Saturday, April 2, 2011

Sebok...sebok...sebok

Minggu ni memang sibuk giler. Kalau tak kuat semangat memang boleh crack gamaknya. Eii apsal la banyak sangat typo kalau menaip pakai ipad ni haaa? Jari aku gemok-gemok ka? Aku malas nak on notebook aku tu, karang aku gi buat kerja pulak. Too much happening this week that semalam pertama kali dalam hidup aku aku bua jadual waktu.

Aku memang ada planner sebelum ni. Tapi planner aku tu tulis meeting dan appointment pukul berapa jelah. Dekat page lain dalam diari aku tu ada checklist pulak. Berpuluh-puluh checklist yang alhamdulillah banyak ajugak aku dpt cross kan. Tapi semalam pecah rekod where aku buat jadual waktu seharian. Sebab aku ada banyak sangat kerja sampai aku terpaksa buat mender tu so that aku tak termiss things. Contohnya.

8.00 -8.30 baca literature review
8.30 -9.30 siapkan slides
.........
..........
12 beli makanan
12.15 -1.00 - makan sambil baca LR

Dan seterusnya sampailah kol 5 where aku kena blah sebab nak gi kelas. Bila rasa nak teroff
track aku check balik, aku sepatutnya buat apa sekarang? Dan get back on track. Serabut sampai kena buat macam tu.

----------------

Tiru oren. Buat update style nih hehhhe. Aku sekarang sakit pinggang. Buat kerja dudukla kan. Pastu sambung duduk kat kelas. Pastu sekarang tiap tiap malam sambung buat kerja kat rumah or baca journal. Duduk lagi. Tapi kat rumah horror sikit sebab aku reading atas katil so, membongkok sikit bila nak menaip. Minggu lepas dah ckp kat ed nak make over bilik tengah jadik mini office or study room. Aku kalau buat kerja kat ruang tamu tengok tv jek karang. Pastu i need some peace and quite. Tapi bilik tengah tu punyalah kecik. Tatau camana nak atur dah. Unless aku buang some perabut. Maybe boleh gi ikea carik idea. Hhahah..sebok jek tiru jojoe. Carik idea je kan jo.  Tapi tadi lega sikit sakit belakang sebab ed tolong picitkan. Kesian gamaknya letih memanjang. Punyalah best dia picit, sampai aku cakap, urut sejam boleh? saya sanggup bayar cam bayar org kat spa. Hahahhaa. Dia malas nak layan aku. Hahhahaha..

-----------------

Hari ni dan esok ada organize event sikit. So bertambah la kelam kabutnya. Mana nak setup infra dan prepare content. Pastu aku jugak ler presenter. Terlebih serba boleh ginilah. Hahahha. Ke aku yang tak reti nak mintak tolong? Sumer nak buat sendiri jek. Terlebih memahami orang lain sebok? Habis aku tak super duper sebok?tahlah. Ni ler kelemahan aku.Sambutan was also agak dingin. Sedih jugak. Tapi aku dah buat tanggungjawab aku.

-----------------

Next week kena outstation. Ed outstation 1 minggu. Aku pulak 2 hari. Ok jugakla sebab aku outstation pada week yg sama kan. Tak prepare haper pon lagi pasal the trip. Hmmm..Pastu trip ni menyakitkan hati aku sepanjang week ni. Orang yang request ni mengada-ngadanya toloonggglahhh. Kalau boss allow, memang aku kansel jek trip nih. Macamlah aku hadap sangat nak pegi. Menciiikk..

----------------

Dah dekat 3 minggu tak jumpa sv. Kerja horror sangat. SV pesan meeting minggu depan kena substantial findingsla . Mampossss..aku dahler agak lama tak membaca journal baru. Pastu aku tak dapat jugak jumpa journal yang aku mintak Oren tolong carik ari tuh. Carik di 3 universiti punya library. Now ada another one last e-library aku tengah carik. Kalau takde jugak, kenalah aku beli dalam 4 journal USD30 satu. Adoihhh. But I really need it.

