Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Bersiaran dari Langkawi

As salam semua, 

Ngantuk tapi nak tulis jugak some memories of our short getaway in Langkawi. Dedulu kerap gi Langkawi. The last i came was maybe 2008. Kali ni dtg bertiga dengan Farhan. This is Farhan's second airplane ride. 1st was to KK masa dia 4 bulan. Eh aku belum upload lagi gambar gi KK kan? Hahahahha...

Ok sambung balik. The day before we left tu was a hectic day for me. Pagi tu teman Baba pegi rawatan. Then petang ada meeting dekat opis. Malam tu packing and at 7 am in the morning aku masih dok scan documents to email to the office. Haihh.. Mikir balik no wonder aku penat gila. Aku kononnya buat mobile checkin for the 3 of us. Ingatkan tinggal drop beg jelah sebab dah ada boarding pass. Nah amek ko drop bag pon beratur macam nak mati. Aku rasa even sampai 2 jm sebelum pon ada can terlepas flight. Maybe cuti sekolah kot. Bila officials MAS tgk departure time dia directkan aku ke lane lain sbb katanya boleh terlepas flight camni gaya.  So aku pon beraturla. Farhan dah start tak cooperate masa ni. Nak berlari keliling KLIA tengah ramai ramai org tu. Huuu nangis mak ko tgk nak.  Eventually everything went well jugak walaupun ada situasi where org ni suruh beratur situ and vice versa. But ada staff yg baik hati nampak muka aku dah mula cemas dgn anak kecik pulak tu. 

Dalam flight Farhan ok. Ada penumpang baik hati arrange sendiri tukar seat supaya Ed dpt dok seblah aku. Farhan takmo pakai seat belt sendiri mula-mula tu. He only wore kalau aku share dgn dia. So we were strapped together for one hour flight. Aku consider dia ok. Adala waktu dia gelupur gak. But overall ok. Alhamdulillah syukur dah kat situ.
Enjoyed Artisan Pizza by the beach
Sampai jek kami tunggu beg dan sewa kereta. Sewa Viva RM160 for 3 days 2 nights. Dek kerana awal lagi kami pusing-pusing dulu keliling pulau. Bought Pizza dekat Artisan Pizza Harbour View. Makan kat tepi pantai. Lepas tu dekat pukul 2 kami pergi check.in kat Resorts World formerly known as Awana Porto Malai. Dulu2 pernah stay sini. As expected bilik belum ready lg. Aku dah berlengas dah masa tu. Langkawi memangla panas berkuap. Fengsan. Tp nak marah pon tak guna. We were early. Once dpt masuk bilik mak pak farhan dah fengsan. Farhan dok cargas lagi. Bilik OKlah ada 2 queen size bed. Fit for purpose. Service ok. View, to die for.

Panas ceng-ceng masa ni but the view is breathtaking kan
View from our room.
Anyways malam tu kuar ke Kuah. Masa tu dah lapor gila kot. Carik restoran Wan Thai tak jumpa-jumpa terus ckp kat Ed malan kat thai restaurant ni lah. Dekat dgn Haji Ismail punya kedai. Oklah food semer ok. Service cepat dan makanan sedap. Harga emm bolehla tahan. Yg tak berapa ok is Farhan xmo makan dan tak mau langsung duduk. Nak main2 kat luar. Kejar cat. Main gendong2 belakang dengan aku,  kejar2 keliling tiang. We took turns makan. Lepas tu gi shop jap HIG. Masa ni Ed dah dukung Farhan sebab banyak brg kaca kan. Dan ya ampunn ramainya org. Risau kan. So dukungla Farhan yang saiz tak berapa nak baby tu. Tak byk pon beli. Habis je beli kat situ. Kami pusing-pusing pekan Kuah jap dan balik ke hotel.
Resorts World Hotel - ada 2 katil queen super nice view
Esok pagi kami turun utk breakfast. Masa ni mencabar betul. Pertama org ramai sampai xde seat. Kena tunggu org bangun dulu. Food ok. Banyak choice dan hotel staff cepat replenish food. Kedua, Farhan tak mau makan dan tak mau duduk langsug . Grrrr.. nak berlari kat deck tgh panas gila tu dan nak tgk laut. Seram aku budak ni. 

After that kami terus keluar pergi ke duty free shop sebelah underwater world. Tak beli apa pun. Lepas tu terus beli ticket kat underwater world. Oh berbaloi sangat bawak Farhan dtg sini. H enjoyed watching the seal and penguins. Memabg dia bersila tengok those two. Ikan2 dia tak heran sangat. Worth it sangat. 
FarGuin hehehe
Lepas tu kami pergi makan laksa dekat dengan airport. Laksa ikan sekoq. Aku amek pasemboq dan minum air kelapa. Laksa tu sedap. Pasemboq biasa2 jek. Farhan again langsung tak makan. Tapi dia leka dok main pasir. Aku dgn ed dok perati jelah. Jgn ada taik kucing sudah. Once dah siap makan dan penuh pasir atas kepala farhan. Kami balik. Now dah reti jadik mak pak yg cool. Gasakla nak. Explore lah jangan bahayakan diri sudah. 
Laksa ikan sekoq enjoyed by the sea under the shade. Priceless.
Pastu kami blk hotel jap sebab Ed nak gi solat Jumaat dan aku pon rasa a bit unwell masa tu. So elokla dpt rest jap. Ptg sikit we head to oriental village sbb nak naik duck tours. Ala boat amphibian tu yg boleh jalan atas darat dan air kan. 

Sebab we just missed one trip. The next one is in 45 mins. So kami jalan2 dlm oriental village tu. Nak naik cable car, rasa Farhan ok dlm cable car. Cuma aku  tak berani nak jamin yang dia tak akan buat aksi2 mendebarkan kat atas platform high up tu. Aku pegi beli tshirt jap while Ed bawak Farhan main kat playground. 
Dah bawak gi playground. Mana dia nak balik. NAK MAIN! NAK MAIN! Meronta ronta sampai Ed kena dukung dia keluar dan aku cakap pegi belikan dia air. Aku gi toilet kejap. Keluar toilet nampak Farhan tgh dok dengan baiknya sambil minum air. Naik jek duck tours. Dia rileks jek enjoying the rides, masuk je air maybe sebab terkejut bunyi dan air terpercik Farhan started to cry. Nak naik ma. Nak aik. Situ....situ..situ.. Sudahnya dia dok atas ayah and kejap-kejap atas aku macam anak koala bear sambil kejap-kejap menangis hiba. Hahaha. But the last 15 minutes to dia ok dah. 
Baru lepas nangis

Lepas tu kami ke Pantai Kok, Ed nak bawak Farhan mandi pantai. Laut tenang jek takde ombak langsung. Farhan ni pulak, dia associate mandi mesti kena bogel. Adeh nak bojel-bojel lak masuk laut tu. We managed to persuade him pakai his shorts and mandi. Memula dia terselam kejap dan nangis. Lepas tu dah seronok main air dah sampai taknak balik. Macam-macam tau Farhan ni. 


