Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Update caca merba

Korang biasa tak karang blog update dalam kepala, tapi malasnya hoi nak bebetul taip. If only ada converter yg boleh terus convert apa dlm kepala aku ni jadi blog update, mau 5 kali sehari ada update kan, hahaha

Aku bz tu je aku boleh cakap. And aku tenga pursue something yang aku akan share later. Masih di peringkat awal. Dan aku pon a bit nervous about it. So we leave that for another day. 

From the last update masa raya cina baru ni, aku ada pegi cuti2 di afamosa, bukak booth Ms.Husna Hijab di Kuantan, cuti-cuti family gathering pulak di Kuantan, and started a new venture dan started a new journey. Pheww.. Fenat, excited.  Pelan2 nanti aku citer. 

Oklah dah kol 2 pagi. Nak tido. Tak siap pon aku pack tudung untuk booth kawan aku. Harap pg esok diberi kekuatan untuk siapkan. If not hantar jelah yang mana ada tu. 

Jap2 takut x sempat nak update. Nak citer pasal Farhan kejap hehe. Farhan now makin banyak vocab. And he ia is such a sweet and funny boy. 

Jom makan mama.
Jom main mama
Tina kasih mama
Naik atas mama.
Ayah jom mandi ayah. 
Ma, an tanak air koson.
Dengan tone yg sgt sweet. He is toilet trained jat taska. Kat rumah ada hits and misses lagi. We are working on it kan Farhan. Semakin independent. Nak pakai baju, seluar dan pampers sendiri. Dah ada preference baju mana nak pakai. Dah besar anak mama, sobs. Cayang aan. Kurang dah nak mengamuk. Pagi2 memang jenuh kejut dia sebabbbb tido lambat. Memalam sayang benor nak tido. Dah lights off berjam-jam pon cool jek main dalam gelap. Grrrrr.

Anyways, tu jek untuk reference aku. I love this boy. Thank you Allah for giving us this opportunity to become parents. Mama and ayah love you, Farhan. 

Farhan dekat Ana Ikan Bakar
Kengkonon baiki basikal. Dah boleh paddle
Tengah mandi pool dengan Abon Qiryn

Saturday, June 29, 2013

Semalam dan kelmarin

Ada dekat sini. 
Tetiba aku dapat bilik yg best. 
Org lain dot studio room jek. 
 

Sayang tak leh stay lama.
Farhan pon ikut gak hihi.Rezeki budak ni kot.

Thursday, January 10, 2013

Dah masuk kerja dan calar balar

Assalamualaikum wbh, 

10 Jan 2013
Hari ni hari first aku masuk kerja balik after almost a year tak kerja. Pagi tadi konon nak masuk awal,  tapi Farhan decided nak bangun kerap lak malam semalam, so pagi tadi aku adalah mengantuk dan bangun lambat sket. Lepas subuh, baru aku pegi pack dan label susu Farhan, pack bag susu aku jugak, gosok seluar, pack bag Farhan, dan siap-siapkan baju Farhan nak gi nursery. Lepas Ed mandikan Farhan, siap-siapkan Farhan, susukan dia kejap dan aku pulak mandi. Tak dan aku nak goreng karipap yang aku buat semalam untuk bekal. Takpelah. Then kitorang kuar sesama. Ed hantar Farhan, aku straight to work. That is the arrangement. Aku akan pergi kejer awal( awallah sangat) sikit supaya boleh balik awal untuk amek Farhan. Ed akan hantar dia pagi-pagi. Sekali bapakkk punya jem daa hari ni. Sampai ofis kol 9.10 gitu. Haramzz betul. Dah aku kena balik kol 6 hari ni. Kol baperla sampai rumah. Sobs. Syian cayang mama tu. 

Anyways, hari ni belum sibuk sangat lagi. Boss takde. Tapi colleagues dah brief gakle pasal kejer. Macam busy semacam jek tahun ni. Macam2 projek. Aku first day mengepam susu. Tadi terlambat sikit. Puku 11 baru pam. Kena regulate sikit pumping time ni. Tak cukup pulak bekal si Farhan ni karang. Memang kehidupan baru sungguh. Aku dan Ed masih dok trying to adapt lagi. Yelah kan, 9 years of living together, tapi boleh buat jek as we both please. Now ada anak kan. Priorities dah lain. 

Oh ya, kelmarin masa aku tengah ngurut, taska called. Aku nampak je nombor telefon taska dah berderau darah aku. Bila aku angkat jek lagi berderau bila dia cakap,

Puan, ni mak Farhan kan.
Ye kenapa?
Sebelum apa-apa saya mintak maaf dulu ye. 

Eii tak ke nak terbenti jantung aku, masa tu, dengan gaya dia bercakap tu kan. Rupanya akak taska nak cakap, Farhan kena cakar kat pipi. Aku dah tak keruan masa tu. Nak nangis pon ada. Tapi tengah aku tengah mengurut, tahan jelah. Bila aku sampai kat taska petang tu nampak muka dia calar balar. Akak tu tunjuk spot kat pipi jek, bila aku balik rumah, dahi, dekat mata pon ada. Sedih wooo. Syian anak mama. Tapi aku kena acceptla things happened, dan memang gitula adat kat taska, but aku pesanla kat diorang supaya careful sikit. Mana tak sedih ko, Farhan kecik lagi, baru 4 hari gi taska kan, memang sedihla bila nengok muka calar balar. 
Tak jelas sangat kot, scratches tu. Pakai kamera phone jek. Syian kan.

Ni bukan hari kena calar. But hari bila tah yg dia bad mood

But budak ni memang cepat baik kan. By malam the calar has faded a bit. Takla semerah masa aku amek tu. Ed tengok pon takdela dia bengang sangat. But esoknya dia pesanla jugak soh tengok baik2 si Farhan tu. The pengetua taska pon ada sms malam tu mintak maaf, dan akan cuba sedaya upaya not to let it happen again. Sejuk sket ati aku. 

Ya Allah lindungilah anak kami Ya Allah. Hanya pada Mu tempat kami meminta pertolongan.

Tuesday, July 10, 2012

Back at work

Assalamualaikum wbh, 

Sorrila aku lambat update. Aku balik rumah khamis lepas dah, pastu Jumaat malam tu aku demam dan selsema gara-gara aku sakan kuar gi bank dan beli baju raya maternity. Hahaha. Yelah berbulan-bulan dok memerap dalam rumah jek, once dibenarkan drive jek, terus berpanas kat luar nun, terus demam aku. Tapi demam-demam pon tak menghalang aku pergi wedding cousin aku Sabtu tu, sambil pakai kebaya maternity, hahaha. Hmmm tak pregnant pon tak pakai kebaya, tengah2 pregnant, ko pakai kebaya cenna? Syabas, bette. Tapi kebaya tu memang takde can nak pakai masa raya. Aku rasa by raya tak muat dah kot. So aku akan melaram dengan baju tu gi opis, muahahha.

Semalam first day masuk opis. Start dari Friday, aku dok berdoa, supaya aku boleh tidur malam. Tau jelah problem tak lehtidur aku ni kan. Alhamdulillah, malam sebelum masuk opis tu aku berjaya tidur from 1.30 am dampai 6.40 pagi. Alhamdulillah syukur sangat. 5 jam gitu dah besar sangat rahmat dah. Syukur semuanya dimudahkan, tak jem, dan aku pon rasa ok jek. Bila jalan dari parking ke opis tu, mak aih jauhnya aku rasa. Mengah aku dibuatnya. 

But everything went well onwards. Bila aku on skype dan letak status, Back at work, mulalah penuh dengan orang dok buzz-buzz aku. Ramai gak yang singgah kat bilik sembang-sembang. Alhamdulillah. By petang aku punya selsema tu cam makin teruk balik. Adess. Pastu bahu dan pinggang aku lenguh gila, yelah dah lama tak duduk seharian gitu kan. Normally siang-siang sebelum zohor, aku took a nap. Lepas zohor, aku baca blog sambil baring-baring jek. But I am not complaining. It's good to be back.

