Sunday, April 29, 2012

Tolooong....

Assalamualaikum wbh, 

Pasal checkup semalam, aku tulis lepas ni ye. Pasal panjang sikit. Its a roller coaster ride, and we have come to terms and accept it yesterday. Don't worry it's still ok. The baby is healthy with strong heartbeat. Yey!  Nantila aku update.

Hari ni aku ada appointment dekat Ampang Putri pulak. Actually aku tak suka sangat appointment on Saturdays. Ramai sangat orang. Tapi apa nak buat, the doc reschedule the appointment sebab dia ada urusan lain, so Sabtu it is la. Lepas subuh aku as always tak leh tido dah, despite tido dalam kol 2.30 am the night before dan bangun every 1-2 hours sebab nak gi toilet. Bangun jek perut aku lapar. Aku rasa maybe aku lapar sebab aku tidor lambat perut rasa cam gastric gitu. So kol 7 lebih gitu aku buat cucoq bilis. Ed pon tak tidor jugak. 

Lepas tu dalam 9.30 kami gerak ke hospital. Tersilap lak amek jalan in town KL sebab jalan banyak ditutup sebab Bersih tu grrrrrrrrrr. Sampai jek ke hospital aku patient ke-15 dan doctor belum mula klinik sebab dia sedang buat prosedur. So aku budget sure lambat gile lagi sampai turn. So we went for a drink, beli paper pastu Ed dok bengkek pasal the wireless tak leh access. Owh Ampang Putri tolong do something about the wireless, boleh kurangkan orang restless ok. Dekat Sunway, Ed was always cool jek walaupun tunggu lama giler, sebab dia ada distraction. Aku sampai tetridur while waiting for my turn. Sakit bontot ler dok menunggu gitu. Jumpa Doc, and he said that my asthma is improving, and only has to come and see him in 2 months. Aku tanya jugak, ada tak possibility my baby ada asthma jugak sebab i have it. He said, there's always a chance 20-30% tapi tak semestinya. Hmm risau pulak. Katanya, just control it during pregnancy ni jelah. Lepas jumpa doc, kena nunggu sekian lama la pulak, for the meds, adoila. Overall aku spent 5 hours dekat Ampang Putri. Sapa cakap tunggu dekat hospital swasta ni sekejap. Lama okeh, cuma tempat nunggu selesa, dan staff sumer friendly and efficientlah. 

Lepas tu kami lapar, so aku ajak Ed pergi Al-Abraj sebab aku nak makan Shish Tawook dengan ada special bread nih.Shish tawook tu cam grilled chicken gitula makan dengan roti.  Ed ni layan jelah. Dia order nasik, so order dia cepat sampai. Jenuh aku tunggu my bread finally came, and then I saw my order the Shih Tawook went to another table, dan orang tu terus ngap jek. Adehh. Lepas tu waiter tu datang apologise cakap dia salah hantar food ke meja sana, dan bila dia nak amek, orang tu dah makan dah. Grrrrrr. He said dia boleh buat a new one, but it will take some time. Aku cakap tak yahla. Nanti lambat sangat dahler aku tak solat Zohor lagi. Kang terlepas lak, sebab nak tunggu the order. 

Ed masa tu dah pandang aku, tanya nak order benda lain tak. Dia amek ayam dari nasik dia dan letak kat pinggan aku so that aku ada lauk untuk makan dengan roti tu. Sweet kan pakcik ni. Padahal selalunya dia akan makan sekali ngap jek nasi zurbian dia tu. Cam tau-tau ayam aku tak sampai. Aku punyalah nak makan roti dengan shish tawook tu, sampai berair mata aku frust. Ya Allah, am I gonna cry about it? Malunya. Another waiter came and apologize again. Aku angguk jelah. Aku rasa mata aku dah berair masa tu. ya Allah malunya. I know I am being so unreasonable. So aku bukak mata luas-luas pandang atas, usik-usik tudung and kept on eating. Lepas tu soh Ed bayar cepat-cepat walaupun asalnya kau nak belanja dia. Aku risau kot kalau aku gi kat kaunter, bebudak tu apologize again, karang terburai nangis kat situ, owhh that is so embarassing. Muahahah. 

Masuk jek kereta, terus aku nangis. Muahahah. Aku cakap kat Ed, owh susahnya. I sooo cannot control my emotion. Mender bodoh pon tak pepasal nak nangis. Ed dok gelak-gelak kat sebelah. Dia cakap, Alaa com you are not like that normally. Pregnant ni je kot. Tapi tetapla dia gelak-gelak. Argghh korang, what is happening to me? Tiada logika sungguhla. I soo don't wanna cry over silly things especially not in public like that. Malu taww. Dekat rumah jangan cakapla tengok iklan pon nangis, muahahhaa. Aku cuba tak nak ikut sangat hati, tu pasal la aku continued jek makan, takdela aku sentap sampai lari masuk kereta kan, tu lagi over-dramatic. Muahahha. 

Is it gonna improve as the pregnancy progress? Or am I gonna be in emotional wreck sampai deliver? Yikess! Kesian si Ed nanti. Letih ler dok layan aku. The thing is, aku sedar tau yang aku sungguh emo dan tah haper-haper tapi tak boleh control la. Senang sangat nak sentap. The only good thing, is I can laugh about it quite fast. Tak ler seharian sentap. Owhh have to increase on the wirid la aku rasa so that aku tak ler emo sangat. Kasi tenang sikit.

Malamnya kami pergi makan satay.Aku cakap dekat Ed nak makan satay ayam. Bila order je, the waitress cakap, daging habis, ayam je tinggal. So we ordered ayam. Bila waitress tu blah jek, Ed kata, nasib baik yang habis tu bukan ayam. Pheww. Muahahhaa, aku gelak.

Friday, April 27, 2012

Frozen Yogurt Berries



Muahaha, bukan aku buatla sorbet ni. Tapi sorbet ni yang dibuat dek Jamie Oliver yang aku rasa semangat sangat nak buat tu. Kan ke cantik the colors ni. Kaler sorbet tu cantik sangat kan purple cam tu. Aku tengok dalam rancangan Jamie Oliver 30 minutes meal. Kalau aku leh masak 3 course meal in 30 minutes gitu kan best. Yes, aku memasak memang cepat, tapi payohle nak siap semua in 30 minutes. Resepi boleh didapati di sini. Geramnya. Kat mana aku nak beli blueberry or raspberry tu. Terbayang-bayang sedapnya tuh hahahha. Takpe, nanti kalau aku terjumpa aku beli. Atauuu.... Adekkkkkk, awok nak balik Jun nanti, bawok balik frozen raspberries and blueberries dek. Alaaa bolehla. Sian kakok awok nih, hahahah. 

Sekarang ni payah nak tido malam, sebab errr maybe macam kata Joe, aku tak cukup penat so payah nak lelap. Aku tido every day at 2-3 am. Lepas subuh, aku tak tido dah sebab lapar gile. So selalunya aku gi buat breakfast. So minggu ni, adala few times Ed bawak bekal or breakfast dekat rumah. Kalau aku kerja, jangan harap nak makan breakfast sesama hari kerja. 