Malam tu aku dah rasa tak sedap badan. Dan aku dah tak daya berkejor dengan Farhan. Masa makan dan masa kat airport dia tak cooperate sangat. So malam tu dinner cam orang kaya order room service. Memula dapat chicken wing kurang masak. I called back and informed them. The hotel staff datang and replace them with new ones. Quite cepat service diorang ni. Walaupun orang super ramai. 

Esoknya after breakfast kami dah nak gerak balik sebab flight pukul 11.30 pagi. Takut perkara sama berulang kami pergi check in awal-awal. Tapi bila check in awal cabarannya ialah Farhan wants to run dalam tu. Kan aku mentioned td dua keadaan doa tak cooperates sangat is masa makan dan dekat airport. Tapi berjaya buy time dalam 45 mins minum-minum dekat MarryBrown sambil Farhan tengok video ABC dia. 

Alhamdulillah, dah pun balik. Overall Farhan okay jek. Mak pak nya jelah lelah. Dah tualah katakan hahaha. Activities pon tak pack sangat dan pergi tempat yang dia akan enjoy jek. Memang takde can nak pegi makan-makan sangat sebab dia tak minat makan especially kat luar. Bayangkanlah 3 hari 2 malam dia cuma makan semangkuk kecik whipped potato dan 3 keping biskut. Selebihnya susu jek. Balik rumah baru makan nasik. Sabar jelah anakku. Bila ada anak pace berjalan dan activities memang dah lain kan. Tengahari kami akan balik bilik kejap for his nap time. Lepas tu br sambung jalan. But we enjoyed ourselves nonetheless. Seronok. But at the moment plan nak travel kena tunggu dia besar sikit lah. He will enjoy it more, dan kami pon perhaps takle semput mengejor dia jek. But who knows tau jelah aku ni kan. Tetiba je gi book ticketlah haperlah. 

Wah dah lama tak mengarang panjang macam ni. Kikiki. Teringat zaman dolu-dolu berblog. See u later peeps.

On our back. We heart Malaysia Airlines
Fav word Farhan - Yeay dah syampai

Wednesday, March 26, 2014

The trip... Pheww..

Assalamualaikum wbh.

Hati ni selalu rasa nak update blog. Tapi busynyalah. Once dah balik rumah memang babaila laptop.  Walaupun tak banyak dah member-member update blog. Aku tetap nak update walaupun takde sapa bace, ahahaha. Senang aku nak tengok dan baca balik. Dekat FB, banyak share info orang jek. Dan buat some update, tu pon tak rajin sangat. 

Anyways aku nak cerita trip ke Johor last weekend. Nilah paling jauh Farhan pernah travel. Sebelum ni paling jauh, Kuantan. Mencabar oihh.. Aku buat in point form jelah. Cepat sikit. Aku pon rushing ni. 

  1. Kami bertolak pukul 10 ke Kluang dengan 3 kereta. Nak attend wedding sebenonyer. Konvoi. Sebenarnya masa nak bertolak ni pon Farhan dah bad mood sikit, sebab dia dah siap pagi-pagi lagi tapi kami lambat gerak. Biasalah kalau konvoi camnilah.
  2. Tau jelah kalau cuti sekolah, ya Allah hiway plus tu jem cam harom jek. Grrr. Mulalah Farhan nak start dondang sayang. Tapi dia tido jugak lepas tu. Alhamdulillah.
  3. Dek kerana kami lead the way, we had to stop when geng konvoi nak stop for toilet break. Budak kecik ni ko taula kan. Bila kereta benti jek terus jaga.  Adeii. 
  4. Sampai di kenduri. Walaupun lambat dan pukul 2 masa tu, ramai sangat orang lagi. We had to wait quite a bit before seated and makan. Ok aku tak komplen bab ni tau. Aku faham, cuma mencabar sikit bila bawak budak yang tak berapa friendly bila kena berlama-lama di kenduri. Ye adala aksi dia terlentang dekat tengah-tengah kenduri tu. Protes nak apa tah, adoila.
  5. Dekat pukul 4 gitu kami gerak balik. Before gerak, aku tukar pampers budak 'comel' tu dan gerak. Dia dah cranky, badan pon macam panas sikit. Tak mo duduk car seat. Dok belakang dengan aku sambil membuas, dan main tingkap sampai tersepit jari. Ya Allah. Sabo jelah. 
  6. Ni sebelum tersepit jari. Kalau tak men'comel' memang comel kan.
  7. Kami ke Taman Merdeka, lepak-lepak dengan a friend of mama. Aunty Anne. Best. Nyaman. Berangin. Little EarthkuTeaRoom. Minum teh. Farhan pon let loose sikit kat sini. So he's quite ok. 
  8. @ Taman Merdeka, JB
  9. About 7 gitu kami gerak ke hotel. Aku book KSL apartment. 2 bilik harga RM280. Murah jugak walaupun cuti sekolah. 
  10. Park dekat shopping mall, nak pegi check in rupanya salah block. We had to bring all our belongings across the mall dan check in ke apartment. Jauh jugak. Anak buah aku cakap,  "Embarrasingnya berangkut beg-beg ni sumer thru mall ni. Nasib baik tak bawak tilam dan bantal busuk," 
  11. Check in, pastu tetiba receptionist cakap bilik tak ready lagi! Dah pukul 8 malam bilik tak ready lagi!! Masa ni I can hear Farhan meraung-raung kat background. Aku toleh dia tengah guling-guling kat lantai lobby tu. Adei. Memang aku sound gak reception tu " How come the room is not ready? I bukan datang check in pukul 3 i datang pukul 8 ni. This is so unacceptable. Can you hear budak yang meraung-raung tu? That's my son. Kalau you tak nak dia meraung-raung ganggu guest you yang lain, get me a room now. Call whoever. Call now," Aku cakap. Takdelah aku jerit tapi aku cakap tone tegas gakla. Geram tau. Memang jenuh dia call takde saper angkat. 45 minutes later baru siap bilik. Muka memasing kelat dah. Dahler bapak aku ada sekali masa tu. Adoilaa..  Alhamdulillah bilik ok, baru, cantik, luas. Kalau tak memang amukan lagi sekali. Farhan pulak naik je bilik, bila takde strangers terus ok jek. Sengih-sengih main-main. Ya Allah sabor jelah anak aku ni. Kelam kabut jadiknya sumer orang. 
  12. KSL Apartment. Spacious dan cantik.
  13. Esoknya another disaster. Sumer orang check out the same time. Apartment tu ada 40 tingkat. Lif ada 4 jek. 45 minit tunggu x dapat lif lagi. Baba aku yang ada heart condition tu turun tangga dengan cucu-cucu dari tingkat 17!! Mama berjaya dapat naik lif. Aku berjaya gak dpt sambil dukung farhan meraung-raung dlm lif tu. Ed had to go down the stairs, angkat stroller ok!! Such a bad experience. Seriously. Memang aku tak recommend korang stay situ. 
  14. After that, we went again to Taman Merdeka. Had brunch and kasi Farhan jalan-jalan. Lepas tu cebok dia, mandikan sikit dan kali ni aku ckp kat mama, kami gerak dulu. Tak konvoi. 
  15. Alhamdulillah, Farhan slept majority of the time masa balik tu, jem gila dekat Senawang. but Ed masuk lekas dan potong ke Bangi lama masa tu. Jem jugak sebab traffic light punyalah banyak. 
  16. Sekian. Penat oi. Kesimpulannya buat masa ni kalau travel dengan farhan :
  • Tak boleh konvoi. Mesti boleh gerak dulu before Farhan start men'comel'
  • Tak boleh travel more than 3 hours
  • Kena gerak pagi-pagi, masa mood dia baik. 
Kalo korang ada tips untuk travel dengan budak-budak meh share dengan aku. Tq korang. 


