Hari Isnin
Aku cakap aku cuti 2 hari kan. Hari Isnin yakni semalam, aku sebok menguruskan official errands. Aku mengantuk sebenarnya masa nak bangun tu, but Ed kejut jugak supaya aku start my day early lagipun dia dah nak bergerak ke opis dan ke outstation semula.
Aku pon gerak le ke PKNS Shah Alam. Sampai sana, makan breakfast dulu. Kemudian pergi Maybank nak withdraw duit untuk bayar semua urusan-urusan. Tengah withdraw dan nak collect kad dan duit, sekali kad tak keluar-keluar. Duit pon sama. Arghhhhhhhhhh. Terus aku telefon Maybank customer service sambil halang orang-orang lain dari pakai ATM yang sama. Jenuh menunggu customer service maybank nih. Aku dah nak menangis pon ada masa tu. Dahle payah nak carik parking, kad kena telan, duit takde pulak. Camner nak buat urusan nih?? Seb baik the customer service officer tu bagus. Sebab aku ada few pengalaman kurang best dengan Maybank customer service. Checkkan kat mana maybank paling dekat untuk buat balik kad, dan document apa yang perlu and so on.
Then, Allah bagi ilham that aku ada some money in other account. Enough la untuk renew passport dan top up tabung haji sikit. So aku kuarkan duit, dan naik ke immigresen. Masa aku tengah tanya-tanya orang kat mana pejabat immigresen, ada staff satu kedai ni tanya, nak buat apa kak, aku cakap le nak renew passport. Diorang tanya, gambar dan copy ic dah ada? Aku cakap ler gambar dah ada tapi tak sure boleh pakai tak sebab jauh. Meh saya tengok kak, oh ni tak boleh gambar passport kena dekat, muka kena besar sikit. Meh amek gambar kat dalam. Muahahhaha. Gila opportunist kan? But in a good way lah. Yelah kalau tak settle mender tu kena siapkan jugak. So I came to the immegresen office, well prepared. Yeah. Nak pegi mana renew passport tu?? Hehehhe.. Tungguuuu.. Kalau jadikla.
Lepas settle renew passport, kena tunggu sejam untuk collect the passport. So pergi BSN pulak, untuk cancelkan satu insurance fire and burglary. Sebab aku dah bayar insurance lain. Lepas tu pergi Tabung Haji pulak untuk update buku aku and my parents'. Lepas amek nombor jek aku tengok, maaakkk lagi 70 orang? So I went around, tengok-tengok baju. Giler banyak baju best-best kat PKNS Shah Alam kan. Tapi, aku dah banyak beli baju laa, and I should be saving my money a bit la. Giler duit kuar macam air jek lately nih. Seramm.
Siap sempat collect passport tapi masih belum naik-naik nombor kat Tabung Haji. (gambar utk passport kali nih ok sket, tapi lipstick terlebih berkilat daaa. Bukan apa everytime sampai kat immigration kat obersi, diorang ckp muka aku lain, dan belek muka aku dan gambar tu lama-lama. Burok benar kot gambo passport aku).The thing is, the teller tabung haji tu efficient. Memang cepat from one person to one person. Memang aku rasa tak sempat amek nafas aa diorang tu. Cumanyeee, kenapakah ada 3 orang jek kat kaunter tu.? Ada almost 10 counters maaa, hire la lebih orang. Tabung Haji cawangan Shah Alam, tu sure betlah ramai orang kan. 3 orang jek, kesian diorang dan kesian kitorang yang menunggu gilerrr lama just utk deposit, update buku dan withdraw duit nih.
Lepas settle mender-mender tu, aku pergilah Maybank depan MBSA untuk buat kad baru. kena buat jugak kad atm hari tu jugak-jugak. Susah woo kalau takde atm card. Aku ni memang suka disoriented sikit bila drive. Padahal belakang PKNS jek maybank tu, siap terpusing-pusing beberapa round baru sampai. Muahahhaha. Pathetic. Anyways berjaya lah siapkan semua urusan. Alhamdulillah. Allah mudahkan, albeit some setbacks. But semua tu ada hikmahnya.
