Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Sayang mama ketat-ketat

Dari tadi aku dok buka Blogger. Trying to write. Bila dah buka new post, idea tu hilang. Blank. Tak tau macamana nak mula. Tak pandai nak mengarang ayat-ayat cantik dan indah. Memang tak pandai.

Aku nak tulis entry untuk Mama. Sempena Hari Ibu. Tapi payah. Apa lagi kalau nak tulis ayat-ayat puitis. Pasal relationship kami bukan macam tu. Kami memang rock. Dulu aku rasa mama aku jenis tak ekspresif.  Lagi-lagi masa kecik sampai remaja. Tipikal mak-mak melayu agaknya. Takdenya nak peluk kami or cakap sayang pada kami masa tu. Masa tu cakap apa yang perlu je. Mama dan baba sibuk kerja while i was growing up. Hence, the gap. So apa-apa hal memang tak de cerita sangat pada mama. Fasa tu lebih rapat dengan kawan.  Tapi mak kan mestila sayang anak. Cuma memang style dia la tak reti nak tunjuk.

I grew close dengan mama masa di uni. Masa tu aku antara few students yang bawak kereta. Kancil aje pon. Mama aku punyalah risau aku drive. Tiap kali cuti semester, she will take a flight from Kuantan ke Subang then dari Subang ke Kepala Batas. I will fetch her from Kepala Batas and she will drive us to KL. Di KL we will sometimes be met by Baba dan adek. Stayed there a night or two then kami balik ke Kuantan. Begitulah setiap kali cuti sem sampai aku habis matrix. For the trip back to KL aku akan belikan kaset-kaset kat pasar malam supaya we can sing our hearts out sampai KL. Radio masa tu tak jelas sangat dan ada channel apa je pon.

Adek cakap kalau aku dekat U kadang-kadang mama akan masuk bilik aku just stand there quitely tak cakap apa-apa. Tu lah cara dia miss aku. She never told  me, of course. Tapi kalau aku balik, mesti mama akan masak makanan favorite aku sepanjang minggu tu. Baba pon akan keluar carik seafood yang sedap-sedao as well as buah-buah yangs sedap bila aku balik. I saw the same reaction masa adek aku fly pegi UK. Lepas adek salam dan  masuk kat boarding hall. Mama jalan sorang-sorang dalam airport tu. She was not crying, though. But she didnt say much, just layan perasaan dia kejap. Its just her way of dealing with sadness to be parted with her youngest i guessed.  We let her be. Later dia masuk kereta, dah macam biasa balik, takde nak muka sentap ke haper ke hahaha such a strong lady she is.

Banyak sangat aku nak cerita kalau pasal mama ni. But let me fast forward to the present day, panjang sangat nanti. Kalau any of us 3 siblings, yang ada exam, interviews, sales pitch ke haper ke, she will ask us pukul berapa event tersebut and she will on the prayer mat buat solat hajat followed by bacaan yassin. Masa aku buat treatment IVF dulu macam tulah. Every step every milestone dalam treatment tu, you can bet where she was at the time. No, not beside me. Tapi atas sejadah mendoakan aku. Kalau any of us tak sihat, atau cucu-cucunya tak sihat, yeah you guessed it, she will be on the prayer mat, solat hajat, baca yassin, dan buat air yassin. Esoknya if her schedule permits, she will come and visit us bawak air zamzam dan air yassin. Apa lagi as anak yang aku nak? Selain doa ibu? Ya Allah, syukurnya aku masih ada doa ibu.

Semenjak dia accident dan patah tangan dan kaki di beberapa bahagian, mama dah tak memandu. But she and baba hired a driver so that they are mobile.  Mama jenis tak kisah dan berkira  langsung to come down to KL or turun Kuantan and visit us the children (she lives in Jengka now by the way) kalau kami tak sempat balik.

Yang ni kelakar, mama ni selalu cakap takpe tak payah gifts. But she actually adore gifts hahaha. Kalau dapat hadiah, buat-buat muka tak excited padahal suka sangat. Kahkahkah. Lagi satu best kalau pergi shopping dengan mama. Tak ada orang nak larang aku shopping. Lagi dia galakkan aku lagi adala. " Beli jelah kakok. Bila lagi nak datang sini. Jauh nak datang. Pastu tengah sale ni. Beli jek. Tak cukup duit mama tambah "  macamlah jauh sangat. Padahal Sogo jek. Hahahah. Pastu mama kalau beli baju habis semua anak, menantu, cucu semua dapat.  Jangan cakap baju, handphone pon sama ok. Phone aku dan phone Ed was bought by my mama. Aku rasa both my brothers pon sama. Jangan tatau, mama aku gila gadget jugak. And normally she buys the phones way below market price. Tech savvy ok mama aku. Walaupun kekadang tu tah haper-haper dia sebut nama gadget tu. Haaa that one I have to save for another post. Hahaha. 

