Monday, April 23, 2012

My lunch today and some update.

Or rather Spaghetti Bandung. Tak de mee, tapi teringin gak nak makan mee bandung. Spaghetti pon bolehla. Kali ni mee bandung aku tak pedas, sebab belum boleh makan pedas-pedas. Tekak aku perit semacam jek kalau pedas. Merah kuah tu sebab tomato sos jek. Bahan pon takdelah cukup sangat, tapi sedapnyalah kat tekak aku. Yelah sebab aku boleh tweak dan control pedas dan masam tu. Aku tak pekatkan kuahnya pon sebab rasa cam best jek hirup kuah cair-cair gitu. 

Takdela mengiurkan sangat rupanya. Cuma sedap gila kat tekak aku. Rasa nak makan bertambah-tambah tapi aku tak leh makan banyak at 1 go. Nanti mengah sangat nak nafas pon tak leh. Rasa nak terkeluar balik pon ada. Ada sekuali lagi enough untuk ulang makan dan utk dinner si Ed. 

Oh ya, aku dah ada pinggan cantik, hehehe. Baru beli corelle kat atas tu. Memang ada intention nak beli. Tapi malas nak carik-carik dan order online. Tetiba one day Ed SMSed tanya aku nak beli Corelle tak? Siap MMS gambar lagi. Comel jek si Ed ni cakap-cakap pasal pinggan.Muahahah. Aku rasa dia saje kasik aku mikir mender lain sikit, sebab masa tu aku dok sebok meloya.  AKu cakap boleh consider gak. Petang tu dia bawak balik, tunjuk kat aku kalau nak, boleh amek, kalau tak nak tak kisah. Aku terus confirm jek. Yeeehaaa. So melamin ku dah masuk store. Tapi kena carik lagi la kot set ni sebab yang beli tu 16 pieces jek. Setakat aku dengan Ed memangla cukup. Tapi kalau dpt the whole set termasuk tea set kan best. Tapi cam takde jek sampai teaset sumer. Hmmm.  Tapi errr, kena tunggu aku masuk kerja dulu la. Cuti2 ni duit ngam2 nak idup jek. Hahahha. Berangan mesti mau kan. 

Aku bersyukur sangat yang my selera dah mula datang balik. Meloya sangat-sangat berkurang. Kecuali aku lambat makan or tidur lambat. Gastrik datang so tekak masam dan meloya. Bila selera dah ada, tenaga pon ada sikit. Boleh la buat kerja rumah sikit-sikit dan masak sikit-sikit. Kerja rumah actually Ed yang banyak buat. Hehe. Basuh, jemur dan lipat baju tu most of the time dia buat. Beli barang dapur dan barang rumah pon banyak dia belikan. Aku bagi list jek. Vaccum, basuh pinggan, buang sampah. Aku ni doa hari-hari Ed ni diberi kesabaran berganda-ganda throughout the pregnancy and onwards. Kesabaran tolong buat kerja rumah dan kesabaran melayan aku yang emo dan sikit-sikit sentap ni. Takleh dia cakap keras or acuh tak acuh sikit, mesti nangis. Hahaha, sian dia. Sabo banyak-banyak ok, babe. You're the best!

Semalam Ed buat spring cleaning baju-baju lama. Aku nengok drawers dia yang dah clear tu, terus semangat. So aku pon clearkan jugak. Aku letak yang elok-elok for donation. Yang buruk-buruk, untuk dibuang. Clear gila lemari aku. Ada satu drawer lagi yang aku nak clearkan. 

Nanti aku nak kena edit readers di private blog supaya only ladies jek di situ. Sebab aku nak citer-citer dan tanya-tanya mender-mender private pasal pregnancy ni. Hal-hal orang pompuanla. Hishh. Takkan nak citer kat sini. Kat sini public satu hal, my brothers pon ada baca. Segan yo. So nanti2 lepas edit, dan kalau aku nak tanya apa-apa yang personal kat korang aku tanya kat situ ek.

Kelmaren Ed belikan aku kurma dan kismis. Dia tanya aku nak dried kurma or yang basah bertangkai tu. Aku suka yang kering. Yang basah tu manis dan muak sikit. Nanti aku tak makan. Tengah menaip ni pon aku makan the kismis. Kismis tu gemok-gemok dan masam-masam sikit. Sedap. Aku rasa weekend ni kena gi beli lagi, hahaha. Dari seminggu ke seminggu dia nak beli kurma dan kismis ni, ada dalam hadith kan. Tak ingat atau tak sempat sebelum ni, so dah beli dah, lega dia.

