tepung kentucky ke yang berempah kalau suka)

Gravy (ni sesuai untuk 3-4 orang makan)
2 bijik bawang putih ( dimayang halus)
1/2 bijik bawang besar (didadu)
1/2 cili (dimayang halus)
Sedikit capsicum (didadu)
Sedikit butter
Satu sudu kecil tepung gandum
2-3 cawan air
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu stok ayam
2 sudu besar krim/susu (opt)
Carrot and mushroom (kalau suka)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak campur butter sikit. Guna api kecik
2. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu
3. masukkan Cili, 
4. Masukkan tepung gandum dan gaul rata
5. Masukkan air, kacau dan kuah akan memekat sikit.
6. Masukkan carrot, muchroom and capsicum
7. Masukkan sos tomato, sos cili dan stok ayam. Didihkan sekejap
8. Masukkan krim (kalau nak rasanya creamy. Takde pon takpe)

Siap.

Kalau untuk chicken stock aku selalu guna brand maggi yang cecair ni.

Kalau ikut labelnya takde MSG dan ada logo Halal Jakim. Susah sikit nak carik, tapi senang gile nak masak apa2 kalau ada. Buat gravy is a breeze. Nak masak nasi ayam, letak 2-3 sudu besar, campak halia dan simpulkan daun pandan, settle. Nak buat sup-sup pon senang. Tapi kalau korang rajen buat sendiri chicken stock lagi bagusla.

Tuesday, March 20, 2012

History of karipap

Sepanjang hidup aku, kuih yang consistently akan dibuat di rumah family aku ialah karipap. We almost never buy karipap baik yang frozen atau yang dah siap digoreng sebab tau surelah tak up to our standard. Buat karipap ni selalunya is a family affair. Masa aku duduk kat Puchong dulu, and both of my brothers are still here, memang beramai-ramai la buat. 

Bapak aku akan kopek ubi kentang dan bawang besar. Pastu dia akan pass baton ke mama. So mama akan naikkan intinya. Bila inti dah siap, aku akan uli kulitnya. Later my borthers akan roll the kulit dan aku dan anak-anak buah akan masukkan dalam acuan karipap dan ketip/ketap acuan tu. Selalunya buat banyak gak. Jenuh tak abis-abis rasanya. 

Selalunya untuk yang last-last sebab dah malas sangat kami akan buat karipap king. Bapak besar punya karipap, sebab dah malas nak buat dah. Selalunya yang besar ni bapak aku punya, or if its more than one, then sesapa jelah boleh amek. 

My brothers berdua dekat UK tu pon ada buat karipap bebaru ni. Tak silap my younger bro gi bawak daging ke rumah abang aku. Dan diorang buat ler karipap tu.

Aku duduk berdua dengan Ed pon, jadik jek projek karipap ni. Now aku dah master the art buat sikit-sikit jek. Dalam 20-30 bijik jek. 2-3 hari habis bergoreng. Kalau dulu mesti buat at least half a kilo punya tepung pastu macam nak mampus nak habiskan buat. Kalau mood Ed baik, dia tolong aku gelek kulit karipap tu. If dia balik lambat dari kerja dan penat aku buat jelah sorang-sorang. 
Karipap yang belum digoreng
Yang ni herot-herot sikit lepas goreng sebab doh lembut sangat. Aku pakai mesin hehe.

Tengokla saiz bapak karipap tu. Haa yang ni aku punya. Yess!
Bila tengok gambar jek, mualalah rasa nak buat. Sabo cekna, sabo.

Update at 12.32 pm 21st March
Ada yang mintak resepi pulak. Ni yang segan ni, muanhahhaha. Okeh sebenarnya untuk buat kulit tu aku tak pernah measure, selalu aku campak2 jek. But I'll try my best untuk bagi some guide. 
This recipe yields 20-25 karipap depending on the size 
 
Inti karipap
Ubi kentang 4-5 biji saiz sederhana besar (didadu)
Sebijik bawang besar (didadu)
2 sudu rempah kari daging
Daging or ayam (aku selalu buat daging, besar tapak tangan kot dan blend)
1 sudu cili giling/cili boh (nak pedas boleh tambah lagi)
garam
Air 

Cara-cara 
Combine semua bahan inti dan masak sampai empuk. Tu jek, tak yah tumis2 whatever. 