Balik rumah jem sikit sebab hujan. Sesampai dekat rumah, aku baring kejap sambil menahan mata dari tidur. Ed arrived at Maghrib gitu and bought Nasi kerabu. Makan kejap, lepas tu solat. Tak lama lepas tu aku lelap. Ed mulanya tak kasik aku tidur, tapi nengok aku dok sok-sek-sok-sek jek, dia biar jelah aku tidur. Punyalah penat aku rasa, so aku tidur, bangun, tidur, bangun at 12 mid night, minum air dan makan ubat, tidur balik at 2 am dan bangun at 6. Bangun-bangun jek, lapar nak mampos, so goreng ler pau sardin yang order dari member opis, dan siap-siap bekal bawak gi opis. Daripada aku lapar dan makan ngarut-ngarut kat opis, baik aku bawak bekal buah-buah sikit. So here are my bekal-bekal.
Buah cherries and starfruit, decaf coffee, prunes dan pau sardin saiz giant. 2 bijik makan pagi, 1 petang

So aku rasa, aku update tak sekerap sebelum ni la kot, sebabnya penat nak gila aku rasa memalam balik dari opis tu. Pastu now aku tak bawak balik notebook pon. Malas nak buat kerja dekat rumah. Tapi kat rumah ada netbook Ed kalau aku nak update. Larat tak larat jelah, maybe after aku dah get the hang of working ni ok kot. Minggu ni aku rasa, asal balik jek sure flat. Hahaha. Memang lembik dan manja aku ni. Aku tau korang pregnant sumer super woman. Aku memang tak la. Hahaha. 

Ok, nanti aku upload gambo aku pakai baju kebaya maternity tu di private blog tu. Tapi lambat sikit kot, sebab nak kena crop bagai. Nampak rumah aku yang super bersepah tu. Malu weiii. Muka aku pon kelakar sebenarnya, lantakla. Pastu yang kasik email tu aku tak add lagi nak kasi permission, nanti ek, pelan2 aku buat. Ala sabo ek, bukannya aku rajen buat update kat blog tu. Sebulan sekali pon tak. Hahhaa. Wokeys friends. Nak buat kerja, ada banyak meeting nanti. Tak prepare mender-mender pon. Owh nanti aku nak buat entry sebok tak perlu-engko-saper? Hahahha. Tunggguuuuu..

Friday, December 23, 2011

Gi bercuti ke?

Lama gila aku tak update blog. Banyak sangat perkara yang berlaku dan things to do, menyebabkan blog ni terketepi sekejap. Baba dah sedar, dan dah keluar dari ICU. Lama gak dia dekat ICU, more than 10 days. Tapi dia belum betul-betul sihat. Aku rasa makan masa jugak tu. Kesian jugak dekat mama, berkampung dekat hospital tu. Sure sakit badan. Walau camana pun syukur sangat sebab dia dah banyak improvement. 

Ingat tak aku ada mention pasal cuti-cuti dekat Afamosa tu. Kitorang pergi jugak. Masa tu baba baru jek 2 hari kot released from ICU masuk wad biasa. He and mama insisted that kami pergi jugak bawak budak-budak bercuti sementelah dah bayar pon. Giler berat hati kau tau. Abang aku yang baru sampai dari UK tu, sempat ler jenguk bapak aku 2 hari kot, pastu terus ke Afamosa. 

Mula-mula tu, aku pon cam payah nak pegi sebab ada training. Tapi tah camana berjaya melepaskan diri dari training tu, dan dapatla pergi. Pastu kami pon bertolak hari ahad, sebab Sabtu tu aku ada presentation. Besides, bebudak ni cakap, aaaa cekna tak pergi? Saper nak masak untuk kitorang? I don't know whether to feel flattered that they love my cooking or to be sad that they only want me to go because I can provide them food, hahaha. Tapi, takyahla nak kecik ati dengan budak-budak kan. Nama pon budak-budak.

So off we went to afamosa(again!) every year kot ada trip ke afamosa ni. Naik bosan dah aku. Tapi sebab bebudak suka. Belasah jek. As always aku tak amek pakej dengan resort, tapi aku guna agen yang aku dah pakai since the 2-3 tahun lepas. Tak kuasa la guna resort masa musim-musim cuti ni. Nak check in jek karang dekat 2 jam tau tak. Pastu dekat banglo tak leh masak, tak leh barbeque. Meaning that you have to go out and find food for lunch and dinner. Dekat area2 tampin or turun bandar melaka yang maha jem masa musim cuti sekolah ni kan. Horror. And yang maha horror is the breakfast. Kalau amek dengan resort, akan dapat kupon breakfast yang hanya ada 3 makanan which is either nasi lemak, roti dan sausage dan bubur. Tak taula kalau dah change sekarang. Bagusla kan dapat kupon, tapi manusia menderu kau, serius tak daya. pastu meja lambat kemas, pastu orang malaysia ni kalau bab makan or buffet mulalah keluar perangai Ugly Malaysian tu. Macam tak jumpa makanan bertahun-tahun. Mengalahkan orang somalia perangai. Tengok jek la kat majlis buka puasa or raya kat mana-mana. Ada ke pinggan ko dah makan letak kat buffet line tu. Keji nak mampos kan. Hahhaa oppss sorry terside track. 

So kalau amek dengan agen senang, dia tunggu kita dekat depan banglo tu, kita bayar dan inspect sikit2 rumah, dia brief pasal rumah tu gave us the key. Nanti sebelum kita balik, dia akan collect kunci rumah tu. That's all. The banglo yang kami sewa tu, ada 4 bilik with pool at the side of the house and ada wooden fence dekat pool which we loved. Senang nak terjun pagi petang siang malam, takde saper nampak.  Kalau korang nak pergi boleh browse sini dan contact mamat tu terus http://holidayvillamalacca.blogspot.com/

Anyways, aku bawak orea cheesecake with blueberry topping yang habis on the first day. Malam tu jugak aku buat nasi beriani dengan daging beriani dan ayam goreng with papadom. Dan malam tu jugak, Ed balik KL sebab esoknya dia kerja ! Boring tau aku. But I am so thankful that he came, kami bawak kereta asing-asing ke Melaka, sebab dia kena balik malam tu. Asalnya dia dah malas dah nak gi, sebab dia kena balik jugak dan kami kena bawak 2 kereta. Tapi agaknya dia kesian kat aku yang dah prepare macam-macam dan bawak banyak giler barang, dia ikutkan jelah. Thanks babe. So malam tu si Olyn teman aku tido. Budak-budak memang happy tak terkata. Ada 3 teenagers, 3 boys and 1 girl. Umur dari 16 sampai 3 tahun. Yang adult cuma aku, abang aku and kakak ipar aku. 

Esok paginya, aku masak sardin untuk sandwich dan terjun ke pool dengan Olin sebelum bebudak bangun. So we have the pool to ourselves. Lepas tu joined by others yang terpisat-pisat bangun tapi terus terjun ke pool. Bila dah start ramai kat pool, aku pon keluarla dari pool, have a shower dan buat omelet. Takdela banyak buat. 4 bijik jek. Tengahari tu aku start demam dan sakit tekak. So aku tidor dan berkelubung jek. Lunch abang aku prepare sebab aku dah demam. Dia buat burgers and goreng nuggets for the kids. Bebudak kalau nampak makanan tak berkhasiat macam tu, laju jek kan. Tapi nak buat camana that's the fastest and easiest to prepare masa bercuti, so pejam mata jelah.
Petangnya ku dok layan si Bulat tengok ultraman kat utube. Kan main manja lagi dengan aku sebab nak mengecek tengok ultraman. Muahahhah. Layan jelah sesambil aku pon melepek sebab demam tu. Malamnya cekna bangun dan masak balik. So aku buat 2 types of baked macaroni. Satu ayam satu lagi sardin. Dannnnn.. buat roti dan pizza. Actually aku bancuh jek adunan. I have my sous chef si Kakak yang buat semua mender. Dia buat about 20 mini sausage rolls, which disappears in seconds every time keluar dari oven and 4 small pizzas. Which 3 darinya habis, tapi 1 lagi, maybe sebab bebudak dah kenyang kot. Hebatla sous chef aku nih. Dah boleh harap. Memang aku tak monitor sangat pon. Malam tu jugak aku buat 2 jenis sambal tumis untuk nasi lemak pagi esok. Aku buat sambal tumis udang dan dan sambal tumis ikan bilis. 

