Wednesday, March 28, 2012

MNJ 2: Episod baru bakal bermula

Ini entry backdate. Sila tengok tarikhnya. 
 
15 Januari 2012

Aku berbelah bagi samada nak reveal all or not dekat blog. Baik yang public, mahupun yang private. Bukan apa, aku malas nak add pressure on myself. Aku ambik cuti ni sebab nak tak nak pressure dekat office semua, tapi aku update dekat blog yang mana aku sendiri yang boleh create that pressure. Bila aku tanya dekat Ed, Ed pon cakap maybe tak yah cerita dulu. So aku tak cerita la buat sementara waktu. Aku tak tau bila aku akan publish entry ni. Aku simpan jelah dulu buat ingatan aku. 

Aku amek cuti ni 6 months. Sampai 9 Julai. Banyak perkara yang aku nak buat dalam cuti ni. Antara yang utama, ialah aku nak buat treatment. Aku nak undergo IVF. Keduanya ialah nak habiskan study aku. Setelah bincang panjang lebar dengan Ed dan family aku, akhirnya aku nekad tahun 2012 aku kena buat IVF. Tahun ni aku masuk 35 tahun. Kalau ikutkan dah agak lambat, tapi nak buat macamana situasi masa dan kewangan sebelum ni tak mengizinkan sangat. Tahun ni aku keraskan hati aku apply cuti jugak, sebab boss macam keberatan sikit, walaupun dia faham. Syukur kawan-kawan semuanya memberi semangat dan push me to not think about work sangat. They of course can survive without me, bukan penting sangat aku ni pon kan. 

I have also decided that 2012 is not a career year for me. I am mentally prepared if my career stalled while semua orang dah ke depan dari aku. Aku ni bukanla ambitious sangat. But whatever was given to me, aku buat sungguh-sungguh tu jek and whatever opportunity comes my way I grabbed it. So aku dah pikirkan aspek ni. 

Banyak preparation aku sebelum aku start my treatment ni. Masa bulan 12, which is the last month I am on full salary, aku shopping sakan. I bought 3 quite expensive blouses and 3 quite expensive shoes. Aku pikir nanti aku adala baju baru bila aku tak bergaji or bergaji minimal nanti. Takdela rasa deprived sangat. I also signed to a gym. Sebelum pergi Turki adala aku pegi few times. Just to get fitter and shed some kilos.  Aku dan Ed sama-sama start minum teh hijau to replace our coffe and not long after that, the urge to have coffee, slowly subsided. Aku juga dah start makan asid folic daily. Walaupun belum start apa-apa treatment.

Anyways, hari ni hari ahad. Hari yang Lee Chong Wei menang final kat Malaysia Open tu. Mulanya aku ingat nak pegi, tapi sebab lawan Tago tu, hmm tak jadikla. Kalau lawan Lin Dan, aku nak la pegi.  Anyways, aku dan Ed keluar lambat sikit hari ni sebab aku tak sihat sangat. Perut tak sedap. Lepas pergi IOI, aku ajak Ed carik Tropicana Medical Center.Sebab the TMC Fertility Center tu dekat situ. Aku tengah evaluate dekat mana aku nak buat the IVF. Aku dah shortlist TMC Fertility Center Damansara, Hospital Pantai, Bukit Pantai dan Sunway hospital. Hmmm semuanya jauh-jauh dari Bangi. Pfffttt. Dalam 3 hospital ni, TMC punya success rate paling tinggi diikuti oleh Sunway dan Hospital Pantai. Tapi TMC tu la paling jauh dan paling jem nak pegi. Damn. Tapi dia very specialize dan dah lama juga in the business. Teringat Dr. Hamid Arsyat cakap kalau nak cari tempat nak buat IVF, make sure tempat tu betul2 specialise dan the doctors hanya buat IVF sahaja dan bukan doctor sakit puan or doctor yang deliver baby. So sebab tu ler aku shortlist 3 tu. Yang lelain,err lagi jauh dari Bangi. 

So berbekalkan google map dekat telefon, kami pon mencarilah the TMC Fertility center dekat Tropicana tu. Masyallah dah nak sampai Sungai Buluh dah, nama jek Tropicana. Mula-mula kami ikut Kelana Jaya, boleh tahan jem bila sampai area the Curve tu. So Ed cadangkan jalan lain. Lepas cuba2 ingat jalan yang patut aku lalu, esok aku akan buat appointment untuk pergi dapatkan info dan sebagainya from them. Satu episode baru bermula dalam hidup aku. Ya Allah permudahkanlah semuanya.

5 comments:

  1. Salam Arena,

    its me again..kepoh gak i ni nak share story..hehe
    sori i did get your email lah..blh ke nak story kat situ?
    kang i buat komen kat sini bjela2 sgt :)

    eyyza@hotmail

    ReplyDelete
  2. Ya Allah permudahkan jalannya untuk kawanku Arena

    ReplyDelete
  3. Eyyza

    U hv my email? Blh jek nak stori.tulis kat komen box pon ok pjg sikit takpe

    Joe irfa
    Tq

    ReplyDelete
  4. yes, me too reading the journey....

    ReplyDelete