Note : Abaikan numbering tu malas nak betulkan

Wednesday, February 15, 2012

Kembara Istanbul - Rumusan

MALAYSIA AIRLINES TENGAH ADA TRAVEL FAIR SAMPAI 18 FEB 2012. APA LAGI, PEGILA BERANGAN.  Aku tengok tiket ke Istanbul lagi, caye tak?

Hahaha, tak abis-abis lagi ye tajuk Istanbul ni. Sorryla kalau korang dah muak baca. Lepas ni aku buat update masak-masak semenjak balik dari Istanbul ye. Hmm sedapnya bau Nasi Lemak Zaman kat dapur tu. Hahaha. Mana ada Nasi Lemak Zaman, inspired by Nasi Lemak Zaman adala. Tengok tu, dok sorang-sorang kat rumah pon boleh buat nasi lemak, ko paham tak? Macamana la tak jadi beruang kan. Yang pelik aku timbang macam turun pulak weight, tapi rupa ku macam aku dah tak sanggup nak tengok kat cermin dah. Hahahha

Ok sebelum aku melalut meh aku buat some rumusan. Some of it juga ada lah untuk ingatan aku kalau aku travel lagi in the future (berangan jangan tak berangan)

  1. Makanan dekat area Sultanahmet or surrounding Aya Sofya dan Masjid Biru tu mahal sikit. Kebab pon kadang-kadang sampai 8 LT.  Makanan dekat area menghala ke Spice Bazaar tu murah-murah sikit. Dalam 3.5 TL untuk kebab gitulah. Bukan dekat Spice Bazaar betul-betul. Ada cam restoran untuk tapaw kebab gitulah. Turun dekat station Sirkeci and walk to Spice Bazaar akan jumpa kedai makan yang murah sikit. Kat sini banyak gak jaket cantik2. 
  2. Hahaha, sila bawak sos cili or tomato paket-paket tu. Kebab diorang ni kering, takde sos apa-apa, so ada masa-masanya tak lalu dah makan sebab takde sos. 
  3. Kalau nak beli barang di Grand Bazaar kena tawar-tawar sebab aku rasa harganya amcam mahal sikit
  4. Untuk jaket dan boot lawa-lawa go to Eminonu or Aksaray Underpass. Atau ada satu lagi, dekat Station Laleli ada jaket cantik2 macam dalam kedai 4 tingkat gitu.
  5. Take at least 1 tours, e.g Bosphorus tours and ask your hotel to arrange it. Selamat sikit. Kalau pergi tour, at least ada orang yang explain itu ini pada kita. Lepas tu dah boleh gi jalan sendiri. 
  6. Utilise the Tram. Kalau boleh cuba elak naik teksi sebab banyak sangat kes orang Malaysia kena tipu naik teksi. Kalau duduk sana more than 3 days and bawak family, boleh mintak hotel arrangekan pickup. Negotiate with them
  7. Hotel kami bukan betul-betul kat Sultanahment. Dekat area Sirkeci. So Sultanahmet di kanan (where Aya Sofya, Blue Mosque are) and Sirkeci dan Eminonu di kiri (where Golden Horn, Spice Bazaar, Galata Bridge are), lokasi sangat best tapi bilik hotel kecik sikit. 
  8. Belajarla sikit-sikit Bahasa Turki. Ni kadar?Tasakur Ederim, Giris, Cikis, Camii. Alaa basic2 jek. Diorang appreciate if we know some Turkish and membantu untuk tau kat mana exit dari satu-satu tempat tu.
  9. Sebenarnya ok jugak kalau nak shopping dekat Turki ni, sebab dia banyak mender-mener yang unik cam lampu-lampu tu, baju belly dancing (ahaks), kasut kulit, jaket, shawl, carpet, table runner dan sebagainya. Yang ok sebab exchange ratenya not bad. Dalam RM 1.7-1.8 per lira. Takdelah macam gi Europe or UK kan. Walaupun matawang diorang tengah jatuh sekarang, still hampir RM 4 and RM5 per euro or per GBP.
  10. Tapi kalau nak dapat rate murah jangan tukar di Malaysia. Withdraw jek dari ATM sana. Keluar je departure hall, ada ATM HSBC rasanya withdraw dari situ. Rate dia bagi bagus. Ed withdraw dari Bank Turki ratenya mahal seposen.
  11. Haa ni penting gak, kalau boleh cuba wear bright colours. Especially kalau pegi musim sejuk gitu. Cuaca kan cam gloomy jek, so gambar sumer suram jek. Contohnya si Ed, pakai jaket hitam, seluar hitam, topi kaler gelap, memang tak nampak apa. Frust jek. yelah aku pahamla orang laki takkanla nak pakai jaket pink or merah, but try to incorporate some colours. Kalau belum beli jaket, carik yang kaler cerah or at least ada line2 terang dekat jaket. Yang pompuan pakailer tudung cerah2 or shawl kat leher nak kasi gambar naik sikit. Aku ada gambar dengan sorang budak ni, dia pakai jaket merah, ceria jek gambar tu. 
