Thursday, April 26, 2012

Bosan

Note : Yippie dah jadik threaded comments tu. Thanks Kak PB and Irfa. Saya kena backup dan revert template to default baru la embedded comments macam you all cakap tu jadik. Suke..suke..suke..

Huhu Astro bagi free access tp 130++ channels for 10 days starting 27 April ni. Yesss. This is a really good news untuk orang yang bosan nak gila dok rumah nih, hahaha. 

Semalam aku rasa down dan bosan sangat dok rumah. Petang kol baper entah aku called Ed cakap aku tak tahan bosan. 3 bulan lebih dok rumah dan tak leh drive, kalo korang cuba baru korang tau bosan tak bosan. Kalau leh drive boleh gak kuar beli makanan, browse barang-barang baby ker, window shopping ker, ini nak ke mana-mana kena tunggu Ed balik dulu. Dan dia balik agak lambat. Ada hari-hari kol 9.30 baru sampai rumah. Manala aku tak harassed dia bila dia balik hahahhaa,. Sabarla banyak-banyak cekna dan Ed. 


Kelmaren bosan punya pasal aku buat karipap. Kali ni aku buat freestyle jek. Tak pakai acuan sebab nanti lambat siap.So saiz karipap sesedap rasa, kelim pon nuruk giler, lantakla bukan nak jual kan.  Lepas siap sikit aku goreng untuk aku makan, pastu MMS gambo karipap tu kat Ed. Muahahha. Kesian kan makcik bosan nih. 
Sorry cawan sememeh sikit

Letak honey sikit

Ni makan dengan peaches. Best.

Petang sikit aku buat manggo frozen yogurt sorbet. Aku blend mango, yogurt and honey pastu freezekan. Lepas tu scoopla macam aiskrim. Masam sikit sebab aku tak campur gula. Kalau kurang masam dah rasa cam Tuti Fruti kot. So semalam kena makan peaches kasik kurang masam sikit. Kalau ada coklat sauce pon sedap kot. Yumm. 

Update
Aku sekarang minum decaf instant coffee. Tak lalu tekak aku nak minum milo. Lagipun milo pon ada caffeine gak. From my reading caffeine dalam milo or chocolate drink lagi tinggi dari decaf coffee. So decaf coffee it is. Jenuh carik dekat2 rumah aku takde so kena pegi cold storage baru jumpa. Pricey a bit, tapi belila jugak, sebab aku aku suka sangat minum. coffee.  Tatau la kalau salah. Ikutkan aku suka lagi strong coffee, or strong 3 in 1 nescafe tu. Tapi memang tak minumla. Sabo cekna, sabo.

Oh ya, sebelum aku buat mango sorbet tu, aku berangan nak buat either strawberry or raspberry sorbet. Tapi masa aku carikla semua tempat takde strawberry. Selalunya kan, Giant, Carrefour or Tesco ada kan. Bila nak, memangler takde. So aku pegi ke Cold Storage jugak. Jumpala raspberry. Tak sampai segenggam berries harganya 29.90! Muahahha. Macam tak berbaloi pulak. Sikit sangat. Tak cukup rasanya for the yogurt tu. Hampess. So aku buat jelah mango sorbet. Tapi resepi asalnya ada kena letak 3-4 mint leaves. Tapi takde pulak. So kalau nak buat Joe, try dapatkan mint leaves tu, maybe boleh kurangkan bau yogurt tu. Owh aku rasa kena manis sikit kot. Oh baru teringat aku letak jugak 1-2 sudu perahan lemon, maybe sebab tu masam sangat.

Okeyla, later.

27 comments:

  1. wah
    buat aiskrim sendiri
    besh besh

    ReplyDelete
  2. aku paham perasaan tu sebab penah la di satu masa yg lampau aku dok umah je.. x bole kuar.. mlm2 sakit kepala sebab tak boleh tido sebab masih bnyk energy tak dibakar.. tension sgt.

    thanks. pasni aku tau dah camne nak buat sorbet.

    ReplyDelete
  3. i like strong coffee too. dulu ms pregie ishqi aku minom gak sehari sekali. pagi. but then i read kalo amek caffeine size baby bole jd kecik sket. so aku berazam tanak minum next one.

    err... so nak minum apa kalo milo pun x bleh? cadbury drinks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Test threaded comments jap. Phewwittt. jadik.. Suke..suke..

      Delete
  4. sedapnya karipap ngan eskrem!! lapa~~lapa~~...hehe

    ReplyDelete
  5. Irfa,

    Nanti aku try buat yang tak masam pulak. Kalau buat chocolate strawberry cam best kan. Kalau aku buat, aku inform ok.

    Joe,
    Yes,. betul semalam seharian aku sakit kepala. No sleep can cure it sebab aku bosan dan aku takde mood nak makan. Ko dok rumah masa pregnant gak kan?

    Sorbet tu aku ada tambah some notes kat bawah tu. Kalau nak buat dah tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan kita reply kat bawah komen ker?

