Adehh, bila la nak abis update jalan-jalan ni. Hampir-hampir nak terlupa dah aku jadiknya. Memang kena refer notes.
Sebelum tu komen-komen korang at earlier entries pasal Istanbul ni, aku baru jawab semalam. Bila entry panjang-panjang, entry earlier cepat sangat masuk ke older post so tak perasan. Untuk Kong yang nak gi Istanbul this March, bestttnyaaaaaaa. Ok saya cuba habiskan sebelum u pegi supaya you can use my post as guidance ye. Ok here goes.
Pada hari keempat, kami turun breakfast macam biasa. Takdelah awal benar like when we have to go on tours tu kan. 8.30 gitu baru turun makan. At 9 kami terus keluar. Kami jalan ke Gulhane Tram Station. Ed beli 2 token. Naik tram ni memang satu token jek ke mana-mana station selagi dalam Tram line lah.
Kami naik tram ke Kabatas Station, belah modern Istanbul. Stesen akhir utk Tram ni. Tram macam biasala padat cam sardin. Turun jek kami jalan sikit ke arah Dolmabahce Palace. Sebelum tu kami jumpa dulu Dolmabahce Camii dan amek gambar sikit. Best jek jalan dengan tenang tepi laut gitu. Palace tu memang tepi laut.
|
Berjalan menuju ke Dolmabahce Sarayi |
|
Pandangan hadapan Dolmabahce |
Dolmabahce Palace ni dibina atas arahan Sultan Abdulmecit dan siap dibina pada 1856. Dibina pada zaman Kerajaan Uthmaniyah telah mulai lemah. Sultan Abdulmejit bina nak menunjukkan kepada dunia bahawa Kerajaan Uthmaniah masih kuat dan mampu untuk bina palace yang extravagant. Pffftttt. Senibinanya memang dah banyak dipengaruhi oleh senibina barat dan interiornya lagilah western nya.
|
Alas kasut dengan plastik |
Bayaran masuk ialah 30TL dan kalau nak masuk bahagian Harem kena tambah 10 TL lagi. Kalau nak tgk Harem shj 20TL. Kami bergambar dari bahagian luar sampai ke courtyard dahulu. Sampai di pintu palace, kami semua kena pakai plastic cover untuk cover semua kasut. Yelah karang kotor lak carpet dan lantai dalam palace tu kan.
|
Taken from guide-martin.com |
|
Taken from qldaccommodation.com |
|
Ceremonial hall taken from wiki |
Dan kawan-kawan itulah gambar terakhir aku amek sebelum masuk palace sebab dalam palace langsung tak leh amek gambar! Frust dowh. Tapi aku carik jugak dari google gambar interior istana supaya korang leh imagine rupanya. Tu baru sikit. Anyways, dalam palace ni kita tidak dibenarkan berjalan-jalan sendiri dan mesti ikut tour guidenya. Dia akan explain ini bilik apa, dan digunakan untuk apa dan sebagainya. Kita gerak dalam 30 per group gitulah. Memang takde can ko nak curi-curi amek gambar, sebab selain tourguide ada staf2 lain yang akan follow kami. Nak linger satu-satu tempat lama-lama pun tak boleh. Aku rasa sebab the palace tu besar. Semua barang dibiarkan intact, dan sesetengah bilik yang tak dibenarkan masuk, tapi tetap dibuka untuk kita tgk, kalau tak diawasi bebudak ada jek tendency lari masuk dalam bilik-bilik tu kan.
|
Keluar jek nampak kucing gemok ni |
|
Sejak bila aku suka kucing pon tataw. |
|
Menuju ke gate untuk keluar dari palace |
Secara keseluruhannya, aku rasa Dolmabahce Palace sangatla extravagant dan luxury nya. Over sangat aku rasa. 45,000 meter persegi, 285 bilik, 44 bilik resepsi dan 6 hammam. Giler aah. Dan, semua bilik adalah sangat lain and distinctive from one another. Tengok lampu dan curtain sudah. Dan palace ni digunakan sehinggalah sistem khalifah dihapuskan dengan liciknya pada 1924. Selepas itu Mustafa Kamal Attaturk menjadikan tempat ni sebagai kediaman rasmi presiden dan meninggal di sini. Ada jam di sesetangah bilik yang menunjukkan jam 9.05 pagi all the time in the honour of the time when Attaturk died.
