Showing posts with label Parenthood. Show all posts
Showing posts with label Parenthood. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Farhan dan 10 bulan dan potong rambut

Pejam celik dah 10 bulan kan. Pada yang tanya Farhan dah sihat belum. Alhamdulillah. Dah sihat dah.  Syukur sangat. Sekarang ni selera sangat makan. Ambik je dr taska akan makan dan nyusu non stop sampai dia tidor.Perghh.

I have to be brief sbb byk kerja. So his progress in point form jek as always.

  • Kuat betul makan sekarang. Dlm kereta 2 keping rice rusk. Sampai rumah, sometimes 1 bijik pisang cavendish. Followed by soup or porridge. Pastu nak susu pulak, 4-5 oz. Pastu bila aku makan nasik, dia nak jugak. Sesambil tu sekeping dua lagi rice rusk.  Pastu susu balik sebelum tido. Hebat dok? Kalo lapor, merempan.
  • Gigi takde lagi. Tapi tak suke makan yang pureed food. Nak yang bertekstur. Tu yang suka nasik biasa tu. Bila sengih nampak gusi jek. Haha
  • Garang ke main. Sergah orang je kerjanya. 
  • Pastu kalau nak marah dia lepuk-lepuknya kita. Sakit wei kena lempang dengan Farhan ni. 
  • Kalau nak amek barang dari tangan dia, memang tak bagi, jerit-jerit marah. Pastu lagi best dia campak jek barang kat kita. Grrrr. Gigit kang, budak Farhan ni
  • Meniti-niti sana sini. Kekadang lepas tangan sikit-sikit. Tapi takdela attempt sangat nak berdiri or jalan sendiri. Agaknya aku pon jarang Tatehkan dia.
  • Suka bukak almari sekarang. Adeh. 
  • Dah pandai panggil mama dan ayah sekarang. Suka noo jerit panggil ayah dari tingkat atas. Hahaha.  
  • Suara adalah garau. Boboy sangat.
 Tu jelah kot. Yang lain-lain cam biasa la kot. Gambar kat bawah adalah gambar sebelum dan selepas potong rambut. Rimas aku tengok rambut dia tutup telinga. Pastu nengok dia dok tergaru-garu kepala. Dahla kuat berpeluh. Ikutkan aku soh bawak barber jek. Tapi Ed kata, malas nak layan dia meraung. So aku potong jek sendiri masa mandi. Lepas tu Ed sambung pulak potong. Tapi dapat trim sebelah jek, sebelah lagi masih cam mushroom. Takpe akan mama trim lagi weekend ni, hehehe.

Oklah tu jek dulu nak log. Dah besar dah Farhan. Tak lama lagi setahun. Cepatnya besar. Sobs. 

Sebelum potong. Panjang kan. Mengerbang kekadang
Ni lepas potong. Ada sideburn. Yang kelakar, cam ada remos plak. hahaha.

Friday, July 12, 2013

Review Parenthood Expo 2013

Aku br balik dari Parenthood Expo 2013. Oklah berlambak gak aku beli. Adeh. Tapi kena tau hargalah jugak. Sebab bukan sumer bender murah. Sebab kat luar ada jek yg lagi murah. 

Aku sampai pukul 10.30 pagi. Aku dok doa dia jek dimudahkan perjalanan dan dapat parking baik dan dekat. Alhamdulillah parking dekat C Tiang A 29 adalah dkt dgn lif dan lif tu ialah nearest to the expo enterence. Masa tu dah ramai org jugak. Memula nak amek goodie bag. Tapi line nya panjang ya ampun. Kalau panjang moving takpe jugak. Ni aku tengok after 15 minutes line langsung tak gerak tak yahla.

Yang aku rasa bebetul murah adalah Avent. TT Fiffy dan Pigeon. Drypers still rm32. Cuma kalau ko beli 4 dpt jusco voucher rm10 atau ko boleh diskaun terus dr harga Drypers dan dapat tshirts. Susu frisolac diorg hanya bawak rang yang langkah 3 dan 4 jek. Demm. Pureen, aku boleh dpt harganya lagi murah di Manjaku atau Kasih ibu for certain things. Ada yg samm jek kat luar. So yg sama jek aku belilah. Senang sekali harung. Cuma dia bg byk free gifta jelah. So ni barang2 yg aku beli 

Kebanyakan yang dibeli adalah keperluan. Consumables. So takla rasa guilty or what. Tapi ada la jugak pembelian gedik. Aku beli play mat. Gediknya lah. Macam la Farhan suka sangat dok atas tu. Pastu sebenarnya duit aku melayang beli 2 pembelian gedik ni.
 

Baju Melayu Farhan dan Baju Peplum Raya Cousine Mia, Hiihihi.

Kalau korang nak carik stroller or car seat bg aku harga sama jek or lagi mahal dari kedai kat luar. Kena compare.

Pastu dek kerana ada orang tanya aku bill my next baby due. Sambil tengok perut aku. Demm. Terus aku beli ni. Hahahaha. 
 
Akhirnya terlepas la kempunan aku nak gi baby expo. Masa pregnnnt kan tak leh jalan2 sangat. Anak dah besor baru nak gi. Tobatt tak gi dah lain kali. Beli jelah barang2 kat kedai or online.
Ok dah fenat. Chiow.

Sunday, March 3, 2013

Farhan dah 4 bulan


Kejap jek masa berlalu kan. Janganla cepat sgt takut x sempat nak savour all this wonderful time with him. Kelmarin akak taska dia sms ckp dia dah gelak gelak first time di taska. Nak nangis aku rasa masa tu. I missed his first laugh. Dah la nak senyum pon payah. But i guess ginilah kita as a working mother, akan selalu missed our baby first smile/laugh/crawl/step. Masa diorg lg banyak di taska dr di rumah. Owh malas la ckp pasal ni buat aku rasa down jek.

Ok farhan dah meniarap. officially dia meniarap sendiri pada 21/2 hari tu. Now dah boleh tiarap dan baring balik. Owh mama dan ayah kena hati2sgt dgn farhan lepas ni. Payah nak senyum. Kena agah cam nak gila br senyum tp tadi masa aku tgh pakai kan baju dan geletek leher dia, dia ketawa. Oh such joy. Heppi mama ko,dek.

Sekarang dia tgh selsema balik maka dia takmo df balik. So maknya kena pamle siang malam. Malas aku nak paksa dia dah. Memang meraung kalau aku paksa. Betullah hidung dia tersumbat kan dia x selesa. In fact susu dlm botol pon sgt sikit dia minum sampai aku naik risau.