Oklah takde mender nak update pon, aku nak siap-siap dah ni. Kejap lagi ada checkup. Bengkek pulak si Ed tu karang, kalau dia sampai aku tak siap lagi. Ok people, doakan semuanya ok ye. Aku nervous la nak gi checkup ni. Risau tak abis-abis. Harap-harap semua ok.

Thursday, April 26, 2012

Bosan

Note : Yippie dah jadik threaded comments tu. Thanks Kak PB and Irfa. Saya kena backup dan revert template to default baru la embedded comments macam you all cakap tu jadik. Suke..suke..suke..

Huhu Astro bagi free access tp 130++ channels for 10 days starting 27 April ni. Yesss. This is a really good news untuk orang yang bosan nak gila dok rumah nih, hahaha. 

Semalam aku rasa down dan bosan sangat dok rumah. Petang kol baper entah aku called Ed cakap aku tak tahan bosan. 3 bulan lebih dok rumah dan tak leh drive, kalo korang cuba baru korang tau bosan tak bosan. Kalau leh drive boleh gak kuar beli makanan, browse barang-barang baby ker, window shopping ker, ini nak ke mana-mana kena tunggu Ed balik dulu. Dan dia balik agak lambat. Ada hari-hari kol 9.30 baru sampai rumah. Manala aku tak harassed dia bila dia balik hahahhaa,. Sabarla banyak-banyak cekna dan Ed. 


Kelmaren bosan punya pasal aku buat karipap. Kali ni aku buat freestyle jek. Tak pakai acuan sebab nanti lambat siap.So saiz karipap sesedap rasa, kelim pon nuruk giler, lantakla bukan nak jual kan.  Lepas siap sikit aku goreng untuk aku makan, pastu MMS gambo karipap tu kat Ed. Muahahha. Kesian kan makcik bosan nih. 
Sorry cawan sememeh sikit

Letak honey sikit

Ni makan dengan peaches. Best.

Petang sikit aku buat manggo frozen yogurt sorbet. Aku blend mango, yogurt and honey pastu freezekan. Lepas tu scoopla macam aiskrim. Masam sikit sebab aku tak campur gula. Kalau kurang masam dah rasa cam Tuti Fruti kot. So semalam kena makan peaches kasik kurang masam sikit. Kalau ada coklat sauce pon sedap kot. Yumm. 

Update
Aku sekarang minum decaf instant coffee. Tak lalu tekak aku nak minum milo. Lagipun milo pon ada caffeine gak. From my reading caffeine dalam milo or chocolate drink lagi tinggi dari decaf coffee. So decaf coffee it is. Jenuh carik dekat2 rumah aku takde so kena pegi cold storage baru jumpa. Pricey a bit, tapi belila jugak, sebab aku aku suka sangat minum. coffee.  Tatau la kalau salah. Ikutkan aku suka lagi strong coffee, or strong 3 in 1 nescafe tu. Tapi memang tak minumla. Sabo cekna, sabo.

Oh ya, sebelum aku buat mango sorbet tu, aku berangan nak buat either strawberry or raspberry sorbet. Tapi masa aku carikla semua tempat takde strawberry. Selalunya kan, Giant, Carrefour or Tesco ada kan. Bila nak, memangler takde. So aku pegi ke Cold Storage jugak. Jumpala raspberry. Tak sampai segenggam berries harganya 29.90! Muahahha. Macam tak berbaloi pulak. Sikit sangat. Tak cukup rasanya for the yogurt tu. Hampess. So aku buat jelah mango sorbet. Tapi resepi asalnya ada kena letak 3-4 mint leaves. Tapi takde pulak. So kalau nak buat Joe, try dapatkan mint leaves tu, maybe boleh kurangkan bau yogurt tu. Owh aku rasa kena manis sikit kot. Oh baru teringat aku letak jugak 1-2 sudu perahan lemon, maybe sebab tu masam sangat.

Okeyla, later.

Wednesday, April 25, 2012

All the best.

Assalamualaikum wbh, 

Kepada kawan KV yang sedang menjalani IVF ni, currently dah sampai Embryp Transfer kot. Aku ucapkan semoga berjaya. Doa banyak-banyak. Moga Allah memberkati usaha kalian dan semoga urusan dipermudahkan. Mintak kawan-kawan dan family doakan sama. Tenang, jangan stress-stress dan doalah tanpa henti.(padahal aku dulu pon stress nak gila hehe) Allah je boleh bantu kita. Take care.

Oh ya, aku letakkan balik doa yang aku upload hari tu. Senang sikit nak refer kan.  Wife baca the first 2 du'as. While the husband boleh baca ketiga-tiga doa tu.

Tuesday, April 24, 2012

Giuliana & Bill Rancic are having a baby

Nampak dekat E-news tadi. So they are going to have a baby. Kesian Giuliana ni kan, tengah-tengah buat IVF 3rd round rasanya dapat tahu yang dia kena early stage of breast cancer pulak kan. But they managed to freeze embyros and later use a surrogate to carry the baby. Gembira gila muka Giuliana tadi. Senyum sampai telinga when they made the announcement. Though she doesn't get to carry the baby herself, they will have their baby soon. Happy for them. Agaknya aku dengan Ed pon sengih cam diorang ni masa kami dapat tahu dulu. Hehehe.

Credit to z6mag.com
 

Monday, April 23, 2012

My lunch today and some update.

Or rather Spaghetti Bandung. Tak de mee, tapi teringin gak nak makan mee bandung. Spaghetti pon bolehla. Kali ni mee bandung aku tak pedas, sebab belum boleh makan pedas-pedas. Tekak aku perit semacam jek kalau pedas. Merah kuah tu sebab tomato sos jek. Bahan pon takdelah cukup sangat, tapi sedapnyalah kat tekak aku. Yelah sebab aku boleh tweak dan control pedas dan masam tu. Aku tak pekatkan kuahnya pon sebab rasa cam best jek hirup kuah cair-cair gitu. 

Takdela mengiurkan sangat rupanya. Cuma sedap gila kat tekak aku. Rasa nak makan bertambah-tambah tapi aku tak leh makan banyak at 1 go. Nanti mengah sangat nak nafas pon tak leh. Rasa nak terkeluar balik pon ada. Ada sekuali lagi enough untuk ulang makan dan utk dinner si Ed. 

Oh ya, aku dah ada pinggan cantik, hehehe. Baru beli corelle kat atas tu. Memang ada intention nak beli. Tapi malas nak carik-carik dan order online. Tetiba one day Ed SMSed tanya aku nak beli Corelle tak? Siap MMS gambar lagi. Comel jek si Ed ni cakap-cakap pasal pinggan.Muahahah. Aku rasa dia saje kasik aku mikir mender lain sikit, sebab masa tu aku dok sebok meloya.  AKu cakap boleh consider gak. Petang tu dia bawak balik, tunjuk kat aku kalau nak, boleh amek, kalau tak nak tak kisah. Aku terus confirm jek. Yeeehaaa. So melamin ku dah masuk store. Tapi kena carik lagi la kot set ni sebab yang beli tu 16 pieces jek. Setakat aku dengan Ed memangla cukup. Tapi kalau dpt the whole set termasuk tea set kan best. Tapi cam takde jek sampai teaset sumer. Hmmm.  Tapi errr, kena tunggu aku masuk kerja dulu la. Cuti2 ni duit ngam2 nak idup jek. Hahahha. Berangan mesti mau kan. 

