Showing posts with label Travel Tips. Show all posts
Showing posts with label Travel Tips. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Kembara Istanbul - Rumusan

MALAYSIA AIRLINES TENGAH ADA TRAVEL FAIR SAMPAI 18 FEB 2012. APA LAGI, PEGILA BERANGAN.  Aku tengok tiket ke Istanbul lagi, caye tak?

Hahaha, tak abis-abis lagi ye tajuk Istanbul ni. Sorryla kalau korang dah muak baca. Lepas ni aku buat update masak-masak semenjak balik dari Istanbul ye. Hmm sedapnya bau Nasi Lemak Zaman kat dapur tu. Hahaha. Mana ada Nasi Lemak Zaman, inspired by Nasi Lemak Zaman adala. Tengok tu, dok sorang-sorang kat rumah pon boleh buat nasi lemak, ko paham tak? Macamana la tak jadi beruang kan. Yang pelik aku timbang macam turun pulak weight, tapi rupa ku macam aku dah tak sanggup nak tengok kat cermin dah. Hahahha

Ok sebelum aku melalut meh aku buat some rumusan. Some of it juga ada lah untuk ingatan aku kalau aku travel lagi in the future (berangan jangan tak berangan)

  1. Makanan dekat area Sultanahmet or surrounding Aya Sofya dan Masjid Biru tu mahal sikit. Kebab pon kadang-kadang sampai 8 LT.  Makanan dekat area menghala ke Spice Bazaar tu murah-murah sikit. Dalam 3.5 TL untuk kebab gitulah. Bukan dekat Spice Bazaar betul-betul. Ada cam restoran untuk tapaw kebab gitulah. Turun dekat station Sirkeci and walk to Spice Bazaar akan jumpa kedai makan yang murah sikit. Kat sini banyak gak jaket cantik2. 
  2. Hahaha, sila bawak sos cili or tomato paket-paket tu. Kebab diorang ni kering, takde sos apa-apa, so ada masa-masanya tak lalu dah makan sebab takde sos. 
  3. Kalau nak beli barang di Grand Bazaar kena tawar-tawar sebab aku rasa harganya amcam mahal sikit
  4. Untuk jaket dan boot lawa-lawa go to Eminonu or Aksaray Underpass. Atau ada satu lagi, dekat Station Laleli ada jaket cantik2 macam dalam kedai 4 tingkat gitu.
  5. Take at least 1 tours, e.g Bosphorus tours and ask your hotel to arrange it. Selamat sikit. Kalau pergi tour, at least ada orang yang explain itu ini pada kita. Lepas tu dah boleh gi jalan sendiri. 
  6. Utilise the Tram. Kalau boleh cuba elak naik teksi sebab banyak sangat kes orang Malaysia kena tipu naik teksi. Kalau duduk sana more than 3 days and bawak family, boleh mintak hotel arrangekan pickup. Negotiate with them
  7. Hotel kami bukan betul-betul kat Sultanahment. Dekat area Sirkeci. So Sultanahmet di kanan (where Aya Sofya, Blue Mosque are) and Sirkeci dan Eminonu di kiri (where Golden Horn, Spice Bazaar, Galata Bridge are), lokasi sangat best tapi bilik hotel kecik sikit. 
  8. Belajarla sikit-sikit Bahasa Turki. Ni kadar?Tasakur Ederim, Giris, Cikis, Camii. Alaa basic2 jek. Diorang appreciate if we know some Turkish and membantu untuk tau kat mana exit dari satu-satu tempat tu.
  9. Sebenarnya ok jugak kalau nak shopping dekat Turki ni, sebab dia banyak mender-mener yang unik cam lampu-lampu tu, baju belly dancing (ahaks), kasut kulit, jaket, shawl, carpet, table runner dan sebagainya. Yang ok sebab exchange ratenya not bad. Dalam RM 1.7-1.8 per lira. Takdelah macam gi Europe or UK kan. Walaupun matawang diorang tengah jatuh sekarang, still hampir RM 4 and RM5 per euro or per GBP.
  10. Tapi kalau nak dapat rate murah jangan tukar di Malaysia. Withdraw jek dari ATM sana. Keluar je departure hall, ada ATM HSBC rasanya withdraw dari situ. Rate dia bagi bagus. Ed withdraw dari Bank Turki ratenya mahal seposen.
