Tuesday, January 31, 2012

Kembara Istanbul - Day 2

Phew masuk jugak ke hari kedua. Ok bangun tu dalam pukul 6 lebih, baru nak azan. Dekat Istanbul ni memang bersahut-sahut la ko dengar azan. Sebab banyak sangat masjid berdekatan. Lepas bersiap-siap kami pon turun ke lower ground untuk makan breakfast. Breakfast spread dia oklah. Ada roti eggs, cold cuts tu, cheeses dan jams. Jangan nak berangan ada nasi goreng or kebab pepagi tu hahaha. So aku amek roti, scramble egg dan timun hari-hari selama 4 hari. Hahahha. Kena makan kenyang-kenyang, nanti lapar pastu rugi pulak duit kan. Bila turun bawah ni baru nampak yang belakang hotel tu ada very nice alleyway, dan ada hotel jugak. Ada aparthotel kot kalau tak silap. So kalau family nak stay better kat aparthotel tu kot. 
Kucing sejuk

My breakfast for 4 days

Laluan belakang hotel

laluan belakang hotel jugak. Bersih dan comel jek dengan jalan batu-batu gitu

Pukul 8 kami dah siap makan dan kami tengah tunggu travel agent pickup for Bosphorus Tours. Kami ambik jugak the tours sebab nak tengok Rumeli Hisari dan nak pergi Eyup. Namanya nak pergi sendiri macam leceh sikit. Dek kerana harganya cam berpatutan jugak kami amek la tour ni. Selalunya tak pernah amek tour. Redah je sendiri. Harga tour ni 35 Euro. Bukan TL tau Euro.
Dari lobby hotel, kami nampak cuaca baik sangat terang benderang. Hmmm don;t be deceived. Keluar jek, brrrrr sejuk gila. Lagi sejuk daripada semalam asa hujan tu. No wonder adek aku cakap, baik ujan lagi kadang-kadang sebab bila hujan tak sejuk sangat. So kami pun naikla coaster selepas the tour guide jemput kami di lobby. Kemudian dia pickup lagi orang-orang di hotel-hotel lain. And at 9, kami sampai di jeti. Kemudian menunggu dalam 15 minit lagi untuk peserta tour dari hotel lain tiba. Kemudian bergerakla kami dari Golden Horn ke Selat Bosphorus. Mula-mula dok belah bawah dek. Sebab ssejuk, tapi apa barang kan gi cruise tapi dok bawah kan, hahah so kami duduk le kat atas sambil menggigil muahahha. Ada satu couple dari Malaysia jugak naik trip ni. 
Bot yg diguna untuk cruise

Banyak gila seagull. Besar-besar lak tu.

Sulaimaniye Mosque

Bahagian bawah bot

Bosphorus straits

Dolmabahce Palace. Nanti aku cerita pasal ni di hari keempat

Hotel coverted from a palace. Katanya one of the most expansive in Europe.

Macam panas kan. Jangala tertipu pada hari tu temp was 4-6 C

Istanbul ni banyak bangunan dan rumah di lereng bukit. Memang tak ditarah sangat nampaknya

Kami meninggalkan old city istanbul ke modern Istanbul, lalu Dolmabahce Palace, Galatasaray Club, pelbagai masjid, boutique hotel yang sure harga mahal nak mampos, dan akhirnya kami sampai lah ke Rumeli Hisari, iaitu kubu yang dibuat dalam masa 4 bulan setengah sebelum Penaklukan Constantinople. Dikatakan Sultan Mehmed sendiri angkat batu-bata untuk menyiapkan Rumeli Hisari ini. Rakyat masa tu dikatakan terharu berlumba-lumba untuk membantu menyiapkan Rumeli Hisari ini. Ia juga dipanggil Fortress of Europe. Kubu ini dibina untuk mengawal perjalanan masuk ke Bosphorus dari Black Sea dan menghalang bantuan kepada Kerajaan Constantinople dari arah utara (Black Sea). At the opposite side ada Anadolu Hisari (Fortress of Asia) dibina pada zaman Sultan Beyazid. Dua-dua fort ni terletak pada bahagian paling sempit Selat Bosphorus tu.
Galatasaray Club

Continental bridge kalau tak silap. Menghubungkan dua benua Eropah dan Asia

Rumeli Hisari

Rumeli Hisari

Istanbul belah Eropah

Lepas the cruise, kami balik semula ke Jeti dan naik coaster menuju ke Pier Lotti. Dinamakan sempena seorang askar Peranchis kalau tak silap. Kami naik ke kawasan berbukit ni dan kemudian ke sebuah cafe di Pierre Lotti ni. Tak banyak gambar aku amek, sebab sekejap sangt plus aku nak gi toilet sangat dah masa tu. So kami ada 10 minutes dia atas ni dan kami akan turun dari Pier Lotti menaiki kabel car.
Pemandangan dari Pier Lotti

Pier Lotti ni dikelilingi oleh err kubur

Sepanjang bukit ni ialah kubur. Tapi bersih dan sangat terjaga

Laluan ke kubur

Cable car menuruni Pier Lotti. 5 minit dah sampai tak puas betul

Masjid Eyup
Dari stesen cable car aku dan Ed ditunjukkan Masjid dan Makan Eyup atau pun Abu Ayub Al-Ansari sahabat rasulullah yang hidup pada zaman keempat-empat khalifah. Antara tempat yang kami sangat nak pergi was makam Ayub Al Ansari ini. 