|
The palace yang kami lihat from the Bosphorus Cruise on 2nd day |
We left the palace with mixed feeling. We thought that the palace was too much and felt that that was the start of the decline of the Ottoman Empire. Geleng-geleng kepala jek kami masa dalam tu. Iyelah ko it has the world largest and heaviest chandelier, ada siling menggunakan emas. Gile tak? Adakah kita akan rasa cam tu jugak kalau kita visit istana kat negara kita? Tahla kan.
Lepas keluar dari Dolmabahce Palace tu, aku tanya Ed nak gi Istiklal Caddesi or Grand Bazar. Ed tanya Istiklal tu ada apa. Aku jawab shopping. Terus dia cakap gi tempat lain, muahahahha. So we went back to Tram station dan kali ni kami turun di Eminonu. Kami nak gi makan. Makan apa? Nak makan Balik Ekmek. Ape ke bender tu? Fish in bread. Sandwich ikan jek la. Hahaha. Puas aku google kat mana nak makan and best to experience balik ekmek. Memula nak gi makan kat Galata Bridge. Pastu aku tukar fikiran bila nampak tempat yang lagi best nak makan. Kat sini.
|
Ikan kembung yang dibakar |
|
Dipasskan skillfully dari boat ke darat |
|
bergoyang-goyang tak hengat bot ni kalau ada ferry lalu tau. |
|
Punyalah besar. Haa tu jus lemon utk makan dengan the sandwhich |
Duduk kat bangku, order dekat dengan bot tu, nanti dia pass pada ko. 5 TL satu. Fast food Turkish style. Besar ko. Jenuh nak menganga. Ok la. It's just fish sandwhich dengan ikan kembung bakar dengan salad2 sikit. Atas meja ada salt and lemon juice gitu. Ikannya fresh. Cuma takde sos apa-apa. No ketchup, no mayannaise chili sos apa tah lagi kan. Aku dah teringat nak bawak sos cili peket-peket kecik tu. Tertinggal pulak. Hishh. So bawak ye kawan-kawan. Kebab semua takde sos ok. Muak le jugak sebab takde sos kan. Kering gitu. But the experience is really nice. Sepanjang makan tu jenuh ada bebudak dok menjual tisu dan deserts datang kat meja.
Lepas makan sandwhich tu kami dok kat ada small dataran tepi laut tu dan makan ketane which is buah berangan. Cuma dia tak masak cukup masak bagi aku la. Crunchy semacam jek. And it does not have the smoky smell yang ada kat buah berangan Malaysia. Then kami pandang masjid Sulaymaniye yang berdiri megah di atas bukit tu.
Nak pergi masjid Sulayman tu ker? Ed angguk-angguk dan dia sebenarnya nak sangat ke Masjid Fatih di mana Sultan Muhammad Fatih dimakamkan. Oh ya, lupa nak cerita Our tourguide ari tu cakap kenapa kita panggils Mehmed II tu Sultan Muhammad? His name is Mehmed, katanya. Aku dan Ed jawabla sebab dalam banyak buku-buku kat Malaysia menamakan dia Sultan Muhammad Al-Fatih. Dia kata when Sultan Murad wanted to name him he asked what is the closest name to Muhammad, dan dia namakan Mehmed. Sebab bagi mereka, Muhammad hanya ada 1 iaitu Rasululah saw.So Sultan Murad name him Sultan Mehmed. Kita ni dok ingatla yang memang that's how Turkish spelled Muhammad. Nope, memang takde sultan yang namanya Muhammad kalau tak salah aku. Penggunaan nama Muhammad tu exclusive only for our prophet.