Aku bersyukur sangat yang my selera dah mula datang balik. Meloya sangat-sangat berkurang. Kecuali aku lambat makan or tidur lambat. Gastrik datang so tekak masam dan meloya. Bila selera dah ada, tenaga pon ada sikit. Boleh la buat kerja rumah sikit-sikit dan masak sikit-sikit. Kerja rumah actually Ed yang banyak buat. Hehe. Basuh, jemur dan lipat baju tu most of the time dia buat. Beli barang dapur dan barang rumah pon banyak dia belikan. Aku bagi list jek. Vaccum, basuh pinggan, buang sampah. Aku ni doa hari-hari Ed ni diberi kesabaran berganda-ganda throughout the pregnancy and onwards. Kesabaran tolong buat kerja rumah dan kesabaran melayan aku yang emo dan sikit-sikit sentap ni. Takleh dia cakap keras or acuh tak acuh sikit, mesti nangis. Hahaha, sian dia. Sabo banyak-banyak ok, babe. You're the best!

Semalam Ed buat spring cleaning baju-baju lama. Aku nengok drawers dia yang dah clear tu, terus semangat. So aku pon clearkan jugak. Aku letak yang elok-elok for donation. Yang buruk-buruk, untuk dibuang. Clear gila lemari aku. Ada satu drawer lagi yang aku nak clearkan. 

Nanti aku nak kena edit readers di private blog supaya only ladies jek di situ. Sebab aku nak citer-citer dan tanya-tanya mender-mender private pasal pregnancy ni. Hal-hal orang pompuanla. Hishh. Takkan nak citer kat sini. Kat sini public satu hal, my brothers pon ada baca. Segan yo. So nanti2 lepas edit, dan kalau aku nak tanya apa-apa yang personal kat korang aku tanya kat situ ek.

Kelmaren Ed belikan aku kurma dan kismis. Dia tanya aku nak dried kurma or yang basah bertangkai tu. Aku suka yang kering. Yang basah tu manis dan muak sikit. Nanti aku tak makan. Tengah menaip ni pon aku makan the kismis. Kismis tu gemok-gemok dan masam-masam sikit. Sedap. Aku rasa weekend ni kena gi beli lagi, hahaha. Dari seminggu ke seminggu dia nak beli kurma dan kismis ni, ada dalam hadith kan. Tak ingat atau tak sempat sebelum ni, so dah beli dah, lega dia.

Masa aku dpt tahu preganant hari tu aku minum Anmum Materna tu. Dalam-dalam meloya tu aku berjaya gak habiskan 2 kotak kecik tu. Perasa coklat ler tapinya. Lepas pada tu aku dah tak lalu dah nak minum. Tak lalu dan malas. So dah seminggu lebih aku tak minum susu tu. Kesian baby takde nutrition ek. Korang minum tak susu dulu-dulu? Aku makan vitamin Pramilet yang doctor bagi jek. Soya pon bagus ek? Tak pernah minum lagi air soya semenjak pregnant ni.Yang aku rajen makan ialah buah manggo atau jambu. Buah lain aku kureng sikit. Manggo tu every week mintak ed belikan.

Surah-surah amalan semasa pregnant ni baru sikit jek yang aku baca. Aku dah print apa yang patut aku baca. Ayat-ayat amalan adala sikit-sikit dah incorporate dalam doa lepas solat. Surah Luqman, Surah Yusuf belum baca lagi. Masa baca Surah Maryam, merangkak-rangkak aku baca sebab surah tu jarang baca dan amal sebelum ni. Bak kata Ed, 98 ayat jek tapi rasa cam beratus-ratus ayat ye sebab merangkak-rangkak hahaha. Maybe after few times baca, akan improve sikit. Aku tengok list of surah amalan dekat blog mawar dan other websites. Nama-nama Allah macam Kak Ummi suh amal pon aku dah start jugak.Hopefully semuanya dipermudahkan. 

Few times memalam rasa krem perut bila nak beralih dari mengiring ke posisi terlentang. Mengaduh aku sampai Ed terjaga. Bila dia terjga terus dia selawat sambil gosok-gosok perut aku. Sebab selawat sambil separa tidur, memula selawat la lepas tu dah mumble-mumble tah haper-haper. Hahaha. Other symptom is not that bad, sakit pinggang, cepat penat, susah tidur malam, really-really sore breast, and acne. At least meloya dah takde so yang lelain ni, aku embrace jelah kan. Bila lenguh soh Ed gosok-gosok belakang. Owh mama ada belikan Dr.Backbone tu. Letak dalam kereta, best jek belakang aku bila naik kereta. Memang support belakang.

I am still a nervous wreck. Cuba tak risau lelebih sangat. Not good for the baby kan anxiety terlebih ni. Tapi susah untuk tak risau. Maybe if I can start fell the baby kicking aku akan rasa lega sikit kot. Oklah korang. Panjang pulak tetiba aku tulis ni. Excited terlebih hahaha. Apa-apa nasihat nak soh aku amalakan silalah ye. Sangat la dialu-alukan.

Sunday, April 22, 2012

Got my cooking groove back

Assalamualaikum wbh kawan-kawan,

Minggu ni aku appetite aku dah improve. Tidakla back to normal but improvingla. Semalam pegi beli barang dapur sebab nak masak. Teringin nak makan nasik lemak home made. Ada few things yang aku terasa nak makan, mostly semua yang kena masak sendiri. Larat tak larat jelah. 

Memula nak gi Giant. But Ed cakap malas nak gi, so we went to kedai barang basah dekat apartment ni je. Bagus gak kedai kecik jek, cepat nak grab everything and takde beli barang ngarut-ngarut as apposed to buying things dekat Giant. List sikit jek, nanti beli tah haper-haper. 

Balik tu aku rest dulu sebab sakit belakang gila. Sebelum tu keluar sekejap. Lepas maghrib baru aku start masak. Memula kenala peel garlic kan. Eww. Instead of chopping the garlic, aku terus masukkan dalam blender kering dengan bawang merah. Selalunya aku ketuk dan chop jek. Tapi sure kuat bau kat tangan. Lepas tu masakler sambal tumis udang. Ed jenguk-jenguk dapur, pastu dia hantar kerusi kat aku. Dia cakap kalau penat duduk kejap. Hahaha. Macam ler boleh masak sambil duduk. But takpelah, it's the thought that counts.

So here's the nasi lemak.


Nasi lemak, sambal tumis udang, bilis goreng, udang celup teoung, telor goreng dan timun jepun




Ed cakap sedapnya com. Dah boleh kalahkan nasi lemak zaman. Perghhhh. Bangga aku. Muakakakka. Tapi dia cakap tang sambal jelah. Sebab nasik kat Zaman memang lemak berkrim. 

Aku : Mesti com lega na dah start masak balik.
Ed : Tak kisah ponla.
Aku : Tapi com suka la kan.
Ed : Suka sangat
Aku : Hahahha

Ed ni memang jenis tak kisah bab makan. Masa aku meloya dan tak makan nasik. Dia pon ikut jek apa tekak aku nak makan. Langsung tak kisah. So adala few night makan roti canai jek. Hahah Sian dia. But macam dia kata, dia tak kisah sangat. Aku ingat dah banyak aku masak. Cam tak cukup jek. Bila habis sambla tumis tu ada banyak gak lagi, Ed tanya. 