Hadith Rasulullah saw "Kota Konstantinopeel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya dalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik pasukan (Hadith Riwayat Ahmad bin Hanbal Al Musnad).Oleh kerana hadith ini, Abu Ayyub telah mengikuti kesemua peperangan untuk menakluk Constantinople bermula sehingga di hujung usianya pada pemerintahan Muawiyyah. Pada usia sekitar  80 tahun dia meninggal dunia dan minta dikebumikan di tepi benteng Kota Konstantinople.
… Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstatinopel.”

Copied from the book that I showed u earlier and Hanakirana.com.

Tapi aku salah faham. Dalam the tour takde ke situ. Lepas kami turun dari kabel car tu, kami terus naik ke bas. Dah dekat sangat dah ke Masjid Eyup dan makamnya tu. Tapi masa suntuk sangat and we had to go in the coaster. Adalahn hikmahnya tu. Sedih dan terkilan jugak hati. Dari kejauhan yang tak jauh mana tu, kami  sedekahkan Al-fatihah pada sahabat nabi yang yakin dengan hadithnya dan tak putus-putus semangat nak menjadi sebahagian daripada pasukan yang membebaskan konstantinopel. 800 tahun kemudian Contantinopel dibebaskan. Bak kata Ed, it's not about the tomb. Its about di situlah bersemadi jasad seorang sahabat Easulullah saw untuk kita kenang perjuangannya.

Selepas tu kami sepatutnya dah tamat tour tapi the tour guide tanya nak shopping tak dia akan bawak ke satu mall ni. So kami ni ikut jelah. Sesampai jek, lerr kecik jek kedai ni. Kalau kat Malaysia, ni kira cam kedai baju or boutique je ni. Anyways bila masuk, kami dibawa ke satu bilik yang banyak kerusi-kerusi dan kami disuruh duduk, lepas tu baru perasan, ada runway. Hahaha, aku pandang Ed, Ed pandang aku, kita akan tgk fashion show ker? Tergelak-gelak aku dan Ed. Well, memang fashion show.


Pakainnya ialah leather yang lawa-lawa sangat designnya. Fuhh. So kami pon layan jekla fashion show. Bila lagi kan. After that, kami masuk ke area showroom so banyakla jaket-jaket leather, labuh, pendek, campur suade, vest, faux fur dan macam-macamla. Harganya discounted 60%. Tapi lepas diskaun pon harga USD200. Tak mampula aku. Tapi kalau orang berduit sure beli, sebab lawa sangat dan very unique la. Guna brandnya sendiri Gion Mori kot namanya. 

Lepas tu the coaster drop us at Sultanahmet so we had to walk back. Kami singgah lunch di kedai lain yang namanya Montana. Walaupun ada makan dkt luar ala al-fresco gitu, aku masuk dok dalam jugak. Nama jek matahari terik memancar. Sejuk nak mampos. So we had this. Nama apa tak ingat dah.
Kecik jek Turkish Coffee ni

Ed amek meatballs kot

Aku punya apa entah tapi the house special la. Sedap gak.Aku order nasi kosong. Apa barang cicah dgn roti je kan hahaha.
Lepas tu kami balik hotel kejap. Luruskan badan dalam setengah jam gitu dan kami keluar balik. Kami tanya reception spice bazaar bukak tak? Dia kata tak bukak sebab hari Ahad. Hmm tadi tour guide cakap Grand Bazaar yang tak bukak but Spice Bazaar bukak. So Ed and me decided to just take our chances and pegi jek. Kalau tutup, kira kami jalan-jalan jelah, kami mintak direction dan dia kata 10 minit boleh sampai. So kami turun bukit sikit, menghala ke kedai-kedai. Nampak that boleh naik tram then turun di Sirkeci iaitu stesen yang paling dekat ke sana. Kemudian kami nampak masjid ni. Yeni Camii iaitu Masjid baru. Tengoklah tahun dibina tu. Barulah sangat kan. 
Laluan tepi hotel kami nak ke Spice Bazaar


Kedai jual Turkish delight sepanjang jalan ke Spice Bazaar

Turkish delight gak

Yeni Camii

Click dan besarkan tengok tahun bila dibina

We walk further dah start nampak orang jual-jual spice. Tapi lebih banyak kepada jual benih bunga tulip. Kemudian kami ni jenis redah jek, termasuk bahagian luar bazaar, termasukla area orang jual itik, ayam, dedak, anjing, kucing. Baunya nak pengsan. Aku siap teringat the smell sampai esok. Loya tekak aku. Then barula nampak enterance ke Spice Bazaar tu. Spice Bazaar dan Grand Bazaar ialah covered bazaar ye. Selagi ko tak masuk area yang berbumbung bermakna tak masuk la lagi dalam bazaar tu. Masuk je dah terbau rempah-rempah. Not overwhelming. Best. My kinda place. Apart from selling spice ada jual macam-macam benda lain lagi. 
Bersiap sedia nak menanam pokok sempena spring tak lama lagi


Benih tulip. Ada gambar bunganya tepi bakul tu.