  12. Ni pon satu hal lagi. Kalau korang ada kamera DSLR and compact. Bawakla dua-dua sekali. Kamera DSLR or system camera ke memang best, gambar lawa, crisp, sharp, vibrant colours tapiiiiii kalau ko ada masa nak duduk godek-godek. Pastu walaupun camera aku tu tak berat sangat, tapi kalau dah sangkut kat leher seharian, tak bengkok leher? Lagi-lagi kalau DSLR yang bagak2 tu.  Bila letak dalam beg je, kelam kabut nak keluarkan bila ada scene cantik. Beza masa aku bawak compact camera dulu. Bila ada scene best jek, amek bawak keluar on-snap. Letak dalam handbag jek, tak yah bawak additional camera bag. Pastu camera aku la kan, dalam coaster ari tu, dia tak boleh amek gambar sebab dia tak berjaya focus. It refuses to snap. Dah aku kena duduk, tukar setting ke manual focus, anti-gegar dan anti glare dan sebagainya. OKay I admit it, memang sebab aku tak pandai pakai sangat, tapi kita tengah travel kan bukan nak gi buat photoshoot, bukan nak amek gambar yang artsy-fartsy sangat. Ni dalam low light, macam haram, kalau moving pon fail. Ed pon naik nyampah nak snap. Kalau pakai compact Lumix aku tuh, gambar may not be crips and sharp macam the bulky camera but at least, garenti jadik punya. Tapi kalau korang memang terer dan sabar nak test 10-20 gambar before taking the actual pic memang best la guna DSLR. Tapi kalau cam aku, on the move  memanjang, compressed activity dan takde stay at one point lama-lama dan dengan Ed yang aku tak rasa sabar nak tunggu aku setting dan test-test snap sebelum the taking the real photos, kenala bawak ur compact camera. Aku tak bawak, nasib baik BB punya camera not bad. Tapi kalo korang ada phone yang 8Mp punya camera pon sufficient. nak2 cam camera kat galaxy note tuh, perrghh..
  13. Bawakla ubat yang korang perlu, sebab kat farmasi, pharmacist tak cakap omputeh dan semua ubat pon labeled in Turkish.
  14. Aku rasa Istanbul maybe sangat cantik in Spring and Summer. Sebab masa aku pegi baru ni, masih lagi winter, pokok sumer togel jek, tinggal ranting. Tulips pon baru nak start tanam balik. Gambar pon bosan jek without much colors. But on the bright side, hotel harga murah sikit dan tak ramai sangat orang. Nak masuk mana-mana tempat tak yah queue pon. Dengar citer masa summer especially, beratur cam lingkaran ubat nyamuk nak masuk satu-satu tempat tu. 
  15. Tengok ramalan weather average berapa celcius and boleh prepare accordingly. Kali ni boleh berjalan sakan sebab well prepared. Masa gi Paris dulu, memang tak prepare kaki rasa sakit sangat sebab sejuk sangat dan hanya pakai socks pendek dan nipis dan kasut lak tapaknya kan main nipis lagi. So tak daya nak jalan. 
Oklah tu jelah nak update. Habis dah episod Kembara Istanbul dan Bursa ni. Turki ni is a place that I think I don't mind coming again. Banyak sangat tempat menarik nak pegi. Istanbul itself pon banyak lagi tempat tak pergi. City Walls, Yildiz Palace dan ada 3-4 palace lagi tak pergi. Istanbul nak banyak tinggalan sejarah sebab selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah mereka tak diserang kan. Kalau cam Syria, Iraq dah banyak musnah dek perang jek. Sama juga dekat Andalucia, sebab kerajaan Kristian yang menakluk balik Andalusia selepas Islam bertapak di sana beberapa ratus tahun. So masjid-masjid yang diconvert jadik church la pulak kan. Ok. sekian pendidikan Sejarah Islam untuk hari ni. Hope you enjoyed it. 

Oh ya, sebenarnya aku ada nak pergi tempat ni masa awalnya instead of Bursa, tapi sebab jauh dan mahal, cancel la. Mana tau kalau next time boleh gi situ heheh. Berangan lagi. Ice Palace ada orang panggil ke apa entah..lupa..





Tuesday, February 14, 2012

Kembara Istanbul - Final Day

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Sorryla lambat sangat menyambungnya the travel tale ni. Aku sibuk sangat pulak, and back to the office last week and this week. Banyak mender nak buat. Cutilah sangat kan. Pffftttt..

Ok back to the the Kembara Istanbul post. Hari ni ialah hari akhir kami di Istanbul. Alhamdulillah, I had a good night sleep. Apa taknya kan, letih nak mampos the day before kan. Pagi ni, kami tak turun breakfast for the first time sebab ada Pide(Turkish Pizza) semalam tu. Aku letak kotak dekat atas heater kasi hilang kekejongan Pide tu dan bancuh nescafe. Lepas makan, kami bersiap-siap untuk keluar lagi. Flight balik ke Malaysia is at 3 pm. So pagi ni sempat kagi nak ronda-ronda kawasan berdekatan. Just kena make sure balik hotel semula at 11 am. Sebelum keluar tu dah kemas-kemas most barang. Aku campak first thing in the big bag, Ed's pouch bag which has a knife, sudu garpu and emm a lighter kot. Lepas pakai losyen kami pon keluar. Owh lotion yang adek aku belikan ni hampir nak habis, elokla tu. Giler aah sebotol lotion habis in 5 days. Kalau kat Malaysia setahun belum tentu habis, muahahhaa.