Pandai dah nak luah balik ubat yg aku bg. Dulu pasrah je kan. So aku kena bg masa dia mamai or kena distract dia dgn buku baru dia tak luah balik. Dah kerap tido dalam cot sendiri. Kekadang aku angkat jugak tido kat aku bila aku rindu hihi. Dah pandai gak main menan sikit sikit. Dan pay attention bila tunjuk buku. Aku x kira, dia paham ke tak, aku bacakan buku gak kat dia. Oh ue, korang gi tak big bad wolf the aftetmath weekend ni? Aku gi last friday. Murah giler wei. Aku beli 4 bijik buku aku dan 7 bijik buku farhan. Br rm 53. Buku2 farhan tu kualiti sgt. So adalah buku aku nak baca kat dia.

Aku x sihat sgt hr ni. Patutnya kitorg gi wedding kat rawang. Tp sevab aku demam dan sakit tekak plus farhan pon selssma, ed ajelah pegi sorang. Aku tau dia nak sangat bawak farhan, lain kali ok ayah.

Aku sgt takde masa nak buat update. Work is really killing me. Nak angkat kepala pon x sempat. Kalau dedulu memang aku stayback kasi settle kejer. Now x lehla. Baik aku balik peluk budak comel tu kan. Plus lagi sebokla kan pasal aku dah start balik master ku yang dah 2 sem defer tu. Eiii Seram. Giler wei tatau camana nak bahagi masa.

Oklah korang tu jelah update aku sambil baring atas katil. Nak tunggu proper update, payah. Oklah till then, take care korang (tah ada ke tak orang bc blog aku lg skang nih hahaha)

Posted via Blogaway

Monday, February 18, 2013

Cabaran Breastfeeding 2

Salam korang, 

Aku tengah mengepam ni. Sekarang pam dekat bilik jek yang morning session. Ada masa sempat, ada masa terbabas. Alhamdulillah ada la rezeki si Farhan ni, walaupun aku dah campur FM dari 3rd week lagi. Now dah 3 bulan lebih FM diguna dalam 2-5% jek. Kalau weekend berjaya jugak fully breastfeed, tapi kalau hari kerja memang tak dapat la sebab stok tak cukup dan stok takde. Memang stok susu aku ialah pam hari ni untuk hari esok jek. Sekarang Farhan bawak 4 botol ke taska. Sebotol dalam 3-4 oz. Selalunya habis. Ada masa-masa x habis kalau dia kuat tidor. 

Aku pam sekarang pukul 10.30 pagi, 2.30 ptg dan 5 ptg. Adala terbabas sini sana sebab ada meeting dan sebagainya. Every mornin aku kena tengok shedule dulu dan adjust my pumping time. 

NI bekal Farhan bawak gi taska. Ada numbering, date and time

Ni beg aku. Belah atas aku letak corong dan milk collection shell

Belah bawah letak storage bottles dan ice pack, kiri, kanan dan atas.

Ni rupa beg tu dari luar. Super like.
Ginila aku punya  gears untuk pumping. Beg tu brand Jingle Jungle, aku suka sangat. Belah atas aku letak corong pam dan bawah botol-botol dan ice pack. Walaupun kat opis ada frdge malas la letak dalam tu. Plus aku pam kat bilik jek. Malas nak berangkut susu ke pantry lak. Sebab corong sumer letak kat dlm beg yang sejuk, tak yah clean up sumer sampaile balik rumah. 

Setakat ni masih boleh pam lagi. Aku pegi audit pon aku bawak pam. Luckily pam aku tak yah pakai power, so tak perlu depends dekat power. Janji charged sudah. Charge pulak, kekadang lebih seminggu baru charge balik. So I love my breastpump. Bising tetapla bising but not too bad. Keputusan beli double pumping punya pam memang tepat sebab cepat sikit. Imagine kalau pagi punya session kena pam sampai 20 minit untuk kosongkan breast. Kalau pam single jek dah 40 minit tu. Tu belum campur assemble sumer. Silap-silap sejam dah gone kan pepagi tu. Mampus kena sound karang. So aku taknak sesapa jadikan issue aku mengepam ni.

Beralih kepada cerita Farhan, hehehe. Farhan sekarang ni tengah mengalami growth spurt, yakni dia lapor sokmo dan kuat sangat menyusu. So, dia akan latch and the unlatch pastu latch balik bila menyusu. Geramm. Dia tengah lapar, dan nak menyusu dengan banyak dan yang best is I want it nowww!! tu yang dia dok latch unlatch tu. Memang tak berapa tidur sangat aku dibuatnya. So dek kerana my body is trying to keep up with Farhan's demand, pagi ni bila pam boleh tahan banyak. Alhamdulillah. 

Aku baru jek dapat tau trip ke Shandong, China tak jadik. Legaaaaa aku. Serabut aku pikir. Kalau bawak Farhan, camner siang-siang tu. Kalau tak bawak lak, berapa banyak stok nak kena tinggalkan dan camner lak aku nak pam dan simpan stok kat sana. Alhamdulillah, Allah mudahkan, tak jadik, Legaaaaaa. 

Aku respect sangat orang yang boleh fully BF anak sampai 2 tahun sebab mencabar sangat. Weekend memang susah nak pam. Malam aku langsung tak pam. Respect aku kalau ko kerja, tapi masih bangun tengah malam untuk pam. Ngantuk giler. Tu belum campur orang yang kerja outstation selalu dan pergi tempat-tempat luar bandar sikit macam Angah tu. Memang gigih ok. Aku once sampai rumah memang direct feeding jek yo. Memang tak pam.  Ya Allah, cukuplan susu untuk Farhan Ya Allah dan mudahkanlah perjalanan breastfeeding kami.

Tuesday, January 29, 2013

Pengalaman caesarean


Salam. Sebelum tu sorry sangat2, aku x balas komen korang. Diva sangat kan. Aku sekarang tak bawak balik laptop dah, tu pasal x jawab komen2tu. Ada note dan ipad tapi x feel la nak jawab kat situ. Ni pun aku update pakai galaxy note ni. Sebab ada request untuk sharekan my czer experience.

I think mana yang kenal or baca my blog knows that aku bersalinkan Farhan thru C-sect. Puas dah try and insist nak deliver normal tapi xde rezeki nak bersalin normal. aku macam orang lain jugak, think that the recovery rate for normal deliveryk is faster, hence why i insisted to have normal delivery.

I had my c-section dekat Sunway Med. Tempat aku buat my treatment. Masa dah sign consent form semua, aku puasa dan kemudia dibawa ke Ot. Eh rasanya aku dah citer ni dulu. Ok we skip that part about the actual procedure, sbb dah cerita. lets go to thw aftetmath.

Orang semua taknak czer sebab sakit masa lepas beranak tu kan. Lama sakitnya kan.  Esoknya selepas czer, tube utk buang air dah dicabut dan nurse soh aku cuba duduk. They showed me the best way to get up. And they helpwd me go to the toilet. If tak guna muscle perut utk bangun, insyallah u will feel less pain. Perut mmg rasa berat semacam entah naper. masa pass urine first time tu just let it flow jgn teran. Should feel ok.