Masa aku dpt tahu preganant hari tu aku minum Anmum Materna tu. Dalam-dalam meloya tu aku berjaya gak habiskan 2 kotak kecik tu. Perasa coklat ler tapinya. Lepas pada tu aku dah tak lalu dah nak minum. Tak lalu dan malas. So dah seminggu lebih aku tak minum susu tu. Kesian baby takde nutrition ek. Korang minum tak susu dulu-dulu? Aku makan vitamin Pramilet yang doctor bagi jek. Soya pon bagus ek? Tak pernah minum lagi air soya semenjak pregnant ni.Yang aku rajen makan ialah buah manggo atau jambu. Buah lain aku kureng sikit. Manggo tu every week mintak ed belikan.

Surah-surah amalan semasa pregnant ni baru sikit jek yang aku baca. Aku dah print apa yang patut aku baca. Ayat-ayat amalan adala sikit-sikit dah incorporate dalam doa lepas solat. Surah Luqman, Surah Yusuf belum baca lagi. Masa baca Surah Maryam, merangkak-rangkak aku baca sebab surah tu jarang baca dan amal sebelum ni. Bak kata Ed, 98 ayat jek tapi rasa cam beratus-ratus ayat ye sebab merangkak-rangkak hahaha. Maybe after few times baca, akan improve sikit. Aku tengok list of surah amalan dekat blog mawar dan other websites. Nama-nama Allah macam Kak Ummi suh amal pon aku dah start jugak.Hopefully semuanya dipermudahkan. 

Few times memalam rasa krem perut bila nak beralih dari mengiring ke posisi terlentang. Mengaduh aku sampai Ed terjaga. Bila dia terjga terus dia selawat sambil gosok-gosok perut aku. Sebab selawat sambil separa tidur, memula selawat la lepas tu dah mumble-mumble tah haper-haper. Hahaha. Other symptom is not that bad, sakit pinggang, cepat penat, susah tidur malam, really-really sore breast, and acne. At least meloya dah takde so yang lelain ni, aku embrace jelah kan. Bila lenguh soh Ed gosok-gosok belakang. Owh mama ada belikan Dr.Backbone tu. Letak dalam kereta, best jek belakang aku bila naik kereta. Memang support belakang.

I am still a nervous wreck. Cuba tak risau lelebih sangat. Not good for the baby kan anxiety terlebih ni. Tapi susah untuk tak risau. Maybe if I can start fell the baby kicking aku akan rasa lega sikit kot. Oklah korang. Panjang pulak tetiba aku tulis ni. Excited terlebih hahaha. Apa-apa nasihat nak soh aku amalakan silalah ye. Sangat la dialu-alukan.

20 comments:

  1. eh eh ...
    samalah kita , tengah hari ni makan mee bandung ....

    Kalau dpt , minum susu kambing ...

    ReplyDelete
  2. yehaaa... cekna

    happy for you :) sangat-sangat happy

    enjoy the pregnancy period ok :)

    jangan setap banyak2 nanti anak cembeng :)

    cant wait nak tahu baby ke babies? singular ke plural? :)

    ReplyDelete
  3. aku minum susu anmum masa tiap kali peknen..sib baik aku boleh minum susu

    dan baca surah maryam tu mmg la hegeh-hegeh.malu pada diri sendiri

    dr backbone tu bagus org kata.aku igt nak beli satu la sbb aku ni sakit belakang kalau duk dalam keta lama-lama..tambah pulak kalau balik kg.huhu

    ReplyDelete
  4. apa vitamin yang si cik puteri jual tu? ha makan brand tu. kalau aku tau vitamin brand tu bagus dari anak pertama aku da makan... dia ada juga jual susu utk pregnant mum. masa tu kawan aku yang jual tu kata dia minum tu anak dia putih... tapi sebab beli vitamin jer da dekat rm200 lebih aku tak beli pun susu tu, cuma makan vitamin dia jer. anak aku punya kulit lain macam dari yang lelain, putih bersih...

    aku minum gak la anmum tu secara paksa.. minum sambil campur biskutla , cereal la sebab nak kasik dia turun ke tekak gak ekekkekee.... soya tu dulu aku tegar, tapi anak aku eczema jadiknya, ke entah sebab apa la kan...... tak la menjadik putihnya. baik makan vitamin tu putih dia lain sket...

    ha kurma tu da elok la tu 7 ulas sehari sunnah nabi.. even nak beranak kang , makan dan solawat utk kasik senang keluar...aku pun dapat petua dari orang lain.. mana la tau menjadik kat ko.

    makcik...