Ed : Daun pandan, santan ada lagi tak ?
Aku : Ada. Nak buat lagi untuk breakfast esok?
Ed : Ha'ah, buat banyak sikit eh.  

So pagi tadi, aku buatler nasik balik. Aku tumis sikit lagi sambal tumis tu untuk tambah yang semalam punya. Rebus telur dan goreng crabstick. Habis licin semuanya. Tapi aku leh makan telur tu sebab rebus tak masak sangat.  


So ada banyak lagi projek masak, yang aku terpikir nak buat. Sabor cekna sabor. Jap, timun sejuk ek? Aku noticed every time aku makan jek sure rasa nak semput. Timun jepun tu sedapla. Crunchy gila. 

Thursday, April 19, 2012

Masuk opis kejap

Semalam aku pergi office. Dah 2 bulan aku tak masuk opis. Kalau ikutkan hati aku, malas nak pegi lagi, tapi appraisal aku tak settle lagi dan aku dah tak leh access my email and blackberry mail. Nak tak nak kena pegila jugak. Aku tak driveler, aku tumpang my collegue. Hari sebelum tu gosok pants dan blouse. Aku masih muat pakai slacks biasa, but ada 2 helai jek yang muat, yang lelain babai la. Pastu pagi tu siap-siap dan pakai mekap sumer. Malasnya nak pakai mekap, tapi muka aku pucat lesi sangat, so aku pakai la jugak. Once dah mula tu beria-ia pulaknya, dengan eye-shadow, mascara sumer muahaha.

Sampai kat office, kengkawan senyum-senyum, peluk-peluk dan ada yang raba-raba perut. Sabo jelah. Tak semua yang tahu. Malas nak kecoh-kecoh siapa yang tahu, tahula kan. Pastu kalau orang tanya, aku ngaku jelah pregnant, takkan taknak ngaku pulak. Kesian baby.

Sebelum wat pa-per, aku makan breakfast dulu. Cuba jek beli nasi lemak kot-kot selera makan. Sambal semua letak tepi. And alhamdulillah, boleh la makan walaupun tak habis sesambil sembang-sembang dengan my collegue. Oh man, actually it's quite good to be back at work. Seronoknya sembang-sembang. Yelah dok rumah kan sorang-sorang, pastu kalau taknak mandi sampai zohor pon sapa nak kesah kan, so it's good gak to dress up and prepare for work. Jumpa kawan-kawan sebenarnya yang paling best tu. 

Bukak je kunci ke bilik aku, aku dah gelak-gelak sikit sebab meja aku dah berhabuk. Muahahhaa. Lap-lap sikit dan mulalah trying to get my email working again. Took a while gak. Sesambil tu, update all my antivirus dan trying to get my BB email working gaks. Bila dah ok sikit, mulalah kena menunggu berjam-jam to download thousands of emails tu. At 11.15 aku baring kejap dekat surau sebab nak kena pakai ubat insert tu. Ni yang leceh sikit kalau keluar rumah, but sesekali kenala adjust.

Lunch tu, the boss ajak gi makan. He wanted to treat us. So kami pergila ke Al-Abraj sebab dia nak makan nasi arab gitu. Aku masa tu tak lalu nak makan nasi arab, so I ordered shawarma. Kenyang gilerzz. Thanks boss! Petang barulah settle appraisal. The rating he gave me is quite good. Yelah ni appraisal tahun lepas, which aku performed. Tahun ni, aku pasrah jelah bila appraisal karang. Adala rezeki tu kan. 

Balik kerja semalam lambat jugak. 6.30 baru gerak balik. Tumpang orang gitulah, kenala tunggu dia balik. Tapi aku habis appraisal pon lambat. Serius penat dan sakit belakang. Tidur awal gak sebab penat nak mampos. Lepas subuh pagi tadi tido balik. Lepas tu bangun goreng keledek dan buat kuah cicah. Baca magazine check email sikit. Pastu tido lagi. Muahahha. Penangan pegi opis semalam, seharian aku tido. Pukul 2.30 baru bangun untuk solat Zohor, pastu mama telefon ajak gi makan. Hahaha, aku on jek. Si Bulat ada sekali so best jugak sembang-sembang dengan dia.

Oh ya, Irfa I got your gift. Hehehe. Aku lambat sangat turun bawah tengok surat tu, Thanks dear. I love it. I love it. Tatau nak isi apa dalam tu. Sukaa. Thanks a lot dear. Susah-susah jek ko nih. 


Tuesday, April 17, 2012

9 weeks - Update

Aku ada banyak lagi entries backdated like I said before kan. Tapi rasa cam malas nak upload especially few checkups after I got to know that I was pregnant. I am currently about 9 weeks pregnant. So dah ada few checkups and ultrasound. Aku cerita pasal checkups ni next weekla after the checkup so conclusive sikit. 

Meloya aku actually dah kurang sikit. Sebab aku dah mula makan ubat utk heartburn tu. Tidor pun aku tinggikan bantal supaya the acid tak naik ke tekak. Tapi bila tido bantal tinggi ni, double chin aku sungguhla jelas sekarang ni. I lost weight a bit masa 4-7 weeks tu. Agaknya meloya gila dan aku tak selera sangat makan kot. Aku sangatla tak selera makan nasik korang. So aku banyak makan western, fast food dan roti-roti jek. Memang tak healthy la babe, tapi Ed kata makan jelah, at least you makan. If not langsung tak makan, which menyebabkan aku loose weight awal-awal dulu tu. 

Aku rasa aku tak lalu makan nasik ialah sebab tekak aku langsung tak leh masuk pedas-pedas dan berempah. Lauk-lauk Melayu kan semuanya pedas dan berempah. Kalau masuk jek, kembang tekak aku. So tu yang hari-hari aku dok mikir amender la aku nak makan ni. Kesian pulak takut baby takde nutrition. At 4 weeks dulu aku asyik krem kat oeha. One day tu aku krem bahu. Aku rasa maybe sebab aku banyak sangat bed rest, dan kurang pergerakan. Tu yang senang sangat krem tu. Ed pon cakap suruh buat senaman regangan sikit. Baruler ok sekarang ni. If not pantang menggeliat sikit terus jek krem. 

Masa aku 2WW dulu aku masak sampaila 6 weeks kot. Lepas tu semua benda dah bau busuk. Oven kosong aku rasa busuk. Paling aku tak tahan ialah bawang putih. Muahahaha. Masa aku masak tu, aku dah meloya dah. Pastu aku rasa bau tu melekat kat tangan dan baju. Jenuh aku basuh tangan dan tukar baju, still aku terbau-bau. Pastu aku terasa-rasa bau garlic tu ada kat rambut lak, so aku gi syampu rambut lak. Muahahhaa. Dahle dok sorang-sorang kat rumah, that smell is driving me nuts, hahaha. So lepas tu aku tak masak dah. Baru semalam aku start masak balik. Buat lasagna la pulak. Hishh sakit belakang aku masak. Padan muka aku. 