Last day, aku memang tak mandi dekat pool, pasal aku pon tak berapa sihat sangat. Aku masak nasik lemak dan start preparing untuk balik. Owh lupa nak cakap banglo yang kami sewa kali ni takde langsung barang dapur except for fridge, kettle dan stove. Selalunya memang complete barang-barangnya. Nasib baik tergerak hati nak call dan tanya. Jawabnya, memang aku bawak semua pinggan mangkuk, sudu garpu,pisau, chopping board, kuali, kuali leper tu, senduk2 dan tah apa2 lagi. Oh ya aku jugak bawak sandwich maker, pressure cooker dan breadmaker oven aku. Oh ya, aku jugak bawak DVD player, sebab ada sorang anak sedara aku ni nak marathon tengok Harry Potter. Sebenarnya penat ngemas barang dapur dari ngemas beg baju tau tak. Hahahha. Tapi tengok budak-budak enjoy gila, cekna pon happy.

So lepas tu masukle aku dengan sakit tekak dan demam2 ni ke opis. Kejer menimbun-nimbun. Nak MC memang tak leh. So dengan kepala tingtong, pegilah meeting, review report dan sebagainya. Aku rasa agaknya aku letih. Yelah ulang-alik balik Kuantan, pastu di kala-kala aku tengah sibuk presentation dan nak submit project master, pastu nak gi bercuti lagi pasal tu ler body aku dah suruh rehat kot. So semalam mintak balik awal, makan ubat dan tidor. Rasa ok sikit hari ni. Oh did I mentioned that untuk project master yang aku cakap, nak mendownload toolsnya pon berminggu-minggu tu, aku dan team siapkan projectnya dan dah berjaya present. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Oklah korang nak buat kerja. Nanti aku upload gambar. Esok bak balik Kuantan lagi. Happy holidays y'all.

Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum wbh.

Salam Maal Hijrah kawan-kawan. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas-lepas ye. 

Hmmm. Banyak weddings kan bulan ni dan bulan depan. Weekend memang penuh aktiviti dan kenduri-kendara.  Semalam aku pergi Daiso dekat IOI Puching. Dah lama dengar pasal Daiso ni. Kedai barang-barang Jepun yang semua barang harganya RM5 tu. Ada yang berbaloi ada yang tak berbaloi harga RM 5 tu.

So aku biasala kalau pergi kedai-kedai gini, aku gi section barang-barang dapur jelah. Hmm aku beli 3 pisau, 1 knife sharperner, 2 baking pan kecik, 1 mandolin, dan shoe soles. Sangat2 berbaloi. Pisau sangat tajam dan cukup berat. Pisau roti pon best jek bila potong baguette tu. Takdelah senget benget dan terpenyek  roti aku tu kan. Pengasah tu pon best, sekejap jek gila tajam pisau lama-lama aku.. Pheeewwwiittt. Best..Bestt..Best..

Hmm semenjak sakit tangan ni, mempunya pisau yang super tajam is very essential. I cannot rely for my hand to force when cutting veges ke apa ke. Samalah Amy, bibit nak sakit balik tu dah datang. I am very careful, so as not to make a return trip to the doc. Pisau yang beli kat Daiso tu punyala tajam, tak biasa pulak, sampai terluka tangan aku, hahahah.

Monday yakni besok ni cuti kan, tapi aku ada kelas. How boring is that kan. Baru ingat nak bangun santai2 dan makan breakfast dekat Roti Puri. Nak ponteng errrr, dah pernah skip kelas hari tu. Aku super duper busy masa tu. Esoknya aku ada assignment luar yang first time aku buat, tapi aku tak prepare haper lagi, which is making me super nervous. So aku skipla kelas malam tu dan prepare for the assignment.

Aku banyak gila kerja nih. Macam-macam nak kena prepare sebelum Januari. Kalau ikutkan last month was probably the busiest this year. Aku memang pikir one day at a time jek. Bila habis jek kerja satu hari, malam tu prepare untuk hari esok pulak. Gitu jekla yang aku daya buat, so that I keep on going. Penat sebenarnya, weekend pulak, sibuk dengan social obligation pulak kan. Bilanya aku nak mula projek untuk master aku nih. Nak hantar lagi 2 minggu tau tak?!! Install pon tak berjaya lagi ni. I am getting super nervous now. Tatau macamana dah. Kalau tak berjaya install, memang tak leh proceed. Camana nih??!! Sekarang ni aku tengah backup laptop aku, sebab lepas ni aku nak download tools haper ke bender tataw. From my reading, tools tu boleh buat notebook aku kaput. Tu yang kena backup semua tu. Risaunyaaaa.. Bukannya aku reti nak trouble shoot if that happens. Tapi macam takde jalan lain, sebab dah cuba semua cara, tak jalan jugak. So aku kena try jugak. 

Wokeys, aku punya hard disk have stop copying. Time to start downloading. Jangan notebook aku blue-screen lepas ni sudah. Uwaaaaa memang aku nangis tau kalau jadik, memang aku nangis. Doakan aku ye kawan-kawan. Bismillahirrohmanirrohim. Let's download the darn thing!  

Friday, November 25, 2011

Keterbatasan

Assalamualaikum wbh
Amacam korang? Aku busy gilerla. Tapi malam ni aku nak update jugak tak kira. Aku menyampah tengok blog ni, apsal la ada dua jek entry kat main page. Tak tau mana dah nak godek. Hmmm. So aku nak ler tulis update yang panjang sikit.

Alhamdulillah, banyak jugak mender settle minggu ni. Tapi event yang aku present tu belum habis. Esok baru habis. Event tu kat Korea, aku present dekat sini. Kahkahkah. Pening kepala aku. Ada jugak sesekali terlost connection, tapi all in all oklah. Stabil jugak connection tu. Ikutkan semalam aku nak hangin jugak, sebab slides sampai sudah diorang tak kasi kat aku. Ada sorang tu, aku balik malam from kelas baru nampak email dia. Bagi dalam bentuk report, so kena extractla. Tapi yelah aku saper nak marah-marah, so aku buat jelah apa yang boleh dan review the slides sampai pukul berapa pagi, dan hari ni aku pasrah jelah present. Respond was great. Alhamdulillah syukur. Presenting remotely ni yang bagus, aku boleh baca jek slides tu tak yah aku berie-ie present kat depan. So bila camtu, aku tak yah ler berie pikirkan opening yang canggih2 or what not.

Actually starting last one month memang haru biru life aku. Kerja makin nak hujung tahun makin macam nak gila. Semua mender-mender yang tak relate directly dengan kerja hakiki aku sebenarnya. Tapi yelah aku tak leh cerita detail sangat pasal kerja ni sebab ada collegue yang baca kan. hahaha. Tapi selalunya walau kerja nya banyak camna pon, normally I can handle the work, its the people that I cannot handle hahhaa.

Talking about keterbatasan menulis, memang aku akui, blog aku yang super public ni is limiting my writing. Eyzza kot komen yang penulisan aku berbeza sangat as compared to my writings dulu2 and dekat private blog. So adala malam2 yang aku penat sangat sampai tak boleh tido tu, aku pergi baca balik entry-entry lama tu. I admit, memang gaya penulisannya lain. I open up a lot. I write from the heart and aku ada masa nak guna bahasa yang cantik sikit dan apa yang tulis tu senang difahami. 

Sekarang memang aku menulis ikut dan jek. Asal boleh je kadang-kadang tu, sebab waktu yang sangat terbatas. Another thing is, of course aku risau colleague, friends or families or extended families  yang membaca entry-entry aku nih. Dulu-dulu back in 2005 mana ada ramai sangat orang ada blog, now semua orang ada blog kan. Hop-hop sikit dah jumpa schoolmates, or jiran or collegue, hishhh ngeri aku. 

Siang tadi masa aku sembang dengan si JoePerantau tu pon sama. Aku cakap, aku limited sangat nak tulis, aku pon sampai bosan nak tulis. Dia kata lama-lama orang pon bosanla nak baca kan. Apa nak buat. Memang aku punya scope of writing dah limited to me, a little bit of my cooking and very surfaced about work. Especially about work, where I work in a place where everybody is an expert about computing and the internet, senang2 jek diorang boleh kantoikan aku.

