Wednesday, April 4, 2012

MNJ 8 : Preparation for Embryo Transfer

Jumaat 2 Mac 2012

Pagi ni Ed dah kerja, tapi aku kena pergi ambik the shot dekat klinik tu kan. Mula-mula aku nak pergi sendiri jek.  Aku pikir ok je kot kalau aku pergi sendiri. Takdelah teruk kot. Tapi mak aku tak kasi  drive sendiri lagi. Mana tau lepas ambik jab tu rasa kepala pusing ke apa kan. Ed pon kata takpe, dia masuk opis dulu, nanti dia balik untuk hantar aku gi klinik. Sayang dia. Kesian pulak kena pergi all the way to Cyberjaya pastu patah balik ke Kajang. Tapi dia cakap takpe. 

At 9.30 gitu Ed called kata dia on the way balik untuk ambik aku. Dia suruh aku siap-siap. Aku pun mandi dan bersiap-siap dan bawak ubat yang perlu dibawa dalam cooler bag with the dried ice tu. Sampai je ke klinik, aku pon bagi surat yang Sunfert preparekan dan bagi ubat tu. Agak lama jugak doctor tu nak prepare kan ubat tu ke dalam picagari. Kenapa ye. 

Doc : Pekat ubat ni. Sakit sikit kot.
Aku : Dalam hati (adeh kenapa dia bagi tau)
Kemudian doctor inject ubat tu ke bahagian atas the buttock. Masa jarum tu mula-mula masuk, tak sakit sangat. But bila ubat tu mula masuk, Ya Allah sakitnya.
Aku : Uish boleh tahan sakit jugak doctor ye.
Doc : Itulah ubat ni pekat sikit. Oil based. Nasib baik dosagenya tak banyak. 

Lepas tu aku pon amek balik cooler bag dan keluar dari bilik Doc. Ya Allah serius sakit gile. Dalam banyak-banyak shots, yang nilah paling sakit pernah aku rasa kot. Memang tak leh berdiri dah. Memang Ed kena papah aku ke kereta. Lepas tu berdenyut-denyut dari atas pinggul sampai ke peha. Ed dok gosok-gosok tangan aku dan kaki aku. Sabar ye com. Nanti balik rest ye. 
Ni shot yang sakit tu. Actually after a few times amek tak sakit dah hehe
Memang aku duduk senget jek masa tu. Kemudian beli breakfast dan lunch sekali dan balik. Ya Allah, sememangnya seharian rasanya sakit. Perut dah la kejang tak abis, tambah lagi dengan shot ni. Nak baring tak leh sebab sakit bontot. So boleh mengiring jek. Adoila. And I have to start ubat yang perlu di insert tu pulak. Nasib baikla aku cuti, seriusla how to go to work like that?
Tak lama lepas tu Ed had to to work, and I have to fend for myself. Lepas makan, aku bawak air masak sebotol ke bilik so thatI don’t have to move much. But howlah not to move kan. But at least aku minimizekan aku punya movement as compared to pergi kerja.

Dr.Wong ada cakap, dia boleh bg medical leave seminggu lepas Embryo Transfer tu, supaya we take it easy kan. Lepas OPU pon boleh mintak sehari kalau sakit sangat. So generally ada lebih kurang 5 days of leave you kena amek for segala-mala checkup dan lepas tu boleh dapat MC. Giler ko, sakit macam tu camana nak masuk opis. Actually, bila kita dah sign up for IVF or ICSI, on the first day tu doctor dah bagi dah jadul untuk 2nd visit, 3rd visit, OPU dan ET. So dah boleh plan la jugak cuti. Cuma maybe ada terganjak satu 2 hari bergantung pada how your body reacts to the drugs kan. 

Petang tu aku dapat call dari Sunfert. Katanya aku punya Embryo Transfer confirm hari Ahad ni (yey!) tapi ganjak ke pukul 12. Tak kisahla. Kalau tak, ada possibility kena ganjak ke Selasa. Aku risau jugak kalau Selasa sebab Ed dah tak banyak cuti dah. Alhamdulillah its Sunday.  Treatment ni aku ada share dengan Amy jek dan few of my close colleagues. So malam tu aku ada sms Amy, cakap aku ada ET ahad ni. So Amy balas lebih kurang ‘so maksudnya ur eggs dah berjaya dicantumkan dengan the sperm la (which is yey)” Masa tu baru aku terpikir, ha’ah kan. Ya Allah Alhamdulillah, kami dah ada embryos! My egg and the sperm hv been fertilised. Syukur Ya Allah. Syukur Ya Allah.  At least this process is already a success kan. Memangla jauh lagi kan, but I will count and be very grateful and humbled by every small success that come our way throughout this journey. 