Kalau czer better belajar menyusu yang football hold dan sambil mengiring. Jangan la pakai cradle hold. Nanti the baby weight menekan the czer wound. kat hosp ada cam lactation councilor datang, ajar aku breastfeed. Dia tanya aku ada susu tak, aku cakap x sure sbb bila pam dapat beberapa titik je. Terus dia picit2, adeii sakit ko. Ok ada susu, dia cakp terus dia amek baby dan ajar the footballers hold tu. Pergh best. Takde pressure kat perut.

The first day balik, tolonglah ada sesiapa yang pegang baby tu on the way balik or letak baby dalam car seat. Kalau kat oversea,hosp wont let u leave until u have a car seat kan. Janganla riba. Riba tulah yg menyebabkan sakittt sgt for the next few days nanti.

Hosp bekalkan aku ubat to ensure that aku x constipate. Dan luka czer tu dia memang letak plaster panjang. Sepanjang 10 hari lepas tu mmg aku x yah jaga luka tu. Mandi cam biasa dan lap atas plaster. Thats all. X perlu nak anginkan or pakai hairdryer untuk keringkan. Jangan gatal gi bukak sudah. After 10 days, nurse buat dressing and by then luka dah kering.

Kat dalam memang rasa sakit jugak kekadang as long as tak melasak insyallah ok. So to me kalau dah terpaksa nak buat macamana. The drawback is  takleh bengkung dan tak leh urut. So bengkung aku dan shrinkhips yang mahal tu x guna. Mjngkin org tahan pakai. Tp aku x tahan sakit belah dalam tu. Bukan kat czer wound pon. Dekat belah dalam, location nya belah kiri dan kanan pusat. Doc kata sebab ada belahan kat atas kat situ dan ada simpulan.

Kalau doc ckp perlu czer untuk keselamatan baby dan mama. Apa nak buat. Kita hanya merancang, cuma aku nak cakap, its not that bad. Aku rasa horror lagi masa aku lepas operate appendix dulu. Dahla kena bukak benang, pastu kena infection, pastu lama gila aku kena solat duduk. Nak bangun dari baring tu memang nangis. Ni lepas mandi wajib dah solat macam biasa. Alhamdulillah. Syukur sangat. Anyways, kalau czwr just ensure that:

1. Ada org yang pangku or letak la kat car seat balik dr hosp. In fact kalau boleh jangan pangku pon atas wheelchair tu. Bila pangku itula the beginning of sakit czer tu.

2. Bangun dr baring dengan fireman roll tu. Gina siku utk tolak ut body dont ever guna muscle perut sakit giler

3. Jangan turn your body kiri dan kanan or try to rwach forward. Move ur whole body kalau nak pusing kiri, kanab atau depan.

4. Jangan tunduk atau bangun dgn baby sama2. Guna muscle perut tu. Bangun dulu and ask somebody to pass the baby to u. Xpe ni untuk seminggu dua jek. U wanna heal fast nak jaga   anak kan. Buatla gini. Biarla org ckp manja ke apa, janji heal cepat.  hello belah berapa lapis perut ok nak bwk kuar baby tu. It is a major operation.

5. Guna footbalers hold atau breastfed the baby while lying down utk elak pressure kat perut

6. makan limau or buahyg ada vitamin c utk cepat baikkan luka. I ate an orange a day nak cepat baik luka dan nak elak constipation. Makan supplement vitamin pills pon bagus gak.

7. Elak makan makanan yang gatal. Makan white flesh fish, dan emm ayam yg white flesh gak. Isi ayamla.

8. I makan pil haruan kejap jek but i ate the actual haruan for almost a week. Mmg bau tanah tapi aku sumbat je anggap ubat haha.

Tu jelah kot. Bukanla aku cas terer ke apa ke. Aku share apa yg aku went thru jek.  Oklah nak tido dah. Berhari hari br siap entry ni. Melayan harith farhan punya pasal.

Posted via Blogaway

Friday, January 18, 2013

2 months jab, demam dan outing

5 January lepas, Farhan ada jab. Pagi-pagi tu kami siap-siap ke hospital. Aku pakaikan Farhan smart-smart hari tu hehehe. Sampai dekat hospital, punyalah ramai orang, tapi aku tau pediatrician yang kami nak jumpa tu cepat je. Lepas register, pergi timbang Farhan. Dah 5.2kg, ko. Patutlah lenguh. Sekarang lagila berat gamaknya. Tapi Farhan ni tak ler nampak montel sangat, aku rasa. Entah.
 
Layan tidur sebelum jab


Kami amek jab pneumococal dan rotavirus. So ada jab dan ada ubat makan. Si Farhan ni spit jek ubat makan tu. Sabo jelah. Lepas tu the jab. Kuat la jugak dia nangis, tapi kejap jelah, lepas Ed peluk-peluk dia, oklah mamat tu. Doc bagi jugak ubat sapu bila aku tunjuk rashes dekat muka dan leher Farhan. 

Ok jelah Farhan dalam stroller dia tu. Tak nangis, cuma after a while dia restless sikit. Balik tu kami ke rumah mama, sebab petang tu nak tinggalkan Farhan sekejep. Mak dan apak Farhan nak gi errrr tengok wayang. Muahahahha. Aki dengan Neni Farhan dah offer nak jaga Farhan. Yezza. Tengok Farhan ok jek. Tidur jek, so kami pon pergilah. Saje je nak teman apak Farhan yang dok tanya2 pasal citer The Hobbit tu. Lepas dah preparekan susu, beg persalinan sumer kami pon pergi. Wayang start at 4.45 pm. Kami gerak dalam kol 4.15 gitulah ke Alamanda. Konon nak solat asar kat sana then pergi kat wayang. Tak pulak aku tau, ada renovation, so surau punyalah jauh kat luar nun. Memutar-mutar mencarik, sampai aku penat. Disebabkan penat, masuk jek wayang aku tidur. Muahahahha.

Citer tu slow sikit at first, pastu Ed nak tengok yang 3G, giler babeng sakit kepala aku tengok. Lagila sedap aku tidur hahaha. Maybe about half an hour later baru bangun. To me citer tu slow, and errr can't help but compare it to Lord of The Rings. Dalam wayang few times jugak aku sms mama. Mama cakap Farhan nangis jugak. Takdelah nangis teruk. Terus aku risau. 