  11. Haa ni penting gak, kalau boleh cuba wear bright colours. Especially kalau pegi musim sejuk gitu. Cuaca kan cam gloomy jek, so gambar sumer suram jek. Contohnya si Ed, pakai jaket hitam, seluar hitam, topi kaler gelap, memang tak nampak apa. Frust jek. yelah aku pahamla orang laki takkanla nak pakai jaket pink or merah, but try to incorporate some colours. Kalau belum beli jaket, carik yang kaler cerah or at least ada line2 terang dekat jaket. Yang pompuan pakailer tudung cerah2 or shawl kat leher nak kasi gambar naik sikit. Aku ada gambar dengan sorang budak ni, dia pakai jaket merah, ceria jek gambar tu. 
  12. Ni pon satu hal lagi. Kalau korang ada kamera DSLR and compact. Bawakla dua-dua sekali. Kamera DSLR or system camera ke memang best, gambar lawa, crisp, sharp, vibrant colours tapiiiiii kalau ko ada masa nak duduk godek-godek. Pastu walaupun camera aku tu tak berat sangat, tapi kalau dah sangkut kat leher seharian, tak bengkok leher? Lagi-lagi kalau DSLR yang bagak2 tu.  Bila letak dalam beg je, kelam kabut nak keluarkan bila ada scene cantik. Beza masa aku bawak compact camera dulu. Bila ada scene best jek, amek bawak keluar on-snap. Letak dalam handbag jek, tak yah bawak additional camera bag. Pastu camera aku la kan, dalam coaster ari tu, dia tak boleh amek gambar sebab dia tak berjaya focus. It refuses to snap. Dah aku kena duduk, tukar setting ke manual focus, anti-gegar dan anti glare dan sebagainya. OKay I admit it, memang sebab aku tak pandai pakai sangat, tapi kita tengah travel kan bukan nak gi buat photoshoot, bukan nak amek gambar yang artsy-fartsy sangat. Ni dalam low light, macam haram, kalau moving pon fail. Ed pon naik nyampah nak snap. Kalau pakai compact Lumix aku tuh, gambar may not be crips and sharp macam the bulky camera but at least, garenti jadik punya. Tapi kalau korang memang terer dan sabar nak test 10-20 gambar before taking the actual pic memang best la guna DSLR. Tapi kalau cam aku, on the move  memanjang, compressed activity dan takde stay at one point lama-lama dan dengan Ed yang aku tak rasa sabar nak tunggu aku setting dan test-test snap sebelum the taking the real photos, kenala bawak ur compact camera. Aku tak bawak, nasib baik BB punya camera not bad. Tapi kalo korang ada phone yang 8Mp punya camera pon sufficient. nak2 cam camera kat galaxy note tuh, perrghh..
  13. Bawakla ubat yang korang perlu, sebab kat farmasi, pharmacist tak cakap omputeh dan semua ubat pon labeled in Turkish.
  14. Aku rasa Istanbul maybe sangat cantik in Spring and Summer. Sebab masa aku pegi baru ni, masih lagi winter, pokok sumer togel jek, tinggal ranting. Tulips pon baru nak start tanam balik. Gambar pon bosan jek without much colors. But on the bright side, hotel harga murah sikit dan tak ramai sangat orang. Nak masuk mana-mana tempat tak yah queue pon. Dengar citer masa summer especially, beratur cam lingkaran ubat nyamuk nak masuk satu-satu tempat tu. 
  15. Tengok ramalan weather average berapa celcius and boleh prepare accordingly. Kali ni boleh berjalan sakan sebab well prepared. Masa gi Paris dulu, memang tak prepare kaki rasa sakit sangat sebab sejuk sangat dan hanya pakai socks pendek dan nipis dan kasut lak tapaknya kan main nipis lagi. So tak daya nak jalan. 
Oklah tu jelah nak update. Habis dah episod Kembara Istanbul dan Bursa ni. Turki ni is a place that I think I don't mind coming again. Banyak sangat tempat menarik nak pegi. Istanbul itself pon banyak lagi tempat tak pergi. City Walls, Yildiz Palace dan ada 3-4 palace lagi tak pergi. Istanbul nak banyak tinggalan sejarah sebab selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah mereka tak diserang kan. Kalau cam Syria, Iraq dah banyak musnah dek perang jek. Sama juga dekat Andalucia, sebab kerajaan Kristian yang menakluk balik Andalusia selepas Islam bertapak di sana beberapa ratus tahun. So masjid-masjid yang diconvert jadik church la pulak kan. Ok. sekian pendidikan Sejarah Islam untuk hari ni. Hope you enjoyed it. 

