Sorry lambat sikit update. Aku kat Kuantan sekarang ni. Gantikan mama temankan baba for few days, since mama ada kerja sikit nak buat. Banyak hikmahnya aku bercuti ni. Semalam lupa pulak bawak kabel blackberry, so tak leh la buat update sebab takde internet connection. Siap gi beli kabel ok, sebab gigih nak buat update. Sabo jela kan.
Penat wei menulis ni. Sebenarnya kalau tulis pendek-pendek ok jek kan, sure tak penat, tapi mana best pendek-pendek kan..kan..kan.. hahahah.
Ok bersambung pada hari ketiga. Pagi ni turun breakfast macam biasa sementara menunggu the tour pickup pada pukul 8.15 pagi. Kami pilih untuk keluar sikit dari Istanbul dan ke Bursa. Bursa ni merupakan ibu kota Kerajaan Uthmaniyah yang pertama sebelum Edirne dan akhirnya Istanbul.
Kami naik coaster sekali lagi. Dan yang kelakarnya masuk je ke coaster tu ada 2 lagi Malaysian family. 1 family tu memang duduk sebelah kami dalam flight ke Istanbul the other day hahaha. Satu lagi family tu bermastautin di Arab Saudi. Later we were joined by 2 more families from the middle east. Gigih aku tengok diorang ni travel. Anak kecik-kecik 3 orang ko. Ada tu, anak dia macam baru sangat berjalan. So memang cranky jugak bila dalam bas lama-lama. pastu bila nak gi toilet, mak diorang kata cam nak pengsan sebab semua anak perempuan, lepas tu nak bukak layers seluar nak gi toilet tu satu hal dah. But they enjoyed it and proved to me that ada anak kecik pon tetappp boleh travel. Cuma persiapan kena lebihla. Aku tengok diorang bila sampai kat restoran top up air panas untuk buat susu. Bila dah petang bancuhkan makanan untuk baby tu, bawak mangkuk dan sudu baby semua. Memang gigh. Respect..respect.
Anyways perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Jem jugak masa nak keluar dari Istanbul tu. Kami kemudiannya naik Continental Bridge tu dan kemudiannya berada di sebelah Asia Turki. Turki ni kan berada di 2 benua. Tour guide tu kemudiannya pasang lagu-lagu instrumental turki. Ok la best jugak.
|
Dalam coaster |
|
Naik continental bridge. Di kanan europe, di kiri Asia. Phewwitt |
|
Sampai kat Jeti Izmit |
|
Atas feri |
|
Seagulls la apa lagi |
Kemudian kami sampai ke Izmit untuk naik Ferry ke Bursa. Lama gila beratur kat toilet hampir aku termiss enjoying the ferry ride. Untuk ke Bursa aku pakai cam winter jacket gitu. Sebab... adaler sebabnya. Jacket tu dah berzaman beli tak pernahnya pakai. So aku bawakler, nak bergerak pun susah, hahahha. Bila dah sampai jetty ferry di Yalova kalau tak silap, kami teruskan perjalanan ke Bursa. Masa tu pemandangan dah lain sikit. Bursa ni kawasan berbukit dan sejuk.. dan... bersalji!!! Yeah.. sebab tulah aku bawak winter jacket dari Malaysia tu. Siap bawak dalam beg khas sebab tebal nak mampos kan. Dalam beg tu ada jacket jek, muahahha.
|
Pemandangan coming into Bursa |
|
Yey snow! |
|
Rasa nak suruh the driver coaster berhenti jek |
|
Near Uludag mountain for lunch |
|
Sejuk dan tinggi tempat ni |
Sampai jek kami berhenti makan dulu di restoran yang interior dia memang ada traditional turkish decor sikit. Makanannya oklah. Takdelah superb, but ok. Lama jugak kami di sini. Aku dah gelisah sikit. Bilanya nak naik kabel car? Hehehe.
|
Pendiang |
|
Entree nya cam creamy chicken soup |
|
Grilled chicken with rice. Makan kering gitu jek. |
|
Masjid yang sejuuukk sangat |
Lepas tu the tour guide cakap, boleh solat dekat masjid sebelah restauran. Aku ni terpusing-pusing cari tempat wudhu pompuan. Masuk dalam, keluar, masuk balik.. tak jumpa bila tanya orang yang sedang amek wudhu' sememangnya cam ayam dan itikla bercakap. In the end, aku dan mak-mak yang lain amek wudhu' dekat luar tu jugak, memang basah sikit tudung aku jadiknya. Airnya, subhanallah sejuk macam ais. Jari-jari aku macam kejong sekejap. Macam tak leh bengkok jadiknya. Kawasan makan ni dekat dengan Mount Uludag. Tinggi dan sejuk. Weather pada hari tu sekitar -1C to 4C. Kami solat belah belakang muslimin jek. Masjid tu takde heater pulak tu. Menggigil-gigil masa solat.
|
Ulu Camii or The Grand Mosque |
|
Ada fountain dalam masjid ni |
Lepas habis solat, kami ke Ulu Camii' iaitu Grand Mosque di town sikit. Aku dah tak sedap hati, orang2 lain pon dok tanya-tanya, eh bila nak naik cable car ni. You see, tujuan most of us pergi Bursa ni ialah untuk main snow di Uludag Mountain. Dalam pakej tu termasuk cable car ride to the first stop of the mountain. Sebab aku dok pikir, sementara weather baik dan terang lagi ni, masa nila best nak gi main snow kan. Memang most people yg ikut tour ni bawak winter jacket. Memang nak main snow. Pastu kat sana kan cepat gelap. Kol 5 gitu dah maghrib, hmmm.