Anyways, kami ke area Spice Bazaar balik. Kami nampak ada tempat jual nuts like pistachios, almonds etc yang murah sikit dekat luar Grand Bazaar. Kami carik gak kedai jaket yang Ed dok nengok masa gi Spice Bazaar 2 days ago. Eh dah takde kedai tu. Baru perasan that kedai tu macam a tent jek. So pagi ni khemah tu takde dah. Frust Ed tak dapat beli jaket kat situ. Kedai tu murah sikit. Dan designnya cantik2. Lepas tu terusla gi beli kacang. Baru nak berniaga masa tu. So I bought a kilo of pistachio.
Kedai-kedai dekat underpass

Yeni Camii lagi

Galata Bridge. Waktu tengahari sikit nanti ramai gila orang memancing

Sabah?

Bot yang masak Balik Ekmek berayun-ayun

Lepas tu kami masuk ke Eminonu underpass. Ed ada berkenan on 1 of the jacket dekat situ jugak. But he said it was quite expansive. Aku belek-belek jugak boots. Aku tanya harga, boots yang dijual dekat seratus lebih lira di Grand Bazaar, way cheaper di Eminonu tu. Kena tawar sikitla. Maybe different quality, tapi cam hampir sama jek aku tengok. But I am happy that I got a good bargain. Lah naper aku yang shopping ni, Ed yang nak beli jacket kan. owh gambar pada hari last ni semuanya pakai BB jek, malas nak usung kamera dah.

Sudahnya dia tak beli pon dekat Eminonu. Aku ajak jugak dia pergi Aksaray. But if we wanna go memang kena rush gila la sebab the latest by 11.30 kena balik hotel. So Ed ruled that option out. Aku cakap jomle jalan balik, ada banyak kedai-kedai yang jual jaket along the way. Dia dah macam malas nak cari-cari dah masa tu. We walked leisurely, dan aku still masuk-masuk kedai yang jual jacket sepanjang perjalanan balik. And then we saw one really gorgeous jacket. Aku ajak Ed masuk, dia cakap nak masuk ke? Macam butik jek? No harm asking how much it cost, aku cakap. As always aku jela kan yang tanya harga-harga ni. And the price is within the range that we want. Mahal sikit jek dari yang kat Eminonu underpass tu. Tapi yang ni jahitan memang cantik dan kemas. Smart sangat and fits Ed really well. Dek kerana we are the first customer tokey kedai tu  bagi a good discount.  Ed terus pakai jacket tuh. Hahaha. 
View from the roftop
Nampak Modern Istanbul nun across the Golden Horn

Nampak Yeni Camii punya minarets kat sana nun

So kami berjalanla balik ke hotel and packed. Aku teringat yang hotel ni ada rooftop punya seating area, that we never checked out because we always zonked out as soon as we got back to the hotel eveyday. So aku naik to the rooftop. and we could see the places that we have went the past few days. Sayang pulak rasanya that we didn't check it out at night.  Kebanyakan hotel in Istanbul ni ada cam rooftop seating and chilling area. Do ask the reception if they have that sebab kadang-kadang dia cam tak mention pon the rooftop chilling area ni. Duduk-duduk lepak and watch Istanbul in the evening or at night.
Beli token untuk naik Tram
Lepas tu kami finalise our packing. Masa tu tak pakai dah thermal wear semua sebab kang panas dan rimas lak dalam flight. Lepas check out, kami tarikla beg ke tram station dan beli 4 token which cost 8 lira. Kalau naik cab dalam 50++ lira per cab. Tapi kalau travel dengan family dan anak kecik, maybe kena fikirkan amek cab sebab jauh jugak. Berapa belas station dari Gulhane tu. letih dowh berdiri dengan lugage dan beg notebook tu. Kemudian tukar dari Tram system dekat Zeytinburnu ke underground train.

Kemudian kami sampai ke Attaturk Havalimani. Dan bermulalah episod check in, security check macam biasa. Alhamdulillah semuanya smooth setakat ni. Kemudian kami masuk ke departure hall, dan ronda-ronda dekat kedai duty free shops. Lepas tu kami makan sekejap dekat cam food court gitula. Aku ordered mushroom pizza. And later kami memutar koknar mencarik departure gate. Seriously mengelirukan la signage dekat airport ni. Pening. Lepas tanya sana-sini, jumpa la the gate, and prepared for another round of security check.
Mushroom Pizza
Tengah carik departure gate

Dek kerana kami dah lepas security check kat luar so takdelah risau apa-apa kan. Cuma aku leceh sket sebab kali ni kena bukak boot semua. Damn. Did I mention aku pakai boot yang baru beli tu. Ed dok gelakkan aku, sebab dia cakap aku poyo. Dah nak balik Malaysia baru pakai. Lantakler. Airport ni siap kasi cam stepper gitu supaya senang nak bukak boot. Lepas masukkan semua barang. The officer ask Ed about something in the knapsack. Aku buat muka toye jek. Sekali dia sibuk suruh bawak keluar barang dari beg tu. Aku tengok jelah Ed bukak zip beg dan keluarkan barang apa entah yang officer tu nak tengok. Sekali Ed keluarkan. The pouch bag!

The pouch bag with the knife, sudu garpu and lighter tu. Bukan swiss knife okay, it's a super sharp rambo knife gitu. The officer amek pisau tu? What's this? Kemudian amek the fork,  and later the lighter. Dahla lighter tu macam blow torch ok. Don't ask me why we brought the rambo knife and blow torch in the first place. Hahhaa. Kena tanya Ed. Pucat muka aku masa tu. How did the bag get into his knapsack? Bukan ke aku dah campak awal2 dalam the big checked in bag ker? Dan kami dah lalu the scanner 2 kali sebelum tu. Tak detect pon. Ni betul-betul sebelum naik plane sangkut pulak. Ya Allah.