Pastu sensitif gila sekarang ni. Tengok TV citer tak sedih mana pon berjurai-jurai air mata. Pastu Ed cakap apa sikit sumer nak kecik ati dan nangis. Muahahahha. Kesian dia, tatau nak buat apa dah. Aku sampai cakap kat dia, Com sabar lebih ya. Na sensitif tah haper-haper now. Pastu dok rumah jek tak bercakap dengan orang. Memang la mudah nak sedih kalau com cakap apa-apa. Dia senyap jek. Aku doa banyak-banyak moga Allah, beri kesabaran berganda pada Ed melayan aku. Most times dia ok jek. 

Actually aku ada bleeding sikit masa lepas aku tau aku pregnant. At 6 weeks kot. Nantilah aku upload pasal tu. Pastu aku batuk dan asthma gila alst week. Dr.Wong soh aku pegi jumpa my chest physician untuk control asthma aku, sebab dia kata during pregnancy my asthma could get worse so kena control sebab dia taknak ada bleeding masa aku batuk sakan tu. Teruk gila batuk aku masa tu. Ed risau jek masa tu. Siap dia tak tidur, nak ensure aku boleh tido. That's really sweet. 

Mama bawak aku gi Ampang Puteri hari tu untuk jumpa my chest Physician. Mama dan Ed tak bagi aku drive lagi at least sampai aku lepas 3 months. Ed dah tak banyak cuti so my appointment dkt Ampang Putri, mama akan bawak whilst utk jumpa Dr.Wong, Ed akan bawak. Memang tak best gak rasa sebab susahkan mama. But she insisted. Anyways, I got a plastic full of meds for my asthma. Memang banyak ubat dan inhaler yang ditukar sebab aku pregnant ni kan. Dr tanya anak nombor berapa ni? Aku jawab, first. After 9 years. Dr ckp owh kena buat kenduri besar nanti. Sengih jek aku. Lepas makan ubat dan start amek inhaler, my batuk reduced tremendously. Nafas pon rasa lega sikit. Cuma ubat-ubat asthma ni buat aku gastrik la pulak. Hmmmm. 

Semalam aku balik kg Ed. Jumpa my MIL, sis and brother in law. Everybody ada kat kg masa tu. Ed bawak very careful jek. Sesampai jek my sis in law was excited to see me, siap peluk-peluk, cium-cium aku muahahhaa. Aku tak banyak bercerita, and it just warmed my heart tengok Ed excited bercerita macam-macam pasal treatment tu kat kakak dia. Aku nengok senyum jek. Kat kg, aku makan nasik! Its the first time aku makan nasik for quite some time. Lepas tu aku melepek dan tido jek. Buruk gila perangai muahahhaa. 

Aku masih lagi kena amek jabs dekat klinik. Lunch hour Ed akan balik amek aku bawk ke klinik untuk amek jab tu. And aku kena pakai progestron pessaries tu 2x sehari. Ubat insert tu yang menyebabkan agak susah untuk aku ke mana-mana sebab at 11-12 gitu aku kena masukkan ubat tu and lie down. So susah sikit nak keluar. Anyways, I am going to pop into office tomorrow. Ada mender kena buat sikit. 

Sorryla korang enrty ni bercampur-campur gitu. Aku tulis apa yang aku terlintas jek, tanpa ikut kronologi sangat pon. Jap sebelum abis, camner korang boleh handle the anxiety menunggu next checkup haa? How do you know that the baby is ok? Wei risaula, minggu depan baru ada checkup. 

Monday, April 16, 2012

MNJ 13 : The 2 lines

Aku rasa ni last back dated entry on this my new journey ni. Actually aku ada beberapa lagi post yang belum publish, but most of them are just my anxiety on this pregnancy. (hihi sebut pregnancy pon rasa cam pelik) So aku rasa let me just keep them to myself jek, or if the situation sesuai maybe aku upload lagi. Aku rasa onwards, maybe the entries are my current situation je. 

Oh ya, terima kasih banyak-banyak for all your kind words and du'a. I really appreciate it. Korang memang best! Harap-harap korang terus doakan aku. Ok here's the back dated entries.

19 Mac 2012

Hari ni aku bangun meloya gila. Dah dua tiga hari aku tak berapa boleh tido. Senang sangat terjaga. Lepas subuh walau tak cukup tidur memang payah nak tidur balik, kalau dulu-dulu jangan harap. Satu lagi yang menyebabkan aku tak leh tidur balik tu ialah sebab aku loya. So pagi tadi selepas subuh aku dah kat dapur buat roti telur. Lepas tu bancuh anmum maternal (yup aku minum anmum materna. Masa beli tu macam malu-malu sikit. Over sangat ke kalau beli susu ni? Muahahah)  secawan dan buat air Nescafe untuk Ed. Hahah Ed dah kembali minum Nescafe. But not like beforelah. Beria sangat lapar, last-last nak habiskan dua keping roti pon terkulat-kulat. Pedas-pedas lagilah fail. Tekak aku lain macam rasa lepas tu. Hari tu aku buat mee tomyam, selera sangat makan. Sebab tak pedas. Walaupun aku rasa kalau masam lagi best, tapi mak aku pesan jangan makan masam-masam sangat, so aku ikut jelah. 

Oh ya, sebelum aku makan breakfast. I did something. I didn’t want Ed to know what I was doing yet, so aku sorokkan barang tu kat poket seluar aku dan bawak masuk toilet. Kau tau apa aku bawak gi toilet tu? Aku bawak Urine Pregnancy Test (UPT). I know I got the Beta HCG test result already but I really wanna see the 2 lines on the UPT. You'd never know how many of this thing I have bought in the past, dari tahun 2004 sampaila 2009 and how much tears I shed because of them. I have never seen the 2 lines. Never ever. The last time I did the test was after the failed IUI pada tahun 2009.  Lepas pada tu, aku tak pernah test dah no matter how late I was getting my period.  Aku lambat sebulan ke 2 bulan ke aku dah malas nak test. Macam, what’s the point?

This brand I bought no wonder la murah. Dia kasik a small spoon tu collect the urine. The spoon tu kecik nak mampos, you can hardly get the urine inside it. Aku dah fedup dah masa tu. Rasa nak pee directly on the tester jek. But akhirnya berjaya jugak, and I wait. I wait. And I wait. Ya Allah, tak tahu nak gambarkan perasaan aku. I got 2 lines! A bit faint di peringkat permulaan. But makin jelas kemudiannya. After countless UPT bought and peed on, I finally got the 2 lines! Ya Allah syukurnya ya Allah. 

Lepas tu, aku tunjuk dekat Ed, Ed senyum jek dan gosok-gosok kepala aku. 

Aku : Hehehe, teringin
Ed : Dah bertahun-tahun test tak pernah dapat 2 lines ek?
Aku : Ha’ah, eei sukenyee. Alhamdulillah.
Ed : Buatle banyak-banyak kali pun if it makes you happy. 

Lepas aku cuci-cuci sikit the UPT. AKu letak dekat sinki bilik air. Tiap kali aku masuk, aku akan nampak the 2 lines, and it brings smile to my face. Ya Allah after so many years, I finally see this 2 lines. Macam tak percaya je. I kept it there sampai esoknya baru aku buang. 

