Monday, February 18, 2013

Cabaran Breastfeeding 2

Salam korang, 

Aku tengah mengepam ni. Sekarang pam dekat bilik jek yang morning session. Ada masa sempat, ada masa terbabas. Alhamdulillah ada la rezeki si Farhan ni, walaupun aku dah campur FM dari 3rd week lagi. Now dah 3 bulan lebih FM diguna dalam 2-5% jek. Kalau weekend berjaya jugak fully breastfeed, tapi kalau hari kerja memang tak dapat la sebab stok tak cukup dan stok takde. Memang stok susu aku ialah pam hari ni untuk hari esok jek. Sekarang Farhan bawak 4 botol ke taska. Sebotol dalam 3-4 oz. Selalunya habis. Ada masa-masa x habis kalau dia kuat tidor. 

Aku pam sekarang pukul 10.30 pagi, 2.30 ptg dan 5 ptg. Adala terbabas sini sana sebab ada meeting dan sebagainya. Every mornin aku kena tengok shedule dulu dan adjust my pumping time. 

NI bekal Farhan bawak gi taska. Ada numbering, date and time

Ni beg aku. Belah atas aku letak corong dan milk collection shell

Belah bawah letak storage bottles dan ice pack, kiri, kanan dan atas.

Ni rupa beg tu dari luar. Super like.
Ginila aku punya  gears untuk pumping. Beg tu brand Jingle Jungle, aku suka sangat. Belah atas aku letak corong pam dan bawah botol-botol dan ice pack. Walaupun kat opis ada frdge malas la letak dalam tu. Plus aku pam kat bilik jek. Malas nak berangkut susu ke pantry lak. Sebab corong sumer letak kat dlm beg yang sejuk, tak yah clean up sumer sampaile balik rumah. 

Setakat ni masih boleh pam lagi. Aku pegi audit pon aku bawak pam. Luckily pam aku tak yah pakai power, so tak perlu depends dekat power. Janji charged sudah. Charge pulak, kekadang lebih seminggu baru charge balik. So I love my breastpump. Bising tetapla bising but not too bad. Keputusan beli double pumping punya pam memang tepat sebab cepat sikit. Imagine kalau pagi punya session kena pam sampai 20 minit untuk kosongkan breast. Kalau pam single jek dah 40 minit tu. Tu belum campur assemble sumer. Silap-silap sejam dah gone kan pepagi tu. Mampus kena sound karang. So aku taknak sesapa jadikan issue aku mengepam ni.

Beralih kepada cerita Farhan, hehehe. Farhan sekarang ni tengah mengalami growth spurt, yakni dia lapor sokmo dan kuat sangat menyusu. So, dia akan latch and the unlatch pastu latch balik bila menyusu. Geramm. Dia tengah lapar, dan nak menyusu dengan banyak dan yang best is I want it nowww!! tu yang dia dok latch unlatch tu. Memang tak berapa tidur sangat aku dibuatnya. So dek kerana my body is trying to keep up with Farhan's demand, pagi ni bila pam boleh tahan banyak. Alhamdulillah. 

Aku baru jek dapat tau trip ke Shandong, China tak jadik. Legaaaaa aku. Serabut aku pikir. Kalau bawak Farhan, camner siang-siang tu. Kalau tak bawak lak, berapa banyak stok nak kena tinggalkan dan camner lak aku nak pam dan simpan stok kat sana. Alhamdulillah, Allah mudahkan, tak jadik, Legaaaaaa. 

Aku respect sangat orang yang boleh fully BF anak sampai 2 tahun sebab mencabar sangat. Weekend memang susah nak pam. Malam aku langsung tak pam. Respect aku kalau ko kerja, tapi masih bangun tengah malam untuk pam. Ngantuk giler. Tu belum campur orang yang kerja outstation selalu dan pergi tempat-tempat luar bandar sikit macam Angah tu. Memang gigih ok. Aku once sampai rumah memang direct feeding jek yo. Memang tak pam.  Ya Allah, cukuplan susu untuk Farhan Ya Allah dan mudahkanlah perjalanan breastfeeding kami.

8 comments:

  1. betul... sgt respect pada angah... nonie pun akhirnya meyerah campur FM gak afsheen masuk 1 1/2 ni... tak istiqomah mengepam... kakak2 dia dulu bolehla lama sket exclusive sbb time tu cuti belajar... skrang punyala malas mengepam sehari sekali je... time lunch... masa lain sibuk student datang jumpa... tu pun kadang2 kantoi tak sempat simpan gajet dgn botol susu bagai atas meja... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nonie,

      lama la tuh dah sampai 1 1/2 tahunhj baru campur. Aku dah dpt bf sampai 3 bulan dah syukur. Now target sampai 6 bulan. Selagi boleh nak bf jugak kan. Memang mencabar sebab busy dekat office kan.

      Delete
  2. mama farhan teruakan usaha ye.. masih dalam adjustment period nih kan.. rutin mengepam ni rutin baru. nanti lama2 akan jadi kebiasaan sampai 1 tahap kalau tak buat rasa something wrong..

    Yang penting usaha utk BF anak. Tak perlu target sampai 2 tahun. Small targets keep us going dear.. small targets :) kalau sekarang ni boleh dah pam hari ni untuk esok dan mencukupi untuk farhan, that is a big achievement already!

    Esok2 farhan dah start makan dah lebih mudah InsyaAllah.. the toughest is alway the first 6 months. Lepas tu mudah sikit dah..

    My journey pun bukan smooth sailing..cuma stok awal2 banyak meembantu bila ada masalah susu merudum. You can do it cekna!!! small targets okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ngah. Ok tak yah tyarget 2 tahun tu. Nanti pressure kan. Ok aku dah capai target 3 bulan dah. Achievement besar dah untuk aku ni kan. So now kalau ada rezeki nak cuba sampai 6 bulan. Memang pam hari ni untuk esok jek ngah. Nak wat camner.

      Thanks a lot ngah, for all your guidance and support. Appreciate it, sangat2.

      Delete
  3. Tabikkk cekna..lagipun dah bwli gadget plg canggih so Keep on pumping yeaaahhhh..all the best u can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mawar,

      Tulah segala-mala aku dah beli ok.Cuba jelah sehabis baik kan.

      Delete
  4. in sya allah cekna..
    ada niat usaha nyusul.. keep up cekna.. jom kita menge'pump'.. iv pun berusaha nak penuhkan target setahun setengah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks IV,

      Tulah jomla kita gigih sesama. I have loong way to go, but I am enjoying every step of it.

      Delete