Sabtu 3 March 2012

Ed bangun jek pergi beli lunch dan barang-barang dapur sikit. He wants to prepare some food masa aku lepas ET nanti. Memang Ed banyak main peranan. Aku rasa nak buat IVF or ICSI ni both husband and wife kena sama-sama enter it dengan expectations yang sama. Dahla wife ko tu kena amek jab everyday, pastu kena seluk at every visit, lepas tu menanggung sakit, the least you can do is help around the house and belikan food. Alhamdulillah, Ed sangat understanding and supportive in this, and with that I thank Allah for lending him to me. 

Owh, he also bought me this foldable table/tray. Alaa macam orang guna untuk breakfast in bed tu.  Memula aku nampak laptop table dekat Ikea punya catalog. Aku ada cakap dekat Ed nak beli this table. Dia as always la tengok tak tengok jek bila aku tunjuk. Tiba-tiba one the days, dia bawak balik this table. I love it. I love it. Aku tak guna meja ni untuk makan atas katil la weh. Aku guna untuk letak laptop. So that aku tak yah get out of bed after the Embryo Transfer nanti. Maksudnya si Ed ni dengar bila aku cakap, Cuma reaction dia gitu-gitu jelah. And then, he went and bought it for me. Suke..Suke..Suke..

Ni test masa kat sofa. Ngade2 jek
Ni letak atas katil. Best..best
Perut memang rasa tak selesa bloated semacam. And muka aku sangat sembab.  Maybe it’s the drugs, or banyak tido (hahahha) or banyak makan tapi tak exercise. Camana nak exercise labu, sakit jek. I tried to eat as healthy as I can tapi yelah kalau dah makan beli tu healthy manalah sangat kan. Bestnya kalau ada Subway kat Bangi ni hahaha. Tetibe. 

Rimasla aku dengan ubat insert ni, tapi nak buat macamana nak kena prepkan the rahim agaknya. Masukkan hormone progestron gitu.  Hmm tu jelah utk hari ni. Esok DDay. Berdebarnya Ya Allah. Takut sangat sebenarnya.  Ya Allah permudahkan urusan kami Ya Allah. Bantulah hambaMu yang lemah ini.

9 comments:

  1. isk.. perasaan aku lak yg bercampur baur.. all the best cenna ed. cepatlah sambung kot.. hehe

    ReplyDelete
  2. Aku setuju dgn Jojoe..cepat sket sambung bleh dak? Hihi :))

    Siyes masa ko sms tu aku siap terpikir jap eh minah ni macam tak realized je yg bila dah nak transfer tu maknanya dah successful jadik embryo ler..dah bercantum, dah fertilized hihi pastu baru ko nak ckp yeay :P

    ReplyDelete
  3. Kak PB,

    Hehhe u 're the first.

    Joe,
    Aku lagi ler macam2 perasaan masa buat treatment nih joe. Suspen, takut, excited, eii tak reti nak citer. Sabo ekkk..

    ReplyDelete
  4. Amy,

    Haa ni lagi sorang, sabo ok.. Masa aku sms cakap esok nak ET tu memang aku tak terpikir langsung. Bila ko cakap, baru aku pon yey jugak. Ed pon tak perasan. Hhahaa. Thanks babe.

    ReplyDelete
  5. Arena : I dah lama tak baca blog you sebab hilang URL...I am so happy to hear of your progress so far. Ikhlas I cakap - you and Ed will make the best parents to the unborn children of yours. Insya Allah...leave it all in His Hands..He knows best.

    Moga semuanya berjalan dengan baik.

    ReplyDelete
  6. Next please..kehhehe....tak sabo ah ...:) tapi mmg seriau baca experience CekNa ni..u are one tough cookie !!

    ReplyDelete
  7. MA,
    I missed reading ur blog. You dah privatekan ker? Saya tak caye u stopped writing altogether because you write beautifully. Kalau MA privatekan, invite saya boleh? gemarena70s[at]yahoo[dot]com[dot]my
    Thanks for your kind words.

    KLM
    Hishh tak sabo-sabo tau ko nih.. hehhee. It aint that bad sis. Seriously. Okeh nanti aku update ok.

    ReplyDelete
  8. Arena : okay nanti I invite...:) tak stop completely, cuma sibuk sikit...and ada pulak spy leman..tu kena kunci pintu pagar...

    ReplyDelete