Aku harap korang tak rasa aku brag about this. Aku pon sendiri takut dan doa-doa pada Allah jangan sampai aku bangga sangat yang aku pregnant at long last ni. Its still early kan. Panjang lagi perjalanan ni. Harap-harap korang tak rasa aku riak or what ok. Aku pun takut kalau-kalau terselit perasaan ni. Nauzubillah. Aku tulis ni pon sebab nak kasi semangat pada mereka who is trying for such a long time. I know what you all have gone through. Lagipun, sebelum aku start treatment aku banyak sangat baca blog orang yang buat IVF ni. Its all in my research of places that conduct IVF, pengalaman diorang. Ada yang success ada yang tak. Bila aku dah start embark, aku concentrate baca blog yang success je, hahaha. Malas nak sedih-sedih. So, aku harap pengalaman aku boleh dijadikan guidance dan pembakar semangat pada mereka yang masih mencuba.

Thursday, April 12, 2012

MNJ 12 : Beta HcG Test - Pregnancy Test - DDay

16 Mac 2012

Today is DDay. Hari ni kami akan pergi hospital untuk buat pregnancy test. Kalau buat urine pregnancy test maybe belum nampak lagi, tapi kalau through Beta HcG test ni, 8 days after ET dah boleh detect samada pregnancy ke tak. Kami sampai ke hospital awal jugak. Belum pukul 8 dah sampai. Trafik punyalah bagus hari ni. Takde jem langsung. Baru aku teringat cuti sekolah lagi kan. Padanla clear sangat. So we went to Sunfert, amek borang utk blood test tu dan pergi ke lab. Aku punyalah gelabah semalam, tidur tak lelap siap terjaga beberapa kali entah, hahaha. 

Dekat lab, kami jumpa sorang lagi patient yang nak buat Beta test ni jugak. Muka dia pon cuak semacam.  We paid RM50 for the lab test. Kali ni the lab technician terer. Sekejap jek dia cari aku punya vein (ye ker nih?) cucuk dan amek darah. Lepas amek darah, aku pergi kat cafĂ© dan makan. Aku amek porridge dan minum air mineral. Aku try avoid caffeine. So kopi, Nescafe dan the even milo pon aku kurangkan. Kalau sebelum ni aku minum Nescafe paling koman pon twice a day if not more, semenjak aku mulakan treatment dah dekat sebulan ni aku rasa baru 2-3 kali aku minum and aku bancuh dalam half a cup jek. Vast improvement dah tu untuk aku yang memang caffeine addict nih. 

Lepas siap makan baru pukul 8.45 am gitu. So we have almost 2 hours to kill before we get the result. So we decided to go to Taipan, sebab Ed nak pegi buat banking sekejap. So off we went. Ed drove takdelah perlahan gila but cautiously lah so that takde terhentak-hentak ke apa kan. USJ ni, memangla jem. Nak lepas satu traffic light pon tah baper lama. Tapi takpelah we got a lot of time to kill. Ed went to several bank, dan makan masa jugak, tau jelah Taipan tu. Nak masuk ke satu area bank tu jenuh mutar koknar, sebab jalan-jalannya sehala dan untuk orang yang tak biasa, terpusing-pusing jugakla. Tapi ada hikmahnya. By the time siap semuanya, dah dekat pukul 10 dah and off we went back to the hospital. 

Dalam kereta aku dok cuak tak habis-habis. Ed nampak composed je as always. Yelah takkan dia sama-sama nak gelabah biawak dengan aku kan. So kami pun tunggulah turn untuk dipanggil balik. Sementara tunggu tu aku dah rasa nak nervous breakdown dah. Takut gila tau tak. Macam-macam bermain dalam fikiran aku nih. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.  Aku dok sebut berulang-ulang kali memohon bantuan dari Allah dan to calm my nerves. Ed who is really not a PDA(Public Display of Affection) kinda guy, but today dia dok gosok-gosok belakang dan kepala aku dan pegang tangan aku. He knew I am super nervous dan dia pon cakap dia takut jugak. Aku memang tak leh nak baca paper or main game kat ipad. I just can’. About half an hour later, Ed pergi toilet kejap. Lepas dia pergi jek, nama aku dipanggil. 

Nurse : Tunggu dekat dalam okay.

Aku angguk-angguk and gather my things. Mana si Ed ni, hishh. So aku masuk dulu dan tunggu betul-betul depan bilik doctor. Masa ni jantung macam nak pecah dah. Berdebar nak nangis, sumer ada. Aku dah sms Ed masa tu, cakap aku dah dekat belah dalam. Aku nampak patient yang sama gi buat test dengan aku tadi. Dia senyum nipis je kat aku. Macam nangis pun ya jugak. Tak berani aku nak tanya. Husband dia pon senyum nipis jek. Risaunya!! Alaaa, lambat la pulak si Ed ni. Agaknya nurse tu dah nampak aku macam susah hati gila.

Nurse 1 : Rileks
Aku : Berdebar la takut gila.
Nurse 1 : Don’t worry.
Nurse 2 : Husband mana?
Aku : Dekat toilet. I dah call dia.
Nurse 2 : Panggil la.

Tak lama lepas tu Ed datang. Aku cakap kat dia, rasa cam nak pecah jantung aku ni, punyalah nervous. Ed just squeezed my hand. Muka dia pon nampak cuak jugak sikit-sikit. Tapi dia senyum je kat aku. Tak lama lepas tu nama aku dipanggil.   Kami pun masuk ke bilik. Masuk je terus aku cakap. 

Aku : Doctor, nervous gila la tunggu. Nak pecah jantung I tau.

Tak sempat aku duduk, Doc Wong cakap. 

Doctor : Don’t worry. Congratulations, you are pregnant!

Aku muka sure disbelief gitu. Aku pandang Ed, Ed pandang aku terus dia angkat tangan dan aku Hi5 dia. Muahahahha. Doctor dan nurse terus gelak tengok kitorang. Ya Allah, Alhamdulillah..alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Aku : Thank you doctor, I am sooo happy. So..so happy. 

Memang rasa nak nangis masa tu. Sebak, happy semua ada. So doctor explainla result Beta HCG aku. Actually agak awal aku buat test ni. Selalunya dibuat Day 14 kan hence why it is called the 2 Week Wait. Aku punya on test on Day 12.  Kalau ikut the test if reading less than 5 memang tak pregnant lah, but if more than 25 or kalau ikut Dr.Wong if its more than 100 than you are pregnant. My reading is 266.1. Menurut Dr.Wong, reading tu quite strong. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. And because of IVF, we have a kick start during the OPU, so now I am 4 weeks pregnant! 4 weeks pregnant! Aku macam terdengar berulang-ulang kat telinga aku. Ya Allah, Alhamdulillah. 

Lepas tu dia scan sekejap, just to ensure takde bleeding kat uterus. So far so good. Doc kata memang to early to see the baby on the screen. Later he scheduled me for another checkup on the 26th March. Aku kena continue amek jab Proluton 3 times. And continue using the Cyclogest peserries sehingga next checkup to support the baby. Aku ckp jugak aku ada spotting sikit masa last Wednesday dan dok rasa cramping jek memanjang kat perut. Dr Wong cakap, spotting is normal as long as it is not continuos and fresh blood and cramping tu sebab ovary aku masih bengkak kesan makan ubat stimulant dulu. Doctor kata, bengkak tu akan surut perlahan-lahan dan cramping tu akan berkurang nanti. 

