Aku ada banyak lagi entries backdated like I said before kan. Tapi rasa cam malas nak upload especially few checkups after I got to know that I was pregnant. I am currently about 9 weeks pregnant. So dah ada few checkups and ultrasound. Aku cerita pasal checkups ni next weekla after the checkup so conclusive sikit.
Meloya aku actually dah kurang sikit. Sebab aku dah mula makan ubat utk heartburn tu. Tidor pun aku tinggikan bantal supaya the acid tak naik ke tekak. Tapi bila tido bantal tinggi ni, double chin aku sungguhla jelas sekarang ni. I lost weight a bit masa 4-7 weeks tu. Agaknya meloya gila dan aku tak selera sangat makan kot. Aku sangatla tak selera makan nasik korang. So aku banyak makan western, fast food dan roti-roti jek. Memang tak healthy la babe, tapi Ed kata makan jelah, at least you makan. If not langsung tak makan, which menyebabkan aku loose weight awal-awal dulu tu.
Aku rasa aku tak lalu makan nasik ialah sebab tekak aku langsung tak leh masuk pedas-pedas dan berempah. Lauk-lauk Melayu kan semuanya pedas dan berempah. Kalau masuk jek, kembang tekak aku. So tu yang hari-hari aku dok mikir amender la aku nak makan ni. Kesian pulak takut baby takde nutrition. At 4 weeks dulu aku asyik krem kat oeha. One day tu aku krem bahu. Aku rasa maybe sebab aku banyak sangat bed rest, dan kurang pergerakan. Tu yang senang sangat krem tu. Ed pon cakap suruh buat senaman regangan sikit. Baruler ok sekarang ni. If not pantang menggeliat sikit terus jek krem.
Masa aku 2WW dulu aku masak sampaila 6 weeks kot. Lepas tu semua benda dah bau busuk. Oven kosong aku rasa busuk. Paling aku tak tahan ialah bawang putih. Muahahaha. Masa aku masak tu, aku dah meloya dah. Pastu aku rasa bau tu melekat kat tangan dan baju. Jenuh aku basuh tangan dan tukar baju, still aku terbau-bau. Pastu aku terasa-rasa bau garlic tu ada kat rambut lak, so aku gi syampu rambut lak. Muahahhaa. Dahle dok sorang-sorang kat rumah, that smell is driving me nuts, hahaha. So lepas tu aku tak masak dah. Baru semalam aku start masak balik. Buat lasagna la pulak. Hishh sakit belakang aku masak. Padan muka aku.
Pastu sensitif gila sekarang ni. Tengok TV citer tak sedih mana pon berjurai-jurai air mata. Pastu Ed cakap apa sikit sumer nak kecik ati dan nangis. Muahahahha. Kesian dia, tatau nak buat apa dah. Aku sampai cakap kat dia, Com sabar lebih ya. Na sensitif tah haper-haper now. Pastu dok rumah jek tak bercakap dengan orang. Memang la mudah nak sedih kalau com cakap apa-apa. Dia senyap jek. Aku doa banyak-banyak moga Allah, beri kesabaran berganda pada Ed melayan aku. Most times dia ok jek.
Actually aku ada bleeding sikit masa lepas aku tau aku pregnant. At 6 weeks kot. Nantilah aku upload pasal tu. Pastu aku batuk dan asthma gila alst week. Dr.Wong soh aku pegi jumpa my chest physician untuk control asthma aku, sebab dia kata during pregnancy my asthma could get worse so kena control sebab dia taknak ada bleeding masa aku batuk sakan tu. Teruk gila batuk aku masa tu. Ed risau jek masa tu. Siap dia tak tidur, nak ensure aku boleh tido. That's really sweet.
Mama bawak aku gi Ampang Puteri hari tu untuk jumpa my chest Physician. Mama dan Ed tak bagi aku drive lagi at least sampai aku lepas 3 months. Ed dah tak banyak cuti so my appointment dkt Ampang Putri, mama akan bawak whilst utk jumpa Dr.Wong, Ed akan bawak. Memang tak best gak rasa sebab susahkan mama. But she insisted. Anyways, I got a plastic full of meds for my asthma. Memang banyak ubat dan inhaler yang ditukar sebab aku pregnant ni kan. Dr tanya anak nombor berapa ni? Aku jawab, first. After 9 years. Dr ckp owh kena buat kenduri besar nanti. Sengih jek aku. Lepas makan ubat dan start amek inhaler, my batuk reduced tremendously. Nafas pon rasa lega sikit. Cuma ubat-ubat asthma ni buat aku gastrik la pulak. Hmmmm.