Ok back to our travel tales. Aku dok pikir-pikir jauh jugak area Fatih tu tapi sebab Ed iye-iye sangat nak pegi, aku pon nak pergi jugak. Dah sampai Istanbul takkan tak pergi menziarah makam sebaik-sebaik sultan as mentioned in the Hadith. Kami bukak map, mula-mula kami akan pergi ke masjid Sulaymaniye dulu. That's our first landmark. Lepas tu baru carik Masjid Fatih. Gile atas bukit masjid ni. Dan kami pon bukan tau sangat nak ke sana. Agak-agak je. On the way kami singgah minum jus dulu. Oh ya dekat-dekat sini Balik Ekmek nya harga 3.50 TL jek.
|
Berlambak tau jual mesin perah jus tu Ed tak moh beli. Alaaa |
Kemudian bermula-la perjalanan cekna and Ed mencari-carik masjid. Gile mengah aku nak naik atas bukit Masjid Suleymaniye ni. Kami berpandukan kubah dan minaret jek. Dekat sini Sultan Sulaiman The Magnificent dimakamkan dan architect diraja Mimar Sinan tu. Sulayman the magnificent ni digelar sedemikian sebab masa pemerintahan dialah, jajahan Uthmaniyah membesar dua kali ganda dan dia juga telah menulis undang-undang yang dipanggil qanun yang digunakan for the next few hundred years. Ed solat dekat masjid ni, whilst aku pikir aku solat dekat hotel jek, sebab kena amek wudhu' dekat luar dan brrrr sejuk sangat.
|
Sulaymaniye Camii |
|
Ed tengah bersedia nak wudhu' |
|
Tengok perempuan pon wudhu' kat luar ni. |
Merasala aku duduk sekejap dekat luar masjid tu. Kalau nak best lagi lepak, maybe boleh duduk at the otherside overlooking the golden horn. Aku sembang dengan seorang awek Turki ni. Tanya dekat mana Fatih Camii. Memang macam ayam dan itik. Dia cakap dia tak tau. Adeh. Tempat bersemyam the great Sultan tu. Penakluk or rather pembebas Constantinople tu. Maybe dia bukan orang situ kot. Sangka baik jelah. Cuma dia cakap, My uncle knows Fatih Camii. So dia signal2 la suruh aku tunggu. Ed keluar, sekali dengan uncle awek ni. Ed dok mintak BB aku nak amek gambo dalam Masjid Sulaymaniye ni, katanya cantik. Tapi uncle ni pulak, beriya-iya nak tunjukkan jalan, dan suruh kami ikut dia. So kami pon ikut jelah.
|
Valens Aquaduct |
Tah apalah yang dia explain dekat Ed. Kemudian kami berpisah dekat junction mana dan terus berjalan tak pasti arah tujuan. Lama jugak kali ni berjalan. 45 minutes to an hour gamaknya. Masuk celah kedai mana entah. Dari kedai-kedai hardware ke kedai-kedai mainan. Kemudian kami sampai ke jalan besar dan di kiri kami ada macam kubu atau gerbang kota lama. Aku teringat dalam pembacaan aku yang kubu tu ialah Valens Aquaduct. Ingat tak aku cerita pasal underground reservour Yarebatan Sirnici tu, haa air ke reservoir tu dibawa melalui laluan air ni lah. Dan digunakan beratus tahun sehinggalah paip besi diwujudkan.
Masa dekat sini. Aku dan Ed amek kesempatan duduk kejap. Pinggang lenguh jangan cakapla. Kemudian kami bukak peta sekejap, dan mengagak bahawa maybe kami dah dekat sampai Area Fatih. Fatih ni kalau mengikut buku travel guide tu banyak muslim yang konservatif di sini. Banyak perempuan pakai tudung betul2 dan labuh dan ada juga yang pakai purdah tu. Ed nak ikut jalan lain, whilst aku nak ikut jalan lain. Tapi dia banyak ikut jek cakap aku masa tu, sebab aku dah moyok dan penat sangat ada can jek aku flip. Hahaha. I think dia malas nak bertekak pasal mender-mender gitu.
|
Fatih Camii |
|
Mehmed II Tomb |
After mendaki dan lalu celah mana entah. Kami lalu kedai yang pavementnya marmar. Aku cakap dekat Ed, dah dekat kot. Mana com tau? dia tanya aku. When the road or pavements starts to be made of marbles, we are coming close to a palace or a mosque. Oh ha'ah kan. Not long after that we saw the mosque, atas bukit as always. Mendaki lagi and finaly we found the tomb. Alhamdulillah. Masjid Fatih ni sebenarnya telah dibina semula selepas musnah keseluruhannya semasa gempa bumi.
