Thursday, April 12, 2012

MNJ 12 : Beta HcG Test - Pregnancy Test - DDay

16 Mac 2012

Today is DDay. Hari ni kami akan pergi hospital untuk buat pregnancy test. Kalau buat urine pregnancy test maybe belum nampak lagi, tapi kalau through Beta HcG test ni, 8 days after ET dah boleh detect samada pregnancy ke tak. Kami sampai ke hospital awal jugak. Belum pukul 8 dah sampai. Trafik punyalah bagus hari ni. Takde jem langsung. Baru aku teringat cuti sekolah lagi kan. Padanla clear sangat. So we went to Sunfert, amek borang utk blood test tu dan pergi ke lab. Aku punyalah gelabah semalam, tidur tak lelap siap terjaga beberapa kali entah, hahaha. 

Dekat lab, kami jumpa sorang lagi patient yang nak buat Beta test ni jugak. Muka dia pon cuak semacam.  We paid RM50 for the lab test. Kali ni the lab technician terer. Sekejap jek dia cari aku punya vein (ye ker nih?) cucuk dan amek darah. Lepas amek darah, aku pergi kat café dan makan. Aku amek porridge dan minum air mineral. Aku try avoid caffeine. So kopi, Nescafe dan the even milo pon aku kurangkan. Kalau sebelum ni aku minum Nescafe paling koman pon twice a day if not more, semenjak aku mulakan treatment dah dekat sebulan ni aku rasa baru 2-3 kali aku minum and aku bancuh dalam half a cup jek. Vast improvement dah tu untuk aku yang memang caffeine addict nih. 

Lepas siap makan baru pukul 8.45 am gitu. So we have almost 2 hours to kill before we get the result. So we decided to go to Taipan, sebab Ed nak pegi buat banking sekejap. So off we went. Ed drove takdelah perlahan gila but cautiously lah so that takde terhentak-hentak ke apa kan. USJ ni, memangla jem. Nak lepas satu traffic light pon tah baper lama. Tapi takpelah we got a lot of time to kill. Ed went to several bank, dan makan masa jugak, tau jelah Taipan tu. Nak masuk ke satu area bank tu jenuh mutar koknar, sebab jalan-jalannya sehala dan untuk orang yang tak biasa, terpusing-pusing jugakla. Tapi ada hikmahnya. By the time siap semuanya, dah dekat pukul 10 dah and off we went back to the hospital. 

Dalam kereta aku dok cuak tak habis-habis. Ed nampak composed je as always. Yelah takkan dia sama-sama nak gelabah biawak dengan aku kan. So kami pun tunggulah turn untuk dipanggil balik. Sementara tunggu tu aku dah rasa nak nervous breakdown dah. Takut gila tau tak. Macam-macam bermain dalam fikiran aku nih. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.  Aku dok sebut berulang-ulang kali memohon bantuan dari Allah dan to calm my nerves. Ed who is really not a PDA(Public Display of Affection) kinda guy, but today dia dok gosok-gosok belakang dan kepala aku dan pegang tangan aku. He knew I am super nervous dan dia pon cakap dia takut jugak. Aku memang tak leh nak baca paper or main game kat ipad. I just can’. About half an hour later, Ed pergi toilet kejap. Lepas dia pergi jek, nama aku dipanggil. 

Nurse : Tunggu dekat dalam okay.

Aku angguk-angguk and gather my things. Mana si Ed ni, hishh. So aku masuk dulu dan tunggu betul-betul depan bilik doctor. Masa ni jantung macam nak pecah dah. Berdebar nak nangis, sumer ada. Aku dah sms Ed masa tu, cakap aku dah dekat belah dalam. Aku nampak patient yang sama gi buat test dengan aku tadi. Dia senyum nipis je kat aku. Macam nangis pun ya jugak. Tak berani aku nak tanya. Husband dia pon senyum nipis jek. Risaunya!! Alaaa, lambat la pulak si Ed ni. Agaknya nurse tu dah nampak aku macam susah hati gila.

Nurse 1 : Rileks
Aku : Berdebar la takut gila.
Nurse 1 : Don’t worry.
Nurse 2 : Husband mana?
Aku : Dekat toilet. I dah call dia.
Nurse 2 : Panggil la.