      Delete
    2. Yup kita reply bawak every komen la kan

      Delete
  6. Joe,

    owh, ice blended coffee sedapnya, or Long Black. Perghh. Milo, cadbury semua dari koko so ada gak caffein. CUma kurang sikit dari coffee. Tu yang aku jadik buntu tatau nak minum apa. Kalau coffee selalunya 100-250 gm caffein, chocolate drink dalam 40-60 gm, kalau instant decaf 3g, kalau coffee decaf kat starbucks or cofee bean, 10-12 gm. Hehehe boleh la aku gi minum kopi mahal tapi decaf kan lepas ni. Cuma decaf ni, kurang kick la. Green tea pon tak elok masa pregnant, sebab teh tu boleh kurangkan penyerapan acid folic, so ape boleh minum? Susu dan air kosong jek.. yucks hahha.

    ReplyDelete
  7. Afid,

    Karipap tu tinggal dua bijik jek lagi hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yey dah jadik threaded comments yey!

      Delete
  8. wwaaahhhh..bestnya karipap..

    kalo jd jiran ko, hari2 aku menebeng tumpang makan..muahahaha...

    babe, nih kira training utk ko..sok2 dlm pantang lebih kurang sama jek perasaan..takleh kuar umah..pastu kalo bb jenis baik, takpe..jenis yg asik nak tgk depan mata, siaplah..mandi pon, silap2 kena letak baby depan pintu toilet..muahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oren,
      Hahah, ko memanjang nak jadik jiran aku kan. Nak-nak bulan puasa hehehe. Praktis ek. Wei giler awal praktis nih. 3 bulan lebih dah aku memerap kat rumah ni. Muka aku tembam giler cukup lengkap dengan double chin sebab takde buat meder sangat. Grrr.

      Tulah kawan aku pon cakap, nak buang air pon tak dan ye.

      Delete
    2. kak oren..jom pakat pindah duk sebelah umah ceqna.
      hahaha

      Delete
    3. Ala korang ni, aku bukannya hari-hari rajenla. Ada masa-masa jek. Sebab tu bukan hari2 aku upload gambar masak. Hehehe

      Delete
  9. kak pB pun nak jadi jiran arena


    masa pregnant kan Adam , pagi pagi mesti minum kopi O ais.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, akak pon nak jadik jiran saya ek. Owh, akak minum kopi air masa pregnant kan adam. Orang dok cakap minum kopi anak jadik gelap la haper la. Elok jek cerah si Adam tu kan. Hehhehe.

      Delete
  10. aku ni mmg ketagih nescafe..masa preggi plak minum milo konon nak cover ketagihan nescafe..serious x bolehlaaaa...decaf coffe tu cemana ghupanya?

    aku masa dlm pantang hari tu mmg tension giler sebab x leh kuar rumah, mmg serious buhsan..lagilah ko yg duduk umah atas langit tu kan? ko byk2 kanlah activity berangan kat balcony sesambil tgk awan tu hehehe

    ReplyDelete
  11. Mawar,

    Tadi aku ikut cadangan ko, dok kat balcony pandang scenary masa hujan. Argghh still bosan kakaka.

    Decaf coffee, tu cam cofee biasa, less umph la. Kena carik dekat botol tu tulis decaf coffee. Aku beli brand Boncafe. OKlah not bad. Tapi kalau nak buat kopi susu memang tak kick la kot. Maybe kena pakai banyak. Ed cakap ok jek rasa dia. Aku rasa kurang kick.

    ReplyDelete
  12. Dee,

    Teh pon ada caffein gak. Pasal tu orang ketagih teh tarik heheh. KUrang sikit dari coffee. And of course segala macam air gas dan energy drink pon sangat tunggi cafein.

    ReplyDelete
  13. Uish syoknya cuti... Nonie yg cuti pantang 3 bln aritu pun rasa x cukup... Tp sbb kalau dlm pantang tu ada baby, tak sempatla nak bosan sgt kot, letih & tak cukup tido melayan baby jerla... cuma bosan tokleh mkn macam2la... Ni cuti, pastu blh mereka mcm2 resepi lagi, okla tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nonie,

      Kalau dah ada baby, memang tak cukupla kot. Ni dok sorang2 kat rumah first 2 months and a half, bed rest jek mana tak aku naik gila. Muahahah.

      Delete
  14. Nak resepi mango sorbet tu!!
    Makbulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alemek, nak recipe ek. Okey here goes.

      Tak ingat measurement lah. Rasanya :

      500g Nestle Natural Yogurt(rasanya. Medium size. Tak sure brp weigh)
      2 bijik mango.(kalau ada black gold mango lagi best, kaler dia oren sikit kan)
      3-4 sudu besar honey or half cup of sugar
      3-4 mint leaves (optional)

      Mixed everything in a mixer or blender. Kalau tak hancur sangat lagi best kot. Lepas tu freezekan. Sebelum bebetul freezed, kalau boleh kacau dan freezekan balik. Bila nak scoop out, kena keluarkan around 5-10 minutes baru leh scoop kan dalam cawan or ice cream cone. Selamat mencuba.

      Delete
  15. Cekna,
    Lepas goreng karipap, amik gambor and mms ke Ed. Tu yang tak tahan tu. Hehe! Gamaknye dia balik awal sikit kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis aida,
      Takdenyer dia balik awal haha. Tapi masuk je rumah terus cakap, sedapnya bau. Padahal tak oreng pon karipap masa tuh hahaha.

      Delete