On my own hijab label Ms.Husna Hijab, memula mama macam sceptical jugak. Mama cakap dia tak rasa lama aku akan buat bisnes ni. Dia cakap sure aku boring. But I think, i have proved her wrong. Expanding lagi ada. Albeit slowly. Boleh klik banner kat sebelah kanan to browse my own label at Zalora.  Mama tak pernah invest dr segi duit untuk bisnes aku. Tp dia support me in terms of time, and feedbacks. Macamana tu? Dia suruh driver dia bawakkan kami beli kain, bali manik atau teman aku hantar kain ke kilang. Dia komen kalau design aki buat tu nampak darat atau tak cantik.  Sometimes she  offerred to pickup the orders dekat kilang sebab aku tak sempat nak ambik and she was on the way to KL.

I call her almost everyday. And now that Allah has given me the chance to become  a mother, lagi aku appreciate dan sayang mama.  Aku akan cakap je kat dia, bila nak hang up the phone, ok ma thank you so much. Love u ma. Or sayang mama. Jangan minum teh tarik dah malam ni. Doesn't matter that she always jawab OK saja. Sebab aku tau dia sayang sangat kami and would do anything for us. Look at what she did for me in all aspects in my life.

Thank you mama for every single thing that you did for me. Tak akan mampu kakok balas. Ya Allah lindungilah mama, berilah kesihatan yang baik padanya and please surround her with good people. Please take good care of her ya Allah, I still need her. Will always need her.

Sayang mama ketat-ketat.

Friday, March 27, 2015

Update caca merba

Korang biasa tak karang blog update dalam kepala, tapi malasnya hoi nak bebetul taip. If only ada converter yg boleh terus convert apa dlm kepala aku ni jadi blog update, mau 5 kali sehari ada update kan, hahaha

Aku bz tu je aku boleh cakap. And aku tenga pursue something yang aku akan share later. Masih di peringkat awal. Dan aku pon a bit nervous about it. So we leave that for another day. 

From the last update masa raya cina baru ni, aku ada pegi cuti2 di afamosa, bukak booth Ms.Husna Hijab di Kuantan, cuti-cuti family gathering pulak di Kuantan, and started a new venture dan started a new journey. Pheww.. Fenat, excited.  Pelan2 nanti aku citer. 

Oklah dah kol 2 pagi. Nak tido. Tak siap pon aku pack tudung untuk booth kawan aku. Harap pg esok diberi kekuatan untuk siapkan. If not hantar jelah yang mana ada tu. 

Jap2 takut x sempat nak update. Nak citer pasal Farhan kejap hehe. Farhan now makin banyak vocab. And he ia is such a sweet and funny boy. 

Jom makan mama.
Jom main mama
Tina kasih mama
Naik atas mama.
Ayah jom mandi ayah. 
Ma, an tanak air koson.
Dengan tone yg sgt sweet. He is toilet trained jat taska. Kat rumah ada hits and misses lagi. We are working on it kan Farhan. Semakin independent. Nak pakai baju, seluar dan pampers sendiri. Dah ada preference baju mana nak pakai. Dah besar anak mama, sobs. Cayang aan. Kurang dah nak mengamuk. Pagi2 memang jenuh kejut dia sebabbbb tido lambat. Memalam sayang benor nak tido. Dah lights off berjam-jam pon cool jek main dalam gelap. Grrrrr.

Anyways, tu jek untuk reference aku. I love this boy. Thank you Allah for giving us this opportunity to become parents. Mama and ayah love you, Farhan. 

Farhan dekat Ana Ikan Bakar
Kengkonon baiki basikal. Dah boleh paddle
Tengah mandi pool dengan Abon Qiryn

Saturday, December 13, 2014

Bersiaran dari Langkawi

As salam semua, 

Ngantuk tapi nak tulis jugak some memories of our short getaway in Langkawi. Dedulu kerap gi Langkawi. The last i came was maybe 2008. Kali ni dtg bertiga dengan Farhan. This is Farhan's second airplane ride. 1st was to KK masa dia 4 bulan. Eh aku belum upload lagi gambar gi KK kan? Hahahahha...

Ok sambung balik. The day before we left tu was a hectic day for me. Pagi tu teman Baba pegi rawatan. Then petang ada meeting dekat opis. Malam tu packing and at 7 am in the morning aku masih dok scan documents to email to the office. Haihh.. Mikir balik no wonder aku penat gila. Aku kononnya buat mobile checkin for the 3 of us. Ingatkan tinggal drop beg jelah sebab dah ada boarding pass. Nah amek ko drop bag pon beratur macam nak mati. Aku rasa even sampai 2 jm sebelum pon ada can terlepas flight. Maybe cuti sekolah kot. Bila officials MAS tgk departure time dia directkan aku ke lane lain sbb katanya boleh terlepas flight camni gaya.  So aku pon beraturla. Farhan dah start tak cooperate masa ni. Nak berlari keliling KLIA tengah ramai ramai org tu. Huuu nangis mak ko tgk nak.  Eventually everything went well jugak walaupun ada situasi where org ni suruh beratur situ and vice versa. But ada staff yg baik hati nampak muka aku dah mula cemas dgn anak kecik pulak tu. 