Untuk kulit. 
4 cawan tepung gandum
Sebijik telur
4 sudu besar margerin 
3 suku cawan air.

Cara-cara
1. Combine tepung dan telur followed by margerin. Kalau nak senang uli, gaul telur dan margerin sampai rupanya cam crumbs gitu. 
2. Kemudian masukkan air. Air ni kena ejas2 sikit. To be safe. Masukkan dulu half and work from there. Uli ler sampai jadik doh cantik. Aku selalu uli dgn tangan jek. Cepat. Aku pernah uli pakai mesin, jadik lembut sangat la. Lembik sangat bila  nak masukkan kat acuan. 
3. Biarkan kejap. Pastu startler mengelek, masukkan kat acuan. Kalau takde acuan dan pandai kelim, kelimla sendiri. Aku huduh sangat bab mengelim ni, tengok karipap giant tu sudahler. Sebelum aku freezekan aku selalu goreng sikit, just a bit, supaya senang nak simpan. takdela melekat-lekat bila nak goreng balik dan tak yah beria nak thaw. 

Ok sekian resepi karipap daging family kami.
 

Saturday, March 17, 2012

Sembang-sembang dengan Bulat

Assalamualaikum wbh, 

Sorry lama tak update. Busy sikit. Aku dah kena masuk gear untuk my thesis ni. Lemau jek kepala bila nak start baca. Bila nak habis cekna oi. Kali ni momentum memang slow sangat. Tatau nak kata apa dah. Ya Allah berilah semangat nak habiskan belajar ni cepat-cepat.
Ok, enough rantings. Aku nak citer pasal anak buah aku, si Bulat. Dulu aku panggil dia bulat, sebab dia bulat sangat masa kecik-kecik bawah umur setahun tu. Bila dah start pandai jalan dah kurangla bulat, pasal lasak kan. He just turned 4.  Aku rajin jugak hang out dengan dia. Anak-anak buah aku semuanya rapat dengan my parents. So, selalulah ikut gi Jengka ke, Puchong ke or Kuantan. Disebabkan yang lain tu semua sekolah maka, si bulat ni memang selalu lah ikut mak aku ke mana-mana. Dia bahasakan diri dia baby. The followings are amongst mender-mender kelakar yang dia sembang-sembang with us. Aki is my baba and Neny is my mama.
(atas sebab-sebab privacy gambar bulat pon aku pilih yg tak jelas jek. Kakaka kalah artis kan anak buah aku)
 
Aku rasa dekat beratus ultraman mamat ni ada

Hah ni dia tengah khusyuk main game penguin kat iPad aku

Aki : Baby, baby nanti nak sekolah kan.
Bulat : Taknak
Aki : Habis tu baby nak buat apa?
Bulat : Baby nak dok umah teman neni je. 
Aki : Hahaha
Masa dekat Afamosa, masa dia dok mintak nak tengok ultraman kat youtube. Masa tu tengah pilih-pilih which one nak pasang. Olyn kakak dia yang darjah 3 tu, dok bacala dekat youtube tu. 

Aku : Baby nak yang mana satu? Ultraman Dyna ke, Cosmos ker Seven?
Baby : Yang ni apa? (dia tunjukkan one of the clip
Olyn : Yang tu Kamen Rider la baby
Baby : Macamana olyn tau?
Aku : Olyn bacala baby. Olyn kan pergi sekolah, sebab tu dia boleh baca. Nanti baby pergilah sekolah, nanti baby boleh baca sendiri (aku cuba psiko dia)

Olyn sengih-sengih bangga. Baby sengih gak sambil pikir-pikir. Lepas tu dia jawab.

Baby : Letih tau tak? Nanti bila nak tido!?

Aku : Stunned sekejap lepas tu gelak gila dengan Olyn muahahhahaha. Sabo jelah. Tido yang dirisaukannya. 
Si Bulat tengah nengok apa lagi kalau bukan Ultraman. kan main baik lagi dengan aku nak nengok ultraman nyer pasal.



Ni pulak masa anak-anak buah aku on the way balik dari rumah aku. Masa tu Ed tengah drive. Masa tu tengah sembang-sembang pasal ultraman la apa lagi. 

