Wednesday, February 20, 2013

Cabaran Breastfeeding 3 :Nursing Strike

Baru jek aku tulis pasal growth spurt tu kan, haa ni ada satu lagi pesen baru si Farhan. Aku rasa he is on nursing strike pulak. Aku cakap kan kat entry lepas yang bila dia direct feeding, dia akan latch and unlatch tu kan, sebab dia nak minum dgn cepat. 2 hari lepas tu dia langsung taknak menyusu direct ok. 

Memang dia alih kepala, siap menangis-nangis hempas-hempas kaki adoi. Pastu kalau aku tolak muka dia ke apa ke, memang nangis. Lepas nangis tu  ngomel-ngomel pulak tu. Marah aku paksa dia DF. Orang cakap takmo, takmo la ma. Sebelum ni, aku ingatkan dia terikut schedule taska, siang nak botol malam nak df. Tup-tup malam pon taknak. Sedih mama ko, dek. 

Malam semalam sekali jek dia DF at 3 am gitu,tu pon sebab ngantuk sangat takleh bukak mata, so tak gaduhla dengan aku. Pasrah jek aku sua nenen dekat dia. But the rest of the night dan dah 2 hari mmg nak botol jek. Maybe dia tengah kuat nyusu dan dia rasa susu aku lambat turun. Or dia tengah tersumbat idung, dia rasa tak selesa nak DF sebab kena effort sikit kan. 

Kekadang nampak gak dia terpusing-pusing badan nak DF, kesian gak. Tapi bila dibagi memang tak mo. Bila aku baca ni, salah satu peel nursing strike. Ed cakap kat aku, janganla kecik ati, dia bukan tau apa. Pam jek, nanti2 dia ok. I hope so, penat la sikit bila siang malam kena mengepam kan. If not selama ni, aku DF jek bila balik kerja tu. Plus, I miss having him latching on me. Miss tengok muka dia tengok aku. Memang undescribable feeling tu. Takpelah I hope it's just a phase. 

Kejap.............
Hmmmm baru lepas tutup telinga si Farhan ni. Bising orang dok main mercun. Terkejut-terkejut si Farhan. 

Oh ya, last Jumaat, first time aku tak fetch Farhan dari taska. Aku meeting. Kol 7 malam masih di meeting room. Tu pon pukul 6.45 aku menyelinap keluar kejap sebab belum solat Asar lagi. Memang tak sempat nak pam sumer. Aku sms Ed, untuk amek Farhan. Dekat pukul 8 malam gitu baru sampai rumah. Tu pon berangkut notebook sumer sebab kena buat kejer kat rumah. Pfffftttt.. Hmm come to thing of it kan, start hari tulah Farhan slowly takmo DF. Change of routine kot. Tetiba ayah balik, dan siap-siapkan dia instead of mama. Tahla, Farhan.

Anyways, aku mohon sangat Allah mudahkan my BF journey. Beri aku ketabahan dan kesabaran untuk susukan Farhan selama yang boleh. I am sure korang yang menyusu anak lama-lama tu, sure ada cabaran memasing kan. Oklah, aku nak check email dan document kejap. pastu nak tido. 

**written in darkness sambil teman Farhan tido.

4 comments:

  1. Akak dulu, anak sampai siap nak muntah bila direct feed... ekekeke... sabor jer la...

    ReplyDelete
  2. Comel kan babies ni. Gerammm.
    Iyer Farhan pon pernah buat gaya nak termuntah tu. Sabo jelahh..

    ReplyDelete
  3. go cenna go... in sya allah.. mama jgn stress ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress gak IV kekadang . Tapi setakat ni masih tetap pam.

      Delete