Ramai jugak orang sedang berdiri di sekeliling replika macam keranda gitu. Of course jasadnya di bawah tanahla. Keranda tu is a symbol jek. Yelah ni bukannya mumia kan. Ada yang duduk at corners dan membaca Al-Quran. Ramai juga yang berdoa di sekeliling keranda tersebut. Maka berdirilah kami hampir dengan jasad, Sultan yang baik sepertimana Hadith Rasulullah yang membebaskan Contantinople. Western called him Conqueror dalam Islam Fatih tu bermakna pembuka. Bergenang jugak air mata aku sebab mengenangkan perjuangan dia. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengizinkan kami berada di sini. Masa berjalan keluar, nampak ada macam orang local yang singgah dari berniaga dengan bawak kotak-kotak singgah sekejap dan most probably menyedekahkan Al-Fatihah.
|
Fatih Camii dari sisi lain |
Lepas tu Ed tanya aku nak ke mana, aku cakap nak ke Grand Bazaar. Masa tu dalam pukul 4 lebih gitulah kot. So melilau-lilau kami mencari tram station or train station memang tak berjumpa. Tanya orang tah hape-hape dijawab tak faham. Aku masuk dalam farmasi dah beli macam koyok besar nak mampos untuk tampal kat pinggang nanti. Nak beli koyok pon susah. Tah mana-mana jalan akhirnya kami sampai ke Aksaray.
|
Tengah-tengah sesat barat tu jumpa cam monumen lama gak. Tahun 400++ gitulah |
|
Underpass kat Aksaray. Aku tengah duduk atas kerusi urut masa ni haha |
Tapi tak jumpa Aksaray Tram Station. Instead kami jumpa Aksaray underpass punya shopping outlet. Interesting jugak. Ed gi Toilet kejap dan aku terus duduk dekat kerusi urut tu. 1 TL utk 3 minit. Belasah. Lega sikit pinggang aku. Aku buat tak tau jek orang lalu lalang tepi aku. Hahaha. Nasib tak tertido. Cantik jugak jaket-jaket kat sini. Smart-smart. Boot pon lawa-lawa. Tapi napsu nak shopping aku takde sebab aku penat. Kalau korang ada nak bali boot or jacket lather or suade atau pun long wool or macam fur jacket tu pergila kat Aksaray underpass ni or Laleli. Jangan beli kat Grand Bazaar. Mahal.
Aku tak ronda-ronda sangat kat Aksaray ni sebab kepala dah set nak gi Grand Bazaar kan. Nyesal tau. Shopping kat Aksaray lagi best. Cheiss. Anyways, aku dengan Ed dok memutar-mutar carik Tram station. Aku dah upset sikit dah masa tu. Alhamdulillah lah, kami ni jenis, kalau sorang penat and upset sorang lagi optimis jek. Hahahha. Barulah boleh travel gitu kan. But that applies masa travel jek. Masa kat KL. Kalau sorang upset sekejap jek sorang lagi upset hahaha. Anyways, akhirnya kami tersasar agak jauh dan jumpa the station dekat YusufPasa. It's few stops from Grand Bazaar or Kapali Carsisi. Turun dekat Beyazid Station. Sebelah masjid Beyazid. Nyesal tak gi ronda-ronda masjid Beyazid. Masjid tu ialah Masjid Diraja yang tertua yang masih wujud di Istanbul. It's build like a complex, ada hospital, ada kelas pengajian. Banyak sangat masjid. Semua pon ada cerita dan sejarah masing-masing.