Oh ya, sebenarnya aku ada nak pergi tempat ni masa awalnya instead of Bursa, tapi sebab jauh dan mahal, cancel la. Mana tau kalau next time boleh gi situ heheh. Berangan lagi. Ice Palace ada orang panggil ke apa entah..lupa..





Thursday, January 19, 2012

Travel Tips / Tip melancong Part 1

Assalamualaikum wbh,

Ada update at private blog
Ada update at 10.30 am
Aku tengah kemas-kemas barang untuk my trip tu. Biasala aku, nak gerak Jumaat malam, beg dah bawak turun ahad malam lagi. Berhabuk gila beg tu. Jenuh la lap-lap dulu, sambil pakai mask. Aku masalah sikit kalau habuk-habuk ni, kena asthma attack tak pepasl karang. 

Aku dah lama nak buat travel tips ni. Korang boleh guna as guidance bila nak travel nanti. Dan more importantly, aku sendiri boleh guna for my trips in the future. Tapi aku err pendamkan dulu hasrat nak menulis nih sebab aku seganla. Macamla banyak sangat tempat yang aku dah travel. Aku dah ler belajar local jek. Bukannya pernah travel dulu-dulu masa student ke apa ke. Memang aku start travel bila dah kerja. Tapi takpelah, kalau korang yang baca ni ada antaranya very travel savvy maybe korang boleh add to the tips. Another thing, aku punya travel tips ni bukan untuk orang yang adventurous sangat sebab aku bukannya travel ala backpackers or solo traveller tu. Kalau nak baca pasal Solo Traveler boleh baca hanakirana.com. Ini awek manyak merani.  Aku travel selalunya as a couple dengan Ed and kami ni bukanlah adventurous sangat dan very calculated about risk dan safety. And satu lagi, kami pentingkan comfort. Comfort la bukan luxury. 

Okla enough justification and disclaimer. Here goes. Agaknya kena buat beberapa series kot. The followings are things to do prior to traveling.

Make list of places you would like to go 
Shortlist tempat-tempat yang korang minat nak travel. Aku suka ke tempat yang lain dari negara kita dari segi climatenya dan gaya hidup. Aku minat history, stories, and culture tapi kalau cam cultural shows aku tak minatla pulak. Tempat-tempat tu bergantung jugak apa tujuannya nak ke sana. Kalau main reasonnya memang nak shopping, pergilah tempat shopping best-best. Kalau suka tengok nature, pilihla lokasi yang punyai nature yang sungguh uni. Aku selalunya shopping ni side jek. Selalunya pergi sebab ada kerja dan keduanya ada benda nak tengok.

Subscribe to airlines or travel package provider
Kadang-kadang diorang ada promotion yang last for 24-48 hours gitu. Dan banyak juga yang ada internet promotion, so selalunya tak sempat keluar suratkhabar. Aku pernah berjaga dan telefon MAS start pukul 12 malam pukul 2.30  pagi untuk dapatkan a good ticket bargain. Memang good bargain. Less almost dua ribu ringgit dari normal price. Another thing silalah daftar as enrich member or other airlines punya loyalty cards so that you can get discounted price or even free flights. Aku ni bangang sikit, or rather kurang berpengetahun masa my first and second time gi London, aku tak daftar enrich lagi. Dahla kedua-dua tu aku gi naik Business Class. Ruginyaaaaaa. Kalau tak dah beratus ribu kot points aku. Oh ya ada jugak ways to add to the points contohnya enrich points tu. Korang boleh convert points dari credit card or debit card ke enrich points kalau. Tak pasti lak kalau bonuslink or other loyalty cards boleh convert jadik enrich points. 

Apart from that kalau nak pergi europe, maybe boleh pergi one county yang ada direct flight let say London or Amsterdam or Paris, lepas tu boleh ke negara-negara lain naik low cost carrier kat sana macam EasyJet or Ryan Air or apa-apa flight yang murah-murah kat sana. Or boleh jugak naik train. Tapi setelah beberapa kali aku check train ni agak mahal berbanding flight, or maybe kebetulan timing yang aku research tu tak tepat. Flight ni kalau dapat yang murah memang betul-betul murah. Teringat masa gi Paris, aku dapat flight yang hala perginya cam 3-4 pounds gitulah. Hala balik mahal sikit dalam 24 pounds  gitula.  Kalau tak rushing lagilah boleh pilih date yang memang dua-dua hala murah. Tapi perlu diingat harga tidak termasuk airport tax dan check in lugage.

