Saturday, March 31, 2012

MNJ6 : Preparation towards OPU

27 Feb –Monday

Pagi ni appointment kami di Sunfert is at 8 am. Pukul 7 Ed dah jab aku. Lepas tu kami terus bergerak ke Sunfert. Selalunya lepas jab aku akan baring kejap, tapi kali ni memang lepas jab jek terus masuk kereta pergi hospital. Dalam kereta rasa berdenyut-denyut sikit perut. Ed suruh aku baringkan kerusi dan tidur. Aku tryla rest sikit. 

Traffic was really bad dari Kajang tu. Memula jem kat Sg.Ramal, lepas tu jem kat Sg.Besi, lepas tu jem kat KESAS, lepas tu jem dekat Sunway toll. Adehla. Kalau korang perhatikan semua jalan-jalan tadi adalah jalan yang ada tol ok. Dah bayar pon jem lagi. Naik highway turun highway tu. Semuanya jem. Akhirnya kami sampaila hospital dalam 8.30 pagi. So dah ada 3-4 orang sebelum aku. Tak dapat jugak jadik orang pertama. 

Lepas tu bila sampai turn aku, doc scan. Ada 8 egg follicle belah kanan and 10 eggs follicles belah kiri. Yang kanan nampak macam dah mature sikit, tapi yang kiri masih kecik-kecik.  Doctor pon postpone sehari for the egg collections or they called it Oocyte Pick Up (OPU) dan aku kena tambah jab lagi sehari. Aku jugak kena gi lab, dan tambah dosage jab on the spot. 

Lepas tu kami pergi ke lab. Ed did the shots for me. This time aku rilek jek berdiri and he did the shot. Lepas tu kami di brief on segala-mala preparation before the OPU. So basically, aku akan ambik 2 shots yang biasa tu pagi. Kemudian ada additional shot Ovidril kot at 10.30 pm sharp 2 days before the OPU. On the 29th which is the day before aku kena consume antiobiotics pagi dan malam.  Lepas mid night dah tak boleh eat and drink. 

Hari ni bayar RM2000 pulak. Fuhh. Up till today dah lebih RM10,000 berhabis. Memang bukan murah buat IVF atau ICSI ni. Tapi kenalah usaha selagi mampu. So bayar jelah apa nak buat kan. 

On the OPU day itself nanti, kami kena sampai hospital at 9.30 am. Pada hari tu, aku shower tak leh pakai sabun, no lotion, no make up and perfume. Au Naturalle gitu. At 10.30 am OPU procedure akan dibuat. Eii takutnya. 

29/2/2012

Esok ialah hari OPU atau egg collection. Suspen jugak. Semalam masa Ed did the shots ada some slight bleed. Selalunya takde bleed langsung. Agaknya dekat exact same spot kot. Yelah Ed bukannya nurse kan. Bukannya professional. OKla jugak dia tak seram to do the shots. Kalau tak aku kena buat sendiri tak ke haru.  Total number of days for the shots is 11 days. Tak semua orang sama. Bergantung kepada number of follicles dan  how mature they are. 

Aku dah mula amek ubat antibiotic. So hari ni dah tak de shots dah. Malam karang at 11 pm kena makan ubat. Aku saspen sebenarnya. Saje je buat-buat berani. Hati ni bersedia terhadap pelbagai kemungkinan. Samada menyebelahi kami or not. Bukan nak berfikiran negative, tapi cuma nak prepare my mind jek. 

After 11 days of shots, aku rasa cam mengalami PMS lak. Kulit muka kering dan and ber’acne. Perut rasa bloated gila dan my breast macam sore gitu. Start hari ke-5 onwards tu dah mula rasa tak selesa. Tapi aku ignore jek, malas nak layan. Nanti aku melepek jek kerjanya. Pastu aku rasa panas jek memanjang. Takdelah over sangat but aircond kat bilik tu memanjang berpasang. Jenuh la bayar bil nanti tu. Mood swing tu adala sikit-sakit tapi sebab aku tak kerja kan, so takdelah teruk noo nak mengamuk ke ape ker. 

Owh, kelmarin  Ed spring cleaning bilik tengah. Aku biarkan jek. Tak tolong sangat. Nanti dia nak apa-apa aku tolonglah. Dia kalau tengah ngemas, janganlah be in his way. Aku masa tu tengah perisikan ikan. Aku nak bawak laksa pergi office. Gigih gila buat kuah laksa dan makan dengan kawan-kawan dekat office. Boring jugak dok rumah ni. Makan, tido , blog walk, itu jek. Opps ada lagi satu main game bodo2 dekat iPad yang addictive tu. Pffftt. 

Oklah aku nak tidur. Eh belum solat lagi. Ya Allah permudahkanlah urusan kami Ya Allah. Berikanlah yang terbaik untuk kami. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik untuk kami. Bantulah kami yang lemah ini Ya Allah.

14 comments:

  1. Bc kisah ko ni...mcm giuliana n bill plaks!!!! Aawww!!!!

    ReplyDelete
  2. Awwww,

    Terasa cam artis okeh.. sabo jelah korang nih..

    ReplyDelete
  3. Kalau aku tak jaga exam ari tu ada rezeki nak mkn laksa lah yer :p

    ReplyDelete
  4. Joe, mawar,

    Noted,

    Amy,
    Maybe. Hehehe tapi sold out cepat sangat hehe

    ReplyDelete
  5. Cenna,suspens nyer waiting sambungan cerita...
    But i guess empunya diri would have been in more suspense state than we are..
    Urm whatever stage you are in now, here's wishing you the best.. My Du'a for you both.. Take good care of yourself.
    Oh& lari topic sikit.. dah jumpa stock ayam dalam botol tu!!!! Setelah puas mencari up and down.. Both supermart klcc takde ( yela, balik keja dh lambat..) Nasib baik tesco ada :)tq for the tip :)
    Hugs hugs hugs

    ReplyDelete
  6. akak rasa


    macam kita orang akan baca berita gembira jer lepas ni ....

    insyaallah ....

    ReplyDelete
  7. Zue,
    Thanks you dear.
    Owh dah beli the chicken stock. So dah banyakj benda boleh buat kan. Nasi ayam. porridge, soups, all the best.

    Kak PB dan KLM,
    Tungggguuuuuu..

    ReplyDelete
  8. read..

    dan tak sabar tunggu ko punya update lagi dan lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  9. Ni dah hari isnin..dah patut ada update lagikk *larik*

    ReplyDelete
  10. Oren,
    Haa dah letak update.

    Amy, aku cubit jugak si Amy ni kang. seb baik ko lari heheh..

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this blog with us..
    People who are looking for a professional ICSI Centre in Moga can visit Gomti Thapar Hospital. They are probably the best you can find in India. For more details, you can click on the given link.

    ReplyDelete