Thursday, March 29, 2012

MNJ 3 : IVF atau ICSI

18 Feb 2012
Setelah aku pertimbangkan dengan sedalam-dalamnya, cari segala-mala maklumat yang available, berserta sembang dengan orang yang pernah buat IVF, aku telah ambil keputusan untuk buat treatment tersebut dekat Sunfert di Sunway Medical Center. Antara yang agak dekat dengan Bangi dan success rate juga agak tinggi.  Aku jugak happy dengan maklumat yang aku boleh dapat dari hospital tu dari reception dan nurses yang attend to my enquiry. Aku baca pasal doctor Wong Pak Seng yang bakal aku jumpa, banyak maklumbalas positif yang aku dapat. Dia pon dulunya daripada TMC jugak. 

I remembered when I was talking to a relative yang buat IVF jugak. Katanya antara factor selain succees rate dan distance tu, factor doctor tu sangat penting. Sebab you tak nak stress dan sebagainya dan the doctor must be reassuring dan punya good bedside manners so that you’ll feel comfortable.  So aku pilihla dekat Sunfert di Sunway Medical Center ni. 

Hari ni kami ada appointment at 11.30 am, tapi kami disuruh sampai awal untuk registration dan buat one tests.  Aku happy jugak that SMC ni takde issue parking. Lega dah satu bab. Aku menyampah kalau nak gi hospital appointment pastu terpusing-pusing entah berapa lama nak carik parking je kan.  Lepas register, tak lama kemudian, klinik panggil dan banyak details kami yang diambil. Lepas tu kami ke bahagian lab, sebab Ed kena kasik sample untuk test. hehe. Lepas the test, nurse tu kata pergila jalan-jalan dulu and she will call me, dalam half an hour sebelum my turn to do consultation with the doctor came. 

Aku dan Ed pergilah ke Sunway Pyramid dan makan-makan, kemudian pusing-pusing. Kami bukannya kaki shpopping, so tatau nak buat apa dah. Actually aku kaki shopping, but I’m not when I am with Ed, muahahhaha. Bila nampak ada tempat main archery dekat tingkat atas, we decided to give it a shot to kill time. Aku sempat shoot 3 atau 4 arrow, lepas tu aku sakit tangan. Menggigil-gigil tangan aku pegang bow tu. Hmm, so aku passed to Ed lak semua arrows aku untuk dia habiskan. Sekejap jek main tu. Dalam dekat-dekat pukul 2 petang gitu kami pon geraklah pelan-pelan ke Sunfert balik. Pukul 3 gitu baru sampai turn kami consult with the doctor. Test result dah sampai masa tu, dan doctor explain semua resultnya. Kemudian came the dreaded ultrasound, arghhh.  External and vaginal scan. Adeh, dahla aku tengah period 2nd day masa tu, ko imaginela. Berapa kali aku cakap kat doctor dan nurse, you are aware right, that I am on my 2nd day of menses. Very heavy. Kata doctor, it’s ok we normally do the scan on 2nd day. This is normal. Adehhh. Nak nangis kalau aku ingat balik. 

After that, doctor terangkanla pasal IVF dan ICSI dan doctor cadangkan kami buat ICSI, sebab yang tu lebih tinggi success rate. Kalau IVF, the sperm and the egg akan diletak dalam dish, and the sperm had to swim sendiri untuk enter the egg. Kalau ICSI, one single sperm akan diambil dan terus diinject direct to the egg.  Sebab memang ada jugak cases where the sperm not strong enough to swim or penetrate or the egg punya membrane tebal or resist the sperm. So to increase the chance Dr.Wong suggest ICSI. Berdasarkan cost dekat Sunfert tu, IVF dan ICSI tu sama jek harganya kalau tak silap.

