Assalamualaikum wbh,
Kiut betul la jari-jari baby kan. |
Sorriler lama tak update korang. Bz giler la wei. Aku ni tak berapa adapt lagi dengan motherhood ni. Setakat ni dah mengalami :
- Goreng hotdog, pastu hangus sbb Farhan nangis.
- Dah duduk kat jamban dan get ready nak buang air, tapi postpone sebb Farhan nangis
- Tak mandi sampai tengahri sbb Farhan tak mo tido dan nak berdukung aka Farhan nangis (tp Farhan pepagi lagi dah mandi dengan ayah dia..)
- Tak makan sampai tengahari sbb yes, u know what.
So ni fenomena biasa untuk mak-mak so aku kena adapt dan cekap sikit. The thing is bila Farhan tido, keinginan nak tido sama tu tinggi sangat, hahaha. Tu yang jadiknya tak mandi, tak makan, tak buang air tu.
So aku kena adjust. Sebab dah nak balik rumah sendiri. Kat rumah mama ada orang tengokkan, kalau aku nak mandi kejap ker, or makan ker. Tu pon kekadang aku dulukan tidor hahaha. sangatler mengantuk sebab dok berjaga malam, Farhan suka sangat berjaga from 2.30 sampai kol 5 pagi tu. Aku kasi Ed tidur dulu sebab dia kerja. Pagi esok start subuh jek, Ed jaga dan mandikan sampaila pergi kerja. Masa tu aku tido.
Kat rumah mama, kekadang awal malam Farhan naik tido dengan aki dan neni dulu. Kan main lena dan good boy sangat. Pandai betul amek ati diorang ye Farhan. Dengan mama kan main merengek. Ke memang bebudak kalau dengan mak dia, gitu perangainya. Pepagi kekadang kalau aku nak gi toilet sangat aku pass pada cousin Farhan ni, Kakak Shasha or Abang Qiryn untuk tengokkan. Kakak Shasha boleh dukung dan dodoi sampai tidor gak.
So aku adalah a bit nervous untuk balik ke rumah sendiri dan duduk berdua jek dengan Farhan masa Ed gi kerja. 2 hari sebelum balik rumah, kami dah start hantar barang balik rumah. Mama aku yg masih on wheelchair pon ikut sama. Mama ni terer and arrange barang. Bukan dia la yang ngemas, dia instruct aku and sorang staff dia, kemas and rearrange barang. Kemas gilerrrrr rumah.
So the time finally came. Tengahari semalam aku balik la ke rumah aku dengan Farhan. Mama dan staff dia drop aku kat rumah sebelum mama balik Jengka. Lepas letak sumer barang, aku amek Farhan dari riba mama dan jalan masuk ke rumah. Masa dekat lobby nak ke lift tu rasa surreal sangat. Ya Allah, aku balik ke rumah aku dengan my baby. My Farhan. I have a child in my arms. Susahla aku nak cerita perasaan aku. After so many years, jalan berdua dengan Ed kat lobby ni untuk masuk lif ke apartment kami. And after so many months, carrying this baby with complicated pregnancy, macam-macam drama, kali ni aku jalan dukung my own son. Ya Allah.. Ya Allah. terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Having him in the living room sleeping soundly is a sight to behold. Senyum jek mak pak, ko Farhan. Happiness yang tak terungkap. Kekadang rasa overwhleming jugak semua ni. Tapi happy lah yang lebih.
Oh ya, kan kat bawah tu ada tulis pasal swing tu. Aku dah return dah semalam. Aku gi beli bouncer instead dekat FabMom. Hihihi. Risau jugak kalau dia tak suka. Jenuh aku kena sound dengan Ed kalau dia tak suka, tapi aku gediiikkk gak nak beli. Alhamdulillah. Setakat ni dia suka. Semalam dan sepanjang hari ni dia tido kat situ. Pagi tadi dia tido kat bilik. Bila aku dah nak start jemur kain dan makan breakfast, aku angkat letak kat bouncer dan dia terus tido. Bangun kejap tadi menyusu dan terus sambung tido lagi. Alhamdulillah, lega aku. Terlepas dari kena sound dengan Ed hehehe. Dan lebih penting lega sangat Farhan suka. So aku bolehla buat kerja rumah sikit. Basuh dan jemur baju, unpack baju dari rumah mama, dan repack baju nak ke kenduri di Jengka esok.
Aku ada banyak gambar tapi lom transfer dari phone, note, dan digicam ke laptop. Nantilah bila-bila senang aku transfer. Buat sementara layanler gambar-gambar lama Farhan.