I guessed that's why ramai orang privatekan blog, supaya bebas nak meluah perasaan hari-hari, nak marah tu, nak marah ni, nak geramkan husband..eh.. hahahaha. Aku ada private blog, tapi aku still jugak suka blog in public, where i can make new friends as well. Lagipun kekadang orang malas nak login kan. 

Bila aku tengok entry-entry lama aku wonder jugak, macamana I can open up macam tu pada perfect strangers? Tapi aku perasan jugak dalam entry2 lama tu, I was stressed all the time. Muda lagi gamaknya, berangin jek hari-hari. Ada jek mender yang tak kena kan. Now, I don't take myself too seriously. I laugh at myself a lot. Macam ada si HanaKirana ni cakap (sis aku quote from ur blog ok hanakirana.com

Kadang-kadang, aku rasa salah satu elemen paling penting dalam hidup adalah kebolehan untuk mentertawakan:
  1. Diri sendiri
  2. Nasib diri sendiri
  3. Hidup diri sendiri
Ya semuanya berkenaan mentertawakan diri sendiri.
In a way, strangely, it will keep you going. Higher and higher.

I think as you get older, it takes more to get us upset. Lah apsal font italic lak ni, tak leh tukar pulak tu grrr.. Yelah dah banyak sangat mender dah yang kita lalu, takkan asyik nak sentaaappp memanjang. Hahahah.Pastu gamaknya aku dah jumpa, activity yang mengurangkan stress aku; masak dan baking! so aku ada channel nak relieve kan stress tu. Takdelah asyik nak meroyan je kat blog. 

Lerrr tak abis2 lagi font italic nih. Bencinya. Tapi macamana-macamana pon aku rasa korang bosan ke tak ker, aku akan tetap blogging cam ni. Tak sebebas dulu, nak buat camana kan, take it or leave it jelah yer korang. 

Ya Allah, dah rupa cam ni pulak fontnya. Malas nak layan. Grrrr.. Ok aku nak tido. Nanti aku upload gambar masak-masak. Hahhaha. Sapa cakap hari tu, cekna ni dia cakap busylah, stresslah, tup-tup keluar gambar masak-masak kan. hahhaha. Tapi seminggu dia ni memang aku sangat minimal masak dekat rumah. Busy giler ko, rumah jangan cakaplah camana rupanya. Nasibla si Ed tu ada ability buat-buat tak nampak jek keadaan rumah tu. hahaha OKlah, chow people. Korang cuti panjang kan? Aku ada kelas korang tau tak Isnin tu?!!! Tensionnya!** Hentak-hentak kaki.. 

Sunday, November 20, 2011

I am back!! But just for a while..

Assalamualaikum wbh.

Lama gila tak update blog ni. Antara the longest time  aku tak update blog agaknyalah kot. Bila dah lama tak update, nak mula tu macam kaku sikit. Jadi tak tau nak cerita apa pulak. Sampai aku dok wonder sendiri, eh selama ni, camana aku ada idea nak update blog ye? 

I have been verrrryyy busy. Pegi kerja pepagi buta, balik memanjang dah gelap. Lepas tu sebab dah letih sangat, tak boleh tido pulak tu! Tak faham-tak faham. Masa peak sibuk tu aku sampai rumah pukul 11 lebih, haa hari tu memang flat. So masuk rumah, solat dan terus tidur rasanya. Entah-entah tidur dengan baju kerja tu jek, hahahha nasib baik esok tak terus bangun pergi kerja pakai baju tu jugak. Ed pon malas nak membebel kat aku, dia tau aku penat. Dia biarkan jek aku terbongkang tido. Rumah aku jangan cakapla. Aku geng dengan Amy, macam tongkang pecah, I kid you not. Tak sempat langsung nak kemas apa-apa pun. Weekend pulak ada kelas, so tell me bila aku nak kemas. Masa peak sibuk tu jugak aku  kena hantar assignment ada presentation dekat kelas, adoilaaa. Memang nak nangis rasanya. Tapi maybe sebab aku dah tua sikit, aku handle the stress tu better, just take things one day at a time.

Hari ni pun ada kelas jugak. Mula-mula aku dah malas nak pegi sekali member sms cakap nanti lecturer  nak bagi result test satu lagi tu. Fuhh berdesup aku pegi. Hahahha. Alhamdulillah, result paper satu lagi tu ok. Syukur sangat. Balik je aku singgah beli lunch untuk Ed. Sesampai dekat rumah, aku mintak Ed bukakan pintu sebab aku banyak barang kan, pastu dia bukak la dengan kain pelikat comot-comot semua. Aku tanyala, buat apa comot-comot tu? Dia tak jawab. Mesti tengah ngemas ni. Aku jenguk dapur, Ya Allah berkilat-kilat counter top dapur. Bersih gila. Suka..suka..suka kuasa doploh. Ed ni memang suka ngemas time aku takdela, selalu buat surprise. So aku decided that this kinda surprise lagi best daripada birthday surprise ke hape yang aku tak akan dapat dari dia tuh, hahhaha. 

Sepanjang hari ni dan semalam jugak, aku dok try run program untuk projek master aku ni. Dahler nak download tu 3-4 jam, dah sampai 98% pc hang, download semula sampai 99% hang balik. Macam haram. Memang dok fail daripada last week. Puas aku cuba macam-macam cara, download dari mirror lain, semua tak boleh. Menyakitkan hati gila. So esok aku nak cuba method lain pulak. Projek ni untuk paper yang aku dapat markah rendah hari tu. Aku memang kena nail this program, dah le mid term teruk kan. 

Next week aku sibuk sepanjang minggu jugak. Ada event besar jugak next week. Slides tak buat haper pon lagi tau tak. Sebelum event tu aku ada kerja luar 2 hari pulak tu.  Entahlah, tatau macamana gayanya event tu. Nak present apa pon tatau. Hahaha. Ya Allah berilah kekuatan dan ilham kepada hambaMu ini. 

Sepanjang aku sibuk memang aku tak masak. Hari-hari Ed makan tapaw je. Kadang-kadang aku bungkuskan untuk dia, kadang-kadang dia bungkuskan untuk aku. 2 minggu gamaknya gitu. tadi terasa nak makan sup tapi kedai tu dah nak tutup, last-last tengok giant bukak lagi, beli ayam dua ketul dan sayur sikit, buat sup sendiri hahahha. Buat sup ayam bodo pon sedap kan, kalau buat sendiri. 

Eh dalam-dalam takde idea, panjang lebar gak kan aku membebel. Yelah aku tau korang rindu aku kan..kan..kan.. Eleh tak ngaku, tu asyik klik link ke sini tu ngape? Muahahhaa... Okla kawan-kawan, kalau aku sempat aku buatla update bila-bila ye.

Wednesday, November 9, 2011

BUSY..BUSY..BUSY

Gila punya busy seminggu dua ni, in fact sampai hujung November. Take care people. I'll see you, when I see you.

Sunday, October 9, 2011

Kerja-study-kerja-study-Great!

Aku tulis ni hari khamis . Ed patutnya outstation hari ni. Dia terlupa yang hospital appointment follow up aku ialah pada hari ni. Aku memula tu frust jugak sebab aku dah cakap. Tapi aku pon terlupa masa dia inform aku yang dia akan outstation semalam. So nak buat camana. Bukan salah siapa-siapa. Aku risau gak, sebab rasanya kalau pegi hospital sure kena amek jab punya tangan aku ni. Menurut si Amy, agak sakit kena inject tu. Nak bawak kereta balik rumah horror sikit. Alangkan nak gi kerja balik kerja yang dekat pon aku sakit tangan, ni pulak lepas jab dan nak drive dari Ampang yang mungkin jem tu.