Aku pandang Ed, Ed cakap ICSI it is lah. Doctor kata boleh start on Day 2 period, you can go back and think when you wanna start the treatment. Aku terus tanya, kalau Day 2 boleh start, emm well,  today is Day 2 of my period so boleh start ker? Yes. Ed cakap terus jelah start kalau kena dah right timing nya kan.  So Dr.Wong terangkan starting dari hari ni, aku kena amek jab Gonal F to stimulate and produce more eggs.  And dia dah bagi next checkup, egg retrieval dan Embryo Transfer date. Memang dia dah bagi jadual upfront, so that we know what to expect and also so that we can plan our cuti and so on. Mungkin juga ada additional jab kena ambik bergantung kepada keperluanlah. 2-3 embryos akan ditransfer untuk increase chances of conceiving. Kalau ada lebih embryos, mereka boleh freezekan, untuk future usage. Doktor cakap after the transfer dia akan bagi seminggu MC, which aku cakap aku dah pun cuti 6 months for this. That’s very good, dia kata. Stress free is important. So by mid March, kami akan tahu whether aku pregnant or not.  Fuhhh. Selepas tu, doc minta the nurse to brief us on quite a few things jugak. All the required dates to come and what is expected, the fee – how much to pay, when to pay, what not to eat and the risks. 

Lepas tu the nurse ajar macamana nak jab the Gonal F jab tu. Setiap pagi kena ambik, dan suntik sendiri di perut. Dia suruh suntik kiri kanan 2 jari dari pusat. Aku cakap suruh Ed tengok, pasal dia yang akan jab aku. So the first jab was made by the nurse. Seram jugak tengok jarum tu, tapi masa dia jab aku tak tengok sangat, so takpelah. Not too bad.  So tomorrow morning onwards, Ed akan jab aku selama 5 hari, lepas tu datang ke klinik untuk tengok how many eggs yang dah ada. Kalau tak cukup, the will up the dosage or ada additional jab kalau tak silap. Tengokla nanti. 
Cooler bag

Gonal F shots
 
Kami diberi cooler bag untuk isi semua ubat-ubat dan injections tu. Kena ensure semunya keep cool. Cooler bag tu kena bayar deposit 150 dan refundable bila dah habis treatment dan kita pulangkan dalam keadaan elok. Every time datang checkup kena bawak sebab diorang akan top up ubat baru.
Lepas tu, kami turun bawah dan bayar. Untuk first check ni, the cost is RM329.  Lepas tu kami pon balik. Ed dok pegang tangan aku. 

Ed :  nanti kita jadik parents eh com.
Aku : Insyallah sampai rezeki kita, by next month 16 hb kita dah tau.
Ed : Insyallah..Insyallah. Yang kita nak pergi umrah tu, camana?
Aku : Insyallah kalau diizinkan Allah, dari segi masa dan duitnya, kita pergi jugak, com.
Sampai je rumah, aku terus tido. Ed kata macam orang pengsan, aku tido. Dahle tak leh solat, memang tidur dari petang sampai malam gitu.  Side effect ubat ker, entah. Ed ada tanya, ada side effect ker jab ni? The nurse kata, mungkin wife akan mood swing sikit, so kena pay attention, jaga lebih dan sayang lebihla pada wife. Beli hadiah ker, barang kemas ke. Aku dah gelak masa tu. So we’ll see lah macamana. 

Overall based on first impression, setakat ni aku puas hati la jugak dengan the service. Everything dekat situ jek, I mean the lab and consultation room, dekat-dekat jek. Takdelah kena pegi block lain or floor lain untuk buat test tu kan. Or kena pergi lab dekat luar dan sebagainya. Lepas tu semua penjelasan yang diberi, jelas. Schedule of payment dan stages yang akan dilalui pon diberi. So setakat ni, takde yang vague lah. Cuma ramainyalah orang. Doktornya seorang saja kan. Tapi menurut sedara aku tu, dia kata doctor IVF mana-mana pon memang sibuk dan ramai gila patient. Sebab tak ramai yang ada expertise tu kan. Aku sampai hospital pukul 10 pagi, dan hanya selesai semuanya pukul 4.30 petang.  6 jam lebih ko. Berapa banyak mineral water, majalah dan paper kami beli tadi. Next time memang bawak iPad la cam tu. Aku siap terlelap masa tunggu tu. Heheh aku memang kaki tido. Tak silap aku first appointment ni je lama, sebab tunggu results tu kan. Appointment berikutnya ok jek waiting timenya. 