Dalam flight Farhan ok. Ada penumpang baik hati arrange sendiri tukar seat supaya Ed dpt dok seblah aku. Farhan takmo pakai seat belt sendiri mula-mula tu. He only wore kalau aku share dgn dia. So we were strapped together for one hour flight. Aku consider dia ok. Adala waktu dia gelupur gak. But overall ok. Alhamdulillah syukur dah kat situ.
Enjoyed Artisan Pizza by the beach
Sampai jek kami tunggu beg dan sewa kereta. Sewa Viva RM160 for 3 days 2 nights. Dek kerana awal lagi kami pusing-pusing dulu keliling pulau. Bought Pizza dekat Artisan Pizza Harbour View. Makan kat tepi pantai. Lepas tu dekat pukul 2 kami pergi check.in kat Resorts World formerly known as Awana Porto Malai. Dulu2 pernah stay sini. As expected bilik belum ready lg. Aku dah berlengas dah masa tu. Langkawi memangla panas berkuap. Fengsan. Tp nak marah pon tak guna. We were early. Once dpt masuk bilik mak pak farhan dah fengsan. Farhan dok cargas lagi. Bilik OKlah ada 2 queen size bed. Fit for purpose. Service ok. View, to die for.

Panas ceng-ceng masa ni but the view is breathtaking kan
View from our room.
Anyways malam tu kuar ke Kuah. Masa tu dah lapor gila kot. Carik restoran Wan Thai tak jumpa-jumpa terus ckp kat Ed malan kat thai restaurant ni lah. Dekat dgn Haji Ismail punya kedai. Oklah food semer ok. Service cepat dan makanan sedap. Harga emm bolehla tahan. Yg tak berapa ok is Farhan xmo makan dan tak mau langsung duduk. Nak main2 kat luar. Kejar cat. Main gendong2 belakang dengan aku,  kejar2 keliling tiang. We took turns makan. Lepas tu gi shop jap HIG. Masa ni Ed dah dukung Farhan sebab banyak brg kaca kan. Dan ya ampunn ramainya org. Risau kan. So dukungla Farhan yang saiz tak berapa nak baby tu. Tak byk pon beli. Habis je beli kat situ. Kami pusing-pusing pekan Kuah jap dan balik ke hotel.
Resorts World Hotel - ada 2 katil queen super nice view
Esok pagi kami turun utk breakfast. Masa ni mencabar betul. Pertama org ramai sampai xde seat. Kena tunggu org bangun dulu. Food ok. Banyak choice dan hotel staff cepat replenish food. Kedua, Farhan tak mau makan dan tak mau duduk langsug . Grrrr.. nak berlari kat deck tgh panas gila tu dan nak tgk laut. Seram aku budak ni. 

After that kami terus keluar pergi ke duty free shop sebelah underwater world. Tak beli apa pun. Lepas tu terus beli ticket kat underwater world. Oh berbaloi sangat bawak Farhan dtg sini. H enjoyed watching the seal and penguins. Memabg dia bersila tengok those two. Ikan2 dia tak heran sangat. Worth it sangat. 
FarGuin hehehe
Lepas tu kami pergi makan laksa dekat dengan airport. Laksa ikan sekoq. Aku amek pasemboq dan minum air kelapa. Laksa tu sedap. Pasemboq biasa2 jek. Farhan again langsung tak makan. Tapi dia leka dok main pasir. Aku dgn ed dok perati jelah. Jgn ada taik kucing sudah. Once dah siap makan dan penuh pasir atas kepala farhan. Kami balik. Now dah reti jadik mak pak yg cool. Gasakla nak. Explore lah jangan bahayakan diri sudah. 
Laksa ikan sekoq enjoyed by the sea under the shade. Priceless.
Pastu kami blk hotel jap sebab Ed nak gi solat Jumaat dan aku pon rasa a bit unwell masa tu. So elokla dpt rest jap. Ptg sikit we head to oriental village sbb nak naik duck tours. Ala boat amphibian tu yg boleh jalan atas darat dan air kan. 