Ed pon terkejut but he just laughed and said you can have that, kat officer tu. We forgot to put it in the big bag. The officer tu geleng-geleng kepala. Sambil cakap-cakap dengan other officer.  But let us go lepas tu. Membebel-bebel jugak aku dekat Ed. Dia pon tak ingat how the pouch masuk kat knapsack dia. Aku cakap, kalau dekat US or UK dan kena panggil untuk interrogation dah kot. Dengan si Ed yang berjambang dan ada Ahmad kat namanya, ko rasa diorang tahan tak kami bila jumpa rambo knife and a blow torch. Kecut perut aku.
Pheww naik jugak kapal terbang akhirnya. Alhamdulillah
Anyways, alhamdulillah kami dilepaskan jugak naik flight. Syukur sangat-sangat. The flight took 1 hour less which is around 10 hours flight gitulah. We left Istanbul feeling happy. This trip was really an eye opener. Makes me love Islamic History more. We had a blast. Seronok tengok Ed happy jek during the trip. Ape tak happy kan, aku tak shopping hahaha. Travel ni memang la, once you had a taste of it, you'll want more. Ada duit dengan tak de jelah kan. So dah kena start berangan on next trip dah nih hahhaa. Berangan tu penting hahaha.  Entahla taun bila pulak tu. So till next travel tales...Thanks for reading, friends.

Thursday, February 9, 2012

Kembara Istanbul - Day 4

Adehh, bila la nak abis update jalan-jalan ni. Hampir-hampir nak terlupa dah aku jadiknya. Memang kena refer notes.

Sebelum tu komen-komen korang at earlier entries pasal Istanbul ni, aku baru jawab semalam. Bila entry panjang-panjang, entry earlier cepat sangat masuk ke older post so tak perasan. Untuk Kong yang nak gi Istanbul this March, bestttnyaaaaaaa. Ok saya cuba habiskan sebelum u pegi supaya you can use my post as guidance ye.  Ok here goes.

Pada hari keempat, kami turun breakfast macam biasa. Takdelah awal benar like when we have to go on tours tu kan. 8.30 gitu baru turun makan. At 9 kami terus keluar. Kami jalan ke Gulhane Tram Station. Ed beli 2 token. Naik tram ni memang satu token jek ke mana-mana station selagi dalam Tram line lah. 

Kami naik tram ke Kabatas Station, belah modern Istanbul. Stesen akhir utk Tram ni. Tram macam biasala padat cam sardin. Turun jek kami jalan sikit ke arah Dolmabahce Palace. Sebelum tu kami jumpa dulu Dolmabahce Camii dan amek gambar sikit. Best jek jalan dengan tenang tepi laut gitu. Palace tu memang tepi laut. 
Berjalan menuju ke Dolmabahce Sarayi
Pandangan hadapan Dolmabahce

Dolmabahce Palace ni dibina atas arahan Sultan Abdulmecit dan siap dibina pada 1856. Dibina pada zaman Kerajaan Uthmaniyah telah mulai lemah. Sultan Abdulmejit bina nak menunjukkan kepada dunia bahawa Kerajaan Uthmaniah masih kuat dan mampu untuk bina palace yang extravagant. Pffftttt. Senibinanya memang dah banyak dipengaruhi oleh senibina barat dan interiornya lagilah western nya. 
Alas kasut dengan plastik
Bayaran masuk ialah 30TL dan kalau nak masuk bahagian Harem kena tambah 10 TL lagi. Kalau nak tgk Harem shj 20TL. Kami bergambar dari bahagian luar sampai ke courtyard dahulu. Sampai di pintu palace, kami semua kena pakai plastic cover untuk cover semua kasut. Yelah karang kotor lak carpet dan lantai dalam palace tu kan.
Taken from guide-martin.com

Taken from qldaccommodation.com

Ceremonial hall taken from wiki
Dan kawan-kawan itulah gambar terakhir aku amek sebelum masuk palace sebab dalam palace langsung tak leh amek gambar! Frust dowh. Tapi aku carik jugak dari google gambar interior istana supaya korang leh imagine rupanya. Tu baru sikit. Anyways, dalam palace ni kita tidak dibenarkan berjalan-jalan sendiri dan mesti ikut tour guidenya. Dia akan explain ini bilik apa, dan digunakan untuk apa dan sebagainya. Kita gerak dalam 30 per group gitulah. Memang takde can ko nak curi-curi amek gambar, sebab selain tourguide ada staf2 lain yang akan follow kami. Nak linger satu-satu tempat lama-lama pun tak boleh. Aku rasa sebab the palace tu besar. Semua barang dibiarkan intact, dan sesetengah bilik yang tak dibenarkan masuk, tapi tetap dibuka untuk kita tgk, kalau tak diawasi bebudak ada jek tendency lari masuk dalam bilik-bilik tu kan. 
Keluar jek nampak kucing gemok ni


Sejak bila aku suka kucing pon tataw.

Menuju ke gate untuk keluar dari palace
Secara keseluruhannya, aku rasa Dolmabahce Palace sangatla extravagant dan luxury nya. Over sangat aku rasa. 45,000 meter persegi, 285 bilik, 44 bilik resepsi dan 6 hammam. Giler aah. Dan, semua bilik adalah sangat lain and distinctive from one another. Tengok lampu dan curtain sudah. Dan palace ni digunakan sehinggalah sistem khalifah dihapuskan dengan liciknya pada 1924. Selepas itu Mustafa Kamal Attaturk menjadikan tempat ni sebagai kediaman rasmi presiden dan meninggal di sini. Ada jam di sesetangah bilik yang menunjukkan jam 9.05 pagi all the time in the honour of the time when Attaturk died.
The palace yang kami lihat from the Bosphorus Cruise on 2nd day
We left the palace with mixed feeling. We thought that the palace was too much and felt that that was the start of the decline of the Ottoman Empire. Geleng-geleng kepala jek kami masa dalam tu. Iyelah ko it has the world largest and heaviest chandelier, ada siling menggunakan emas. Gile tak? Adakah kita akan rasa cam tu jugak kalau kita visit istana kat negara kita? Tahla kan. 

Lepas keluar dari Dolmabahce Palace tu, aku tanya Ed nak gi Istiklal Caddesi or Grand Bazar. Ed tanya Istiklal tu ada apa. Aku jawab shopping. Terus dia cakap gi tempat lain, muahahahha. So we went back to Tram station dan kali ni kami turun di Eminonu. Kami nak gi makan. Makan apa? Nak makan Balik Ekmek. Ape ke bender tu? Fish in bread. Sandwich ikan jek la. Hahaha. Puas aku google kat mana nak makan and best to experience balik ekmek. Memula nak gi makan kat Galata Bridge. Pastu aku tukar fikiran bila nampak tempat yang lagi best nak makan. Kat sini. 
Ikan kembung yang dibakar

Dipasskan skillfully dari boat ke darat

bergoyang-goyang tak hengat bot ni kalau ada ferry lalu tau.


