Wednesday, December 12, 2012

Gayat - Sewa peralatan dan permainan baby

Aku banyak nak cerita tapi masa tak ada. Sibuk dengan Farhan. Bila dia tidur siang-siang, sama ada aku buat kerja rumah sikit-sikit atau aku tidur jugak sebab dia tak tidur sangat memalam. Memang zombie y'all. Harap-harap tak lama sangatlah fasa tak tidur malam si Farhan ni. 

Aku buat short update jelah, hehe. Aku masa belum deliver si  Farhan, aku dok mikir-mikir nak beli bouncer, rocker atau swing untuk si Farhan. Risau gak beli karang dia tak suka pulak. Dah membazir duit. Baby ni macam-macam perangai kan. Tengah-tengah aku browse tu aku jumpa site www.rentatoys.com kat sini boleh sewa mainan dan peralatan baby macam swing, rocker, bouncer, walker dll. Aku bookmark je dulu. Macam-macam mender ada, gelongsur, mini pool memang ralit kalau tengok.

Lepas farhan lahir, dalam second week, aku place order untuk sewa swing. 2 days later sampaila barangnya. Dia dah pasang siap-siap. Kan main besar lagi karung yang isi swing tu. Cam karung santa clause jek rupanya. So ni yang aku sewa. 


Fischer Price Swing
Boleh swing sendiri ada 5 level swing, tak silap. Tapi yang paling slow pon kan main laju. Ada lagu. Ada vibrate jugak. 

Ni test letak Farhan dalam tu
Farhan suka tak? Tak!!! Duduk 2-3 minit jek lepas tu dah nangis nak keluar dari situ. Dalam napper pon tak pernah nangis gitu. Kalau pakai automatik swing tu lagilah dia nangis. Gayat gamaknya, anak mama ni. 

So kesimpulannya, he hates it. Maybe he's to young  to appreciate it. Tapi, buai besar kat laman rumah mama ni, dia suka jek. Siap tertidur-tidur lagi atas apaknya, walaupun panas berpeluh-peluh. So aku ingat dia suka la yang berayun-ayun kan. Harammm. Tengok jelah muka gayat dia ni masa aku letak dalam swing tu. 


Ma, gayat ma. Toloong

Seramnya swing ni, Yah.
Seb baik aku tak beli wei. Tak berusik dah swing tu. Jenuh kami try letak dia dalam tu. January ni, aku pulangkanla swing ni. Agak-agak bouncer dia suka tak aaa?

Note : Ye, Farhan dah tak sebijik cam muka aku sangat dah sekarang. Now combination muka kitorang. 

12 comments:

  1. Lupa nak beri petua... utk elakkan anak jadi takut gitu, biasakan letak mereka setelah diikat kemas kemas (bedung)... atau letak bantal berat kat mereka supaya mereka rasa seperti ada yang peluk erat badan mereka... gitu la kot... sebab mak akak buat gitu kat cucu dia... siap dia buat bantal kecik tapi berat utk ganti lengan dia bila baby tido... hahahaha....
    Betul, budak gayat bila kita letak dia tanpa ikat tangan... macam tergawang gawang tangan bila ada benda yang buat dia terkejut... sendiri mimpi pun dia terkejut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak bagi petua. Tulah bila dibedung dia sebok nak keluarkan tangan dia tu. Pastu mulalah terkejut jek kejernya.

      Delete
  2. cuba kalo tak yah letak bantal kat kepala tu..

    berbaloi ker kalo rent..? aku tgh survey gak sbb nak beli mainan besar mcm pakai kejap jer..

    -jem-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jem,

      Dah pernah kot letak tanpa bantal tu. Tetapp gayat.
      Aku rasa berbaloi. Kalau barang tu lebih rm300 kalau nak beli kat luar dan tak sure dia suka ke tak, or krasa dia akan pakai sebulan dua jek, baik sewa jek.

      Delete
  3. la siannya dia
    gayat la tu..duk atas orang riba takkan sama dgn duk sorang
    emm aku xtau pulak ada buat sewa ye
    lagipun bukan nak pakai lama..kang beli buat semak nak simpan

    ReplyDelete
  4. Salam Arena...tak dapat tidur secukupnya baik ibu atau ayahnya tu memang normal bila dapat baby. kenalah bergilir-gilir dengan Ed berjaga malam. kalau dua-dua berjaga memang parah. tu belum ko masuk kerja lagi, bertambah-tambahlah rasa mengantuknya di ofis nanti :). inilah antara cabaran dapat baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu dah tua2 tak sesuai nak ber'baby'

      Delete
  5. Salam arena,

    Asik sibuk mengulit anak jer yer ? Dah cari pengasuh untuk baby bila masuk kerja ? Kalau cari nanti, cari pengasuh yang jaga seorang saja baby tau... yang boleh care anak kita dengan baik. Risau akak dengar citer pengasuh tadika/rumah yang jaga anak ramai ramai nih. Terkini dengar pasal baby kawan 3 bulan meninggal sebab tersedak susu kat rumah pengasuh.

    Camna pun, semua tu takdir... kalau boleh elak, kita cubalah elak.

    Cari cara bagaimana nak menyusu baby dan mengiringkan dia (supaya susu keluar semula kalau terlebih) dan lain lain hal berkaitan penjagaan baby. Takut tau akak dgr mengenai kecuaian nih... belum lagi citer hal dera dera...

    Dulu akak diajar utk tidorkan baby mengiring dan letak dalam buaian yang ada jaring... senang dia bernafas kalau dia terlungkup ker apa bila dia pandai meniarap.

    Lagi satu, kalau perlu masak, akak angkut dia pegi dapur... tak tinggalkan dia sengsorang. Sentiasa lihat dia la kiranya...

    Dan lepas tu... nanti arena kena belajar plak jaga anak bila dia pandai merangkak... berjalan jatuh dan seterusnya... sebab rumah ni selalu jadi tempat kemalangan dia... (bilik air, tangga, bucu dapur... kabinet...) Dalam kereta pun sama...

    Bila nak design bilik air jer, kena fikirkan anak anak... design bilik, dapur dan sebagainya semua kena fikirkan anak. Akak pernah ketuk/renovate bilik air sebab bilik air bahaya (pernah dia jatuh kena bucu dalam bilik air). Nak buat kolah pun pikir 400kali.

    Lambat lagi kan ? Tapi tak sedar nanti anak arena dah pandai merangkak dan berjalan...

    Ok... itu saja pesanan penaja.... yang panjang lebar. Orang lain dah pesan kan ? Tapi tak apa pesan banyak kali yer. Susah dapat... kita akan tersangat sangat hargai anak...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 kak atas nasihat2 ni. Insyallah saya akan amek berat pesanan2 akan tu.

      Delete
  6. Salam.nak tanya bila dah sewa toys tu cmne nak pulangkan balik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah berzaman baru baca balik. Sorry. Call nanti diorang arrange for pickup. Hehe.

      Delete