Baby : Olyn, Otomen seven tu ayah otomen zero ke?
Olyn : **Ignored him dan tengah sembang apa entah dengan Uncle Ed. 
Baby : Olyn, Olyn  Otomen seven tu ayah otomen zero ke?
Olyn : ** still ignoring him and sembang apa entah
Baby : Olyn, olyn, olyn, otomen zero tu ayah olyn ke?

Olyn, cekna and uncle terdiam sekejap, pastu terburai gelak. Hahahha.  Tak pepasal abang aku jadik ultraman. Dia sengih-sengih jek lepas silap cakap tu.

Last week dia ikut mak aku pergi Jengka dengan his siblings. Mak aku dah pesan dekat satu cafe dekat situ, kalau bebudak ni makan, nanti charge to my mumla. Cafe tu sebelah jek rumah my parents duduk. So diorang ni orderla makan. Lepas makan dia cakap dekat tokei kedai tu 

Masuk buku aaaa

Muahahhha sabo jelah. Bapak aku gelak-gelak jek cerita kat aku.

Tambahan :
I was driving with Olin and Bulat masa tu nak gi IOI kot. Masa tu sembang-sembang dengan Olin pasal her improvement in school semenjak pergi Kumon.
Aku : Olyn, mummy cakap sekarang Olyn dah improve kat sekolah.
Olyn : Ha'ah. Sekarang ni asyik dapat stars jek, tatau macamana boleh dapat. 
Aku : Wah bagusla. Maksudnya sekarang Olyn faham apa cikgu ajar. Dulu mungkin tak faham sangat.
Olyn : **sengih sambil hidung kembang-kempis bangga.
Bulat : Olyn dapat stars? Wah hebatnya Olyn! Macamana Olyn buat? Hebatnya Olyn. 
Aku : Muahahha. Hebat kan olyn?

Lagila kembang-kempis si Olyn tu. Muahahhahah. Pandai gak adek dia jek dia. Banyak sangat tengok Upin-Ipin dengan BoboiBoy la nih. Ramai gak anak-anak kawan aku yang suka guna perkataan hebat ni. Wahhhh hebatnya! Hahahha.

Baby, baby. Miss pulak budak bertuah tu. Masa kat hospital Kuantan dulu, seminggu aku bergumpal dengan dia. Pagi petang siang malam melekat kat aku. Nak mengecek tengok ultraman dekat iPad la apa lagi. Hehehe. Miss la kat dia. Maybe next week gi jenguk dia jap.

Tuesday, March 13, 2012

Claypot chicken rice

Mula-mula aku edit dulu gambar Nasi Lemak Zaman kat entry lepas tu. Memang terliur, aku pon boleh terliur bila tengok banyak-banyak kali, muahahha. Aku kan tak banyak cerita so terpaksala buat update masak-masak gaks. 

Aku nampak dish ni dekat blog PatinPasta nun. Nampak macam senang je, tapi tak tergerak nak buat. Resepi asal boleh tengok dekat sini.  Last week, bahannya ada. So aku tryla Claypot Chicken Rice ni. Dek kerana takde claypot, guna jelah rice cooker. Hasilnya stil sedap. Dan yang bestnya, everything in one pot, takde kena tumis-tumis haper dan takde kena siang dan hiris-hiris bawang simple gila resepinya. Tapi rasanya, best gila. (utk orang yg suka claypot chicken ricelah) 

Claypot chicken rice or rather rice cooker chicken rice hahaha

Close up sikit.
Bahan-bahan untuk marinate
Ayam (potong kecik-kecik)
2 sudu besar kicap
2 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1sudu kecik Minyak bijan
Garam
Sedikit halia diketuk
Sedikit lada putih
Sedikit gula
Tepung jagung

Bahan-bahan untuk sos (Optional)
Kicap 
Kicap manis 
Sos tiram
Minyak bijan 
Sedikit air panas

Bahan tambahan 
Dried shitake mushroom (rendam sampai lembut dgn air panas)
Hirisan cili
Hirisan daun bawang

Cara-cara
1. Masak nasi macam biasa, air dikurangkan sikit.
2. Bila air macam dah nak kering, (jgn sampai kering habis) masukkan ayam dan sos,tutup sekejap. Kemudian gaul-gaul ayam dengan nasi tu. 
3.  Masukkan shitake mushroom. 
4. Bila dah masak baru makan dengan cili padi or like me yg tak leh makan cili kecik2 tu hirisan cili biasa jek. Siap. 