Punyalah besar. Haa tu jus lemon utk makan dengan the sandwhich

Duduk kat bangku, order dekat dengan bot tu, nanti dia pass pada ko. 5 TL satu. Fast food Turkish style. Besar ko. Jenuh nak menganga. Ok la. It's just fish sandwhich dengan ikan kembung bakar dengan salad2 sikit. Atas meja ada salt and lemon juice gitu. Ikannya fresh. Cuma takde sos apa-apa. No ketchup, no mayannaise chili sos apa tah lagi kan. Aku dah teringat nak bawak sos cili peket-peket kecik tu. Tertinggal pulak. Hishh. So bawak ye kawan-kawan. Kebab semua takde sos ok.  Muak le jugak sebab takde sos kan. Kering gitu. But the experience is really nice. Sepanjang makan tu jenuh ada bebudak dok menjual tisu dan deserts datang kat meja.

 
Lepas makan sandwhich tu kami dok kat ada small dataran tepi laut tu dan makan ketane which is buah berangan. Cuma dia tak masak cukup masak bagi aku la. Crunchy semacam jek. And it does not have the smoky smell yang ada kat buah berangan Malaysia. Then kami pandang masjid Sulaymaniye yang berdiri megah di atas bukit tu. 

Nak pergi masjid Sulayman tu ker?  Ed angguk-angguk dan dia sebenarnya nak sangat ke Masjid Fatih di mana Sultan Muhammad Fatih dimakamkan. Oh ya, lupa nak cerita Our tourguide ari tu cakap kenapa kita panggils Mehmed II tu Sultan Muhammad? His name is Mehmed, katanya. Aku dan Ed jawabla sebab dalam banyak buku-buku kat Malaysia menamakan dia Sultan Muhammad Al-Fatih. Dia kata when Sultan Murad wanted to name him he asked what is the closest name to Muhammad, dan dia namakan Mehmed. Sebab bagi mereka, Muhammad hanya ada 1 iaitu Rasululah saw.So Sultan Murad name him Sultan Mehmed. Kita ni dok ingatla yang memang that's how Turkish spelled Muhammad. Nope, memang takde sultan yang namanya Muhammad kalau tak salah aku. Penggunaan nama Muhammad tu exclusive only for our prophet.

Ok back to our travel tales. Aku dok pikir-pikir jauh jugak area Fatih tu tapi sebab Ed iye-iye sangat nak pegi, aku pon nak pergi jugak. Dah sampai Istanbul takkan tak pergi menziarah makam sebaik-sebaik sultan as mentioned in the Hadith. Kami bukak map, mula-mula kami akan pergi ke masjid Sulaymaniye dulu. That's our first landmark. Lepas tu baru carik Masjid Fatih. Gile atas bukit masjid ni. Dan kami pon bukan tau sangat nak ke sana. Agak-agak je. On the way kami singgah minum jus dulu. Oh ya dekat-dekat sini Balik Ekmek nya harga 3.50 TL jek.

Berlambak tau jual mesin perah jus tu Ed tak moh beli. Alaaa

Kemudian bermula-la perjalanan cekna and Ed mencari-carik masjid. Gile mengah aku nak naik atas bukit Masjid Suleymaniye ni. Kami berpandukan kubah dan minaret jek. Dekat sini Sultan Sulaiman The Magnificent dimakamkan dan architect diraja Mimar Sinan tu. Sulayman the magnificent ni digelar sedemikian sebab masa pemerintahan dialah, jajahan Uthmaniyah membesar dua kali ganda dan dia juga telah menulis undang-undang yang dipanggil qanun yang digunakan for the next few hundred years.  Ed solat dekat masjid ni, whilst aku pikir aku solat dekat hotel jek, sebab kena amek wudhu' dekat luar dan brrrr sejuk sangat. 
Sulaymaniye Camii

Ed tengah bersedia nak wudhu'


Tengok perempuan pon wudhu' kat luar ni.

Merasala aku duduk sekejap dekat luar masjid tu. Kalau nak best lagi lepak, maybe boleh duduk at the otherside overlooking the golden horn. Aku sembang dengan seorang awek Turki ni. Tanya dekat mana Fatih Camii. Memang macam ayam dan itik. Dia cakap dia tak tau. Adeh. Tempat bersemyam the great Sultan tu. Penakluk or rather pembebas Constantinople tu. Maybe dia bukan orang situ kot. Sangka baik jelah. Cuma dia cakap, My uncle knows Fatih Camii. So dia signal2 la suruh aku tunggu. Ed keluar, sekali dengan uncle awek ni. Ed dok mintak BB aku nak amek gambo dalam Masjid Sulaymaniye ni, katanya cantik. Tapi uncle ni pulak, beriya-iya nak tunjukkan jalan, dan suruh kami ikut dia. So kami pon ikut jelah.

Valens Aquaduct
Tah apalah yang dia explain dekat Ed. Kemudian kami berpisah dekat junction mana dan terus berjalan tak pasti arah tujuan. Lama jugak kali ni berjalan. 45 minutes to an hour gamaknya. Masuk celah kedai mana entah. Dari kedai-kedai hardware ke kedai-kedai mainan. Kemudian kami sampai ke jalan besar dan di kiri kami ada macam kubu atau gerbang kota lama. Aku teringat dalam pembacaan aku yang kubu tu ialah Valens Aquaduct. Ingat tak aku cerita pasal underground reservour Yarebatan Sirnici tu, haa air ke reservoir tu dibawa melalui laluan air ni lah. Dan digunakan beratus tahun sehinggalah paip besi diwujudkan.