Sebab we just missed one trip. The next one is in 45 mins. So kami jalan2 dlm oriental village tu. Nak naik cable car, rasa Farhan ok dlm cable car. Cuma aku  tak berani nak jamin yang dia tak akan buat aksi2 mendebarkan kat atas platform high up tu. Aku pegi beli tshirt jap while Ed bawak Farhan main kat playground. 
Dah bawak gi playground. Mana dia nak balik. NAK MAIN! NAK MAIN! Meronta ronta sampai Ed kena dukung dia keluar dan aku cakap pegi belikan dia air. Aku gi toilet kejap. Keluar toilet nampak Farhan tgh dok dengan baiknya sambil minum air. Naik jek duck tours. Dia rileks jek enjoying the rides, masuk je air maybe sebab terkejut bunyi dan air terpercik Farhan started to cry. Nak naik ma. Nak aik. Situ....situ..situ.. Sudahnya dia dok atas ayah and kejap-kejap atas aku macam anak koala bear sambil kejap-kejap menangis hiba. Hahaha. But the last 15 minutes to dia ok dah. 
Baru lepas nangis

Lepas tu kami ke Pantai Kok, Ed nak bawak Farhan mandi pantai. Laut tenang jek takde ombak langsung. Farhan ni pulak, dia associate mandi mesti kena bogel. Adeh nak bojel-bojel lak masuk laut tu. We managed to persuade him pakai his shorts and mandi. Memula dia terselam kejap dan nangis. Lepas tu dah seronok main air dah sampai taknak balik. Macam-macam tau Farhan ni. 


Malam tu aku dah rasa tak sedap badan. Dan aku dah tak daya berkejor dengan Farhan. Masa makan dan masa kat airport dia tak cooperate sangat. So malam tu dinner cam orang kaya order room service. Memula dapat chicken wing kurang masak. I called back and informed them. The hotel staff datang and replace them with new ones. Quite cepat service diorang ni. Walaupun orang super ramai. 

Esoknya after breakfast kami dah nak gerak balik sebab flight pukul 11.30 pagi. Takut perkara sama berulang kami pergi check in awal-awal. Tapi bila check in awal cabarannya ialah Farhan wants to run dalam tu. Kan aku mentioned td dua keadaan doa tak cooperates sangat is masa makan dan dekat airport. Tapi berjaya buy time dalam 45 mins minum-minum dekat MarryBrown sambil Farhan tengok video ABC dia. 

Alhamdulillah, dah pun balik. Overall Farhan okay jek. Mak pak nya jelah lelah. Dah tualah katakan hahaha. Activities pon tak pack sangat dan pergi tempat yang dia akan enjoy jek. Memang takde can nak pegi makan-makan sangat sebab dia tak minat makan especially kat luar. Bayangkanlah 3 hari 2 malam dia cuma makan semangkuk kecik whipped potato dan 3 keping biskut. Selebihnya susu jek. Balik rumah baru makan nasik. Sabar jelah anakku. Bila ada anak pace berjalan dan activities memang dah lain kan. Tengahari kami akan balik bilik kejap for his nap time. Lepas tu br sambung jalan. But we enjoyed ourselves nonetheless. Seronok. But at the moment plan nak travel kena tunggu dia besar sikit lah. He will enjoy it more, dan kami pon perhaps takle semput mengejor dia jek. But who knows tau jelah aku ni kan. Tetiba je gi book ticketlah haperlah. 

Wah dah lama tak mengarang panjang macam ni. Kikiki. Teringat zaman dolu-dolu berblog. See u later peeps.

On our back. We heart Malaysia Airlines
Fav word Farhan - Yeay dah syampai

Friday, August 15, 2014

Beraya di Pahang

Salam semua,

Ok memang tak abis lagi citer beraya kami. Kaki bertolak ke Pahang pada hari raya ke-3. Takdela awal sgt gerak. Dalam kol 12 gitu kot. Trafik ok jek. Alhamdulillah. 

Sampai jek dekat rumah mama. Terus masuk dapor goreng bihun sebab makcik dan family sampai nak beraya. Kakak ipar aku cakap cepatnya aku siap masak. Mana tak cepat. Umah mama bawang dan cili dah siap blend. Ayam sotong sumer dah defrost dan bersihkan. Tinggal potong2 je kan. Memang tinggal goreng jek. Goreng 2 batch. Pastu goreng mee pulak. 

Tahun ni mama dan baba macam tak  beraya sangat sebab baba masih sakit. Kesian sangat dia. Tak tahu macana nak tolong dia. Nak nangis bila tgk dia mengerang ngrang sakit tu. Up till now belum betul2 recover. Sebulan lebih dh sakit. Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik pada baba. Berilah kesembuhan pada sakitnya. Adek aku pulak masa ni beraya kat jepun dan korea. So dia xdela. Ada aku dan family abang aku jek. 

Dok atas riba neni amaze neni leh sembang2 dgn acu kat Tokyo
So kami beraya esok2nya sendiri jek. My small family dan family abang aku. Kami pergi visiting makcik makcik dan cousins. Ramai lagi yang kami x sempat jumpa. Takpelah ada rezeki nanti jumpa lagi. 