So aku telefonlah mak aku, untuk mintak tolong dia hantarkan. Dia takde dekat KL lah pulak. So aku pening-pening lalat, tapi dah ada lah jugak last resort untuk ke hospital tu. Agaknya si Ed nampak aku dah susah hati, dia pon call colleague dia dan cancel ke outstation. Kesian jugak dekat colleague dia kena gi sorang-sorang ke JB nun. But thanks a lot babe. 
So pagi ni Ed hantar aku ke hospital. Aku dapat turn yang ke-8. Ed bosan gila tunggu aku so he went to sleep at the surau, kejap. Aku pulak dah tersenggok-senggok dah menunggu turn. Masuk je bilik doc, memang sah kena amek injection. Adoila. Masa masuk jarum tu tak sakit sangat. Bila dia masukkan ubatnya tu, maaaakkkk ngilunya. Pastu ngilu tu worsen dan berdenyut-denyut bila dah masuk kereta dan sampai rumah. Apa lagi tidur jelah.

AT 4 gitu, aku bangun sebab nak gi meeting. Aku memang dengan tangan tak kuat ni, pergi jugak meeting tu. Ada kawan datang pick up sebab aku tak leh drive. Nasib baik ada dia. Kalau tak maybe tak pergi meeting tu.  So we went for the meeting. Kol 9 malam baru habis. Adoila. Pengsan. Bila nak balik I bought dinner untuk Ed dan lepas tu makan pain killer. 

Actually menaip ni pon rasa tak best. Tapi nak jugak cerita kan. Tapi aku update lambat sikitlah. Bila nak pakai mouse,  aku ada tikus portable yang aku bawak dalam beg aku. The cushoned mousepad tu aku tinggalkan dekat opis. Ni dia..

Oppss sorry, tertunjuk bahagian bontot laks. 
Ok ni haa dia tikus aku. Mouse and mouse. Dapat dek anak buah aku, nescaya dia buat masuk bilik air nih. Berendam sama dengan dia. Lama pulak tak jumpa anak buah aku nih. Semenjak aku ada kelas ganti on weekend, memangla tak sempat nak gi jumpa diorang. Hishh busy sangatla sekarang. Ada masa-masa rasa overwhelmed tatau camana nak handle semua. Kena doa banyak-banyak, mintak Allah bagi ilham dan kekuatan untuk handle semua ni. 


Aku rasa weekend akan datang  baru leh buat update sebab, aku ada assignment nak submit, exam is on Wednesday, and Thursday and Friday outstation pulak.  Friday night ada status meeting plaks. Tu belum campur day to day punya kerja. Pengsan. Hishh sebut banyak-banyak kali perkataan pengsan ni cam doalah pulak kan. Kena tukar word yang positif sikit; Great! Kena makan vitamin nih. Wokeys, take care people. 


Note : Aku seram nak exam rabu ni. Haram tak study apa, dahla kat kelas asyik blurr dan tak faham jek. Eii takot. Doakan aku ye kawan-kawan.

Thursday, July 21, 2011

Sebok..sebok..dan Ramadhan bakal menjelma

Aku sebenarnya besok ni, ada talks dekat satu event. Pagi tadi baru aku terhegeh-hegeh buat slides. Dah tau lama dah, tapi suka jugak nak buat kerja last minute. Kenapa ek. Kawan aku cakap aku ni jenis thrive under pressure. Aku rasa pulak.. aku ni.. errr master procrastinator. Suka sangat tangguh-tangguh kerja. Dah last minute baru kelam-kabut, teruk aaa. Tah bila nak berubah tataw. Senang sangat distracted aku nih. 

So aku konon-konon bukak laptop ni nak rehearse la apa aku nak cakap esok, last2 gi masuk blog oranglah, gi komen kat sana lah sinilah. Pastu buat blog  update pulak!???!! Ko paham tak? Aku pon tak paham. Mudah sangat distracted. Siang tadi pon hari mencabar gak, ada err event kat opis. Kecut perut aku. Alhamdulillah part aku setakat ni ok, but it's not over yet. So banyak hari lagila nak kecut perut. Minggu depan ada conduct training pulak. Pastu kena outstation, dan hanya balik pada petang sehari sebelum puasa tu. Hmmm semua nak pulun sebelum puasa kan. Sabo jelah. Padat gila diary aku sebelum puasa ni. Naseb baik dah ganti puasa, kalau tak kering tekak aku dok bercakap jek nih. Petang tu ler baru nak ke supermarket beli lauk basah sikit. Aku tau sangat Ed tu bukan suka beli-beli makanan kat pasar Ramadhan tu. Dia rela aku buat nasi goreng hari-hari daripada beli kat Pasar Ramadhan tu. Bersedialah cekna untuk memasak hari-hari. Hahahha.

Tapi dalam-dalam sebok, most weekend, aku ada projek buat roti dengan anak-anak buah aku. kalau takat 500g boleh siap sumer dari masukkan dalam mesin mengadun, proofing ke baking sampaila kemas sumer dalam masa 2 jam. Dulu took me a while jugak. Sekarang dah tau the drill senang sikit. Anak buah aku pon dah tau buat the doh, aku print resepi, diorang ikut satu-satu, insyallah jadik jek roti tu. Last weekend jugak aku buat nasi beriani lagi. Kali ni sedap sikit daripada yang aku buat last month. Adek aku makan dua hari dua malam kot, nasik tu. Hahaha. Alhamdulillah. Buat roti dan memasak itu ialah my therapy kot. Tapi masak hari2 tu tak pulak rasa therapy. Rasa cam chore jek. Bosan giler. Hahahah.

Oklah korang, aku nak kena review slides ni. Dah kol 2.20 am dah ni. Bila daa mau tidor, esok merepek-meraban karang. Take care people.

Sunday, May 22, 2011

One day at a time.

Assalamualaikum wbh,

Grrr, sepatutnya I got my bread maker semalam, and I was planning to cook up a storm yesterday and today. Tapi sebab some technicalities yang kalau aku explain pon buat sakit hati aku jek. Senang citer, belum dapat lagilah dan tertangguh la misi aku nak jadik bread chef minggu ni.. (ada ker? hahah)

Last week ada a colleague rumahnya kena rompak and the best part all of her family are inside the house! Macam kena pukau, the robbers siap masuk their bedroom lagi. Seram. Alhamdulillah all of them tak apa-apa. Tapi aku lah yang tak lelap tidor, sebab dok sorang, sebab Ed gi outstation. Adoih. 

Anyways, last week aku kerja tak produktif sangat sebab tak dapat buat kerja-kerja hakiki, instead kena buat kerja-kerja yang tak sure kerja siapa sebenarnya. Pastu malam-malam aku main game bodo-bodo kat Ipad tu. Serius la addictive game2 nih. 

Last week jugak, ramai gila orang resign dan reached their last day. Rasa cam best jek, that they are on their way to greener turf. But we'll never know kan, whether you'll be hapier or not. Aku pulak, dah nam[ak that another opportunities untuk change of career dah mula menampakkan hasil, but the thought of leaving my current company, the stability and the security is making me nervous. Tak leh imagine kalau takde duit gaji bulan-bulan nih. Hishh seram lak. Anyways, decision point will come in mid June. So sebelum sampai that juncture, aku malas nak pikir lagi.

On to some good news. Aku amek dua subject sem ni for my masters kan. Kejap jek dah habis satu sem kan. Macam baru jek register sebenarnya. Aku bukak la portal, dok tengok-tengok updates sebab aku risau aku dokumen yang aku tak submit lagi. Pastu aku tekanler result kan. Macam Delinn gaks, aku genyeh-genyeh mata dua tiga kali, siap panggil kawan aku soh tengok result dia pulak. Alhamdulillah aku dapat A untuk subject tu! Syukur..syukur.. 2 hari lepas tu, kawan aku cakap result subject satu lagi dah keluar jugak. Berdebarnyaa. Aku pon login, pastu takut nak nak tekan button result tu. Another A!!! Alhamdulillah. .alhamdulillah..alhamdulillah. Syukurnya Ya Allah. Azab sangat rasanya kerja sambil belajar ni.. So you loose some you win some. Research aku kena restart but my class suject result sangat-sangat baik. Syukur Ya Allah. 

