Assalamualaikum wbh,
Memandangkan aku belum sibuk lagi, which I think akan mula sibuk next week or the week after. Mehla aku habiskan entry-entry backdated yang aku tulis sekerat-sekerat tu. Biarlah dah basi pun, aku nak tulis untuk reference dan kenangan aku in the future. Nanti best bila baca-baca balik.
Okay here goes
Day 40 - hari ke 40 berpantang jatuh pada 12/12/12 cantik betul tarikh kan. Ada org pantang 44 hari kan. Aku errr 40 cukuplah. Mak aku pon ckp 40. So 40 it is.
Day 41 - farhan ada jab hari ni. Jab sebulan campur dengan yg 6 minggu punya. Lepas pakai bj smart2, kami jumpa paed Farhan. Alhamdulillah berat dah naik ke 4.2 kg. Memang dah terasa bila dukung dia sekarang ni. Lenguh. Sementara tunggu tu Farhan dok dalam stroller dia. Sebelum tu dia dok dlm car seat dia. Setakat ni, dua dua dia enjoy lagi.
Masuk bilik doc, pembantu doc selak sikit seluar kat peha tu, dan doc administer the jab. Sekejap jek Meraung bukan main kuat si Farhan. Doc suruh cepat-cepat dukung dan.peluk dia which ed did. Merah muka dia. Tapi dia nangis sekejap jek Alhamdulillah. Lepas tu balik doc bg ubat demam.
Day 42 - Farhan macam suam sikit badannya kesan dari jab tu. Memang merengek rengek sikit. Aku lap2 badan dia sampai meraung dia. Risau gak sebab esoknya ada kenduri marhaban dan cukur jambul dkt kg ed. Buatnya dia meraung, haru.
Day 43 - pepagi lagi we made our way to kg Ed. Rasa dah habis awal, tp biasalah bila dah ada anak kecik dan first time nak travel ni tatau nak bwk.apa sampai sumer dibawak. Lambat gak turun dr rumah. Pagi tu Farhan masih bad mood lg. But start gerak je kereta, dah oK dan tido jek. Sampai Ijok jek kenduri belum mula lagi. Nampak gak berie sebab siap pasang khemah, dgn goodie bag, bunga telur bagai. Aku dengan Ed dtg lenggang kangkung bawak pengantin jek hahaha.
Kalau kat belah ed ni, kalau kenduri doa or tahlil seboleh boleh family members yang akan lead. So masa kenduri tu, sbb marhaban ni kaum ibu jek, yg bacakan doa ialah cousin perempuan Ed, kemudian ada sikit bacaan surah Luqman by anak sedara ed yg darjah 4 tu. Rileks jek dia baca pakai mic sumer org dengat, best plak tu. So proud of her.
Bubur lambuk |
Bila time nak cukur jambul, mak.mintak my SIL ug bawak farhan. Aku heran gak pesal bukan aku yg bawak. Bukannya aku terbaring dlm pantang lagi, but aku malas nak emo or make a big issue out of it. When the time came, SIL bawak Farhan, dan Farhan bangun dari tidur dan rilex jek amazed agaknya by the wonderful sound. Good thing when aku tak dukung Farhan, I can take tonnes of pictures and videos. Kalau tak saper nak amek gambar kan? I super-like. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Mak pon nampak happy sangat sebab ramai kawan-kawan dia datang, dan dia sihat sikit masa kenduri nih. Makanan pon meriah sangat. Syukur. Oh ya, Farhan banyak jugak dapat duit Becek. Loaded ko dek. Kasi mama pinjam sikit boleh? Hahahha.
Wow banyaknya duit! Haha |
Day 46-47 - aku ulang alik balik ke rumah untuk kemas rumah bersempena dengan kepulangan Farhan ke rumah, ngehngehngeh. Bukan aku kemas sangat pon, adala staff-staff mama yang tolong. Alhamdulillah, banyak bantuan.
Day 48 - Aku, Ed dan Farhan balik ke rumah kami. Yeeayy. Home Sweet Home.
Day 50 - Kami turun ke Jengka sebab ada kenduri dekat sana pulak. Kali ni belah family aku. Masa nak balik tu week yang sebelum christmass tu. Kami bertolak pagi Sabtu. Dah ada anak kecik ni takdela kami berhenti mana-mana breakfast. Singgah Petronas, beli roti dan air jelah. Satu lagi bila ada anak, banyaknya barang nak bawak. Boleh jek bawak sikit2 barang, but masa tu kenduri dan aku nak la sembang dengan my cousins dan tetamu lain, so bagusla kalau bawak bouncer. So mengangkut la, bantal, bouncer dan toilettaries Farhan. Beg aku dan Ed, 1 jek. Oh ya, yang jadi banyak jugak sebab mama kirim aku bawakkan karipap frozen yang berlambak tu. Imagine sumer barang-barang ni, dengan Farhan lagi mengangkut dari apartment ke parking. Merebeh bahu. Belum apa-apa pinggang dan bahu dah lenguh. Hahaha.
Kenduri ni pon sama, aku dan Ed lenggang kangkung jek balik bawak pengantin hahaha. In fact masa kami sampai, sebab traffic sibuk sikit, orang dah habis tahlil dan di hujung-hujung bacaan doa dah. Sampai2 jek terus makan. Yezzzaa. Alhamdulillah, Farhan ramai orang sayang, kenduri semua orang yang sediakan. Kat sini pon banyak orang bagi duit jugak kat Farhan. Alhamdulillah, murah rezeki Farhan. Kat mak Farhan taknak kasi duit ker? Hahahaha.
Pastu dia cam biasalah, good mood jek. Sesiapa nak pegang pon dia ok jek. Alhamdulillah, yelah kecik lagi mana kenal orang.
Pastu dia cam biasalah, good mood jek. Sesiapa nak pegang pon dia ok jek. Alhamdulillah, yelah kecik lagi mana kenal orang.
Bersambung ----
Ada baby gitu ler... akak dulu, susah hati kalau rumah yang nak pegi tak ada alang ker apa ker utk sangkut buaian... Now, susah hati nak ngemas baju mereka. Rasa malas nak jenjalan sebab kena kemas macam macam barang mereka... huhuhu...
ReplyDeleteMemang banyak kena kemas kak. Akak lagilah dah ramai rakyat lagilah banyak nak ngemas. Kalau balik dari jenjalan jenuh la kot buat laundry kan.
Deletemurah rezki Farhan ni ;)
ReplyDeleteYup, alhamdulillah. Murah sangat rezeki dia.
Delete