Tak lama lepas tu Ed datang. Aku cakap kat dia, rasa cam nak pecah jantung aku ni, punyalah nervous. Ed just squeezed my hand. Muka dia pon nampak cuak jugak sikit-sikit. Tapi dia senyum je kat aku. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil.   Kami pun masuk ke bilik. Masuk je terus aku cakap. 

Aku : Doctor, nervous gila la tunggu. Nak pecah jantung I tau.

Tak sempat aku duduk, Doc Wong cakap. 

Doctor : Don’t worry. Congratulations, you are pregnant!

Aku muka sure disbelief gitu. Aku pandang Ed, Ed pandang aku terus dia angkat tangan dan aku Hi5 dia. Muahahahha. Doctor dan nurse terus gelak tengok kitorang. Ya Allah, Alhamdulillah..alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Aku : Thank you doctor, I am sooo happy. So..so happy. 

Memang rasa nak nangis masa tu. Sebak, happy semua ada. So doctor explainla result Beta HCG aku. Actually agak awal aku buat test ni. Selalunya dibuat Day 14 kan hence why it is called the 2 Week Wait. Aku punya on test on Day 12.  Kalau ikut the test if reading less than 5 memang tak pregnant lah, but if more than 25 or kalau ikut Dr.Wong if its more than 100 than you are pregnant. My reading is 266.1. Menurut Dr.Wong, reading tu quite strong. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. And because of IVF, we have a kick start during the OPU, so now I am 4 weeks pregnant! 4 weeks pregnant! Aku macam terdengar berulang-ulang kat telinga aku. Ya Allah, Alhamdulillah. 

Lepas tu dia scan sekejap, just to ensure takde bleeding kat uterus. So far so good. Doc kata memang to early to see the baby on the screen. Later he scheduled me for another checkup on the 26th March. Aku kena continue amek jab Proluton 3 times. And continue using the Cyclogest peserries sehingga next checkup to support the baby. Aku ckp jugak aku ada spotting sikit masa last Wednesday dan dok rasa cramping jek memanjang kat perut. Dr Wong cakap, spotting is normal as long as it is not continuos and fresh blood and cramping tu sebab ovary aku masih bengkak kesan makan ubat stimulant dulu. Doctor kata, bengkak tu akan surut perlahan-lahan dan cramping tu akan berkurang nanti. 

Doctor Wong jugak pesan, no exercise, jangan buat kerja berat, don’t eat raw food or half cook food like, telur separuh masak, sushi, ulam-ulam or salads and no intercourse, maybe until you hv completed the first trimester. Hahaha, aku gosok-gosok belakang Ed. Ed gelak-gelak je masa tu.  He also informed that patients yang datang buat Beta test hari ni 4 orang semuanya pregnant! Alhamdulillah, I am happy for them.

Bila keluar je ramai nurses yang cakap congrats kat kami. Aku dengan Ed gamaknya have the widest grin on our faces. I was a bit teary masa tu. Ya Allah, I am finally pregnant. After being married for 9 years, I am finally pregnant. I know it’s a long journey still, but this is the first time ever I am pregnant. Ever. Ya Allah tak tergambar perasaan aku masa tu. Aku pergi dekat lab sebab the nurse has to do the proluton jab dekat situ jugak. Langsung tak sakitla dia jab. Kalaulah every time jab tak sakit cam tu, kan ke best.

Masa tu Ed pergi queue untuk buat payment. Lepas aku amek ubat-ubat aku tunggu la Ed siap bayar dan amek additional ubat kat kaunter belah sana. I saw him busy texting kat phone dia. Kemudian aku nampak dia menelefon pulak. Nak tergelak aku, excited rupanya dia. Dalam-dalam cool dia tu, rupanya dia dah inform mak, kakak and abang dia and few of his close friends. Aku masa tu baru sms mama aku. Aku malas nak call lagi. Menangis pulak nanti karang Kemudian aku smsed Amy. Yes Amy, kau orang kedua tahu, okay! Amy was so excited for me, hahaha. Thanks babe, you helped a lot. More than you know.  Lepas tu kami masuk ke kereta. Ya Allah, this is surreal. I am pregnant! Memang sebak. I think I cried a bit in the car. Ed pon bawak kereta lagi extra hati-hati lepas tu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku bersyukur atas nikmat ini Ya Allah. 