Masa dekat sini. Aku dan Ed amek kesempatan duduk kejap. Pinggang lenguh jangan cakapla. Kemudian kami bukak peta sekejap, dan mengagak bahawa maybe kami dah dekat sampai Area Fatih. Fatih ni kalau mengikut buku travel guide tu banyak muslim yang konservatif di sini. Banyak perempuan pakai tudung betul2 dan labuh dan ada juga yang pakai purdah tu.  Ed nak ikut jalan lain, whilst aku nak ikut jalan lain. Tapi dia banyak ikut jek cakap aku masa tu, sebab aku dah moyok dan penat sangat ada can jek aku flip. Hahaha. I think dia malas nak bertekak pasal mender-mender gitu.
Fatih Camii

Mehmed II Tomb
 After mendaki dan lalu celah mana entah. Kami lalu kedai yang pavementnya marmar. Aku cakap dekat Ed, dah dekat kot. Mana com tau? dia tanya aku. When the road or pavements starts to be made of marbles, we are coming close to a palace or a mosque. Oh ha'ah kan. Not long after that we saw the mosque, atas bukit as always. Mendaki lagi and finaly we found the tomb. Alhamdulillah. Masjid Fatih ni sebenarnya telah dibina semula selepas musnah keseluruhannya semasa gempa bumi.
Ramai jugak orang sedang berdiri di sekeliling replika macam keranda gitu. Of course jasadnya di bawah tanahla. Keranda tu is a symbol jek. Yelah ni bukannya mumia kan. Ada yang duduk at corners dan membaca Al-Quran. Ramai juga yang berdoa di sekeliling keranda tersebut. Maka berdirilah kami hampir dengan jasad, Sultan yang baik sepertimana Hadith Rasulullah yang membebaskan Contantinople. Western called him Conqueror dalam Islam Fatih tu bermakna pembuka. Bergenang jugak air mata aku sebab mengenangkan perjuangan dia. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengizinkan kami berada di sini. Masa berjalan keluar, nampak ada macam orang local yang singgah dari berniaga dengan bawak kotak-kotak singgah sekejap dan most probably menyedekahkan Al-Fatihah.
Fatih Camii dari sisi lain
Lepas tu Ed tanya aku nak ke mana, aku cakap nak ke Grand Bazaar. Masa tu dalam pukul 4 lebih gitulah kot. So melilau-lilau kami mencari tram station or train station memang tak berjumpa. Tanya orang tah hape-hape dijawab tak faham. Aku masuk dalam farmasi dah beli macam koyok besar nak mampos untuk tampal kat pinggang nanti. Nak beli koyok pon susah. Tah mana-mana jalan akhirnya kami sampai ke Aksaray.


Tengah-tengah sesat barat tu jumpa cam monumen lama gak. Tahun 400++ gitulah

Underpass kat Aksaray. Aku tengah duduk atas kerusi urut masa ni haha

Tapi tak jumpa Aksaray Tram Station. Instead kami jumpa Aksaray underpass punya shopping outlet. Interesting jugak. Ed gi Toilet kejap dan aku terus duduk dekat kerusi urut tu. 1 TL utk 3 minit. Belasah. Lega sikit pinggang aku. Aku buat tak tau jek orang lalu lalang tepi aku. Hahaha. Nasib tak tertido. Cantik jugak jaket-jaket kat sini. Smart-smart. Boot pon lawa-lawa. Tapi napsu nak shopping aku takde sebab aku penat. Kalau korang ada nak bali boot or jacket lather or suade atau pun long wool or macam fur jacket tu pergila kat Aksaray underpass ni or Laleli. Jangan beli kat Grand Bazaar. Mahal.

Aku tak ronda-ronda sangat kat Aksaray ni sebab kepala dah set nak gi Grand Bazaar kan. Nyesal tau. Shopping kat Aksaray lagi best. Cheiss. Anyways, aku dengan Ed dok memutar-mutar carik Tram station. Aku dah upset sikit dah masa tu. Alhamdulillah lah, kami ni jenis, kalau sorang penat and upset sorang lagi optimis jek. Hahahha. Barulah boleh travel gitu kan. But that applies masa travel jek. Masa kat KL. Kalau sorang upset sekejap jek sorang lagi upset hahaha. Anyways, akhirnya kami tersasar agak jauh dan jumpa the station dekat YusufPasa. It's few stops from Grand Bazaar or Kapali Carsisi. Turun dekat Beyazid Station. Sebelah masjid Beyazid. Nyesal tak gi ronda-ronda masjid Beyazid. Masjid tu ialah Masjid Diraja yang tertua yang masih wujud di Istanbul. It's build like a complex, ada hospital, ada kelas pengajian. Banyak sangat masjid. Semua pon ada cerita dan sejarah masing-masing. 
Grand Bazzar







Jaket Petronas nombor 2 dari atas

Akhirnya sampaila kami ke Grand Bazaar setelah memutar koknar entah berapa jam on foot. Masuk je aku tanya a pair of boots ni. Harga dalam seratus lebih lira. Aku sengih jek dan masuk terus ke dalam. Grand Bazaar ni is the oldest  mall in the world. Dibuka pada 1461 and has more than 4000 shops!. Segala macam tok nenek ada dijual di sini. Ada cafe's, ada kedai lampu, baju, jaket2, kasut, alas meja, carpet, antiques etc. Tak banyak gambar yang aku amek dekat sini sebab; aku penat..aku penat..aku penat.. In fact aku tak beli satu mender pon kat Grand Bazaar ni. In fact lagi (hahah) I begged Ed to take me back to the hotel. Ed kata aku ni cam budak kecikla, kasi main letih-letih supaya senang tidor. Aku jegil jek mata kat dia. It's that the purpose you drag me to all those mosque? So that I am to tired to shop! Takdelah, dia jawab. Nak caya ke tak nak. Tapi sesungguhnya aku memang tak beli satu mender pon dekat Grand Bazaar tu.

Bila keluar jek, aku cakap kat Ed, let's go to Burger King across the road, aku dah tak daya nak makan kebab takde sos ni. So off we went, and makan jek kat situ sebab nak duduk punya pasal. Pinggang aku dah berdenyut-denyut masa tu. Lepas makan, nak naik tram balik hotel sekali nampak kedai ni jual Pide. Cam Turkish pizza la. Aku beli gak. Tapaw. Untuk dinner or whatever. Sebab for sure tak keluar dah kan malam tu.
Rupanya cam sampan gitu tapi sebab terlebih panjang kena potongla. Buat breakfast besoknya

Lepas tu kami terus balik ke hotel, dan kali ni aku yang tidor awal. Kol 7 gitu dah tido kot. Tu pon aku terjaga sebab koyok yang aku tampal tu panas sangat sampai menggigit-gigit belakang.

So habisla hari keempat di Istanbul. I got one more day to post. Esok cam busy sikit, so tunggu jelah ye.