Doctor Wong jugak pesan, no exercise, jangan buat kerja berat, don’t eat raw food or half cook food like, telur separuh masak, sushi, ulam-ulam or salads and no intercourse, maybe until you hv completed the first trimester. Hahaha, aku gosok-gosok belakang Ed. Ed gelak-gelak je masa tu.  He also informed that patients yang datang buat Beta test hari ni 4 orang semuanya pregnant! Alhamdulillah, I am happy for them.

Bila keluar je ramai nurses yang cakap congrats kat kami. Aku dengan Ed gamaknya have the widest grin on our faces. I was a bit teary masa tu. Ya Allah, I am finally pregnant. After being married for 9 years, I am finally pregnant. I know it’s a long journey still, but this is the first time ever I am pregnant. Ever. Ya Allah tak tergambar perasaan aku masa tu. Aku pergi dekat lab sebab the nurse has to do the proluton jab dekat situ jugak. Langsung tak sakitla dia jab. Kalaulah every time jab tak sakit cam tu, kan ke best.

Masa tu Ed pergi queue untuk buat payment. Lepas aku amek ubat-ubat aku tunggu la Ed siap bayar dan amek additional ubat kat kaunter belah sana. I saw him busy texting kat phone dia. Kemudian aku nampak dia menelefon pulak. Nak tergelak aku, excited rupanya dia. Dalam-dalam cool dia tu, rupanya dia dah inform mak, kakak and abang dia and few of his close friends. Aku masa tu baru sms mama aku. Aku malas nak call lagi. Menangis pulak nanti karang Kemudian aku smsed Amy. Yes Amy, kau orang kedua tahu, okay! Amy was so excited for me, hahaha. Thanks babe, you helped a lot. More than you know.  Lepas tu kami masuk ke kereta. Ya Allah, this is surreal. I am pregnant! Memang sebak. I think I cried a bit in the car. Ed pon bawak kereta lagi extra hati-hati lepas tu. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Aku bersyukur atas nikmat ini Ya Allah. 

Sampai je rumah, aku dan Ed macam dazed sikit. Ya Allah, memang tak tau macamana nak explain our happiness, but at the same time, we know it is still early. So we don’t wanna celebrate too much. Bila dah sampai rumah, baru aku sms my brothers (who already knew sebab mama dah inform them, heheh sayang mama, excited sangat mama) and later my wonderful collegues who were all so supportive. Bila aku sms, diorang pon sebak jugak. I love them all. Pregnancy through IVF ni sangat banyak risk especially during the first trimester ni. Risau gila aku. Aku tak tau apa nak buat dah. Aku akan follow semua nasihat doctor, eat healthily, and avoid semua yang dia suruh avoid. Dalam-dalam happy masih tinggi lagi risau dan cuak tu. Maybe this is normal for all pregnant ladies. Doakan aku ye kawan-kawan.

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Di Banda Acheh dan Evakuasi

Baru jek naik daripada evacuate apartment nih. Menggigil kepala lutut aku sebab turun tangga tadi.  Dalam pukul 4.45 pm gitu, aku baru nak lelap, whilst Ed baru bangun tido dan tengah tengok TV. Masa nak lelap, aku rasa katil cam berayun-ayun cam berombak-ombak gitu. Ingatkan sebab aku dah nak lelap sebab tu rasa berayun-ayun gitu. Tak lama, Ed panggil aku. 

Ed : Com, siap-siap.
Aku : Hah? Naper?
Ed : Ada rasa cam bergoyangla. 
Aku : ..(aku automatik pandang pada tempat sangkut baju masa tu. Semua baju-baju dan hanger-hanger tu tengah swayed left to right dengan agak kuat juga.) Jom!

Aku terus tukar pakai pants. T-Shirt tidur tak sempat tukar, amek handbag dan handphone, sambar tudung dan terus keluar. Masa tu aku tengah pakai face mask, sebab aku lelah teruk jugak. Bila keluar je, nampak neighbor aku pon dok tengah gather their kids and keluar rumah. Memula tunggu lif, tapi lif langsung tak berenti kat floor kami. Terus kami turun tangga. 

So turunlah kami dari Tingkat 13 ke Ground Floor. Aku still wearing my face mask. Bagus jugak. Kot-kot ada yang bangang isap rokok kat kawasan tangga tu at least filtered juga pernafasan. Aku pulak tengah tak sihat sangat masa tu. Demam, asthma, batuk, memang perlahan gila turun tangga. Ramai gila orang potong aku. Tak kisahla. Janji selamat sampai tingkat bawah sudah. Pak arab-mak arab dekat apartment kami pon siap jalan laju-laju turun dari apartment. Kalau yang datang dari Iran or Turki yang selalu ada earthquake sure suspen kan.

Once dah dekat bawah, Ed cakap jomlah gi minum. Aku pulak memang tengah lapar so cun sangat la nak gi makan kan. Kat tempat makan, puas carik info dalam internet tak jumpa sangat. Once sampai rumah nampak la kat Awani TV Banda Acheh dilanda gempa 8.9 skala Richter dan amaran Tsunami telah dikeluarkan. Kuat tu! Semua kawasan pesisir pantai Barat Malaysia diarah mengelak kawasan pantai. Alhamdulillah, mama dan baba dah sampai dari Langkawi. Diorang pergi trip dengan staf-staf diorang ke sana. Staf diorang siap pergi Island Hopping lagi. Alhamdulillah tak apa-apa. 

Kesiannya saudara-saudara kita dekat Banda Acheh nun. Ya Allah, selamatkanlah mereka.

Monday, April 9, 2012

MNJ 11: Post ET The Spotting

13 March 2012

Hari ni bangun tidur, lepas subuh, guling-guling kejap tunggu pukul 8, kejutkan Ed pergi kerja. Kang terbabas lak, sebab Ed tidur lepas subuh. Bila Ed left for work, aku tidur kejap. Woke up again at 9.30 gitulah dan bersiap-siap nak makan breakfast gitu. Reheatkan nasi goreng and goreng bergedil. Roti yang buat semalam pun ada lagi. 

After breakfast, aku gi toilet. Aku semenjak OPU lagi memang pakai panty liner or pad sebab tak selesa sikit. Aku kena pakai ubat insert cyclogest tu, so after pakai normally ada discharge. Macamanalah kalau tengah kerja nak pakai ek, pukul 11 pagi dan 11 malam tu. Anyways, aku pon dah nak get ready sebab kejap lagi nak pakai cyclogest yang pukul 11 pagi punya. Bila aku pergi toilet tu, aku nampak aku ada bleeding sikit ! Omigod! No!  

Air mata aku terus berjurai-jurai masa tu. Macam empangan pecah punya. Lepas keluar toilet, aku amek cyclogest, insertkan and called Ed.

Aku : Bang, boleh cakap?
Ed : Boleh, naper?
Aku : Tadi masa gi toilet, bleeding sikit, kena kat pad (masa ni nangis tak hengat dah)
Ed : (tersenyap kejap) takde apa-apa kot. Banyak sangat ke?
Aku : Tak. Macam sejengkal of blood on the pad gitulah. (masih nangis gile lagi)
Ed : Dah jangan nangis, takde apa-apa tu. Pergi telefon hospital, tanya apa nak buat.