|
Grand Bazzar |
|
Jaket Petronas nombor 2 dari atas |
Akhirnya sampaila kami ke Grand Bazaar setelah memutar koknar entah berapa jam on foot. Masuk je aku tanya a pair of boots ni. Harga dalam seratus lebih lira. Aku sengih jek dan masuk terus ke dalam. Grand Bazaar ni is the oldest mall in the world. Dibuka pada 1461 and has more than 4000 shops!. Segala macam tok nenek ada dijual di sini. Ada cafe's, ada kedai lampu, baju, jaket2, kasut, alas meja, carpet, antiques etc. Tak banyak gambar yang aku amek dekat sini sebab; aku penat..aku penat..aku penat.. In fact aku tak beli satu mender pon kat Grand Bazaar ni. In fact lagi (hahah) I begged Ed to take me back to the hotel. Ed kata aku ni cam budak kecikla, kasi main letih-letih supaya senang tidor. Aku jegil jek mata kat dia. It's that the purpose you drag me to all those mosque? So that I am to tired to shop! Takdelah, dia jawab. Nak caya ke tak nak. Tapi sesungguhnya aku memang tak beli satu mender pon dekat Grand Bazaar tu.
Bila keluar jek, aku cakap kat Ed, let's go to Burger King across the road, aku dah tak daya nak makan kebab takde sos ni. So off we went, and makan jek kat situ sebab nak duduk punya pasal. Pinggang aku dah berdenyut-denyut masa tu. Lepas makan, nak naik tram balik hotel sekali nampak kedai ni jual Pide. Cam Turkish pizza la. Aku beli gak. Tapaw. Untuk dinner or whatever. Sebab for sure tak keluar dah kan malam tu.
|
Rupanya cam sampan gitu tapi sebab terlebih panjang kena potongla. Buat breakfast besoknya |
Lepas tu kami terus balik ke hotel, dan kali ni aku yang tidor awal. Kol 7 gitu dah tido kot. Tu pon aku terjaga sebab koyok yang aku tampal tu panas sangat sampai menggigit-gigit belakang.
So habisla hari keempat di Istanbul. I got one more day to post. Esok cam busy sikit, so tunggu jelah ye.
yg masak ikan atas bot, pastu pas pi balik pi mai tu, aku tgk dlm cerita apa ntah? ada yg hari jumaat, 7.30 mlm..ala2 cerita rempah adabi..waahh..bestnya gambar piza sampan tuh..
ReplyDeleteso kebab ikan kembung tu deboned ke? suka tgk jaket2 tu.. cantik..
ReplyDeletebanyak tgk belakang ed je hahaha.. yg tengah amek wudhuk tu aku rs dia yg kanan sekali.
Oren,
ReplyDeletePizza sampan tu aku rasa errr kambing. Adehh.. tapi dia dah seasoned sampai tak berbau sangat. Esoknya baru makan for breakfast heheheh. Owh ada ek tunjuk kat tv pasal ikan bakar atas bot tu.
Jojoe,
Yup ikan tu dah deboned. Tapi ada gakler terselit tulang sikit3. Cantik kan jaket2 tu. Tu belum ko tengok kat Gion Mori lagi. Perghh telan air liur jelah. Tapi nak pakai kat mana kat sini kan. Biasala gambar belakang Ed. Di bawak beg kali ni, so semua kamera, air mineral, coklat sumer aku soh dia bawak. Bestnya ringan sling bag aku. Hahaha, ko teka tepat. dialer yg kanan sekali tu.
Arena,
ReplyDeleteNak gelak tengok semua tempat pon ada kucing gomok. Hehe!
Cantik sungguh palace dan masjid tu! Suke tengok dan berada dalam ancient historic buildings, rasa sungguh kagum.
Gamaknye tektik Ed menjadi, sebab tak de shopping apa2 pon. Hehe!
The pizza and fish sandwich look yummeh!
wowww..bestnyaaa..
ReplyDeletekong
Sis Aida,
ReplyDeleteKucing gemok yang comel, dan bersih is everywhere in Istanbul. Geram! Sebenarnya banyaaaaaaakk lagi ancient building yang kami tak sempat pergi. Istanbul ni, seminggu at least baru best.
Tak aci kan, kasi koi penat memang tak daya nak ronda2 bazaar tu. Kuciwaaaaa.....Bila balik koi terkenang-kenang lampu dan bag-bagnya tau. kena pegi lagi kah? hahahha..
Kong,
Best.. buat itenaries siap2 ok. nanti sampai sana dah tau nak pegi mana dah. Have a good trip.