Rasa macam surreal pon iye jugak, sebab dah cakap lama pasal treatment ni kan, tetiba terus jek start. We can put it off lagi, but why kan. Bak kata Ed, dah 9 tahun tunggu, nak tunggu apa lagi? Dah keadaan, masa dan kewangan dah mencukupi, terus jelah. Aku ikut jek, Ed kata start aku start jek, kalau dia kata postpone, aku ikut jek. Ada hikmahnya aku tak dapat training job minggu satu lagi tu, sebab kalau tak sure kena postpone treatment sebab aku outstation seminggu. Aku takut nak jab sendiri tu.  Oklah aku berdoa agar Allah mudahkan urusan kami dan kabulkan permintaan kami untuk punyai zuriat. Kami berharap sangat untuk menjadi parents Ya Allah. Ampunkan dosa kami, dan tindakan-tindakan kami yang melampau batas serta merugikan diri kami sendiri, bantulah kami Ya Allah. Permudahkanlah urusan kami Ya Allah, berilah yang terbaik untuk kami Ya Allah. Hanya pada Mu sahaja tempat kami meminta pertolongan ya Allah. Dan hanya Engkaulah sahaja yang boleh membantu kami Ya Allah. Amin Ya Robbal A’lamin.

22 comments:

  1. smpai je kat "by mid march dah tau preg ke belum terus aku skip skip sampai bawah

    embryo boleh freeze? wow.. wide eye kejap.

    ReplyDelete
  2. Aku doakan Cekna and Ed dimurahkan rezeki, adorable and beautiful kids...U take care, dear !!!

    ReplyDelete
  3. aku tak sabo lak nak tau kisah sambungannya. aku doakan proses ni menjadi. aminnnn

    ReplyDelete
  4. apasal sebak pulak bila baca entry nie ...

    besar sungguh pengorbanan Arena

    akak doakan by middle march , kita akan dengar berita yang menggembirakan .....

    ReplyDelete
  5. jap....aku konpius jap...middle march??? so now dah ada result ke?? papepun take care dear...Ya Allah, tolong makbulkan permintaan kawan aku nih........

    ReplyDelete
  6. ya Allah sungguh aku x sabar....moga diperkenankan doa utk dapat zuriat...excitednya..insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. kita nangis baca entry akak yang ni..harap semuanya lancar..

    ReplyDelete
  8. Joe,
    Alemek aku dah tulis cam tu eh? KOrang kena tunggu dalam saspen sebab entry MNJ ni banyak lagi.

    KLM,
    You take care too ok. Eh upload la gambo baru your children. Now 4Ds kan? Thanks for the du'a.

    ReplyDelete
  9. Delinn,

    Amin, korang kena sabar banyak2 sebab banyak lagi nak cerita hahaha.

    Kak PB,
    Insyallah kak, nanti saya akan share resultnya. Buat masa ni kawan2 semua bersabar ye. Sila baca update dulu.

    Fiechik,
    Amin. Hishh korang ni rajen tengok calender betul la. Nanti2 aku citer. Sabar2.

    ReplyDelete
  10. Mawar,
    Amin, insyallah. Nanti aku share the result.

    Apid,
    Alaa tak yah la sedih. Akak ni suka buat korang sedih ek. Sorry ye kawan2.

    ReplyDelete
  11. Bergenang air mata aku bila dh masuk bab ni. Rasa cam tgk siri guiliana & bill pulak. Gud luck Che Na. Moga ada rezeki. Mmg excited nak tahu resultnya. Insyaallah

    ReplyDelete
  12. Part kena sayang lebih dan beli brg kemas tu mmg terbaekkkk. Che na letak eh cost2 every check up tu..tq!!

    ReplyDelete
  13. Kv,
    Fullemek cam bill and giulaiana laa. Perrghh terasa cam celebrity laks heheh.sabar ye tunggu jek entry seterusnya.

    Amy,
    Tulah kan. Best gak the nurse cakap cam tu. Takdela ed rasa akua jek yang ngade2.

    ReplyDelete
  14. planning for best ICSI Treatment in Moga then must consult with Dr Neelu Koura. A leading gynecologist in moga and have 20 years of experience in thet field.

    ReplyDelete