Habis wayang jek kami solat maghrib. Giler beratur cam lingkaran ubat nyamuk nak amek wudhu' yo. Nasib baikla suraunya besar dan airconditioned. Lepas tu rushing gi beli makanan yang mama dan baba pesan. Lepas tu baru balik. Lambat jugak tau settle semua tu, lapan lebih baru gerak dari Alamanda. Sampai kat rumah, aku terus gi amek Farhan kat tingkat atas. Masa tu dia nak lelap. Badan dia agak panas. Adess, nak demam la tu sebab jab siang tadi. 
Lap-lap badan


Pakai Bye-bye Fever
Lepas tu, kami lap badan dia. Dan aku bagi susu. By pukul 11 malam memang makin panas badan dia. Aku mintak ed pergi belikan Cool Fever or yg jenis2 gitu. Nasib baik dekat 7-Eleven ada. Ed beli thrmometer sekali. Masa test tu, temprature dia sampai 38.4. Aku cakap kat ed, panas ni. Kalau makin naik, kita gi klinik. Sambil2 tu aku lap dia, pakaikan cool fever tu. Dia memang menangis jek malam tu. Kesian sangat dia. Memang panas. Masa tu aku syukur sangat sebab masih breastfeeding, sebab that's the only thing that can sooth him. If not memang berdukung jelah. Tidur pun tak nyenyak. Bila nyusu, dia tenang sikit dan boleh tidur thru the night. Esoknya, ed mandikan dia. Aku pesan jugak dekat Ed, kuatkan jelah hati masa mandi tu. The thing is dia tak nangis sangat masa mandi. Tapiiiii, masa pakai baju, bila aku bukak tuala jek,  muka dia terkejut kesejukan tu memang terbayang-bayang sampai sekarang. Lepas tu dia punya mengamuk, memang kesian. 


Alhamdulillah, lepas tu demam dia makin kebah. Masa kami bawak balik tu, dah agak baik dah. By malam dah cam biasa balik. Ya Allah syukur sangat. Masa first jab dia suam-suam jugak badan, tapi aku lap dia cepat2 sambil dia ngamuk-ngamuk. So tak sempat demam.  This time around, maybe dia dah start suam masa petang tu tapi aku takde kat rumah, so terus develop fever. Ni perception aku jeklah. Alhamdulillah, sekejap jek. Risau dan kesian sangat kat dia. Yelah kecik-kecik gitu demam kan. Memanglah risau.
Syian dia

Rasa gak guilty sikit-sikit gi tengok wayang tu. Hahaha. Aku syukur jugak yang demam Farhan peak masa kami dah sampai rumah. At least takdelah horror sangat aki dan neni dia jaga. Kiut jek bila Ed dok cakap banyak kali, kesiannya Farhan, com. Kesiannya. Ayah and mama love u dek, always.

Wednesday, January 16, 2013

Entry Backdated - Cabaran breastfeeding


As salamualaikum wbh

Ni another entry backdate. Aku dah start tulis masa belum habis pantang lagi. Tapi tak ter'publish lagi sebab tak sempat dan ada perkembangan terkini pasal breastfeed ni. Kalau uncomfortable baca entry ni, sila abaikan dan tunggu next entry. Aku nak tulis jugak, untuk remind me of all the struggle yang aku lalui nak breastfeed Muhammad Harith Farhan ni. 

**********

Sihat korang? Aku okaylah. Makin baik. Actually sakit luka czer tu rasa apa dah, sakit lain yg banyak.  Mencabar jugak. Tapi takpe, bila sakit kita giat mengingat Allah. Kalau tak, macam kurang sgt dzikir, dan berdoa semenjak bersalin nih. Yelah takleh solat kan. Rindu pulak rasanya solat, doa banyak2 dan mengaji lepas solat tu.

Kan aku citer masa kat hosp aku breastfeed Farhan, malam tu jugak, aku soh Ed gi amek breastpump dalam kereta dan aku start pam. Mmg susah sbb aku masih numb lagi, tp memikirkan Farhan hypo masa tu  aku pam jugak. Kekok gila dahla takleh duduk tegak masa tu. Tah camnerlah ed tlg pasangkan, akhirnya dptla pam. Dpt le sesudu kolestrum, dan ed mintak nurse hantar kat nursery. Nurse cakap paras gula dia naik sikit tapi tak ke tahap sepatutnya. Dan aku dengan berat hati terpaksa allow them to give FM to Farhan malam tu.

Esoknya aku dah mula breastfeed. Tak taulah ada susu ke tak, aku sua jek kat Farhan. First day balik rumah, aku pam jugak susu bila Farhan tidur. Dapatla dalam 1oz lebih gitu. Bila Farhan nangis-nangis tak hengat malam tu, kami suapkan dengan pakai sudu selain of course direct feeding(DF) dia. Susu yang di pam tu jugalah dibuat bekal masa pergi hospital untuk checkup.

Minggu pertama dan kedua susu agak meriah. Baju asyik soaked with breastmilk jek. Maybe masa tu keperluan Farhan pun tak banyak, so susu macam ada lebihan gitu. Plus aku ada rajin gak pam masa tu. Kononya after 3rd or 4th week aku nak buat stock susu beku dah (EBM). Masa checkup aku, kami tinggalkan Farhan dan tinggalkan susu yang aku dah pam. So tu pertama kali Farhan minum pakai botol.Alhamdulillah, dia ok jek berbotol syukur sangat. Dan malam tu bila menyusu balik, dia okay jek masa latch.

Masuk minggu ketiga, tak tahu kenapa breast mulai rasa sakit, dan ada few times aku demam gigil2 masa tu. Bukan bengkak susu. Sebab tu aku dah alami which is boleh hadap lagi. Makin lama makin sakit. Masa tu aku dah limitkan direct feeding pada Farhan dan banyak feed him thru bottle guna susu yang di pam(EBM). Unfortunately, bila buat macam tu, Farhan jadik marah sikit bila DF sebab susu tak selaju macam botol dan dia kena lebih effort untuk menyusu. Ni menyebabkan dia menyusu dengan sangat vigorous, which resulting aku bertambah sakit. 

Aku pergi hospital, masalahnya nak jumpa gynae sumernyer kena appointment, so aku pergi klinik family. Doc check dan kata kena infection. So dia bagi antibiotics for 3 days. Dan suruh continue DF atau pam. Masa tu sakit yang amat. The whole breast rasa inflamed. Memang nangis. Bila nak susukan Farhan memang aku dreaded sangat. Dan memang nyusukan dia sambil nangis. Bila sakit sangat I stopped menyusu belah yang sakit tu dan pam jek. Pam pon sakit wei.  I was so miserable masa tu. Bila stress dan tak sihat susu makin sikit dan Farhan pon mengamuk je kerjanya sebab tak puas menyusu.

After 3 days rasa cam ok balik, so aku bg jelah balik Farhan DF. Masa tu rasa Ya Allah, lamanya tak BF budak Farhan ni. Dia ok jek, cam kekok2 sikit nak DF belah yang sakit tu sebab dah few days aku pam je kan. Tak dan 2 hari aku sakit balik. Dan aku jugak kena sakit lain yang dah lama tak kena. Horror sangat-sangat. Farhan pon memang nangis memanjang masa ni. Susu sikit sebab aku sakit tak sanggup nak pam, tapi tak pam lagi horror. One night, Ed cakap kat aku, 

Bagila FM(Formula milk) kesian kat Farhan dan kesian kat com jugak. Dah lama ckp soh bg FM, bukan forever. Sampai you heal. Betul-betul heal. Macamana nak heal, baru nak baik dah DF balik.  