Sampai je rumah, aku dan Ed macam dazed sikit. Ya Allah, memang tak tau macamana nak explain our happiness, but at the same time, we know it is still early. So we don’t wanna celebrate too much. Bila dah sampai rumah, baru aku sms my brothers (who already knew sebab mama dah inform them, heheh sayang mama, excited sangat mama) and later my wonderful collegues who were all so supportive. Bila aku sms, diorang pon sebak jugak. I love them all. Pregnancy through IVF ni sangat banyak risk especially during the first trimester ni. Risau gila aku. Aku tak tau apa nak buat dah. Aku akan follow semua nasihat doctor, eat healthily, and avoid semua yang dia suruh avoid. Dalam-dalam happy masih tinggi lagi risau dan cuak tu. Maybe this is normal for all pregnant ladies. Doakan aku ye kawan-kawan.

38 comments:

  1. alhamdulillah ....

    berdebar gila baca entry kali nie...

    tahniah
    tahniah

    rasa macam nak pie cari Arena kat Sri Kembangan tu , nak peluk peluk .....

    Ed kat CBJ , rasa macam satu kawasan jer tapi tak pernah jumpa pulak ...
    kalau jumpa mesti akak akan congrats pada dia ....


    tahniah
    tahniah
    tahniah



    jaga diri tau ....

    ReplyDelete
  2. berair mata akak , tau


    tiga empat kali ulang baca entry nie

    ReplyDelete
  3. congrats! so now about 6 to 8 weeks already? take care! make sure all you do is sleep and be happy. it wd help! yes the feeling of pregnant! anak first plak tu, u just cant believe it kan! hehehehehe

    ReplyDelete
  4. nangis aku baca entry nih..walopun dh lambat tahu kan..anyway, betul2 happy utk ko dan Ed..MUST be XTRA cereful ok..

    aku ingatkan Ed nak dukung ko masa Dr Wong bgtahu ko preggy, rupanya cuma HI5 saja..oowwwhh...sweeto..

    *aku insaf ngan diri sendiri..tgk camana journey ko yg sakit dan panjang utk dapatkan sorang anak, aku yg ada 4 org anak nih kena betul2 appreciate their presence..*

    ReplyDelete
  5. Salam Na...tahniahhhhhhh...moga dipermudahkan segala urusan. moga dapat baby yang sihat :)

    ReplyDelete
  6. Aawwwwwwww.....alhamdulillah n tahniah !!!!...terjerit Yes kuat lak kat office nih...so happy for u n Ed....Take good care of yourself, dear !!! See !! Dah nanes dah aku...heheheh

    ReplyDelete
  7. Tahniah!!! Tiap2 hari tunggu good news from Cekna. Hihi. Take care ya. I doakan lancar semuanya.

    ReplyDelete
  8. congratulation to cekna and ed, happy for you

    take care dan dengar semua nasihat doktor tau, avoid travelling jauh2 buat masa ni dan letak bantal bawah punggung so that tak terhentak sangat :)

    no heel dan avoid driving jugak kalau boleh :) kalau kena driving jugak bawa slow2 ok :)

    semoga semuanya di permudahkan Allah... amin

    ReplyDelete
  9. I AM VERY VERY HAPPY AND VERY VERY EXCITED FOR U CEK NA.. I KNOW THE FEELING!!

    WE WAITED FOR 7 YEARS AND WAS PREGNANT AFTER MEDICATION WITH THAT SAME DOC!!

    CONGRATS AGAIN DEAR...

    ReplyDelete
  10. terharu lagi..Congrats kak!!

    ReplyDelete
  11. Syukur alhamdullilah, sy pon spotting gak early pregnancy. Tp skang dh ok, almost wat dnc sbb Dr ckp bb x survive, tgk2 elok je ade heartbeat pastu. Suukur for u. Hrp akan smoothpregnancy nnt amin

    ReplyDelete
  12. Salam Na...tahniahhhhhhh...moga dipermudahkan segala urusan. moga dapat baby yang sihat :) <-- cek na, aku copy paste ayat pakwe ni. so double doa :)

    ReplyDelete
  13. Syukur Alhamdulillah. Suspen giler baca tadi. Moga dipermudahkan olehNya, dan selamat semua. AMINNNNN...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah!Yeayyyyy..sama tahun la baby aryan dgn baby/babies ko nanti babe!!!! Bestnya bestnyaaaa..am truely happy for u dear..

