Friday, November 27, 2015

Grand Opening Butik Ms.Husna

Assalamualaikum wbh,
Saya dengan rendah hati menjemput anda semua datang  ke pembukaan Butik Ms.Husna pada 28 November, Sabtu bermula pada pukul 10 pagi beralamat di 6-23-2, Tingkat 1, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, Bangi Sentral. Belakang Physicon, sebelah Butik Felinna, Tingkat 1, jangan risau ada lif 😊

Ada free goodie bag🎁 utk 150 pelanggan pertama, makan-makan🍴🍲serta diskaun hebat utk semua barangan termasuk koleksi baru. Jemput datang ye, bawak family dan kawan-kawan sekali.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda. 😊😊

Friday, November 6, 2015

Priceless gifts on my Birthday

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah swt. Alhamdulillah I am 38 now. Syukur atas kesihatan dan segala nikmat yang Allah bagi pada hambaNya ni.  Entry ni aku banyak copy dari FB. Saja aku paste semula senang aku nak baca balik. Thanks a lot for the wishes ya. Mungkin ada yang tak sempat aku nak personally reply. Thank you sangat for your thoughts. Anyways walaupun takde celebration va va voom. Tapi i had such a great birthday. 

Bermula dengan the day before when my husband surprised me with flowers and having Farhan nyanyi Hepi beday mama.Knowing my husband and how he loaths giving flowers as present but still give it anyway because he knows I love it, is a true act of love and kindness. Tq bi. Sukeeee sangat. 

Epi bedey mama..epi bedey mama
Followed by warm wishes and dua by my family and friends selepas tu. Di office pulak dapat surprise birthday cake. Allah I am so touched.

TQ my beloved colleague
The highlight of the day was when i received pictures from my staff that signboard Ms.Husna dah naik di butik!!! Allahu what a perfect gift kan. Rasa nak jerit pon ada nak nangis pon ada but had to contain myself with a big silly grin on my face jelah sebab dekat office masa tu. Ya Allah, what a proud moment for me.
Nangis. Sengih. Nangis. Sengih..
Hihihi

Terima kasih Allah for all this wonderful gift. Takkan bergerk sezarahpun kalau bukan dengan izinMu. Semoga hambaMu ini makin dekat dan bukan makin jauh dariMu setelah mendapat pelbagai kurniaan-kurniaan ini.

Lately ni almost every other night aku pegi tgk progress butik. Maklumlah bila mostly buat sendiri macam tulah. Barang semua carik sendiri lepas tu pass kat tukang utk buat. Tempah besi railings, cermin, para, kayu, bracket, wallpaper dan tah apa-apa lagi semua sendiri. Fitam. Itupun aku banyak dibantu mama yg excited benor dengan butik ni. 

Walau tak perfect disebabkan budget yg limited. But I am very happy with the progress and outcome. Pelan-pelan kayuh jelah cekna. Start end of the week dah boleh loading stocks dah. Ya Allah hambaMu mohon agar semuanya dipermudahkan. 

I got a week plus lagi di current office. Can't wait to focus and going all out for the biz. At this age, going out of my comfort zone, leaving my senior post at office, memang mixed feelings. Doakan ye. Aku nervous sebenarnya but insyaAllah all will be well.(keep telling myself that)...
Renovation dah siap. Sekarang tengah loading barang