Semalam aku balik kg Ed. Jumpa my MIL, sis and brother in law. Everybody ada kat kg masa tu. Ed bawak very careful jek. Sesampai jek my sis in law was excited to see me, siap peluk-peluk, cium-cium aku muahahhaa. Aku tak banyak bercerita, and it just warmed my heart tengok Ed excited bercerita macam-macam pasal treatment tu kat kakak dia. Aku nengok senyum jek. Kat kg, aku makan nasik! Its the first time aku makan nasik for quite some time. Lepas tu aku melepek dan tido jek. Buruk gila perangai muahahhaa.
Aku masih lagi kena amek jabs dekat klinik. Lunch hour Ed akan balik amek aku bawk ke klinik untuk amek jab tu. And aku kena pakai progestron pessaries tu 2x sehari. Ubat insert tu yang menyebabkan agak susah untuk aku ke mana-mana sebab at 11-12 gitu aku kena masukkan ubat tu and lie down. So susah sikit nak keluar. Anyways, I am going to pop into office tomorrow. Ada mender kena buat sikit.
Sorryla korang enrty ni bercampur-campur gitu. Aku tulis apa yang aku terlintas jek, tanpa ikut kronologi sangat pon. Jap sebelum abis, camner korang boleh handle the anxiety menunggu next checkup haa? How do you know that the baby is ok? Wei risaula, minggu depan baru ada checkup.
Sian che Na still kena amik jab yer? bersabarlah yer, susah susah dahulu insyaAllah pulangannya berbaloi..ape lagi kalau dah dapat tgk wajah comel tu...hhuhuhuhu hui x sabar kan?
ReplyDeleteAku dulu masa pregnantkan yaya mmg nervous gila, risau manjang. Yerlah, sejak kes sebelumnya, so boleh dikatakan every two weeks aku gi check. in a mth sekali check kat private/clinic Maybank, sekali lagi kat PPUM. Yerlah x nak amik mudahkan,lebih lebih lagi masa tu aku manjang duk jaga arwah kat spital, walaupun attention byk kat Alisa, tapi yg dikandung juga harus dijaga.
Bykkan berdoa CheNa, byk ayat2 amalan mengandung tu blh baca selalu dgn harapan baby sentiasa sihat dan ko dapat melalui phasa-phasa pregnancy ini dgn selamat..baca quran semoga diberi ketenangan. Kalau x larat nak baca, pasangkan ayat quran..alhamdulillah dulu aku WFH selalu bukak cd ayat2 quran, turn up baby yayan ni cool dan such a very good boy lah..amatlah senang dijaga.
Na, masa pregnant, mmg my sinus & asthma makin teruk. So kena careful sangat. If demam sikit yg ada possibility infectn to d chest or sinus je,mmgla dr cepat2 bg antibiotics kat i.
ReplyDeleteGi ampang putri jumpa dr wahab ke for d asthma? :)
Salam arena,
ReplyDeletemmg nerves kan tunggu chekup..ingat lg dulu since aftr +vit preggy then bkn bila2 suka je blh gi jumpa doktor kan...ada time lah tp since xsabar then bc mcm2 kat internet pastu bila dh time ngadap doc, dh xtahu mende nk tnya sbb byk sgt input info sndiri crik..harharhar
take care yea..truskan rutin tuk bb dlm perut tu & jaga kesihatan u
eyyza
yg penting jangan susah hati ...
ReplyDeletemasa mengandung Adam , kak pB tak boleh makan tembikai
Mawar,
ReplyDeleteTulah sekarang checkup gap nya ialah 3 minggu. Nervous aku nunggu nect checkup.
Itulah aku ada tengok kat blog ko dan other sites tentang surah amalan semasa mengandung. Ayat pendek-pendek dah start amal. Surah Maryam, Yusuf dan Luqman belum start abca lagi. Teruk betul aku. Baru baca surah Yunus jek ari tuh. Moga Allah beri semangat untuk gigih baca Quran lepas nih.
Zue,
Oh ya ker, asthma makin teruk masa pregnant. adeh.. ha'ah pergi Ampang Putri jumpa dr Wahab la saper lagi, hehehe.
Eyzza,
ReplyDeleteYe macam-macam baca kat internet. Kekadang lagi seram bila baca banyak2. So kena selective sikit bab baca forum nih hahha.
Kak PB,
Kak, saya mmg doc tak bg makan tembikai, betik, pisang dan nenas. Kata nurse buah-buah tu trigger contraction. Saya ikut jelah. So dah lama gakla tak makan goreng pisang hehehe.
masa ngandung pun akak tak suka giler bau bawang putih, jiran masak pun akan boleh terbau2...siap boleh sedih naper laaa dorang ni masak letak bwg putih hahaha
ReplyDeleteaku dulu masa asyik gugur, kalau tak sabar aku pigi klinik yg dekat masa tu bukit batuk, utk scan jer... memang aku banyak buang duit just so aku boleh tidur malam..tapi sebenarnya tak membantu pun. moral of the story, lebih baik berdoa dan pasrah pada Allah. Allah is the planner. tawakkal. minta pada Dia. makcik
ReplyDeleteof all things.