Ada a friend tanya, Master ni senang sangat ke, bersepah orang dapat A. Tataula kan. Pada pandangan aku, bukan senang. Susah. hazab apatah lagi kalau sambil kerja ni. Cuma our commitments are different as compare to masa undergrad dulu. Bayar sendiri kan penat lelah sendiri lainlah. Masa dulu-dulu buat assignment lebih kurang;hantar. Now pergi tanya lecturer 3-4 kali sebab we wanna nail all our assignment. Sebab risau takut tak sempat study for exam. So memang assignment and carry mark tinggi.

Apa-apa hal pun aku bersyukur atas kurniaan Allah ini, dan thankful to a friend of mine yang sesama berjuang untuk masters ni. Teringat masa hari exam tu, aku asthma sikit so aku tak gi library study, aku study dekat rumah jek atas katil. Aku punya note penuh keliling katil. Pastu aku skype dengan sorang member lagi untuk discuss jawapan exam. Pastu siap telefon Ed nak nangis (ke dah nangis aaa?) sebab panik tak habis study dan tak prepare untuk exam. And later Ed smsed me a really touching Doa. You're the best babe.

So lepas ni kena work on with my research paper yang kena buat balik tu. Ughh. Walaupun cuti semester sekarang ni, tiada cuti untuk yang buat Masters by Research kan. Okay, one day at a time Cekna. One day at a time.

Friday, April 8, 2011

Tatau kenapa?

Tatau kenapa, rasa semakin tak semangat nak kerja. Kerja banyak sangat, tapi entah aku marahkan apa pon tatau. Tapi aku sepanjang hari pissed jek. Ada jek aku rasa nak buat aku hangin. Entah kena involve dengan tah haper-haper kerje jek. Penambahan demi penambahan. Semua menambah kerja yang dah already banyak.. Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci... Benci..Benci...Benci...

Hahhaha. Macam tulah aku skype dekat a collegue of mine. I hate this situation, that I have no control of. Pastu  dapat result satu fund yang kitorang bid, dah dapat bermakna MORE WORK!! Later, dah petang-petang sikit ada enquiry untuk buat advisorylah apalah. Ya Allah stressnya. The thing is, memang tak leh tolak kalau ada company mintak buat advisory nih. Serabutlah. Pastu yang lagi aku sakit hati, adalah pulak umat yang tanya apa lagi service boleh bagi? Tak nampak ker dah lebih dari sotong dah tangan kami ni? Grrrrr...

Dalam serabut-serabut tu, aku pegi enquire pasal pakej umrah and I booked a spa session this weekend. Yelah I gotta do something about it, kan. Deal with it, tak leh nak biar diri terus-terus stress, and depress. Kang tak pepasal gi jumpa doctor, ckp nak mc sebab murung. Muahahhha. Aku tak perli sesapa ok. That  is your form of dealing with it. Maybe boleh cuba kalau leave aku tak approve. The thing is the boss mudah jek approve cuti. Alhamdulillah.

Dah aku book spa tu, my mom pulak called soh gi babysit my anak-anak sedara la pulak disebabkan oleh some unavoidable circumstances. ..Grrrrr. Tatau nak marahkan siapa. Dahla susah nak dapat time kat spa tuh. Arghh. I really need to go. Aku dah few weeks sakit belakang dan pinggang ni. But, I know I need to help babysit my nieces sand nephews. Kena tukar arragement la nih. Hmmmm..

Aku tau bosan topik nih. But nilah keadaan aku sekarang. Pastu aku rasa aku lagi depres sebab si Ed ni takde outstation. So aku takde saper nak cerita serabut-serabut nih.  Kalau tak, dia ler yang menadah telinga bila aku depress. Entah berapa ribu kali dia dengar aku nak berenti kerja nih bila aku depress, hahhaha. Dia rilek jek sekarang. Bila  aku call dia , aku pon tau dia penat. So malas nak citer time tuh. Hmmm.  And I have 2 more assignments and 1 presentation due. Pastu seram sejuk sebab ada penambahan terhadap supervisor  yang agak strict dalam supervisory committe study aku.

Monday ni aku aku cuti nak gi bank yang sudah double charge insurance apartment nih. Letih la nak buat urusan-urusan nih. . Pastu aku nak siapkan chapter 1 and 2 thesis aku. Hari Selasa aku cuti gak nak gi library siapkan assignment dan thesis tu ler. Aku tau SV aku agak dissapointed last week when I said that aku takde update, sebab aku sebok coordinate dan present kat regional meeting lepas tu present lagi kat Sarawak. Aku tau, aku pun dissappointed with myself. Dah masuk April, I am nowhere, where I should be in my studies. Sob..Sob.. Tapi tatau dah nak buat camana lagi. Hopefullu cuti 2 hari ni, ada significant move in my thesis. Hmmmm...

Ke sebenarnya aku missed Ed jek nih? muahahahhahaha.

Update 10/4/11 malam
Aku pergi jugak spa untuk massage. Hehehe. Tersangat best. Walaupun, malu gak, sebab semi naked gitu kan muahahha. Tapiii lega sangat. Pagi tu pergi breakfast dan belikan bebudak breakfast sekali. Sampai jek yang besar-besar dah bangun so they ate first. Dekat-dekat tengahari yang kecik-kecik laks bangun. Seb takde yang menangis or cranky. Suapkan makan. Soh mandi (siap perambat aku dari bilik air, "gi amek baju baby" sambil dia sepahkan bilik air dan habiskan setengah botol shokubutsu) pastu pakai baju. Uncle Ed yang baru jek balik dari outstation ckp, dah pegi spa tuh. Best! Aku terlama sikit dekat spa, risau jugak tinggal semua bebudak tu kat Ed. Balik jek uncle cakap, yang kecik sekali siap be**k masa aku takde tuh, bertuah betul la budak nih. Surprise jugak aku, Ed selamba jek handle sorang-sorang, tak tepon pon aku. Muahahhaha. Cayalah uncle Ed. Esok dia dah nak gi outstation balik. Alaaaaaaaa..

Saturday, April 2, 2011

Sebok...sebok...sebok

Minggu ni memang sibuk giler. Kalau tak kuat semangat memang boleh crack gamaknya. Eii apsal la banyak sangat typo kalau menaip pakai ipad ni haaa? Jari aku gemok-gemok ka? Aku malas nak on notebook aku tu, karang aku gi buat kerja pulak. Too much happening this week that semalam pertama kali dalam hidup aku aku bua jadual waktu.

Aku memang ada planner sebelum ni. Tapi planner aku tu tulis meeting dan appointment pukul berapa jelah. Dekat page lain dalam diari aku tu ada checklist pulak. Berpuluh-puluh checklist yang alhamdulillah banyak ajugak aku dpt cross kan. Tapi semalam pecah rekod where aku buat jadual waktu seharian. Sebab aku ada banyak sangat kerja sampai aku terpaksa buat mender tu so that aku tak termiss things. Contohnya.

8.00 -8.30 baca literature review
8.30 -9.30 siapkan slides
.........
..........
12 beli makanan
12.15 -1.00 - makan sambil baca LR

Dan seterusnya sampailah kol 5 where aku kena blah sebab nak gi kelas. Bila rasa nak teroff
track aku check balik, aku sepatutnya buat apa sekarang? Dan get back on track. Serabut sampai kena buat macam tu.

----------------

Tiru oren. Buat update style nih hehhhe. Aku sekarang sakit pinggang. Buat kerja dudukla kan. Pastu sambung duduk kat kelas. Pastu sekarang tiap tiap malam sambung buat kerja kat rumah or baca journal. Duduk lagi. Tapi kat rumah horror sikit sebab aku reading atas katil so, membongkok sikit bila nak menaip. Minggu lepas dah ckp kat ed nak make over bilik tengah jadik mini office or study room. Aku kalau buat kerja kat ruang tamu tengok tv jek karang. Pastu i need some peace and quite. Tapi bilik tengah tu punyalah kecik. Tatau camana nak atur dah. Unless aku buang some perabut. Maybe boleh gi ikea carik idea. Hhahah..sebok jek tiru jojoe. Carik idea je kan jo.  Tapi tadi lega sikit sakit belakang sebab ed tolong picitkan. Kesian gamaknya letih memanjang. Punyalah best dia picit, sampai aku cakap, urut sejam boleh? saya sanggup bayar cam bayar org kat spa. Hahahhaa. Dia malas nak layan aku. Hahhahaha..