Hari Selasa
Aku intend nak pergi library hari ni. Semalam tido awal jugak. Tapi entah kenapa mengantukkk sangat. Lepas Subuh pon tidor balik. Dekat pukul 10 baru bangun balik. Dem. Dah lambat. Study kat rumah jelah. Aku bangun basuh bajulah, jemur bajula buat breakfastlah. Hmmm pastu tengok TV. Pastu tiba-tiba aku bawak keluar barang dari fridge macam nak masak haper entah lagi. Weii apa nih?!! Takde gaya study cam nih.! Fail. Lepas tu aku terus pack my bag and went to the uni library.
Aku sampai dalam pukul 1 gitu. Staff yang nak register aku nyer lap top tengah lunch break. So I went to solat first. Yey Delinn aku berjaya pegi library. Aku siap ajak Delinn ari tu gi library sebab errr first time gitu. Gi obersi selamba sorang-sorang, gi library takut?!!? muahahhaha. Tapi akhirnya aku conquer the fear and went, and guess what aku stay sampai pukul 10 lebih malam!! More than 8 hours. Kalau ada bilik 24 jam macam masa kat UUM dulu agaknya aku stay terus kot. Bukan apa, tetiba idea mencurah-curah ko masa tu. Rasa rugi kalau kacau momentum tu. Siap boleh mengarang free hand tanpa reference masa tu. Barulah SV boleh comprehend apa aku tulis kan. Tapii nak buat camner, library tutup 10.30 malam, kenalah blah. Perut pon dah kebulor masa tu. Takut gak sebab gelap semacam jek, tu pon seb baik aku alih kereta pukul 5 tadi.
Oklah korang maybe lambat lagi au update kot. Tomorrow's gonna be a long day as well sebab kena masuk kerja awal dan ada kelas malam esok. I'm taking one day at a time. Kalau tak, give up dah. See ya, later people.
nie yang kak pB nak marah nie ...
ReplyDeletedatang shah alam tak bgtau ...
akak kan penjaga pintu shah alam
he he he
kalau bgtau , leh ler jumpa
dah lama teringin nak face to face dengan Arena
yay! hehehe
ReplyDeletesyok kan dok lib tu? aku pun jenis dtg library tengahari (usually after lunch sesiap) and lepak sana sampai malam. start senja ke malam lagi tenang library tu. lagi best buat keje. hehehe
hehehe..aku hari2 pegi library..kalo ari cuti pon, masuk library gak, amik pam..hahahaha...
ReplyDeleteKak PB,
ReplyDeleteHehehe, tak sempat kot kak. Banyak sangat urusan hari tu. Anyways, mana tau ada rezeki akan datang. Hari tu saya jumpa mamarisya kat subang. segan gak nak tegor, tegor jelah hehehe..
Delinn,
ReplyDeleteI did it!! hehehe. Best la suka aku dapat menulis 9 page thesis chapter 1 and 2 best!Kalaulah bukak sampai kol 12 malam lagiiii best!
Oren,
ReplyDeleteKo tu dah tentu2 la hari2 kena masuk library kan hehehhe..
ko pi imegression tu cam citer aku gi sana last week. mmg aku pun amik gambar kat situ daaa, dgn pompuan melayu kan? baju-baju kat PKNS tu lawa-lawa tapi mahal la compared to alam sentral/tempat lain.
ReplyDeletegiler lama ko duk library, syabass beteh!
Mawar,
ReplyDeleteyeah oh yeah.. exactly the same experience ye. kelakar pulak. Hmmm memang agak mahal kan bajunya, tapi macam2 sunggohh..tulah terasa cam nak pergi lagi jek weekend ni library.. tapi weekend ni tutup la pulak..
Apa pun aku kagum dgn determination ko babe. Eyyy nak pegi mana ni, suka tau buat aku tertunggu2 :)
ReplyDeleteAmy,
ReplyDeleteTakde lah determine mana sis. Ko tau la kan aku ni, kalau dok rumah mulalah nak memasak la apa lah. tu pasal kena gi library, takde will power nak study bila kat rumah.. gi mana? tunguuuuuuuuuuuuuu..