I found out that kalau masa ziarah. Aku lepaskan Farhan main kat laman masyaAllah kemain enjoy dia. Kalau force him to stay indoor. Kejap jek dah nak start tunjuk perangai comel. Dan tuan rumah mmg x leh tegur2 sangat dia, nanti dia tempik jek. Bila people leaves him alone. Haa ok jelah ia. So after that cam tulah aku buat bila raya kat KL. Salm2 tuan rumah and ket him roam kat laman. Mostly rumah makcik pakcik kat sini ada laman sebab rumah tanah lot gitu. Seronokla dia lari sana sini. 

Farhan enjoying himself main-main dekat outdoor.
Ni dekat rumah auntie aku. Kemain ralit tengok fish dalam tu, siap panjat nak masuk dalam kolam. Adei.
Oh ya masa aku gi rumah one my aunties aku tanya dia tak buat kuih gunting ker? Di ckp tak dia tak berapa nampak dah payah nak buat. Dia buat kuih gunting and opor daging yang bapok sedap. So aku mintakla resepi. Kalau tak salah tepung gandum, bawang merah, cili giling, ikan bilis, santan dan daun kari.  Aku pon buat mental note dan try buat balik dr ziarah tu. Sedapp oi. Tapi mencabarnya nak dapat the right temprature. Api kecik - tak garing, besarkan api cepat benor rentung. Pastu time consuming dan labor intensive sangat nak gunting doh atas api tu. Nak terbakor bulu roma lengan aku masa gunting tu. Ahahahhaa. Pastu anak buah aku goreng tp canai besor dah cam roti puri lak. Berebut rebut makan. Cam tu pon ada. Gasakla korang.
Kuih gunting bapok tebal tapi sedap
We stayed there 4 malam, and tengahari ahad, baru balik ke KL. Kereta banyak la, terberhenti-henti jugak kat highway karak tu, but not so badla. Alhamdulillah. Smooth belaka. Ok la tu jek nak citer meh aku tepek gambo plak.Laterr..
Dah boring sikit2 dalam car seat
Nyanyi phonics ABC dengan abang Baby dan Abang Aboi
Banyak melantak buah2 local masa raya. Musim buah yo!
Farhan dengan cousin dia Ashley.

Tuesday, August 5, 2014

Our raya 2014

Salam korang. 

Dah masuk kerja ke? Aku baru je masuk hari ni. Lemau jek. Cepatla pukul 6. Nak balik!!. Teringat kat Farhan. Hahaha.

Sempoi jek raya tahun ni. 4 hari di Ijok. 4 hari di Jengka. Sempoi tapi best. Kat Ijok tak banyak visiting sangat. Tunggu orang datang jek hehehe. 

Raya kedua ed gi baraan. Nanti next 2 years bawak Farhan pegi ek. Aku pulak buat nasi dagang masa 2nd day tu. Nervous gak sebab masak banyak. Tapi kali ni aku cheat sikit. Aku tak kukus. Aku tanah dalam rice cooker jek. Ok jek. Nasik jadik elok jek. Tapi kena guna basmathy baru cantik. If not, nasi akan jadik lekat-lekat cam pulut. Tak cun la kan. Member blog dan in real life si fiya dtg beraya masa tu. Dapatla merasa nasi dagang tak brp nak superb tu hahaha. Thanks for coming babe.  

Farhan kat ijok asyik tempik jek. Marah orang nak amek dia. Garang benor. Haishh. Raya la dek. Rilexla. Memangla orang nak amek nak dukung. Eksyen benor. Pantang pintu terbukak asyik meluru keluar jek, nasib baik tak pergi jauh-jauh. For nowlah. So ni gambar raya di ijok.  Yang kat Pahang nanti aku upload next.Err kalau rajin.
Bergerak satu rumah atas push car ni.
Posing di pagi raya
Naper tah nak pakai cloth diapers ni kat luar seluar. Sabo jelah.
Anti-mosquito patch. Pakai siang-malam. OKla takla kena gigit nyamuk
Nasi dagang. Terengganu style, sbb xde beras merah

Sunday, September 29, 2013

Welcome Muhammad Nazheef

20 September 2013 Farhan dapat sorang lagi cousin. Muhammad Nazheef. Dek, kalau salah date betulkan eh. So farhan ada 2 cousin almost sebaya walaupun tahun lain- lain. Nanti dah besar kawan baik-baik ok.

Farhan ni, mainan-mainan dia takdenyer dia nak main. Tapi bila Mia datang rumah, kemain sebok dia main jugak. Pffftt.  Petang tu kitorang dengan family abang aku gi visit anak sedara baru. Hehehe best!
Farhan dgn cousin Mia.
Sumer mender nak makan
Assalamualaikum Nazheef
Comey sangat. Sukerrr..