Farhan dalam napper. |
Ni playpen yang mama Farhan paksa aki Farhan belanja hahaha. Farhan kat tepi sana |
Stokin yang Papa Long beli dr UK. Dah sendat OK Papa Long |
Gambar dari kamera kawan |
Suka gambar ni. |
Adala sekeping yang bukak mata |
Mama and Farhan. Rambut Farhan dah cacak sekarang ni. Sobss. |
My sayang |
Lentok-lentok dah my sayang. |
Farhan, mama and ayah love u !
comelnya Farhan..
ReplyDeleteokey..nak share pengalaman aku pulak
mmg sama la jugak..tak cukup tido dlm pantang
pantang anak tdo kita pun tumpang sekali
tapi kena pandai ejas sbb taknak nanti berterusan smpai langsung x boleh buat keje.
satu lagi jgn asik berdukung je nanti dia naik lemak..parah kalau xde org nak tolong tengokkan sedgkan ko ada benda lain kena buat.
bila dia menangis jgn terus terpa kat dia,,.nanti dia akan biasa guna tangisan utk tarik perhatian.sesekali biar je dia nanges nanti dia benti sendiri.tp kalau dh smpi serak suara tu jgn pulak ko biarkan.
wah kelas siap bagi tips,,mcm ada anak 10
hehe
Thanks Irfa. I welcome whatever tips yang korang nak bagi. I am still learning, so feel free nak kasi advice ok.
Deleteso sweet..so happy for you cekNa..after years following your blog aku paham sangat cemana yg ko rasa tu..perasaan yg tak x terungkapkan..
ReplyDeleteSelamat berdua duaan, bertigaan dgn farhan, enjoy your sweet moment
Moga Farhan jadi anak soleh dan x buli mama sgt yer :)
Thanks war. Memang tak reti nak explain perasaan tu. Farhan plg suka buli mama dia lah, sape lagi kan.
Deletecomel sangat farhan
ReplyDeletestokin kasut tu cute!
kain wrap pun cun i like
Thanks joe.
DeleteYea yea.. Ada lg gambar farhan. x puas nengoknya... Comelnya, gerammm.. k.ina ada kat kl ni, teringinnya nak jumpa tp malu... Hehe
ReplyDeleteGambar Farhan dah beratus ratus keping saya amek. Nak sort dan resize yg takde masa.
Deleteolololo...omelnye farhan....enjoy the happiness babe... anak ni angau die lebih lagi drpd bercinta tau.... happy aku tgk korang dah bertiga sekarang...hope korang akan berempat, berlima, berenam.....hihiihi.... babe...tak kesampaian aku nak kasik farhan kawan.... :(
ReplyDeleteBabe,
DeleteMemang angau babe. Kalau tak dok sama kejap jek, dokler nengok gambo dan video.
Apsal lak tak kesampaian tu. Alaaaa. Nanti citer ok.
Oh farhan yg comel.....
ReplyDeleteMakin hensem la farhan :)
ReplyDeleteThank u dee n nonie. Muka dia ni berubah ubah kan.
DeleteHandsome la Farhan.
ReplyDeleteDari hidup berdua jadi bertiga tu mcm pelik sikit sbb tetiba eyhhh ada somebody yg akan always follow kita ke mana2 and that person kinda dictates our life yo. Hoho...tu yg kita gelar cik puan mem besar tu. Time makan makpak dia pun depends kat mood dia. Nak mandi nak ke tandas all kena buat cecepat. Adoiya yang seronok macam jatuh cinta mabuk kepayang. Enjoy farhan's babyhood yo kang dah toddler dah tak sama.
Iyer, memang our life is dictated by Frahan. heheheh. thanks dong
DeleteI'm happy for u cek na... he is such a hensem boy!
ReplyDeleteMommy Rizq
Comelnya Farhan! Suka tengok gambo berkerut tu...so cute!
ReplyDeleteThank u MR and MA.
DeleteI am blessed. Alhamdulillah.
Hai kak arena... was so happy to c u today.. i wen frba scan n saw a sac stil ther.... bt dr cant confirm netin till v c a hb. I totaly gv up ts cycle cz i ws bleedin clots.. i tot tis cycle ws busted.. thnk god.. i m gld tat v finaly met..i knew it ws u... but u luk muc thinner nw... luv ya.. hugs.
ReplyDeleteSis,
DeleteSooo happy to meet u at last. U r gorgeous! I hope everything goes well this time around. Rasa nak kasi nombor telefon je, so that u can update me on your progress, since you have not been updating ur blog yet. Anyways, if you nak cerita apa@ you can email me at gemarena70s@yahoo.com.my
I pandang u, u senyum i dah agak, this must be vatsy! Nak tegur tak sure but I'm glad that I did. U take goooood care of yourself ya.
This comment has been removed by the author.
Deletekena skip 2 tahun kan ? tapi tak payah la merancang, mana tahu allah beri spontan punya... hehehe...
ReplyDeleteTak plan pon kak. Kalau ada rezeki kami terima dengan tangan terbuka. Allah knows best.
Delete