Aku diam jek. But malam tu dengan linangan air mata, aku soh Ed gi beli FM pukul 11.30 malam. Farhan masa tu dah tak berapa tidur for few days, nangis jek. Aku suspect dia lapar. Sebab aku tau amount yang dia nyusu. I was also miserable, sebab dahla sakit berdenyut-denyut banyak hari tak tidur pulak tu.  Bila Ed balik, memang nangis-nangis aku bancuh dan bagi FM pada Farhan. Aku tau dramatik habis kan. Tapi hanya mak-mak jek tau perasaannya bila terpaksa bagi FM. Seriously, masa tu I felt like a failure. Macamana aku tak dapat breastfeed my son ni? I have all the tools in the world. Dah equippe myself with the knowledge. Apa je yang boleh bantu aku BF aku beli. Aku ada electronic dual pump (madela freestyle), aku ada manual pump Avent, aku beli 2 type nipple shield (which langsung tak berkesan in my case), aku beli berjenis-jenis nipple cream (purelan, Lansinoh, Earth mama), soft shield, milk collection shell, apa entah lagi, you name it, I got it. Tu belum lagi aku buat all the  tips2 utk BF anak ni. Still aku ada this problem. Aku hulur susu tu pada Farhan, and Ed asked me to feed him. Memula aku suruh Ed jek, but Ed insisted aku yang feed Farhan. Broke my heart bila aku bagi FM tu pada Farhan. Dek kerana lapar, dia tak hesitate langsung bila aku bagi. One shot dia habiskan 2oz, dan terus tidur dengan nyenyaknya kekenyangan. 

Aku pergi pulak specialist bila aku sakit balik. Siap scan ko tau hahah. Lepas tu dia kasik another course of antibiotic, kali ni seminggu punya course. During aku makan ubat ni, aku direct feeding sikit-sikit jek and he is on mixture of formula and breast milk.  Kurang stress aku, sbb Farhan kenyang dan tidur lama sikit. But deep down aku rasa sedikit terkilan sebab tak dapat full breastfeed Farhan. Ada one time tu aku rasa ratio FM dan BM dah tahap 90:10 dah. Bila pam dapat few drops jek. Masa tu aku rasa macam, that's it. My breastfeeding journey probably ends soon. Tapi aku rasa nak cuba lagi.  Bila dah habis the antibiotic course, aku cuba introduce balik direct feeding pelan-pelan. Aku rasa aku dan Farhan sesama kekok, sebab lama tak DF. Aku pikir, aku kena cuba jugak BF Farhan selagi boleh dan selagi ada susu. Dan selagi dia nak. 

Masa tu dah dekat nak masuk kerja. AKu ada stock EBM 2 botol jek. 2 botol lagi rosak, sebab freezer tak menyejuk. satu botol dalam 3oz gitulah. Aku pam balik. Dapat tak sampai 1 oz for both breast. aku tak simpan pon, aku bagi jek direct dekat Farhan. Then aku pam lagi, sakit pulak. So aku rilex dulu. Malas dah aku nak pressure myself. Aku rasa aku sendiri yang pressure myself untuk pam awal-awal. I think I overworked the breast. Later masa nak train Farhan pergi nursery, Farhan aku hantar dekat nursery memula half day. So aku perlu preparekan 2-3 botol jek of 2.5-3oz. So aku pamlah. Jenuh ko nak dapatkan 3 oz tu. But aku try jugak. Kat rumah aku kerapkan DF. Masa ni dah start makan carrot putih, sawi, dan minum soya bean balik. Kemudian aku minum horlicks pulak. Aku jugak try makan pil ASI dan start makan multivitamin.  Combination of all this, alhamdulillah susu nampaknya meningkat sikit-sikit day by day. Bila masuk office full day, aku bekalkan Farhan 4 bottles of EBM. Memangla jenuh everyday pam, sebab aku takde stok. Memang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi, the good thing is, aku bekalkan Farhan fresh EBM bukan frozen.

Ya Allah, mengantuknya.  Setakat ni berjaya lagi bekalkan susu untuk Farhan. Semenjak masuk kerja aku pam susu at 10 am, 1.30 pm dan pukul 5 petang. Hasilnya selalu belah pagi dalam 3-4 oz, tengahari 3 oz dan petang 1.5-2 oz. Takdelah meriah benor. Tapi cukuplah untuk Farhan. Dia pon kecik lagi, kan. Alhamdulillah. Syukur sangat. So ratio susu badan feed to Farhan dah naik dari 10% ke 80-90% sekarang. Ya Allah syukur. Aku doa-doa sekarang, bukan untuk banyak susu tapi moga Allah cukupkanlah susu untuk Farhan. Tak pasti sama ada aku akan berjaya full BF balik, tapi kalau tak berjaya pon dah baik sangat dah aku dpt increase BF Farhan.

Aku respect sangat orang yang berjaya full BF baby sampai dua tahun, baik yang kerja atau stay at home mom. Sebab mencabar sangat. Memang bukan senang. Sebab kalau baby datang time nak mengempeng jek tu, memang tak leh buat kerja jadinya. Bagi FM memang senang, bancuh-bancuh dan feed. And aku boleh mintak Ed yang feedkan. Tapi yelah baby loose the best nutrition, and then the bonding time dengan mommy tu. Kalau masa kerja pon mencabar gak. Aku ni sementara tak sibuk sangat bolehla pam 3x. Dah sibuk kalu, or kalau masa meeting or aku conduct training, camana nak curik time tatau. Aku malas nak fikir lagi. Nanti sampai timenya, aku fikirlah. 

Saje je aku tulis ni, bila aku rasa down pasal breastfeeding ni, aku kena ingat aku almost nak terberhenti dah BF Farhan at 4 weeks gitu dek kerana macam-macam sakit dan susu pon ada beberapa titik jek. But, aku masih dapat BF sampai sekarang, walaupun tak fully. So kalau ada korang yang sakit masa nak nyusu, gi klinik, amek ubat dengar advice dan boleh kurangkan feeding tp jangan berhenti terus. Kalau dah start bagi FM, tak bermakna tak boleh BF balik. Boleh. Set small achiaveble targets. Aku setkan, aku nak bekalkan, at least 1 bottle of EBM pada Farhan kat taska. Jangan sampai dia tak minum breastmilk langsung dekat taska. Alhamdulillah, dapat bagi 4 bottles. Memang kena gigih, tapi kita cuba jelah sedaya upaya. Kalau tak dapat takpelah, at least we have tried  semua cara dah. FM pon susu jugak. Bukannya racun.

Aku pon masih belajar lagi. Terima kasih Angah dan kengkawan@lovelies yang banyak bagi semangat kat aku, di masa-masa aku tengah down. I will keep on trying sampai ke titisan akhir. Ya Allah, hambaMu mohon, dipermudahkan urusan.