Spice Bazaar



Macam macam jenis teh
Lampu-lampu

Baju belly dancing. Ingat nak beli hahaha.
Aku masuk kedai pertama, aku cuma beli Turkish Tea dan saffron jek. Aku pon tatau apa ke baunya saffron tu. Aku bau biasa jek. Apsal la orang kata ada distinctive smell. Sedap lagi bau serai dan lengkuas, hahahha. Lepas tu kami pusing-pusing kejap, memang diorang ni akan sibuk promote kedai masing-masing. Siap cakap melayu lagi, tengok percuma, muahahha. Tergelak aku. But we came back at the earlier shop. 
Dried fruit

Pre-Mixed spice

Boleh rasa tiap-tiap spice tu. Tu yang lagi tergoda tuh. Dasyat la marketing strategy diorang

Sementara merasa spice, dia buatkan hibiscus and apple tea
Shop number 51 dan i bought whole loads more things there. Aku beli spice yang dah di mixed for kebab, yogurt and  soup, pastu sun dried tomatoes, hibiscus and apple tea and of course pistachios. Kedai ni kasik kad kat aku dan suruh aku email dia, nanti dia akan emel recipe. Nama dia Hilal. One word of caution, actually korang boleh dapat harga murah lagi dekat tepi-tepi spice bazaar ni. Cuma kalau beli kat dalam ko boleh lepak-lepak, rasa setiap satu mixed spice tu, dia akan buatkan teh, you pay for the experience la. But if you wanna buy kacang in bulk, gi ke luar bazaar, 4 lira beza per kilo. Ko boleh jek nak beli tak sampai sekilo, ko nak 100g ke up to you lah. Nanti dia akan pack dalam vacuum bag gitu. Senang nak bawak balik ke Malaysia.
On the way balik dah
Naik bukit sikit menuju ke hotel
All vacuumed pac. Gila banyak kan.
Aku shopping paling banyak kat sini lah. Bawak orang suka masak ke spice bazaar tah haper-haper dibelinya. Sejak balik aku dah masak dengan 3 spice dah. Tapi banyak lagi belum bukak hahaha. Lepas tu kami pon bergerak balik ke hotel. Malam tu tak beli dinner di luar, makan maggi jek. Malas nak keluar balik. Hahahaha. Enjoy the pincs.

8 comments:

  1. best. i like. kenapa takde pic korg? hehe

    ReplyDelete
  2. Pic kitorang tu, hahaha kena tunggu bila zaman aku akan update di private blog. Bila tu tatawlah.

    ReplyDelete
  3. Tak boleh bayangkan mcm mana bersahut-sahutan azan tu sampaikan Liam Neeson pun teringin nak convert to Islam. InsyaAllah, one day nak ke Istanbul menikmati keindahan negara Turki ni.

    ReplyDelete
  4. Salam ainini,

    Memang best dengar azan bersahut sahutan macam tu. oh ye ker liam neeson rasa cam tu. saya pon ada baca seorang ni a chinese, dia terjaga masa subuh dengar azan, dan terus ke masjid biru tu. dia kata aman sangat hati dia masa di masjid tu. subhanallah.kalau ada kesempatan memang best ke sana. Saya sendiri rasa nak ke sana lg.oh ya welcome.

    ReplyDelete
  5. aduhai cekna... bestnya I tgk. The sceneray was so so so beautiful!

    ReplyDelete
  6. MR,

    Actally i think scenary tu akan lagi cantik bila spring. Sebab pokok2, semua tinggal ranting jek. Kata org bila spring banyak tulip kat istanbul, sure lagi cantik. Pegila masa spring,bulan4 or 5 nanti. Sempatlg nsk kumpul duit tu, hehehe.

    ReplyDelete
  7. seperti sebelum nih, aku layan gambar jek..ehehe...

    aku rasa, aku tak mampu la nak pi..harap sok2 ada la anak2 aku yg mampu bawak aku pi melancong ke sana..aci dak berangan lagu nih?

    ReplyDelete
  8. Oren,

    Sabo jelah tengok gambo jek hahaha. Kalau ko sorang aku rasa mampu jek nak pergi tapi yelah ko dengan anak2 sumer banyak la belanja kalau nak travel. Aci jek berangan gitu hehehe.

    ReplyDelete