    Rasa nak gi peluk ko ketat keta! Hi5 sikitttt
    take care ok...jgnla tetiba rajin memasak plak awal wal ni, order saja okayyyyy :-)

    ReplyDelete
  15. I knew it , i knew it :)!!!!! Alhamdulillah, so so so happy for u dear... Tale care Na, savour d journey .. Hugs hugs :)

    ReplyDelete
  16. Kak PB,
    Terima kasih kak. Heheh berair mata ye kak hehehe. *hugs

    Makcik,
    Yes, memang cam caya tak caya sis. Bila tengok ultrasound baru cam fuhh.Insyallah dah 8 weeks Intering 9 weeks now.

    Oren,
    *hugs sis. Thanks a lot babe. Syukur sangat sis. Ye silalah appreciate anak-anak anda, heheheh. Balik peluk2 diorang send my hugs to them as well.

    ReplyDelete
  17. Bro Unsung,
    Thanks bro. Insyallah thanks for yuour kind words.

    KLM,
    Hishh jangan jerit kuat-kuat heheh. Thanks sis. *hugs. Jangan nangis ok. Aku nangis banyak dah.enough for everybody.

    Dong,
    Thanks a lot sis. Insyallah.

    ReplyDelete
  18. Kak Ummie,

    Terima kasih kak. Insyallah saya akan ingat pesanan akak tu. Amin. Thanks for the du'a.

    MR,
    Thanks sis. Tulah u pon tunggu lama kan for Rizq. Dengan dr wong jugak eh, masa tu dia dekat Damansara ek.

    Afid,
    Thanks a lot dear.

    LF,
    Ya Allah ye ker dah suruh buat DnC. Memula tak nampak heart beat ye. So nampak heartbeat masa berapa weeks? Nanti jawab eh nak tau.

    ReplyDelete
  19. Mi Siput,
    hei mana aci main copy paste jek. hehehe. double doa, so takpe hehe. Thanks a lot.

    Arc,
    Doakan aku ye sis. And thanks a lot.

    Mawar,
    Yey Hi5 sikit. Insyallah kalau diizinkan, sebaya Aryan ye. Tulah aku tak lalu nak masak sekarang ni, sumer bender aku rasa busuk, muahahhaa,

    Zue,
    Hehehe, thanks a lot dear. Doakan aku ye.

    ReplyDelete
  20. Tahniah cekna!!! You will be a great parent!! No doubt about it!!! Baby..u re sooo...soo..lucky... Thank you Allah....

    ReplyDelete
  21. I teared up reading this. You know, I am very very happy for you - ikhlas cakap dari hati ini. I sincerely pray that your pregnancy is a smooth journey for you and Ed.

    Jaga diri dan kesihatan baik-baik. (teringat kisah Tunku Azizah wife TM Pahang - she has been married for 10 years and after buat IVF are blessed with 4 kids and then the 5th one Allah kurniakan secara natural)

    I believe that setiap kita diuji Allah dalam berbagai cara dan kita tak nampak segala hikmah yang (akan) diberiNya. Never lose hope of the miracles that are bound to happen.

    ReplyDelete
  22. i came back for this entry!! yey alhamdulillah! happy for u.keep updating sis. inspire ppl like us (esp me and hubby) take care sis. xoxo

    ReplyDelete
  23. Congrats!!! updating at 4.13am hehehehehe.. been waiting to say this sejak 3 entries lepas kots. Alhamdulillah... sharing the good news with z. We r so happy n mendoakan smooth pregnancy for u!

    ReplyDelete
  24. Akhirnya bleh jerit kuat2..congrats che na! Aku baca 3 kali entry ni sbb seronok sgt. Serious i'm the second one? *terharu* pls jaga diri baik2 ye che na..happy2 selalu. Ya Allah Ya Tuhanku yg Maha Kuasa, peliharalah kawanku, moga dia sentiasa di bawah lindungan Mu. Amin.