Monday, January 14, 2013

Backdated entries - Dah habis pantang

Assalamualaikum wbh, 

Memandangkan aku belum sibuk lagi, which I think akan mula sibuk next week or the week after. Mehla aku habiskan entry-entry backdated yang aku tulis sekerat-sekerat tu. Biarlah dah basi pun, aku nak tulis untuk reference dan kenangan aku in the future. Nanti best bila baca-baca balik. 

Okay here goes 


Day 40 -  hari ke 40 berpantang jatuh pada 12/12/12 cantik betul tarikh kan. Ada org pantang 44 hari kan. Aku errr 40 cukuplah. Mak aku pon ckp 40. So 40 it is.

Day 41 - farhan ada jab hari ni. Jab sebulan campur dengan yg 6 minggu punya. Lepas pakai bj smart2, kami jumpa paed Farhan. Alhamdulillah berat dah naik ke 4.2 kg. Memang dah terasa bila dukung dia sekarang ni. Lenguh. Sementara tunggu tu Farhan dok dalam stroller dia. Sebelum tu dia dok dlm car seat dia. Setakat ni, dua dua dia enjoy lagi.

Masuk bilik doc, pembantu doc selak sikit seluar kat peha tu, dan doc administer the jab. Sekejap jek Meraung bukan main kuat si Farhan. Doc suruh cepat-cepat dukung dan.peluk dia which ed did. Merah muka dia. Tapi dia nangis sekejap jek Alhamdulillah. Lepas tu balik doc bg ubat demam.

Day 42 - Farhan macam suam sikit badannya kesan dari jab tu. Memang merengek rengek sikit. Aku lap2 badan dia sampai meraung dia. Risau gak sebab esoknya ada kenduri marhaban dan cukur jambul dkt kg ed. Buatnya dia meraung, haru.

Day 43 - pepagi lagi we made our way to kg Ed. Rasa dah habis awal, tp biasalah bila dah ada anak kecik dan first time nak travel ni tatau nak bwk.apa sampai sumer dibawak. Lambat gak turun dr rumah. Pagi tu Farhan masih bad mood lg. But start gerak je kereta, dah oK dan tido jek. Sampai Ijok jek kenduri belum mula lagi. Nampak gak berie sebab siap pasang khemah, dgn goodie bag, bunga telur bagai. Aku dengan Ed dtg lenggang kangkung bawak pengantin jek hahaha. 

Kalau kat belah ed ni, kalau kenduri doa or tahlil seboleh boleh family members yang akan lead. So masa kenduri tu, sbb marhaban ni kaum ibu jek, yg bacakan doa ialah cousin perempuan Ed, kemudian ada sikit  bacaan surah Luqman by anak sedara ed yg darjah 4 tu. Rileks jek dia baca pakai mic sumer org dengat, best plak tu. So proud of her.





Bubur lambuk


Bila time nak cukur jambul, mak.mintak my SIL ug bawak farhan. Aku heran gak pesal bukan aku yg bawak. Bukannya aku terbaring dlm pantang lagi, but aku malas nak emo or make a big issue out of it. When the time came, SIL bawak Farhan, dan Farhan bangun dari tidur dan rilex jek amazed agaknya by the wonderful sound. Good thing when aku tak dukung Farhan, I can take tonnes of pictures and videos. Kalau tak saper nak amek gambar kan? I super-like. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Mak pon nampak happy sangat sebab ramai kawan-kawan dia datang, dan dia sihat sikit masa kenduri nih. Makanan pon meriah sangat. Syukur. Oh ya, Farhan banyak jugak dapat duit Becek. Loaded ko dek. Kasi mama pinjam sikit boleh? Hahahha.

Wow banyaknya duit! Haha

Day 46-47 - aku ulang alik balik ke rumah untuk kemas rumah bersempena dengan kepulangan Farhan ke rumah, ngehngehngeh. Bukan aku kemas sangat pon, adala staff-staff mama yang tolong. Alhamdulillah, banyak bantuan. 

Day 48 - Aku, Ed dan Farhan balik ke rumah kami. Yeeayy. Home Sweet Home. 

Day 50 - Kami turun ke Jengka sebab ada kenduri dekat sana pulak. Kali ni belah family aku. Masa nak balik tu week yang sebelum christmass tu. Kami bertolak pagi Sabtu. Dah ada anak kecik ni takdela kami berhenti mana-mana breakfast. Singgah Petronas, beli roti dan air jelah. Satu lagi bila ada anak, banyaknya barang nak bawak. Boleh jek bawak sikit2 barang, but masa tu kenduri dan aku nak la sembang dengan my cousins dan tetamu lain, so bagusla kalau bawak bouncer. So mengangkut la, bantal, bouncer dan toilettaries Farhan. Beg aku dan Ed, 1 jek. Oh ya, yang jadi banyak jugak sebab mama kirim aku bawakkan karipap frozen yang berlambak tu. Imagine sumer barang-barang ni, dengan Farhan lagi mengangkut dari apartment ke parking. Merebeh bahu. Belum apa-apa pinggang dan bahu dah lenguh. Hahaha. 

Kenduri ni pon sama, aku dan Ed lenggang kangkung jek balik bawak pengantin hahaha. In fact masa kami sampai, sebab traffic sibuk sikit, orang dah habis tahlil dan di hujung-hujung bacaan doa dah. Sampai2 jek terus makan. Yezzzaa. Alhamdulillah, Farhan ramai orang sayang, kenduri semua orang yang sediakan. Kat sini pon banyak orang bagi duit jugak kat Farhan. Alhamdulillah, murah rezeki Farhan. Kat mak Farhan taknak kasi duit ker? Hahahaha.

Pastu dia cam biasalah, good mood jek. Sesiapa nak pegang pon dia ok jek. Alhamdulillah, yelah kecik lagi mana kenal orang. 

Bersambung ----

Thursday, January 10, 2013

Dah masuk kerja dan calar balar

Assalamualaikum wbh, 

10 Jan 2013
Hari ni hari first aku masuk kerja balik after almost a year tak kerja. Pagi tadi konon nak masuk awal,  tapi Farhan decided nak bangun kerap lak malam semalam, so pagi tadi aku adalah mengantuk dan bangun lambat sket. Lepas subuh, baru aku pegi pack dan label susu Farhan, pack bag susu aku jugak, gosok seluar, pack bag Farhan, dan siap-siapkan baju Farhan nak gi nursery. Lepas Ed mandikan Farhan, siap-siapkan Farhan, susukan dia kejap dan aku pulak mandi. Tak dan aku nak goreng karipap yang aku buat semalam untuk bekal. Takpelah. Then kitorang kuar sesama. Ed hantar Farhan, aku straight to work. That is the arrangement. Aku akan pergi kejer awal( awallah sangat) sikit supaya boleh balik awal untuk amek Farhan. Ed akan hantar dia pagi-pagi. Sekali bapakkk punya jem daa hari ni. Sampai ofis kol 9.10 gitu. Haramzz betul. Dah aku kena balik kol 6 hari ni. Kol baperla sampai rumah. Sobs. Syian cayang mama tu. 

