Friday, April 27, 2012

Frozen Yogurt Berries



Muahaha, bukan aku buatla sorbet ni. Tapi sorbet ni yang dibuat dek Jamie Oliver yang aku rasa semangat sangat nak buat tu. Kan ke cantik the colors ni. Kaler sorbet tu cantik sangat kan purple cam tu. Aku tengok dalam rancangan Jamie Oliver 30 minutes meal. Kalau aku leh masak 3 course meal in 30 minutes gitu kan best. Yes, aku memasak memang cepat, tapi payohle nak siap semua in 30 minutes. Resepi boleh didapati di sini. Geramnya. Kat mana aku nak beli blueberry or raspberry tu. Terbayang-bayang sedapnya tuh hahahha. Takpe, nanti kalau aku terjumpa aku beli. Atauuu.... Adekkkkkk, awok nak balik Jun nanti, bawok balik frozen raspberries and blueberries dek. Alaaa bolehla. Sian kakok awok nih, hahahah. 

Sekarang ni payah nak tido malam, sebab errr maybe macam kata Joe, aku tak cukup penat so payah nak lelap. Aku tido every day at 2-3 am. Lepas subuh, aku tak tido dah sebab lapar gile. So selalunya aku gi buat breakfast. So minggu ni, adala few times Ed bawak bekal or breakfast dekat rumah. Kalau aku kerja, jangan harap nak makan breakfast sesama hari kerja. 

Oklah takde mender nak update pon, aku nak siap-siap dah ni. Kejap lagi ada checkup. Bengkek pulak si Ed tu karang, kalau dia sampai aku tak siap lagi. Ok people, doakan semuanya ok ye. Aku nervous la nak gi checkup ni. Risau tak abis-abis. Harap-harap semua ok.

14 comments:

  1. insyaallah , semuanya ok.

    yg penting sekarang B HAPPY

    ReplyDelete
  2. nnti update cerita pi check-up plak tau...

    ReplyDelete
  3. aku pun jenis masak dengan cepat.
    tak suka da ramai org kat dapur..lagi cepat siap.

    okey,.,.aku doakan moga semua berjalan lancar ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan. AKu lagila sekarang ni, nak cepat jek keluar dari opis. Sebab tak tahan busuk, hahahha. Thanks sis.

      Delete
    2. Irfa, best kan ada threaded comments ni. Terus jek jawab komen tak yah scroll atas bawah kan.. SUke..suke..suke..

      Delete
    3. Nak cepat keluar dari dapurla. Aper meraban keluar opis lak nih hahaha.

      Delete
  4. Arena
    You boleh beli blueberry/raspberry kat Jaya Grocer. Insyaallah ada.

    Anyway, awak dah mabuk2 ya? Tahniah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sis. Jaya Grocer ye. HEhehe boleh ajak Ed pegi. Kalau jadik nanti saya akan amek gambar dan letak sini.. Yey! Err jaya grocer tu kat mana? Muahahhaa.

      Saya tak muntah2 kak alhamdulillah. Meloya adala sikit2 lagi, but not too bad.

      Delete
    2. You cuba carik kat Empire atau kat Subang Parade, insyaallah ada. Kalau tak de, you ngamuk okay? hehe..

      Delete
    3. Thanks sis. Nanti senang2 I pergi carik. Yesss...

      Delete
  5. alamakkkkk ko buat aku tingin nak pekena tutti frutti lerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Delinn,

      hahah, sila pergi beli tuti fruti.

      Delete