-----------------

Aku memang kekadang rasa down, overwhelm dan penat yang hamat. Kerja banyak gila dan mende2 study ni dok nagging jek at the back of my mind. Nak berhenti kerja, buat freelance, takut tak cukup lak income tu. Hmmm aku tak banyak options sebenarnya aku rasa.  Grrrr tak reti dah nak balance. Camana entah.

------------------

Tapi dalam-dalam serabut one of the best news I got this week was, I scored my assignment and mid term exam. I mean really-really scored! Terkejut besar aku. Memang terkejut. Dan tak sangka. Omigod. I never, ever got that kind of marks even when I was an undergrad student.  Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah. Syukur sangat atas nikmat yang Allah bagi. Now macamana nak maintain the momentum pon tataw. 

15 comments:

  1. whoaaa rajin la ko nih. bravo!

    ReplyDelete
  2. congrats on the score!!! sure pueh ati kan.. berbaloi-baloii

    ReplyDelete
  3. Arena... banyaknya tugas yang perlu dibereskan...

    Akak yang baca ni pun sempot...hahahha

    Selamat berjaya dlm apa jua yang arena lakukan

    ReplyDelete
  4. Aku tumpang letih bila baca. April pun is a busy busy month for me. *tarik napas dalam2*

    ReplyDelete
  5. Delinn,
    Mana ada rajen.Aku tengah letak target nak present kat conference october ni. Sounds ambitious, I know.. Tapi aku nak cuba habis cepat2 masters ni. Tak daya aku nak juggle kerja dan belajar lama2.

    ReplyDelete
  6. Joe,
    Thanks a lot babe. Rasa berbaloi sangat gi jumpa lecturer 2-3 kali to ensure I nail the assignments. Biarla orang kata aku poyo, dalam kelas asyik aku jek tanya soalan hahahha..Syukur sangat.

    ReplyDelete
  7. Kak Anie,
    Iyer kak, tu pon saya rasa saya tak tulis habis kerja-kerja seba tak daya nak taop. Semua orang pon sebok kan kak, tapi dengan cara kita masing-masing la kan..

    Amy,
    Iyer sangat letih, apa nak buat. Inilah pilihan aku. Untuk sambung belajar pada tika dan saat ini. So kenalah cekalkan hati hadapi semua ni..

    ReplyDelete
  8. Amy,

    Cuba ko tengok dekat shoutbox tu. Dah takde spam sangat. Aku masuk kat admin page and ban them. Let see how long bertahan..

    ReplyDelete
  9. ko dh request ngan authors?

    takpe, masa nih ko havoc giler..dh habes sok, bile ko toleh semua nih, ko pun suprise camana ko hadapinya..go CheNa go!!

    ReplyDelete
  10. oren,

    Nak dapat email address dari author pon bukan main susah daaa.. dah beli da pon.. mahal nya beratus-ratus habis. Takpelah untuk ilmu. Kalau beli handbag boleh, takkan beli journal nak berkira? (ayat2 mujuk hati, muahahhaha.)

    Tulah, tapi kannnn.. lambatnya lah lagi nak toleh tu... hahhaha.. sekarang ni kena pandang depan jek.. tak leh toleh2.. ahahhaha..

    ReplyDelete
  11. nak berjaya kena banyak pengorbanan

    ReplyDelete
  12. takpe..kayuh pelan2, buat satu2, sekarang memang rasa menggelupur, esok2 dah setel semua boleh rilek2 sambil hirup kopi dan mengenang betapa susahnya nak capai kejayaan kan...

    CAHIYOKKK

    ReplyDelete
  13. Kak PB,

    tulah. This is the path that I have chosen. Kena tempuh ler jugak camner2 pon, kan kak.

    Angah,
    Tu ler, camner nak kayuh pon tatau. Take one day at a time jekla. Nak bua camana lagi kan. Thanks babe..

    ReplyDelete
  14. rajin terlampau la dia nih! Good JOB!

    ReplyDelete
  15. Rajen? Muahahhaha. Aku tak rasa ada orang pernah cakap aku rajen.. sekarang tengah melepek tengok criminal mind.. bila mau study?bila mau menulis thesis? Argghhh..

    ReplyDelete