-----------------

Hari ni dan esok ada organize event sikit. So bertambah la kelam kabutnya. Mana nak setup infra dan prepare content. Pastu aku jugak ler presenter. Terlebih serba boleh ginilah. Hahahha. Ke aku yang tak reti nak mintak tolong? Sumer nak buat sendiri jek. Terlebih memahami orang lain sebok? Habis aku tak super duper sebok?tahlah. Ni ler kelemahan aku.Sambutan was also agak dingin. Sedih jugak. Tapi aku dah buat tanggungjawab aku.

-----------------

Next week kena outstation. Ed outstation 1 minggu. Aku pulak 2 hari. Ok jugakla sebab aku outstation pada week yg sama kan. Tak prepare haper pon lagi pasal the trip. Hmmm..Pastu trip ni menyakitkan hati aku sepanjang week ni. Orang yang request ni mengada-ngadanya toloonggglahhh. Kalau boss allow, memang aku kansel jek trip nih. Macamlah aku hadap sangat nak pegi. Menciiikk..

----------------

Dah dekat 3 minggu tak jumpa sv. Kerja horror sangat. SV pesan meeting minggu depan kena substantial findingsla . Mampossss..aku dahler agak lama tak membaca journal baru. Pastu aku tak dapat jugak jumpa journal yang aku mintak Oren tolong carik ari tuh. Carik di 3 universiti punya library. Now ada another one last e-library aku tengah carik. Kalau takde jugak, kenalah aku beli dalam 4 journal USD30 satu. Adoihhh. But I really need it.

-----------------

Aku memang kekadang rasa down, overwhelm dan penat yang hamat. Kerja banyak gila dan mende2 study ni dok nagging jek at the back of my mind. Nak berhenti kerja, buat freelance, takut tak cukup lak income tu. Hmmm aku tak banyak options sebenarnya aku rasa.  Grrrr tak reti dah nak balance. Camana entah.

------------------

Tapi dalam-dalam serabut one of the best news I got this week was, I scored my assignment and mid term exam. I mean really-really scored! Terkejut besar aku. Memang terkejut. Dan tak sangka. Omigod. I never, ever got that kind of marks even when I was an undergrad student.  Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Syukur sangat atas nikmat yang Allah bagi. Now macamana nak maintain the momentum pon tataw. 

Wednesday, November 10, 2010

Update dari Hammersmith, London - sambungan



 Salam korang.

Yelah tu, update dari Hammersmith. Aku dah sampai Bangi dah pon hahaha. Sorrile aku tak mengupdate sangat. Dekat London busy sangat. Dah balik Malaysia lagila super-duper busy maklumler lama sangat tak masuk office kan. Serabut kepala aku. Wokeys, sebelum aku mengomel tak abis-abis pasal kerja ni, meh sambung dulu update dari Hammersmith.
Aku present dekat Stream B ni
Sambungan..
Aku try jugak masuk balik masa Amit dari India tu present, sebab he was so supportive masa aku present. Tapi aku memang batuk cam haram masa tu. Sampai dia terpandang-pandang dekat aku masa tu. Aku terus keluar, naik ke bilik dan makan ubat, sambil minum air suam. Lepas Amit present the conference break for lunch. Aku terus jelah lepak dekat bilik, makan apa yang ada dekat bilik, solat dan baring kejap.

Bilik dekat Novotel. Simple but moden biliknya
Bilik yang aku akan present, sebelum the participants arrival. Aku tengah kecut perut masa tu.
Ni gambar masa presenter lain present. Dekat balik, seating arrangementnya macam seminar type. Terperanjat aku bila Stream leader aku cakap, stream kami will have cabaret style seating. Rupanya cabaret style tu round table. Fuhh lega, ingatkan apa lah.
Ed persuaded me to proceed jek with the interview. Aku sepatutnya ada film an interview dgn this production company. Mula-mula masa pagi tu, aku informed them that I probably tak boleh buat interview tu sebab suara takde. Tapi diorang insisted that I do the interview. Aku cakap tengoklah keadaan petang sikit. So petang tu aku ke exhibition hall dan ke tempat interview tu. Dengar suara tak berapa keluar tu dan kepala pusing, aku buat lah interview tu. Tahler macam tak berapa bagus jek aku jawab. Nanti dah upload dekat website karang aku tengokler balik.
Ni tempat aku diinterview. Berapa kali kena amek shot sebab, ada orang hempas pintulah, ada orang lalu depan aku lah, hahaha.
Malam tu, aku dan Ed nak pergi cari makanan. Dekat area Novotel tu takdelah pulak makanan halal within walking distance. Aku cakap dekat Ed, kita pergi Khans dekat Bayswaterlah. Aku nak makan nasik. Aku tau hari tu ada tube strike where most of the underground tube ni tak ada service. Aku suruh ler Ed tengok dekat website, area mana yang terlibat. Hampeh, the whole circle, and most of district line takde service. Nampaknya kena naik teksi lah kot. Aku dah kebulor masa tu. Lepas amek jacket, kami ke luar novotel dan nampak satu teksi ni. Aku pon tanyalah.

Are you in service?

I am. But Are you sure you want to take a cab now. The traffic is pretty horrible.

We got no choice now.
Memang tutup terus tube station. Adoihhla..
A t shirt that Ed bought in Bayswater, cute kan hahahha.
So naik jelah cab tu, dari Hammersmith ke Whiteleys dekat Bayswater. Ya Allah jemnya. Kecut perut aku nengok meter teksi tu. 2.30-3.50-5.00-7.60-8.80----17.80 pound damn! Aper nak buat nak jalan memang jauh. Malas aku nak convert berapa harga teksi malam tu. Lepas makan, tengok kedai souvenir kejap, amek gambar depan tube station yang tutup tu dan amek cab balik ke Novotel, sebab besoknya ada conference lagi kan.
Ni breakfast yang dihantar ke bilik every morning.
Esoknya aku pegi ke conference balik. Masuk keluar stream. Ya Allah, what wrong with the topics tahun ni. Aku salah stream ke? How can people still talks about framework lagi? Kalau maturity model ker, measurement ke okla. UK dah lama la implement BCM;dah matured they shouldn't be talking about implementation lagi.  Kalau nak measure effectiveness tu logikla pada pandangan aku. Well, tu pandangan aku jelah.
NI sambungan conference masa petangnya yang agak menarik
Masa lunch again, aku naik ke bilik utk makan dan solat. Makan subway yang kami beli semalam. Tak pathetic kan. Lepas lunch aku turun balik. Haaa petang ni betul2 best sessionnya. Menarik sangat. Bila dah penutup tu, aku pergi sembang-sembang dengan Editor Continuty magazine, yang edit dan publish an excerpt of my article dalam magazine tu. Then dia introduce me to the chairman of BCI. Later aku cakap aku nak cari Lucy, one of the people who really helped me with this event, dari first time aku enquire sebab nak hantar call for papers, which is somewhere in December last year, sampai lah prior to my presentation. Aku ada beli some craft gift aku beli kat KL hari tu.

Bila aku turun ke secretariat room dekat exhibitor's floor tu, aku enquire dekat this one lady namanya Jane, wherebaout of Lucy. Since dia takde aku mintakla jasa baik dia untuk passkan the gift to her, bila dia belek nama aku dekat my tag dia cakap.

Err Arena, you win something.

Are you sure?

Yes, I think you won one of the big prize.

Are you serious? (aku dok terpikir, sure ler dapat bakul yang penuh dengan champagne dan wine tu, nampaknya, berparti sakanlah diorang jap gi sebab aku akan prize tu kat diorang kan,)

You wait a second darling, while I check what you got.

Girl, you're going to love this, you won an iPad!
What?!! Really?!!! I won an Ipad? That's amazing! I never won anything, ever, ever !!(giler excited aku masa tu, entah-entah siap terlompat-terlompat tanpa sedar kot, hahhaha)

Yes, you did. Are you excited?

I am. But I wasn't here when they announce it. Did they give it to somebody else?

No, they will ship it to you

Really? That's great! Brilliant!