Anyways, hari ni belum sibuk sangat lagi. Boss takde. Tapi colleagues dah brief gakle pasal kejer. Macam busy semacam jek tahun ni. Macam2 projek. Aku first day mengepam susu. Tadi terlambat sikit. Puku 11 baru pam. Kena regulate sikit pumping time ni. Tak cukup pulak bekal si Farhan ni karang. Memang kehidupan baru sungguh. Aku dan Ed masih dok trying to adapt lagi. Yelah kan, 9 years of living together, tapi boleh buat jek as we both please. Now ada anak kan. Priorities dah lain. 

Oh ya, kelmarin masa aku tengah ngurut, taska called. Aku nampak je nombor telefon taska dah berderau darah aku. Bila aku angkat jek lagi berderau bila dia cakap,

Puan, ni mak Farhan kan.
Ye kenapa?
Sebelum apa-apa saya mintak maaf dulu ye. 

Eii tak ke nak terbenti jantung aku, masa tu, dengan gaya dia bercakap tu kan. Rupanya akak taska nak cakap, Farhan kena cakar kat pipi. Aku dah tak keruan masa tu. Nak nangis pon ada. Tapi tengah aku tengah mengurut, tahan jelah. Bila aku sampai kat taska petang tu nampak muka dia calar balar. Akak tu tunjuk spot kat pipi jek, bila aku balik rumah, dahi, dekat mata pon ada. Sedih wooo. Syian anak mama. Tapi aku kena acceptla things happened, dan memang gitula adat kat taska, but aku pesanla kat diorang supaya careful sikit. Mana tak sedih ko, Farhan kecik lagi, baru 4 hari gi taska kan, memang sedihla bila nengok muka calar balar. 
Tak jelas sangat kot, scratches tu. Pakai kamera phone jek. Syian kan.

Ni bukan hari kena calar. But hari bila tah yg dia bad mood

But budak ni memang cepat baik kan. By malam the calar has faded a bit. Takla semerah masa aku amek tu. Ed tengok pon takdela dia bengang sangat. But esoknya dia pesanla jugak soh tengok baik2 si Farhan tu. The pengetua taska pon ada sms malam tu mintak maaf, dan akan cuba sedaya upaya not to let it happen again. Sejuk sket ati aku. 

Ya Allah lindungilah anak kami Ya Allah. Hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan.

Friday, January 4, 2013

Farhan dah 2 bulan

Assalamualaikum wbh dan Selamat Tahun Baru. 

Sekejap jek dah 2013 kan. 2012 memang tahun yang bermakna untuk aku. Dan macam-macam perkara yang berlaku. Yang best dan tak berapa best. Antaranya aku tak kerja almost setahun, baba 3 bulan dekat hospital atas pelbagai masalah kesihatan, had a greaatt time di Turki dengan Ed, start fertility treatment, got pregnant yang penuh dengan drama dan cerita, parents aku accident  where baba patah tangan dan mama patah kaki (sampai sekrang belum boleh jalan), adek aku kawen, dan of course the arrival of Muhammad Harith Farhan yang sangat kami nanti-nantikan. 

Semalam Harith Farhan dah 2 bulan. And how did we celebrate it? By sending him to taska. Sob..sob.. Next week aku dah nak masuk kerja, so kena training Farhan gi taska. Tak hantar lagi pon, aku dah nangis. Kesian sangat kat dia. Ed pulak cakap semalam dekat Farhan,

Adek jangan marah mama dengan ayah ye Farhan. Mama dan ayah takde pilihan, terpaksa hantar adek gi nursery. 

Lagila aku nangis. Esok masa hantar tataula camner mak Farhan ni. Panjang doa-doa aku untuk Farhan. Kalau korang nak komen jangan nak takut-takutkan aku ok, aku dah cukup takut. Kalau korang nak komen pasal taska ni, korang bg tips on apa nak bawak and so on and how to survive the first week without ur baby depan mata, ok. 

Masa aku dan ed hantar tu aku dah berdebar gila sebab budak tengah menangis-nangis masa tu.  Agaknya the kakak taska saw the worry in my eyes dia cakapla, budak2 masa pagi2 memang nangis sikit, sebab mandi. Owh ok. Ada baby yang tak sempat mandi dekat rumah mandi di taska. I get it. Masa passkan Farhan tu aku ok lagi. Bila dia tanya ada apa-apa pesanan ke? Ed cakap, jaga baik-baik. Tu je. 

Masa nak patah balik ke kereta tu, dah kembang kempis hidung aku tahan nangis. And surprisingly aku tak nangis. Maybe aku dah nangis dua-tiga hari sebelum tu. And perhaps sebab aku ada dekat je dengan Farhan. 3 minit naik kereta je boleh sampai. Mama doa-doakan adek sihat, selamat dan dilindungi Allah selalu. Mama jugak doakan agar adek, good boy je dekat taska, senang nanti kakak-kakak nak jaga. 
Farhan on the first day pergi taska. Syiannya anak mama.

Lepas hantar Farhan, ed dropped me, aku makan breakfast, jemur kain, kemudian aku siap-siap keluar nak ke Tabung Haji bank in duit Farhan yang berkepuk tu, hahaha. Loaded ko, dek. Tapi ramai gilerrrr orang kat Tabung Haji. So aku cancel dan pergi ke kedai baby Manjaku. Brrrr bahaya gi kedai ni. Beratus-ratus duit aku habis. Pastu aku dah 2x kena, aku beli baju yang harga offer, pastu aku akan amek yang sebelahnya yang tak offer. Tak perasan. Bila bayar eh, pesal mahal sangat. Sekali aku terkena baju RM39.90 sekali lagi overall yang harganya RM69.90! Gulp. Baju mama pon tak mahal gitu dek. Dahler baju-baju tu kekadang tak sampai sebulan pon kan, dia dah outgrow. Harus berhati-hati lagi lepas ni Cekna. Silap aku la tak double check. 

Lepas tu aku gi amek Farhan. Bila aku tanya, macamana Farhan. 

Alhamdulillah la kak. Okay sangat dia, compared dengan budak-budak lain. Nangis sikit masa nak tidur je. 

Actually, aku tak perlu nak compare dengan bebudak lain. AKu nak tau dia jek. Kalau tak nangis Alhamdulillah. Dekat taska diorang tak pakaikan mittens sebab diorang akan tidurkan dalam keadaan meniarap. Menurut mereka, mittens tu takut ganggu pernafasan. Kalau tak pakai mittens kena ensure that kuku dia pendek. Kuku dia tajam, baru kelmarin dia cakar kelopak mata dia sampai berdarah. Sekejap jek mittenless masa tu, lepas mandi. AKu try nak potong kuku dia semalam. Seriau yang amat. Tak berani. Last-last masa Farhan lepas mandi dan tidur atas Ed, Ed yang potong. Aku nengok seram dan mulalah nak pesan macam-macam dekat Ed. Terus jek aku gi dapur lepas tu, tak berani nak tengok and just put my trust in Ed. Takut sangat terpotong isi. Lepas 10 minit gitu, Ed soh angkat Farhan tidur dekat dalam. Dah settle.Terrerla ayah. Alhamdulillah.