Bursa ni sibuk. Ramai orang, sejuk lagi sebab tinggi kan. Pastu ada banyak sangat shopping mall besar-besar tak cam kat Istanbul. Memang suasananya lain sikit/
Anyways, kami pergi la jugak ke mosque tu, dan masjid ni antara imperial mosque terawal yang dibina dan dibina berdasarkan Seljuk Architecture. Tahun dibina ialah 1399. Lama gila kan, waayy before Portugis tawan Melaka hehehe. Anyways, cantik dan beza la sikit interior designnya berbanding Masjid Biru. Oh ya dekat setiap tingkap di most masjid di Istanbul ni, macam ada ruang untuk duduk. Nanti aku cuba korek gambar. Ruang duduk tu menurut travel guide kami, digunakan untuk untuk belajar mengaji dan hafazan bersama guru-guru mereka.
|
Entry to Silk Market - Koza Han |
|
Beautiful courtyard in Silk Market |
|
Ed dok nengok barang kat Silk Market |
Lepas tu, kami diber 20 minit untuk ke Silk Market sebelah Ulu Camii tu. Its a medium size market. Mostly jual tudung, pashmina, shawls gitula. Dulu-dulu tapak tu tempat pelihara ulat sutera kot. Aku beli tudung dan Ed bought few shawls for families back home.
Lepas tu kami diinform akan ke Mount Uludag for the cable car ride. Yeahhh. Excitednya jangan cakapla kan. Semua dalam bas excited. Saat yang ditunggu-tunggu. Waktu tu dah dalam pukul 3 lebih nearing 4. Dah tak seterang-benderang tadi. But tak kisahla kan janji pergi. So Our tour guide bawak kami ke bahagian tempat untuk amek the cable car ride tickets while we wait in the coaster. Tak lama lepas tu dia datang.
Sorry guys, because of the weather, they don't allow us to use the cable car up the Uludag Mountain. Sorry about that. I did say,that we cannot promise the ride, right? Ya Allah meradangnya rasa. Macam-macam kami tanya, dia cakap memang the whole day tak boleh naikla, apela. So..so..so.. dissapointed. Budak-budak semua frust gila. Mak bapak budak pon frust siap rasa takmo turun dah lepas tu. Memang kecewa sangat. Aku rasa kalau masa sampai awal-awal tadi kami terus ke cable car ride tu should be ok. Weather was beautiful. Ada sunshine, tak berangin. In fact masa dekat Silk Market tu Ed siap cakap kat aku, haa nampak tak cable car tu. Situla kot kita akan pergi. Haaa so don't BS us and said that it was out of service the whole day. Bengkek dan memang takde mood sangat.
|
Menuju ke Great Tree |
|
Memang atas bukit gak tempat ni, nampak rumah-rumah kat bwh tu |
|
Great Tree |
|
Tour guide yg cuba gak terangkan pasal pokok walaupun kitorg dah ignore dia haha |
He brought us to a tomb of sape entah, sebab aku dah tak berapa pay attention masa tu. Frust menonggeng ko. Dengan winter jacket cukup, sekali tak leh naik. Bad mood jek memasing lepas tu. Disebabkan tak pergi main salji tu kami dibawak ke satu tempat yang ada pokok punyalah besar yang usianya 100 tahun lebih mudah dari Kerajaan Uthmaniyah. So umurnya dalam lingkungan 500-600 years la. Pokok ni dulu dipuja-puja sebelum sampainya Islam. I was not that keen about a tree. Come on, how could that compare with cable ride to snowing mountain kan. What I do appreciate is, nak ke kawasan pokok tu, lalu cam kampung-kampung dekat kawasan berbukit gitu. Sejuk nak mampus jangan cakapla. Lepas pose-pose bodo depan pokok tu, kami pusing-pusingla tengok pemandangan and then we saw it. Some snow or rather ice dekat one corner of a parking lot. So ...errr we took some photo, on the ice, giler pathetic ok. Sedih taw.
|
Kat corner kat kereta bawah tu ler ada ice sikit-sikit tmp aku dan Ed amek gambo haha |
|
Apa yang greatnya about this tree? Hahah ada nada bitter di situ |
|
Cenna yg frust tak leh utilize winter jacket hahaha. Gemoknya. |
|
Kampung dekat2 dgn Great tree |
After that, dia bawak kami ke satu mall. Comel-comel jugak baju, tapi tak ada orang langsung la the mall. And I bought myself a pair of boots. Gile susah nak communicate. Nak mintak size pon susah. Takkan ler nombor one..two..three pon tataw ek. Susah betul. Ed kata boot tu cam teenager sikit. Lerr. Dah beli dan bayar baru dia cakap gitu. Pastu aku ni tak sedor diri, beli gak tirus-tirus. Sakitlaaa jari kaki aku yang kembang ni. Siapa nak beli? Hahahah.