    ReplyDelete
  5. Masa I pregnant dgn Abang dua atau tiga bulan, I kena threatened abortion..sampai masuk sepital CRIB (complete rest in bed)..darah memancut-mancut..masa tu Tuhan aje yang tahu betapa takut dan sedihnya hati I. Apa taknya, masa pregnant dok terkinja-kinja berjoget-joget (sbb ada conference and then acara joget2)..pastu insaf, lepas keluar sepital jalan kepit2, my (ex)hubby drive pun slow-slow, kat bumper ke jalan ke, slow aje...alhamdulilah dah besar panjang dah anak bujang I. This year he will be 20.

    So, dont worry so much - just enjoy the ride but at the same time take it easy. Allah knows best.

    ReplyDelete
  6. Kak PB,

    Susu kambing? Errkk susu anmum yang cekelat pon ngelat2 minum, nak minum susu kambing? Hehehe tapi thanks kak.

    Kak Ummi,
    Thanks sis. Tulah tengah cuba untuk tidak emo sangat. Susah gak nak control hahaha.

    ReplyDelete
  7. Irfa,

    Sis beli lah Dr Backbone tu. Aku memang letak dalam kereta. Sebab kalau naik kereta cam support sikit tulang belakang kan. Takdelah lenguh sangat. Ko memang sakit belakang kan. Memang elok sangat beli. Baring pon leh pakai tapi err aku tak selesa pakai masa baring.

    ReplyDelete
  8. Makcik,

    Vitamin shaklee tu ker? Elok ek? Nanti baby punya skin cantik? Emm boleh consider gak tu. Nanti aku browse dan baca pasal vitamin tu. KUrma dan raisin tu memang aku suka, so takde masalah nak makan. Susu problem sikit hahaha.

    MA,
    Owh ye ker, so bed rest sampai deliver ke? Saya memang take it easy lah. Kerja pon lom masuk lagi. Hari tu masuk opis sekejap, dah biasa sibuk dan lari2 nyaris nak lari hari tu. Bad habits dies hard haha. So adala hikmahnya saya belum masuk opis. By the time masuk balik dah 5 months kot, so patutnya dah heavier dan tak leh lari2 dah. Will try to rilex and tak anxios sangat.Thanks MA

    ReplyDelete
  9. Arena... masa menantu akak pregnant ari tu...langsung tak boleh minum susu... dia meloya & sakit kepala... tapi masa akak pregnant dulu memang gila minum susu... kalau terlupa nak minum boleh bangun tgh malam buat susu...heheh... sampai sekarang pun akak suka minum susu...

    Semoga arena jaga diri dan kandungan...take care...

    ReplyDelete
  10. ha shaklee..... cuba multivitamin dia dulu... aku beli 3 botol tapi multivitamin tu jer yg aku makan.

    ReplyDelete
  11. kalo tak lalu susu, cer beli kalsiumtablet..kalsium pon elok utk elakkan kaki cramp..

    soya ok..tapi masa aku preggy kat naufal, mebi overdose of soya, kulit dia tak berapa lawa..hahaha..mebi sbb aku la yg kemaruk nak anak kulit licin mulus, sekali dpt yg jenis allergik..tapi aku terima jek anak aku tu..cuma mmg dlm ramai2, nmpak dia la yg jenis kulit tak berapa nak mulus..plus paling gelap n kurus antara semua..

    awal2 nih, ko jgn minum air kelapa sgt tau...air kelapa nih selalunya org minum time nak beranak jek..

    apapun, doakan baby tu sihat, duduk elok dlm perut ko..

    pengalaman aku,1st baby masa umo kandungan 5 bulan baru dpt rasa dia kicking..lepas tu, 3 bulan lebih pon dh rasa dia merenyut2 dlm perut..

    alaaa..rindu la plak nak rasa baby kicking..tapi aku tnya awatif, mau baby kah? dia cakap..



