Mula-mula aku edit dulu gambar Nasi Lemak Zaman kat entry lepas tu. Memang terliur, aku pon boleh terliur bila tengok banyak-banyak kali, muahahha. Aku kan tak banyak cerita so terpaksala buat update masak-masak gaks.
Aku nampak dish ni dekat blog PatinPasta nun. Nampak macam senang je, tapi tak tergerak nak buat. Resepi asal boleh tengok dekat sini. Last week, bahannya ada. So aku tryla Claypot Chicken Rice ni. Dek kerana takde claypot, guna jelah rice cooker. Hasilnya stil sedap. Dan yang bestnya, everything in one pot, takde kena tumis-tumis haper dan takde kena siang dan hiris-hiris bawang simple gila resepinya. Tapi rasanya, best gila. (utk orang yg suka claypot chicken ricelah)
Claypot chicken rice or rather rice cooker chicken rice hahaha |
Close up sikit. |
Bahan-bahan untuk marinate
Ayam (potong kecik-kecik)
2 sudu besar kicap
2 sudu kicap manis
2 sudu kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1sudu kecik Minyak bijan
Garam
Sedikit halia diketuk
Sedikit lada putih
Sedikit gula
Tepung jagung
Bahan-bahan untuk sos (Optional)
Kicap
Kicap manis
Sos tiram
Minyak bijan
Sedikit air panas
Bahan tambahan
Dried shitake mushroom (rendam sampai lembut dgn air panas)
Hirisan cili
Hirisan daun bawang
Hirisan daun bawang
Cara-cara
1. Masak nasi macam biasa, air dikurangkan sikit.
2. Bila air macam dah nak kering, (jgn sampai kering habis) masukkan ayam dan sos,tutup sekejap. Kemudian gaul-gaul ayam dengan nasi tu.
3. Masukkan shitake mushroom.
4. Bila dah masak baru makan dengan cili padi or like me yg tak leh makan cili kecik2 tu hirisan cili biasa jek. Siap.
Note : Dont be tempted untuk tambah air bila nampak cam air dah kering dan ayam tak masak lagi. Nak tambah, sikit2 sudah. Nanti nasik lembik sangat macam aku punya.
Note 2 : Walaupun nampak cam nasi dan ayam belum masak, bila rice cooker punya lampu dah naik, let it keep cooking dan jangan bukak-bukak sangat tutup rice cooker. Dalam 20 min to half an hour baru leh cedok dan makan, that is kalau korang tahan sabar la. Hehehe.
Note 3 : What distinguish claypot rice dengan nasi makan dengan ayam masak kicap is the minyak bijan dan the mushroom. But if you are not a mushroom fan, of course you can skip it.
Note 4 : Kalau tak nak buat sos tu pon takpe, cuma masa perap ayam tu, lebih2 kan sikit kicap2 dan sos2 tu. Aku rasa jadik jek.
Like sis Aida said, this is a dish that I will do again and again. Senang dan sedap. At least kat tekak aku.
Minyak bijan takdak laaa
ReplyDeleteBole jugk without the sesame seed oil tu. tp kurang umph la, aroma kurang. Nanti beli la. Botol kecik jek kat area minyak2 or kicap2 ada jual. Boleh jek kalau nak belasah jek.
ReplyDeleteok nak buat gak.
ReplyDeletekalo beli kat stall sometimes dorg letak shreded ikan masin utk garnish. nyammmmm
Yeay!! Nak try lah buat. Cam senang jer nie...
ReplyDeletecekna,
ReplyDeleteakak punya feveret ni, macam joe cakap letak ikan masin yummy :)
boleh cuba ni :)
Cekna,
ReplyDeleteWah dah buat ye? Guna rice cooker lagi senang tak?
Tu la kan, resipi simple je tapi sesuai di tekak. Hmm.. tengok gambo nasi Cekna, dah terus tingin nak buat esok.
Joe, MR dan Ummi,
ReplyDeleteDah buat ker? Jadi tak? Heheh.
Sis PP,
Tulah senang, takde rempah2. Takde tumis. Takde siang bawang. Senang giler. CUma i still have to get the water right.Kali kedua buat pon lembik sikit lagi.