Subscribe to Hotel/Accommodation  provider membership
Hotels pon ada macam ni punya membership. Aku pakai HotelClub dua kali, pergi Paris dan Perth. After first booking, ko akan entitle few USDs in your next booking. Tengokla harga hotel dan berapa malam ko book, mungkin boleh dapat puluh-puluh dollar jugak discountnya. For my next trip aku pakai Agoda, sebab Agoda tu ada partnership dengan Maybancard. So boleh dapat additional 6% discount on top of the hotel price. Lepas tu harganya pun murah sikit and of course mana-mana site pon akan ada user review, dan hotel ratings.
Ah terusla aku tulis pasal bookings kan. Penat la nak tulis banyak2 part. Bila nak book accommodation ni, terpulang pada tahap keselesaan dan juga kemampuan masing-masing. Sebab korang ada comfort level masing-masing. Aku tak biasa duduk kat hostel, so aku tak boleh bagi pandangan pasal tu. Ada one time nyaris jugak dah nak ambik homestay, tapi sebab trip tu tak jadik maka, tak jadikla ke homestay. 


Aku selalunya amek hotel. From 1-3 star hahaha. Hotel yang aku duduk di Paris takde star rasanya. Tapi lokasi superb, dekat dengan Arch de Triomphe dan Champs de Elysee eh macam salah eja jek. Memang walking distance, tapi hotelnya macam atas kedai gitu jek, susah jugak nak carik, bilik oklah comfortable dan yang penting ada bathroom dalam bilik hotel. Tengok part en suite tu bila tengok discription hotel. Sebab kadang-kadang ada hotel yang shared bathroom. Hotel aku stay tu ada lif pulak tu, walaupun lif kecik nak mampos, kena peluk-peluk sikit dengan Ed kalau dalam tu, hahaha. Tu pon nasib baik ada lif. 

Hotel kat Perth pon ok sangat. Di luar jangkaan aku. Sebab harganya oraitla. Tapi lokasi memang superb. Within walking distance ke train station, mall, dan ferry station. Dekat bawah hotel di kiri dan kanan ada restaurant halal. Opposite ada gift shop, dan jalan dalam 3 minit ada tempat sewa kereta. Bilik pon besar ada free internet. Owh free internet jugak penting sebab bila dah sampai kadang-kadang ko dah tak berapa sure address sesetengan tempat so penting ada connection untuk dapatkan info. Pastu mana-mana manusia yang taksub buat kerja/terpaksa macam aku dulu, lepas ronda-ronda siang malamnya buat kerja opis, ko. So kenalah ada connection. 

Aku punya requirement selalunya for accommodation ni ialah dekat dengan public transport maksudnya within walking distance to tube/train/tram/bus stop. Dan lagi bagus dekat dengan kedai. Al maklumler mana der duit nak naik teksi bagai. Nak sewa kereta pon hmmmm, kalau korang nak pergi jauh yang beratus kilometer dari tempat korang duduk, dan ramai maka berbaloila jugak. If not tak yah la sewa kereta. Nak parking tu satu hal ok. Bukan macam KL, asal hotel jek sure ada parking yek. Nak mampos carik parking karang. Belum campur parking fee lagi. Horror. Yang cun kalau location hotel tu central, nak ke mana-mana senang. Tapi yelah bila location superb sangat harga pon taklah murah sangat. Tapi believe me with some perseverance and research boleh carik Insyallah accommodation yang memenuhi requirement korang. Kena sabar sikit.  

Baca unbiased review
Sebelum book and pay mana-mana hotel, elokla pergi baca unbias review daripada orang yang pernah stay at the hotel. You can find them at the accommodation site and better yet kalau baca the review dekat Tripadvisor. Cuma kena careful, sebab kalau traveler tu dari US, dia akan banyak komen yang bilik hotel tu kecik. Bilik kat US gamaknya besar bagak macam keretanyalah yang besar bagak. So memanjang komplen bilik dan bathroom kecik. Hotel yang aku duduk tu memang banyak jugak bad review. As long as orang takde komplen banyak lipas, dekat kawasan yang tak selamat, staffnya mencuri ker, aku shortlist jek sekiranya memenuhi my requirement, I might still book that hotel. Tripadvisor tu bukan saja ada hotel review segala macam review ada, restaurant review, museum review, excursion review dan sebagainya. Apart from baca review boleh juga bagi ideas on what your itenaries are bila travel. 

Okay to be continued. Letih menaip dan mengantuk.