Lepas tu Jane tu pon excited untuk aku, siap peluk-peluk dan kiss pipi aku lagi. Hahahha. Belasahla. Jane takpe, jangan John. Bila aku nak naik ke bilik untuk informed Ed, ada 2 mat salleh came to see me, rupanya diorang ni yang sponsor the iPad tu. Dia sembang-sembang sikit dan cakap akan ship ke Malaysia. Yippie. (I got an email from them yesterday, diorang dah tanya nak confirmkan alamat. Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah)

Earlier of the day, aku cam frust jugak sebab aku tak sempat nak pergi visit booth lama-lama sebab aku ada interviewlah, kena presentlah dan aku nak dengar talks orang lain. I dropped my card dekat 2 tempat je kot rasanya. Memang rezeki aku lah gamaknya. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah.
Crazy traffic light near canary wharf, mana satu nak ikut tu?
Another 1, it is called Traffic light tree, menurut pembacaan aku, it serves only as a sculpture. Tapi dok kat tengah2 bulatan kecik gitu, sure tekan break punyalah, ingatkan a functional traffic light, memang konpius mana satu nak ikut.
Overall semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah. I got an invitation to present dekat Cairo pulak May next year. Tengoklah macamana. Semuanya atas izin Allah, doa dari mama dan of course doa, redha dan support dari my biggest supporter Ed. You're the best, babe.
So that's all from my trip in London.

Note : Hahhaha nak detail one go to my private blog. Tunggu jelah entah bila zaman aku nak update tu.

Sunday, October 24, 2010

Pre-Travel Update

Checklist
  1. Finalise and send revised article
  2. Finalise and send revised magazine version article
  3. Finalise and send presentation slides
  4. Print flight ticket
  5. Print hotel voucher
  6. Buy food
  7. Buy warm clothing
  8. Buy suit
  9. Beli ubat
  10. Baca latest event
  11. Renew buku kat library
  12. Etc..etc
Banyak lagi tak settle sebenarnya. Alhamdulillah, aku berjaya gak habiskan the 5 days course. Gila susah dan memeningkan kepala. Buat soalan asyik salah je, saspen aku. Pastu aku missed about 2 hours on the last day sebab aku dah demam dan sakit tekak, kena gak gi klinik. Ed gi hantar aku ke klinik,(tq babe) dan dia cakap, MC jelah hari ni com. Kalau tak kerana it's the last day of training memang aku cuti. Demam, selsema, sakit tekak dan kepala berat jangan cakapla. Muka aku sembab habis masa tu. Mata pon tak berapa boleh bukak. Tapi hari last selalu trainer bagi tips utk exam kan. Yelah examnya pon dalam 6 minggu jek lagi. Tolak aku gi UK sumer tu, adalah dalam sebulan. Yikes!

On hari Khamis I got this call, nombor aku tak kenal. Lepas aku tak angkat kat phone company, number tu called aku kat my private number pulak. Aku dok pikir, ada a handfull of people jek yang ada both of my contact number. Baik aku angkat. Rupanya my uni friend. Dia dah jadik director dekat one international consulting firm ni. Dia suruh aku hantar resume. Aku gelak jek. Dia kata dia boleh hire orang sekarang, dan sungguh2 suruh aku apply. Hmmmmm. The last friend who went to this type of consulting firm, memang earn 5 figure. 

Tak menggeletor lutut kalau dpt 5 figure? Tak hilang sumer ko punya kata-kata konon2 nak serve the country lah apalah. Sedangkan that firm pon buat project yang serve the country gaks. Hahahha. Dilema-dilema. Up till now aku belum update my resume. Aku tak pasti apa yang aku nak. Yelah memanglah money is just money, but aku pikir gak, with that kind of money, sebulan dua jek dah cukup duit nak gi umrah, hahahha.  Boleh settle hutang-hutang aku;debt free baby, boleh beli rumah atas tanah.Sudahla cekna ko banyak lagi mender nak pikir daripada jumping jobs. Aku nak focus on the conference ni dululah. Balik nanti baruler aku pikir pasal offer nih. (nak gak pikir tuh hahahha). Kerja lebih kurang sekarang jek, maybe less hahhaha. Sebab walaupun aku kejer semi gomen, macam nak mampos jugak banyak kejer. Kalau korang, korang consider tak? hahahha.
OKlah korang, aku nak goreng keropok. Ubat paling mujarab untuk batuk aku nih kan, hahhaha. Aci tak lepas makan keropok pastu makan ubat batuk muahahhaha. Ubat tu kalau makan jek kena terus standby atas katil, sebab kepala terus ting-tong. Chow people.


Monday, October 18, 2010

Update

Aku dah submit dah semua presentation slides, article for publishing dan article for magazine version. Dah.. Settled...Banyak lagi mender nak buat actually, tapi aku tak boleh nak buat apa-apa sangat sebab aku tengah training seminggu pulak nih. What timing kan?

Aku applied for this training early of the year, dan asalnya memang tak dapat dah training ni. Aku lega jugak sebenarnya bila tak dapat. Sebab kalau dapat, that means, I have to sit for the certification exam, come this December. Tup-tup last month kot, dapat tau nama dah naik, and dapat budget allocated from Ministry pulak tu. Bermakna, tak boleh suka-suka tolak atau carik replacement. Kalau budget company sendiri leh la offer kat sesapa. So kenalah aku pergi jugak training tu seminggu. Dan aku juga dah sign up for the exam, in December. Help! Exam lagi! Serius tak daya. Tapi apa nak buat, aku just take one day at a time. Kalau aku pikir sekali harung sure aku migrain kan. 

Kursus ni pulak mencabar, bukan level aku gamaknya. Aku perlu lupakan whatever that I have learned, and however aku buat kerja aku sekarang, dan pakai cap as senior management dan pikir kerja-kerja teknikal ni from strategic point of view. Tobatt aku tak reti. Masa mula-mula sampai kami buat test dulu. Aku cuma dapat 49/100 jek! Damn. Ada yang dapat 87 gitu tau. Susah nak pujuk hati supaya tak disheartened. Takpelah baru first day. Harap2 after 5 days tu, pemahaman aku lebih konkrit. Jangan makin confuse, sudah. Yang aku lagi berat kepala ialah aku sakit tekak gila, demam, dan selsema dari Ahad hari tu. Masa dekat kelas memang lembik dan tak comfortable. nak drive pon tak larat. Kalau tak kerana training memang aku MC jek.

Aku akan berlepas ke London tu next week. Can you believe it? Aku dok cakap  pasal hantar Call for Papers dari tahun lepas, and it is materializing. Insyallah next week.  Adoih, banyak lagi persiapan-persiapan yang tak settle lagi. Weekend ni memang kena scramble, dan try to prepare apa yang boleh. sebab next week, prior to my departure tu pon, packed jugak. Itupun nasib baik aku berjaya menepis trip ke Taipei. Aku disuruh present jugak kat Taipei. 2 hari sebelum aku berlepas ke London tu! Though aku serabut, I was actually considering it, korang caya tak? I am such a pushover. Memang senang sangat orang nak suruh-suruh dan kulikan aku. Bila aku informed Ed. Dia jawab  2 perkataan jek, Decline! Insist! So Dengan itu senang jelah aku buat keputusan. I mailed to the bosses, cakap aku decline from going and please offer the opportunities to others.

Oklah kawan-kawan, aku busy yang hamat seminggu dua ni. Maybe my next update dah dekat sana or I may sempat update barang satu, dua update before I go. Kawan-kawan doakan aku ye, dipermudahkan semua urusan dan diberi kesihatan yang baik. Semalam aku gi beli ubat (prepare ubat utk bawak ke sana) beratus aku habis, punyalah banyak penyakit. Tapi aku bersyukur, sakit aku, gitu-gitu jelah. Buat aku uncomfortable tapi takdelah terminal disease kan, Bawak-bawaklah bersyukur cekna. See ya people.

Note : I'm suppose to be studying the glossaries. Nih buat upate ni kenapa? Tadi baru baca 2 page, terus tertido kau. Konon2 aku tertido sebab aku demam, hahha pegidah. Korang percaya ker?