Friday, July 19, 2013

Short Getaway

Assalamualaikum wbh, Percutian pendek ni berlaku weekend sebelum puasa baru-baru ni. Mama dan baba ada company trip dengan staff dia, dekat Afamosa. So kami ni menumpang ler apa lagi. I know, I know, boring kan kitorang ni. Asyik gi afamosa jek. Tapi aku suka, sebab ada private pool, pastu leh masak-masak. Kami as always tak amek dengan resort. Amek dari agen, harga murah sikit dan boleh masak2. Kalau dengan resort diorang tak kasik masak. Kami sewa 5 buah banglo. Kami sampai hari Sabtu tengahari. Staff mama sampai a bit later dengan bas. 

Getaway ni free and easy jek. So aktiviti pon rileks jelah. Yang pergi adalah, mama, baba, kitorang sefamily dan my 4 anak-anak buah. Best jek sebut kitorang sefamily, hihi. Oh ya adek aku join jugak. Tapi wife dia tak join sekali sebab tak sihat sangat. This time around, walaupun dengan Farhan aku berjaya mandi pool 2 kali sebab ramai yang nak tengokkan dia. Plus dia pon kasik can kat mama dia, tido lama jugak. 

Here's some pics.

Ed tengah swim. Banglo ni pool tepi rumah dan berpagar



Ni dalam banglo

Bebudak as always seronok having the pool all to themselves

Aku cakap kat baba, ada dusun durian kat luar afamosa ni. Best gak tu makan Musang King. Baba aku ni tak paya iye-iye pujuk. Cakap jek pasal durian, berdesup dia pegi. So dia belilah beberapa bijik dan bawak ke pool area. Pastu kopek durian tu kat situ. Baba cakap kalau kopek dalam rumah berbau rumah nanti dahla fully aircond.
Baba tengok kopek durian. Atas kerusi jek u oll
Dan yang paling best ialah, kuar pool jek makan durian. Perghhhhhh..

Fuhh

Masa makan durian tu treringat jugak kat abang aku nun kat UK. Pasal dia hantu durian. Adek aku langsung tak usik durian sebab tak suka, dan anak buah aku, shasha dan abang jek yang makan. Tapi takpe long, awok nok balik doh minggu depan, leh pulun makan durian, hahahaha. 

Malam tu my parents and their staff pergi cruise dkt Bandar Melaka dan kemudiannya ke Jonker Walk. Kitorang, adek dan Qiryn tak ikut. Malasla aku. Farhan tu pukul 8 nak tido. Kang dia cranky jek. Baik tak yah gi.

Esok masak-masak sikit, terjun pool seround lagi, pastu.... balikkkk..

OKla nanti aku upload gambo lagi.

Ok.... dah berjaya upload. Gambar Farhan la apa lagi. Hehe. Farhan tak mandi kat pool sebab masa kami pergi tu, kuat sangat bau klorin. Pedih kulit dan mata. Farhan kan kulit sensitif, lagila aku tak kasi mandi kat pool. Main menan yang aki beli ni jelah.



Farhan dapat menan baru. Ke main lagi dia. Dapat jek mesti rasa dulu menan tu hehe.
Atas tu cheese and mix nuts brownies order dr Angah. Yang lain2 masak sendiri termasuk baked pasta tu. hehe.

Thursday, July 11, 2013

Selamat berpuasa

Assalamualaikum wbh

Selamat berpuasa kawan-kawan. Alhamdulillah selamat kita puasa semalam kan. Sekarang ni kol 6.20 am. Tgh pam susu untuk Farhan bawak gi taska. Susu cam merosot sikit. Tapi I am at fault for this sbb x disiplin sangat mengepam. Camnerpun aku tetap syukur yang Allah masih kurniakan aku breastmilk untuk diberi pada Farhan.

Tahun ni ialah the 10th year aku dan Ed puasa as husband and wife. Dah paham sgt style Ed puasa. Home cooking and moderation. Tahun ni puasa kami diserikan dengan kehadiran Farhan. Semalam masa berbuka sebok jek nak berlegar legar dekat kitorang, hehe. Dining area now jadik sempit sikit sebab nak menangkan plat area for Farhan. Tapi biasalah kat tempat sempit tulah dia sebok nak crawl kan. Masa kami makan time tulah sebok nak masuk bawah kerusi dan meja makan tu kan.

Aku first day puasa semalam, ok kek up til 5 pm. Start pukul 5 ptg tu mulalah sakit kepala tak terkata. First day kot. Aku doa2 that hari ni onwards ok dan tak pening dah. Fiechik ko ok tak hehehe.

Teringat last year puasa dekat rumah mama. Masa tu baru lepas pasang cerclage kot. So kena banyak bedrest. So I stayed at mamas. Best jek puasa dan berbuka ramai2 gitu. My brother ada balik. And my niece stayed there jugak. I was 5 months plus pregnant kot.