Note : Dont be tempted untuk tambah air bila nampak cam air dah kering dan ayam tak masak lagi. Nak tambah, sikit2 sudah. Nanti nasik lembik sangat macam aku punya. 
Note 2 : Walaupun nampak cam nasi dan ayam belum masak, bila rice cooker punya lampu dah naik, let it keep cooking dan jangan bukak-bukak sangat tutup rice cooker. Dalam 20 min to half an hour baru leh cedok dan makan, that is kalau korang tahan sabar la. Hehehe. 
Note 3 : What distinguish claypot rice dengan nasi makan dengan ayam masak kicap is the minyak bijan dan the mushroom. But if you are not a mushroom fan, of course you can skip it.
Note 4 : Kalau tak nak buat sos tu pon takpe, cuma masa perap ayam tu, lebih2 kan sikit kicap2 dan sos2 tu. Aku rasa jadik jek.

Like sis Aida said, this is a dish that I will do again and again. Senang dan sedap. At least kat tekak aku.

Monday, March 12, 2012

Takde idea.

Lepas mengusik abang dengan adek aku tu. Jadik takde idea pulak nak update blog. Agaknya diorang dok bengkek gile  tengok enrty aku, terus takde idea. Aku tengah bosan gila tatau apa nak buat ni, sebelum ni even though aku cuti, aku still pegi office lagi, kemudian aku rajen ke uni.Pastu sebok dengan persiapan nak ke Turki pulak kan. So, many things were happening at the same time, so banyak le idea nak update. 

So korang yang hidup happening giler tu, bawak-bawak ler update ye. Bosan ni, takde bahan bacaan hahahah.

Oh ya, sedih kan Chong Wei injured. Frust giler jek muka dia. Fans yang pergi pon frust. Yelah tunggu sikit punya lama. Sekali sempat main satu set jek. Tapi yelah takkan dia nak lanyak jugak. Banyak lagi tournament dia nak main. Olympic pon tak lama dah. AKu rasa pressure gila la nak soh Chong Wei menang Olympic tu, last2 bebudak berbasikal yang akan menang or Bryan Nickson Lomas. Go Malaysia Go!

Oklah, kali ni seriously takde idea. So later ok. Bila ada idea, or ada bahan nak tayang kat my brothers muahahha.

Friday, March 9, 2012

Makan-makan di Kuantan II - Entry torture

Amy, ko tengokle adek aku tu kemaruk nak balik Kuantan makan. Eleh dek, you are only torturing yourself by publishing the list of yummy food in Kuantan tu, muahahhaha.  And to add to your misery, nah ko, I am putting up an old entry from July last year, masa awok balik Malaysia dulu. Alaaa masa kita balik Kuantan tu. So *ENJOY*!! Hahahha..rasakan..


*******************************************************
27/07/2011

Anyways , takde apa yang nak disaspennya, malam tu aku gerak balik ke Kuantan.  Tu aje. Mulanya Ed malas nak gi sebab dia penat. Lepas pujuk-pujuk dan cakap adek aku beria ajak balik Kuantan, he agreed. So kami singgah di Puchong, pick up adek aku dan 2 anak buah aku, we head to Kuantan.  Sebelum tu singgah makan dekat McD dulu. Tidor dekat Jengka sekejap, sebab parents aku ada kat situ. Sampai dah dekat pukul  2 pagi. 

Pagi-pagi esok kami gerak ke Kuantan. Adek aku tu nak sangat makan nasik lemak Zaman. Layann. Roti canai dekat situ sedap dan lain sikit, sebab roti canai Melayu kan bukan roti canai mamak. Kuah kari nya pon lain sikit. Lepas tu, kami balik ke rumah mak aku yang dah lama takde orang.  Sapu dan mop bagai. Lepas tu terbongkang tido. Hahahha. 
Besar punya gambar  Nasi Lemak Zaman - Silalah meleleh air liur Dek. Hahahha.