Lepas shopping tu kami di bawa ke satu kedai kebab. Masuk-masuk jek makcik ni greet dengan ramah dan kuatnya. Tak faham apa dia cakap. So aku ordered chicken whilst Ed ordered Adana kebab. Adana is a state in Turki kalau tak silap. Kebab tu cam mixed meat la. Campur lamb and beef. Kami makan dengan mak-mak arab yang pakai Niqab tu. Mecabar jugak deme nak makan, yang aku heran, pesal tak makan dengan husband diorang. The husbands dok berdua kat meja lain. Te mak arab and anak join meja aku dengan Ed. Agaknya meja kami dekat dengan api kot. Owh tempat makan tu memang pakai kayu aper sebagai heater dalam the tent yang dijadikan restoran tu. Masa mula-mula masuk restoran, punyalah besar apa dekat tengah-tengah tu. Sedap kebabnya sebab rotinya memang made to order. Takdelah dia letak the daging or ayam dalam roti kejung kan. Sedap gila. Sampai aku dan Ed ordered another one each hahaha.
|
Dari luar kedai yang cam pakai khemah jek. Sorry gambo gegar, sejuk |
|
Makan kat sebelah api nih. Kelass kan. hehe. |
|
Meja aku belah sini |
|
Kebab sedap |
Lepas tu kami, bergerakla balik. Dalam coaster sememangnya semua orang tido jek. Aku nak turun masa atas feri sebenarnya, tapi memang tak leh bukak mata langsung. Aku dan Ed jaga bila cam lagi 10 minit nak sampai hotel. Sampai hotel lebih kurang pukul 11 gitu, the latest that we ever got back to hotel sepanjang di sana. Sampai jek receptionist tanya best tak tour? Ed cakap, it's ok but we didn't get to ride the cable car and see the snow. And that's the main reason we go there.
Ada one of the peserta tour tu cakap masa dalam coaster tu. Hmm masa kita habis dalam bas je ye. Memang betul. For 90 Euro and tak dapat naik cable car dan main snow, memang rasa tak berapa berbaloi. Bursa tu ok, lain suasananya, more sebok, more malls, more modern, sejuk, tinggi, tapi for that rasanya tak berapa berbaloi. Unless we get to play with snow, haaaa baru berbaloi. Geram tau kat tour guide tu, apsal la gi sana-sini dulu baru nak gi naik. Hisssshhh.. Balik tu memang, terus tidur dengan perasaan yang tak berapa puas hati.
Bersambung...
teringat komen my cousin when asked about her trip to turkey. boring duduk dlm bas je. 10 years old...... i guess for 90 euro mmg x berbaloi la kalo sightseeing yg biasa2 je. best lagi yg korg gi masjid yg lawa2 tu..
ReplyDeleteKalau tengok tour dari dalam bas jek sememangnya bosan giler, especially for bebudak kecik. 90euro untuk dok dalam bas most of the time sememangnya tak berapa berbaloi.
ReplyDeletesuek tgk gambar2nyer....hehhehe
ReplyDeleteSalam Arena,
ReplyDeletelagik2..day4 palk..best2 tgk gmbar siap ada info x-tra lagik psl building n place..nice!
eyyza@hotmail
Fina,
ReplyDeleteThanks sis.
Eyyza
Hehe thanks. Tu ler Day 4 belum start mengarang lagi. Nanti akan upload ok. Tungguuuu..
Arena,
ReplyDeleteErk! Buleh pulak ada clause "tak janji" gitu. Isk! Kalo dengan cuaca molek bagai pon still tak buleh, entah ke memang "tak janji" manis jek. (mula la nak buruk sangka ni kan.. hehe!)
Permandangan sungguh ohh.. amazing! Pokok tu sungguh unik and ancient. Me likey!
Sejuk benor ye? Berapa suhunye tu?
Sis AIda,
ReplyDeleteItulah kan, makes me think that way also tau. Owh you like the great tree. U tak tengok gamnbor us with the pokok.. memanggg besar and ancient.
Sejukler utk kome yang tok beser sejuk ni. -1 and -2 tu dah sejuk benor doh wei. Hehehe.
me n my future hubby plan to go to turki nxt year bln april..i'm so excited reading ur blog..jadi panduan tuk kiteorg nnti..
ReplyDelete