Towards the end of puasa tu jugak my parents met with a terrible accident. Where baba patah tangan. And mama pulak suffered patah dan fractured di tangan dan kaki which left her unable to walk unassisted until now. Sedih giler ok. Tapi my parents ni kuat semangat dan Terima Kasih Allah kerana surround them witj wonderful people.

Oklah tu jek buat sementara ni. Oh ya jangan lupa offer Ephyra still open. Cepat grab! Janfan lupa quote diskaun kod tu tau.

Akhur kata Selamat Berpuasa dan mintak maaf salah silap. Moga Ramadhan tahun ni adalah ramadhan terbaik untuk kita. Take care people  *hugs.

Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

Picture Updated. 

Assalamualaikum wbh,

Selamat Hari Raya kawan-kawan. Rasanya first time pagi raya di rumah sendiri. Lepas solat raya nanti baru bergerak ke rumah mama. Semalam dah spent di sana dah. Makan-makan, potong kek yang aku order kat angah, yummm. Aku ordered roti jala, dan kuih kuih sikit. Semuanya sedap2. Nanti aku share pics dan link dengan korang ye.

Aku masak jugak sikit2. Aku bawak dari rumah baked pasta, nasi impit dan kari daging. Actually ada buat kuah kacang sekali, tapi kena buang semua kuah kacang tu sebab kacang tu tengik. Tak dpt nak salvage dah kuah kacang tu. Sedih. Kari daging aku masak pon bukan main lama lagi sebab nak dptkan taste macam mama aku buat. Bila parents aku rasa semalam, diorg ckp ok dah, dah hampir2 macam mama buat dah nak kena pedas sikit je lagi. Yeeehoo. Vast improvement ok. So ada 2 lagi dish yg x dpt macam mama buat sgt which is sambal tumis dan asam pedas. Ni memang entah bilalah nak jadik tatau. Setakat masak biasa mmg boleh buat tp nak dpt rasa cam mama buat tu, payahhh. 

Ni semua food yang aku ordered
Talam ubi kayu dan kemboja berlauk

Roti jala
Bingka ubi

Baba aku lak sebok nakkk jugak buat rendang campor. Lepas dah arrive kat rumah dia semalam dia sebok carik daun kunyit. Merata rata kedai carik takde. Aku ckp x yah buatla kot. Dia sebok nak buat jugak, katanya kesian kat along aku dah lama x makan rendang dia buat. Dek kerana dia dok sebok carik kat kedai daun kunyit x jumpa2, sudahnya aku gak yang buat rendang tu. Belasah. Mak letih, ya'all. But we enjoyed the food. Nanti aku upload gambo. Makan sakan ye cekna, mementang esok nak masuk sepital. Eeiii seram.
Red velvet cupcakes by Angah

Caramel cake. My favorite. Yummm

Banyak giler aku makan, I kid you not

Rendang dan ketupat. Emm ada kuih kole kacang sekali rasanya. Best


Oh ya, tahniah untuk Fiya on the arrival of her baby girl. Gigih sungguh berchat dalam.labor room hahha. Agaknya I was soo nervous for her, seharian aku dok Braxton Hicks jek. Aku dah nak ajak ed gi sepital dah ko tau. Hahaha. Semalam sebab dia dah deliver, rilek jek aku masak masak seharian, hahaha.

Oklah nak buat breakfast seblom ed pergi solat raya. Take care kawan2. Oh ya esok pepagi aku gi hosp bukak cerclage. Doakan semuanya dimudahkan ye kawan-kawan. I is takut. Gulp!

Posted via Blogaway

Thursday, October 11, 2012

Adek's Wedding Reception

Assalamualaikum wbh, 

Kena taip laju-laju. Biasala anakanda ini tak suka aku duduk. Kan main ye kamu, baby. Belum keluar dah memerintah mama. Hahahha. Oklah aku pon kena tulis short and to the point jek. Tak leh nak menceceh jek cam dulu-dulu tulis blog. Lepas dah bersalin lagiler payah nak update yer. Hahaha.

Oklah aku nak cerita pasal adek aku punya wedding reception. Majlis tu dibuat di Kuantan. Aku memang dah book flight awal-awal sebab tau that aku takleh duduk dalam kereta lama sikit. Nak ke Temerloh hari tu pon bukan main lagi, mengeras perut aku. This time aku naik flight dengan Ed. Flight kami Jumaat malam sebab Ed takleh cuti. So kena tunggu dia balik kerja baru bergerak. Kawan dia yang hantar. Dalam flight memang baby dok mengeras jek. Ed dok gosok-gosok dan pujuk-pujuk baby while aku dok selawat banyak-banyak.