Adek aku ni dah ada mental list, apa nak makan, sabo jelah. Sepesen jek perangai dengan aku. Hahaha. Memang kaki makan. Petang tu, pegi order seafood pizza yang dah dekat 10 tahun tak makan dari kedai tu. Lepas tu kami gi pasar malam. Orang Kuantan panggil, pasar Malam Bandor. Tengah2 town gitu. Tutup jalan utk bukak pasal malam, macam Jalan TAR. Aku masa tu dah aim nak makan mini Murtabak, adek aku lak cari Laksa Pasar. Alhamdulillah, jumpa jugak selepas berjalan dari one end ke one end. Gigih ko, hujan lebat masa tu, aku dengan adek lipat seluar pakai payung bagak satu sorang gi jugak pasar malam. Bab2 mencarik makan ni best pegi dengan adek aku, Ed masa tu dok rumah babysit anak buah aku. Dia takdela minat sangat carik-carik makan yang specific nih. Dia makan, asal boleh je.
Balik rumah, makan dan makan dan makan. 



Seafood pizza yang inspired my seafood pizza. Tak sesedap dulu. Oklah.

Dinner sotong celup tepung, ikan bawal masam manis, ketam telur masin, tomyam dan kailan.

My favorite niece and nephew
 Mak aku pulak bawak balik ikan, udang celup tepung dan temosa.  *Pitam.  Aku memang dah mengah. Adek aku dan Ed steady jek makan. Aku rasa adek aku lagi dasyat la makan.  Malam tu kami makan dekat Marina Seafood, ketam telur masin ler apa lagi. Gile mengah perut aku. Ed tak ikut dah masa ni. Dia kata dia nak tido. Mengah. Hahahaha.  Memang tak berabis makan, kena tapaw banyak sangat.  Balik rumah, dah dekat midnight, tapi terdengar ada bunyi gong, gendang gitu, so aku dengan adek followed the sound and found a group of belia tengah practice dikir barat. Comel jek. Layan kejap, lepas tu balik dan tido. 

Ahad pagi, aku ke Tanjung Api nak beli lauk-lauk basah. Aku gi sorang jek. Ed tak sehat ke hape entah malas nak ikut. Leceh gak nak parking sumer. Tapi aku pergi jek. Hmmm banyak ikan jek, mender lain kurang banyak. Udang, ketam sumer takde. So aku beli ikan bawal hitam, ikan kerapu, ikan kembong, ikan tenggiri  2 keping, dan sotong besar-besar. Lepas tu aku gi beli breakfast kat situ jugak, nasi dagang, nasi minyak, dan roti canai. Balik rumah, hidang makan, paksa budak-budak makan dan kemas-kemas nak balik ke KL.
Owh sebelum tu, si Olyn kena buat latihan matematik dengan Uncle Ed. Memang kena drill budak tu. After a while, bila dia dah nampak kepenatan, stop ler.  Balik kg pon kena buat latihan minah tu. Syian. Ala sikit jek, 2 mukasurat jek. 

Memang balik ke KL tu tak singgah mana-mana. Straight balik ke Puchong drop kanak-kanak dulu. Lepas tu baru hantar adek aku. Kami lepak kejap kat Puchong. Solat sumer dulu. Owh aku tak cakap kan. Barang-barang yang aku pesan dekat Adek aku dah sampai! Kena shipping barang-barang ni. Suker-suker kuasa seploh. Hmmm sekarang tengah mikir kat manaaaaa la nak letak barang-barang ni sumer. Best!
Tefal Stainless steel cookware. Yeehaaaa. Best sangat. Handle boleh masuk oven. Camla oven aku besar sangat nak isi periuk dan kuali tu. Sukanya.
 
Adek aku ni pandai, dia belikan pyrex yang boleh digunakan untuk masak dia punya baked macaroni. Murah as compared dengan kat Malaysia.


Le Creuset. Ceramic bowl gitula. Kalau beli yang cukup set memang mahal, beratus pound. Tapi ni sebab tinggal 1 so, dpt leh bawah 10 pound. Aku pesan kat adek aku kalau jumpa lagi, belilah. Hahaha. Kesian adek aku kena belin pinggan mangkuk dan periuk belang. You rock, Dek!

Oklah korang, esok aku conduct training seharian, lusa sampai ahad aku outstation. Rasa cam tak sempat nak update sebelum puasa. Selamat berpuasa kawan-kawan dan maaf salah silap. Yang belum ganti pose, ada lagi masa-masa kecederaan ni, untuk ganti beberapa hari lagi. Take care people, moga-moga puasa tahun lebih baik daripada tahun sebelumnya.