Thursday, April 19, 2012

Masuk opis kejap

Semalam aku pergi office. Dah 2 bulan aku tak masuk opis. Kalau ikutkan hati aku, malas nak pegi lagi, tapi appraisal aku tak settle lagi dan aku dah tak leh access my email and blackberry mail. Nak tak nak kena pegila jugak. Aku tak driveler, aku tumpang my collegue. Hari sebelum tu gosok pants dan blouse. Aku masih muat pakai slacks biasa, but ada 2 helai jek yang muat, yang lelain babai la. Pastu pagi tu siap-siap dan pakai mekap sumer. Malasnya nak pakai mekap, tapi muka aku pucat lesi sangat, so aku pakai la jugak. Once dah mula tu beria-ia pulaknya, dengan eye-shadow, mascara sumer muahaha.

Sampai kat office, kengkawan senyum-senyum, peluk-peluk dan ada yang raba-raba perut. Sabo jelah. Tak semua yang tahu. Malas nak kecoh-kecoh siapa yang tahu, tahula kan. Pastu kalau orang tanya, aku ngaku jelah pregnant, takkan taknak ngaku pulak. Kesian baby.

Sebelum wat pa-per, aku makan breakfast dulu. Cuba jek beli nasi lemak kot-kot selera makan. Sambal semua letak tepi. And alhamdulillah, boleh la makan walaupun tak habis sesambil sembang-sembang dengan my collegue. Oh man, actually it's quite good to be back at work. Seronoknya sembang-sembang. Yelah dok rumah kan sorang-sorang, pastu kalau taknak mandi sampai zohor pon sapa nak kesah kan, so it's good gak to dress up and prepare for work. Jumpa kawan-kawan sebenarnya yang paling best tu. 

Bukak je kunci ke bilik aku, aku dah gelak-gelak sikit sebab meja aku dah berhabuk. Muahahhaa. Lap-lap sikit dan mulalah trying to get my email working again. Took a while gak. Sesambil tu, update all my antivirus dan trying to get my BB email working gaks. Bila dah ok sikit, mulalah kena menunggu berjam-jam to download thousands of emails tu. At 11.15 aku baring kejap dekat surau sebab nak kena pakai ubat insert tu. Ni yang leceh sikit kalau keluar rumah, but sesekali kenala adjust.

Lunch tu, the boss ajak gi makan. He wanted to treat us. So kami pergila ke Al-Abraj sebab dia nak makan nasi arab gitu. Aku masa tu tak lalu nak makan nasi arab, so I ordered shawarma. Kenyang gilerzz. Thanks boss! Petang barulah settle appraisal. The rating he gave me is quite good. Yelah ni appraisal tahun lepas, which aku performed. Tahun ni, aku pasrah jelah bila appraisal karang. Adala rezeki tu kan. 

Balik kerja semalam lambat jugak. 6.30 baru gerak balik. Tumpang orang gitulah, kenala tunggu dia balik. Tapi aku habis appraisal pon lambat. Serius penat dan sakit belakang. Tidur awal gak sebab penat nak mampos. Lepas subuh pagi tadi tido balik. Lepas tu bangun goreng keledek dan buat kuah cicah. Baca magazine check email sikit. Pastu tido lagi. Muahahha. Penangan pegi opis semalam, seharian aku tido. Pukul 2.30 baru bangun untuk solat Zohor, pastu mama telefon ajak gi makan. Hahaha, aku on jek. Si Bulat ada sekali so best jugak sembang-sembang dengan dia.

Oh ya, Irfa I got your gift. Hehehe. Aku lambat sangat turun bawah tengok surat tu, Thanks dear. I love it. I love it. Tatau nak isi apa dalam tu. Sukaa. Thanks a lot dear. Susah-susah jek ko nih. 


10 comments:

  1. Jgn lasak2 sgt.. first 3 months kena jaga beb.. irfa..nyesal aku tak masuk contest ko.best arrr..

    ReplyDelete
  2. Tulah lagi 2-3 minggu baru pegi kot. Nak buat camner kan. Pregnant2 gak, life goes on tu pon dah 2 bulan lebih aku ignore semua mender. Tu belum campur study aku yang tunggang langgang gak. Entah bila nak masuk uni jumpa Sv nih.

    ReplyDelete
  3. awal-awal ni jgn dok lasak sangat, sayang oiii .....


    tapi jgn malas-malas sgt,nanti berjangkit pada baby or babies .....

    ReplyDelete
  4. heheh..layanlah kemalasan tu, tahun lepas ko duk baca entry aku yg malas-malas dan morning sickness kan..so now your turn, enjoy!!

    ReplyDelete
  5. Kak PB,

    Itulah takdelah melasak kak. Drive pon tak kan. Baru jek rasa healthy sikit seminggu ni. But I will try to take it easy kak, walaupun bosan gilerrr dah..

    Mawar,
    Aku memang korek2 entry ko masa pregnant yayan dulu. Entry jojoe pon aku korek gaks. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. haha. tetiba aku malu. entri lama? waaah.. aku kuat emo ms preggie.. tidaaak! *tutup muka.

    ReplyDelete
  7. Chena,
    Sila mengada/mengidam lelebih dgn daddy ed tuh..bukan senang nak mengada mcm masa preggy ni kan? 9 years okay, so sila la mengada manja manja eh..hahaha tapi jgnla ko mintak daging rusa ke/hati kijang ke, sian la kat ed mana dia nak cari tu huhuhu

    :)

    ReplyDelete
  8. Joe,

    Ko nyer entry masa tu detail sebab ko banyak kat rumah gaks kan masa tu. So best gak baca.

    Mawar,
    Hehehe manja abis dah aku nih. Cuma tang makan tu belumla nak mender2 pelik dan susah2 lagi. But I have in mind what I want tapi kena tunggu aku kuat sikit sebab semua mender tu jauhhh hehhe

    ReplyDelete
  9. hehe..ada hati nak gi keje.
    baru pegi sebari dah kepenatan.
    kalau dapat cuti bergaji lagi bagus :) kan?

    sama2..hadiah kecil tapi ikhlas dr hati.

    ReplyDelete
  10. Irfa,

    Tulah sehari jek masuk. Nce email sumer dah ok, aku tak yah ler masuk. Maybe 2 pr 3 minggu lagi baru pegi. Penat gila rasanya, maklumler dah lama rest kan. Kalau gaji penuh dan cuti mmg best giler babe. Hahaha. Thanks again for the gift. I love it

    ReplyDelete