Sesampai di airport Kuantan, abang aku fetched us. Lama tak jumpa dia. Dia pon baru sampai dari UK the day before. Takde suara dia. Terkejut dengan perubahan cuaca kot. Kurus jek dia, dan dah potong rambut sikit. Takut kena marah dengan baba aku la tuh, hahaha. 

Sampai kat bilik hotel, ada barang-barang yang abang aku beli untuk baby heheh. Sabo jelah papalong kamu ni baby. Siap beli boot tu. Nanti aku amek gambo apa abang aku beli yer. Malam tu tengah malam almost pukul 1 pagi baru start setup dekat dewan tu, sebab ada event lain sebelum tu. Tak larat nak monitor. 


Esok pepagi turun breakfast, tengok dewan, everything dah setup. At 12 gitu, baba sampai ke hotel with Ed's baju and my maxi and kami pon bersiap-siap. At 12. 20 kami turun bawah dan tak lama lepas tu guest started arriving. Tak lama Angah pon start sampai. Bersama my red velvet cupcakes dan caramel cake. Nak bayar, dia takmo pulak. Ya Allah, thanks Ngah, rezeki cekna and baby. Sumer org suka the cake. Aku siap tulis nama atas kotak kek tu, takut orang ingat tu hadiah pengantin hahahha. Eii teringat-ingat lak kek karamel tu. Nakkkkk lagi. 




Overall the reception was oklah. Adala sikit-sikit setback such as :
  • Tah camner no one letakkan air merenjis dan bahan merenjis dalam bekas merenjis. Kitorang ingat orang yg buat pelamin buatkan, dia ingat kami sediakan, muahahha. 
  • Food was errr bad. Ada ke patut letak kerabu as appetizer, bila lauk lain sampai, the staff gi angkut the kerabu. Tak faham. 
  • Lauk tak matching. Masa food testing adek aku cakap, bagi kari ikan, tapi dapatnya gulai ikan. Gulai ikan mana la kena dengan nasi minyak kan. 
  • The MC cepat sangat cakap, the reception has ended and soh pengantin gi tunggu kat entrance and  greet orang. Orang tak habis makan lagi masa tu, in fact dessert pon tak kuar lagi masa tu. MC tu nak cepat balik kot. 
But overall, ok lah. Got to see cousins and dan sedara mara yang some of them I have not seen in years. Semua orang dok pegang-pegang perut aku, told me and Ed to take care. Penat aku ke sana sini gi sembang-sembang. Tapi cam tak best pulak kalau duduk jek. Akibatnya, aku memang kurang sihat sikit malam tu. 
 
Dahler malam tu, aku dan Ed nak kuar bawak my in laws yang datang for the wedding for dinner. So kenalah aku dan Ed gi carik farmasi so sakit tu bearable sikit. So kami makan ler dekat Tanjung Lumpur. Makan ikan bakar.  Punyala lambat servis. Sabo jelah. 
 
Esoknya aku banyak tido jek, tak makan breakfast dekat hotel. Instead kami ke Tanjung Api makan nasi dagang, nasi minyak dan laksam. Tapaw some food for mama, baba, along and adek. Balik hotel, tido jap. Tengahari, checkout dan lepak rumah abang aku kejap. Petang tu sebelum took the flight back, kami gi makan rojak dekat Taman Gelora. tengah-tengah makan tetiba hujan lebat. Malas nak beralih tempat, dok jek bawah payung tu. Tempias sikit-sikit jek so malas nak angkat makanan sumer. Tetiba akak depan meja aku, bg isyarat tunjuk something. Aku pandang ke kanan. Tak nampak apa-apa, dia signal lagi. Aku pandang ke kanan, pusing ke belakang sikit. OMG, ada biawak besar which is walking slowly but surely towards me. Aku pandang Ed. 
 
Com ada biawak besar com tepi na. 
Mana?
Belah kanan. jom blah. 
 
Aku angkut pinggan makan redah hujan dan duduk kat belah dalam. Besar ko, serius. Dah macam anak buaya aku nampak. I kid you not. 3 feet maybe. Tak sempat nak amek gambo sebab aku errr geli. Terus terbantut selera aku nak makan. Aku minum air jek lepas tu. 
 
Lepas tu, kami ke airport Kuantan. Pass the car to my SIL. Ramai giler orang kat airport. Owh ada jemaah Haji. Bila masuk kat departure hall jemaah nya tak sampai 20 orang pon, yang menghantar tadi, sampai penuh airport tuh, hehhee. Dalam flight, baby mengeras jugak kekadang. Aku dok gosok-gosok perut dan pujuk-pujuk sikit. 
 
So tu jelah update wedding reception adek aku. Alhamdulillah, selesai semuanya. Lega dah. Tulat adek aku balik UK semula. Lepas ni cekna boleh focus untuk nak bersalin jekla. Err panik sikit hahaha.