    ReplyDelete
  25. Salam Arena,

    congrats..congrats..congrats...alhamdullilah
    sebak2 campur sengeh2 bc entry ni...
    jaga diri yea..1st trimester ni kena lelbh2 careful..
    jng buat apa sgt lah..relax2..mood kena ceria sokmo tau so bb/bbies akan ceria juge :D

    mom-to-be..best kan ada something 'inside'..hihi

    eyyza

    ReplyDelete
  26. Fiechik,

    Thanks sis. We hope we can be good parents too. Doakan kami ek.

    MA,
    Thanks a lot MA. Memang setiap ujian dan dugaan tu ada hikmahnya. We'll be stronger because of it, kalau kita sabar. Yup I read about Tg Puan jugak. Gigih kan dia.

    ReplyDelete
  27. WTB,

    Thanks sis. Memang tu reason aku tulis sis. Mana tau boleh jadik reference dan inspire people kan. Aku dulu pon kutip semangat dari success story blogger2 lain yang share. Bukan senang nak share cerita nih. Takut tau nak tulis lebih2. Yelah masih awal kan. Hope you'll get some inspiration. I sooo understand what it felt, to be married for several years, and still dont have a kid no matter how happy we are with our husband kan.

    ReplyDelete
  28. Joe,

    Thanks dear. Had to smsed you sebab takut ko tak baca blog kan. Thanks for the du'a ye.

    Amy,
    Amin. Thanks for the du'a. Yup you're the second one. Hehhee.

    Eyyza,
    Tulah aku cuak jugak semasa dalam 1st trimester nih. risau tau. Tatau camana nak calm myself. Tulah kena happy2 yek,

    ReplyDelete
  29. Yes - think all happy thoughts and positive cos masa ni baby tengah nak "menjadi" so apa emotional kita akan sedikit sebanyak affect the baby juga...:-)

    Good luck and enjoy the ride!

    ReplyDelete
  30. Aku baca lambat. Tapi tak kira nak jerittttttt jugakkk. Congratulations!!!!! Am happy for you sistah!

    Do take an extra care of urself ok? Muah muah!!

    ReplyDelete
  31. Congrats! Semoga Allah permudahkan perjalanan kehamilan ini sehingga selamat melahirkan baby yang akan membahagiakan iYbu & ayahnya dunia & akhirat, Amin! Take a very good care of yourself :)

    ReplyDelete
  32. hi sis,
    aparently ur blog has been a gud guidance s im goin tru d same thng same place s wel.. im hapy fr u n lotsa sticky dust on u... tc.

    vats

    ReplyDelete
  33. MA,
    I will try to have happy thots. Perasaan nervous tu tak surut sangat. Ada masa-masa susah jugak nak maintain happy thots tu. But thanks for the advice.

    Delinn,
    Thanks a lot dear. Hugs to you too

    Nonie,
    Amin. Thanks a lot for the du'a sis. Insyallah akan jaga diri baik2.

    Vatsy,
    Hi there. Owh you are currently undergoing the same treatment. All the best for your treatment ok. Jaga diri baik2 tau.

    ReplyDelete
  34. tembok airmata sudah pecah.
    YaAllah..moga dipermudahkan sepanjang perjalanan ini

    ReplyDelete
  35. Irfa,

    Thanks a lot sis. Appreciate your du'a.

    ReplyDelete
  36. tahniah kak,,, :) saye faham perasaan akk mse akk jalani semua prosedure tu sbb sye pun buat bnda yg same mcm akk... cume skrg sya dlm tempoh tertanya-tanya sama ada saya berjaya pregnant atau x.. sye amat berharap agar nasib sye pun seperti akk... sya dah msuk 4 thn berkahwin,, dan sya n hsbnd decide nak buat ICSI di LPPKN.. sye bru buat operation pemindahan telur2 tu hari sabtu lps.. masuk hari ni dah 6 hari.. satu tempoh yg amat mendebarkan...

    doakan sya berjaya pregnant mcm akk ye.. amin.. :)

    ReplyDelete
  37. Salam Zanariah,

    Sorry lambat reply, tak perasan komen ni. Akak doakan you pregnant dek. Tau sangat perasaan berdebar tu. Jaga diri baik2 ok, jangan lasak2. Nanti2 citerla perkembangan ok. HUgs.

    ReplyDelete