3/2 semalam Farhan dah 3 bulan. Bersempena dengan umur 3 bulan he decided he wants to...mengiring! Gigihnya berlatih anakku. Tengah2 malam semalam dia terjaga, pastu dok sebok nak mengiring dlm gelap dengan mata separuh buka.
bangun tido kot |
Siap-siap nak tido. Pakai topi sebab selsema |
Sibuk practice mengiring. Panjang kan badan dia dah lebih dari tikar biru dah. |
Dah mula discover tangan jari2 dia. Sebok dok belek tangan dia tadi. Dah start tarik tarik baju aku.Mata makin fokus. Kalau diagah-agah bolehla senyum tapi mahal sangat senyum tu ye dek. Memang tak sempat aku amek gambor. Kerut-kerut idung pon boleh la sikit-sikit. Hahaha kiut giler. Yezzaa, aku dah jadik mak-mak yang dok puji anak sendiri. Muntahla korang hahaha. Mandi pon dah tak meraung bila letak dalam besen tu. Kalau tak, kan kena mandi peluk-peluk dengan ayah dia. Now takdelah ayah dia kena mandi sekali each time dia mandi.
Bangun memalam still 2 kali dalam kol 2.30 am and 4 am gitu nak menyusu. Mak dgn anak dua-dua mata pejam tapi kerja menyusu beres hahaha. Rambut dah mula tumbuh tapi tak rata sangat. Masih lagi capuk-capuk. Ada sedikit sedih di situ. Dok pujuk hati, takpe still comel.
Amy dan Fiechik datang rumah aku hari tu. Terer jugak, kasi direction thru sms jek, terus sampai depan pintu. Sukerrrr. Thanks for the gifts friend. Konon-konon memasing segan takut x reti sembang bila jumpa. Elok je kan sembang. Berebut bercakap pon ada hahahaha.
Sabtu ni Farhan ada jab 3 bulan. Mintak-mintak Farhan tak demam. Kali standby ubat segala. Actually dia still selsema dan batuk. Dah dekat 2 minggu dah. Kesian sangat. Kelmarin kali kedua bawak di ke klinik. Aku risau gak, pasal aku kan ada asthma. Tu yang aku cautiuos sangat bila dia selsema dan batuk tu. Alhamdulillah, dia tak bad mood sangat. Makan ubat pon ok jek. Ok lah, nak gi pam jap, pastu nak balik.
Oh ya terimalah gambar ni hahha
Ayah Farhan bedung dia. Muahahaha. Syian, dah besar panjang kena bedung kekeke |
Comelnya farhan.... Happy 10th anniversary... Semoga dapat menggapai keluarga sakinah mawaddah wa rahmah... Baby k.ina dah nak msk 4 bln ahad ni masih belum meniarap...gemuk sgt..hishhh
ReplyDeleteSalam Kak Ina. Thanks ye for the beautiful wish. Nak 4 bulan dah ye. Cepat kan. Takpe, badan sedap nak gomol tu hehehe. Budak pompuan cam friendly sikit, mesti anak kak ina, dah sembang2 dan senyum2 kan. Farhan ni mahal nooo nak senyum.
Deletecomel farhan kna bedung..aisyah mlm mmg kna paksa bedung..kl tak mmg asik sedar..tp bila bgun mmg terpekik2sbb kna bedung..haha
ReplyDeleteSalam,
Deletefarhan memang x berapa nak bedung dah, plus badan dia dah panjang tak muat dah bedung dia. Senang sangat terburai. Farhan ni kalau tido mama dgn ayah kena tido sekali kalau tak kejap jek jaga, sabo jelah.
Salam...selamat hari jadi Farhan :)
ReplyDeleteThank u bro.
DeleteDah sebulan aku masuk opis br nampak ko sekali hahaha.
Arena,
ReplyDeleteini adalah petua yang akak guna setiap kali bawak anak anak ke klinik untuk cucuk imunisasi .....
selepas kena cucuk tu , terus sapu tmpt kena cucuk tu dengan minyak angin cap kapak dan digentel gentel tempat tu (tekan-tekan)... insyaallah ... tak demam.
Itu ikhtiar kita ...
Kak PB,
DeleteOk kak. Insyallah saya akan cuba. Either tuam or letak minyak cap kapak ye kak