    TAKMO!!!!!


    hahahahha...

    pls take xtra care dear..

    ReplyDelete
  12. Chena,

    Aku memula je lalu minum susu lepas tu dah buhsan, stop..tapi aku beralih plak minum fresh milk yg dgn pelbagai perasa tu..janji minum susu kan..sesekali beli soya gak.

    Masa preggy aku mmg kena amik kalsium tablet byk kalau x mesti rasa cramp dan lenguh2, gusi berdarah..so kalsium mmg penting utk aku..tu anak-anak tu kuat je tulang depa masa baby :)

    selain dari makan, aku suka tgk benda-benda cantik..suka browse tempat2 cantik, orang cantik, blog baby baby yg comel, blog yg happy happy so that kita pun ceria sekali kalu asyik sentap je buhsan gak kan? Kalau blh selalu tgk channel astro 132 tu, lawak bodoh2 which boleh buat kita tersenyum..aku ni selalu moody masa preggy tapi alhamdulillah yaya x plak cembeng..baby pun aku tgk jenis yg happy jer. hope it helps.

    dan aku selalu je pasang cd quran masa mengadap laptop while working. utk kerohanian ibu dan baby. At least boleh tenangkan jiwa dan mind kita supaya sentiasa positive.

    apa apa pun, enjoy your pregnancy ya!

    love.

    ReplyDelete
  13. che na, boleh mintak add emel tak? Kv nak tanya sumthing. Jaga kesihatan leklok naa. Hehe

    ReplyDelete
  14. eh lupa lak! ni emel kv
    aizat_nizam@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  15. Nanti aku jawab komen sat gi ek. Nak kena insert ubat.

    KV email add aku gemarena70s[at]yahoo[dot]com[dot]my

    ada dot my tau. Later

    ReplyDelete
  16. Kak Anie,

    Thanks kak. Heheh dah bercucu dah akak ye. Tahniah kak ye. Tulah saya semalam paksa gak minum susu sikit.

    Makcik,
    Nanti aku enquire pasal vitamin tu. Hopefully tak banyak jenis sebab aku tak suka sangat makan banyak2 pils nih..

    ReplyDelete
  17. Oren,
    Owh overdose of soya bean pon tak elok gak ek? AKu memang tak pernah minum soya bean lagi. Tadi aku buat frozen manggo yogurt. Susu gak tu kan. Hahhaa. Whatever it takes so that aku incorporate some calsium. But if aku tak lalu gak, calsium tablet it is. Awatif takmo kedudukan dia as the youngest tergugat tuh hahah.

    ReplyDelete
  18. Mawar,

    Aku suka tengok baby comel2 sekarang ni. Geramnya hahaha. Okeh aku cuba untuk bertenang dan increasekan my calsium intake.

    KV,
    dah dapat kan my email.

    ReplyDelete
  19. Salam arena,

    bagus lah mkn kurma + kismis..kekacang pun elok gak..
    kata org ni pun blh elak loya..dh xloya sgt kan. i dl mmg ni lah
    yg duk refill kat meja time keje dulu..beli dlm tupperware nipis kat amp point..hehe
    me myslf xblh minum susu sbb rasa/bau lembu je susu2 tu so mmg amik kalsium tablet. mintk kat doc time chk up mmg dia akan bg..if u carry more than 1 bb lagik terasa kot later of sakit belakang/tulang n sakit gg sbb baby dh 'amik' kalsium dr mommy..gitulah
    and of the surah sy pun dl terkial2 bc maryam...susah sih sbb jarang bc n ayat2 dia mmg susah aa..hehhe. so suh dngr je kat hp..hubby dwold seme surah maryam, yassin, luqman n yusuf..
    as for soya rasanya mmg klu terlebih nnt baby akan alergik kulit dia..my SIL pun ckp camtu..kulit senang sgt alergik. so minum so-so je lah...
    penting, enjoy this journey n sabar2 lah tunggu bb kicking nnt :)

    ReplyDelete
  20. oh corelle bunga kobe..aku pung ada hihi..cantik!

    masa peknen ni makan la apa ko nak makan cuma moderate. Aku dulu ikut tekak je..yang aku amaklan cuma tamar ngan aku amik vitamin GNC.

    ReplyDelete