I continued crying. I cannot explain how heartbroken I was. Even masa nak menaip ni pon rasa nak nangis balik. Disebabkan aku tengah pakai the cyclogest, aku continue baring. Aku terus SMS Amy. Thanks Amy, for the word of encouragement. Later I smsed my collegue yang baru jek sejam dua lepas, asked me how am I doing. Aku baru jek jawab so far so good. Ya Allah, tak tahu macamana nak explain perasaan aku tadi. Aku nangis, nangis dan nangis. Mulut tak habis-habis sebut Ya Allah, Ya Rohman, Ya Rohim, lindungilah anak dalam kandungan hambaMu ini Ya Allah. Kuatkanlah hati ku menghadapi dugaan ini, dan kuatkan lah janin dalam kandungan ini. Amin. Bukan nangis teresak-esak dah, memang nangis beria-ia. Aku belum telefon klinik, sebab aku susah nak bercakap, nangis belum reda. 

Tak lama aku dengar pintu rumah aku dibuka. Ed dah sampai rumah. Oh man, it took him less than 15 minutes to arrive home dari Cyberjaya. Tataulah berapa laju dia bawak.  Alhamdulillah, at least I have him with me now. Bila peluk je dia, lagila nangis. I know its hard for him to comfort me, because aku tahu dia pon mengharap sangat sama macam aku. 

Ed : Com, dah call hosp?
Aku : Belum.
Ed : Call la. Takde apa-apa kot. 

With him by my side, I brave it and give the hosp a ring. Aku explain lebih kurang, dan diorang tanya bila last aku amek jab Proluton tu. After that they inform, that they will call me back. What’s good about Sunfert ni, every time I called about something, when they inform they will call u back. They will do it, within the hour. 

They informed me, to take it easy, rest and if the bleeding persist, I have to come to the clinic tomorrow for another jab of Proluton.  Lepas cakap pada Ed, dia suruh aku rest, and I spent my time reading forums in the internet. Naseb ada iPad, boleh la baca forum, sambil baring. 

Ed : Maybe it’s just one of the embryos which did not made it. Ada lagi 2 kan. So jangala susah hati sangat ye com. 

God, I love this man. Thank you Allah. Ed temankan aku kejap and later he went back to his office. 

Masa solat zohor tadi, aku rasa aku nangis dari awal sampaila habis solat. Kemudian continue menangis masa berdoa. Ya Allah, kami serahkan kepadaMu Ya Allah. Hanya Engkau yang tahu apa yang terbaik bagi kami. Kami yakin Ya Allah, bahawa Engkaulah Yang Maha Bijaksana yang akan memberi nikmat dan rezeki yang terbaik pada kami pada waktu yang terbaik. Amin. 

From my reading it is quite normal to bleed a little after embryo transfer. As long as the bleeding does not continue and not like fresh blood, or heavy like menstrual bleed, normally it should be okay. Bak kata Amy, please don’t think the worst yet. Ya Allah I am trying to remain positive ni, mencabarnyalah.
To tell you the truth. As of today. My IVF ride was a pretty smooth one. I got a lot to be thankful for. Antaranya : 

  • Ada kelapangan masa. Aku dapat apply cuti (with reduced salary of course) for this treatment
  • The money suddenly is ready for the treatment (which the bulk of it loaned from my mom, thank you mama)
  • Ed is able to take me on all checkups and procedure and dia dah tak banyak outstation
  • Kami datang pada hari yang tepat where Dr terus boleh mulakan treatment on the spot
  • Doctor dan staff yang bagus
  • Waiting time yang reasonable di Sunfert for every appointment, walaupun doktornya seorang saja
  • My body responded well to the stimulation drugs
  • OPU was successful with 20 eggs collected (though only around 10 is mature and can be used further)
  • Fairly good sperm is collected as well
  • 8 very good embryos made it and 3 good ones were transferred
  • 3 embryos were successfully transferred, even though doctor said it was quite challenging because my uterus is almost 90 degrees forward ke upward tak pasti term yang tepat
  • Only mild cramping, acne and no bleeding after the embryo transfer
Until today. So sebenarnya dah banyak perkara yang Allah dah mudahkan. The clinic pon said its not over yet, so aku kenala kuatkan hati dan banyakkan doa yang semuanya akan ok. I got a lot already to be grateful kan. Sesetangah orang does not respond to the meds, ada yang OPU ok tapi embryos tak berapa cantik. But I had everything ok. Cuma ni jek minor setback sikit, and from my reading its fairly normal. I guess I was panicking tak hengat tadi. Oklah, I hope everything will turn out ok. Lagi 2 more days to go before Beta HCG Blood test for pregnancy test tu. Berdebarnya. Ya Allah bantulah hambaMu Ya Allah. 

15 March 2012

Hari ni, takde bleeding dah. I felt ok. Dah puas nangis kelmarin, air mata pon takde dah. Esok ialah hari Beta HCG Blood test for pregnancy tes. Berdebar dan takut jangan cakapla. Macam-macam bermain dalam fikiran aku. Semalam aku pesan dekat Ed belikan mango. Mango yang kulit ijau isinya oren tu. Sedapnyalah. Alhamdulillah, dia belikan. 

Sepanjang 2ww ni, aku memang take it easylah. Tapi tidaklah fully bed rest. Adala aku bangun jugak, buat sikit-sikit kerja rumah like basuh pinggan sikit-sikit, masak lunch(simple2 je) gitulah. Kalau tak masak kebulurla aku. Takkan nak soh Ed balik every lunch hour, jenuh gitu. So aku cubalah sedaya upaya tak menyusahkan dia sangat. I gave him list of what to buy, nanti dia belikanla. So aku bolehla masak simple-simple for breakfast and lunch. Ada jugak jemur kain sikit-sikit, Ed akan angkatkan bakul berisi baju tu daripada machine ke balcony, dan aku jemurle pelan-pelan. Bakul tu letak atas bangku, so that aku takyah tunduk-tunduk sangat masa nak ambik baju dari bakul dan kemudian jemur. 

Ada jugak tukar cadar hari tu. Aku ni, rumah bersepah takpe lagi, tapi cadar kena kerap jugak tukar. Sebelum ET tu dah tukar rasanya. Tapi aku slow and steady jek masa tukar cadar tu. Malam sebelumnya, aku tukar dulu sarung bantal tu 4 biji. Esoknya or lusanya baru tukar cadar. Tapi aku langsung tak lift la tilam tu, aku selit-selit je lebih kurang. Pastu every time aku nak bangun dan baring, aku takkan guna muscle perut utk bangun, instead I use the fireman roll tu. Alaa, yang ko turn to your side dan gunakan your elbow to push u up tu. Memang camtulah tiap kali bangun, memang senget2 la sikit. That’s also the way physio dekat hosp cakap kat bapak aku masa lepas dia surgery dulu. Use your elbow tp push u up. 

Malam tadi Ed cakap, takut jugak com. Tapi kita kita redah jelah com. Kita redah sama-sama. Macam biasa. Kita dah buat all humanly possible effort dah. Allah tau apa yang terbaik untuk kita. 

Aku angguk-angguk je. Ya Allah berilah kami kekuatan.