Tuesday, February 14, 2012

Kembara Istanbul - Final Day

Assalamualaikum wbh kawan-kawan, 

Sorryla lambat sangat menyambungnya the travel tale ni. Aku sibuk sangat pulak, and back to the office last week and this week. Banyak mender nak buat. Cutilah sangat kan. Pffftttt..

Ok back to the the Kembara Istanbul post. Hari ni ialah hari akhir kami di Istanbul. Alhamdulillah, I had a good night sleep. Apa taknya kan, letih nak mampos the day before kan. Pagi ni, kami tak turun breakfast for the first time sebab ada Pide(Turkish Pizza) semalam tu. Aku letak kotak dekat atas heater kasi hilang kekejongan Pide tu dan bancuh nescafe. Lepas makan, kami bersiap-siap untuk keluar lagi. Flight balik ke Malaysia is at 3 pm. So pagi ni sempat kagi nak ronda-ronda kawasan berdekatan. Just kena make sure balik hotel semula at 11 am. Sebelum keluar tu dah kemas-kemas most barang. Aku campak first thing in the big bag, Ed's pouch bag which has a knife, sudu garpu and emm a lighter kot. Lepas pakai losyen kami pon keluar. Owh lotion yang adek aku belikan ni hampir nak habis, elokla tu. Giler aah sebotol lotion habis in 5 days. Kalau kat Malaysia setahun belum tentu habis, muahahhaa.

Anyways, kami ke area Spice Bazaar balik. Kami nampak ada tempat jual nuts like pistachios, almonds etc yang murah sikit dekat luar Grand Bazaar. Kami carik gak kedai jaket yang Ed dok nengok masa gi Spice Bazaar 2 days ago. Eh dah takde kedai tu. Baru perasan that kedai tu macam a tent jek. So pagi ni khemah tu takde dah. Frust Ed tak dapat beli jaket kat situ. Kedai tu murah sikit. Dan designnya cantik2. Lepas tu terusla gi beli kacang. Baru nak berniaga masa tu. So I bought a kilo of pistachio.
Kedai-kedai dekat underpass

Yeni Camii lagi

Galata Bridge. Waktu tengahari sikit nanti ramai gila orang memancing

Sabah?

Bot yang masak Balik Ekmek berayun-ayun

Lepas tu kami masuk ke Eminonu underpass. Ed ada berkenan on 1 of the jacket dekat situ jugak. But he said it was quite expansive. Aku belek-belek jugak boots. Aku tanya harga, boots yang dijual dekat seratus lebih lira di Grand Bazaar, way cheaper di Eminonu tu. Kena tawar sikitla. Maybe different quality, tapi cam hampir sama jek aku tengok. But I am happy that I got a good bargain. Lah naper aku yang shopping ni, Ed yang nak beli jacket kan. owh gambar pada hari last ni semuanya pakai BB jek, malas nak usung kamera dah.

Sudahnya dia tak beli pon dekat Eminonu. Aku ajak jugak dia pergi Aksaray. But if we wanna go memang kena rush gila la sebab the latest by 11.30 kena balik hotel. So Ed ruled that option out. Aku cakap jomle jalan balik, ada banyak kedai-kedai yang jual jaket along the way. Dia dah macam malas nak cari-cari dah masa tu. We walked leisurely, dan aku still masuk-masuk kedai yang jual jacket sepanjang perjalanan balik. And then we saw one really gorgeous jacket. Aku ajak Ed masuk, dia cakap nak masuk ke? Macam butik jek? No harm asking how much it cost, aku cakap. As always aku jela kan yang tanya harga-harga ni. And the price is within the range that we want. Mahal sikit jek dari yang kat Eminonu underpass tu. Tapi yang ni jahitan memang cantik dan kemas. Smart sangat and fits Ed really well. Dek kerana we are the first customer tokey kedai tu  bagi a good discount.  Ed terus pakai jacket tuh. Hahaha. 
View from the roftop
Nampak Modern Istanbul nun across the Golden Horn

Nampak Yeni Camii punya minarets kat sana nun

So kami berjalanla balik ke hotel and packed. Aku teringat yang hotel ni ada rooftop punya seating area, that we never checked out because we always zonked out as soon as we got back to the hotel eveyday. So aku naik to the rooftop. and we could see the places that we have went the past few days. Sayang pulak rasanya that we didn't check it out at night.  Kebanyakan hotel in Istanbul ni ada cam rooftop seating and chilling area. Do ask the reception if they have that sebab kadang-kadang dia cam tak mention pon the rooftop chilling area ni. Duduk-duduk lepak and watch Istanbul in the evening or at night.
Beli token untuk naik Tram
Lepas tu kami finalise our packing. Masa tu tak pakai dah thermal wear semua sebab kang panas dan rimas lak dalam flight. Lepas check out, kami tarikla beg ke tram station dan beli 4 token which cost 8 lira. Kalau naik cab dalam 50++ lira per cab. Tapi kalau travel dengan family dan anak kecik, maybe kena fikirkan amek cab sebab jauh jugak. Berapa belas station dari Gulhane tu. letih dowh berdiri dengan lugage dan beg notebook tu. Kemudian tukar dari Tram system dekat Zeytinburnu ke underground train.