Aku dengan Ed are so in love with this boy. Kekadang saje jek tak angkat cecepat bila Farhan nangis, sebab suara nangis dia kiut sangat. Especially kalau bangun tidur, hahaha. Bila Farhan senyum or buat muka kiut, we will exchange glances and smile, and sometimes laugh kalau gaya/bunyi tu kiut sangat or first time dia buat. Angau dah mak pak ko, Farhan. Ya Allah, aku bersyukur sangat atas nikmatMu ini. 

OK here's some pics. Aku try buat collage tapi jadik semak lak. Camne korangh combine-combine gambar? Pakai Picasa ke? Hisshh tak reti aku. Anyways, ni gambar Harith Farhan untuk tatapan aunties/uncles and especially to Papa Long yang dok harrassed Mama Farhan for more picures. Enjoy the pics, sementara ada ni. Maybe akan diturunkan nanti. Maybelah, we'll see.


Cak!

Atas bouncer, tido lama gak kalau atas ni

Farhan dalam bantal maternity yang bergunaaa sangat

Huarrrghh ni nguap bukan nangis hehehe




Berangan

Dah pandai pandang kamera



OKlah tu jek, aku nak gi pasar beli barang basah sikit. Tak sempat sangat nak masak. Nak solat pon kena lari-lari. Unless Ed balik awal adala can masak. Kalau aku dah kejer tataula camner. Kena cekap dan pantas lagi Cekna. Baru anak sorang kan, korang yang anak ramai pastu takde helper tu memang hebatla. I salute u!

Friday, December 21, 2012

Farhan in da house..

Assalamualaikum wbh, 
Kiut betul la jari-jari baby kan.

Sorriler lama tak update korang. Bz giler la wei. Aku ni tak berapa adapt lagi dengan motherhood ni. Setakat ni dah mengalami :

  • Goreng hotdog, pastu hangus sbb Farhan nangis.
  • Dah duduk kat jamban dan get ready nak buang air, tapi postpone sebb Farhan nangis
  • Tak mandi sampai tengahri sbb Farhan tak mo tido dan nak berdukung aka Farhan nangis (tp Farhan pepagi lagi dah mandi dengan ayah dia..)
  • Tak makan sampai tengahari sbb yes, u know what. 
So ni fenomena biasa untuk mak-mak so aku kena adapt dan cekap sikit. The thing is bila Farhan tido, keinginan nak tido sama tu tinggi sangat, hahaha. Tu yang jadiknya tak mandi, tak makan, tak buang air tu. 

So aku kena adjust. Sebab dah nak balik rumah sendiri. Kat rumah mama ada orang tengokkan, kalau aku nak mandi kejap ker, or makan ker. Tu pon kekadang aku dulukan tidor hahaha. sangatler mengantuk sebab dok berjaga malam, Farhan suka sangat berjaga from 2.30 sampai kol 5 pagi tu. Aku kasi Ed tidur dulu sebab dia kerja. Pagi esok start subuh jek, Ed jaga dan mandikan sampaila pergi kerja. Masa tu aku tido.

Kat rumah mama, kekadang awal malam Farhan naik tido dengan aki dan neni dulu. Kan main lena dan good boy sangat. Pandai betul amek ati diorang ye Farhan. Dengan mama kan main merengek. Ke memang bebudak kalau dengan mak dia, gitu perangainya. Pepagi kekadang kalau aku nak gi toilet sangat aku pass pada cousin Farhan ni, Kakak Shasha or Abang Qiryn untuk tengokkan. Kakak Shasha boleh dukung dan dodoi sampai tidor gak.

So aku adalah a bit nervous untuk balik ke rumah sendiri dan duduk berdua jek dengan Farhan masa Ed gi kerja. 2 hari sebelum balik rumah, kami dah start hantar barang balik rumah. Mama aku yg masih on wheelchair pon ikut sama. Mama ni terer and arrange barang. Bukan dia la yang ngemas, dia instruct aku and sorang staff dia, kemas and rearrange barang. Kemas gilerrrrr rumah. 

So the time finally came. Tengahari semalam aku balik la ke rumah aku dengan Farhan. Mama dan staff dia drop aku kat rumah sebelum mama balik Jengka. Lepas letak sumer barang, aku amek Farhan dari riba mama dan jalan masuk ke rumah. Masa dekat lobby nak ke lift tu rasa surreal sangat. Ya Allah, aku balik ke rumah aku dengan my baby. My Farhan. I have a child in my arms. Susahla aku nak cerita perasaan aku. After so many years, jalan berdua dengan Ed kat lobby ni untuk masuk lif ke apartment kami. And after so many months, carrying this baby with complicated pregnancy, macam-macam drama, kali ni aku jalan dukung my own son. Ya Allah.. Ya Allah. terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.

Having him in the living room sleeping soundly is a sight to behold. Senyum jek mak pak, ko Farhan. Happiness yang tak terungkap. Kekadang rasa overwhleming jugak semua ni. Tapi happy lah yang lebih. 

Oh ya, kan kat bawah tu ada tulis pasal swing tu. Aku dah return dah semalam. Aku gi beli bouncer instead dekat FabMom. Hihihi. Risau jugak kalau dia tak suka. Jenuh aku kena sound dengan Ed kalau dia tak suka, tapi aku gediiikkk gak nak beli. Alhamdulillah. Setakat ni dia suka. Semalam dan sepanjang hari ni dia tido kat situ. Pagi tadi dia tido kat bilik. Bila aku dah nak start jemur kain dan makan breakfast, aku angkat letak kat bouncer dan dia terus tido. Bangun kejap tadi menyusu dan terus sambung tido lagi. Alhamdulillah, lega aku. Terlepas dari kena sound dengan Ed hehehe. Dan lebih penting lega sangat Farhan suka. So aku bolehla buat kerja rumah sikit. Basuh dan jemur baju, unpack baju dari rumah mama, dan repack baju nak ke kenduri di Jengka esok.

Aku ada banyak gambar tapi lom transfer dari phone, note, dan digicam ke laptop. Nantilah bila-bila senang aku transfer. Buat sementara layanler gambar-gambar lama Farhan. 

Farhan dalam napper.

Ni playpen yang mama Farhan paksa aki Farhan belanja hahaha. Farhan kat tepi sana

Stokin yang Papa Long beli dr UK. Dah sendat OK Papa Long
 
Gambar dari kamera kawan

Suka gambar ni.

Adala sekeping yang bukak mata

Mama and Farhan. Rambut Farhan dah cacak sekarang ni. Sobss.

My sayang

Lentok-lentok dah my sayang.
Farhan, mama and ayah love u !