ReplyDeleteaku alergik bau telur. boleh?
terus tak boleh buat kek.
padehal skrg kalo pecah telur, takde bau ape pon..
lg satu bau sink.
try not to think about it.. aku dulu x suke pegi check ups bab kena cucuk jari for blood. tapi sukee sgt dgr heartbeat baby.
suka baca entry ko..sbb this baby sgt2 precious..lebih fragile sbb dh lama korang tunggu n it started with something yg bukan semua org akan buat begini utk dptkan anak..
ReplyDeleteaku tak reti komen apa2..cuma ko kena enjoy this pregnancy..sbb ianya akan menjadi kenangan terindah sepanjang hayat..
My 5th pregnancy pun sensitive pada bau masak masak n goreng goreng ni..orang atas masak aje, aku lari masuk bilik..kalau tapau food pun, dlm kereta soh bukak tingkap...tak tahan bau busuk...coklat n cheese terus out padahal tu my feveret sgt2...then bleeding agak banyak masa 7th weeks..mc one week tapi lepak rumah sehari je then off to office sebab banyak keja n kena ke Kedah the following week...makan ubat n rest n tawakkal masa naik flight ke Kedah..first time bleeding gitu gaya..alhamdulillah Qaliff is now 4 months old...but personally, aku mmg rasa mcm tak pecaya aku preggy lima lima kali tu selagi aku tak rasa baby bergerak..:) U take care n enjoy the moments ok dear !!!
ReplyDeletemasa mula2 peknen no3 tu aku xleh makan nasi putih..berat aku susut gaklah..lepas 4 bulan ambik ko,mencanak naik
ReplyDeleteapa2 pun take care
Arena..aku adalah orang terakhir yang tau eh..sebab maha sebok dan berkejar ke JB sokmo sbb emak sakit.
ReplyDeleteSangat gembira dengan berita ni. sangat2 gembira sampai aku plak yang mengalir air mata baca previous entries..most precious moment kan..after so many years..sangat happy ok!
First trimester ni paling fragile so please pamper urself walaupun ko rasa larat..make urself happy ok..ikut la cakap doktor tu..
Pengalaman aku mengandung 5 kali, beranak 3 kali, gugur 2 kali, dnc sekali..
nanti dah masuk 2nd trimester..bila perut dah nampak dan precious cargo dah start gerak..wahhhh lagi best!!!!
Tahniah dear..aku doakan perjalanan pregnancy ko dipermudahkan sampai ssat melahirkan nanti..semoga anak yang dikandung mkenjadi aset untuk ke syurga ya..
Sis Arc,
ReplyDeleteHahah siap nangis bila orang masak pakai garlic ek? Serius busuk tau hahaha.
Makcik,
Tulah, kalau ikut hati aku gi ajak Ed gi scan gak especially lepas aku batuk teruk baru ni. Tapi aku taknak start melayan my anxiety ni. So like u said, lebih baik banyak berdoa dan bertawakkal pada Allah. He know best.
Joe,
ReplyDeletebau telur ek tak tahan. Telur aku ok lagi. Bau sinki pon uwekk gaks hahah. Now dah better sket so boleh la basuh pinggan sikit2. As u know by now needles at the moment takde effect sangat kat aku. Alhamdulillah. Kalau aku seram needles susah gak sebab treatment ni banyak jabs kan.
Oren,
Yes, this baby is very precious for us. Semua baby pon precious. Tapi sebab for us, yang sangat first time ever pregnant after 9 years ni, memang terasa sangat nak buat whatever we can to protect it. Tu pasalla jugak nervous breakdown memanjang cekna ko nih haaa..
KLM,
ReplyDeleteBau goreng2 ada masa2 ok. Cheese n chocolate aku sukeee jek heheh. Bleeding at 7 weeks ek. HIi rehat sehari jek pastu terus outstation. Serammm. Alhamdulillah baby sihat. Wei ko dah update gambar baby baru kat blog belum?
Irfa,
Aku rasa aku dah mula nak start naik badan ni. Sebab selera sudah datang balik. CUma pedas2 kurang boleh makan. But takde meloya sangat dah. Seram aku memikirkan selera aku ni. I already look really pregnant now.
Angah,
ReplyDeleteHehehe iyer, ko tertinggal keretapi sikit. Yelah ko sibuk, mak pulak sakit kan. Alhamdulillah mak makin sihat kan. Thanks for being happy for me. Yes, I am still at home, belum drive lagi and just taking it easy, walaupun dah mula bosan sikit-sikit. Tapi aku ikut jek nasihat semua orang supaya just tenang2 dan rest bebanyak.