Kemudian kami sampai ke Attaturk Havalimani. Dan bermulalah episod check in, security check macam biasa. Alhamdulillah semuanya smooth setakat ni. Kemudian kami masuk ke departure hall, dan ronda-ronda dekat kedai duty free shops. Lepas tu kami makan sekejap dekat cam food court gitula. Aku ordered mushroom pizza. And later kami memutar koknar mencarik departure gate. Seriously mengelirukan la signage dekat airport ni. Pening. Lepas tanya sana-sini, jumpa la the gate, and prepared for another round of security check.
Mushroom Pizza
Tengah carik departure gate

Dek kerana kami dah lepas security check kat luar so takdelah risau apa-apa kan. Cuma aku leceh sket sebab kali ni kena bukak boot semua. Damn. Did I mention aku pakai boot yang baru beli tu. Ed dok gelakkan aku, sebab dia cakap aku poyo. Dah nak balik Malaysia baru pakai. Lantakler. Airport ni siap kasi cam stepper gitu supaya senang nak bukak boot. Lepas masukkan semua barang. The officer ask Ed about something in the knapsack. Aku buat muka toye jek. Sekali dia sibuk suruh bawak keluar barang dari beg tu. Aku tengok jelah Ed bukak zip beg dan keluarkan barang apa entah yang officer tu nak tengok. Sekali Ed keluarkan. The pouch bag!

The pouch bag with the knife, sudu garpu and lighter tu. Bukan swiss knife okay, it's a super sharp rambo knife gitu. The officer amek pisau tu? What's this? Kemudian amek the fork,  and later the lighter. Dahla lighter tu macam blow torch ok. Don't ask me why we brought the rambo knife and blow torch in the first place. Hahhaa. Kena tanya Ed. Pucat muka aku masa tu. How did the bag get into his knapsack? Bukan ke aku dah campak awal2 dalam the big checked in bag ker? Dan kami dah lalu the scanner 2 kali sebelum tu. Tak detect pon. Ni betul-betul sebelum naik plane sangkut pulak. Ya Allah.

Ed pon terkejut but he just laughed and said you can have that, kat officer tu. We forgot to put it in the big bag. The officer tu geleng-geleng kepala. Sambil cakap-cakap dengan other officer.  But let us go lepas tu. Membebel-bebel jugak aku dekat Ed. Dia pon tak ingat how the pouch masuk kat knapsack dia. Aku cakap, kalau dekat US or UK dan kena panggil untuk interrogation dah kot. Dengan si Ed yang berjambang dan ada Ahmad kat namanya, ko rasa diorang tahan tak kami bila jumpa rambo knife and a blow torch. Kecut perut aku.
Pheww naik jugak kapal terbang akhirnya. Alhamdulillah
Anyways, alhamdulillah kami dilepaskan jugak naik flight. Syukur sangat-sangat. The flight took 1 hour less which is around 10 hours flight gitulah. We left Istanbul feeling happy. This trip was really an eye opener. Makes me love Islamic History more. We had a blast. Seronok tengok Ed happy jek during the trip. Ape tak happy kan, aku tak shopping hahaha. Travel ni memang la, once you had a taste of it, you'll want more. Ada duit dengan tak de jelah kan. So dah kena start berangan on next trip dah nih hahhaa. Berangan tu penting hahaha.  Entahla taun bila pulak tu. So till next travel tales...Thanks for reading, friends.

6 comments:

  1. Thanks for the information...my flight to Istanbul 12 Mar. Your experiences very helpfull...
    If you don't mind can I call you personally?

    ~kong~

    ReplyDelete
  2. Salam kong,

    Bestnya tak lama dsh nak pegi tu. i am not in a habit of giving my phone number to ppl i dont know. Even my bloggerfriend yg dah kenal lama kat sini pon a handful jek yg ada my number. Why dont u email me kalau u ads apa2 further nak tanya, i check my email very frequent jugak. My email add nnazri77 at gmail dot com hv a good trip

    ReplyDelete
  3. Sian aku tunggu nak tengok gambar ko dgn ed dlm ni :)

    ReplyDelete
  4. Amy,

    Hahah tu kena tunggu bila taunnya aku nak update dekat blog sana tuh hahahha

    ReplyDelete
  5. Mata koi terjegil bila baca part pouch bag + pisau Rambo + lighter tu. Nasib baik tak kena masuk bilik siasatan ke hapa. Kalo tak, mau kitorang dengor cerita hentak-hentak meja bagai. :D

    ReplyDelete
  6. Sis Aida,

    Memang luruh jantung, pucat lesi muka koi masa tu. Naseb baik si Ed tak panik, dia gelak2 jek. Naseb baik kat Istanbul, kalau tak sure kena interrogate kan. Aduiss, syukur ya Allah.

    ReplyDelete